1_kajian Tindakan Sementeri

20
PENGGUNAAN PETA MINDA DALAM MENINGKATKAN PEMAHAMAN SERTA MINAT MEMBUAT NOTA DI KALANGAN PELAJAR TINGKATAN 4 BAGI TOPIK PERNIAGAAN DALAM NEGERI Sharil Imran Bin Zakaria Faiz Fikri Bin Muhamad Nor Diyani Binti Adnan Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang PENGENALAN Peta minda adalah satu alat yang berfungsi seperti pemikiran visual yang dapat membantu pelajar mengorganisasi maklumat dengan berstruktur, memahami, mensintesis, mengingat kembali dan juga menghasilkan idea-idea baru dengan mudah. Dalam perkataan lain, mengingat informasi maklumat melalui peta minda boleh membantu otak kita bekerja dengan lebih cepat (Bletsas, 2011). Peta minda telah diperkenalkan oleh Tony Buzan pada tahun 1960an sebagai satu kaedah yang boleh membantu pelajar mencatat nota. Kini penggunaan peta minda semakin penting sebagai satu kemahiran mengorganisasi maklumat dan menghuraikan konsep atau objektif secara teratur (Subadrah

description

123

Transcript of 1_kajian Tindakan Sementeri

PENGGUNAAN PETA MINDA DALAM MENINGKATKAN PEMAHAMAN SERTA MINAT MEMBUAT NOTA DI KALANGAN PELAJAR TINGKATAN 4 BAGI TOPIK PERNIAGAAN DALAM NEGERI

Sharil Imran Bin ZakariaFaiz Fikri Bin MuhamadNor Diyani Binti AdnanDiploma Pendidikan Lepasan Ijazah, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang

PENGENALAN

Peta minda adalah satu alat yang berfungsi seperti pemikiran visual yang dapat membantu pelajar mengorganisasi maklumat dengan berstruktur, memahami, mensintesis, mengingat kembali dan juga menghasilkan idea-idea baru dengan mudah. Dalam perkataan lain, mengingat informasi maklumat melalui peta minda boleh membantu otak kita bekerja dengan lebih cepat (Bletsas, 2011).Peta minda telah diperkenalkan oleh Tony Buzan pada tahun 1960an sebagai satu kaedah yang boleh membantu pelajar mencatat nota. Kini penggunaan peta minda semakin penting sebagai satu kemahiran mengorganisasi maklumat dan menghuraikan konsep atau objektif secara teratur (Subadrah 2001). Kaedah peta minda ini menggunakan kedua-dua belah otak (Buzan 1976) dan dengan cara ini, dapat meningkatkan lagi produktiviti dan ingatan memori (Brinkmann 2003).Menurut Tony Buzan (2009), semua kanak-kanak suka benda yang berwarna-warni dan suka melukis. Melukis peta minda merupakan suatu aktiviti yang seronok untuk kanak-kanak. Apabila kanak-kanak gemar melukis peta minda, otak mereka juga akan berasa suka terhadap peta minda. Hasil segera yang boleh didapati adalah daya ingatan kanak-kanak semakin bertambah baik. Keberkesanan peta minda dapat dipertingkatkan dan diperkaya dengan warna, gambar, kod dan dimensi untuk menambah elemen kreativiti sendiri. Penggunaan dan penambahan elemen-elemen individu dalam peta minda dapat membantu perkembangan kreativiti, memori dan khususnya daya ingatan maklumat seseorang.

PERNYATAAN MASALAH

Pelajar didapati kurang meminati matapelajaran perdagangan dan menghadapi masalah dalam memahami isi pelajaran yang terkandung dalam setiap bab. Guru ingin mencuba pendekatan yang berbeza bagi membantu semua pelajar tingkatan 4 VT 2 agar lebih mudah memahami isi pelajaran yang dipelajari dan memandangkan bab perniagaan dalam negeri adalah bab yang paling panjang dan paling banyak isi pelajaran yang perlu diingat serta dibaca oleh pelajar, guru memilih bab tersebut untuk dibuat kajian terhadap semua pelajar.Selain daripada itu, sikap pelajar yang biasanya menggunakan catatan nota baris demi baris, muka surat demi muka surat (catatan bentuk linear) didapati cenderung menjadikan pelajar berasa bosan dan tidak mahu mencuba untuk memahami isi pengajaran. Catatan bentuk linear hanya menggunakan satu warna sahaja (biasanya sama ada warna hitam ataupun warna biru) yang menyebabkan pelajar berasa bosan dengan nota yang panjang lebar dan pelajar hanya mampu menguasai sebahagian kecil daripada isi pelajaran yang mereka pelajari. Tambahan lagi, pelajar hilang minat untuk menyiapkan catatan nota yang mereka buat kerana bagi mereka matapelajaran perdagangan sangat membosankan dan banyak isi pelajaran yang perlu diingat serta difahami.

OBJEKTIF KAJIAN

Antara objektif-objektif yang ingin dicapai adalah seperti berikut:1. Memperkenalkan peta minda sebagai alat untuk mempelajari ilmu perdagangan dan meningkatkan pemahaman pelajar2. Mengkaji minat pelajar untuk membuat serta menyiapkan nota perdagangan dengan menggunakan konsep nota peta minda

PERSOALAN KAJIAN1. Adakah penggunaan nota peta minda dapat meningkatkan pemahaman pelajar bagi tajuk perniagaan dalam negeri?2. Adakah penggunaan peta minda sebagai nota pelajar dapat menimbulkan minat mereka untuk menyiapkan nota seperti yang sepatutnya?SOROTAN KAJIANPelbagai penyelidikan telah dijalankan untuk membentuk dan menyusun strategi pembelajaran yang lebih berkesan terhadap pelajar. Dalam proses pembelajaran, seseorang itu perlulah menyusun strategi agar segala isi pelajaran dapat diproses oleh otak dengan lebih mudah.Kajian Makarimi (2006) berkaitan penggunaan peta minda dalam pengajaran mata pelajaran Sains kepada 140 orang murid (81 orang murid lelaki dan 59 orang murid perempuan yang berumur antara 13-15 tahun) di sekolah menengah daerah Brunei Muara mendapati penggunaan peta minda dalam pendekatan pengajaran lebih berkesan berbanding dengan penggunaan pendekatan pengajaran secara tradisional.Begitu juga dengan dapatan kajian Zaharah dan Nurliah (2009) terhadap penggunaan peta konsep dalam meningkatkan pelajaran Sejarah kepada 37 orang murid (17 orang murid lelaki dan 20 orang murid perempuan) di sebuah sekolah di Cheras, Malaysia. Kajian mereka mendapati penggunaan peta konsep bukan sahaja memberi kesan positif terhadap pencapaian murid, akan tetapi menunjukkan perubahan sikap, iaitu menunjukkan minat yang tinggi terhadap mata pelajaran Sejarah. Selain itu, hasil daripada analisis deskriptif temu bual mereka bersama murid mendapati penggunaan peta konsep telah banyak membantu para murid meningkatkan keupayaan mengingat fakta-fakta sejarah di samping dapat menimbulkan rasa minat murid terhadap mata pelajaran tersebut.Manakala Chan (2004), telah mengkaji tentang keberkesanan penggunaan kemahiran peta minda dalam menulis karangan Bahasa Cina kepada 60 orang murid menengah satu dan menengah empat di Hong Kong. Sampel terdiri daripada pelbagai peringkat kebolehan. Kajian beliau mendapati penggunaan peta minda berjaya meningkatkan kualiti penulisan karangan murid. Di samping itu, berdasarkan rumusan temu bual beliau dengan murid menunjukkan peta minda dapat membantu mereka merancang dalam pelbagai cara, antaranya untuk mencari fokus yang lebih jelas, mengorganisasikan idea dengan lebih baik, memiliki idea yang jelas, memasukkan idea yang lebih berkaitan dan tepat, dapat melakarkan idea yang banyak dan dapat membuat perenggan dengan baik.Abdul Rahim (2000), penggunaan peta konsep yang dilihat dapat memudahkan pemikiran pelajar, membantu mengukuhkan daya ingatan, dan pelajar dapat mengingati fakta-fakta penting yang kemudiannya boleh dihuraikan dengan baik. Dilip Mukerjea (1996) dalam bukunya yang bertajuk Super brain menyatakan melalui pemetaan minda seseorang itu dapat learn more, remember more, use less paper, invest less effort yang membawa maksud penggunaan peta minda dapat memperolehi ilmu pengetahuan yang lebih banyak, mempertingkatkan daya ingatan tanpa merugikan terlalu banyak kertas serta tenaga.

METHODOLOGIReka bentuk kajian ini ialah kajian tindakan bagi meninjau penggunaan peta minda untuk meningkatkan pemahaman serta minat membuat nota dikalangan pelajar dalam bab Perniagaan Dalam Negeri dengan menggunakan kaedah kuantitatif dan kualitatif untuk mendapatkan data kajian. Menurut McNiff (1988), kajian tindakan merupakan satu pendekatan untuk membaiki atau meningkatkan kualiti pendidikan melalui perubahan yang menggalakkan guru menjadi lebih sedar tentang amalan mereka sendiri, menjadi kritis terhadap amalan-amalan tersebut dan bersedia untuk mengubah amalan-amalan. Pengkaji telah menggunakan model penyelidikan tindakan berdasarkan model Kemmis dan Mc Taggart (1988). Model ini menggariskan empat fasa perkembangan iaitu Fasa 1 menyediakan pelan tindakan untuk memperbaiki keadaan yang sedang berlaku, Fasa 2 bertindak mengikut pelan tersebut, Fasa 3 mengumpul dan menganalisa data dan Fasa 4 memerhati kesan daripada tindakan yang dibuat dalam konteks di mana ia berlaku dan membuat refleksi. Tempoh penyelidikan tindakan ini dilaksanakan selama 6 minggu.

Sampel KajianSampel kajian terdiri daripada 21 orang pelajar Tingkatan 4 di salah sebuah sekolah di Taiping, Perak. Kelas 4 VT 2 berjumlah 21 orang pelajar iaitu 14 orang pelajar perempuan dan 7 orang pelajar lelaki. Sampel kajian dipilih adalah secara bertujuan.

Kaedah Mengumpul DataPenyelidik menggunakan beberapa teknik pengumpulan data bagi mengumpul data. Kaedah yang digunakan adalah seperti berikut:KaedahTarikhTujuan

Temubual 12-03-2013Untuk mengenalpasti sebab utama pelajar sukar memahami isi pelajaran subjek perdagangan dan cara mereka membuat nota

Pemerhatian PenuhKali Pertama (12-03-2013),Kali Kedua (16-04-2013)Untuk menyemak nota pelajar sama ada lengkap ataupun tidak

Pemerhatian BerstrukturKali Pertama (19-03-2013),Kali Kedua (16-04-2013)Untuk melihat isi kandungan nota peta minda

Soal Selidik30-04-2013Untuk menentukan tahap penerimaan pelajar terhadap penggunaan peta minda

Ujian Pra dan PascaUjian Pra (08-03-2013),Ujian Pasca (27-04-2013)Untuk mengukur tahap kefahaman pelajar mengenai isi pelajaran yang dipelajari

Analisis DataTemubual Sebelum KajianTemubual sebelum kajian bermula dilakukan untuk mengenalpasti sebab ataupun punca utama semua pelajar tidak menjadikan peta minda sebagai cara membuat nota yang sistematik bagi membantu mereka memahami dengan mudah setiap isi pelajaran yang dipelajari. Semua pelajar membuat catatan nota berbentuk linear di dalam buku nota masing-masing dan semua pelajar juga tidak menyiapkan nota mereka seperti yang sepatutnya.Cara menganalisis data temubual ini adalah jenis statistik deskriptif. Lapan item temubual dianalisis dengan mengira peratus pemilihan setiap responden terhadap setiap skala bagi setiap item dijumlahkan.No.SoalanYa(%)Tidak(%)

1Adakah anda suka membuat nota berbentuk catatan linear?2971

2Adakah dengan menyalin nota dapat membantu anda memahami isi pelajaran yang dipelajari?4357

3Adakah dengan menyalin nota dapat membantu anda mengingat semula apa yang telah diajar oleh guru?6733

4Adakah anda menggunakan nota yang anda salin ketika melakukan ulangkaji?2971

5Adakah anda berasa seronok mengulangkaji dengan membaca nota yang anda salin?1981

6Adakah anda dapat menguasai isi pelajaran yang dipelajari apabila anda menyalin nota?3862

7Adakah pendekatan menyalin nota catatan bentuk linear merupakan cara yang terbaik bagi anda untuk mempelajari subjek perdagangan?4852

8Adakah dengan menyalin nota membuatkan anda suka matapelajaran perdagangan?3862

Jadual 1: Hasil Temubual Sebelum KajianSecara umumnya, dapatan temubual telah menunjukkan bahawa majoriti pelajar tidak bersetuju bahawa penggunaan nota berbentuk linear dapat membantu mereka menguasai matapelajaran perdagangan. Terdapat 71% pelajar yang tidak suka membuat nota berbentuk catatan linear dan mereka tidak menggunakan nota yang mereka buat semasa melakukan ulangkaji. Keadaan tersebut terjadi disebabkan oleh mereka tidak mempunyai sebarang idea lain untuk membuat nota yang lebih menarik melainkan penggunaan pen pelbagai warna sahaja. Pelajar juga tidak yakin dengan nota yang mereka buat untuk digunakan semasa melakukan ulangkaji kerana majoriti pelajar hanya membuat nota sekadar untuk mengikut arahan guru sahaja dan tidak mengutamakan isi kandungan nota tersebut. Sebanyak 81% pelajar yang tidak seronok menggunakan nota yang mereka buat semasa melakukan ulangkaji malah nota mereka juga tidak disiapkan seperti yang sepatutnya. Mereka memilih untuk menggunakan buku teks dan buku rujukan sebagai medium mengulangkaji pelajaran. Walaupun pelajar-pelajar tidak berasa seronok mengulangkaji pelajaran dengan menggunakan nota yang mereka buat tetapi sebanyak 67% daripada mereka mengatakan bahawa mereka dapat mengingat isi pelajaran yang diajar oleh guru dengan membuat nota berbentuk linear tersebut tetapi ingatan tersebut hanya untuk jangka masa pendek sahaja.

Pemerhatian PenuhPemerhatian penuh yang pertama dijalankan pada 12 Mac 2013 untuk melihat tahap kesediaan dan kesungguhan pelajar yang hendak mempelajari cara membuat nota berbentuk peta minda. Hasil daripada pemerhatian penuh yang pertama menunjukkan bahawa 100% pelajar bersedia untuk mempelajari cara membuat nota peta minda masing-masing dan ianya dapat dipastikan dengan penyediaan semua alatan seperti pensil warna dan buku nota masing-masing seperti yang diarahkan oleh guru. Pemerhatian penuh sekali lagi dilakukan oleh penyelidik pada 16 April 2013 untuk melihat tahap pencapaian semua pelajar dalam menyiapkan nota seperti yang diarahkan oleh guru. Hasil daripada semakan buku nota yang dilakukan, guru mendapati semua pelajar berjaya menyiapkan nota seperti yang diminta oleh guru. Nota peta minda yang dibuat dengan menggunakan pelbagai warna adalah sangat menarik dan kemas.

Pemerhatian BerstrukturPemerhatian berstruktur dilakukan dengan menggunakan jadual pemerhatian yang disediakan oleh penyelidik. Tujuan pemerhatian berstruktur dilakukan adalah untuk menilai isi pelajaran yang terkandung dalam nota peta minda yang dibuat oleh semua pelajar. Pemerhatian dilakukan dengan bantuan rakan-rakan penyelidik di dalam kelas semasa semua pelajar diberikan masa untuk membuat nota peta minda masing-masing.Jadual dibawah merupakan jumlah skor yang diperolehi oleh pelajar-pelajar hasil daripada pemerhatian yang dilakukan bersama oleh penyelidik dan rakan-rakan. Pemerhatian yang dilakukan mengambil kira tahap persediaan pelajar-pelajar bagi membuat nota berbentuk peta minda, minat yang ditunjukkan sepanjang membuat peta minda, kreativiti, kesungguhan, tahap berdikari dan isi pelajaran yang dimasukkan dalam peta minda masing-masing. Skor pencapaian dianalisis dengan mengira peratus pencapaian.Pemerhatian berstruktur pertama dilakukan pada 19 Mac 2013 dan pemerhatian berstruktur kedua pula dilakukan pada 5 April 2013, penyelidik menggunakan borang pemerhatian untuk memerhatikan beberapa perkara seperti persediaan, kreativiti, minat, kesungguhan, tahap berdikari, isi pelajaran dan kekemasan. RespondenPemerhatian 2(%)Pemerhatian 3(%)

19491

27483

39489

47189

57483

66094

78694

89494

99189

108097

117486

129183

136971

148974

158086

168677

1789 89

188986

198083

206980

218980

PetunjukSkor Meningkat

Skor Menurun

Skor Statik

Kadar Skor PencapaianSkorKategori

80-100Cemerlang

60-79Baik

40-59Memuaskan

0-39Lemah

Jadual 2: Hasil Pemerhatian BerstrukturHasil daripada kedua-dua pemerhatian tersebut menunjukkan bahawa pelajar yang meningkat pencapaiannya adalah sebanyak 52% daripada jumlah semua pelajar. Walaupun bilangan pelajar yang menurun skornya agak ramai namun penurunan skor tersebut masih berada dalam kategori cemerlang. Hanya seorang pelajar sahaja yang menurun skornya daripada kategori cemerlang kepada kategori baik. 10% daripada jumlah pelajar pula menunjukkan pencapaian skor yang statik dan berada dalam kategori cemerlang.Ini bermakna pelajar-pelajar tersebut berjaya mengekalkan kecemerlangan pencapaian mereka dalam membuat nota berbentuk peta minda. Penyelidik memastikan semua pelajar dapat menghasilkan nota peta minda yang padat dan berkualiti agar sasaran penyelidik supaya semua pelajar memahami isi pelajaran yang dipelajari tercapai.

Soal SelidikNo.SoalanBentuk Linear(%)Peta Minda(%)

1Saya suka buat nota.991

2Cara membuat nota yang lebih menarik dan sistematik0100

3Nota yang membantu sayauntuk memahami dengan mudah dan cepat setiap isi pelajaran991

4Cara membuat nota yang lebih senang991

5Nota yang memudahkan saya untuk mengingat semula isi pelajaran yang diajar oleh guru dengan cepat0100

6Cara yang membantu saya untuk menyiapkan nota dengan cepat991

7Nota yang saya suka guna apabila membuat ulangkaji1486

8Nota yang menimbulkan minat saya terhadap matapelajaran perdagangan0100

9Nota yang membantu saya menguasai matapelajaran perdagangan991

10Cara membuat nota pilihan saya595

Jadual 3: Hasil Soal Selidik PelajarHasil daripada soal selidik yang dilakukan pada semua pelajar, didapati bahawa 100% pelajar bersetuju nota berbentuk peta minda merupakan cara membuat nota yang lebih menarik dan sistematik berbanding dengan cara membuat nota berbentuk linear. Melalui pendedahan cara membuat nota berbentuk peta minda juga telah berjaya menimbulkan minat semua pelajar untuk mempelajari mata pelajaran perdagangan. Namun begitu, tidak semua pelajar yang suka menggunakan nota peta minda yang mereka buat tersebut semasa sesi ulangkaji dijalankan secara individu ataupun kumpulan. Hanya sebanyak 86% pelajar sahaja yang menggunakan peta minda yang mereka buat tersebut sebagai salah satu bahan semasa melakukan ulangkaji.Walaupun terdapat sebilangan kecil pelajar yang tidak menggunakan nota peta minda sebagai salah satu sumber rujukan semasa mereka melakukan ulangkaji, namun cara tersebut tetap menjadi pilihan 95% pelajar dalam membuat nota perdagangan mereka dan sebanyak 91% pelajar yang mengatakan bahawa pendekatan nota berbentuk peta minda merupakan satu cara yang dapat membantu mereka menguasai mata pelajaran perdagangan kerana mereka dapat memahami isi pelajaran yang diajar oleh guru dengan lebih mudah dan cepat. Disebabkan oleh beberapa faktor seperti penguasaan mata pelajaran perdagangan, mudah memahami, cepat dalam menyiapkan nota kerana peta minda merupakan cara yang senang dan cepat dalam membuat nota, sebanyak 91% pelajar suka membuat nota berbentuk peta minda. Manakala sebanyak 9% pelajar tidak suka membuat nota berbentuk peta minda dengan alasan mereka tidak kreatif dan penggunaan pelbagai warna melambatkan proses menyiapkan nota.

Ujian Pra dan Ujian PascaUjian pra dan pasca dianalisis dengan membuat perbandingan peningkatan gred pelajar setelah mengumpulkan markah pencapaian pelajar dalam ujian. Terdapat empat kategori gred yang ditetapkan oleh penyelidik iaitu seperti berikut:SkorGred

16 - 20Cemerlang

11-15Baik

6-10Memuaskan

0-5Lemah

Data dianalisis secara statistik deskriptif iaitu menganalisis data dengan mengira peratus, min dan sisihan piawai bagi data ujian pra dan pasca. Data yang diperolehi melalui ujian pra dan ujian pasca adalah seperti jadual 4 disebelah:

GredUjian Pra (Bilangan)Peratus(%)Ujian Pasca (Bilangan)Peratus(%)Perbezaan Peratus (%)

Cemerlang15629+ 24

Baik14661466=

Memuaskan62915-24

Lemah0000=

Jadual 4: Pencapaian Pelajar dalam Ujian Pra dan Ujian PascaJadual pencapaian pelajar diatas menunjukkan pertambahan bilangan pelajar yang mendapat gred cemerlang daripada 5% kepada 29%. Bagi kedua-dua ujian yang dijalankan, tiada pelajar yang mendapat gred lemah. Jumlah pelajar yang mendapat gred baik tidak berubah tetapi jumlah pelajar yang mendapat gred memuaskan menurun daripada ujian pra kepada ujian pasca. Pengurangan bilangan pelajar yang mendapat gred yang memuaskan dan pertambahan bilangan pelajar yang mendapat gred cemerlang menunjukkan bahawa kaedah membuat nota berbentuk peta minda membantu pelajar-pelajar meningkatkan kefahaman mereka dalam mempelajari matapelajaran perdagangan.Analisis PerkaraUjian Pra (%)Ujian Pasca (%)

Jumlah233277

Min11.1013.19

Sisihan Piawai2.511.97

Jadual 5 : Analisis Keputusan Ujian Pra dan Ujian PascaMerujuk kepada jadual 5 diatas, didapati min markah ujian telah meningkat daripada 11.10 kepada 13.19 dengan beza peningkatan sebanyak 2.09. Peningkatan min jelas menunjukkan bahawa strategi membuat catatan nota berbentuk peta minda dapat membantu pelajar meningkatkan kefahaman mereka bagi topik perniagaan dalam negeri. Selain daripada itu, penurunan sisihan piawai daripada 2.51 kepada 1.97 dengan beza penurunan yang agak besar iaitu sebanyak 0.54 menunjukkan bahawa perbezaan jumlah markah tertinggi dan terendah adalah besar dalam ujian pra dan jurang perbezaan markah tersebut semakin mengecil dalam ujian pasca. Ini bermakna, pelajar yang mendapat gred memuaskan dalam ujian pasca, beza skor pencapaiannya adalah tidak jauh daripada skor pencapaian pelajar yang mendapat gred cemerlang.

DAPATAN KAJIANHasil analisis data temubual yang dijalankan sebelum kaedah catatan nota berbentuk peta minda diperkenalkan, menunjukkan bahawa semua pelajar membuat nota menggunakan catatan bentuk linear. Walaupun mereka telah digalakkan oleh guru untuk membuat catatan nota berbentuk peta minda namun mereka tidak diberi pendedahan yang sewajarnya mengenai cara membuat nota berbentuk peta minda. Bagi melihat tahap kesediaan dan penerimaan semua pelajar terhadap kaedah catatan nota berbentuk peta minda, pengkaji telah melakukan pemerhatian penuh sebanyak dua kali dan hasilnya telah didapati bahawa semua pelajar teruja dan bersedia untuk mempelajari cara membuat nota berbentuk peta minda. Melalui pemerhatian penuh yang kedua juga, pengkaji mendapati bahawa konsep peta minda membolehkan semua pelajar menyiapkan nota masing-masing sehingga kepada isi pelajaran baru yang dipelajari. Sasaran pengkaji agar semua pelajar dapat menyiapkan nota seperti yang sepatutnya merupakan satu strategi untuk membantu semua pelajar mengingat serta mengulangkaji semula isi pelajaran yang telah diajar oleh guru. Dalam usaha hendak menyiapkan nota berbentuk peta minda tersebut, semua pelajar akan cuba untuk mengingat kembali isi pelajaran yang telah diajar oleh guru dan secara tidak langsung proses mengingat kembali itu menjadi salah satu bentuk ulangkaji yang mampu membantu meningkatkan kefahaman semua pelajar terhadap isi pelajaran yang dipelajari.Nota berbentuk peta minda yang diperkenalkan tersebut perlu sentiasa disemak oleh guru agar peta minda yang dihasilkan oleh semua pelajar dapat memenuhi kriteria yng sepatutnya yang melayakkan peta minda tersebut menjadi satu bentuk nota yang padat, sistematik dan berkesan. Pengkaji bersama rakan-rakan telah melakukan pemerhatian berstruktur sebanyak dua kali bagi mengenalpasti atau menentukan nota peta minda yang dibuat oleh semua pelajar memenuhi kriteria yang sepatutnya. Hasil daripada pemerhatian berstruktur yang dilakukan sebanyak dua kali itu telah mendapati bahawa semua pelajar semakin mahir membuat peta minda mengikut kriteria yang telah ditetapkan. Nota-nota pelajar juga kelihatan lengkap dan menarik, ia jelas menunjukkan bahawa pelajar-pelajar tersebut mula berminat untuk membuat nota masing-masing.Setelah selesai semua proses kajian yang dijalankan, pengkaji melakukan soal selidik kepada semua pelajar untuk mengetahui cara membuat nota yang menjadi pilihan semua pelajar dan mengenalpasti minat pelajar-pelajar terhadap kaedah peta minda. Hasil daripada soal selidik tersebut, pengkaji mendapati bahawa masih terdapat seorang pelajar yang mahu meneruskan catatan notanya menggunakan bentuk linear dengan alasan tidak kreatif dan penggunaan pelbagai warna akan melambatkan proses membuat nota. Cara membuat nota bergantung kepada keselesaan pelajar itu sendiri walaupun menggunakan kaedah yang berbeza daripada pelajar lain, itu tidak mengapa asalkan tujuan utama membuat nota tercapai iaitu untuk meningkatkan kefahaman pelajar terhadap isi pelajaran yang telah dipelajari. Majoriti pelajar didalam kelas tersebut didapati sangat berminat dalam membuat nota dengan menggunakan kaedah peta minda.Manakala berdasarkan analisis yang dibuat oleh pengkaji terhadap skor pencapaian pelajar dalam ujian pra dan ujian pasca pula mendapati bahawa terdapat peningkatan dalam markah ujian dan gred yang diperolehi oleh pelajar-pelajar. Peningkatan dalam skor pencapaian pelajar-pelajar daripada ujian pra kepada ujian pasca itu menunjukkan bahawa kefahaman pelajar juga telah meningkat. Pengkaji menggunakan soalan esei untuk kedua-dua ujian kerana secara relevannya hanya soalan esei sahaja yang berupaya mengukur dan mengenalpasti tahap kefahaman semua pelajar.

KESIMPULANSecara keseluruhannya dapat disimpulkan bahawa strategi membuat catatan nota berbentuk peta minda telah terbukti dapat meningkatkan kefahaman pelajar terhadap isi pelajaran yang dipelajari serta telah menimbulkan minat pelajar dalam membuat dan menyiapkan nota masing-masing seperti yang sepatutnya. Pengkaji menggalakkan semua pelajar agar membuat nota berbentuk peta minda sebelum isi pelajaran diajar bagi memudahkan lagi pemahaman semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dilakukan.

CADANGANDaripada kajian yang telah dijalankan, didapati bahawa sebilangan kecil pelajar masih memerlukan tunjuk ajar daripada rakan-rakan sebelum mereka mampu melukis peta minda sendiri, guru boleh juga membuat salinan fotostat peta minda kosong yang dibuat oleh guru dan mengarahkan pelajar-pelajar mengisi serta mewarnakannya selepas sesi pengajaran dan pembelajaran selesai. Cara tersebut mungkin dapat memberikan gambaran yang lebih jelas mengenai cara membuat nota berbentuk peta minda.