165061790 Artikel Review Isu Petaksiran

8
1. Pernyataan Masalah Penulis mengutarakan masalah yang dihadapi oleh guru-guru dalam melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) di sekolah. Beliau mendapati tidak banyak maklumat mengenai kesediaan guru-guru terhadap PBS yang dilaksanakan sepenuhnya oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) di sekolah-sekolah seluruh Malaysia. Bertitik tolak daripada kekurangan maklumat ini mendorong penulis membuat kajian mengenai kesediaan guru-guru Bahasa Inggeris dalam melaksanakan PBS di sekolah. Penulis menyatakan dengan jelas dan teratur persoalan pokok yang ingin dikaji olehnya dengan membawa pembaca memahami istilah perubahan pengurusan (change management) terlebih dahulu dan seterusnya mengaitkannya dengan pentaksiran. Transformasi ekonomi yang pesat berlaku dalam ekonomi Malaysia memerlukan perubahan dalam sistem pendidikan. Justeru itu, pengenalan sistem pentaksiran baru yang menggabungkan pentaksiran berpusat dengan PBS dilaksanakan oleh KPM bagi menggantikan sistem pentaksiran tradisional. Mengikut pendapat penulis, PBS merupakan inovasi baru dalam sistem pendidikan di Malaysia yang memerlukan kerjasama yang jitu daripada pelbagai pihak dalam memastikan keberkesanannya. Peranan penting yang diamanahkan kepada guru- guru yang melaksanakannya mestilah disertakan dengan pengetahuan dan kemahiran yang mencukupi terutamanya dalam aspek pengujian dan pengukuran. 1

description

nmn,

Transcript of 165061790 Artikel Review Isu Petaksiran

1.Pernyataan Masalah

Penulis mengutarakan masalah yang dihadapi oleh guru-guru dalam melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) di sekolah. Beliau mendapati tidak banyak maklumat mengenai kesediaan guru-guru terhadap PBS yang dilaksanakan sepenuhnya oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) di sekolah-sekolah seluruh Malaysia. Bertitik tolak daripada kekurangan maklumat ini mendorong penulis membuat kajian mengenai kesediaan guru-guru Bahasa Inggeris dalam melaksanakan PBS di sekolah.

Penulis menyatakan dengan jelas dan teratur persoalan pokok yang ingin dikaji olehnya dengan membawa pembaca memahami istilah perubahan pengurusan (change management) terlebih dahulu dan seterusnya mengaitkannya dengan pentaksiran. Transformasi ekonomi yang pesat berlaku dalam ekonomi Malaysia memerlukan perubahan dalam sistem pendidikan. Justeru itu, pengenalan sistem pentaksiran baru yang menggabungkan pentaksiran berpusat dengan PBS dilaksanakan oleh KPM bagi menggantikan sistem pentaksiran tradisional. Mengikut pendapat penulis, PBS merupakan inovasi baru dalam sistem pendidikan di Malaysia yang memerlukan kerjasama yang jitu daripada pelbagai pihak dalam memastikan keberkesanannya. Peranan penting yang diamanahkan kepada guru-guru yang melaksanakannya mestilah disertakan dengan pengetahuan dan kemahiran yang mencukupi terutamanya dalam aspek pengujian dan pengukuran.

Justeru itu, pembaca dibawa mendalami jurnal penulis yang menerangkan kaitan di antara change process yang dialami dalam proses pentaksiran di Malaysia dengan peranan dan kemahiran yang dimiliki oleh guru-guru dalam melaksanakannya.2.Metodologi

Penulis menggunakan kaedah soal selidik Model Cheung et al (2001) (Stages of Concern Questionnaire) SoCQ untuk mendapatkan data-data daripada responden yang terdiri daripada kalangan 40 orang guru-guru Bahasa Inggeris. Beliau telah mengadaptasi item-item tersebut untuk kesesuaian guru-guru Bahasa Inggeris yang terlibat. Ini adalah satu langkah yang tepat dalam menentukan kerelevanan item-item dengan responden berbanding menggunakan terus item daripada Cheung et al.Terlebih dahulu , penulis menyenaraikan 2 model SoCQ yang dibuat oleh Hall et als (1977) dan Cheung et al (2001) yang boleh digunakan sebagai instrumen untuk mengukur tahap kesediaan guru-guru bahasa Inggeris dalam melaksanakan PBS di sekolah. Setelah membuat semakan dan perbandingan, penulis mendapati data SoCQ Model Hall et al tidak konsisten dengan dapatan yang diperolehi SoCQ Model Cheung et al. Justeru itu, penulis memilih item SoCQ Model Cheung et al yang didapati lebih memenuhi objektif kajiannya.

3.Sampel

Penulis menggunakan 40 orang guru-guru Bahasa Inggeris yang berpengalaman dari 5 bulan hingga 18 tahun dalam melaksanakan PBS sebagai respondennya. Penulis juga membuat perbandingan di antara dua kumpulan, iaitu yang kurang daripada 5 tahun dan yang lebih daripada 5 tahun pengalaman dalam PBS. Penulis mendapati responden yang dipilih adalah bersesuaian dengan objektifnya untuk menentukan kesediaan guru-guru dalam PBS.

Saiz sampel yang digunakan penulis adalah kecil dan mudah diurus iaitu seramai 40 orang guru-guru Bahasa Inggeris. Bagaimanapun dengan bilangan sampel yang demikian, dapatan kajian tidak boleh digeneralisasikan kerana saiz sampel yang kecil dan tidak menyeluruh. Namun demikian, saya percaya jurnal penulis ini adalah langkah awal dalam mengukur keberkesanan pelaksanaan PBS di sekolah. Maka dengan itu penulis memilih konstruk asas dalam aspek pelaksanaan iaitu peringkat kesediaan guru-guru. Justeru itu, penulis hanya menggunakan 40 orang guru-guru sebagai sampel untuk memenuhi objektif kajiannya,4.Dapatan Kajian

Penulis mendapati daripada dapatan kajiannya, secara asasnya, kesemua responden sememangnya mempunyai kesediaan dalam melaksanakan PBS. Kajian ini juga membuktikan tahap kesediaan mereka adalah multidimensi. Ini dibuktikan dengan analisis soal selidik yang menunjukkan kesemua item mempunyai min yang tinggi iaitu lebih daripada 3.5.

Penulis juga menerangkan dalam jurnalnya dengan jelas bahawa maklumbalas yang diterima daripada responden boleh dinyatakan seperti berikut:a)Responden masih tidak pasti mengenai kehendak PBS. Secara khususnya, mereka risau mengenai keupayaan mereka untuk memenuhi kehendak PBS.

b)Responden risau mengenai impak pentaksiran terhadap pelajar mereka.

c)Responden risau akan kefahaman murid-murid mengenai peranan murid-murid dalam PBS.

d)Responden mengkehendaki perubahan atau penambahbaikan pada pelaksanaan sedia ada PBS.e)Responden tidak pasti peranan yang perlu dimainkan oleh mereka dalam PBS.

5.Persembahan Dapatan Kajian

Penulis mempersembahkan dapatan kajiannya dengan baik sekali dengan menyertakan jadual konsistensi untuk item SoCQ (rujuk jadual 1). Dalam jadual ini, penulis menyenaraikan kesemua 22 item dengan menyertakan analisis korelasi bagi setiap item tersebut. Ini dapat memberi kekuatan kepada keyakinan terhadap item yang digunakan oleh beliau.

Bagi maklumbalas responden pula, penulis mempersembahkannya dalam bentuk jadual (rujuk jadual 2). Setiap maklumbalas responden mengikut item yang disediakan dianalisis dan diwakili dengan menggunakan unit min dan sisihan piawai.

Selain daripada jadual, penulis juga mempersembahkan analisis kajiannya dengan menggunakan graf (rujuk rajah 2). Graf ini menunjukkan peringkat-peringkat kesediaan di antara dua kumpulan guru, iaitu kumpulan guru yang kurang dari 5 tahun dan lebih dari 5 tahun pengalaman dalam menjalankan PBS. Berdasarkan graf ini, pembaca lebih mudah mentafsir dan memahami hubungan dan perbezaan di antara dua kumpulan guru ini.6.Cadangan

Penulis menghuraikan dengan jelas implikasi dapatan kajiannya dan beberapa cadangan penambahbaikan seperti berikut:

a)Dapatan kajian mendapati responden tidak pasti peranan mereka dalam PBS. Kenyataan ini dibuktikan oleh penulis dengan pengakuan responden yang menyatakan bahawa pengetahuan dan kemahiran mereka lemah dalam melaksanakan PBS. Sehubungan itu, penulis mencadangkan agar pihak KPM mengukuhkan lagi latihan dalam perkhidmatan (in service training) bagi guru-guru untuk memastikan pelaksanaan PBS mencapai objektifnya.b)Dapatan kajian mendapati responden lemah dalam pengurusan PBS atau lebih spesifik lagi pengurusan masa. Responden risau akan kerjasama dengan murid yang perlu memahami peranan mereka dalam PBS dan juga kerjasama dengan rakan sekerja yang tidak dijalankan dengan efisyen di sekolah. Sehubungan itu, penulis merasakan bahawa terdapat keperluan untuk menyemak dan memurnikan semula PBS dengan mengambil kira pandangan murid-murid dan guru-guru. Penulis mencadangkan agar KPM mengambil langkah proaktif dalam membuat semakan dan pemurnian semula pelbagai aspek dalam PBS dengan mengambil kira maklumbalas daripada guru-guru dan murid-murid.

7.Kekuatan dan Kelemahan Jurnal.

Secara keseluruhan, jurnal ini mempunyai kekuatan dalam beberapa aspek seperti yang berikut:

a)Penulis menyatakan dengan jelas sekali permasalahan kajian yang ingin diutarakan di dalam bahagian pengenalan. Laras bahasa yang digunakan mudah dan jelas difahami oleh pembaca.

b)Penulis menerangkan kepada pembaca mengapa beliau memilih menggunakan soal selidik SoCQ Cheung dengan menyatakan perbandingan dengan soal selidik SoCQ Hall.

c)Penulis memilih untuk menggunakan kaedah soal selidik dengan menggunakan item yang diubahsuai mengikut kesesuaian responden. Ini adalah langkah yang baik berbanding hanya menggunakan terus soal selidik tersebut tanpa menyesuaikan dengan demografi kajian.d)Penulis menjelaskan dapatan kajian dan perbincangan mengenainya dengan jelas. Beliau menjelaskan satu persatu dapatan kajiannya mengikut peringkat-peringkat yang terkandung dalam soal selidiknya.e)Penulis menyertakan jadual dan graf untuk menerangkan dan menyokongdapatan kajiannya. Pembaca akan mudah memahami dapatan kajiannya dengan merujuk kepada jadual dan graf yang disediakan.

f)Dapatan penulis dijelaskan dalam unit pengukuran yang standard seperti min, sisihan piawai dan korelasi. Pemilihan persembahan analisis dengan menggunakan unit min adalah sesuai dan tepat kerana objektif penulis adalah untuk mengukur tahap kesediaan (character/attitude) dan bukannya mengukur aspek demografi guru-guru.8.Sumbangan Kajian

Kajian ini menepati objektifnya untuk mengkaji tahap kesediaan guru-guru Bahasa Inggeris dalam melaksanakan PBS. Berdasarkan pengamatan penulis mengenai kekurangan kajian ilmiah mengenai PBS di Malaysia, usaha beliau membuat kajian dalam bidang ini adalah satu inisiatif yang baik. Dapatan kajian penulis dapat memberikan maklumat dan maklumbalas kepada KPM sejauh mana keberkesanan pelaksanaan PBS di sekolah. Kajian ini juga boleh dijadikan rujukan oleh pengkaji-pengkaji yang ingin membuat kajian dalam bidang pentaksiran.

6