16 Kursus Kecergasan Diri

download 16 Kursus Kecergasan Diri

of 1

description

Kursus Kecergasan Diri

Transcript of 16 Kursus Kecergasan Diri

  • KURSUS KECERGASAN DIRI Tempat : Bilik Seminar, ULPL dan Kompleks Sukan, PIS Disediakan Oleh: Naksa binti Ahmad

    21 Mei 2014 Sebagai seorang yang berkerjaya

    dan juga mempunyai keluarga, adalah sukar

    untuk seseorang itu kekal aktif sepanjang masa

    tanpa mengambil sebarang makanan tambahan

    (supplement). Sebenarnya, selain daripada

    makanan tambahan, senaman juga boleh

    menjadikan seseorang itu kekal cergas

    sepanjang hari. Ini adalah kerana dengan

    senaman, jantung akan menjadi lebih sihat dan

    darah dapat diedarkan ke seluruh badan

    dengan lebih lancar. Walaubagaimanapun,

    kesibukan bekerja menyebabkan ramai yang

    tidak berkesempatan untuk melakukan aktiviti

    senaman. Oleh itu, Kursus Kecergasan Diri telah

    diadakan untuk membantu staf di JMSK

    meluangkan masa mempelajari teknik-teknik

    senaman yang boleh dilakukan bagi

    mengekalkan tahap kecergasan diri masing-

    masing.

    Kursus ini telah dikendalikan oleh En. Mohamed

    Rafi bin MS Solaiman, seorang pensyarah di

    JMSK yang juga merupakan pegawai di Unit

    Sukan. Seramai 31 orang staf JMSK telah

    menghadiri kursus ini dengan berpakaian sukan.

    Di dalam kursus ini, peserta telah diterangkan

    serba sedikit mengenai tips-tips penjagaan

    kesihatan bagi seluruh tubuh badan. Peserta

    juga diterangkan mengenai jenis-jenis sukan

    yang sesuai disertai. Sedikit demonstrasi

    senaman juga telah ditunjukkan. Di akhir

    kursus, satu sesi praktikal telah diadakan di

    mana semua peserta dikehendaki melakukan

    aktiviti senaman yang dikatakan sesuai untuk

    meningkatkan tahap kecergasan diri.

    Diharap dengan kursus ini, semua peserta dapat

    memanfaatkan ilmu yang telah dikongsi dan

    cuba mencari waktu untuk melakukan senaman

    yang telah ditunjukkan supaya kekal cergas dan

    aktif sepanjang hari untuk menyelesaikan

    semua tanggungjawab yang diberi.