1.Perfomance Assesment

5
Penilaian bermaksud perihal atau perbuatan menilai, mentaksir manakala pentaksiran pula ialah perihal mangira, menghitung atau menilai ( Kamus Dewan Edisi Keempat, 2010 ). Pelaksanaan memberi maksud perihal, perbuatan atau proses melaksanakan seperti menjalankan atau mengusahakan sesuatu rancangan atau tugas ( Kamus Dewan Edisi Keempat, 2010 ). Penilaian adalah satu proses yang dijalankan bagi memperolehi sesuatu maklumat kuantitatif. Dalam bidang pendidikan, ia merupakan proses yang dilakukan oleh guru untuk menilai perubahan dari segi tingkah laku dan kognitif dan seterusnya membuat pertimbangan nilai yang bersesuaian. Melalui proses ini, guru dapat menilai sejauh mana objektif pembelajarannya yang dapat dikuasai oleh muird, adakah teknik pengajaran yang digunakan berkesan di samping dapat juga menguji keberkesanan sesebuah kurikulum yang sedang digunapakai. Penilaian prestasi mengukur kemahiran pelajar berdasarkan tugas yang sahih seperti aktiviti, latihan, atau masalah yang memerlukan pelajar untuk menunjukkan apa yang mereka boleh lakukan. Dalam beberapa kes penilaian prestasi digunakan untuk mempunyai pelajar yang menunjukkan pemahaman mereka tentang konsep atau topik dengan menggunakan pengetahuan mereka kepada sesuatu situasi tertentu. Oleh kerana penilaian prestasi memerlukan pelajar aktif menunjukkan apa yang mereka tahu, mereka boleh menjadi penunjuk yang lebih sah tentang pengetahuan dan kebolehan pelajar daripada kaedah penilaian lain. Di sekolah, guru berperanan mengesan kekuatan dan kelemahan murid. Melalui proses penilaian, guru dapat mengesan kekuatan dan kelemahan murid termasuk juga kekuatan dan kelemahannya sendiri dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas bertujuan untuk merancang sesi pengajaran yang lebih berkesan. Guru dapat mengumpul maklumat tentang kelemahan muridnya dan merancang aktiviti-aktiviti yang dapa membantu murid mengatasi kelemahannya itu. Penilain di dalam kelas boleh dilakukan scara sumatif dan formatif. Di Malaysia, kita mengamalkan Pentaksiran Berasaskan Sekolah. Ini adalah kesan atas gesaan ibu bapa dan para pengkaji akademik yang menggesa KPM untuk mengkaji semula sistem pendidikan sebelum ini kerana ia dikatakan membunuh keseronokan dan kemeriahan alam persekolahan sehingga bersekolah disamertikan dengan belajar untuk menghadapai peperiksaan (Adi Badiozaman, 2007). Perubahan dari sistem konvesional yang memfokus kepada pencapaian akademik kepada PBS adalah bertunjang

description

j

Transcript of 1.Perfomance Assesment

Page 1: 1.Perfomance Assesment

Penilaian bermaksud perihal atau perbuatan menilai, mentaksir manakala pentaksiran pula

ialah perihal mangira, menghitung atau menilai ( Kamus Dewan Edisi Keempat, 2010 ).

Pelaksanaan memberi maksud perihal, perbuatan atau proses melaksanakan seperti

menjalankan atau mengusahakan sesuatu rancangan atau tugas ( Kamus Dewan Edisi

Keempat, 2010 ). Penilaian adalah satu proses yang dijalankan bagi memperolehi sesuatu

maklumat kuantitatif. Dalam bidang pendidikan, ia merupakan proses yang dilakukan oleh

guru untuk menilai perubahan dari segi tingkah laku dan kognitif dan seterusnya membuat

pertimbangan nilai yang bersesuaian. Melalui proses ini, guru dapat menilai sejauh mana

objektif pembelajarannya yang dapat dikuasai oleh muird, adakah teknik pengajaran yang

digunakan berkesan di samping dapat juga menguji keberkesanan sesebuah kurikulum yang

sedang digunapakai.

Penilaian prestasi mengukur kemahiran pelajar berdasarkan tugas yang sahih seperti aktiviti,

latihan, atau masalah yang memerlukan pelajar untuk menunjukkan apa yang mereka boleh

lakukan. Dalam beberapa kes penilaian prestasi digunakan untuk mempunyai pelajar yang

menunjukkan pemahaman mereka tentang konsep atau topik dengan menggunakan

pengetahuan mereka kepada sesuatu situasi tertentu. Oleh kerana penilaian prestasi

memerlukan pelajar aktif menunjukkan apa yang mereka tahu, mereka boleh menjadi

penunjuk yang lebih sah tentang pengetahuan dan kebolehan pelajar daripada kaedah

penilaian lain.

Di sekolah, guru berperanan mengesan kekuatan dan kelemahan murid. Melalui proses

penilaian, guru dapat mengesan kekuatan dan kelemahan murid termasuk juga kekuatan dan

kelemahannya sendiri dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas bertujuan

untuk merancang sesi pengajaran yang lebih berkesan. Guru dapat mengumpul maklumat

tentang kelemahan muridnya dan merancang aktiviti-aktiviti yang dapa membantu murid

mengatasi kelemahannya itu. Penilain di dalam kelas boleh dilakukan scara sumatif dan

formatif. Di Malaysia, kita mengamalkan Pentaksiran Berasaskan Sekolah. Ini adalah kesan

atas gesaan ibu bapa dan para pengkaji akademik yang menggesa KPM untuk mengkaji

semula sistem pendidikan sebelum ini kerana ia dikatakan membunuh keseronokan dan

kemeriahan alam persekolahan sehingga bersekolah disamertikan dengan belajar untuk

menghadapai peperiksaan (Adi Badiozaman, 2007). Perubahan dari sistem konvesional yang

memfokus kepada pencapaian akademik kepada PBS adalah bertunjang kepada gelombang

outcome-based education yang melanda negara-negara baratbermula pada 1970-an (Olivia,

Page 2: 1.Perfomance Assesment

2005). Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan pentaksiran yang bersifat holistik,

iaitu menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani) dan psikomotor (jasmani)

selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah

(KSSR). PBS dioptimumkan untuk mentaksir bidang akademik dan bukan akademik.

PBS memberi pengiktirafan dan autonomi kepada guru untuk melaksanakan pentaksiran

formatif dan sumatif yang berasaskan sekolah . Terdapat beberapa komponen PBS dalam

pentaksiran kebangsaan iaitu, Pentaksiran Sekolah (PS), Pentaksiran Pusat (PP), Pentaksiran

Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK), dan Pentaksiran Psikometrik.

Pentaksiran Sekolah (PS) dirancang, dibina, ditadbir, diperiksa, direkod dan dilapor oleh guru

sekolah di sekolah. Pentaksiran Pusat (PP) pula ditadbir, diperiksa, direkod dan dilapor di

peringkat sekolah oleh guru berdasarkan tugasan dan skema pemarkahan yang dikeluarkan

oleh Lembaga Peperiksaan dalam tempoh yang ditetapkan mengikut mata pelajaran.

Pelaksanaan PBS ini mempunyai kebaikan dan keburukannya sendiri juga dan akan sama-

sama dibincangkan di bawah.

Antara kelebihan PBS ialah pentaksiran ini bukannya membandingkan pencapai seorang

murid dengan murid yang lain seperti sebelum ini, tetapi hanyalah bertujuan untuk

melaporkan prestasi dan perkembangan anak murid dalam pembelajaran mereka mengikut

standard yang telah ditetapkan. Dengan cara ini, murid dapat dinilai secara adil sebagai

seorang individu dan bukannya dikelaskan mengikut nombor seperti cara penilaian

tradisional. Tambahan lagi, pihak sekolah juga dapat menyimpan rekod yang lengkap dari

segi kuantitatif dan kualitatif berkenaan pencapaian dan perkembangan pelajar untuk urusan

perancangan dan pelaporan.

Konsep Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) juga menyediakan pentaksiran bagi menilai

murid-murid tidak hanya di dalam bidang akademik malah terdapat pentaksiran yang

dirangka untuk melihat penglibatan murid-murid di dalam bidang sukan dan kemahiran-

kemahiran yang lain. Komponen pentaksiran tersebut terdiri daripada Pentaksiran

Psikometrik (PPsi) dan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK).

Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) adalah sebagai panduan

untuk menilai aktiviti fizikal dan kesihatan, mengukur penyertaan, penglibatan, prestasi

murid dalam pelbagai aktiviti sukan, kokurikulum dan ekstrakurikulum (extra-curricular).

PAJSK memerlukan murid melibatkan diri dalam aktiviti bukan akademik sama ada di dalam

Page 3: 1.Perfomance Assesment

atau di luar bilik darjah mengikut keupayaan murid dan dibangunkan untuk melengkapi

sistem pentaksiran pendidikan di Malaysia  supaya lebih holistik dan bersepadu. PAJSK juga

sejajar dengan konsep Satu Murid Satu Sukan (1M1S), pembangunan modal insan dan

perkembangan potensi murid dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI) seperti yang

dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Selain itu, kelebihan PBS juga adalah dari segi pemansuhan UPSR dan PMR yang jelas dapat

meringankan beban pelajar dan guru. Ini membolehkan aktiviti pdp berjalan tanpa sebarang

tekanan. Sebelum ini, guru dan murid tertekan dalam kelas atas usaha mencapai keputusan

yang cemerlang dalam peperiksaan. Penggunaan PBS menjamin keberkesanan pdp dengan

objektif bertumpu kepada kemajuan pencapaian akademik murid. Selain itu, beban untuk

menghabiskan silibus dalam tempoh yang singkat juga dapat dihapuskan.

Selanjutnya, PBS juga terdapat kelemahannya. Antaranya, sistem pendidikan Malaysia yang

bersifat berpusat menyebabkan kebanyakan dasar dan perancangan digubal pada peringkat

kementerian dan diturunkan ke sekolah. Dalam konteks pendidikan di Malaysia, kebanyakan

pentadbir atau guru tidak mempunyai pilihan melainkan terpaksa akur dengan dasar

pendidikan yang ditetapkan. Pengupayaan kepada sekolah adalah terhad. Semua sekolah

masih perlu mengikuti satu sistem, prosedur dan pendekatan yang seragam dan tidak

mengambil kira kemampuan, keupayaan khusus dan potensi untuk sekolah melaksanakan

dasar dan program pendidikan sendiri. Sebagai contohnya, apabila program Kelas Intervensi

Awal Membaca dan Menulis (KIA2M) diperkenalkan, guru mata pelajaran bahasa Malaysia

dan subjek teras lain terpaksa bertungkus lumus memberi perhatian kepada pelajar yang

terlibat dalam program berkenaan. Guru juga terpaksa membahagikan masa antara mengajar

murid kelas perdana dan murid program KIA2M selain daripada terpaksa mengikuti

kursuskursus dalaman yang berkaitan dengan program berkenaan. Bagaimanapun, baharu

saja guru yang terlibat dalam program berkenaan berusaha meningkatkan pengetahuan

mereka berkenaan program tersebut, akhirnya ia dimansuhkan dan digantikan dengan

program Literacy and Numeracy Screening (LINUS). Maka sekali lagi guru-guru terlibat

terpaksa pula bermula dari awal. Apa yang jelas, banyak masa guru diambil untuk

meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam pelaksanaan sesuatu program berbanding

masa untuk melaksanakannya.

Page 4: 1.Perfomance Assesment

Tambahan lagi, sistem PBS ini juga mendatangkan kesulitan kepada guru sewaktu ingin

memasukkan markah ke dalam talian. Bagi guru yang bertugas di pedalaman, masalah

rangkaian internet merupakan faktor utama kelemahan sistem PBS ini. Mereka perlu

menunggu sehingga lewat malam bagi memasukkan markah pelajar ke dalam sistem. Bagi

ibu bapa yang kurang berkemahiran dalam teknologi dan maklumat sudah tentu tidak dapat

memantau perkembangan anak-anak mereka. Hal ini menyebabkan mereka tertanya-tanya

tentang perkembangan pelajaran anak-anak mereka. Hal ini juga menyebabkan ibu bapa tidak

dapat mengetahui prestasi semasa anak-anak dan membantu anak-anak mereka untuk

mempertingkatkan prestasi dalam pelajaran. Sistem band juga memeningkan ibu bapa.

Pengetahuan tentang sistem PBS yang tidak diambil kisah oleh ibu bapa  dan kurang

maklumat yang diberikan oleh pihak sekolah dan kerajaan menyebabkan mereka tidak tahu di

mana tahap penguasaan dan prestasi anak mereka. Hal ini mendatangkan kesan sampingan

kepada peningkatan prestasi pelajar.

Selain itu, dengan penggunaan PBS, peperiksaan pertengahan dan khir tahun tidak lagi

dijalankan. Ibu bapa sering mendesak agar kedua peperiksaan ini dijalankan kerana mereka

ingin mengetahui kedudukan anak mereka di dalam kelas dan markah yang mereka perolehi

dalam ujian setiap mata pelajaran. Ini kerana mereka terikat dengan cara penilaian tradisional.

Selain ibu bapa, pemansuhan peperiksaan ini turut membebankan guru dalam usaha untuk

menyusun murid menikut kelas kerana sebelum ini, muird ditempatkan dalam kelas-kelas

yang berbeza mengikut tahap pencapaian mereka di dalam peperiksaan.

Kesimpulannya, jelas terbukti bahawa Pentaksiran Berasaskan Sekolah ini telah

dirangka dengan sempurna dan tersusun bagi meningkat dan menjamin mutu pendidikan

negara pada masa akan datang. PBS ini juga mendatangkan impaknya yang tersendiri.

Kelemahan yang ada haruslah diperbaiki dan dicari jalan penyelesainnya bagi meningkatkan

lagi kualiti mutu pendidikan di Malaysia. Apa yang penting, setiap perancangan rapi yang

telah disusun haruslah berakhir dengan perlaksanaan yang sempurna. Maka PBS ini jika

dilaksanakan dengan baik dan terancang, serta mendapat kerjasama yang jitu daripada semua

pihak yang terlibat, ianya mampu menjadi satu kaedah pelaksanaan pentaksiran yang berjaya

memanfaatkan semua pihak.