1sdc

8
1.1 TABURAN SKOR Taburan skor merupakan taburan data – data yang dapat mengumpul dalam sesuatu jadual secaratersusun atau tidak tersusun.

description

ceafcaefvdfv

Transcript of 1sdc

Page 1: 1sdc

1.1 TABURAN SKOR

Taburan skor merupakan taburan data – data yang dapat mengumpul dalam

sesuatu jadual secaratersusun atau tidak tersusun.

Page 2: 1sdc

1.2 TABURAN KEKERAPAN

Taburan kekerapan adalah satu jadual untuk memaparkan data kuantitatif.

Ia menyenaraikan semua kelas dan bilangan cerapan atau frekuensi tertabur.

Data yang dipersembahkan dalam bentuk ini dipanggil data terkumpul.

1.2.1 Histogram

Cara lain memaparkan taburan markah ialah mengumpulkan beberapa

markah yang sama julatnya kepada beberapa kelas.

Tinggi sesuatu kotak menunjukkan kekerapan/bilangan pelajar yang

mendapat markah tertentu.

Jeda kelas menunjukkan markah-markah dalam kelas tersebut.

Kekerapan berkelas dapat mengurangkan bilangan markah/skor yang

dimasukkan ke dalam jadual kekerapan.

1.2.2 Poligon

Poligon kekerapan dibina dengan memplotkan titik dinilai tengah setiap sela

kelas ke ketinggian selaras dengan bilangan kekerapan kelas berkenaan.

Kemudian,sambungkan kesemua titik-titik dengan garis lurus.

Titik awalan dan akhir harus berada pada paksi-X.

1.2.3 Ogif

Kekerapan himpunan ialah jumlah kekerapan data dan kekerapan data

sebelumnya.

Page 3: 1sdc

1.3 UKURAN KECENDERUNGAN TENGAH

Satu jenis pengukuran yang digunakan untuk memerihalkan set data tidak

terkumpul adalah ukuran kecenderungan tengah.

Pengukuran kecenderungan tengah menghasilkan maklumat berkaitan

dengan titik tengah pada satu kumpulan nombor. 

Ukuran kecenderungan tengah tidak menumpukan keatas pengembangan set

data atau berapa jauh nilai daripada titik tengah.

Ukuran kecenderungan tengah bagi data yang tidak berkumpul adalah min,

mod, median.

1.3.1 Mod

Mod adalah nilai yang paling kerap wujud di dalam set data.

Simbol statistik mod ialah M0.

Menyusun data didalam susunan yang menaik (menyusun dari nombor

terkecil hingga terbesar) membantu kita menentukan mod.

1.3.2 Median

Median ialah titik tengah sesuatu kumpulan nombor yang disusun secara

menaik atau menurun. Jika bilangan data tersebut adalah ganjil, median ialah

nombor yang ditengah. Jika bilangan data adalah genap, median ialah purata

dua nombor yang terletak ditengah-tengah. Langkah berikut adalah

digunakan untuk menentukan median.

LANGKAH 1: Susun data didalam susunan menaik.

LANGKAH 2: Jika bilangan data adalah ganjil, carikan sebutan ditengah-

tengah didalam susunan tersebut yang menjadi median.

LANGKAH 3: Jika bilangan data adalah genap, kirakan purata dua angka

ditengah-tengah susunan tersebut. Purata ini adalah median.

Page 4: 1sdc

1.3.3 Min

Min aritmatik adalah susunan sinonim dengan purata kumpulan nombor dan

ia dikira dengan menjumlahkan semua nombor dan membahagikannya

dengan bilangan nombor tersebut. Disebabkan min aritmatik digunakan

dengan meluas, kebanyakan ahli statistik hanya menggunakan istilah min

sahaja.

Formula bagi mengira min bagi populasi dan min sampel adalah

sebagaimana berikut:

Min populasi:

 

Min Sampel:

μ=∑ x

n

x=∑ x

n

Page 5: 1sdc

1.4 UKURAN SEBARAN

Cara-cara yang digunakan untuk mengukur penyerakan pengukuran:

Julat

Varians

Sisihan piawai

1.4.1 Julat

Perbezaan antara skor tertinggi dengan skor terendah.

1.4.2 Varians

Purata sisihan kuasa dua setiap skor dari min.

1.4.3 Sisihan Piawai

Sisihan Piawai ialah ukuran kebolehubahan atau sebaran skor-skor. Ia

merupakan sejauh mana skor berubah keliling min.

Semakin kecil nilai sisihan piawai,semakin kecil sebaran skor dalam taburan.

Ini membawa implikasi bahawa data adalah berhampiran antara satu sama

lain (homogen).

Begitu juga,semakin besar nilai sisihan piawai, semakin besar sebaran skor

dalam taburan. Ini bermakna data adalah tersebar luas antara satu sama

lain(heterogen).

Terdapat 2 cara mengira sisihan piawai :

1.Sisihan Piawai untuk Data Tidak Terkumpul

2. Sisihan Piawai untuk Data Terkumpul

Page 6: 1sdc

1.5 LENGKUNG NORMAL

Lengkung taburan normal berbentuk loceng jika skor-skornya bertaburan

normal.

Kawasan dibawah lengkung mewakili semua skor(100%) dimana 50%

daripada skor berada diatas min dan 50% daripada skor pula berada dibawah

min.

Manakala,min,median dan mod adalah sama.

Kebanyakan skor berhampiran dengan min dan semakin jauh sesuatu skor

daripada min bermaksud kurangnya bilangan calon yang memperoleh skor

tersebut.

Bagi data yang saya pilih skor – skornya bertaburan normal dan

lengkunganya normal.

Page 7: 1sdc

1.6 SKOR PIAWAI

Skor piawai menunjukkan kedudukan sesuatu skor dari segi berapa sisihan

piawai skor tersebut berada di atas atau di bawah min taburan. Dan ia

biasanya diwakili dengan skor-z atau skor-t.