1.8 Model Peralihan Demografi

11
7/29/2019 1.8 Model Peralihan Demografi http://slidepdf.com/reader/full/18-model-peralihan-demografi 1/11  TEMA 1 PENDUDUK MODEL PERALIHAN DEMOGRAFI Ciri Demografi Penduduk Ciri demografi penduduk ialah ciri kependudukan /gambaran kependudukan sesebuah negara yang ditunjukkan melalui graf piramid penduduk . Ciri demografi meliputi ciri kadar kelahiran, kadar kematian, nisbah jantina, kumpulan umur penduduk, nisbah tanggungan penduduk dan jangka hayat penduduk . Ciri demografi /  piramid penduduk dapat menggambarkan tahap pembangunan penduduk dan juga tahap kesihatan dan pemodenan sesebuah negara. Kadar kelahiran dan kadar kematian dipengaruhi oleh taraf kesihatan, program  perancangan keluarga, dasar kerajaan dan faktor sosial. Berdasarkan ciri kependudukan, dasar dan perancangan sosioekonomi dapat dikenalpasti dan laksanakan.  Peralihan Demografi Peralihan demografi adalah transisi atau perubahan kependudukan yang dialami oleh sesebuah negara dari dahulu hingga kini dan mungkin boleh diramalkan pada masa akan datang. Peralihan demografi boleh menggambarkan sejarah kependudukan yang telah sedang dan akan dialami oleh sesebuah negara itu. Ada tiga komponen penting yang terkandung dalam model peralihan demografi iaitu komponen kadar kelahiran, komponen kadar kematian dan  juga komponen kadar pertumbuhan penduduk semula jadi . Ciri Bagi Setiap Peringkat Peralihan Demografi.

Transcript of 1.8 Model Peralihan Demografi

Page 1: 1.8 Model Peralihan Demografi

7/29/2019 1.8 Model Peralihan Demografi

http://slidepdf.com/reader/full/18-model-peralihan-demografi 1/11

 TEMA 1 PENDUDUK 

MODEL PERALIHAN DEMOGRAFI

Ciri Demografi Penduduk 

Ciri demografi penduduk ialah ciri kependudukan /gambaran

kependudukan sesebuah negara yang ditunjukkan melalui graf 

piramid penduduk . Ciri demografi meliputi ciri kadar kelahiran, kadar

kematian, nisbah jantina, kumpulan umur penduduk, nisbah

tanggungan penduduk dan jangka hayat penduduk . Ciri demografi /

 piramid penduduk dapat menggambarkan tahap pembangunan penduduk 

dan juga tahap kesihatan dan pemodenan sesebuah negara. Kadar 

kelahiran dan kadar kematian dipengaruhi oleh taraf kesihatan, program

 perancangan keluarga, dasar kerajaan dan faktor sosial. Berdasarkan ciri

kependudukan, dasar dan perancangan sosioekonomi dapat dikenalpasti dan

laksanakan.

 Peralihan Demografi 

Peralihan demografi adalah transisi atau perubahan kependudukan yang

dialami oleh sesebuah negara dari dahulu hingga kini dan mungkin boleh

diramalkan pada masa akan datang. Peralihan demografi boleh menggambarkan

sejarah kependudukan yang telah sedang dan akan dialami oleh sesebuah

negara itu. Ada tiga komponen penting yang terkandung dalam model peralihan

demografi iaitu komponen kadar kelahiran, komponen kadar kematian dan

 juga komponen kadar pertumbuhan penduduk semula jadi.

Ciri Bagi Setiap Peringkat Peralihan Demografi.

Page 2: 1.8 Model Peralihan Demografi

7/29/2019 1.8 Model Peralihan Demografi

http://slidepdf.com/reader/full/18-model-peralihan-demografi 2/11

 TEMA 1 PENDUDUK 

MODEL PERALIHAN DEMOGRAFI

1. Peringkat 1/tahap awal/masyarakat pertanian 

− Kadar kelahiran tinggi. Kadar kelahiran tinggi disebabkan oleh

ketiadaan perancangan keluarga, keperluan kepada buruh manusia untuk 

sektor pertanian.

− Kadar kematian tinggi. Manakala kadar kematian tinggi disebabkan

oleh taraf kesihatan yang rendah, ancaman wabak penyakit, kebuluran

serta masalah peperangan

− Pertumbuhan semula jadi penduduk rendah. Berlaku naik-turun

dalam pertumbuhan semula jadi penduduk sejajar dengan kenaikan dan

 penurunan dalam kadar kelahiran serta kadar kematian.

Negara berada di tahap yang mundur. Masyarakat pertanian danketiadaan teknologi moden 

2. Peringkat 2/tahap pertengahan/masyarakat industri

− Kadar kelahiran masih lagi tinggi tetapi semakin menurun.

Kegagalan perancangan keluarga dan keperluan kepada tenaga buruh

manusia masih lagi tinggi

− Kadar kematian semakin menurun.  penurunan dalam kadar kematian

 pula berpunca daripada taraf kesihatan dan perubatan yang semakin baik, bekalan makanan yang mencukupi, keadaan politik yang stabil daripada

 peperangan

− Pertumbuhan semulajadi menurun.  pertumbuhan semulajadi mulai

menurun ekoran daripada penurunan dalam kadar kelahiran

 perkembangan industri dan teknologi yang pesat maka kebergantungan

kepada buruh manusia semakin berkurangan, masyarakat lebih moden

dan berpendidikan lebih tinggi , mula mementingkan kerjaya, kos hidup

meningkat, amalan perancangan keluarga mulai berkesan, perkahwinanlewat dan lain-lain.

− Negara membangun/pembangunan pesat.

3. Peringkat akhir/tahap 3/masayrakat perindustrian penuh.

− Kadar kelahiran rendah. Kejayaan sepenuhnya program kawalan

 penduduk atau perancangan keluarga yang dilaksanakan berikutan

daripada masyarakatnya yang berpendidikan tinggi, berkerjaya,

Page 3: 1.8 Model Peralihan Demografi

7/29/2019 1.8 Model Peralihan Demografi

http://slidepdf.com/reader/full/18-model-peralihan-demografi 3/11

 TEMA 1 PENDUDUK 

MODEL PERALIHAN DEMOGRAFI

mementingkan status quo, peningkatan taraf dan kesejahteraan hidup dan

lain-lain

− Kadar kematian rendah. Taraf kesihatan dan perubatan moden

 bertambah maju serta berupaya meningkatkan jangka hayat penduduk.

Pelbagai penyakit merbahaya berjaya dikawal dengan penemuan ubat

dan vaksin baru.

− Pertumbuhan semulajadi penduduk menurun/ sifar / stabil /

mantap. Kadar kematian bayi di peringkat awal juga di kawal kelahiran

dan kadar kematian terus menurun hingga ke paras yang rendah

− Negara maju.  Pembangunan ekonomi yang mantap dan berkembang

maju. Sektor industri dan perkhidmatan mendominasi sepenuhnya

 pembangunan ekonomi negara. Pendapatan perkapita dan taraf hidup penduduk yang tinggi, kadar pengganguran rendah. Pembangunan

sumber alam secara optimun atau dijana sepenuhnya dengan adanya

tahap teknologi yang tinggi 

Rajah 1 di bawah menunjukkan Model Peralihan Demografi.

Berdasarkan model demografi di atas,

Kenalpasti sebuah negara masa kini yang berada di tahap 1, 2, 3 dan 4.

1. Tahap 1 : Negara mundur: Kenya, Ethopia (Sudan), Angola, Swaziland,

Afghannistan.

Page 4: 1.8 Model Peralihan Demografi

7/29/2019 1.8 Model Peralihan Demografi

http://slidepdf.com/reader/full/18-model-peralihan-demografi 4/11

 TEMA 1 PENDUDUK 

MODEL PERALIHAN DEMOGRAFI

2. Tahap 2 : Negara sedang membangun : Malaysia, Vietnam, Thailand,

Kemboja, Filipina, Indonesia, Berunai, Brazil, Argentina, Uruguay,

Paraguay dll

3. Tahap 3 : Negara perindustrian baru (NIC): Korea, Taiwan, Singapura,

China, Australia, New Zealand dll

4. Tahap 4 : Negara maju: Jepun, Jerman, Perancis, USA, Kanada, Itali dan

England.

 Huraikan ciri kependudukan bagi setiap tahap dalam model peralihan

demografi berkenaan.

Peringkat 1:  (Tahap awal: Negara Mundur )

− Peringkat ini menunjukkan Kadar Kelahiran dan Kadar   Kematian

adalah tinggi yang menyebabkan kadar pertumbuhan semulajadi

 penduduk adalah rendah.

− Berlaku naik-turun dalam pertumbuhan semula jadi penduduk sejajar 

dengan kenaikan dan penurunan dalam kadar kelahiran serta kadar 

kematian.

− Kadar kelahiran tinggi disebabkan oleh ketiadaan  perancangan keluarga,

keperluan kepada buruh manusia untuk sektor pertanian.

− Manakala kadar kematian tinggi disebabkan oleh taraf  kesihatan yang

rendah, ancaman wabak penyakit, kebuluran serta masalah peperangan.

− Pada tempoh tersebut sesebuah negara itu berada   di tahap yang

mundur. Contoh Negara seperti Kenya, Ethopia (Sudan), Angola, dan

Swaziland.

2) Peringkat 2:  (Tahap Pertengahan — Negara Sedang Membangun)− Kadar kelahiran masih lagi tinggi manakala kadar   kematian

menurun dengan cepat. Ini menyebabkan peningkatan dalam kadar 

 pertumbuhan semulajadi penduduk.

− Kadar kelahiran masih lagi tinggi disebabkan oleh   kegagalan

 perancangan keluarga, amalan perkahwinan pada usia muda dan juga

keperluan kepada tenaga buruh manusia masih lagi tinggi khususnya

dalam sektor pertanian dan industri berintensif buruh.

Page 5: 1.8 Model Peralihan Demografi

7/29/2019 1.8 Model Peralihan Demografi

http://slidepdf.com/reader/full/18-model-peralihan-demografi 5/11

 TEMA 1 PENDUDUK 

MODEL PERALIHAN DEMOGRAFI

− Manakala penurunan dalam kadar kematian pulaberpunca daripada

taraf kesihatan dan perubatan yang semakin baik, bekalan makanan

yang mencukupi, keadaan politik yang stabil daripada peperangan dll.

− Contoh Negara Sedang Membangun seperti India, Pakistan,

Bangladesh, Vietnam, Thailand, Kemboja, Filipina, Indonesia, Brazil,

Argentina, Uruguay, Paraguay dll

3. Peringkat 3: Fasa Akhir Pertengahan (Negara Industri Baru/NIC)

− Pada peringkat ini kadar kelahiran dan kadar kematian  merosot dengan

ketara.− Kadar kelahiran menurun disebabkan oleh  perkembangan industri dan

teknologi yang pesat maka kebergantungan kepada buruh manusia semakin

 berkurangan, masyarakat lebih moden dan berpendidikan lebih tinggi,

mula mementingkan  kerjaya, kos hidup meningkat, amalan

 perancangan keluarga mulai berkesan, perkahwinan lewat dan lain- lain.

− Manakala kadar kematian merosot disebabkan oleh    peningkatan

tinggi dalam tahap kesihatan penduduk.

−Kelompok negara membangun di peringkat ini ialah NegaraPerindustrian Baru seperti Korea, Taiwan, Singapura, China, Australia,

 New Zealand dll

Peringkat 4 : Fasa Akhir (Negara Maju)

− Di peringkat ini kadar kelahiran dan kadar kematian   terus menurun

hingga ke paras yang rendah dan kekal stabil

− Ini menyebabkan pertumbuhan semula jadi penduduk   juga terus

menurun menuju ke sifar (Zero population growth) atau mungkin

 pertumbuhan penduduk menjadi stabil dan mantap.

− Keadan ini disebabkan oleh taraf kesihatan dan   perubatan moden

 bertambah maju serta berupaya meningkatkan jangka hayat

 penduduk. Pelbagai penyakit merbahaya yang boleh membawa

kematian berjaya dikawal dengan penemuan ubat dan vaksin barn.

− Kadar kematian bayi di peringkat awal juga di kawal. Di   samping itu

kejayaan sepenuhnya program kawalan penduduk atau perancangan

keluarga yang dilaksanakan berikutan daripada masyarakatnya yang

Page 6: 1.8 Model Peralihan Demografi

7/29/2019 1.8 Model Peralihan Demografi

http://slidepdf.com/reader/full/18-model-peralihan-demografi 6/11

 TEMA 1 PENDUDUK 

MODEL PERALIHAN DEMOGRAFI

 berpendidikan tinggi, berkerjaya, mementingkan status quo,

 peningkatan taraf dan kesejahteraan hidup dan lain-lain.

− Peringkat ini dicerminkan oleh negara-negara maju seperti Jepun,

Sweden, Britain dan lain-lain lagi yang mencapai tahap penduduk optima.

 Jelaskan kaitan antara pertumbuhan penduduk dengan pembangunan

sosio - ekonomi di sesebuah negara dalam konteks model peralihan

demografi .

Peringkat 1 (Kadar Kelahiran dan Kadar Kematian Tinggi)

− Tahap ini pembangunan Sosio-ekonomi negara adalah mundur, bergantung

sepenuhnya kepada sektor pertanian berintensif buruh (masyarakat agraria)

− Pergantungan kepada teknologi tradisional sahaja, pembangunan sumber alam dan

sumber manusia amat perlahan atau sumber alam tersimpan sebagai stok sumber sahaja.

− Dibelenggu dengan masalah kekurangan makanan/kebuluran, taraf kesihatan rendah,

taraf pendidikan rendah atau kadar buta huruf tinggi di samping Masalah

ketidakstabilan politik dan seringkali diancam perang saudara/pergolakan politik 

tempatan.

Peringkat 2 : Kadar kelahiran masih lagi tinggi manakala kadar

kemat ia n menurun dengan cepat.

− Pembangunan sektor ekonomi moden khususnya industri dan perkhidmatan

mula berkembang maju dan tidak lagi semata-mata bergantung kepada sektor 

 pertanian.

− Sumber - sumber alam dimajukan, kepelbagaian ekonomi dan peluang pekerjaan

 bertambah, pendapatan perkapita dan taraf hidup penduduk meningkat.

−Pembangunan sosial meningkat seperti taraf kesihatan penduduk bertambah baik,

 jangka hayat bertambah, kadar kematian menurun. Tahap pendidikan juga

meningkat atau kadar buta huruf menurun di samping kepesatan pembangunan fizikal

(kemudahan asas).

 Peringkat 3 : Kadar kelahiran dan kadar kematian merosot dengan ketara.

−  Negara sedang membangun menuju ke arah ciri-ciri negara industri yang maju.

− Struktur ekonomi jelas berubah dan sebahagian besarnya bergantung kepada

sektor perindustrian dan perkhidmatan.

Page 7: 1.8 Model Peralihan Demografi

7/29/2019 1.8 Model Peralihan Demografi

http://slidepdf.com/reader/full/18-model-peralihan-demografi 7/11

 TEMA 1 PENDUDUK 

MODEL PERALIHAN DEMOGRAFI

− Produk eksport menguasai pasaran global Pembangunan teknologi yang pesat.

− Ekonomi kuarterner dan kuiner berkembang pesat dan pada masa kini negara-

negara ini diwakili oleh negara - negara perindustrian baru (NIC) seperti Korea

Selatan, Taiwan, China dan Singapura.

 Peringkat 4: Kadar kelahiran dan kadar kematian terus menurun hingga

ke paras yang rendah dan kekal stabil.

− Pembangunan ekonomi negara yang mantap dan berkembang maju.

− Sektor industri dan perkhidmatan mendominasi sepenuhnya di samping produk sektor 

kuarterner dan kuiner. Negara maju menguasai pasaran global.

− Pendapatan perkapita dan taraf hidup penduduk yang sangat tinggi, dengan

adanya tahap teknologi yang tinggi.− Tahap pembangunan sosial juga tinggi dan masyarakat berilmu serta bermaklumat

khususnya menguasai ilmu teknologi maklumat ( Information Technology

Communication/ICT)

− Gaya hidup masyarakat Kosmopolitan – mementingkan gaya, mutu dan keunggulan

Faktor Yang Mempengaruhi Peralihan Demografi Sesebuah Negara

1. Kadar kelahiran sesebuah negara. Jika kadar kelahiran tinggi dan kadar 

kematian rendah maka pertubuhan penduduk tinggi, Jika kadar kelahiran

rendah dan kematian tinggi, maka pertumbuhan adalah rendah. Ditentukan

oleh perancangan keluarga dan taraf kesihatan penduduk.

2. Tahap kesihatan dan kemajuan perubatan. Bidang perubatan akan

mempengaruhi kadar kelahiran, kematian dan perancangan keluarga. Taraf 

kesihatan akan mempengaruhi jangka hayat, kelahiran, kematian dan pertumbuhan penduduk.

3. Tingkat teknologi. Teknologi moden akan mempengaruhi tingkat

kemajuan ekonomi negara. Teknologi tinggi akan mempercepatkan

 perubahan kegiatan ekonomi dan sosial penduduk. Masyarakat cepat maju.

4. Tahap pendidikan. Pendidikan tinggi akan mempengaruhi corak demografi

sesebuah negara.Pendidikan akan mempengaruhi corak kelahiran, jangkahayat, pertumbuhan penduduk sesebuah negara.

Page 8: 1.8 Model Peralihan Demografi

7/29/2019 1.8 Model Peralihan Demografi

http://slidepdf.com/reader/full/18-model-peralihan-demografi 8/11

 TEMA 1 PENDUDUK 

MODEL PERALIHAN DEMOGRAFI

5. Dasar kependudukan kerajaan. Dasar kerajaan sama ada mengawal dan

menambah bilangan penduduk akan mempengaruhi corak demografi.

Sebagai contoh, dasar saiz kerluarga kecil akan memperlahankan kelahiran.

6. Dasar pembangunan kerajaan. Dasar ekonomi sesebuah negara akan

meningkatkan pendapatan perkapita, mengurangkan kemiskinan dan

 berupaya meningkatkan status hidup masyarakat. Masyarakat maju

mengalami pemodenan yang cepat dalam bidang sosial.

Ciri demografi penduduk negara sedang membangun

1. Keseluruhannya piramid progresif adalah berbentuk kon, iaitu

 puncaknya yang tajam/tirus dan dasar atau tapaknya yang lebar sertakeadaan cerunnya yang cekung

2. Bilangan penduduk muda yang ramai hasil daripada kadar kelahiran yang

tinggi dan kadar kematian yang rendah.

3. Jangka hayat penduduk yang masih rendah. Keadaan ini dibayangkan

oleh puncak piramid yang tirus.

4. Nisbah tanggungan yang tinggi. Ciri ini ditunjukkan oleh cerunnya yang

cekung. Bilangan golongan dewasa yang produktif daripada segi ekonomi

adalah sedikit berbanding dengan golongan muda yang terpaksa ditanggung

5. Saiz keluarga juga adalah besar yang menyebabkan taraf hidup sesebuah

keluarga masih rendah

 Masalah sosio ekonomi yang dihadapi oleh negara membangun akibat ciri 

demografi sedemikian.

1. Pembangunan ekonomi masih lemah/mundur. Ekoran daripada

ketidakseimbangan antara golongan dewasa yang produktif daripada segi

ekonomi yang sedikit berbanding golongan muda yang tidak produktif yang

ramai (nisbah tanggungan tinggi). Misalnya di Brazil mempunyai lebih

daripada 60% penduduknya yang terpaksa ditanggung, di Pakistan pula

Page 9: 1.8 Model Peralihan Demografi

7/29/2019 1.8 Model Peralihan Demografi

http://slidepdf.com/reader/full/18-model-peralihan-demografi 9/11

 TEMA 1 PENDUDUK 

MODEL PERALIHAN DEMOGRAFI

hanya 35% sahaja penduduknya terdiri daripada golongan dewasa yang aktif 

daripada segi ekonomi.

2. Penduduk masih terbelenggu dengan kemiskinan yang tinggi . Sektor 

ekonomi moden khususnya perindustrian dan perkhidmatan sukar  berkembang dengan pesat. Lebih daripada 60% ekonomi negara sedang

membangun masih dikuasai oleh sektor pertanian yang berintensif buruh.

3. Pendapatan perkapita penduduk yang rendah. Pendapatan kecil terpaksa

dibahagikan dengan saiz keluarga yang besar (nisbah tanggungan tinggi).

Ini akan merendahkan taraf hidup penduduk.

4. Pasaran domestik yang lemah. Pasaran domestik yang lemah akibat

kuasa beli penduduk yang rendah. 

5. Perbelanjaan untuk keperluan asas menjadi besar. Penyediaan

kemudahan kesihatan, pendidikan, kemudahan perumahan, perhubungan,

 pengangkutan dan sebagainya bagai menampung keperluan asasi penduduk 

muda yang ramai sedangkan kemampuan kewangan negara sedang

membangun adalah terhad.

6. Kadar pengganguran tinggi. Peluang pekerjaan dalam sektor pertanian

agak terhad. Sektor ekonomi moden seperti perindustrian dan perkhidmatanmasih lemah perkembangannya.

7. Masalah sosial. Kadar buta huruf yang tinggi, taraf kesihatan yang rendah

yang menyebabkan mudah merebaknya penyakit berbahaya seperti taun,

denggi, malaria, AIDS, SARS dan lain-lain yang boleh membawa maut.

Selain itu masalah peningkatan gejala sosial seperti jenayah,

 penyalahgunaan dadah dan lain-lain juga adalah tinggi.

Ciri Demografi Penduduk Malaysia Pada Tahun 2000

1. Kadar kelahiran tinggi dan kadar kematian rendah. Dibuktikan dengan

saiz tapak piramid yang lebar. Kelompok 0 – 9 tahun paling ramai.

Dikaitkan dengan taraf kesihatan yang bertambah baik – mengawal penyakit

di kalangan bayi dan ibu yang mengandung. Kemudahan kesihatan/bilangan

doktor dan perubatan yang baik. Kadar mortaliti rendah dan kelahiran hidup

tinggi. Amalan pemakanan berzat dan penjagaan bayi yang teratur.

Page 10: 1.8 Model Peralihan Demografi

7/29/2019 1.8 Model Peralihan Demografi

http://slidepdf.com/reader/full/18-model-peralihan-demografi 10/11

 TEMA 1 PENDUDUK 

MODEL PERALIHAN DEMOGRAFI

2. Nisbah jantina antara lelaki dan perempuan berbeza mengikut

peringkat umur. Kumpulan umur muda dan dewasa (0 – 59) tahun lelaki

lebih ramai berbanding wanita tetapi kumpulan umur tua (60 tahun dan ke

atas wanita lebih ramai berbanding lelaki). Kadar kematian lelaki lebih

tinggi apabila mencecah umur tua. Ini disebabkan oleh kesedaran penjagaan

kesihatan dikalanganpenduduk lelaki lebih rendah berbanding wanita.

 Namun secara keseluruhannya nisbah jantina lelaki dan perempuan hampir 

seimbang.

3. Nisbah tanggungan masih tinggi tetapi tidak ketara . Kumpulan umur di

 bawah tanggungan (0 – 19 tahun masih lagi tinggi) berbanding dengan

kumpulan umur dewasa yang produktif (20 hingga 59 tahun). Kumpulan

umur di bawah tanggungan sebahagian besarnya berada di alam persekolahan. Namun begitu nisbah tanggungan ini tidaklah terlalu besar 

dan masih boleh ditanggung oleh kumpulan dewasa. Ini disebabkan oleh

 peningkatan kualiti hidup penduduk khususnya daripada segi pendapatan

 perkapita.

4. Jangka hayat meningkat. Puncak piramid semakin melebar berbanding

tahun-tahun sebelumnya. Ini menunjukkan berlakunya proses penuaan

 penduduk (ageing population). Warga emas bertambah. Akibat peningkatan

kualiti hidup penduduk Malaysia seperti penjagaan kesihatan dikalangan

warga tua, kemudahan rawatan golongan tua bertambah, amalan pemakanan

seimbang dll yang meningkatkan jangka hayat. Tetapi jangka hayat

 perempuan lebih tinggi berbanding lelaki kerana kesedaran kesihatan yang

 berbeza.

 Merujuk Kepada Model Peralihan Demografi Di Atas, Jelaskan Corak 

 Pertumbuhan Penduduk Bagi Setiap Peringkat.

1. Peringkat 1 Pertumbuhan penduduk adalah rendah - kadar lahir adalah

tinggi, manakala kadar mati juga tinggi disebabkan oleh tiada amalan

 prancangan keluarga.kahwin awal dan taraf kesihatan rendah

2. Peringkat 2 Pertumbuhan penduduk meningkat tinggi pada tahap awal dan

 pertengahan, kemudian mula menurun pada tahap akhir - kadar lahir masih

tinggi, manakala kadar kematian mulai menurun. Amalan perancangan

keluarga sudahdipraktikkan tetapi masih kurang berjaya kerana faktor 

Page 11: 1.8 Model Peralihan Demografi

7/29/2019 1.8 Model Peralihan Demografi

http://slidepdf.com/reader/full/18-model-peralihan-demografi 11/11

 TEMA 1 PENDUDUK 

MODEL PERALIHAN DEMOGRAFI

agama, pendidikan dan adat. Menurun pada tahap akhir kerana hampir 

memasuki peringkat negara maju.

3. Peringkat 3 - Pertumbuhan penduduk adalah menurun hingga hampir sifar 

kadar lahir adalah rendah, manakala kadar kematian terus menurun dengandrastik. Amalan perancangan keluarga yang berjaya masyarakat moden

yang mahukan –saiz keluarga yang kecii kerana kos hidup tinggi.

Ciri Penduduk Sebuah Negara Dalam Konteks Model Peralihan Demografi 

 Negara Sedang Membangun

1. Kadar pertumbuhan meningkat – kadar kelahiran semula jadi

tinggi/meningkat – kadar kematian semula jadi rendah /menurun, migrasi

2. Kadar kelahiran – bilangan kanak-kanak  meningkat kerana peningkatan

 perubatan, pemakanan seimbang, taraf sosioekonomi meningkat turut

menyebabakan taraf kesihatan penduduk bertambah baik, halangan adat dan

agama, kegagalan amalan perancangan keluarga

3. Kadar kematian menurun kerana teknologi perubatan meningkat, kawala

 penyakit berjangkit, kematian semasa bersalin berkurang, pertambahan

sumber makanan

4. Jangka hayat semakin meningkat – bilangan golongan tua semakin

meningkat – kematian berkurangan disebabkan teknik perubatan moden dan

 peningkatan dalam penjagaan kesihatan.