Assignment Falsafah Pendidikan Kebangsaan
description
Transcript of Assignment Falsafah Pendidikan Kebangsaan
1.0 KONSEP FALSAFAH PENDIDIKAN
Falsafah pendidikan ialah suatu bidang falsafah gunaan yang menggunakan bidang-
bidang falsafah tradisional iaitu ontologi, etika dan juga epistomolgi serta
pendekatannya untuk menangani persoalan-persoalan berkenaan dengan polisi
pendidikan, pembangunan manusia dan teori kurikulum dan sebagainya. Dengan erti
kata lain, falsafah pendidikan adalah kajian tentang matlamat, proses, tabii dan
segala yang baik berkenaan dengan pendidikan. Contohnya, kajian tentang apa
yang melibatkan pengajaran dalam pendidikan, nilai dan norma yang terlibat dalam
pengajaran dan pendidikan serta perhubungan antara teori pendidkan dan
praktiknya.
2.0 FALSAFAH PENDIDKAN KEBANGSAAN
Menurut Akta Pendidkan tahun 1996, Falsafah Pendidikan Negara ( FPN ) tahun
1998, telah digantikan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ( FPK ) pada tahun
1996 ( Kementerian Pendidikan 1999 ). Falsafah Pendidikan Kebangsaan, 1996
adalah seperti berikut;
‘’ Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan kearah lebih
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek rohani, emosi dan
jasmani berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan
rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan dan berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran keluaraga, masyarakat dan Negara.
Merujuk kepada pernyataan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, manusia perlu
menyesuaikan diri dengan pelbagai perubahan yang berlaku sepanjang hayat
mereka. Oleh sebab itu, pendidikan yang terancang di pelbagai peringkat hidup
berlaku atau diadakan untuk menyesuaikan diri kepada pelbagai perubahan. Kini
masyarakat kita sedang melalui perubahan yang pesat, khasnya dalam persaingan
untuk menguasai aplikasi sains, teknologi maklumat dan komunikasi serta
menangani cabaran globalisasi dan k-ekonomi. Untuk menyesuaikan diri kepada
peubahan ini, seorang perlu melengkapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran
1
yang terkini dan dari semasa ke semasa. Justeru, pendidikan sepanjang hayat perlu
diberi penekanan yang besar selaras dengan harat FPK.
Selain itu, potensi individu juga perlu diperkembangkan. Keupayaan dan
bakat ini boleh dikembangkan melalui interaksi dengan persekitaran dan pendidikan
yang berkualiti. Usaha perlu dijalankan bagi mencungkil, memupuk,
memperkembangkan dan meningkatkan bakat serta keupayaan individu ini. Potensi
ini perlu diperkembangkan dengan teratur dan bersungguh-sungguh. Ini dilakukan
supaya individu itu akan menjadi insan yang seimbang dan harmonis. Ini bermakna
individu itu akan menjadi insan yang memiliki dan menghayati ilmu pengetahuan,
berakhlak mulia, mempunyai kepercayaan dan keyakinan yang teguh kepada Tuhan,
mempunyai fikiran dan jiwa yang tenteram, tubuh badan yang sihat dan cergas serta
dapat berkerjasama dengan orang lain.
3. 0 TRANSFORMASI KURIKULUM
Transformasi Kurikulum Kebangsaan bertitik tolak daripada keputusan Mesyuarat
Susulan Jemaah Menteri Bil.6/2008 yang dipengerusikan oleh Y.B. Menteri Pelajaran
pada 23 Mei 2008. Satu usaha penambahbaikan dalam sistem pendidikan negara
terutamanya di peringkat sekolah rendah perlu dilaksanakan supaya kurikulum
persekolahan memenuhi keperluan dan cabaran semasa serta akan datang.
Sehubungan itu, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah melaksanakan satu
kajian dan mendapati wujudnya keperluan untuk melakukan transformasi kurikulum
sekolah rendah.
Transformasi kurikulum sekolah rendah merupakan penyusunan semula dan
penambahbaikan kurikulum persekolahan rendah sedia ada. Tujuan transformasi
adalah untuk memastikan murid dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan
nilai yang relevan dengan keperluan semasa bagi menghadapi cabaran abad ke-21.
Fokus transformasi kurikulum persekolahan rendah adalah kepada kemahiran
membaca, menulis dan mengira (3M), sebaliknya mengambil kira kemahiran
penaakulan, kreativiti dan inovasi, Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) serta
elemen keusahawanan.
2
Dalam proses transformasi kurikulum persekolahan rendah, KPM telah
melakukan penandaarasan dengan kurikulum persekolahan negara maju bagi
memastikan kurikulum persekolahan kebangsaan yang dibangunkan setanding
dengan pendidikan global. Di samping itu, KPM turut mendapatkan input daripada
pelbagai pihak berkepentingan seperti Pertubuhan Bukan Kerajaan, industri,
akademik dan ibu bapa. Berdasarkan kepada input-input tersebut maka konsep
kurikulum persekolahan rendah berasaskan standard dibangunkan.
Lanjutan daripada itu, konsep kurikulum persekolahan rendah mendapat
kelulusan Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Pusat Bil.3/2009 pada 2 Oktober
2009. KPM membangunkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)
berasaskan prinsip-prinsip Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan
berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Kurikulum yang dibangunkan turut
melibatkan kurikulum Pendidikan Khas. Bagi memastikan kurikulum tersebut mantap,
pelaksanaan rintis telah dilakukan di sekolah rendah terpilih di seluruh negara.
4.0 KESELARASAN TRANSFORMASI KURIKULUM DALAM FALSAFAH
PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Modal insan yang berkualiti dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan juga dapat
dilahirkan melalui transformasi kurikulum dalam berdasarkan kepada prinsip-prinsip
yang difokuskan dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah ( KSSR ) iaitu
Pendekatan Bersepadu, Perkembangan Individu Secara Menyeluruh, Pendidikan
Saksama Untuk Semua Murid dan Pendidikan Seumur Hidup.
Prinsip yang pertama iaitu pendekatan bersepadu dalam KSSR memberi tumpuan
kepada unsur-unsur pengetahuan, kemahiran dan nilai digabungkan supaya wujud
kesepaduan dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial supaya dapat
melahirkan modal insan yang diinginkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
3
Keselarasan antara hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan KSSR juga
dapat dilihat dalam prinsip kedua KSSR iaitu menekankan perkembangan Individu
secara menyeluruh dimana semua mata pelajaran yang terdapat dalam KSSR dapat
memenuhi keperluan intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial.
Keselarasan KSSR dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan juga dapat
dilihat dalam prinsip ketiga KSSR iaitu menekankan pendidikan seumur hidup
dimana prinsip ini dapat menyediakan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan
oleh semua murid sebagai asas untuk menghadapi cabaran kehidupan seharian dan
pendidikan sepanjang hayat selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan..
Selain daripada prinsip KSSR, transformasi kurikulum KSSR juga dapat
melahirkan modal insan yang berkualiti seperti yang diinginkan dalam Falsafah
Pendidikan Kebangsaan melalui bentuk kurikulum yang digunakan dalam KSSR
berdasarkan pengenalan konsep tunjang yang diperkenalkan dalam KSSR dimana
konsep tersebut merupakan satu bentuk pengklasifikasian bidang ilmu, kemahiran
dan nilai. Konsep ini berfokus kepada pembentukan modal insan seimbang dari segi
jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial selaras dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan ( FPK ).
Enam tunjang dikenal pasti mewakili bidang ilmu, kemahiran dan nilai yang
menjadi asas kepada pembangunan insan yang berfikiran kreatif, kritis dan inovatif.
Tunjang-tunjang tersebut menggambarkan penstrukturan secara eksplisit bidang
ilmu, kemahiran dan nilai yang perlu dikuasai murid. Setiap tunjang saling berhubung
kait dan bersepadu. Antaranya adalah Tunjang Komunikasi, Tunjang Perkembangan
Fizikal dan Estetika, Tunjang Kemanusiaan, Tunjang Keterampilan diri, Tunjang
Sains dan Teknologi, dan Tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai. Antara modal insan
yang dapat dilahirkan mengikut kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan melalui
tunjang ini adalah melahirkan insan yang seimbang dan harmonis melalui tunjang
kerohanian, sikap dan nilai, melahirkan rakyat Malaysia yang berketerampilan
berdasarkan kepada tunjang keterampilan diri, melahirkan modal insan yang
mempunyai unsur jasmani berdasarkan kepada tunjang fizikal dan estetika.
4
Selain itu, KSSR juga dilihat sebagai transformasi kurikulum yang dapat
melahirkan modal insan yang dikehendaki dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan
melalui fokus utama KSSR dimana kurikulum ini memastikan selepas enam (6) tahun
persekolahan, murid akan dapat mencapai standard pengetahuan, kemahiran dan
nilai yang ditetapkan bagi setiap tahap. KSSR memberi penekanan kepada 4M iaitu
kemahiran membaca, menulis, mengira dan menaakul. Kemahiran menaakul adalah
keupayaan membuat pertimbangan dan penilaian dengan menggunakan akal atau
logik. Fokus KSSR ini juga terbahagi mengikut tahap yang ada dalam sekolah
rendah diaman Tahap Satu menekankan pengajaran dan pembelajaran menekankan
penguasaan asas 4M. Penekanan diberikan untuk literasi dan numerasi bagi
membolehkan murid menguasai kemahiran tersebut. Penekanan juga diberikan
kepada kemahiran nilai tambah iaitu kreativiti dan inovasi, keusahawanan dan TMK.
Manakala pada Tahap Dua, KSSR lebih fokus kepada pengukuhan dan aplikasi
kemahiran 4M di samping menguasai kemahiran TMK, penguasaan kemahiran yang
lebih kompleks, pemerolehan pengetahuan, dan perkembangan sahsiah. Ini
menunjukkan keselarasan antara KSSR dan Falsafah Pendidkan Kebangsaan iaitu
melahirkan modal insan mempunyai unsur intelek.
Selain itu, Organisasi Kurikulum yang dicadangkan dalam KSSR juga dapat
melahirkan modal insan yang dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
KSSR diorganisasikan dalam bentuk modular dengan mengelompokkan mata
pelajaran dalam kumpulan tertentu yang dikenali sebagai modul. Mata pelajaran juga
diorganisasikan secara modular iaitu kandungan mata pelajaran disediakan dalam
bentuk modul yang kendiri-lengkap (self-contained). Setiap modul mengandungi
pengetahuan, kemahiran dan nilai yang telah dikenal pasti untuk dikuasai oleh murid
sama seperti dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu melahirkan rakyat
Malaysia yang berpengetahuan dan rakyat Malaysia yang berahklak mulia. Pada
Tahap I kurikulum diorganisasikan dalam Modul Teras Asas, Modul Teras Tema dan
Modul Elektif. Komposisi KSSR Tahap I adalah seperti jadual di bawah. Manakala
pada Tahap II kurikulum diorganisasikan secara modular dalam Mata Pelajaran
Teras dan Mata Pelajaran Elektif.
5
Keselarasan antara KSSR dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan juga dapat
dilihat apabila KSSR terdiri daripada aspek Elemen Merentas Kurikulum (EMK) yang
dapat melahirkan modal insan yang berkualti selaras dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan. Elemen Merentas Kurikulum ialah unsur nilai tambah yang diterapkan
dalam proses pengajaran dan pembelajaran selain yang ditetapkan dalam standard
kandungan. Elemen-elemen ini diterapkan bertujuan mengukuhkan kemahiran dan
keterampilan modal insan yang dihasratkan serta dapat menangani cabaran semasa
dan masa hadapan. Elemen merentas kurikulum yang sedia ada adalah seperti
Bahasa, Sains dan Teknologi, Pendidikan Alam Sekitar, Nilai Murni dan Patriotisme.
Elemen merentas kurikulum yang baharu, iaitu Kreativiti dan Inovasi,
Keusahawanan, serta Teknologi Maklumat dan Komunikasi dikenal pasti sebagai
pelengkap kepada usaha memantapkan kualiti pelaksanaan KSSR. Guru hendaklah
memastikan kesemua elemen merentas kurikulum diterapkan secara efektif dalam
proses pengajaran dan pembelajaran demi melahirkan insan yang dihasratkan oleh
Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Hubungan elemen merentas kurikulum yang
sedia ada dan baharu dalam pembangunan insan yang seimbang. Selain itu,
Eelemen Merentas Kurikulum dapat melahirkan modal insan yang mempunyai unsur
rohani dan modal insan yang berakhlak mulia yang dikehendaki dalam Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.
5.0 PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM
TRANSFORMASI KURIKULUM ( KSSR ).
Berdasarkan kepada huraian Transformasi Kurikulum KSSR, kurikulum ini adalah
selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam memperkasa modal insan
yang berkualiti. Oleh yang demikian, pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran
dalam bilik darjah haruslah diambil perhatian serius oleh semua pihak terutamanya
guru. Guru haruslah melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah
mengikut bentuk Kurikulum Standard Sekolah Rendah yang telah diselaraskan
dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Guru perlulah memahami dan
mengetahui prosedur pelakasanaan pengajaran dan pembelajaran dalam kelas
mengikut konsep dalam KSSR. Berikut merupakan prosedur pelaksanaan
pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah yang dicadangkan dalam dalam
transformasi kurikulum KSSR.
6
5. 1 OBJEKTIF PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Objektif pengajaran dan pembelajaran adalah merujuk kepada perubahan yang
diharapkan dalam pemikiran, tindakan atau perasaan pelajar-pelajar akibat daripada
sesuatu kursus atau program pendidikan ( B.S BLOOM Ed, 1956). Objektif
pengajaran juga merupakan pernyataan yang menerangkan apa yang dapat pelajar
lakukan setelah menyempurnakan sesuatu unit pelajaran ( R. J Kibler, et.al, 1981 ).
Dalam Transformasi Kurikulum KSSR , pembentukan objektif pengajaran dan
pembelajaran bergantung kepada empat domain iaitu Domain Kognitif, Domain
Afektif, Domain Psikomotor dan Domain Sosial. Keempat-empat domain ini dibentuk
berdasarkan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan dimana objektif ini dapat
menjadi panduan kepada pelajar untuk menjadi modal insan yang berkualiti.
Namun objektif domain kognitif adalah yang paling penting. Domain yang
pertama iaitu domain Kognitif. Domain ini menjadi fokus utama dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Objektif Domain ini mampu melahirkan modal insan
yang yang berilmu pengetahuan dan mempunyai unsur intelek yang ditekankan
dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Domain Kognitif ini berdasarkan kepada
Taksonomi Objektif Domain Kognitif Bloom yang membahagikan domain kognitif ini
kepada enam ( 6 ) peringkat, yang bermula dengan tahap yang mudah dicapai
kepada tahap yang sukar dicapai. Tahap paling mudah adalah tahap Pengetahuan,
tahap kedua adalah Kefahaman, ketiga adalah tahap Aplikasi, tahap keempat pula
adalah Analisi, tahap kelima adalah Sintesis dan yang keenam adalah Penilaian.
Tahap pertama iaitu pengetahuan bermakusd keupayaan mengingat fakta,
idea, pendapat, prinsip, prosedur dan peristiwa yang berlaku ( Abu Bakar Nordin ,
1986 ). Aspek tingkah laku yang yang diutamakan dalam pada peringkat ini ialah dari
segi ingatan. Keupayaan pada semua aras yang lebih tinggi memerlukan keupayaan
mengingat dimana mengingat adalah pra syarat untuk menguasai pemikiran yang
lebih tinggi. Antara perkataan yang digunakan dalam menentukan dalam objektif
pembelajaran pada tahap ini adalah melabel, menama, memadan, mengulang.
7
Objektif kedua domain kognitif adalah kefahahaman ( Comprehension ) yang
bermaksud keupayaan pelajar menjelaskan pengetahuan secara yang bermakna.
Pelajar boleh menjelaskan kefahaman mereka dakam bentuk tulisan, lisan atau
simbol tertentu. Aspek pemahaman ini juga dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu
menterjemah, mentafsir dan mengekstrapolasi. Menterjemah bermaksud mengubah
bentuk komunikasi asal kepada bentuk baru dengan tidak mengubah makna
asalnya. Manakala mentafsir merujuk kepada menafsir idea/mesej yang disampaikan
dalam bentuk tersurat ataupun tersirat. Mengekstrapolasi pula bermaksud pelajar
dapat membuat telahan/ inferens tentang apa yang akan berlaku pada masa
hadapan berdasarkan kepada maklumat yang diterima. Antara perkataan yang
digunkan dalam membentuk objektif pembelajaran pada peringkat ini adalah
menyatakan, memberi contoh, menerangkan, dan juga merumus.
Objektif ketiga domain kognitif adalah peringkat aplikasi yang bermaksud
keupayaan menggunakan konsep, prinsip, teori dan hukum, prosedur dan kaedah
am dalam situasi khusus dalam situasi am ( Abu Bakar Nordin 1986 ). Pada
peringkat ini pelajar perlu benar-benar memahami konsep, teori, hukum , prosedur
dan kaedah am untuk menyelesaikan masalah dalam situasi baru. Perkataan yang
digunakan dalam membentuk objektif pengajaran dan pembelajaran pada periingkat
ini adalah mengguna, menyelesai, mendemonstrasi, dan juga membina.
Manakala objektif keempat domain kognitif adalah Analisis yang bermaksud
keupayaan memecahbelahkan sesuatu perkara kepada unsur-unsur kecil dan
memperlihatkan pertalian antara unsur-unsur tersebut. Selain itu, pada peringkat
analisis juga penghakiman turut berlaku, tetapi pada peringkat yang lebih rendah
daripada peringkat penilaian. Secara ringkasnya, peringkat tersebut adalah Analisis
unsur, Analisis hubungan, dan Analisis prinsip. Antara contoh perkataan yang boleh
digunakan dalam membentuk objektif pada peringkat ini adalah membanding,
mengasing, membeza dan menyenarai.
8
Objektif domain yang kelima adalah sintesis yang bermaksud keupayaan
menggabungkan unsur-unur dan bahagian-bahagian supaya sesuatu dokumen itu
menjadi lebih berstruktur, tersusun dan menyeluruh. Pelajar perlu menggabungkan
sesuatu struktur yang lebih jelas. Peringkat sintesis ini juga terbahagi kepada tiga
aspek iaitu sintesis penyamapaian, sintesis himpuan, dan sintesis cadangan.
Pembentukan objektif pengajaran dan pembelajaran pada peringkat ini adalah
banyak menggunakan perkataan menghasil, merekabentuk, menggabung dan
membangun.
Akhir sekali iaitu pada peringkat keenam adalah objektif domain penilaian.
Penilaian bermaksud menilai sesuatu perkara berdasarkan kriteria yang perlu
diketahui oleh pelajar. Seterusnya pelajar akan membuat pertimbangan tentang nilai
Sesuatu idea, hasil kerja, penyelesaian, bahan dan sebagainya. Antara perkataan
yang digunakan dalam membentuk objektif pengajaran dan pembelajaran ini adalah
memilih, meramal, menginterpretasi, dan juga menilai.
Secara keseluruhanya, pembentukan objektif pengajaran dan pembelajaran
dalam Tranformasi kurikulum KSSR yang mengambil kira domain kognitif Taksonomi
Objektif Domain Bloom dapat melahirkan modal insan yang berlimu pengetahaun
dan mempunyai unsur intelek iaitu pelajar dapat berfikran kreatif, kritis dan inovatif
selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
9
5.2 STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Strategi pembelajaran juga merupakan elemen penting dalam pelaksanaan
pengajaran dan pembelajaran bilik darjah. Antara strategi pembelajaran yang
ditetapkan dalam Transformasi Kurikulum KSSR adalah pembelajaran secara
Konstruktivisme. Konstruktivisme adalah satu fahaman bahawa murid membina
sendiri pengetahuan atau konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan dan
pengalaman sedia ada. Dalam proses ini, murid akan menyesuaikan pengetahuan
yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baru
( KPM 2001 ). Strategi ini digunakan dalam strategi pembelajaran dan pengajaran
dalam transformasi kurikulum KSSR kerana mempunyai unsur yang dapat
melahirkan modal insan yang berkualiti selaras dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.
Berdasarkan kepada definisi pengajaran konstruktivisme, didapati bahawa
kaedah ini banyak berpusatkan kepada murid dan guru hanya sebagai fasilitator. Ini
membolehkan murid akan cuba berfikir secara lebih mendalam dan berusaha untuk
memahami sesuatu konsep tersebut. Selain itu, murid akan meneroka pelbagai
pengetahuan baharu berdasarkan pencarian mereka dalam memahami sesuatu
konsep. Ini secara langsung dapat membina pengetahuan murid yang lebih luas
terhadap sesuatu konsep tersebut dan dapat mengembangkan minda mereka
kepada skop yang lebih luas dalam dunia semasa. Merujuk kepada kaedah itu,
secara langsung dapat mewujudkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan
yang ditekankan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu mempunyai ilmu
pengetahuan yang luas dan terbuka.
Selain itu kaedah pembelajaran Konstruktivisme juga dapat banyak tertumpu
kepada perbincangan kepada guru dan juga rakan-rakan murid. Ini disebabkan
mereka akan berinteraksi antara satu sama lain dalam membincangkan sesuatu
topik. Ini seterunya dapat membina kemahiran sosial yang baik dalam kalangan
murid. Ini menunjukkan bahawa terdapat keselarasan strategi pembelajaran dalam
KSSR kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang meniginkan modal insan yang
seimbang dari aspek sosial dalam usaha melahirkan individu yang berkualti untuk
Negara.
10
Strategi pengajaran dan pembelajaran seterusnya yang digunakan dalam
kurikulum KSSR adalah pembelajaran secara kontekstual. Pembelajaran kontekstual
ialah kaedah pembelajaran yang menggabungkan isi kandungan dengan
pengalaman harian individu, masyarakat dan alam pekerjaan. Kaedah ini
menyediakan pembelajaran secara konkrit yang melibatkan aktiviti hands-on dan
minds-on. Pembelajaran Kontekstual ini dapat diperolehi oleh murid dalam bentuk
yang pelbagai iaitu daripada budaya, sosial, psikologi dan juga fizikal. Pendekatan
Kontestual juga adalah merentas pelbagai disiplin ilmu contohnya komunikasi, sains,
teknikal dan vokasional, kemanusiaan dan banyak lagi. Berdasarkan kepada kaedah
pembelajaran ini, didapati bahawa kaedah ini dapat menyokong harsat falsafah
Pendidikan Kebangsaan yang menginginkan perkembangan potensi secara
menyeluruh dan bersepadu. Ini disebabkan setiap ilmu mempunyai kaitan antarsa
satu sama lain.
Selain itu, pembelajaran secara kontekstual juga mengambil kira bahawa
individu memiliki pelbagai jenis kecerdasan dan pembelajaran ini juga memberi
tumpuan kepada belajar dengan pelbagai gaya pembelajaran. Mengikut teori
kecerdasan pelbagai, Setiap orang memiliki kesemua kecerdasan tersebut. Walau
bagaimanapun, tahap dan kombinasi kecerdasan berbeza-beza di antara individu.
Teori kecerdasan pelbagai memberi maklumat tentang apa yang perlu dipelajari
tetapi lebih penting lagi bagaimana mempelajarinya. Justeru, pendekatan
Pembelajaran Kontekstual dapat mencungkil potensi kecerdasan pelajar dengan
lebih berkesan. Pembelajaran kontekstual merupakan pembelajaran yang
menggabungkan pelbagai kecerdasan dalam pelajar supaya dapat meningkatkan
kecemelangan sama ada dalam bidang akedemik dan juga kurikulum. Strategi ini
juga dapat menyokong harsat Falsafah Pendidikan Kebangsaaan iaitu
memperkembangkan potensi individu yang mengatakan setiap individu memiliki
pelbagai keupayaan, bakat dan potensi dan mampu dikembangakan ke tahap yang
cemerlang jika diberikan peluang yang secukupnya.
11
Strategi pengajaran dan pembelajaran dalam transformasi kurikulum juga
mengambil kira aspek kemahiran berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran.
Kemahiran berfikir yang diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran dalam
kurikulum ini adalah kemahiran berfikir kreatif, kemahiran berfikir kritis dan
kemahiran berfikir menaakul. Untuk membina pemikian yang kreatif, pelajar perlu
bealajar untuk menjanakan idea, menghubung kaitkan, membuat inferens,
meramalkan, membuat, hipotesis dan banyak lagi. Manakala pemikiran kritis pula
banyak merujuk kepada kebolehan pelajar untuk mencirikan, membanding dan
membezakan, mengumpul dan mengelaskan, membuat urutan, menyusun mengikut
keutamaan, menganalisis dan banyak lagi. Pemkiran menaakul pula merujuk kepada
berfikir secara logik dan rasional. Ini seterusnya dapat melahirkan modal insan yang
dikehdendaki dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu mempunyai unsur
intelek.
5.3 ISI PELAJARAN
Isi pelajaran merujuk kepada topik yang dipelajari dalam bilik darjah. Lebih jelas lagi
adalah isi pelajaran mengikut mata pelajaran yang ditetapkan dalam Transformasi
kurikulum KSSR. Guru perlu menentukan isi pelajaran yang hendak disampaikan
kepada murid. Kebanyakkan Isi pelajaran yang ditetapkan dalam KSSR adalah
selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Sebagai contoh, mata pelajaran
Pendidkan Jasmani dan Kesihatan adalah bertujuan untuk melahirkan pelajar yang
cergas dan sihat supaya dapat melahirkan modal insan yang mempunyai unsur
jasmani dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan dimana memberi tumpuan kepada
perkembangan tubuh badan yang sihat dengan menjaga kesihatan badan dan
melakukan riadah.
12
5.4 SET INDUKSI
Set induksi adalah proses terawal dalam sesuatu pengajaran dan pembelajaran yang
dirancang dengan sengaja untuk tujuan-tujuan tertentu. Antara tujuan set induksi
dilakukan adalah supaya dapat menarik perhatian pelajar. Apabila rasa minat pelajar
timbul terhadap sesuatu perkara, mereka akan berusaha untuk mengetahui perkara
tersebut lebih mendalam. Set induksi juga dapat menerangkan kepentingan terhadap
perkara yang diajar kepada pelajar. Selain itu, set induksi juga bertujuan untuk
menyediakan set mental, emosi, dan fizikal pelajar untuk belajar.
Antara strategi yang digunakan dalam melakukan set induksi adalah
memberikan soalan mencabar berkaitan dengan perkara baru yang akan diajar yang
berkemungkinan tidak boleh dijawab oleh pelajar. Ini akan menimbulkan perasaan
ingin tahu atau dan sentiasa mencari ilmu dengan pelbagai cara seperti membaca
kerana mereka sedar bahawa ilmu yang sedia ada masih tidak lengkap. Justeru itu ia
akan menimbulkan minat untuk mengikuti pengajaran baharu. Selepas itu, guru
mempersembahkan satu kes untuk dianalisis bersama. Seterusnya, kaitkan kes
dengan perkara baru yang akan diajar. Selepas itu barulah guru menyatakan
kepentingan tajuk dan tunjukkan kaitan atau penggunaannya dalam konteks
sebenar. Melalui set induksi yang dijalankan ini, secara langsung dapat melahirkan
modal insan yang berilmu pengetahuan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan
iaitu pelajar akan mencintai ilmu pengetahuan dan gemar membaca.
13
5.5 AKTIVITI PEMBELAJARAN
Selepas set induksi dilaksanakan barulah aktiviti pembelajaran dijalankan dalam bilik
darjah. Untuk melaksanakan aktiviti pembelajaran, guru haruslah berpandukan
kepada strategi yang digunakan untuk menyampaikan isi pelajaran. Selain itu, guru
haruslah memastikan pelajar mengikuti pengajaran dan pembelajaran sepenuhnya.
Dalam kurikulum KSSR, kaedah didik hibur digalakkan dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran. Didik hibur bermaksud mendidik sambil menghibur. Kamus Dewan
( 2005 ) mentakrifkan didik sebagai pelihara, jaga dengan hati-hati dan ajar,
manakala hibur bermaksud menyenangkan atau menggirangkan hati. Secara
keseluruhannya didik hibur adalah pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang
menyeronokkan murid-murid. Walaupun murid seronok tetapi objektif pengajaran
dan pembelajaran masih dapat dicapai seperti yang ditetapkan. Oleh itu, guru perlu
merancang pengajaran dan pembelajaran agar isi kandungan mata pelajaran dapat
disampaikan dengan berkesan.
Antara ciri-ciri didik hibur dalam pengajaran adalah seperti sesi pembelajaran
yang menyeronokkan kerana terkandung unsur kelakar, keindahan, ada unsur
estetik, permainan muzik, lakonan dan sebagainya. Selain itu, kaedah ini dapat
mengurangkan tahap kebimbangan dan ketakutan murid kepada guru. Seperti yang
dijelaskan sebelum ini didik hibur berkonsepkan santai dan berhibur. Didik hibur juga
merupakan sesi pembelajaran yang penuh dengan pelbagai aktiviti yang menarik
dan pelbagai. Menerusi aktiviti nyanyian dan lakonan umpamanya, murid-murid
boleh main peranan dengan menyertai aktiviti tersebut sambil berhibur. Yang
penting, arahan guru perlu jelas dan ringkas di samping penggunaan ICT dan BBM
untuk menarik penglibatan murid terhadap pengajaran dan pembelajaran.
Didik hibur juga ktiviti yang dipilih lebih menjurus kepada aktiviti berkumpulan
atau berpasangan supaya wujud semangat kerja berpasukan, kerjasama dan
toleransi. Murid juga bebas bersuara, mengeluarkan pendapat dan idea secara logik
dalam keadaan terkawal untuk memberikan satu persembahan yang menarik serta
murid bebas untuk bergerak, berlakon, menyanyi dan sebagainya dalam keadaan
14
terkawal. Bukan itu sahaja, aktiviti didik hibur banyak menggunakan komunikasi
melalui bahasa tubuh.
5.6 NILAI MURNI
Penerapan nilai murni dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik
darjah juga ditetapakan dalam transformasi kurikulum KSSR supaya dapat
diselaraskan dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu ingin melahirkan
masyarakat yang mempunyai unsur rohani, kepercayaan dan kepatuhan kepada
Tuhan dan juga melahirkan rakyat Malaysia yang berakhlak mulia. Guru berperanan
untuk menerapkan nilai-nilai murni kepada pealajar semasa proses pengajaran dan
pembalajaran. Terdapat 16 belas nilai murni yang tetapkan dalam KSSR untuk
diterapkan kepada pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Antara
nilai murni tersebut adalah baik hati, berdikari, hemah tinggi, hormat menghormati,
kasih sayang, keadilan, kebebasan, keberanian, patrotisme, kebersihan fizikal dan
mental, kejujuran, kerajinan, kerjasama, kesederhanaan, kesyukuran, rasional,
semangat kemasyarakatan. Kesemua nilai ini boleh disepadukan dengan semua
matapelajaran yang diajar kepada murid.
5.7 KEMAHIRAN BERFIKIR KREATIF DAN KRITIS ( KBKK )
Transformasi kurikulum KSSR juga meliputi pelaksanaan pengajaran dan
pembelajaran dalam kelas dengan menerapkan kemahiran berfikir kreatif dan kritis
supaya dapat melahirkan modal insan yang memupunyai unsur intelek dalam
Falsafah Pendidikan kebangsaan diaman unsur ini mengingunkan modal insan yang
berfikiran kritis dan kreatif. Kemahiran berfikir boleh dibahagikan kepada kemahiran
berfikir kritis dan kreatif. Kemahiran berfikir kritis ialah kebolehan untuk menilai
kemunasabahan sesuatu idea dan bersifat evaluatif. Kemahiran berfikir kreatif ialah
kebolehan untuk mencerna dan menghasilkan idea asli dan bersifat generatif. Idea
baru terhasil melalui ilham atau gabungan idea-idea yang ada.
15
Untuk menerapkan kemahiran berfikiran kritis, guru akan mendedahkan
pembelajaran yang melibatkan aktivti yang banyak mencirikan. Mencirikan bermakna
pelajar mengenal pasti kriteria seperti ciri, sifat, kualiti dan unsur sesuatu konsep
atau objek. Selain itu, guru juga mendedahkan kepada pelajar tentang membanding
dan membezakan supaya pelajar dapat befikiran lebih kritis. Membanding dan
membezakan bermaksud pelajar mencari persamaan dan perbezaan berdasarkan
kriteria seperti ciri, sifat, kualiti dan unsur sesuatu objek atau peristiwa. Guru juga
boleh mengarahkan pelajar untuk mengumpulkan dan mengelaskan supaya pelajar
dapat berfikiran lebih kritis. Pelajar akan mengasingkan dan mengumpulkan objek
atau fenomena kepada kumpulan masing-masing berdasarkan kriteria tertentu
seperti ciri atau sifat. Pengumpulan ini adalah berdasarkan ciri atau sifat sepunya.
Bukan itu sahaja, guru juga boleh melaksanakan pengajaran yang banyak
melibatkan pelajar menganalisis untuk melahirkan pelajar yang berifikiran kritis.
Menganlisis bermaksud mengolah maklumat dengan menghuraikannya kepada
bahagian yang lebih kecil bagi memahami sesuatu konsep atau peristiwa serta
mencari makna yang tersirat. Kemahiran ini digunakan untuk mengenali bahagian-
bahagian, memahami hubung kait antara bahagian dan mengenali prinsip yang
terlibat. Menganalisis ialah suatu kemahiran yang kompleks menggunakan
beberapa ciri kemahiran berfikir.
Menilai juga merupakan salah satu cara yang boleh digunakan oleh guru
supaya palajar dapat berfikiran lebih kritis. Kemahairan menilai ini kebolehan pelajar
membuat pertimbangan tentang sesuatu perkara daripada segi kebaikan dan
keburukan berdasarkan bukti atau dalil yang sah. Pelajar juga akan menggunakan
kemahiran ini untuk membuat keputusan bagi memilih sesuatu sama ada menerima
atau menolak sesuatu idea. Untuk membuat penilaian tersebut, pelajar akan
menyenaraikan ciri positif dan ciri negative terhadap sesuatu idea dan menyatakan
wajaran kepada setiap ciri seterusnya mebandingkan wajaran secara keseluruhan.
16
Kemahiran befikir kritis juga adalah merangkumi kemahiran membuat urutan.
Kemahiran ini adalah merujuk kepada aktiviti menyusun objek atau maklumat
mengikut tertib berdasarkan kualiti atau kuantiti ciri atau sifatnya seperti saiz, masa,
bentuk atau bilangan. Pelajaar akan menngunakan kemahiran ini untuk menyusun
item atau maklumat supaya mudah difahami dan Item tertentu mudah dikesan.
Kemahiran berfikir yang hampir sama dengan kemahiran membuat urutan adaalah
menyusun mengikut keutamaan. Pelajar akan menyusun objek atau maklumat
mengikut tertib berdasarkan kepentingan atau kesegeraan. Kemahiran berfikir ini
digunakan untuk menonjolkan perkara yang mustahak dan menentukan tindakan
yang perlu dibuat dahulu.
Kemahiran berfikir kreatif pula terdiri daripada kemahiran menjanakan idea.
Dalam kemahiran befikir kritis ini, pelajar akan menjanakan idea yang banyak secara
spontan berkaitan dengan sesuatu perkara. Kemahiran ini sangat penting apabila
ingin mencari idea baru atau mencari alternative terhadap penyelesaian sesuatu
perkara. Guru akan bertindak untuk tetapkan tajuk perbincangan dan senaraikan
semua idea yang dikemukakan seterusnya renung kembali idea yang dikemukakan.
Selepas itu tambah lagi idea yang boleh difikirkan seterusnya hubung kaitkan idea-
idea yang telah disumbangkan.
Guru juga perlu kerap melakukkan aktiviti yang banyak melibatkan pelajar
dalam membuat inferens supaya mereka dapat belajar berfikiran lebih kreatif.
Kemahiran membuat Inferens bemaksud pelajar membuat kesimpulan awal yang
mungkin benar atau pun tidak berdasarkan maklumat daripada pemerhatian.
Kemahiran ini digunakan apabila pelajar hendak merancang langkah-langkah
tindakan atau membuat pilihan serta menganalisis sebab dan akibat keputusan atau
kesan.
17
Selain itu guru boleh menerapkan kemahiran berfikir kritis dalam pengajaran
dan pembelajaran dalam bilik darjah dengan melaksanakan aktiviti yang melibatkan
pelajar untuk menghubung kaitkan. Menghubung kaitkan adalah kebolehan pelajar
untuk membuat perkaitan untuk mencari sesuatu struktur atau corak perhubungan.
Kemahiran ini digunakan oleh pelajar untuk membuat inferens, meramal, membuat
hipotesis, membuat kesimpulan dan mengitlak.
Seterusnya, kemahiran berfikir yang perlu diterapkan oleh guru semasa
pengajaran dam pembelajaran adalah meramal supaya dapat melahirkan pelajar
yang berfikiran kreatif. Meramal bermaksud membuat jangkaan tentang sesuatu
peristiwa berdasarkan pemerhatian dan pengalaman yang lalu atau data yang boleh
dipercayai. Kemahiran ini digunakan untuk menjuruskan, merancang dan
mempertimbangkan pilihan.
Bukan itu sahaja, kemahiran berfikiran kreatif juga boleh diterapkan kepada
pelajar dengan mengajar pelajar untuk menganalogi. Menganalogi adalah kebolehan
membentuk kefahaman tentang sesuatu konsep secara mengaitkan konsep itu
dengan perkara yang mudah, maujud dan mempunyai ciri yang serupa. Kemahiran
ini digunakan untuk memahami konsep atau perkara yang mujarat dengan cara
mengaitkannya dengan sesuatu yang maujud yang telah diketahui.
Kesimpulannya, pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran ( PnP ) yang
dicadangkan dalam Transformasi Kurikulum KSSR dapat memperkasa modal insan
yang berkualiti selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
18