2 | – Larang rakyat ke luar negara, kerajaan - roketkini.com BM_JUNJULAI... · diesel dengan...

24

Transcript of 2 | – Larang rakyat ke luar negara, kerajaan - roketkini.com BM_JUNJULAI... · diesel dengan...

Page 1: 2 | – Larang rakyat ke luar negara, kerajaan - roketkini.com BM_JUNJULAI... · diesel dengan harga sebenar yang mula dikutip sejak tahun 2014. Sehubungan itu, Penolong Setiausaha
Page 2: 2 | – Larang rakyat ke luar negara, kerajaan - roketkini.com BM_JUNJULAI... · diesel dengan harga sebenar yang mula dikutip sejak tahun 2014. Sehubungan itu, Penolong Setiausaha

2 | JUN–JULAI 2016

Rakyat berhak tahu jumlah ‘cukai minyak’ yang disembunyikan kerajaan

KUALA LUMPUR : Rakyat selaku pembayar cukai berhak mengetahui jumlah cukai yang dikutip oleh kerajaan, termasuk ‘cukai minyak’, iaitu lebihan di antara harga runcit petrol dan diesel dengan harga sebenar yang mula dikutip sejak tahun

2014.Sehubungan itu, Penolong

Se t iausaha Publ i s i t i DAP Kebangsaan , Za i r i l Kh i r J o h a r i , m e n g g e s a a g a r kerajaan berhenti berdolak-da l i k be rhubung perkara berkenaan dan menyatakan

jumlah keuntungan yang dikaut melalui cukai tersembunyi itu.

“Pada mesyuarat Parlimen, saya telah meminta kerajaan menyatakan jumlah sebenar ‘cukai minyak’ yang dikutip sejak sistem apungan terkawal ( m a n a g e d f l o a t s y s t e m ) diperkenalkan dua tahun lalu.

“ M a l a n g n y a , j a w a p a n yang saya terima dari Menteri Kewangan pada 17 Mei lepas sekadar berdolak-dalik dan tidak menjawab soalan yang diutarakan,” katanya dalam sidang akhbar di Parlimen pada 19 Mei lalu.

Menurut Zairil, Menteri K e w a n g a n m e n y a t a k a n b a h a w a s i s t e m a p u n g a n terkawal yang dilaksanakan m e n g g u n a k a n p u r a t a b u l a n a n p e r u b a h a n k o s produk petroleum dan kadar pertukaran mata wang ringgit dengan US dolar dalam bulan

sebelum untuk menentukan harga pada bulan berikutnya.

Di samping itu, katanya, Menteri menerangkan bahawa subsidi atau lebihan akan terhasil disebabkan turun naik (volatility) harga minyak dan kadar pertukaran mata wang dalam pasaran.

Malah, beliau menjelaskan, Menteri Kewangan mengakui bahawa lebihan akan berlaku apabi la harga runcit yang d i t e tapkan untuk minyak lebih tinggi daripada harga sebenar dalam bulan semasa, dan subsidi berlaku apabila harganya lebih rendah.

“ O l e h i t u , i a j e l a s menunjukkan bahawa memang berlaku kesenjangan antara harga runcit dan harga sebenar. Apabila harga runcit adalah lebih tinggi, kerajaan akan mengaut keuntungan dalam bentuk lebihan, atau juga

dipanggil sebagai cukai minyak.“Tetapi, apabila ditanya

t e n t a n g j u m l a h c u k a i minyak, Menteri seolah-olah memperlekehkan soalan yang diutarakan dengan menyatakan bahawa isu cukai minyak tidak berbangkit dan kesenjangan harga runcit dengan harga s ebenar i tu hanya f ak tor penyelarasan semata-mata,” katanya.

Bagi memastikan rakyat tidak terbeban dengan jumlah cukai tersembunyi yang dikaut kerajaan, Zairi l yang juga Ahli Parlimen Bukit Bendera m e m i n t a k e r a j a a n a g a r memberi jawapan terperinci kepada parlimen dan rakyat tentang i su cuka i minyak tersebut.

“Sudahlah rakyat dibebani dengan cukai GST, kini kita juga terpaksa menanggung cukai minyak,” katanya.

Larang rakyat ke luar negara, kerajaan dan imigresen salah guna kuasa?Oleh SYAZANA HASANUDIN

K U A L A L U M P U R : T i d a k a d a peruntukan spes i f i k da lam Akta I m i g r e s e n y a n g m e m b e n a r k a n Ketua Pengarah Jabatan Imigresen menghalang seseorang warganegara Malaysia daripada ke luar negara atas sebab memburukkan kerajaan, kata Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo.

Sehubungan itu, beliau yang juga Ketua Biro Guaman DAP, mempersoal s a m a a d a k e p u t u s a n k e r a j a a n m e m b e n a rk a n Ke t u a Pe n g a r a h Imigresen, Datuk Sakib Kusmi, untuk menyekat mana-mana individu yang d ianggap sebaga i memburukkan kerajaan itu adalah penyalahgunaan kuasa.

“ B u k a n k a h m e n g g u n a k a n kedudukan untuk menghalang orang ke luar negara itu jelas menunjukkan salah guna kuasa? Dan ini juga untuk tujuan khusus – kepada mereka yang mengkritik kerajaan.

“Jadi, bolehkah Ketua Pengarah menggunakan kuasa yang tidak dirujuk secara spesifik dalam sebarang undang-undang untuk menghalang rakyat?” katanya sewaktu dalam sidang Parlimen di sini 18 Mei lalu.

J a b a t a n I m i g r e s e n , s e p e r t i dilapor media, menyatakan bahawa terdapat penguatkuasaan baru untuk menghalang mana-mana individu yang memburukkan kerajaan dari ke luar negara selama tiga tahun atas alasan mahu melindungi imej Malaysia.

P a d a m a s a s a m a , S a k i b m e m a k l u m k a n k e p a d a m e d i a bahawa beliau diberi kuasa penuh oleh Kerajaan Persekutuan untuk menentukan sama ada seseorang

i n d i v i d u i t u d i s i f a t k a n s e b a g a i memburukkan kerajaan atau tidak.

Menurut Gobind, keputusan sama ada kuasa Ketua Pengarah Imigresen tersebut patut dibenarkan atau tidak sedang dibincangkan dalam kes Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua di mahkamah, justeru ia tidak boleh

diputuskan oleh mana-mana pihak di ruang awam.

“Isu ini sedang dibincangkan dalam kes mahkamah melibatkan sekatan Tony Pua ke luar negara oleh Jabatan Imigresen pada Julai tahun lalu.

“Sama ada Ketua Pengarah ada kuasa atau tidak melakukan demikian,

ia merupakan satu subjudis (di bawah pertimbangan mahkamah dan belum diputuskan), jadi Datuk Sakib tidak boleh mengeluarkan kenyataan tersebut secara terbuka,” kata Gobind yang juga seorang peguam.

Sementara itu, Naib Pengerusi DAP Kebangsaan, Teresa Kok, berpendapat bahawa sekatan imigresen tersebut merupakan s a tu t i ndakan t i dak munasabah yang bercanggah dengan prinsip demokrasi negara.

Malah, katanya, ia membuktikan bahawa kerajaan UMNO Barisan Nasional semakin terdesak untuk terus memerintah sehingga sanggup menggunakan alasan ‘menjaga nama baik negara’ untuk kepentingannya sendiri.

“Langkah i tu sebenarnya t idak menjaga nama baik negara, sebaliknya semakin mencalarkan imej Malaysia sebagai negara demokrasi . Tidak c u k u p k a h s e l a m a i n i M a l a y s i a d i k e t a w a k a n m e d i a d a n a g e n s i antarabangsa?

“Ia juga menunjukkan bahawa mana-mana rakyat Malaysia yang menggunakan kebebasan bersuara untuk mengkritik salahlaku kerajaan boleh ditarik balik haknya untuk ke luar negara.

“Atas sebab itu, saya menggesa Kementerian Dalam Negeri campur tangan dan menghentikan tindakan yang tidak adil dan mengarut seperti itu,” katanya dalam kenyataan media.

Selain Tony, Jabatan Imigresen sebelum ini turut menghalang Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, Rafizi Ramli; Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah dan pemilik akhbar The Edge, Tong Kooi Ong dari ke luar negara tanpa sebab kukuh.

BERITA

“Bolehkah Ketua Pengarah menggunakan kuasa yang tidak dirujuk secara

spesifik dalam sebarang undang-undang untuk menghalang rakyat?”

— Gobind Sing Deo (Ahli Parlimen Puchong / Ketua Biro Guaman DAP)

Page 3: 2 | – Larang rakyat ke luar negara, kerajaan - roketkini.com BM_JUNJULAI... · diesel dengan harga sebenar yang mula dikutip sejak tahun 2014. Sehubungan itu, Penolong Setiausaha

JUN–JULAI 2016 | 3

oleh SYAZANA HASANUDIN

KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia a k a n m e n a n g g u n g s e mu a k r i s i s hutang syarikat pelaburan, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) selepas ia diisytiharkan ingkar 26 April lalu, kata Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan, Tony Pua.

Beliau berkata, pengisytiharan tersebut akan memberi pilihan kepada pemegang-pemegang bon untuk memaksa kerajaan membayar semua hutang bagi pihak 1MDB kepada mereka.

M e n u r u t n y a , s y a r i k a t m i l i k Kementerian Kewangan itu diisytiharkan ingkar selepas ia gagal membayar faedah USD50.3 juta kepada pemegang-pemegang bon sebelum ini setelah International Petroleum Investment Corporation (IPIC) enggan lagi menjadi penjamin 1MDB.

“Kegagalan 1MDB untuk membayar

faedah sebanyak USD50.3 juta kepada pemegang bon akan menyebabkan IPIC terpaksa membayar balik USD1.75 bilion bon yang sebelum ini dijaminnya bagi pihak 1MDB.

“Selepas itu, IPIC akan membuat tuntutan ke atas Kementerian Kewangan berdasarkan perjanjian antara penjamin. Jika Najib enggan berbuat demikian, ia bukan sahaja menyebabkan krisis kewangan, tetapi juga krisis diplomatik,” katanya pada sidang media di ibu pejabat DAP.

Beliau berkata, di bawah perjanjian pertukaran hutang-aset antara 1MDB dengan IPIC, ia jelas menyatakan bahawa Kementerian Kewangan akan bertanggungjawab untuk membayar kembali wang yang dijamin IPIC sebelum ini bagi pihak 1MDB.

Menurutnya, halaman 62 dalam laporan PAC menyatakan, “Dalam In te rguaran tor Ag reement yang

ditandatangani antara 1MDB dan IPIC bertarikh 21 Mei 2012, 1MDB dikehendaki mendapatkan Ministry of Finance Inc., untuk melunaskan semua prinsipal dan kos berkaitan yang didahulukan oleh IPIC sekiranya 1MDB gagal melaksanakan obligasinya sebagai penjamin...”

IPIC pada tahun lalu membayar USD103 juta bagi pihak 1MDB sebagai sebahagian daripada obligasinya selepas menjamin dua bon 1MDB bernilai USD3.5 bilion pada 2012. Menurut jaminan itu, IPIC bertanggungjawab membayar kembali USD3.5 bilion serta semua faedah jika 1MDB gagal berbuat demikian.

Walau bagaimanapun, IPIC tidak lagi mahu membayar pokok dan faedah bagi pihak 1MDB setelah mendapati bahawa anak syarikatnya, Aabar Investment PJS yang dijanjikan oleh 1MDB untuk menerima wang sebanyak USD1.4 bilion, tidak pernah menerima wang tersebut.

Tony yang juga Ahl i Parl imen Petal ing Jaya Utara kemudiannya menggesa Pengerusi 1MDB, Arul Kanda Kandasamy membuat laporan polis berhubung penyelewengan yang berlaku dalam syarikat milik kerajaan tersebut.

“A r u l b a r u - b a r u i n i a k h i r nya mengaku kepada media bahawa berlaku penyelewengan dalam syarikat 1MDB. Kami (pembangkang) sudah sebut tentang perkara itu sejak dulu.

“Jika Arul sebagai Pengerusi 1MDB sendiri percaya wujud salah laku dalam syarikat, beliau perlulah buat laporan polis untuk membuktikan bahawa beliau tidak terlibat dengan penyelewengan tersebut,” katanya.

1MDB diisytiharkan ingkar, kerajaan bakal tanggung hutang berbilion ringgit

KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu menjelaskan sama ada rakyat Malaysia perlu menanggung akibat daripada keingkaran (default) 1MDB membayar faedah kepada pemegang bon, kata Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan, Tony Pua.

Katanya , i su sama ada 1MDB berunding dengan pemegang bon tidak penting sama sekali kerana isu yang besar ialah sama ada rakyat Malaysia yang akan menanggung bencana kewangan yang dilakukan oleh 1MDB.

Sehubungan itu, beliau menjelaskan, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Johari Abdul Ghani, tidak perlu berdolak-dalik mengatakan rundingan 1MDB dengan pemegang bon adalah sesuatu yang baik.

“Rundingan itu terpaksa diadakan bagi membataskan kerugian besar yang harus ditanggung oleh kedua-dua syarikat dan pemilik 1MDB, iaitu Kementerian Kewangan sendiri.

“Dalam keadaan mengerikan seperti itu, Johari boleh mengatakan bahawa sega lanya ba ik -ba ik sa ja dengan memanggil penglibatan 1MDB dengan pemegang bon yang menggunakan mata wang dolar AS itu sebagai langkah yang baik.

“Ini merupakan satu kenyataan yang sangat tidak bertanggungjawab oleh Timbalan Menteri Kewangan yang baru dilantik menggantikan Ahmad Maslan,” katanya dalam satu kenyataan media, 11 Mei lalu.

Tony berkata demik ian ke t i ka mengulas kenyataan Johari bahawa tindakan 1MDB memulakan proses rundingan dengan pemegang bonnya yang menggunakan mata wang dolar AS adalah langkah yang baik bagi memulihkan keyakinan dalam pasaran dan mencegah panik.

“Johari mungkin hidup di planet lain. 1MDB telah ingkar membayar faedah kepada bon bernilai USD1.75 bilion sebelum ini. Tidak lama lagi, ia bakal ingkar kepada bon USD1.75 bilion yang kedua.

“Pada masa sama, syarikat itu juga telah ingkar bayar silang (cross-default) kepada satu lagi bon Islamik bernilai RM7.4 b i l ion dan akan ter paksa membayar pinjaman dari SOCSO bernilai lebih RM800 juta.

“Ini ber makna rakyat Malaysia terpaksa menanggung USD3.5 bilion dan RM8.2 bilion, atau keseluruhannya kira-kira RM22.2 bilion disebabkan salah urus dan penyelewengan dalam 1MDB,”

tambah beliau.Jelas Tony yang juga Ahli Parlimen

Petaling Jaya Utara, walaupun bon-bon tersebut dijamin oleh International Petroleum Investment Corporation (IPIC), Kementerian Kewangan telah menyediakan tuntutan ganti rugi bagi kerugian dan kerosakan yang dialami oleh syarikat itu.

“Jika apa yang berlaku antara 1MDB dan IPIC hanyalah ‘pertikaian antara dua entiti korporat’ seperti dinyatakan Johari sebelum ini, mengapa Kementerian Kewangan bersetuju menjamin ganti rugi kepada IPIC seperti yang ditulis dalam kertas terma terikat ditandatangani 1MDB dan IPIC pada Mei tahun lalu?

“Lebih buruk lagi, semasa 1MDB terpaksa berunding dengan pemegang bon untuk kononnya mengembalikan keyakinan pasaran dan mencegah panik, bagaimana pula dengan pembayar cukai Malaysia yang kini terpaksa bertanggungjawab ke atas masalah kewangan 1MDB?

“Adakah Johari rasa tidak penting untuk mengembalikan keyakinan dan mencegah panik yang dialami oleh rakyat Malaysia?” soalnya.

Rakyat kena tanggung keingkaran pembayaran 1MDB atau tidak?

Najib perlu jelas sama ada anak tirinya ada kaitan dengan skandal 1MDBKUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak digesa tampil menjelaskan dakwaan terbaru The Wall Street Journal (WSJ) yang mengaitkan kekayaan yang dikumpul anak tiri perdana menteri terbabit, Riza Aziz, dengan skandal yang melibatkan syarikat sarat hutang, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Ia susulan laporan WSJ yang mendakwa bahawa dua buah hartanah di New York dan Beverly Hil ls, masing-masing bernilai USD33.5 juta dan USD17.5 juta yang dimiliki Riza pada 2012 adalah hasil daripada pindahan wang dari Aabar Investment PJS Ltd. ke Red Granite Capital, sebuah syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh Riza.

Menurut laporan i tu juga, p i n d a h a n w a n g p a d a t a h u n berkenaan dibuat dalam empat t ransaks i beras ingan dengan ke s e lu ruh an jum lah ha mp i r USD288 juta.

Bagaimanapun, syarikat yang menjalinkan usahasama dengan 1MDB dan berhak mendapatkan bayaran yang sepatutnya diterima oleh Aabar Investment PJS Ltd. berkenaan, iaitu International Petroleum Investment Corporation (IPIC) telah secara rasmi menafikan bahawa syarikat Aabar terbabit adalah anak syarikat miliknya.

Sehubung an i tu , menuru t S e t i a u s a h a P u b l i s i t i DA P Kebangsaan, Tony Pua Kiam Wee, Najib yang juga pengasas 1MDB tidak harus berdiam diri, sebaliknya digesa supaya tampil memberikan penjelasan mengenai dakwaan media antarabangsa berkenaan atau terpaksa berhadapan tanggapan buruk rakyat terhadapnya.

“ Pe r d a n a M e n t e r i h a r u s menunjukkan bukti bahawa Riza Aziz, dengan pengalaman kurang daripada empat tahun sebagai pegawai bank HSBC London dan mengasaskan Red Granite pada 2011 dapat mengumpulkan kekayaan seumpama itu secara sah, bersih dan tidak melibatkan 1MDB,” u jar nya da lam satu kenyataan, 13 Mei lalu.

Tony yang juga Pengerus i DAP Selangor turut menempelak jawapan yang pernah diberikan Najib kepada The New York Times berkenaan dana yang diperoleh Riza yang menurut Najib tidak dapat dikesan, malah tidak tahu menahu jumlah wang yang telah dilaburkan oleh Riza.

“Alasan yang lemah sebegitu, yang sudah lag i t idak bo leh dipercayai, tidak lagi boleh dijadikan sebagai alasan s ikap berdiam diri Najib terhadap perbelanjaan mewah anak tirinya di Amerika Syarikat,” tegas Tony yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara.

BERITA

Page 4: 2 | – Larang rakyat ke luar negara, kerajaan - roketkini.com BM_JUNJULAI... · diesel dengan harga sebenar yang mula dikutip sejak tahun 2014. Sehubungan itu, Penolong Setiausaha

4 | JUN–JULAI 2016

SETIU: Ketua Parlimen DAP, L i m K i t S i a n g , b e r k a t a cabaran yang perlu dihadapi Pakatan Harapan ketika ini adalah untuk menyakinkan 30 juta rakyat Malaysia bahawa kegiatan rasuah merupakan satu jenayah yang memberi ke san l ang sung t e rhadap kehidupan mereka.

Merujuk skandal kewangan RM50 bilion yang melibatkan 1 M a l a y s i a D e ve l o p m e n t B e r h a d ( 1 M D B ) , b e l i a u

bag a imanapun meng aku i adalah sukar untuk pakatan pembangkang menyakinkan rakya t mengena i hak i ka t bahawa rakyat adalah mangsa kepada kegiatan rasuah.

“Dalam kes jenayah biasa seperti samun, rompakan atau pembunuhan, adalah mudah untuk mengenalpasti mangsa tetapi dalam isu rasuah ia seolah-olah hal yang terpencil d a n j a u h d a r i p e r h a t i a n masyarakat, tambahan pula

seolah-olah tiada mangsa yang terlibat.

“Bagaimanapun ia adalah kesilapan yang paling besar sekali – bahawa rasuah adalah j e n aya h t a n p a m a n g s a , ” tegasnya dalam satu kenyataan media 14 Mei lalu.

Sejak tahun lalu, media-media antarabangsa seperti foreignpolicy.com dan majalah TIME telah meletakkan dan menyenaraikan Malaysia di kedudukan yang tercorot di

dalam laporannya berkaitan i s u r a s u a h d a n a m a l a n kronisme.

Kit Siang yang juga Ahli P a r l i m e n G e l a n g P a t a h berkata, tiga cabang kerajaan ia i tu Ekseku t i f , Parl imen d a n Pe r u n d a n g a n h a r u s bertanggungjawab kerana membiarkan reputas i dan nama baik negara tercemar ekoran laporan-laporan buruk yang dikeluarkan oleh media antarabangsa.

Malah, menurutnya, sikap tidak ambil peduli masyarakat terhadap gejala rasuah yang kian menular di negara ini juga adalah salah satu punca terjadinya hal sedemikian.

“Malahan, ketika seluruh n e g a r a s e d a n g g h a i r a h mengenai penipuan berkaitan skanda l kewangan g loba l per tama yang mel ibatkan

negara, iaitu skandal RM50 b i l i o n 1 M D B , k e s e m u a institusi negara di Malaysia h i d u p d a l a m k e p u r a -puraan, seolah-olah skandal m e l i b a t k a n 1 M D B t i d a k per nah wujud langsung,” ujarnya.

S e h u b u n g a n i t u , b a g i meng ata s inya , K i t S i ang m e n y e r u s u p a y a r a k y a t M a l ay s i a m e nye d a r i d a n memahami bahawa skandal k e w a n g a n 1 M D B y a n g melibatkan berbilion ringgit bu k a n l a h j e n a y a h t a n p a mangsa.

Ia ada lah kerana, j e la s be l iau, skandal kewangan yang melibatkan anak syarikat Ke m e n t e r i a n Ke w a n g a n terbabit bakal mengakibatkan generasi rakyat Malaysia akan datang terpaksa menanggung hutang yang banyak.

Rasuah bukan jenayah tanpa mangsa, rakyatlah mangsa skandal 1MDB

GEORGETOWN: Kerajaan Pulau Pinang akan membekukan semua urusniaga melibatkan tanah seluas 234 ekar di Air Itam yang dibeli oleh syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sehingga Kerajaan Persekutuan menjawab segala persoalan dikemukakan umum berhubung skandal 1MDB berjumlah RM50 bilion itu.

“Kami (kerajaan Pulau Pinang) tidak akan membenarkan sebarang urusniaga tanah, sama ada permohonan tukar hak milik atau kebenaran gadaian sehingga isu itu selesai. Ia mestilah mendapat pengesahan Exco kerajaan negeri,” kata Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Menurutnya, Kerajaan Persekutuan hanya boleh menyelesaikan isu tersebut jika berlaku jujur dengan mendedahkan laporan Ketua Audit Negara tentangnya yang k in i d i sembunyikan kerana tertakluk di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972.

Selain itu, katanya, kerajaan juga perlu mengira kos impak negat i f k e i n g k a r a n h u t a n g o l e h 1 M D B selain menerangkan kepada semua pihak mengapa masih tiada tindakan

d i a m b i l t e r h a d a p m e re k a ya n g bertanggungjawab ke atas skandal dan penyelewengan 1MDB.

“Saya tidak faham bagaimana pihak berkuasa di negara kita masih tidak melakukan apa-apa tindakan sedangkan tangkapan dan dakwaan telah dibuat oleh negara-negara lain terhadap mereka yang terlibat.

“Apa sebenarnya yang cuba disorok oleh kerajaan Persekutuan apabila mereka enggan mendedahkan laporan Ketua Audi t Negara d i samping mengambil tindakan?” katanya dalam kenyataan media pada 17 Mei lalu.

Guan Eng yang juga Setiausaha

Agung DAP menambah, menyelamatkan 1MDB dengan memindahkan semua asetnya kepada Kementerian Kewangan tidak akan menyelesaikan masalah kerana rakyat Malaysia akan tetap menanggung beban hutang syarikat itu.

“Jika semua aset 1MDB diambil oleh Kementerian Kewangan, ia bermakna semua liabil it i dan hutang 1MDB juga akan diambil. Bagaimana 1MDB mampu melangsaikan hutangnya jika semua asetnya dipindahkan kepada Kementerian Kewangan?

“Setiap hutang 1MDB akhirnya akan dibayar oleh kerajaan Persekutuan kerana ia merupakan syarikat milik

Kementerian Kewangan. Jadi, tak kira sama ada berlaku pemindahan liabiliti atau tidak, kerajaan Malaysia atau sebenarnya rakyat Malaysia, tetap kena tanggung,” jelasnya.

Berhubung tanah berkeluasan 234 ekar di Air Itam itu, Guan Eng berkata, 1MDB tidak membeli 100 peratus milikan tanah tersebut – sesuatu yang disifatkan beliau sebagai ganjil kerana tiada pemaju perumahan yang serius akan membeli tanah tanpa mendapat milikan 100 peratus.

“Ia ganjil kerana undang-undang Malaysia memperuntukkan bahawa sebarang pembangunan mest i lah mendapat pengesahan oleh 100 peratus pemiliknya.

“Lagipun, tanah itu dibeli sebelum pilihanraya umum 2013 dan Perdana Menteri sendiri telah berjanji untuk membina 9,999 unit perumahan rakyat untuk 2,500 keluarga setinggan di situ.

“Namun kini, ramai mempersoalkan sama ada janji itu masih praktikal atau tidak kerana milikan tanah itu bukan 100 peratus. Ia dimaklumkan sendiri oleh 1MDB kepada pejabat tanah negeri,” katanya.

Selagi skandal kewangan tak selesai, Pulau Pinang beku urusniaga tanah 1MDB

Skandal kewangan yang melibatkan anak syarikat Kementerian Kewangan

terbabit bakal mengakibatkan generasi rakyat Malaysia akan datang terpaksa menanggung

hutang yang banyak.

Kerajaan Persekutuan hanya boleh menyelesaikan isu tersebut jika berlaku

jujur dengan mendedahkan laporan Ketua Audit Negara tentangnya yang kini disembunyikan kerana tertakluk di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972

BERITA

Page 5: 2 | – Larang rakyat ke luar negara, kerajaan - roketkini.com BM_JUNJULAI... · diesel dengan harga sebenar yang mula dikutip sejak tahun 2014. Sehubungan itu, Penolong Setiausaha

JUN–JULAI 2016 | 5

KUALA LUMPUR: DAP menggesa kerajaan menaikkan gaji minimum kepada RM1,200 setiap bulan dengan dilaksanakan secara sama rata di Sabah, Sarawak dan Semenanjung.

Pa d a m a s a ya n g s a m a , DA P memin ta supaya peke r j a a s ing dikecualikan daripada cadangan tersebut untuk sekurang-kurangnya 5 tahun bagi membolehkan majikan tempatan, terutamanya perusahaan kecil dan sederhana (IKS), mempunyai masa untuk menyesuaikan diri.

Berikutan kenaikan kos sara hidup dan kos tambahan akibat pelaksanaan GST, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, berkata gaj i minima sekarang sebanyak RM1,000 bagi Semenanjung dan RM920 bag i Labuan, Sabah dan Sarawak adalah terlalu rendah.

“Sekiranya gaji penjawat awam boleh dilaraskan secara bulanan untuk menjadi lebih dari RM1,200, tidak ada sebab kenapa pekerja sektor awam tidak boleh mendapat manfaat yang serupa,” katanya.

Menurutnya, Kerajaan Persekutuan juga wajar menawarkan bantuan

kewangan yang sebaiknya kepada majikan tempatan dan IKS untuk menangani kenaikan kos daripada pelaksanaan gaji minima.

Beliau menjelaskan bahawa tanpa kos yang terlibat dengan skandal RM50 bilion 1MDB, dana untuk maj ikan dan peker ja t empatan pastinya mudah didapati.

Sehubungan itu, Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan, berkata DAP mengecam keingkaran (default) pertama kali dalam sejarah oleh sebuah ent i t i kera jaan, 1MDB, sebanyak USD1.75 bilion yang boleh membawa ke pada pembayaran hutang sebanyak 0.5 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia.

Jelas beliau, International Petroleum Investment Corporation (IPIC) telah menjamin USD3.5 bilion daripada bon 1MDB dan ber jan j i un tuk membayar faedah sebanyak USD50 juta tetapi berlaku keingkaran apabila USD50 juta itu tidak dibayar tepat pada masanya.

Sebagai ganti , tambah beliau, 1MDB pula sepatutnya memindahkan

beberapa aset dan membuat bayaran berjumlah berbilion dolar kepada Aabar milik IPIC tetapi mengejutkan pula kerana IPIC mendakwa tidak pernah menerimanya langsung.

Menuru tnya l ag i , k enyataan 1MDB mengesahkan keingkaran bon USD1.75 bilion membawa kesan yang bukan sahaja melibatkan pemegang bon tetapi lebih daripada itu.

“Ini adalah keingkaran yang tidak pernah terjadi dalam sejarah sebuah entiti kerajaan, yang mana badan penasihatnya dipengerusikan Perdana Menteri sendir i , kerana ia akan mencetuskan keingkaran bersilang (cross-defaults) berjumlah berbilion dolar dalam bon-bon dan pinjaman-pinjaman lain milik kerajaan,” ujar beliau.

Guan Eng menjelaskan, Moody’s Investor Service menganggarkan Malaysia mungkin terpaksa membayar jumlah yang bersamaan dengan 0.5 peratus daripada KDNK.

B e l i a u m e n a m b a h , k e a d a a n menjadi lebih teruk lagi jika liabiliti luar jangka negara akibat keingkaran 1MDB diambil kira, anggaran Moody itu boleh mencecah USD7.5 bilion (RM30 bilion).

“ I n i b e r s a m a a n 2 . 5 p e r a t u s dar ipada KDNK Malays ia bagi tahun 2015. Ini juga bermakna tanpa skandal RM50 bilion 1MDB, tidak ada keperluan untuk mengenakan cukai GST terhadap rakyat,” ujarnya.

Malah, tambah bel iau, tanpa skandal RM50 bilion 1MDB, gaji minimum boleh RM1,200 setiap bulan boleh dilaksanakan segera untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira wilayah (dengan tempoh penangguhan lima tahun pengeculian pekerja asing).

Malah, tanpa skandal tersebut, kerajaan boleh memberi bantuan kewangan secepat mungkin bagi membolehkan majikan tempatan menyesuaikan diri dengan kenaikan gaji minimum itu.

Naikkan gaji minimum seluruh negara kepada RM1,200 sebulan

IPOH: Sistem politik dan dasar yang berasaskan kaum serta penyebaran ucapan politik berbaur perkauman adalah punca utama ras i sme di negara ini, kata Naib Pengerusi DAP Kebangsaan, M. Kula Segaran.

Sehubungan itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Ipoh Barat membidas dakwaan yang di lemparkan ahl i akademik, Prof. Dr. Teo Kok Seong, yang menyifatkan sistem pendidikan p e l b a g a i a l i r a n d i n e g a r a i n i sebagai punca tercetusnya masalah perkauman.

“Mengapa beliau menyasarkan seko lah ag ama dan ver naku lar sedangkan bel iau perlu mel ihat permasalahan utama dan yang lebih besar?” katanya dalam satu kenyataan media akhir April lepas.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Kok Seong dalam satu majlis di Shah Alam sebelum ini berhubung perkaitan sekolah aliran vernakular dan agama dengan masalah rasisme di negara ini.

Ko k S e o n g y a n g j u g a Fe l o Penyel idik Utama Inst i tut Alam dan Tamadun Melayu Universit i Kebangsaan Malaysia (UKM) seperti yang dilaporkan media menyarankan s u p a y a Ke r a j a a n Pe r s e k u t u a n melaksanakan sistem sekolah satu aliran dengan mengambil semangat 1Malaysia kononnya bagi mengatasi masalah rasisme di negara ini.

Menurut Kula, Kok Seong gagal melihat gambaran menyeluruh kerana penghapusan sekolah aliran vernakular tidak akan membantu menyelesaikan

masalah rasisme di kalangan rakyat, sebaliknya, boleh mengakibatkan rakyat terus berpecah-belah.

“ B a h a s a t i d a k m e n j a d i k a n seorang itu rasis, malah bahasa tidak memecahbelahkan rakyat. Penyokong seko lah satu a l i ran seper t i Teo seharusnya berhenti menyalahkan sekolah vernakular sebagai punca kepada kurangnya perpaduan atau punca kepada masalah rasisme,” ujarnya.

Dalam pada i tu , be l iau turut mengingatkan Kok Seong bahawa hak untuk mempelajari dan mengamalkan bahasa ibunda adalah dilindungi Perlembagaan, justeru pensyarah berkenaan harus menghormati hak setiap rakyat pelbagai kaum dan agama di negara ini.

Politik perkauman punca rasisme, bukan sekolah agama dan vernakular

Hormati hak asasi manusia, hapuskan hukuman mati IPOH: Ber sempena Har i Sedun ia Menentang Hukuman Mati pada 10 Oktober akan datang, DAP menggesa supaya kerajaan mengambil langkah untuk menghapuskan hukuman mati pada tarikh tersebut.

M e m b u a t g e s a a n b e r k e n a a n , S e t i a u s a h a A n t a r a b a n g s a DA P Kebangsaan, Sivakumar Varatharaju, berkata hukuman mati perlu dihapuskan bukan sahaja atas dasar hak asasi manusia tetapi juga kerana kesilapan berlaku apabila menjatuhkan hukuman tersebut terhadap orang yang tidak bersalah.

“Kenapa kita harus menghapuskan undang-undang ini? Pernah berlaku seseorang yang tidak bersalah telah dijatuhkan hukuman mati.

“ S e s e o r a n g t e r t u d u h m e n j a d i mangsa situasi dan akhirnya dijatuhkan hukuman mati bagi sesuatu kesalahan yang tidak dilakukannya. Perkara seperti ini pernah berlaku di banyak negara dan sejarah boleh membuktikannya,” jelasnya dalam satu kenyataan semalam.

Menurut S ivakumar yang juga Ahli Parlimen Batu Gajah, kesilapan tekn ika l da lam perb icaraan juga adalah salah satu faktor penyumbang kepada seseorang yang tidak bersalah dijatuhkan hukuman mati.

Katanya, menghukum seseorang yang t idak ber sa lah ada lah amat bertentangan dengan sistem keadilan umat manusia mahupun hukum-hukum Tuhan Yang Maha Kuasa.

“Ini adalah alasan yang mencukupi untuk menghapuskan hukuman mati ini,” ujarnya.

B e l i a u m e n j e l a s k a n , k e t i k a s e b a h a g i a n b e s a r n e g a r a s u d a h m e n c a p a i k a t a s e p a k a t u n t u k menghapuskan hukuman mati, Malaysia dilihat masih jauh ketinggalan daripada aspek kemanusiaan berkenaan.

K a t a ny a , s e b a ny a k 1 1 7 bu a h negara telah menyokong resolusi untuk menghapuskan hukuman mati yang dibentangkan di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu pada 2014 manakala hanya 38 negara menolak resolusi berkenaan dan 34 berkecuali; manakala 4 negara lagi t idak hadir sewaktu pengundian.

Dengan merujuk senario berkenaan, beliau yang juga Timbalan Pengerusi DAP Perak berkata, adalah wajar untuk Malaysia sebagai sebuah negara yang bersifat moden dan maju untuk mengambil langkah yang sama dengan menghapuskan hukuman terbabit.

Menurutnya, walaupun kebanyakan n e g a r a d i r a n t a u A s i a m a s i h meng amalkan hukuman mat i , i a seharusnya tidak dijadikan alasan untuk Malaysia masih melaksanakan hukuman yang disifatkannya sebagai kolot dan tidak berperikemanusiaan itu.

“ S e b a l i k n y a , M a l a y s i a h a r u s menghapuskan hukuman mati supaya negara in i bo leh menjadi sebuah negara teladan kepada negara-negara berkenaan (rantau Asia),” katanya.

BERITA

Page 6: 2 | – Larang rakyat ke luar negara, kerajaan - roketkini.com BM_JUNJULAI... · diesel dengan harga sebenar yang mula dikutip sejak tahun 2014. Sehubungan itu, Penolong Setiausaha

6 | JUN–JULAI 2016

Di Bukit Mertajam ada sebuah k a m p u n g p e n e ro k a y a n g dipanggil Kampung Permatang

Tok Subuh. Kampung ini diteroka dan didiami oleh keluarga penduduk sekarang daripada tahun 1950 lagi. Seawal September 1987, penduduk kampung telah pun membayar cukai pintu kepada kerajaan tempatan.

Namun, sejak Mei 2013, 52 buah keluarga peneroka telah mendapat notis pengusiran paksa daripada pemilik tanah Distinct Class Sdn. Bhd. supaya mengosongkan rumah-rumah yang mereka telah didiami sejak tiga generasi.

S e p a r u h d a r i p a d a k e l u a r g a Kampung Per matang Tok Subuh berpindah akibat notis pengusiran paksa tersebut manakala 26 keluarga lagi telah membuat keputusan untuk mempertahankan hak mereka. Justeru sejak 2013, saya dan ADUN Machang Bubok, Lee Khai Loon telah berjuang bersama-sama dengan 26 buah keluarga peneroka ini: kami bermalam sudah, berhari sudah, berbuka sudah, bersahur sudah . Dar ipada masuk pe jabat peguam, sehingga masuk mahkamah. Daripada masuk kamar hakim sehingga pejabat Ketua Menteri, itu semua pun sudah.

Tetapi, setelah berjuang selama tiga tahun, akhirnya kami kalah di mahkamah. Maka pada 17 Februari yang lepas, 26 keluarga peneroka ini telah menerima notis bailif untuk

mengosongkan rumah mereka.Mereka ditawarkan sejumlah wang

daripada RM10,000 hingga RM37,000. Jumlah in i langsung t idak dapat memperoleh sebuah rumah waima rumah kos rendah sekalipun. Penduduk Kampung Per matang Tok Subuh b e r g a j i a n t a r a RM900 sehingga RM2,500, ramai y a n g t i d a k m e m p u n y a i peker jaan tetap. Paling tua di sana, P a k C i k Yu s o f sudah berumur 78 tahun, manakala a d a s e o r a n g w a n i t a P u a n Norhaswana yang baru melahirkan cahaya mata bulan lepas. Kemanakah mereka ini akan pergi jika rumah-r u m a h m e r e k a d i r o b o h k a n ? Tuntutan mereka m u d a h , b u k a n mahukan bunglo a t a u k o n d o , mereka hanya mahukan rumah sebagai ganti.

Kampung Permatang Tok Subuh: Watak berubah, cerita sama

Wa l a u p u n s a y a m e n g i s a h k a n perjuangan Kampung Permatang Tok Subuh, jalan ceritanya hampir sama jika kita gantikan nama kampung dengan Siputeh-Tronoh Perak, Kampung Ulu Temiang dan Kampung Hakka, Negeri Sembilan, Kampung Bakar Batu di

Johor, ataupun Kampung Chubadak, Kuala Lumpur. Semua kes ini berkaitan dengan pengusiran paksa terhadap kaum peneroka.

Mengapa ini berlaku?

Undang-undang tanah di Malaysia yang terkandung d a l a m K a n u n Ta n a h N e g a r a 1965 je las t idak memihak kepada peneroka. Prinsip p e n g u r u s a n tanah yang k i ta gunapakai ia lah b e r d a s a r k a n S i s t e m To r re n s Australia, di mana hanya hak milikan yang tercatat di atas sehelai kertas y a n g b e r g e l a r “hak milik” yang di ikt irafkan. Ini bermaksud, kerja-k e r j a p e n e ro k a m e n g u s a h a k a n t a n a h l a n g s u n g

tidak diiktiraf – dan apabila berlaku kes seperti Kampung Permatang Tok Subuh, maka pemilik tanah ataupun pemaju akan melontarkan wang kepada penduduk kampung untuk menghalau mereka keluar dari tanah yang sudah dikerjakan berpuluh malah beratus tahun lamanya. Wang yang diberikan kepada peneroka pun tidak dipanggil “pampasan” walaupun si pemegang hak milik mengambil rumah orang ataupun mengusir orang dari tanah yang sudah dibasahi darah keringat. Wang itu kalau

bahasa indah, dipanggil “ex-gratia”. Dalam bahasa orang kampung itu duit tutup mulut.

D a r i p a d a t a h u n 1 9 8 2 l a g i , mahkamah sudah memutuskan perkara ini secara muktamad:

“It is well established that a court of equity will never assist squatters to resist an order of possession illegally acquired…So the courts must, for the sake of law and order, take a firm stand. We can sympathise with the plight in which the appellant (i.e. the squatters) find themselves. But we can go no further. They must make their appeal elsewhere, not to us.“ (Sumber: Sidek bn Hj Muhammad & Ors. v Government of Perak [1982] 1 MLJ 313)

Penghakiman di atas dibuat oleh Almarhum Sultan Azlan Shah semasa b a g i n d a m e n j a d i Ke t u a H a k i m Negara. Saya tertarik dengan cadangan Almarhum – “they must make their appeal e lsewhere” – seakan-akan hakim yang bijaksana ketika itu telah mengisyaratkan bahawa ada forum yang lebih tinggi lagi daripada Mahkamah Persekutuan.

Justeru, 34 tahun selepas kes Sidek bn Hj Muhammad, pada 17 Mac 2016, saya telah menguji keputusan penghakiman Almarhum Sultan Azlan Shah – dengan membawa rayuan si peneroka ke forum yang lagi satu itu, yakni Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia.

Ber ikut merupakan ENAM (6 ) pembaharuan berkaitan hak peneroka yang telah saya bentangkan dalam ucapan perbahasan saya di Parlimen.

Pembaharuan 1: Pengiktirafan rasmi Perlembagaan terhadap

hak perumahan

Oleh STEVEN SIM

*Penulis adalah Ahli Parlimen Bukit Mertajam

PEMBAHARUAN HAK PERUMAHAN DALAM PERLEMBAGAAN

Perkara fundamental

ataupun perkara asas yang perlu

diperbaiki di negara ini ialah pengiktirafan rasmi untuk

hak perumahan sebagai hak

asasi manusia.

RENCANA

Page 7: 2 | – Larang rakyat ke luar negara, kerajaan - roketkini.com BM_JUNJULAI... · diesel dengan harga sebenar yang mula dikutip sejak tahun 2014. Sehubungan itu, Penolong Setiausaha

JUN–JULAI 2016 | 7RENCANA

Pertama, perkara fundamental ataupun perkara asas yang perlu d i p e r b a i k i d i n e g a r a i n i i a l a h p e n g i k t i r a f a n r a s m i u n t u k h a k perumahan sebagai hak asasi manusia.

Pada masa k in i , t e ru tamanya melalui Kanun Tanah Negara 1965, dan keputusan mahkamah, hanya hak pemegang hak milik diiktirafkan oleh undang-undang.

Dasar Perumahan Negara yang dilancarkan pada tahun 2011 langsung tidak menyebut perumahan sebagai hak.

Bagi tujuan ini, saya mencadangkan a g a r Pe r k a r a 5 Pe r l e m b a g a a n Persekutuan tentang “Kebebasan dir i” dipinda untuk memasukkan pengiktirafan terhadap hak perumahan memandangkan hak kebebasan diri patut merangkumi suatu kehidupan yang berkualiti.

Cadangan saya ialah untuk meminda Perkara 5 tersebut dengan memasukkan Artikel 25 Deklarasi Hak Manusia Sejagat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang berbunyi:

“ S e t i a p m a n u s i a m e m p u ny a i hak ke atas p iawaian kehidupan yang mencukupi bagi kesihatan dan kese jahteraan dir i dan ke luarga, t e r m a s u k m a k a n a n , p a k a i a n , perumahan dan penjagaan kesihatan, d a n p e r k h i d m a t a n s o s i a l y a n g diperlukan, dan perlindungan daripada r i s i k o p e n g a n g g u r a n , p e nya k i t , kecacatan, kematian pasangan, hari tua dan apa-apa kekurangan dalam kehidupan di luar kawalannya.”

H a k p e r u m a h a n i n i p e r l u dilindungi tanpa mengambilkira status pendudukan, termasuklah untuk kaum peneroka. Ini selaras dengan saranan-saranan badan hak asasi antarabangsa. (Contoh sumber: General Comment No. 4, The Committee on Economic, Social and Cultural Rights, UN)

Pembaharuan 2: Gubal undang-undang baru mempertahankan hak perumahan dan menghentikan pengusiran paksa

Keduanya, saya menyeru agar Parlimen menggubal suatu akta yang sesuai sebagai memberikan ungkapan terhadap hak perumahan ini dan juga kepada Perkara 13(1) dan 13(2) Perlembagaan Persekutuan, ia i tu tentang “Hak terhadap harta”, dan saya petik Perkara 13(2), “Tiada undang-undang bo l eh memperun tukkan pengambilan atau penggunaan harta dengan paksa tanpa pampasan yang memadai”.

Sebenarnya, tanpa sebarang pindaan

sekalipun, kini kaedah “pengusiran paksa” peneroka di seluruh negara jelas bercanggah dengan Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan ini. Dalam sesetengah kes, jentera kerajaan seperti Polis dan Pihak Berkuasa Tempatan d i gunakan un tuk me lak sanakan pengusiran paksa.

Justeru kita perlu undang-undang baru untuk memperbetulkan keadaan. Antara objektif undang-undang baru ini termasuklah:

1 ) member i ungkapan ke pada hak perumahan, ataupun “to give expression to the right to housing”, berasaskan konsep yang didukung oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, yang merangkumi tujuh (7) perkara iaitu, a) perlindungan hak pendudukan (“security of tenure”); b) ketersediaan perkhidmatan, barangan, kemudahan dan infrastruktur; c) mampu milik; d) keboleh-hunian (“habitability”); e) kebolehcapaian (“accessibility”); f ) lokasi; g) kebudayaan (“cultural adequacy”) (Sumber: General Comment No. 4, The Committee on Economic, Social and Cultural Rights, UN)

2) penubuhan sebuah pihak berkuasa yang boleh dirayu untuk menuntut hak tersebut selaras dengan cadangan Almarhum Sultan Azlan Shah dalam kes Sidek bin Hj Muhammad;

3) penentuan secara j i tu, suatu formula pampasan memadai dalam sebarang kes pengusiran berdasarkan k o n s e p h a k perumahan di atas dan juga Perkara 13(2) Perlembagaan Persekutuan, dan p a m p a s a n y a n g m e m a d a i p e r l u berasaskan prinsip, “ r u m a h g a n t i rumah”;

4) perlindungan k e p a d a h a k - h a k t a n a h a d a t d a n tanah warisan;

5 ) l a r a n g a n terhadap pengusiran paksa;

6) “pemutihan” terhadap peneroka di seluruh negara t a k k i r a s t a t u s p e n d u d u k a n . U n t u k m a s a kini , petempatan peneroka seper t i K a m p u n g Pe r m a t a n g To k Subuh sebenarnya sudahpun diiktiraf

melalui pemberian nombor patel alamat rumah dan dikenakan cukai pintu PBT. Justifikasi pemutihan ini adalah mudah: rakyat berhak ke atas perumahan dan jika kerajaan gagal menyediakan perumahan yang mencukupi, maka kerajaan perlu membenarkan rakyat un tuk me nyed iakan pe r umahan tersebut, walaupun melalui kaedah petempatan tidak formal.

Saya percaya rakyat terutamanya rakyat miskin akan mengalu-alukan perundangan baru in i . Dan saya juga yakin, sektor swasta, termasuk pemaju dan pemegang hak milik akan berasa lega dengan satu perundangan yang bakal memberikan ketentuan yang hakiki terhadap projek-projek pembangunan.

K a e d a h m a s a k i n i y a n g menggunakan teknik pengusiran paksa sudah lapuk dan membawa imej buruk kepada syarikat swasta. Tambahan pula, oleh sebab tiada satu formula yang stabil, ex–gratia yang ditawarkan pada masa kini adalah berkadaran kepada berapa parti politik dan NGO yang terlibat dalam sesuatu kes pengusiran. Ini menyebabkan pihak swasta tidak dapat meramal kos projek mereka, silap hari bulan, kena rugi beratus ribu ringgit. Dengan perundangan ini, akan wujud “predictability” – kalau nak buat kerja-kerja pembangunan, kos-kos pampasan memadai yang termaktub dalam formula statutori sudahpun

diambilkira.

Pembaharuan 3: Pindaan terhadap

Kanun Tanah Negara 1965

Ketiga, Kanun Ta n a h N e g a r a (KTN) 1965 ialah p e r u n d a n g a n u tama berka i tan m i l i k a n t a n a h y a n g s e l a l u n y a d i r u j u k d a l a m k e s p e n g u s i r a n paksa. Justeru bagi m e n y e l a r a s k a n p i n d a a n P e r l e m b a g a a n t e n t a n g h a k perumahan, Kanun Tanah Negara juga perlu dipinda agar s e l a r a s d e n g a n Perlembagaan.

S a y a y a k i n , c a d a n g a n pembaharuan saya

tidak akan menjejaskan prinsip “no adverse possession against the state” (seksyen 48 KTN) ataupun prinsip “indefeasibility of title” (seksyen 92 KTN), ataupun kuasa-kuasa kerajaan berkenaan hal ehwal tanah secara umumnya dalam Kanun Tanah Negara masa kini.

Namun, beberapa perkara boleh dipinda bagi tujuan menyelaraskan bidang kuasa Kanun Tanah Negara kepada hak perumahan, termasuklah;

a ) P indaan Seksyen 79 Kanun Tanah Negara untuk memasukkan hak perumahan sebagai perkara untuk dipertimbangkan semasa pemberian hak milik tanah oleh kerajaan;

b) Pindaan Seksyen 425 untuk mengiktirafkan hak perumahan sebagai perl indungan daripada kesalahan pendudukan tanpa kebenaran tanah kerajaan, atau tanah rizab.

Pembaharuan 4: Moratorium terhadap pengusiran

Keempat, bagi memastikan hak perumahan terpelihara dalam tempoh undang-undang di atas dipinda dan digubal, saya mencadangkan satu moratorium terhadap pengusiran baru untuk masa setahun, dengan tempoh moratorium boleh dilanjutkan sekiranya perundangan tersebut belum siap dilaksanakan.

Pembaharuan 5: Penyediaan rumah mampu milik

Kelima, sudah tentu perbincangan h a k p e r u m a h a n t i d a k l a r i d a r i t a n g g u n g j aw a b k e r a j a a n u n t u k memast ikan ke ter sed iaan rumah mampu mi l ik . Dasar Perumahan N e g a r a 2 0 1 1 s e t a k a t i n i m a s i h belum dapat menyelesaikan masalah perumahan yang ada.

Contohnya dalam kes Kampung Permatang Tok Subuh, para peneroka telah dijanjikan rumah PRIMA sekitar pilihan raya umum ke-13 yang lalu. Namun, sehingga sekarang, sudah tiga tahun, rumah belum dibina dan janji entah ke mana. Pada 12 Mac 2015, saya telah bertanya dalam Dewan ini status janji tersebut. Menteri yang menjawab tidak menafikan janji itu tetapi langsung tidak menyebut tentang tawaran kepada penduduk kampung.

Dasar Perumahan Negara 2011 juga tidak mengiktirafkan perumahan sebagai hak asasi . Malah apabi la dibaca, perumahan dianggap komoditi.

Kerajaan perlu mengubah halatuju Dasar Perumahan Nasional ini agar melindungi nilai-guna ataupun “use-value” untuk perumahan terutamanya bagi golongan kelas rendah dan menengah.

Pembaharuan 6: Penubuhan Jawatankuasa Pindaan

Perlembagaan

Akhir sekali, pembaharuan ke-enam, saya sarankan agar sebuah Jawatankuasa Parlimen Pindaan Perlembagaan bipart isan yang turut merangkumi wakil kerajaan pusat , kera jaan neger i , pakar perundangan, dan wakil masyarakat sivil ditubuhkan untuk mengkaji, memimpin dan menyelia segala pembaharuan yang saya cadangkan di sini.

Sebenarnya, tanpa sebarang

pindaan sekalipun, kini kaedah “pengusiran

paksa” peneroka di seluruh

negara jelas bercanggah

dengan Perkara 13

Perlembagaan Persekutuan.

Page 8: 2 | – Larang rakyat ke luar negara, kerajaan - roketkini.com BM_JUNJULAI... · diesel dengan harga sebenar yang mula dikutip sejak tahun 2014. Sehubungan itu, Penolong Setiausaha

8 | JUN–JULAI 2016

Sekitar lima minit sebelum jam 9 pag i , saya mel ihat be l iau tiba dengan iringan dua kereta

polis. Sekonyong-konyong keluar dari kenderaan, beliau terlebih dahulu m e n g h a m p i r i s e o r a n g p e g a w a i keselamatan yang memegang bekas makanan ikan. Diambilnya beberapa genggam dan dicampak ke kolam di perkarangan bangunan Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya.

Tu n D r. M a h a t h i r M o h a m a d memulakan harinya di pejabat dengan memberi makan kepada ikan-ikan koi, mungkin satu ritual menenangkan diri, setelah 13 tahun melepaskan jawatan sebagai kepala negara paling lama berkhidmat dalam sejarah Malaysia.

Pun begitu, setelah lama ‘bersara’ daripada jabatannya, Mahathir tidak lelah bermain politik. Sepelontar batu dari pejabatnya di Presint 8 Putrajaya itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sedang cuba dijatuhkannya melalui usaha mengumpul tandatangan, selain bekerjasama dengan ramai musuh politik lama, termasuk pemimpin utama

DA P, L i m K i t Siang.

K e r j a s a m a i t u a k h i r n y a membenih langkah meninggalkan parti yang diasaskannya, U n i t e d M a l a y s N a t i o n a l O r g a n i s a t i o n ( B a r u ) , s e l a i n b e r j a n j i u n t u k berkempen bagi m e m a s t i k a n kekalahan Barisan Nas ional dalam pilihanraya kecil Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar pada 18 Jun ini.

Kerelaan beliau m e n i n g g a l k a n p a r t i M e l a y u i t u k e m u d i a n mengundang caci-maki ramai pihak yang dahulunya tegar mempertahankan Mahathir sebagai wira bangsa. Hatta media tradisional yang dikawal kerajaan turut t idak lepas menyerangnya, m e n g g a m b a rk a n ny a s e b a g a i s i pengkhianat yang telah berpaling daripada perjuangan UMNO sejak zaman berzaman.

UMNO bukan lagi macam dulu

“UMNO macam la n i tak dak UMNO dah,” katanya, ketika ditanya jika beliau sanggup melihat parti yang menjadi wadah perjuangan selama puluhan tahun kehilangan kuasa dalam usaha menjatuhkan Najib.

“Ini bukan parti UMNO. UMNO

a d a p r i n s i p d i a . I n i p a r t i y a n g p e r t a h a n kepimpinan Najib. D a h j a d i p a r t i Najib,” ujarnya, m e m i n g g i r k a n d i r i t a n p a memperlihatkan sedikit pun rasa sesal atau kecewa.

Mahathir marah b e t u l d e n g a n UMNO yang lebih b a r u d a r i p a d a U M N O B a r u . Baginya, UMNO versi Najib Razak a d a l a h U M N O yang bertuhankan duit.

“ D i a m e m p e r t a h a n r a s u a h , ” tambahnya. “Cash

is king, dia kata pada saya,” merujuk kepada Najib mengambil alih tampuk pemerintahan dengan restu Mahathir sendiri setelah membantu menjatuhkan presiden sebelumnya, Tun Abdullah Ahmad Badawi, yang menaiki takhta UMNO dengan restu dan perkenan Mahathir juga.

Tuduhan-tuduhan Mahathir terhadap anak didik politiknya itu juga bukan sebarangan. “Dia bagi orang ni sejuta, orang tu sejuta, takkan wakil rakyat lain nak senyap tak minta duit?” soal beliau. Pastinya dengan maklumat dalaman mengenai penyakit bawaan UMNO yang telah berakar sejak zaman pemerintahannya lagi.

Namun tidak adil untuk menuduh segalanya bermula sejak Mahathir mula

memegang teraju parti pada 1981. Era awalnya amat popular di kalangan rakyat dengan pelbagai slogan dan usaha merancakkan kebosanan politik 1970an. Tetapi, tuduhan dan dakwaan rasuah serta salah guna kuasa mula lantang didengar pada pertengahan 1980an.

Pemimpin UMNO bodoh

Kini Mahathir pula yang marah dengan rasuah. “Pegawai kerajaan sekarang pun ambil duit sebab dia tengok pemimpin boleh ambil berbilion, takkan dia tak boleh ambil sejuta, dua?” ujarnya, yang sejak mengambil alih kuasa daripada Almarhum Tun Hussein Onn memasarkan slogan-slogan seperti ‘Bersih, Cekap, Amanah’ dan ‘Kepimpinan Melalui Teladan’ sekitar Mac 1983.

M a l a n g s e k a l i s l o g a n - s l o g a n itu kemudiannya tidak diteladani, malah disalahtafsir sesuka hati, hatta menghasilkan produk-produk UMNO yang ternyata memalukan bekas presiden paling lamanya hari ini.

“Ketua cawangan UMNO, dia tak bagi orang yang ada kaliber masuk. Bila dia mati, siapa yang ganti dia? Orang lagi bodoh daripada dia. UMNO (sekarang) telah mengecut menjadi parti yang dipimpin orang bodoh, tak ada prinsip,” tegasnya.

Penyakit korupsi sememangnya difahami sebagai penyakit warisan dalaman UMNO. Memang korupnya UMNO itu bukan kerana nama atau perjuangannya tetapi disebabkan terlalu lama memegang tampuk kuasa. Ia satu trend kepada mana-mana parti di dunia ini yang biasanya berakhir dengan rakyat menolak mereka.

Korupsi dalam UMNO macam saka

Buat pertama kali dalam sejarah Parti Tindakan Demokratik, akhbar The Rocket BM memaparkan wawancara bersama mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, seputar isu-isu semasa dan kemarahan terhadap anak didiknya Datuk Seri Najib Razak. Ikuti wawancara Izmil Amri bersama beliau. Gambar oleh Ahmad Yusufi.

“Saya tak mahu jadi calon. Umur

saya sudah lanjut. Mereka yang sokong

Deklarasi Rakyat mesti sokong

siapa sahaja yang menentang Najib.”

— Tun Dr. Mahathir Mohamad

(mantan Perdana Menteri)

Page 9: 2 | – Larang rakyat ke luar negara, kerajaan - roketkini.com BM_JUNJULAI... · diesel dengan harga sebenar yang mula dikutip sejak tahun 2014. Sehubungan itu, Penolong Setiausaha

JUN–JULAI 2016 | 9

harimau yang melekat dengan sesiapa sahaja yang membuat perjanjian untuk bertaat setia dengan parti itu. Selesa dengan gaya hidup bermewah-mewah, rasa berkuasa untuk mengarah-arah dan menjadi tuan di kawasan masing-masing menjadi asas penyakit itu sukar dihakis.

Namun menurut Mahathir, “Boleh buang kalau nak buang”. Cumanya ternyata UMNO yang ditinggalkannya itu tidak pun membuang saka korupsi yang telah membarah, malah semakin rancak mempertahankannya sebagai satu cara hidup; menjadikan kita terus sangsi dan prejudis, serta sukar untuk meletakkan sebarang kepercayaan kepada apa sahaja yang membawa DNA UMNO.

Malah DNA Umno itu juga yang sedikit-sebanyak menjadi penghalang sokongan ramai p ihak te rhadap Deklarasi Rakyat yang digagaskan Mahathir awal Mac lalu bersama musuh-musuh politiknya. Hatta aktivis pilihan jalanraya, Hishamuddin Rais dan Maria Chin juga dibungkus bersama, dan dilabel pengkhianat oleh orang lama gerakan Reformasi 1998.

Anwar dan DAP

Disoal tentang penggabungannya bersama musuh-musuh zaman lampau, mantan Perdana Menteri itu menegaskan bahawa pemimpin-pemimpin parti politik menyertai muafakat Selamatkan Malaysia bukan sebagai pemimpin parti, hanya sebagai individu yang prihatin.

“Objektif hanya satu, singkirkan Najib,” ujarnya ketika menghuraikan kenapa soal gagasan reformasi institusi dan pembelaan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak dipersetujui secara langsung olehnya.

Malah, Mahathir kelihatan sedikit terganggu setiap kali nama Anwar Ibrahim disebut, dan berat sungguh nama itu mahu keluar dari antara dua bibirnya.

“Selagi mana Najib ada di situ, semua orang boleh bercakap, tentang reformasi atau apa saja. Tapi apa pun tak jadi. Buang Najib, kembali kepada demokrasi. Rakyat boleh buat pilihan mereka sendiri.

“Kalau Anwar keluar, tak kiralah. Kita balik kepada demokrasi. Rakyat akan pilih kerajaan yang bagaimana yang mereka mahukan. Apa jadi selepas itu, jika rakyat nak undi pilih Anwar, maka boleh pilih Anwar. Jika mereka memilih kerajaan yang akan membebaskan Anwar, maka itu hak mereka.

“Ini nak buat laporan polis pun ditangkap, nak ke luar negara pun mereka nak pantau, akhbar dan media massa dikawal,” jelasnya panjang lebar walau sedikit segan barangkali m e m a n d a n g k a n d i r i nya s e d a n g diwawancara lidah rasmi DAP. Kerana Mahathir memang sedar sejak zamannya akhbar pembangkang walau dibenar cetak, ia amat terhad. Media arus perdana pula seluruhnya dikawal aparat kerajaan di zamannya, setidak-tidaknya dengan undang-undang yang ada sejak dahulu hingga sekarang.

Pun begi tu , bag inya apa yang diperlukan sekarang ialah supaya Najib Razak segera disingkirkan.

Kini perlu reformasi politik?

“Kembali kepada kedaulatan undang-undang, Perlembagaan Persekutuan, hak

bersuara dan berhimpun,” ujarnya, mengundang rasa terkejut kerana untuk kesekian kalinya beliau menyebut tentang hak berhimpun dan bersuara, berbeza jauh dengan era 1998 di mana yang berdemonstrasi diajar dengan belantan polis FRU dan yang bersuara habis diheret ke Kem Kamunting unjtuk ditahan tanpa bicara.

Barangkali itu dimensi l a i n y a n g t i d a k l a g i dipedulikan Mahathir. Apa yang beliau mahu sekarang ialah singkirkan Najib, dan “lepas tu kita akan ada pilihanraya umum, tanpa Najib. Terserah lah kepada rakyat. Kalau nak sokong reformasi, boleh teruskan.”

“Rakyat akan pilih pemimpin mereka. Kena terima pilihan rakyat. Kalau rakyat salah pilih, kita akan berhadapan masalah, dan akan terus berpusing (dengan masalah yang sama).

“Kalau rakyat nak pilih DAP, saya tak boleh buat apa-apa.”

Bag a imana pu la ka lau rakyat mengekalkan Barisan Nasional dan UMNO? Tidakkah ia menjamin legasi korupsi parti bermasalah itu berterusan? Jika pengganti Najib juga daripada UMNO, bukankah akan tambah memberi masalah? Bukankah Mahathir sendiri kata pemimpin UMNO kini semuanya bodoh belaka?

Mahathir tidak pernah tidak ada jawapan, wa laupun be l iau t idak menjawab apa yang ditanya. Dan jawapannya jelas menunjukkan rasa sangat tidak senangnya terhadap suami Datin Seri Rosmah Mansor:

“Saya tak ingat orang lain boleh buat macam Najib buat. Najib, dia ada buat kesalahan. Dia tahu kalau dia tak ada kuasa (lagi), dia akan dihadap ke mahkamah. Dia tak boleh pertahan hutang RM42 bilion.”

Baginya, Najib juga pemerintahannya tidak demokratik, hatta menggunakan Speaker Dewan Rakyat untuk halang u n d i t a k p e rc a y a , m e n g h a l a n g perbahasan mengenai skandal 1MDB di Parlimen.

Mahathir barangkali belum siap menilai kemarahan rakyat, terutamanya di perhimpunan aman Bersih 4 yang beliau hadiri pada bulan Ogos tahun lalu, bersama setengah juta rakyat Malaysia yang menuntut Perdana Menteri supaya bercuti dan tidak menggugat siasatan ke atas dirinya sendiri.

Barangkali kerana beliau sendiri pun sudah lali dengan kemarahan rakyat terhadapnya sewaktu hari-hari Reformasi 1998, melibatkan tindakan memecat Anwar Ibrahim serta skandal-skandal kewangan negara yang berlaku di zaman beliau menjadi perdana menteri.

“Saya mengaku, d i masa saya kehilangan duit ialah kerana usaha selamatkan negara,” katanya berkisah tentang tuduhan beberapa skandal kewangan melibatkan pentadbirannya yang ditulis mendiang Barry Wain, dalam bukunya ‘Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times’.

“Ini wartawan, dia nak tulis buku. Kalau tak sensasi, orang tak beli. Saya lah jadi mangsa,” katanya dalam nada berseloroh, cuba menjauhkan dirinya daripada disamakan dengan skandal 1MDB Najib Razak yang kini sudah melibatkan jumlah keterhutangan mencecah RM50 bilion, selain skandal ‘derma’ orang kaya Arab Saudi yang dilaporkan Wall Street Journal mencecah R M 4 . 2 b i l i o n - ya n g k o n o n nya dikembalikan sebahagiannya.

“Najib hutang. Saya tak hutang. Saya peruntukkan duit kerajaan,

bukan untuk saya. Bila sudah ada peruntukan, penjawat awam lah punya kerja. Saya tak terlibat mengubah duit itu ke sana sini,” katanya, melepaskan berdas -das tembakan suara terhadap Perdana Menteri.

“Najib adalah principal dalam 1MDB. Nak buat apa pun mes t i dapat tandatangan dia. Dialah C E O d a l a m 1 M D B , walaupun dia panggil diri dia penasihat.”

Doa Fadzil Noor

Apabila ditanya sama ada Najib melakukan semua ini hasil didikan Mahathir sepanjang tempoh beliau membentuk peribadi politik pimpinan UMNO, tokoh veteran itu membalas, “Banyak orang belajar daripada saya, bukan semua ikut. Yang ni yang gagal. Yang ni, niat dia lain.”

Beliau turut berikrar untuk turun b e rk e m p e n d i d u a p i l i h a n r a y a kec i l Pa r l imen pada 18 Jun in i demi menewaskan jentera kempen Barisan Nasional yang pastinya akan berjenamakan wajah tersenyum Najib Razak.

Ditanya kenapa tidak beliau sahaja yang bertanding di Sungai Besar untuk kembali ke Parlimen, Mahathir senyum menjawab: “Saya tak mahu jadi calon. Umur saya sudah lanjut. Mereka yang sokong Deklarasi Rakyat mesti sokong siapa sahaja yang menentang Najib.”

Barangkali apa yang dilalui Mahathir sekarang ada lah makbulnya doa Almarhum Ustaz Fadzil Noor, pemimpin PAS, agar mantan Perdana Menteri itu dipanjangkan umur untuk menyaksikan sendiri kerosakan yang dilakukannya kepada rakyat dan negara dengan cara yang zalim dan tidak demokratik.

M a h a t h i r k i n i s e d a n g j e n u h merungkai dan meroboh legasi puluhan tahun lalu, dengan tangannya sendiri. Dan ia satu usaha yang amat sukar kerana jutaan ahli UMNO masih percaya apa yang Mahathir ajar mereka dahulu, iaitu sentiasa taat dan jangan melawan pucuk pimpinan parti.

WAWANCARA KHAS

“Rakyat akan pilih pemimpin mereka. Kena terima pilihan

rakyat. Kalau rakyat salah pilih, kita akan berhadapan masalah,

dan akan terus berpusing (dengan masalah yang sama). Kalau rakyat nak pilih DAP,

saya tak boleh buat apa-apa.”

Page 10: 2 | – Larang rakyat ke luar negara, kerajaan - roketkini.com BM_JUNJULAI... · diesel dengan harga sebenar yang mula dikutip sejak tahun 2014. Sehubungan itu, Penolong Setiausaha

10 | JUN–JULAI 2016

KUALA LUMPUR: Selaras dengan impian DAP untuk melihat rakyat Malaysia bersatu-padu demi kesejahteraan negara tanpa mengira latar belakang, Deklarasi Rakyat wajar dilihat menjadi satu titik tolak kepada kebangkitan semua rakyat bagi menentang amalan rasuah dan penyelewengan oleh kerajaan sedia ada yang dipimpin oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Sehubungan itu, Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, berkata kempen Deklarasi Rakyat yang bertujuan untuk menggesa peletakan jawatan Najib sebagai Perdana Menteri akan hanya berjaya sekiranya ia mendapat sokongan semua pihak tanpa mengira kaum, agama dan fahaman politik.

Jelasnya, perkara itu penting bagi membersihkan kembali nama Malaysia yang kini terpalit dengan pelbagai skandal kewangan di mata dunia sehingga tersenarai sebagai antara sepuluh negara yang mempunyai amalan rasuah terburuk.

“Saya benar-benar berharap agar semua rakyat Malaysia dengan satu tujuan patriotik yang sama dapat memastikan bahawa Malaysia menjadi sebuah negara yang dihor mati di peringkat antarabangsa.

“Semua ini mustahil jika negara

kita dikenali dunia sebagai negara yang terlibat dengan skandal rasuah dan penyelewengan seperti 1MDB. B a g a i m a n a c a r a nya u n t u k k i t a

mengembalikan keyakinan negara lain terhadap kita jika perkara ini terus berlaku?” soalnya.

Menurut Ahli Parl imen Gelang Patah itu, Deklarasi Rakyat yang dilancarkan pada 4 Mac lalu juga ingin mengembalikan negara kepada prinsip Perlembagaan Merdeka 1957 dan Perlembagaan Malaysia 1963, selain

nilai-nilai demokrasi, kedaulatan undang-undang, asas kebebasan dan doktrin pengasingan kuasa.

K atanya , i a bag i memas t i kan

penambahbaikan institusi dan demokrasi, terutama dalam menjamin sistem perundangan dan kehakiman yang bebas daripada pengaruh mana-mana individu atau agensi, terutamanya pihak eksekutif.

“Atas sebab inilah, Deklarasi Rakyat turut menitikberatkan beberapa perkara, iaitu penyingkiran semua pihak yang bersekongkol dengan Naj ib serta

pemansuhan undang-undang yang jelas melanggar hak asasi rakyat.

“Selain itu, integriti pelbagai institusi seperti polis, SPRM, Bank Negara dan PAC yang telah dilemahkan perlu dipulihkan kembali supaya keadilan dapat ber tapak kembal i d i bumi Malaysia,” katanya.

Je las Kit S iang lagi , d i bawah pemerintahan Najib, ramai pihak m e n j a d i m a n g s a k e t i d a k a d i l a n sistem perundangan dan kehakiman yang semakin hilang integriti dan kebebasannya, seperti yang dapat dilihat dalam kes arwah adik Aminulrasyid Amzah, V. Kugan dan Teoh Beng Hock.

“Semua ini hanya boleh dihentikan jika kempen Deklarasi Rakyat berjaya menuntut Najib meletakkan jawatan melalui saluran aman dan membolehkan ketelusan serta integriti dikembalikan dalam setiap agensi kerajaan,” ujarnya.

Sebelum ini, Deklarasi Rakyat bagi menyokong agenda Selamatkan Malaysia itu turut melibatkan himpunan pada 27 Mac yang menyaksikan sambutan rakyat dari latar belakang berbeza, termasuk ahli-ahli UMNO yang sudah muak dengan penderitaan yang mereka hadapi akibat dasar kerajaan pimpinan Najib.

Deklarasi Rakyat lambang kebangkitan rakyat tolak kepimpinan Najib

oleh SYAZANA HASANUDIN

KUALA LUMPUR: Deklarasi Rakyat yang ditandatangani pe lbag a i p ihak t e r masuk pemimpin pembangkang serta BN pada 4 Mac lalu bertujuan untuk membawa perubahan dalam sistem kerajaan Malaysia d e n g a n m e n y e n a r a i k a n empat tuntutan asas, iaitu 1) penyingkiran Najib Razak sebagai Perdana Menter i ; 2) penyingkiran semua yang bersekongkol dengan Najib; 3) pemansuhan semua undang-undang yang melanggar hak asasi di bawah Perlembagaan Persekutuan dan 4) pemulihan integriti institusi kerajaan yang telah dilemahkan.

Namun pada 16 Mei lalu, negara dikejutkan dengan p e n ye b a r a n s u r a t l a p a n halaman bertulis tangan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dari penjara yang menyentuh pelbagai isu - namun memberi tumpuan terhadap keterlibatan pimpinan parti oposisi dengan usaha yang di l ihat seakan dipelopori mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

P e n d e k a t a n A n w a r barangkali agak terlalu tegas, seh inggakan ramai p ihak menyangka bahawa beliau tidak bersetuju dengan kempen yang mendapat sokongan

ramai pimpinan utama Pakatan Harapan atas kapasiti individu.

Pimpinan Pakatan Harapan rata-rata melihat surat itu s ebag a i menge teng ahkan k e g u s a r a n A n w a r terhadap pengl ibatan dan ker jasama secara langsung d e n g a n M a h a t h i r d a l a m memper juangkan kempen tersebut.

Menurut beliau yang dipecat Mahathir pada tahun 1998, mantan perdana menteri itu

mungkin mempunyai agenda politik peribadi, justeru semua pihak terutamanya rakan-rakan Pakatan Harapan perlu sentiasa berhati-hati dengan sebarang muslihat politik yang mungkin dimainkan oleh beliau.

Selain itu, Anwar dalam suratnya turut melahirkan kekhuatiran terhadap peranan Mahathir dan pasukannya da lam kempen Dek la ra s i Rakyat memandangkan beliau merasakan bahawa kempen

itu lebih didominasi bekas perdana menteri itu berbanding pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan.

Pun beg i tu , Set iausaha Pub l i s i t i DAP, Tony Pua ketika ditanya portal berita M a l a y s i a k i n i b e r h u bu n g surat tersebut menjelaskan bahawa kebimbangan Anwar itu mempunyai rasionalnya yang tersendiri, lebih-lebih lagi apabila beliau mempunyai sejarah hitam dengan Mahathir.

“Reaksi Anwar itu adalah reaksi yang biasa. Selain Anwar, masih ramai di luar sana yang sangsi dengan Mahathir, sama seperti mereka ragu-ragu ketika Anwar menyertai pembangkang suatu masa dulu.

“ Ke b i m b a n g a n A n w a r itu ada rasionalnya seperti kami juga. Kami juga takut dipergunakan,” katanya.

To ny s e r t a p e m i m p i n -pemimpin Pakatan Harapan yang lain percaya bahawa Deklarasi Rakyat merupakan l a n g k a h t e r b a i k d a l a m membawa perubahan kepada s i s tem kerajaan sedia ada melalui saluran paling aman.

Malah menurut mereka, agenda Deklarasi Rakyat tidak tertumpu kepada menggesa penyingkiran Najib sebagai Perdana Menter i semata-mata, tetapi turut menuntut pemansuhan semua undang-undang yang melanggar hak asasi rakyat serta pemulihan integriti agensi kerajaan.

Justeru, ia sebenarnya selari dengan tuntutan reformasi yang diperjuangkan oleh Anwar selama ini. Pesanan Anwar supaya berwaspada dengan kelicikan Mahathir wajar diberi perhatian, tanpa membiarkan iltizam dan komitmen kepada k e p u t u s a n p o l i t i k u n t u k bekerjasama dengan beliau tergelincir barang sedikit pun.

Waspada dengan Mahathir, pesan Anwar

“Saya benar-benar berharap agar semua rakyat Malaysia dengan satu tujuan patriotik

yang sama dapat memastikan bahawa Malaysia menjadi sebuah negara yang dihormati di peringkat antarabangsa.”

— Lim Kit Siang (Ketua Parlimen DAP / Ahli Parlimen Gelang Patah)

DEKLARASI RAKYAT

Page 11: 2 | – Larang rakyat ke luar negara, kerajaan - roketkini.com BM_JUNJULAI... · diesel dengan harga sebenar yang mula dikutip sejak tahun 2014. Sehubungan itu, Penolong Setiausaha

JUN–JULAI 2016 | 11

Lim Kit Siang hadir di pusat p e n a m a a n c a l o n D e w a n U n d a n g a n N e g e r i ( D U N )

Tasik Biru pada hari penamaan calon pilihanraya Sarawak 25 April 2016 lalu. Kata beliau, pertempuran di antara Datuk Henry Jinep dari Barisan Nasional (BN) dan saya di DUN ini adalah ujian sebenar DAP bagi kerusi majoriti Dayak.

Tasik Biru memiliki 68 peratus pengundi berketurunan Dayak, 26 peratus kaum Cina dan 6 peratus kaum Melayu Melanau, dan BN telah menang di kerusi ini dengan memperoleh majoriti 1,288 undi apabila mendapat 6,922 undi (55 peratus) manakala DAP pula 5,634 undi (45 peratus).

Walaupun kami tewas, keputusan t e r sebut menyaks ikan kemajuan mendadak bagi kerusi majoriti Dayak. Dalam pilihanraya umum ke-13, saya bertanding bagi kerusi Parlimen Mas Gading, ia merangkumi dua DUN, iaitu Tasik Biru dan Opar. Dalam pilihanraya itu, saya telah memperolehi 5,293 undi, sementara dalam pilihanraya negeri kali ini, kami berjaya mendapat lebih undi (5,634) hanya dalam satu DUN sahaja.

Di peringkat yang lebih mikro, DAP telah berjaya di empat dari 20 perkampungan Dayak yang mana

di salah sebuah daripadanya, DAP mendapat undi lebih dari 70 peratus. Secara purata, kami telah berjaya mendapat 40 peratus di kawasan Dayak. Pencapaian dengan angka-angka memberangsangkan sebegini tidak dapat dibayangkan tiga tahun lalu.

Pilihanraya Sarawak kali ini telah membuktikan bahawa kami berjaya memperolehi sokongan rakyat di bumi Bidayuh walaupun BN secara sistematik menggunakan wang dan taktik menakut-nakutkan pengundi di saat akhir sebelum hari pengundian- penduduk kampung diberitahu bahawa kerajaan akan memotong bekalan air, elektrik dan memotong bantuan kebajikan jika BN kalah di kerusi ini!

Kami berjaya sampai ke tahap ini walaupun Tasik Biru dilawati Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem sendiri, termasuk kunjungan menteri persekutuan, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Nur Jazlan Mohamed

malah telah dijenguk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di empat majlis berbeza dalam tempoh kempen ses ingkat 12 har i . Pasukan kami terperanjat apabila Perdana Menteri berkunjung pada hari terakhir kempen! BERSIH yang menjadi pemerhati pilihanraya pula telah melaporkan wujud kesalahan serius dalam kempen BN, tetapi tidak ada sebarang tindakan yang diambil oleh Suruhanjaya Pilihan Raya.

Adakah kami tewas di Tasik Biru akibat politik wang BN? Saya tidak pasti. Tetapi kami tewas kerana kami membuat keputusan untuk t idak membel i und i . Se jak per mulaan kempen lagi, ramai yang mencadangkan sama ada secara tersirat atau tidak, supaya kami mengeluarkan ‘modal’ untuk menjamin kemenangan. Ya, kemenangan amat penting, dan anda juga tidak mampu mengelak daripada helah mereka.

Bila dicongak, jika kami membeli 1,000 undi dengan harga RM50 setiap satu, kami mungkin boleh menang di kerusi ini dengan nilai RM50,000. (Tapi kami tewas dengan 1,288 undi, di mana hanya 644 undi sahaja perlu dibeli dan menjadikannya seri!) Bagaimanapun, dengan risiko tewas, kami tetap teguh dengan prinsip dan menolak tawaran ejen yang menjadi pengantara untuk membayar wang kepada pengundi.

Kesudahannya, kami kalah. Apabila ke pu tu san d iumumkan d i pu sa t pengundian, ramai di kalangan kami menitiskan air mata. Kami menangis dan berpelukan. Semua gerak kerja, jerih perih, pahit maung usaha kami selama lima tahun lalu, begitu juga dengan kerja keras pasukan kempen yang bertungkus- lumus membuat persediaan pilihanraya, tidak mampu untuk mengatasi politik wang, politik ugut dan segala macam timbunan janji.

Kemenangan yang tertangguh ini tidak akan menjadikan kami berputus asa di Tasik Biru untuk meluaskan lagi capaian perkhidmatan kami kepada kawasan-kawasan pedalaman.

Saya masih ingat bagaimana seorang wanita yang mengendong anaknya dengan bangga memakai t-shirt UBAH dan berjalan dalam gelap menggunakan lampu suluh menuju tempat ceramah. Saya tahu, walaupun ramai penduduk kampung menghadap i ke su l i t an kewangan, mereka bersama kami, menolak mainan politik wang BN;

S aya m a s i h i n g a t d a l a m s a t u sesi perbincangan, ibu-ibu tunggal meluahkan rasa khuatir terhadap peluang anak-anak mereka belajar dan mendapat biasiswa jika mereka terlibat dalam kempen kami. Saya masih ingat bagaimana seorang wanita dari kampung memberitahu saya dengan bersungguh-sungguh bahawa maruah dan undinya tidak boleh dibeli dengan wang;

Saya masih ingat wajah-wajah mereka yang penuh bangga ketika saya ucapkan “Kita telah berjuang dalam peperangan ini dengan penuh prinsip dan maruah!” dalam ucapan saya selepas keputusan diumumkan. Saya takkan lupa renungan mereka yang penuh harapan untuk berubah demi masa depan yang lebih baik.

Dengan situasi semasa yang berlaku, begitu juga dengan iktibar yang perlu diambil kira dari kekalahan kita di kawasan pedalaman, saya yakin pada suatu masa DAP akan memenangi kerusi Tasik Biru begitu juga dengan kerusi Parlimen Mas Gading. Dan kita akan memenanginya dengan gilang-gemilang mengatasi politik wang dan ketakutan.

Rakyat Malaysia perlu berjuang sehabis baik sehingga keadilan dan kebenaran melimpah seperti sungai yang tidak akan berhenti mengalir. Justeru, jangan sesekali kita berputus asa dan berputus harap. Perjuangan ini, akan kita diteruskan!

Semua gerak kerja, jerih perih, pahit maung usaha kami selama lima tahun lalu,

begitu juga dengan kerja keras pasukan kempen yang bertungkus-lumus membuat

persediaan pilihanraya, tidak mampu untuk mengatasi politik wang, politik

ugut dan segala macam timbunan janji.

Oleh MORDI BIMOL

*Penulis adalah calon DAP bagi kerusi DUN N2 Tasik Biru

ANALISIS PILIHANRAYA SARAWAK:DUN TASIK BIRU UJIAN SEBENAR KEPADA DAP

ANAL IS IS PRN SARAWAK

Page 12: 2 | – Larang rakyat ke luar negara, kerajaan - roketkini.com BM_JUNJULAI... · diesel dengan harga sebenar yang mula dikutip sejak tahun 2014. Sehubungan itu, Penolong Setiausaha

12 | JUN–JULAI 2016

C a l o n D A P Pelagus, Frankie B e d i n d a n g d a n calon DAP Bukit G o r a m , L a r r y Asap menunjukkan s a t u u p a c a r a tradisi masyarakat I b a n , m i r i n g k e p a d a K e t u a P a r l i m e n DA P, Lim Kit Siang.

Calon-calon DAP bagi kawasan Piasau, Alan Ling Sie Kiong; Pujut, Dr. Ting Tiong Choon dan Senadin, Dr. Bob Baru Langub berkunjung ke pasar sekitar Miri.

Walaupun usianya sudah menjangkau 75 tahun, Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang tidak kekok menaiki bot laju bagi berkempen untuk calon Katibas, Paren Nyawi.

Calon Katibas, Paren Nyawi bersama pasukan kempennya mengunjungi rumah-rumah panjang di kawasan sekitar untuk beramah mesra dengan penduduk.

Calon DAP Paul Raja tekun mendengar masalah yang diutarakan oleh penduduk-penduduk rumah panjang di Mulu. Kebanyakan kawasan di daerah itu masih tiada kemudahan asas.

Calon DAP Bukit Goram, Larry Asap bersama pasukan kempen menaiki bot untuk berkunjung ke rumah-rumah panjang di sekitar Bukit Goram.

PRN SARAWAK

Page 13: 2 | – Larang rakyat ke luar negara, kerajaan - roketkini.com BM_JUNJULAI... · diesel dengan harga sebenar yang mula dikutip sejak tahun 2014. Sehubungan itu, Penolong Setiausaha

JUN–JULAI 2016 | 13

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng turut melawat kawasan Sri Aman bagi membantu kempen calon DAP Simanggang, Leon Jimat Donald.

Sasterawan Negara, A. Samad Said turut sama melawat daerah Murum bagi berkempen untuk calon DAP, Matthew Silek.

Naib Presiden DAP Kebangsaan, M. Kula Segaran turut sama berkempen untuk calon DAP Kemena, Leighton Manjah dengan melawat penduduk-penduduk kampong.

Calon DAP Pending, Violet Yong dan pasukan kempennya mengunjungi pasar di kawasan Pending bagi beramah mesra dengan penduduk setempat.

Dalam ceramahnya, calon DAP Padungan, Wong King Wei dengan penuh berkobar-kobar meminta agar rakyat Sarawak berani menerima perubahan serta tidak lagi termakan janji palsu BN.

C a l o n D A P B a t u Ki tang, Abdu l Az i z I s a m e n y a m p a i k a n ceramah dengan penuh bersemangat kepada hadirin di Jalan Tun Jugah, Kuching.

C a l o n DA P B a t u K i t a n g , A b d u l A z i z I s a menyampaikan ceramah dengan penuh bersemangat kepada hadirin di Jalan Tun Jugah, Kuching.

Ribuan rakyat membanjiri ceramah DAP di Sibu bagi menunjukkan sokongan mereka dalam pilihanraya Sarawak yang lalu.

PRN SARAWAK

Page 14: 2 | – Larang rakyat ke luar negara, kerajaan - roketkini.com BM_JUNJULAI... · diesel dengan harga sebenar yang mula dikutip sejak tahun 2014. Sehubungan itu, Penolong Setiausaha

14 | JUN–JULAI 2016

Oleh HAFIZ ZAINUDDIN

KUALA LUMPUR: Satu usul p i n d a a n P e r l e m b a g a a n P e r s e k u t u a n b a g i mengembalikan status Sabah, Sarawak dan Semenanjung sebagai tiga negara berdaulat dan rakan kongsi setara dalam Persekutuan Malaysia selaras dengan Perjanjian Malaysia 1963 telah dikemukakan kepada Parlimen.

Usul oleh Ahli Parlimen Sandakan, Stephen Wong T i e n F a t t , b e r t u j u a n m e m b e t u l k a n b e b e r a p a perkara da lam Per janj ian Malaysia 1963 yang gagal d i te l i t i dan menyebabkan Sabah dan Sarawak diturun taraf menjadi satu daripada 1 3 b u a h n e g e r i d a l a m Malaysia, dan bukan sebagai negara berdaulat.

“ K e g a g a l a n u n t u k

meminda perkara ini adalah t idak mematuhi dan t idak menghormati apa yang telah disetujui dalam Per janjian M a l a y s i a 1 9 6 3 s e m a s a pembentukan Malaysia, dan dilihat seolah-olah melanggar semangat prinsip Persekutuan Malaysia,” jelasnya kepada The Rocket Edisi BM.

Antara cadangan lain yang diutarakannya adalah dengan memasukkan definis i Hari Malaysia, pemaknaan baharu

bagi perkataan “Persekutuan” dan pindaan definisi “undang-undang bertulis” (written law).

Beliau merayu supaya usul itu dapat dibahaskan kerana mahu kedudukan Sabah dan Sarawak dihormati sebagai negara-negara berdaulat dan rakan kongsi yang sama taraf dalam Persekutuan Malaysia.

Menurut S tephen yang juga Pengerusi DAP Sabah, k e d u d u k a n S a b a h y a n g dianggap sebagai salah sebuah

‘negeri’ telah menjadikannya s e o l a h - o l a h t e r a b a i d a n terkebelakang dalam arus pembangunan negara.

“ W a l a u p u n S a b a h merupakan salah satu punca p e n d a p a t a n Pe r s e k u t u a n dengan hasi l bumi sepert i m i ny a k d a n s e b a g a i ny a , pembangunan di sini amat perlahan berbanding negeri-negeri di Semenanjung.

“Per soa lannya , adakah dengan keadaan begitu kita boleh katakan bahawa Sabah dihormati? Saya nak tegaskan bahawa pindaan ini bukan sekadar kita mahu dihormati sahaja tetapi supaya Sabah dapat menikmati kemakmuran dan pembahagian ekonomi yang lebih adil,” kata beliau.

Je l a s nya , j i k a p i n d a a n Perlembagaan Persekutuan itu berjaya dibuat, ia akan memberikan lebih banyak keistimewaan kepada Sabah dan juga rakyatnya dalam m e m b a n g u n k a n s u m b e r ekonomi, pendidikan sekaligus membangunkan sumber modal insan yang lebih berkualiti dan maju.

Kembalikan status Sabah, Sarawak dan Semenanjung sebagai rakan kongsi setara

KENINGAU: DAP Sabah mengutuk t i n d a k a n t e r d e s a k p i h a k y a n g mengancam penduduk di sebuah kampung di daerah Pensiangan supaya tidak menghadiri perjumpaan DAP dengan ugutan bantuan kerajaan kepada mereka akan ditarik.

Sehubungan itu, satu laporan polis telah dibuat merujuk kepada sepucuk surat bertarikh 14 April 2016 yang ditandatangani Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Kampung Sinua, Mukim Lanas Sook, Junas Laimin di balai Polis Keningau di sini oleh DAP Sook.

Surat itu mengugut bahawa bantuan dan skim yang telah diluluskan kerajaan seperti E-Kasih dan Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) bakal ditarik balik sekiranya mana-mana penduduk terl ibat da lam per jumpaan yang dianjurkan DAP Cawangan Sook pada 16 April 2016 di salah sebuah kediaman ahli di sini.

P e t i k a n d a r i p a d a s u r a t i t u menyatakan: “Untuk makluman, kepada penduduk Kg. Sinua yang ada memohon E-Kasih sudah pun diluluskan oleh kerajaan dan mereka yang sudah mendapat rumah PPRT diingatkan agar tidak menghadirkan diri dalam perhimpunan tersebut kerana pemimpin masyarakat akan menyenaraikan nama anda dalam senarai nama yang menentang kerajaan dan menyokong pembangkang.”

Menyifatkan ada pihak yang semakin tertekan dan takut, Pengerusi DAP

Sabah, Stephen Wong Tien Fat, berkata DAP sama sekali tidak akan mengalah dengan segala cabaran dan ancaman yang dikenakan terhadap ahli dan penyokongnya.

“Ini manifestasi terdesak sesetengah pihak yang tidak senang dan berasa takut dengan gerak ker ja DAP di kawasan pedalaman. Ia jelas bercanggah dengan semangat demokras i dan kebebasan rakyat untuk berpersatuan yang terkandung dalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.

“Kita tidak akan mengalah dengan ugutan ini dan kita akan teruskan usaha kita memberi khidmat dan mengetengahkan segala masalah rakyat di pedalaman khususnya isu kemudahan asas dan sebagainya,” tegas Stephen

ketika dihubungi The Rocket Edisi BM.Melahir rasa kecewa dan terkejutnya,

Pengerusi Protem DAP Sook, Clare Simbat Taunek, pula menyatakan ugutan sedemikian bersifat menghalang penduduk kampung untuk terlibat dalam proses demokrasi.

“Jika per jumpaan dengan ahli-ah l i par t i pun d i la rang, apa lag i menyokong atau mengundi. Ini mampu memudaratkan s i s tem demokras i berperlembagaan kita.

“Surat itu secara jelas mengugut p e n d u d u k - p e n d u d u k k a m p u n g, melanggar hak-hak demokratik dan kebebasan untuk menyertai politik demokratik, memberi dan menerima maklumat kepada dan daripada ahli-ahli politik, secara am dan khususnya

berkaitan dengan parti DAP,” ujar beliau kepada The Rocket Edisi BM.

S e l a i n i t u , C l a r e b e r k a t a tindakan Junas mengugut penduduk menggunakan skim dan peruntukan kerajaan seperti E-Kasih dan perumahan PPRT jelas merupakan salah guna kuasa.

Di penghujung surat i tu Junas menyatakan beliau ‘yang menurut perintah’ dan ini juga jelas bermakna beliau tidak bertindak sendirian.

“ Jad i k i t a mohon p ihak po l i s menyiasat siapakah yang memberikan ‘perintah’ untuk melarang penduduk kampung dari menghadiri aktiviti parti ini,” ujar beliau.

Penyelaras DAP Parlimen Pensiangan, Adrian Lasimbang, berpandangan tindakan memainkan polit ik ugut sebegini akan berlanjutan terutamanya menjelang pilihanraya umum akan datang.

“Apalagi jika pihak lawan melihat sokongan terhadap DAP semakin meningkat seperti apa yang kita lihat dalam lawatan DAP Sabah di pedalaman Pensiangan. Sambutannya amat baik dan penduduk kampung juga tidak segan atau takut untuk turut serta memeriahkan program kita.

“Penduduk kampung yang terpinggir ini sudah terlalu lama tidak melihat ada pilihan yang memberi ‘harapan’. Bila kita dating, ia beri semangat baru dan memberi mereka lebih pilihan untuk memilih pemimpin baru, lebih-lebih lagi yang di kalangan orang muda,” kata beliau.

Penduduk pedalaman Sabah diugut tarik bantuan jika hadir program DAP

“Walaupun Sabah merupakan salah satu punca pendapatan

Persekutuan dengan hasil bumi seperti minyak dan sebagainya,

pembangunan di sini amat perlahan berbanding negeri-

negeri di Semenanjung.”

— Stephen Wong Tien Fatt (Pengerusi DAP Sabah)

BERITA

Page 15: 2 | – Larang rakyat ke luar negara, kerajaan - roketkini.com BM_JUNJULAI... · diesel dengan harga sebenar yang mula dikutip sejak tahun 2014. Sehubungan itu, Penolong Setiausaha

JUN–JULAI 2016 | 15

Oleh FATIH HASSAN NORDIN

IPOH: Di kala rakyat menuntut ketelusan, kerajaan UMNO-B a r i s a n N a s i o n a l Pe r a k mengambil langkah mundur dengan membuat keputusan bahawa anggota Exco negeri tidak perlu mengisytiharkan h a r t a k e p a d a D e w a n Undangan Negeri (DUN).

Sehubungan itu, Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming, mahu kerajaan negeri Perak meminda keputusan Exco pada 29 Februari 2012 itu bagi membolehkan pimpinan negeri membuktikan ketelusan d a n k e j u j u r a n m e l a l u i pengisytiharaan harta mereka kepada rakyat melalui DUN Perak.

“ K e r a j a a n n e g e r i j ug a d i kehendak i supaya meminta nasihat dari SPRM (Suruhanjaya Pencegahan

Rasuah Malaysia) untuk garis panduan pengisytiharan harta supaya ia dapat memenuhi hasrat rakyat untuk melihat sebuah kerajaan yang bersih dan penuh bertanggungjawab,” katanya dalam satu kenyataan.

M e n y i f a t k a n a m a l a n kerajaan UMNO-BN pada masa ini sebagai melanggar p r i n s i p k e t e l u s a n d a n akauntabiliti, Kor Ming yang juga Ahli Parlimen Taiping s e r t a A d u n K e p a y a n g ,

m e n j e l a s k a n k e p u t u s a n kerajaan negeri pada 2012 itu menetapkan ahli Exco Perak hanya perlu mengisytiharkan harta kepada Menteri Besar, tanpa perlu diketahui oleh rakyat.

Tidak cukup dengan itu, katanya, keputusan tersebut juga membolehkan Menteri Besar mendapat keistimewaan d e n g a n t i d a k p e r l u mengisytiharkan harta kepada sesiapa pun.

“Ke pu tu san i tu s ang at mengecewakan kerana ia jelas bercanggah dengan prinsip ketelusan dan akauntabiliti pentadbiran kerajaan yang bersih.

“Amalan sedemikian tidak membantu dalam mengatasi isu seperti ‘derma’ RM2.6 bilion daripada berulang pada masa depan kerana ketiadaan ketelusan dalam aspek harta benda barisan Exco,” katanya.

M e n g u l a s l a n j u t , Ko r Ming berkata, kerajaan negeri Perak gagal mengikut jejak langkah kerajaan Pakatan Harapan di Pulau Pinang dan Selangor yang menuntut setiap Ketua Menteri atau Menteri Besar serta Exco untuk mengisytiharkan harta kepada umum.

“ P e r l u d i p e r h a t i k a n kerajaan negeri Pulau Pinang di bawah Pakatan Harapan

t e l a h m e n u n t u t K e t u a Menteri dan barisan Exconya mengisytiharkan harta mereka secara terbuka dan diaudit oleh akauntan bertauliah sejak tahun 2010.

“Selain itu, kerajaan negeri Selangor juga mengkehendaki pimpinan kerajaan negeri mengisytiharkan harta mereka di laman web rasmi kerajaan Negeri.

“A m at k e c e w a a p a b i l a kerajaan Negeri Perak telah gagal mencontohi teladan baik negeri pimpinan di bawah Pakatan Harapan,” ujarnya.

Malah , be l iau berkata , k e r a j a a n n e g e r i Pa h a n g pimpinan UMNO-BN kini sudah bersedia untuk berdepan dengan rakyat, seperti yang di laporkan media, apabila mengemukakan cadangan untuk mengambil langkah yang sama pada tahun ini.

Menteri Besar, Exco Perak diminta isytihar harta kepada rakyat melalui DUN

SENAI: Kesesakan lalu l intas d i p intu Tambak Johor dan Linkedua tidak akan mampu diselesaikan untuk jangka masa panjang jika Jabatan Imigresen J o h o r h a n y a m e n g a m b i l satu langkah, ia i tu sekadar memast ikan semua pegawai bertugas pada waktu puncak sahaja.

DA P Jo h o r b e r p e n d a p a t masalah itu yang membebankan pengguna, khususnya rakyat Jo h o r, d a p a t d i s e l e s a i k a n secara kese luruhan mela lu i tujuh langkah segera, termasuk melebarkan Tambak Johor serta membina walkalator/travellator ( p e j a l a n k a k i a u t o m a t i k ) berbumbung.

Setiausaha Publisiti DAP Johor, Wong Shu Qi, berkata Jabatan Imigresen Johor mempunyai

2,016 anggota di seluruh negeri, dan hampir 90 peratus atau 1,781 anggota telah dibekukan cut i mereka memandangkan kesesakan lalulintas yang teruk di dua pintu masuk imigresen tersebut.

“Dengan i tu, j ika sekadar memastikan pegawai bertugas di waktu puncak sahaja, ia cuma boleh menyelesaikan masalah kesesakan lalulintas untuk jangka masa pendek kerana cuti mereka tidak boleh dibekukan selama-lamanya,” katanya dalam satu kenyataan media.

Selain cadangan agar Tambak Johor dilebarkan dan membina walkator/travellator berbumbung, DAP turut mencadangkan agar kerajaan negeri:

• Menurunkan kadar tol lori di pintu masuk Gelang

Patah bagi menggalakkan lebih banyak syarikat logistik menggunakan Linkedua

• Meninjau reka bentuk Bangunan KIK Johor Bahru

• Berunding secara serius dengan pihak Singapura untuk memudahkan proses di pintu masuk sedia ada

• Membentangkan Pelan Induk Pengangkutan Awam Negeri Johor yang akan siap pada tahun ini dalam dewan negeri agar ia boleh dibahas dan diperbaiki sebelum dilaksanakan

• Menubuhkan satu jawatankuasa pengangkutan bi-partisan agar dasar-dasar pengangkutan boleh dirunding dengan lebih terperinci oleh Adun

• Menawarkan perkhidmatan Bas Muafakat dalam seluruh wilayah di negeri Johor

S h u Q i ya n g j u g a A d u n Senai berkata, perkhidmatan Bas Muafakat sedia ada cuma ditawarkan oleh empat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang terletak dalam Wilayah Iskandar, justeru ia tidak mencukupi dan m e n g a b a i k a n p e n d u d u k d i kawasan lain.

“Perbadanan Pengangkutan A w a m J o h o r s e h a r u s n y a melancarkan perkhidmatan ini di daerah lain secepat mungkin agar ia dapat memberi lebih banyak manfaat kepada seluruh rakyat Johor,” katanya.

DAP cadang tujuh langkah selesaikan masalah kesesakan Tambak Johor, Linkedua

Dialog dua hala polis-rakyat mampu kurangkan jenayah KUANTAN: Dialog dua hala di antara polis dan rakyat perlu diadakan dari semasa ke semasa bagi mencapai langkah pencegahan jenayah terbaik serta dilaksanakan oleh kedua-dua pihak untuk keselamatan awam di Pahang.

Mengutarakan cadangan itu di sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang pada 19 Mei lalu, Adun Ketari, Lee Chin Chen, berkata langkah itu juga akan memastikan rakyat dimaklumkan dengan taktik dan kawasan sasaran penjenayah supaya mereka lebih berhati-hati.

“Kes jenayah, terutama kes pecah rumah semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini. Ia menimbulkan rasa takut dalam kalangan rakyat sehingga mampu menjejaskan kehidupan seharian mereka.

“Sebagai contoh, di Bentong, sekurang-kurangnya 10 kes kecurian dan pecah rumah berlaku dalam masa satu minggu. Anggaran kerugian mangsa pula mencecah RM50 ribu ringgit.

“Isu keselamatan yang semakin serius ini juga telah menyebabkan penduduk Bentong hidup dalam kebimbangan kerana khuatir menjadi mangsa yang seterusnya,” katanya semasa membahas usul menjunjung kasih ke atas titah ucapan Sultan Pahang di DUN Pahang, kelmarin.

Sehubungan itu, Chin Chen yang juga Setiausaha DAP Pahang berpendapat kerajaan negeri Pahang perlu menambah bilangan anggota polis di kawasan sasaran penjenayah, termasuk Bentong, bagi membanteras kes jenayah yang semakin menjadi-jadi itu.

“Ia penting untuk memastikan bahawa terdapat pegawai polis yang akan meronda mengikut jadual masa yang ditetapkan supaya kadar jenayah, terutama kes kecurian dan pecah rumah dapat dikurangkan,” katanya.

Walaupun kadar jenayah didapati menurun sejak 2009, kes kecurian dan pecah rumah di negeri Pahang masih mencecah angka beribu, justeru menekankan betapa pentingnya kerjasama antara polis dengan penduduk di kawasan sasaran penjenayah bagi mencegahnya.

BERITA

Page 16: 2 | – Larang rakyat ke luar negara, kerajaan - roketkini.com BM_JUNJULAI... · diesel dengan harga sebenar yang mula dikutip sejak tahun 2014. Sehubungan itu, Penolong Setiausaha

16 | JUN–JULAI 2016

GEORGETOWN: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan a t a u B o nu s R aya s e b a nya k t i g a perempat bulan gaji kepada 1,486 anggota perkhidmatan awam negeri, dengan minimum RM700 seorang.

Berucap ketika sesi penggulungan di Dewan Undangan Negeri di sini pada 21 Mei lalu, beliau berkata, bonus berkenaan diberikan demi menghargai sumbangan dan tanda penghargaan ke ra jaan neger i ke pada ang go ta perkhidmatan awam negeri.

“Ia juga mengambil kira kos inflasi dan peningkatan kos hidup yang begitu

ketara kerana pelaksanaan GST (Cukai Barangan dan Perkhidmatan),” katanya.

Bel iau yang juga Ahli Parl imen Bagan berkata, bonus itu dinaikkan satu perempat , ia i tu menjadikan bayarannya tiga perempat bulan gaji berbanding setengah bulan gaji seperti yang diterima anggota awam negeri pada tahun lalu.

Keseluruhan perbelanjaan pemberian Bantuan Khas Kewangan atau Bonus Raya berkenaan dianggarkan berjumlah RM7.95 juta, dan akan dibayar kepada pihak yang terlibat sebelum sambutan Aidilfitri akan datang.

Kakitangan awam Pulau Pinang dapat bonus Hari Raya tiga perempat gaji atau minimum RM700

GEORGETOWN: Sebanyak 1,037 keluarga Melayu di Pulau Pinang telah menerima bantuan program Agenda Ekonomi Saksama (AES). Mereka mewakili 83 peratus jumlah kese luruhan pener ima bantuan yang dikelolakan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang sejak 2009.

Daripada jumlah keseluruhan 1,244 ke luarga, bantuan untuk kaum India diberikan kepada 123 keluarga (9.89 peratus), kaum Cina 82 (6.60 peratus), dan 2 penerima etnik lain (0.16 peratus).

Menurut perangkaan terbaru Mac lalu, kerajaan negeri telah membelanjakan RM 17. 7 juta untuk program AES.

Sehubungan itu, Pegawai Penyelaras AES Negeri & Tugas-Tugas Khas Pejabat Ketua Menteri, Ab Wahab Long, kesal dengan tindakan ADUN Penanti, Dr Norlela Ariffin, yang telah membangkitkan masalah kemiskinan di media arus perdana milik Barisan Nasional dengan menyalahkan kerajaan negeri Pulau Pinang.

“Kenapa harus mengeluarkan kenyataan melalui media arus perdana milik BN yang sengaja mencari pasal dan memburukkan kerajaan negeri yang sedang berusaha sebaik mungkin bagi menghapuskan dan mengurus kemiskinan di Pulau Pinang?

“Dr Norlela Ariffin harus menjalankan tanggungjawabnya membantu kerajaan negeri mendaftarkan lebih ramai keluarga miskin untuk menyertai program AES. Sehingga sekarang beliau tidak pernah merujuk kes-kes keluarga miskin kepada saya dan hanya cari publisiti di suratkhabar dengan dakwaan yang tidak berasas.

“Adalah dikesali bahawa sungguhpun beberapa taklimat AES telahpun dijalankan di kawasannya, jumlah peserta AES di sana masih kurang memuaskan berbanding dengan Seberang Perai Utara,” katanya dalam satu kenyataan media, 27 April lalu.

Tambah beliau, pecahan penerima AES mengikut daerah adalah 642 di kawasan Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah (SPT) 191, Seberang Perai Selatan 150, Daerah Barat-Daya 175 dan Daerah Timur-Laut 86.

Katanya, SPT sepatutnya mencatatkan jumlah penerima AES yang lebih besar tetapi kawasan DUN Penanti hanya mempunyai 48 penerima AES.

Be l iau menje la skan, prog ram AES merupakan inisiatif membasmi kemiskinan di kalangan keluarga miskin tegar bagi menjamin setiap keluarga memperolehi pendapatan sekurang-kurangnya RM790 sebulan.

Sekiranya pendapatan yang diperolehi oleh sesuatu keluarga kurang daripada RM790 sebulan, maka kerajaan negeri akan “top-up” atau tambah nilai perbezaannya setiap bulan sehingga ia genap RM790.

C o n t o h nya s e bu a h k e l u a rg a ya n g memperolehi RM550 sebulan, maka kerajaan negeri akan “top-up” RM240 setiap bulan kepada keluarga itu.

Ab Wahab menegaskan, Dr Norlela telah pun diberi penerangan terperinci tentang matlamat AES, cara-cara permohonan serta kriteria kelayakan bagi semua bantuan, terutama bantuan AES.

Malah, katanya, dalam majlis taklimat tersebut yang telah diadakan pada 18 Mac lalu pada jam 8.30 malam di Pusat An-Nahdoh, Penanti, lebih dari 40 orang hadir, termasuk Dr Norlela sendiri.

“Dialog soal jawab berlangsung hingga jam 12 tengah malam yang turut dihadiri pegawai UPEN, Encik Husaini, Pengurus Besar Zakat PP, Dr Azman, Pegawai JKM Encik Tantawi dan penghulu Fuad,” tambah beliau.

Selain itu, ujarnya, Dr Norlela juga hadir pada mesyuarat jawatankuasa kemiskinan peringkat daerah di Seberang Perai Tengah (SPT) pada 22 Februari la lu di mana penghulu-penghulu kawasan membentangkan kes-kes kemiskinan bagi semua DUN dalam SPT.

“Sepatutnya, jika ada kes-kes tertentu, semua pihak bersedia membantu serta turun padang bagi mempercepatkan siasatan serta memberi bantuan dengan segera.

“Saya sebagai Pegawai Penyelaras AES Pulau Pinang merasa kesal dengan tindakan YB Dr Norlela yang telah pun mempunyai nombor t e l e fon pe r ibad i s aya t i dak memaklumkan kepada saya mengenai kes-kes kemiskinan yang beliau maksudkan dalam suratkhabar.

“Saya kurang faham mengapa kes-kes keluarga miskin ini tidak diajukan kepada saya serta jentera kerajaan yang lain untuk menggemblengkan usaha dan tenaga untuk memberi bantuan,” katanya.

Program AES Pulau Pinang semakin berjaya basmi kemiskinan

G E O R G E T O W N : S e l e p a s terbengkalai selama 30 tahun, kerajaan Pakatan Harapan Pu lau P inang meng ambi l inisiatif memulihkan semula p ro j e k Pa s a r Aw a m Paya Terubong dengan kos RM7 j u t a b e r s a m a c a d a n g a n pembangunan baru , i a i tu perumahan mampu milik.

Pasar awam itu merupakan s a l a h s a t u k o m p o n e n pembangunan utama yang akan disiapkan terlebih dahulu selewat-lewatnya hujung tahun depan.

Berucap dalam majlis pecah tanah projek terbengkala i Pasar Awam Paya Terubong dekat sini pada 14 Mei lalu, Ketua Menteri Pulau Pinang, L i m G u a n E n g , b e r k a t a kerajaan negeri berharap dapat memenuhi permintaan tinggi bagi perumahan di Daerah Timur Laut serta menyediakan kompleks penjaja dan pasar awam yang lebih ter susun dan selesa, selain penyediaan kemudahan awam seperti pusat komuniti.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih berkata, selain pasar awam yang bakal siap akhir tahun depan, kese luruhan k o m p o n e n p e m b a n g u n a n untuk projek itu dijangka siap sepenuhnya pada hujung 2019.

“Pada ket ika ini projek pasar awam akan dimulakan memandangkan ke lu lusan C o m m e n c e m e n t o f Wo rk daripada MBPP te lah pun diperolehi pada 12 April 2016.

“ M a n a k a l a , b a g i pelaksanaan projek perumahan m a m p u m i l i k d a n u n i t k o m e r s i l , i a nya m a s i h d i per ingkat ke lu lusan Pe lan

Merancang MBPP,” katanya.Tambah beliau, kerajaan

negeri juga telah meringankan b e b a n p e m a j u d e n g a n m e n g u r a n g k a n b a y a r a n caruman serta premium yang harus dibayar kepada kerajaan negeri dan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP).

B a g i t u j u a n i t u , s a t u perjanjian usahasama antara Ke r a j a a n N e g e r i d e n g a n Patsifit Construction Sdn. Bhd. te lah ditandatangani pada 7 September 2015 supaya pembangunan dapat dimulakan pertengahan tahun ini.

Pembangunan semula projek terbengkalai Paya Terubong ini bakal melibatkan pembinaan 60 unit meliputi dua blok kedai pejabat dua tingkat di atas Lot 8824 dan 8825; satu blok empat tingkat pasar, kompleks penjaja dan pusat komuniti di atas Lot 8826, satu blok bangunan 205 unit rumah mampu milik di atas Lot 11511.

Cadangan pembangunan berkeluasan 41.1 ekar di Paya Terubong ini telah dimulakan pada tahun 1987 oleh Syarikat Bina Nusa Sdn. Bhd., tetapi sebahagian projek terpaksa dihentikan apabila syarikat itu muflis.

“Sekali lagi kerajaan negeri ber jaya memenuhi aspirasi rakyat, iaitu menyelesaikan m a s a l a h 3 0 t a h u n d e m i manfaat rakyat Pulau Pinang.

“Dengan terbinanya pasar awam ini, diharapkan satu lagi kemudahan rakyat dapat disediakan dan akan memberi m a n f a a t k e p a d a s e l u r u h rakyat Pulau Pinang amnya dan penduduk di sekitar Paya Terubong khususnya,” kata Guan Eng.

Pulau Pinang siapkan pasar awam terbengkalai 30 tahun, tambah rumah mampu milik

BERITA

Page 17: 2 | – Larang rakyat ke luar negara, kerajaan - roketkini.com BM_JUNJULAI... · diesel dengan harga sebenar yang mula dikutip sejak tahun 2014. Sehubungan itu, Penolong Setiausaha

JUN–JULAI 2016 | 17

Oleh FATIH HASSAN NORDIN

MENTAKAB: Sungai Pahang, sebuah sungai terpanjang di Semenanjung Malaysia, kini mengalami ancaman kering dan cetek ekoran sikap rakus syarikat pembalak, ditambah pula dengan sikap sambil lewa kera jaan UMNO-Bar i san Nasional Pahang terhadap isu tersebut.

Hasil daripada penerokaan h u t a n t a n p a k a w a l a n d i U lu Tembe l ing, menuru t laporan agensi berita nasional Bernama, salah sebuah anak sungai utama Sungai Pahang,

i a i t u S u n g a i Te m b e l i n g, hampir musnah, malah hampir k o n t a n g b e r i k u t a n s i k a p tidak peduli kerajaan negeri terhadap khazanah negara berkenaan.

Malah, menurut Pensyarah Kanan Pusat Bahasa Moden d a n S a i n s Ke m a n u s i a a n Universiti Malaysia Pahang Dr. Hasmadi Hassan yang dipetik Ber nama berkata, akt iv i t i pembuangan sisa sampah ke sungai juga mengakibatkan sungai tercemar dan menjadi semakin cetek.

M e m b a n g k i t k a n kebimbangan terhadap isu

yang menjadi nadi kehidupan p e n d u d u k d i s i n i , N a i b Pengerusi DAP Pahang, Tengku Z u l p u r i S h a h R a j a P u j i , berkata kerajaan negeri harus menjawab dan menyelesaikan isu terbabit dengan tuntas dan dengan perancangan yang komprehensif.

“Kera jaan neger i t idak boleh ber i a lasan bahawa kawasan hu tan d i neger i Pahang adalah besar, dan disebabkan itu, kerajaan negeri terlepas pandang. Ia sebuah alasan yang dangkal dan tidak bertanggungjawab.

“ Ta k k a n t i d a k c u k u p

kakitangan untuk memantau?” katanya kepada Roketkini.com sambil menambah isu berkenaan tidak akan dapat d iata s i dengan sempur na j ika set iap pihak berkuasa yang bertanggungjawab tidak m e m a i n k a n p e r a n a n n y a dengan baik.

Bagaimanapun, Tengku Z u l p u r i ya n g j u g a A d u n Mentakab turu t menegur sikap masyarakat yang tidak mempedulikan kebers ihan sungai dengan membuang sewenang-wenangnya sampah sarap ke sungai , sekal igus mengakibatkan sungai menjadi kotor dan cetek.

“Semuanya t idak harus diletakkan di bahu kerajaan negeri sahaja, sikap rakyat juga memainkan peranan yang penting jika kita ingin lihat masalah seumpama itu dapat diatasi dengan baik dan secara berterusan,” tambahnya.

Beliau turut mempersoalkan j ika wujud ‘tangan-tangan g h a i b ’ y a n g ‘ m e n g a w a l ’ aktiviti pembalakan berkenaan s e h i n g g a k e g i a t a n i t u ber terusan tanpa campur tangan dan t indakan oleh pihak berkuasa negeri.

“Adakah wujud ancaman dari pihak kongsi gelap dalam hal ini?” soalnya.

Sungai Pahang makin kering dan cetek, DAP gesa kerajaan tindak segera

Oleh HAFIZ ZAINUDDIN

KUANTAN: DAP menggesa kerajaan negeri Pahang menyiasat segera aduan perlombongan emas secara haram yang didakwa berlaku dalam Hutan Simpan Lakum, Kuala Gandah dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Lanchang.

Ke tua Pe m ban gkang, Teng k u Zulpuri Shah, yang membuat gesaan i tu sewaktu per s idangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang di sini mendedahkan bahawa berdasarkan lawatan beliau ke lokasi berkenaan, terdapat banyak lubang yang telah dikorek selain saluran paip dan struktur yang dibina daripada kayu.

Beliau meminta kerajaan negeri m e n j e l a s k a n s a m a a d a i a t e l a h mengeluarkan lesen perlombongan emas d i kawasan Hutan S impan Lakum yang berhampiran dengan kawasan perlindungan gajah di Kuala Gandah.

Menurut Adun Mentakab itu, isu tersebut diketahui setelah menerima aduan dari masyarakat Orang Asal berdekatan yang tidak selesa dengan aktiviti lori keluar masuk kampung m e r e k a m e m b a w a t a n a h y a n g dipercayai mengandungi emas selain

menyebabkan kerosakan jalan.“Untuk mengelakkan sebarang

andaian dan f i tnah, pada 11 Mei baru-baru ini kami telah pergi secara mengejut ke lokasi berkenaan tetapi

kedatangan kami mungkin telah dihidu pihak terbabit. Tiada sebarang aktiviti atau orang bekerja semasa kami tiba,” jelas Tengku Zulpuri.

Be l iau berkata , j i ka seka l ipun

kawasan tersebut memiliki emas yang banyak dan kerajaan negeri ingin memajukannya, ia perlulah dilihat dari pelbagai sudut dan kajian demi kepentingan seluruh rakyat Pahang dan generasi akan datang.

“Perlulah jaga alam sekitar dan punca rezeki serta penempatan Orang Asal. Ambil kira kaedah perlombongan yang selamat, jangan gunakan sianida,” ujarnya.

Ju s t e r u , b e l i a u m a h u s u p a y a perkara ini disiasat segera supaya perlombongan emas haram itu tidak merebak sepert i i su bauksi t yang menjadi bencana besar kepada rakyat di Kuantan sebelum ini.

Sebe lum in i , Tengku Zu lpur i t e l a h b e b e r a p a k a l i m e n e g u r k e r a j a a n Pa h a n g d a n Ke r a j a a n Persekutuan yang culas menjalankan tanggungjawab walaupun berkuasa untuk menghentikan perlombongan bauksit di negeri itu

S e d a n g k a n , k a t a n y a , p i h a k pembangkang, badan bukan kerajaan (NGO) dan rakyat sudah membuat aduan kepada Jabatan Alam Sekitar dan polis, selain membangkitkan isu bauksit yang mencemar alam sekitar pada sidang DUN Pahang.

Selepas lombong bauksit cemar alam sekitar, Pahang hadapi lombong emas haram pula

“Kerajaan negeri tidak boleh beri alasan bahawa kawasan hutan di negeri Pahang adalah besar, dan disebabkan itu, kerajaan negeri terlepas pandang. Ia sebuah alasan yang dangkal

dan tidak bertanggungjawab.”

— Tengku Zulpuri Shah Raja Puji (Naib Pengerusi DAP Pahang)

BERITA

Page 18: 2 | – Larang rakyat ke luar negara, kerajaan - roketkini.com BM_JUNJULAI... · diesel dengan harga sebenar yang mula dikutip sejak tahun 2014. Sehubungan itu, Penolong Setiausaha

18 | JUN–JULAI 2016

Be rd a s a rk a n s t a t i s t i k kerajaan terkini, kadar kemiskinan di Malaysia

hanya tinggal 0.6 peratus. Johor mencatatkan prestasi

pembasmian kemiskinan yang pal ing cemerlang, dengan hanya tinggal dua ratus (200) isi rumah sahaja yang berada di bawah kadar garis kemiskinan, i a i tu pendapatan kurang daripada RM930 sebulan. Dari statistik rasmi kerajaan ini, memang isu kemiskinan rakyat nampaknya bukan lagi isu yang membimbangkan.

N a m u n d e m i k i a n , pengalaman saya berkhidmat

di kawasan DUN Mengkibol, Kluang sejak 2013 memberi gambaran realiti yang berbeza. Hampir setiap minggu ada orang awam yang datang ke pejabat saya meminta wang untuk membel i makanan. M e r e k a m e n g e l u h a k a n keadaan ekonomi yang amat meruns ingkan, khususnya selepas pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sejak April 2015. Saya

mendapat i bahawa ramai antara golongan ini terjerumus dalam kesempitan hidup selepas dit impa perist iwa ataupun kemalangan di luar jangkaan. Bantuan ekonomi dan sokongan sosial dari segi jangka masa pendek amat mustahak untuk mereka.

Sebagai contoh, pada bulan lepas saya mendapat i ada sepasang ayah dan anak yang kelaparan selepas ayah yang bekerja sebagai tukang rumah ditimpa kemalangan jalan raya dan hilang sumber pendapatan. Anak perempuan tersebut, 15 tahun, terpaksa berhenti sekolah untuk menjaga bapanya yang cedera. Pasangan ayah dan anak ini tinggal dalam sebuah bilik sewa yang sempit di atas rumah kedai. Pejabat saya menghulurkan sedikit bantuan makanan, lalu melegakan sedikit masalah mereka.

Program Food Bank Membantu Rakyat

Sehubungan itu, pejabat saya melancarkan program food bank dengan sasaran memberi b a n t u a n j a n g k a p e n d e k kepada golongan yang tidak berupaya membeli makanan. Kami akan mengumpul beras, minyak masak, susu kotak dan

makanan dalam tin (seboleh-bolehnya makanan tin halal sahaja) dan mengedarkannya kepada ke luarga-ke luarga yang dikenalpasti menghadapi masalah. Saya menggesa mana-mana pihak yang berminat untuk memWIRA3951beri s u m b a n g a n , b o l e h l a h m e n g h u b u n g i p e j a b a t s aya un tuk meng atu rkan penghantaran barang.

Projek ini adalah berasaskan s e m a n g a t k e s u k a re l aw a n (vo lunteer i sm) . Walaupun keadaan ekonomi agak gawat, saya yakin tetap ada individu dan syarikat-syarikat yang sanggup menderma barangan makanan untuk membantu w a r g a l a i n y a n g k u r a n g bernasib baik, tanpa mengira kaum dan agama.

Saya mengambil kesempatan ini juga untuk mengucapkan syabas kepada kakitangan kerajaan dari Jabatan Kebajikan M a s y a r a k a t y a n g t e l a h menghadapi pelbagai cabaran. Permintaan rakyat semakin t inggi, tetapi peruntukkan kerajaan untuk tujuan kebajikan sosial tidak bertambah. Mari kita sama-sama memainkan peranan masing-masing untuk m e m a s t i k a n t i a d a w a rg a Malaysia yang ketinggalan atau dilupakan.

Oleh TAN HONG PIN

*Penu l i s ada lah Peno l ong Setiausaha Publisiti DAPSY Johor

DAP JOHOR LANCAR BANK MAKANAN UNTUK KELUARGA YANG MEMERLUKAN

KLUANG: DAP Johor terpanggil untuk menghulurkan bantuan kepada dua orang beradik di Kampung Bentong Luar dekat sini yang sejak sekian lama terpaksa bergantung kepada sumbangan agensi-agensi kerajaan dan masyarakat tempatan.

Dua orang yang bernasib malang dan berusia emas tersebut ialah Masnah Borhan, 75, dan kakaknya Habibah Borhan, 78.

Masnah mempunyai seorang anak yang merupakan seorang pesara polis berpangkat rendah tetapi anak lelakinya itu pula menghadapi penyakit angin ahmar, sekaligus menambahkan lagi kesusahan yang terpaksa dihadapi keluarga berkenaan.

Simpati atas nasib yang menimpa keluarga terbabit, Penolong Setiausaha Publisiti DAP Johor, Sheikh Omar Ali, bersama-sama para petugas dari Pejabat Ahli Parlimen Kluang telah melakukan lawatan pada awal Mei lepas, malah ia bukanlah lawatan pertama yang dibuat mereka.

“Dua kali musim Ramadhan yang la lu , kami te lah berkunjung dan menyampaikan sedikit sumbangan yang termampu.

“Hasil beberapa kali lawatan, saya mendapati mereka tidak mempunyai masalah kesihatan yang serius kecuali batuk dan kadangkala demam. Namun, sebagai warga emas di usia 70-an,

memanglah keupayaan pergerakan fizikal amat terbatas,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam lawatan lebih tiga jam itu, Sheikh Omar bersama-sama petugas yang lain telah mengambil inisiatif untuk melakukan gotong-royong dengan membantu membersihkan semak samun yang menjalar di kawasan rumah mereka.

“Namun, mas ih ada beberapa masalah yang tidak dapat kami selesaikan sepenuhnya. Bumbung rumah yang bocor, dinding kayu yang tidak lagi kukuh kerana anai-anai dan beberapa masalah lain,” ujar beliau.

R o m b o n g a n DA P i t u t u r u t menyampaikan sumbangan dalam

bentuk barangan makanan mentah kepada adik-beradik berkenaan hasil daripada pemberian masyarakat melalui komuniti “Bank Makanan” di daerah berkenaan.

“Sebag a i ang gota masyarakat dalam skala kecil di daerah Kluang ini, sekalipun kita sebagai rakyat tidak dapat memberikan bantuan yang besar,” katanya.

Atas semangat itu, beliau bersama petugas yang lain berjanji akan terus menziarahi Masnah dan Habibah dari semasa ke semasa bagi memastikan nasib dua beradik berkenaan terbela, lebih-lebih lagi ketika mereka kini sedang berada diambang usia senja.

DAP Johor turun padang bantu warga emas

FOKUS: JOHOR

Page 19: 2 | – Larang rakyat ke luar negara, kerajaan - roketkini.com BM_JUNJULAI... · diesel dengan harga sebenar yang mula dikutip sejak tahun 2014. Sehubungan itu, Penolong Setiausaha

JUN–JULAI 2016 | 19

Menteri Besar Johor berkata Johor Bahru akan menjadi “slum city” j ika dipenuhi

oleh rumah kos rendah adalah satu kenyataan yang tidak bertanggungjawab dan menghina bangsa Johor yang berpendapatan rendah. Jika Amerika Syarikat membina New York menjadi kota metropolitan yang mengangkat falsafah City Of Dreams, nampaknya Johor j ug a mempunya i f a l s a f ah metropolitannya yang tersendiri – Johor Bahru, Metropolis For The Rich.

Kenyataan Menteri Besar bahawa po l i s i perumahan kera jaan har i in i ada lah membenarkan pro jek

perumahan kos tinggi supaya projek ini akan mensubsidikan projek perumahan kos rendah dan sederhana. Ini satu lagi polisi yang terkhilaf. Polisi ini telah mewujudkan kesenjangan harga rumah berlaku bukan sahaja di negeri Johor malah di seluruh negara.

Untuk membina rumah kos rendah atau mampu milik, pemaju terpaksa menanggung kos bahan binaan, kos tanah dan kos pinjaman bank yang lebih tinggi. Jalan penyelesaiannya, pemaju akan membina rumah kos tinggi lebih banyak bagi menampung kerugian dalam pembinaan rumah kos rendah dan mampu milik.

Akibatnya, kesenjangan harga rumah berlaku – pemaju hanya akan membina rumah kos rendah/mampu mi l ik (RM45,000-RM150,000) dan rumah kos tinggi (RM500,000 ke atas). Rumah berharga antara RM 150,001 hingga RM499,000 sangat kurang dibina.

Ini akan menimbulkan masalah

baru apabila isirumah berpendapatan sederhana yang tidak tergolong dalam syara t ke lu lu san rumah mampu milik mengalami kesukaran untuk memiliki rumah dan mereka juga tidak berkemampuan untuk membeli rumah berharga lebih RM500,000.

Akhirnya, daripada polisi yang mahu menyelesaikan masalah perumahan untuk rakyat berpendapatan rendah, kita telah mencipta masalah perumahan untuk rakyat berpendapatan sederhana pula.

S a t u l a g i p e rk a r a d a l a m i s u p e r u m a h a n Jo h o r a d a l a h p o l i s i Kerajaan Negeri yang membenarkan pembinaan rumah-rumah kos tinggi tanpa kawalan. Berdasarkan kepada ar t ike l Bubble On The Hor izon As Demand Falters yang disiarkan oleh Nikkei Asian Review pada 13 Januari 2016, ketika ini berlaku situasi

permintaan yang statik dalam sektor hartanah di Johor Bahru.

Trend ketika ini adalah berlakunya penawaran uni t -un i t pangsapur i premium yang berlebihan daripada pe r min taan d i s ek i t a r I s kandar Malaysia. NAPIC pada bulan Mei 2015 juga mengeluarkan statistik bahawa penawaran rumah mewah yang sedang dibina di Johor Bahru adalah sebanyak 334,838 dimana 142,567 unit sementara terdapat lagi 193,271 unit rumah tinggi yang telah diberikan kelulusan pembinaan tetapi masih belum dibina.

Ini merupakan separuh daripada jumlah sedia ada rumah iaitu 719,421. Ini tidak termasuk projek perumahan mewah di Forest City. Persoalannya, a d a k a h b a n g s a Jo h o r m e m i l i k i kemampuan untuk membel i atau sekadar mampu tengok?

Dengan kerancakan pembinaan rumah mewah tanpa kawalan dan ketidakmampuan rakyat untuk membeli unit rumah tersebut, ia akan mencipta satu keadaan yang dipanggil “Kota Hantu”. Ketika ini, di China terdapat begitu banyak kota hantu.

Memang kota hantu herselerak di seluruh dunia tetapi ia adalah kerana kawasan itu merupakan bekas kawasan perlombongan atau ditinggalkan kerana peperangan atau bencana alam. Tetapi kota hantu di China berlaku akibat dari korupsi dan spekulasi harga hartanah yang melampau.

Polisi pembangunan hartanah di sana – We’ll Built It And We’ll Make Them Come telah bertukar menjadi We’ll Built It And They Didn’t Come kerana walaupun kelompok masyarakat pertengahan muncul dengan banyak tetapi mereka tidak mampu untuk membeli rumah di kawasan tersebut.

S e k i r a n y a K e r a j a a n N e g e r i Johor tidak berhati-hati dalam hal pembangunan hartanah mewah ini, mungkin impian menjadikan Johor Bahru sebaga i Metropo l i s baka l bertukar menjadi Kota Hantu.

Dengan kerancakan pembinaan

rumah mewah tanpa kawalan dan

ketidakmampuan rakyat untuk membeli unit

rumah tersebut, ia akan mencipta

satu keadaan yang dipanggil “Kota Hantu”.

Oleh AHMAD ANWAR ASYRAF

*Penulis adalah Penolong Setiausaha Publisiti DAPSY Johor

JOHOR BAHRU KOTA RAYA UNTUK ORANG KAYA?

FOKUS: JOHOR JUN/JULAI 2016 | 19

Page 20: 2 | – Larang rakyat ke luar negara, kerajaan - roketkini.com BM_JUNJULAI... · diesel dengan harga sebenar yang mula dikutip sejak tahun 2014. Sehubungan itu, Penolong Setiausaha

20 | JUN–JULAI 2016

Masa depan telah tiba, dan kita sedang mengalaminya. Sekiranya anda seperti saya

dan membesar pada zaman trilogi Back to the Future, maka tahun ini seharusnya menjadi masa kita menyaksikan kemunculan papan layang (hoverboard) dan kereta yang mampu terbang. Walaupun belum menjadi kenyataan (lagi), kita telah mencapai banyak kemajuan teknologi lain yang tidak mungkin kita bayangkan 20 tahun lalu.

Zaman eksponensial

Kita kini hidup dalam zaman yang t idak pernah disaksikan, di mana perkembangan tidak lagi berlaku secara linear tetapi secara eksponen. Dalam abad ke-20 sahaja, penduduk dunia meningkat daripada 1.65 bilion kepada enam bilion orang. Sekarang, setelah hanya 15 tahun dalam abad ke-21, populasi dunia sudah berjumlah lebih daripada tujuh bilion.

Persekitaran di sekeliling kita, baik alam bina, semula jadi atau sosial, juga telah berubah dengan pesat melalui proses urbanisasi yang kian merebak. Sepanjang sebahagian besar sejarah, manusia lazimnya hidup di luar bandar, bergantung kepada pertanian dan memburu untuk terus hidup. Pada tahun 1800, hanya tiga peratus daripada penduduk dunia tinggal di kawasan bandar. Seratus tahun kemudian, ia meningkat kepada kira-kira 14 peratus, dengan hanya 12 bandar yang mempunyai lebih daripada sejuta penduduk. Pada tahun 1950, angka itu menjadi dua kali ganda. Hari ini, buat kali pertama dalam sejarah, lebih separuh – atau tepatnya 54 peratus – daripada penduduk dunia kini tinggal di kawasan bandar.

U r b a n i s a s i s e d a n g b e r l a k u dengan lebih pesat di negara-negara membangun, khususnya di Asia dan Afr ika . Di Malays ia , Rancangan Fizikal Negara menjangkakan bahawa populasi bandar akan mencecah 75 peratus menjelang 2020. Dan seperti kebanyakan negara membangun yang lain, Malaysia juga mempunyai populasi muda yang besar, dengan lebih dua pertiga di bawah umur 40 tahun. Ini adalah satu dinamik penting yang mempunyai kesan besar kepada pembangunan negara.

Sejajar dengan evolusi manusia, teknologi juga te lah berkembang pada kadar eksponen. Hukum Moore, sebagai contoh, menjangkakan kuasa komputer akan berganda setiap dua tahun. Perkara ini sememangnya telah dibuktikan dalam beberapa dekad yang lepas, walaupun kini ia diakatan telah mencapai tahap tepu.

Apapun, t idak dapat dinaf ikan bahawa teknologi telah berkembang dengan pesat. Bayangkan mikrocip dalam kad ucapan yang memainkan muzik apabila dibuka mempunyai kuasa pengkomputeran yang mengatasi keseluruhan Tentera Berikat pada tahun 1945. Telefon mudah alih kita hari ini pula mengandungi teknologi jauh lebih

tinggi daripada apa yang digunakan oleh NASA pada tahun 1969 – iaitu teknologi yang meletakkan manusia di bulan. Malah, kuasa pengkomputeran Playstat ion terkini jauh melebihi komputer super tentera pada tahun 1997, iaitu kurang 20 tahun yang lalu.

Ekonomi baru

Zaman teknologi kini sudah tentu m e nye b a b k a n p e r u b a h a n b e s a r terhadap cara ekonomi berfungsi. Terdapat pelbagai peluang pekejaan baru yang tidak pernah wujud sebelum ini, yakni pemaju aplikasi, pentadbir media sosial dan juga cybertrooper. Pada masa yang sama, kita juga tidak pernah menyaksikan begitu banyak peluang keusahawanan yang boleh dicapai dengan mudahnya.

A m b i l s e b a g a i c o n t o h M a r k Zuckerberg dan empayar Facebook beliau yang bermula 11 tahun lalu sebagai alat kajian sosial universiti. Hari ini, ia mempunyai modal pasaran sebanyak lebih daripada USD300 billion serta lebih daripada satu bilion pengguna aktif.

Perkhidmatan lain yang berkembang pesat ada lah ap l ikas i WhatsA pp yang saya pasti terkandung dalam smartphone kita semua. Dibangunkan tidak lama dahulu pada tahun 2009 oleh dua pemaju peris ian, ia kini aplikasi mesej paling popular di dunia dengan pangkalan pengguna sehingga 900 juta, dan telah dibeli oleh Facebook pada tahun lepas pada harga sebanyak USD16 bilion.

Kejayaan Mark Zuckerberg, dua orang pengasas Whatsapp, serta Jack Ma dari Alibaba.com, iaitu portal e-dagang China yang kini bernilai kira-kira USD145 bilion, ekonomi baru ini telah melahirkan kekayaan yang terdahulunya tidak dapat dicapai

da lam jangka masa yang beg i tu pendek. Sebelum ini, ia mengambil masa panjang untuk mencapai tahap b i l iona ire seper t i ta ikun minyak dan pengusaha industri abad ke-20. Jutawan teknologi abad ke-21 secara relatifnya muncul dengan pantas.

Menurut Wealth-X dan bancian UBS B i l l i ona i re 2014 , b i l ang an bilionair kian meningkat. Pada tahun 2013, terdapat 2,170 bilionair. Dalam masa setahun, bilangan ini meningkat sebanyak tujuh peratus kepada 2,325, dengan nilai kolektif sebanyak USD7.3 tr i l l ion – hampir separuh KDNK tahunan Amerika Syarikat.

Menariknya, ekonomi baru ini juga telah mengubah dinamik kekayaan global. Laporan Bil l ionaires 2015 oleh UBS dan PwC, sebagai contoh, m e n y a t a k a n b a h a w a A s i a k i n i menghasilkan lebih ramai bilionair baru berbanding Eropah, dan kedua selepas Amerika Syarikat. Malah, l aporan yang sama meneg askan

bahawa bilionair baru akan muncul setiap minggu di China.

Perubahan sosial dan politik

Dunia baru dengan perubahan eksponen ini bukan sahaja membawa khabar gembira. Bersamanya juga muncu l pe lbaga i cabaran besar. U r b a n i s a s i d a n p e r t u m b u h a n p e n d u d u k y a n g p e s a t t e l a h menyebabkan masalah keselamatan m a k a n a n ya n g s e r i u s . M e nu r u t Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, kira-kira 842 juta atau lebih daripada 10 peratus daripada dunia sedang mengalami kelaparan kronik.

S e l a i n i t u , d u n i a k i n i t u r u t m e n g h a d a p i k r i s i s k e s e n j a n g a n yang tidak pernah dialami sebelum ini . Pada awal tahun in i , Oxfam melaporkan bahawa separuh daripada jumlah kekayaan global dipegang oleh hanya satu peratus penduduk, manakala Credit Suisse mendapati 3.4 bilion orang atau lebih 70 peratus dar ipada orang dewasa s edun ia mempunyai kekayaan kurang daripada USD10,000. Satu bilion orang lagi atau satu perlima penduduk dunia pula mempunyai kekayaan kurang daripada USD100,000.

Baki 383 juta orang dewasa yang mewakil i lapan peratus penduduk dunia pula memiliki lebih daripada USD100,000 se t iap seorang. In i ter masuk kira-kira 34 juta orang j u t a w a n , y a n g m a n a 1 2 3 , 8 0 0 daripadanya bernilai lebih daripada USD50 juta. 45,000 individu elit pula mempunyai aset lebih USD100 juta.

Dalam menghadapi kesenjangan yang mencolok ini, teknologi telah bertukar menjadi jambatan sosio-ekonomi. Jika dahulu mungkin ada yang putus asa dengan monopol i

Oleh ZAIRIL KHIR JOHARI

*Penulis adalah Ahli Parlimen Bukit Bendera merangkap Pengarah Eksekutif, Penang Institute

Sama seperti revolusioner sejarah, anak mudalah yang mempunyai

jiwa, ketabahan dan keberanian untuk mencapai

perubahan yang total.

RENCANA

Page 21: 2 | – Larang rakyat ke luar negara, kerajaan - roketkini.com BM_JUNJULAI... · diesel dengan harga sebenar yang mula dikutip sejak tahun 2014. Sehubungan itu, Penolong Setiausaha

JUN–JULAI 2016 | 21

ekonomi golongan elit, hari ini peluang ekonomi telah didemokrasikan oleh teknologi, sehinggakan individu dapat menjadi bilionair dari rumah mereka sendiri.

Selain menjana kekayaan, teknologi juga telah memudahkan aktivisme sosial dan politik. Pada awal tahun 2011 , kemat ian pen ja ja Tun i s i a berusia 26 tahun Mohamed Bouazizi mence tu skan Arab Spr ing yang membawa kepada tumbangnya diktator di Tunisia, Mesir dan Libya. Sementara itu, di Hong Kong, remaja berusia 18 tahun, Joshua Wong, telah dinamakan sebagai salah satu Remaja Paling

Berpengaruh TIME Magazine 2014, ekoran usahanya dalam mengetuai gerakan bantahan s iv i l terhadap kerajaan China yang gagah.

Dalam kedua-dua kes tersebut, kebangkitan popular, meskipun dengan bentuk dan hasil yang jauh berbeza, tidak hanya diilhamkan tetapi juga sebahagian besarnya didorong oleh anak-anak muda yang merasa tidak berpuas hati dan terpinggir dari sistem. Yang pentingnya, rancangan dan strategi mereka telah dihubung dan dizahirkan melalui teknologi media sosial yang berada di luar jangkauan Big Brother.

Anak muda sebagai ejen perubahan

Walaupun teknologi merupakan p e m u d a h c a r a y a n g b e r g u n a

untuk tindakan sosial dan polit ik, peranan penting anak muda dalam menggerakkan perubahan bukanlah satu fenomena baru. Malah, sejarah di seluruh dunia telah menunjukkan bahawa anak mudalah yang sering mempelopori perubahan sosial dan politik.

Salah satu episod besar dalam sejarah, ialah Revolusi Amerika 1765-1783, telah dipimpin oleh orang muda. George Washington sendiri berada dalam lingkungan awal 30-an apabila revolusi pertama meletus. Malah, sementara umur purata penandatangan Perisytiharan Kemerdekaan Amerika Syar ikat ada lah 44 tahun, l eb ih s e d oze n d a r i p a d a m e re k a ya n g diamanahkan untuk menandatangani salah satu kenyataan demokratik yang paling terkenal dalam sejarah manusia itu berada di bawah 35 tahun.

Selain George Washington dan sekutunya, banyak revolusi besar yang lain juga dipimpin oleh orang muda. Nelson Mandela hanya 34 tahun ketika beliau menjadi pemimpin gerakan anti-apartheid di Afrika Selatan. Aktivis hak sivil Amerika Dr Martin Luther King Jr dan Malcolm X kedua-duanya 39 tahun ketika mati pada kemuncak kepimpinan mereka.

Malah, demikian juga ceritanya untuk Malaysia. Ketika mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, purata umur Kabinet Malaysia adalah 43 tahun, dengan Tun Razak sebagai Timbalan Perdana Menter i pada 35 tahun. Walau bagaimanapun, keadaannya sudah jauh berbeza pada hari ini apabila purata umur Kabinet semasa adalah lebih hampir kepada 60 tahun.

Usia kepimpinan negara kita juga tidak mencerminkan demografi rakyat, di mana us ia penengah Malays ia adalah 27 tahun. Oleh itu, adalah tidak mengejutkan apabila Pilihan Raya Umum lalu di Malaysia menyaksikan kemenangan undi popular oleh pakatan pembangkang yang menampilkan barisan yang jauh lebih muda.

Carpe diem

Kita h idup pada zaman serba mungkin. Dengan teknologi sebagai penggerak, cabaran bagi kita adalah bagaimana untuk menjadikan diri kita relevan dalam iklim sosio-politik dan ekonomi yang tidak menentu ini.

S a y a p e r c a y a b a h a w a tanggungjawab untuk membentuk masa depan terletak pada kita sebagai anak muda. Ki ta lah yang pa l ing memahami dunia yang cepat berubah di sekeliling kita, dan kitalah yang harus menentukan arahnya. Sama seperti revolusioner sejarah, anak muda lah yang mempunya i j iwa , ketabahan dan keberanian untuk mencapai perubahan yang tota l . Lagipun, idealisme dan ketersediaan untuk berkorban adalah ciri-ciri yang biasanya sukar ditemukan setelah kita kian berusia.

Di seluruh dunia, trend kepimpinan anak muda sekali lagi menjadi jelas. Pada tahun 2010, United Kingdom memilih Perdana Menteri, Timbalan P e r d a n a M e n t e r i d a n K e t u a Pembangkang yang semuanya berusia pada awal 40-an. Malah, saya yakin j ika David Cameron, Nick Clegg dan Ed Miliband merupakan rakyat Malaysia pada ketika i tu, mereka hanya akan menjadi ketua pemuda parti masing-masing dan bukannya tiga pemimpin yang paling berkuasa di negara mereka.

Malah , sebaga i Ahl i Parl imen Malaysia paling muda, saya berasa tua setiap kali melawat rakan-rakan saya di Eropah. Pada awal tahun lepas, saya berkenalan dengan seorang menteri dalam kerajaan UK yang lebih muda daripada saya. Sebelum itu, saya telah diperkenalkan kepada Menteri Kewangan Serbia, yang hanya berusia dalam lingkungan 20-an. Di Sweden, Menteri Pendidikan, Menteri Kesihatan dan Menteri Sekolah, tiga portfolio kanan, semuanya lebih muda daripada saya. Di Austria, Menteri Luar Negara mereka tidak pun sampai 30 tahun.

Oleh itu, saya benar-benar percaya bahawa kita harus merebut peluang untuk menentukan masa depan. Dalam filem Dead Poets Society, istilah carpe diem telah digunakan oleh Robin Williams yang memainkan watak guru Bahasa Inggeris bukan ortodoks untuk menggalakkan murid-muridnya agar t idak takut hidup dan sebaliknya, memberi yang terbaik dan menjadi penentu takdir diri mereka sendiri.

Dalam semangat yang sama, saya merayu kepada semua golongan anak muda hari ini. Carpe diem. Masa depan telah tiba, dan ia berada dalam tangan kita.

Di Hong Kong, remaja berusia

18 tahun, Joshua Wong, telah dinamakan

sebagai salah satu Remaja Paling

Berpengaruh TIME Magazine 2014, ekoran usahanya dalam mengetuai gerakan bantahan

sivil terhadap kerajaan China

yang gagah.

RENCANA

Page 22: 2 | – Larang rakyat ke luar negara, kerajaan - roketkini.com BM_JUNJULAI... · diesel dengan harga sebenar yang mula dikutip sejak tahun 2014. Sehubungan itu, Penolong Setiausaha

22 | JUN–JULAI 2016

Masih menjadi satu pegangan ya n g a g a k k u a t b a h aw a wanita memainkan peranan

“terbaik” mereka di rumah. Pegangan ini masih digigit kuat oleh gigi geraham golongan yang masih agak konservatif dan keliru dengan pengasingan peranan gender, hak individu mengembangkan potensi, tanggungjawab pasangan dalam memastikan kestabilan institusi keluarga dan penggunaan nama Islam atas penghujahan hal-hal ini.

J i k a d i a m a t i , I s l a m t i d a k membezakan peluang beramal antara lelaki dengan wanita dalam mengejar keredaan dan pahala daripada tuhan:

“Sesiapa yang beramal soleh, dari le laki atau perempuan, sedang ia beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan d ia dengan kehidupan yang baik; dan sesungguhnya kami akan membalas mereka, dengan memberikan pahala yang lebih dari apa yang mereka telah kerjakan” (16:97)

Sebagaimana kita sendiri tahu, ibadat tidak hanya terhad pada yang khusus. Berkerjaya dan memakmurkan ekonomi keluarga dan masyarakat demi kemaslahatan bersama juga boleh dirangkumkan bersama selagi mana diniatkan kerana Allah. Adakah hanya kerana pengelasan tugas yang ditakrifkan oleh budaya setempat (yang kebanyakannya lelaki) menjadikan wanita hanya eksklusif di rumah?

Mengikut atau melawan adat?

Bukan sekadar kedengaran kuno, malah hujah “suami bekerja, wanita di rumah” ini menjadi antitesis kepada salah satu sebab kehadiran Islam sendiri iaitu memberi semula hak kepada wanita untuk diperlakukan sebagai

manusia meskipun melawan adat dan norma masyarakat ketika itu.

S e b a g a i c o n t o h , p a d a k e t i k a kedatangan Islam, wanita akhirnya mempunyai hak mewarisi harta pusaka mengikut kaedah faraid (sama ada pembahagian mengikut nisbah jantina atau budi bicara a h l i k e l u a r g a ) b e r b a n d i n g sebelumnya yang m e n y a k s i k a n wanita dinafikan terus hak mewarisi p u s a k a . M a l a h empayar-empayar besar lain seperti Byzan t ium dan Rom pun t idak menawarkan hak yang sama.

Maka jika mahu d i i k u t k a n u r u f dan adat , maka patutkah dahulu dibiarkan sahaja w a n i t a t i d a k m e w a r i s i h a r t a h a n y a k e r a n a tanggapan adat b a h aw a w a n i t a tidak mampu atau layak mengurus harta?

Mungkin juga k e r a n a b a ny a k k i s a h n a b i Muhammad dan s a h a b a t s e r t a riwayat hidupnya banyak diceritakan oleh lelaki apabila d i s a m p a i k a n ke pada had i r in l e l a k i d a n p e r e m p u a n , m a k a k i t a k u r a n g membincangkan betapa sebenarnya sahabat-sahabat dalam kalangan wanita juga merupakan pejuang di samping Rasulullah ketika perang. Mereka juga mengangkat pedang, menunggang kuda dan terluka berlumuran darah mempertahankan Rasulullah dan suami

mereka.Nusaibah binti Kaab contohnya,

ketika perang Uhud, dengan serta-merta meninggalkan posisi asalnya dan bergegas melindungi Muhammad tatkala melihat tentera Islam dalam keadaan kucar-kacir dan baginda

bersendirian tanpa perisai. Nusaibah mempertahankan Rasulullah dengan panahnya dan dia turut sama terluka dalam usahanya itu.

T i d a k c u k u p dengan itu, Nailah binti al-Farafishah, i s t e r i k h a l i f a h Usman al-Af fan j u g a t e r k e n a l sebagai seorang wanita yang berani lagi bijak pandai. Ke b e r a n i a n nya terbukti apabila d i a c u b a m e n a n g k a p p e d a n g y a n g dihunus menuju Usman. Namun apab i la pedang itu ditarik semula, m a k a p u t u s l a h jari-jari Nailah di samping suaminya yang terkorban. M e s k i p u n d i a tahu risiko yang dihadapi, dia tidak b e r g a n j a k d a n melihat sahaja.

S e m a s a hidupnya, Usman suaminya sendiri

yang merupakan seorang lelaki yang amat dihormati ketika itu mengakui kebijaksanaan isterinya. Beliau pernah berkata: “Saya tidak menemui seorang wanita yang lebih sempurna akalnya dari dirinya. Saya tidak segan apabila ia mengalahkan akalku”

Sumbangan wanita

Maka di sini, apa lagi alasan kita untuk meletakkan wanita mengikut kefahaman kita semata-mata? Jika seorang wanita itu – tidak kiralah seorang doktor, peguam, akauntan, pakar ekonomi, pakar aktuari, saintis, ahli politik, pakar undang-undang, jurujual, guru, doktor gigi dan berbagai-bag a i l ag i ke r j aya – be r po tens i menyelamatkan negara, umat dan masyarakat sedunia ini, bukankah kita telah menafikan dunia ini sendiri potensi untuk diselamatkan?

Jika Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, bekas gabenor Bank Negara yang paling lama berkhidmat menjadi suri rumah sepenuh masa dan tidak menjalankan tugasnya, apakah agaknya nasib polisi kewangan dan ekonomi Malaysia hari ini?

A t a u l e b i h mu d a h , p e n u n t u t perubatan wanita di Malaysia ini yang hakikatnya melebihi jumlah penuntut le lak i sedia ada semua membuat keputusan untuk menjadi suri rumah “demi menjaga keluarga”, mana nanti tinggal doktor perempuan yang boleh dimohon untuk merawat pesakit wanita? Lazimnya yang menggunakan hujah agama inilah yang mendesak doktor wanita merawat pesakit wanita.

Jika kita bermatlamat memastikan keutuhan institusi keluarga, kita tidak boleh semata-mata menyalahkan wanita atas sebab kerjaya mereka. Hakikatnya dalam alam perkahwinan, suami dan isteri itu merupakan satu pasukan. Mereka memerlukan satu sama lain. Apakah suami tidak bertanggungjawab terhadap anak langsung?

Jika kita menyalahkan isteri yang pulang lewat bekerja sebagai punca k e re t a k a n r u m a h t a n g g a t a n p a membincangkan kemungkinan suami melakukan hal yang sama, ini tidak lain tidak bukan hanyalah satu hujah misoginistik dan murahan.

Maka sebelum kita meletakkan satu-satu label peranan gender, apa kata kita cuba duduk sebentar dan mula mengambil kira gender berlawanan sebagai manusia seperti kita?

Hujah “suami bekerja, wanita

di rumah” ini menjadi

antitesis kepada salah satu sebab kehadiran Islam

sendiri iaitu memberi semula

hak kepada wanita untuk diperlakukan

sebagai manusia meskipun

melawan adat dan norma masyarakat ketika itu.

Oleh WAN SALMAN WAN SALLAM

*Penu l i s a da l a h a h l i S e k r e t a r i a t Masyarakat Madani IKRAM Siswa Nasional

WANITA: PANDANGAN DARI SEORANG ANAK MUDA MUSLIM

FOKUS: WANITA

Page 23: 2 | – Larang rakyat ke luar negara, kerajaan - roketkini.com BM_JUNJULAI... · diesel dengan harga sebenar yang mula dikutip sejak tahun 2014. Sehubungan itu, Penolong Setiausaha

JUN–JULAI 2016 | 23FOKUS: WANITA

Perkahwinan kanak-kanak bawah umur bukan lagi satu isu yang baru di Malaysia. Hal ini telah

dibudayakan secara meluas, tidak cuma tertakluk kepada masyarakat Islam sahaja, akan tetapi merentasi budaya silam masyarakat dunia yang lain seperti di China, Jepun, India, Babylon, Rom, Athens, Yahudi dan Kristian di Eropah.

Pada dasarnya, pencerahan dan pemahaman berhubung perkahwinan kanak-kanak bawah umur dalam kalangan masyarakat amatlah kabur dan membimbangkan. Hal ini diburukkan lagi dengan kecenderungan mentafsir undang-undang yang berkaitan secara semborono.

Menurut Akta Undang-undang Keluarga Islam menerusi Seksyen 8 telah menetapkan umur minimum bagi sesebuah ikatan perkahwinan. Sekiranya l e lak i berumur kurang dar ipada lapan belas tahun atau perempuan berumur kurang daripada enam belas tahun, mereka tidak dibenarkan untuk berkahwin kecuali dengan kebenaran Hakim Syarie secara bertulis dengan pertimbangan hal-hal tertentu.

Terbaru, Datuk Nik Mazian Nik Mohamad (Ahli Parlimen Pasir Puteh-PAS) telah mengusulkan cadangan di Parlimen untuk meminda Rang Undang-Undang Kanak-Kanak supaya membenarkan perkahwinan bagi komuniti bawah umur dipendekkan kepada mereka yang berumur minimum 16 tahun atau ke bawah.

Cadangan tersebut telah dikecam hebat oleh Pertubuhan Pertolongan Wan i ta (WAO) . Ha l in i ke rana , perkahwinan pada usia muda bukan sekadar untuk memenuhi nafsu seks semata-mata. Gadis yang berkahwin pada usia muda seringkali dipulaukan masyarakat dan lebih malang, para gadi s in i turut terc ic i r dar ipada m e n d a p a t p e l u a n g p e n d i d i k a n . Impaknya bukan sekadar kepada gadis tersebut, malahan, besar kemungkinan kepada generasi akan datang.

Apabila gadis tersebut tidak matang dari segi kehidupan sosial dan peluang untuk menimba ilmu terbantut, mereka akan terdedah kepada penderaan menta l , f i z i ka l dan s ek sua l . In i disebabkan kebergantungan hidup kepada golongan suami yang seringkali dianggap raja dalam sesebuah ikatan perkahwinan.

Dari sisi lain pula adalah berkaitan dengan kesihatan seksual gadis tersebut. Umumnya, hubungan kelamin yang melibatkan gadis belum baligh atau mas ih bawah umur adalah t idak digalakkan memandangkan ia boleh memudaratkan dari segi fizikal dan emosi atas ketidaksediaannya dari segi fizikal dan mental terhadap hubungan tersebut.

Rentetan daripada itu, perhubungan i n i p a s t i n y a a k a n m e m b a w a kepada kehamilan yang juga bakal mendatangkan kemudaratan kepada k a n d u n g a n s i i b u . Ko m p l i k a s i kandungan dan kelahiran adalah punca utama kematian ibu-ibu muda di bawah umur 18 tahun.

Isu sama ada hubungan kelamin ter sebut adalah secara re la atau t idak adalah t idak re levan untuk dibangkitkan. Hal ini kerana mereka memasuki alam tersebut dalam usia yang muda tanpa pencerahan dan pemahaman tentang perhubungan kelamin dan akibatnya yang selama ini menjadi tabu dalam kalangan masyarakat kita.

Ditekankan di s ini , usul untuk membenarkan perkahwinan bawah u mu r, s a m a a d a m e l a l u i p i n t u u n d a n g - u n d a n g s i v i l m a h u p u n Syariah seharusnya dirujuk kembali kepada pemaknaan kanak-kanak yang ter maktub di dalam Art ikel 1, Konvensyen Hak Asasi Manusia PBB (United Nations Human Rights Convention) ; “kanak-kanak ialah seseorang yang di bawah umur lapan belas tahun selain daripada dalam sesuatu prosiding undang-undang.”

D a l a m k o n t e k s d i M a l a y s i a khususnya di luar bandar, perkahwinan muda lebih digalakkan atas dasar kemiskinan, keciciran pendidikan, ketidaksamaan gender dalam kalangan masyarakat setempat, kelonggaran sistem perundangan serta kepercayaan etnik kaum tertentu terhadap kaum wanita yang dilihat akan lebih selamat dan terjamin kehidupannya melalui ikatan perkahwinan. Dasar-dasar ini telah membantutkan kesedaran mereka dalam memahami hak-hak mereka dalam perkahwinan serta masyarakat umum.

Semangat ikatan perkahwinan masa kini yang semata-mata untuk mencegah kemungkaran zina nyata sekali tidak

re levan malah bagi perkahwinan muda terutama sekali yang melibatkan individu bawah umur hanyalah suatu bentuk perhambaan zaman moden ini. Ditekankan di sini, wanita bukan objek seks yang dicipta untuk memuaskan nafsu lelaki semata-mata. Terdapat pelbagai cara yang boleh ditemukan untuk mendepani masalah sosial di kalangan masyarakat, namun bukan dengan mengusulkan pindaan undang-undang tersebut yang dilihat seakan membuka ruang dan peluang kepada gejala pedofilia.

Perlu diakui juga, sistem patriarki merupakan akar kepada permasalahan d a l a m k e t i d a k s e t a r a a n g e n d e r yang turut menjadi punca kepada

perkahwinan kanak-kanak selama ini. Sistem ini yang memenangkan kaum lelaki dari kuasa dan sumber seharusnya sudah lama ditinggalkan bagi memperkasa kaum wanita demi mencapai kesetaraan gender dalam masyarakat.

Jika perkahwinan kanak-kanak ini direstui melalui pintu perundangan, ia adalah satu lagi pencabulan hak asasi manusia kerana ia merupakan jalan membobrokkan proses pembentukan dan pembangunan remaja tersebut. Ia turut meletakkan kanak-kanak di dalam situasi yang membingungkan dengan terjejasnya tahap dan kualiti pendidikan mereka yang sama sekali bakal menafikan hak mereka untuk merebut peluang secara aktif dalam sumber tenaga kerja negara kelak.

Senario dan isu yang dipetik ini sudah cukup untuk mengesahkan betapa perkahwinan kanak-kanak itu menggagalkan pembangunan modal insan khususnya untuk individu dan umumnya kepada negara.

Seharusnya, yang wajar diusulkan adalah pendidikan seks. Ia tidak wajar dilihat sebagai tabu dalam masyarakat sebaliknya sebagai alat meningkatkan kesedaran awam terhadap hubungan seks luar ikatan perkahwinan. Kita, di peringkat umbi harus meletakkan k e u t a m a a n d a l a m m e m b e r i k a n pendedahan dan pencerahan kepada anak-anak tentang sistem pembiakan dan juga langkah-langkah pencegahan seksual.

Tu l i s a n i n i d i t u t u p d e n g a n p e n e k a n a n b a h a w a m e r e s t u i perkahwinan kanak-kanak bawah umur hanya akan meningkatkan statistik remaja yang mempunyai hubungan seks secara kasual dan sama sekali tidak akan mengurangkan statistik remaja yang melakukan hubungan seks luar nikah.

Jika perkahwinan kanak-kanak ini direstui

melalui pintu perundangan, ia adalah satu lagi pencabulan hak asasi manusia

kerana ia merupakan jalan membobrokkan

proses pembentukan dan

pembangunan remaja tersebut.

Oleh FATIEN ELEENA BT JABRIDIN

*Penulis merupakan bekas g raduan undang-undang di Universiti Sultan Zainal Abidin dan sedang menjalani chambering di sebuah firma di Kuala Lumpur

PERKAHWINAN KANAK-KANAK:SATU PENYELESAIAN?

Page 24: 2 | – Larang rakyat ke luar negara, kerajaan - roketkini.com BM_JUNJULAI... · diesel dengan harga sebenar yang mula dikutip sejak tahun 2014. Sehubungan itu, Penolong Setiausaha

24 | JUN–JULAI 2016

Diterbitkan oleh: Democratic Action Party Headquarters, Jalan Yew, Off Jalan Pudu, 55100 Kuala Lumpur. Tel: 03-92005000 Faks: 03-92007000Dicetak oleh: Graphic Tech (M) Sdn Bhd, No. 1, Jalan Tanming 5, Taman Tanming Jaya, 43300 Balakong, Selangor

Sarawak: Hilang lima kerusi tak jejas khidmat DAP untuk rakyat

KUALA LUMPUR: Walaupun hilang l i m a k e r u s i d a l a m p i l i h a n r a y a Sarawak, DAP akan terus komited melaksanakan program infrastruktur dan kem pendidikan Impian Sarawak memandangkan ia disasarkan untuk jangka masa panjang, dan bukan untuk memancing undi.

S e t i a u s a h a P u b l i s i t i D A P Kebangsaan, Tony Pua, berkata seiring dengan prinsip DAP, parti itu tidak akan jemu berusaha untuk membawa perubahan kepada kualiti hidup warga Malaysia dan landskap politik negara.

“ Imp ian Sarawak d i tubuhkan dengan tujuan untuk merapatkan j u r a n g b a n d a r - l u a r b a n d a r, menyediakan kemudahan asas, projek kes ihatan dan pendid ikan , ser ta menyediakan servis yang mampu membantu keh idupan penduduk

miskin.“Keputusan pilihanraya Sarawak

baru-baru ini memang mengecewakan semua pihak yang telah bertungkus-lumus untuk menjayakan pro jek tersebut. Namun, ia sebenarnya satu cabaran yang perlu kita tempuh untuk melahirkan Sarawak dan Malaysia yang lebih baik,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurut Tony, walaupun ada pihak berpendapat bahawa projek Impian Sarawak – di bawah inisiatif Impian Malays ia yang turut menjayakan Impian Sabah dan Kelantan serta beberapa program sampingan – tidak berjaya meyakinkan pengundi di luar bandar, DAP yakin ia telah membantu ramai penduduk pedalaman dalam dua tahun setengah pelaksanaannya.

“Kami telah melaksanakan lebih

60 projek, termasuk sistem agihan air graviti yang sangat diperlukan penduduk, pembinaan ja lan raya dan bekalan elektrik murah. Kami membantu beribu-ribu penduduk untuk menikmati kehidupan yang lebih baik.

“Tetapi, apa-apa jangkaan terhadap perubahan persepsi dan kepercayaan penduduk Sarawak terhadap DAP dalam jangka masa pendek adalah tidak realistik, lebih-lebih lagi sudah berdekad prejudis dan ketakutan itu ditanam.

“Jika proses mengubah persepsi p o l i t i k w a r g a S e m e n a n j u n g memerlukan usaha dan pengorbanan selama beberapa dekad, mengapa kita harap pedalaman Sarawak boleh berubah dalam sekelip mata?” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pe ta l ing Jaya Utara menambah,

melalui projek Impian, DAP semakin memahami masyarakat pedalaman, terutama keperluan, batasan dan impian mereka.

“Kami memperoleh ramai kenalan baru di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak. Tanpa mereka, perjalanan kami dalam menawarkan perubahan ke pada penduduk d i s ana t idak mungkin berjaya.

“Dan tanpa memahami nasib dan kehidupan penduduk pedalaman, usaha kami untuk mengubah persepsi dan tanggapan buruk masyarakat Sarawak terhadap kami juga tidak akan berjaya.

“Jadi, kami berterima kasih kepada s emua p ihak yang t e l ah banyak menyumbang kepada projek Impian Sabah dan Sarawak. Kami benar-benar perlukan sokongan berterusan dari semua,” katanya.

WARTAWAN HAFIZ ZAINUDDIN / FATIH HASSAN NORDIN / SYAZANA HASANUDIN JURUGAMBAR AHMAD YUSUFI GRAFIK WAHYUDI YUNUS REKALETAK SHAFIQ HALIM

The Rocket Edisi Bahasa Malaysia mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak, termasuk Unit Penerangan Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, yang telah memberi sumbangan bahan bertulis dan bergambar.