20 Wanita Melayu lambat kesan barah buah dada - ttsh.com.sg · PDF filemuzik di seberang...

1
ENURMAYA ALIAS [email protected] PENYANYI muda Singapura, Sufie Rashid dan Haikal, yang se- dang berusaha membina kerjaya muzik di seberang Tambak, ber- jaya membawa pulang piala di Anugerah Planet Muzik (APM) 2016 kelmarin. Juara rancangan realiti nya- nyian Akademi Fantasia 2015, Sufie, 25 tahun, yang kini di bawah pengurusan Astro, pula memenangi dua kategori iaitu Artis Paling Popular Singapura dan Lagu Paling Popular Sin- gapura bagi Kisah Dua Muka. Penyanyi baru Haikal atau na- ma penuhnya, Haikal Moham- med Ali, 23 tahun, yang ber- kongsi pengurusan sama seperti penyanyi popular, Ayda Jebat dan Aisyah Aziz dan Paranor- mal Group, dinobatkan pe- menang Lagu Terbaik Singapura bagi lagu Bertemu Kembali. Sufie berkata langkahnya ke Malaysia telah membantunya mendapat kesempatan dan pelu- ang mengembangkan bakatnya. “Saya bersyukur sangat pada Allah swt, ibu bapa saya dan se- mua yang telah menyokong, mengundi dan percaya pada seni saya, terutama, penyokong Sin- gapura, walaupun saya berada jauh di Malaysia. Saya rasa ini hasil kerjaya saya beberapa tahun ini. “Pihak Astro juga banyak memberi saya dorongan. Saya ra- sa mereka adalah salah satu sebab saya mendapat kesempa- tan sebegini. Ini rezeki yang saya idam-idamkan – untuk menang,” kata Sufie mengenai kemenangannya dalam ke- dua-dua kategori itu. Sebelum ini, penyanyi popu- lar setempat, Taufik Batisah, te- lah terus menjuarai kategori Artis Paling Popular Singapura selama enam tahun. Beliau juga telah empat kali memenangi kategori Lagu Ter- baik Singapura. “Tahun ini rezeki saya pula menang bagi kategori Artis Pa- ling Popular Singapura. Tak se- mestinya saya menang kategori ini, saya lebih popular daripada Taufik. Saya masih anggap Taufik sebagai mentor saya. Be- liau tetap popular dan artis yang rendah diri,” kata Sufie. Bakat Haikal pula menarik perhatian syarikat pengurusan Malaysia, Paranormal Group, selepas single asal pertamanya, Bertemu Kembali, dimainkan di corong stesen radio setempat Ria 89.7 FM. Menurut lulusan diploma juru- san kesan visual dan grafik gera- kan daripada Politeknik Singapu- ra itu, lagu itu asalnya ditulis oleh Haramain Osman dan Judah Lyne daripada band Sin- gapura, The Lion Story. Muziknya kemudian disusun semula oleh penggubah dan pen- erbit mapan Malaysia, Audi Mok. “Saya tidak harapkan apa-apa apabila dicalonkan dalam kategori ini. Saya cuma harap pendengar dengar lagu saya sebab ini lagu daripada hati,” kata Haikal yang berkedudukan sebelah Aziz Harun, pemenang Kolaborasi Lagu Terbaik. Baru-baru ini, Haikal telah membuat persembahan di ran- cangan Malaysia Hari Ini. Adakah beliau merancang me- langkah lebih jauh dalam bidang muzik di Malaysia? “Saya tengok rezeki. Kalau rezeki saya di Singapura, saya tinggal di sini. Kalau rezeki saya di Malaysia atau Indonesia, saya pergi ke sana. Kalau tidak ada rezeki, saya O.K. saja,” kata Haikal, yang berminat melanjut- kan pengajian jurusan pernia- gaan di universiti. Seorang lagi bakat Singapura, Awi Rafael, berjaya merangkul piala bagi kategori Kolaborasi Terbaik, hasil gabungannya ber- sama penyanyi veteran mapan, Ayai, bagi lagu Manusia Sempur- na. Menurut Awi, beliau telah me- nyimpan lagu itu selama tujuh tahun sebelum menyiapkannya berdasarkan inspirasi suara Ayai yang unik. “Lagu ini, saya tulis untuk abang Ayai. Awi terharu kerana dalam setahun setengah lalu, abang Ayai mungkin sudah ber- henti menyanyi tapi Awi per- caya pada beliau masa itu dan ter- bukti, pemilihan Awi ini betul,” kata Awi yang menerbitkan lagu tersebut di bawah syarikat label Warner Music Malaysia. Kumpulan muzik Malaysia, Caliph Buskers, turut mendapat sorakan gemuruh dengan ke- menangan kategori Lagu Ter- baik APM 2016 dan Lagu Ter- baik Malaysia bagi lagu Hanya Nama Mu. Penyanyi antarabangsa Yuna, menjulang piala kategori Anuge- rah Rentas Planet, manakala, penghargaan diberikan kepada penyanyi tersohor, S. Atan, bagi Anugerah Khas Planet Muzik. Laporan tambahan NUR DHUHA ESOOF EHASLEEN BACHIK [email protected] PERATUSAN wanita Melayu yang meng- hidapi barah buah dada peringkat lanjut – iaitu tahap tiga atau empat – didapati hampir dua kali lebih tinggi daripada kadar wanita Cina, meskipun program ujian bagi menge- san barah buah dada di peringkat nasional sudah diperkenal sejak 2002. Berdasarkan perangkaan Klinik Buah Da- da, Hospital Tan Tock Seng (TTSH), terdap- at 42.8 peratus wanita Melayu yang meng- hidapi barah buah dada peringkat lanjut dari 2012 hingga 2015 berbanding wanita Cina yang mencatat 24.9 peratus bagi peringkat dan tempoh yang sama. Dalam sidang media yang diadakan di TT- SH semalam, konsultan yang juga pakar be- dah buah dada, TTSH, Dr Goh Mui Heng, berkata: “Hampir separuh daripada pesakit Melayu yang dikesan menghidapi barah buah dada menunjukkan penyakit mereka sudah berada di tahap lanjutan.” Menurut beliau, berdasarkan kajian awal di kalangan pesakit TTSH pada 2012, ia mendapati pesakit Melayu yang dikesan mempunyai barah buah dada peringkat lan- jutan berada di paras tertinggi antara kaum iaitu 43.7 peratus berbanding bangsa lain di paras 36.8 peratus, India 31.9 peratus dan Ci- na yang paling rendah dengan 26.5 peratus. Berdasarkan dapatan tersebut, TTSH me- mutuskan untuk menganalisis data tiga tahun selepas itu. Sepanjang 2012 hingga 2015, daripada sejumlah 1,420 pesakit – tidak termasuk yang ingkar menjalani rawatan susulan – ter- dapat 109 pesakit Melayu dan mereka beru- sia antara 28 dengan 84 tahun dengan umur median 57 tahun. Wanita Melayu yang menghidapi barah buah dada peringkat lanjut ialah 40.0 pera- tus (Cina: 27.0 peratus) pada 2012; 50.0 per- atus (Cina: 25.1 peratus) pada 2013; 34.4 peratus (Cina: 25.8 peratus) pada 2014 dan 46.9 peratus (Cina: 21.8 peratus) pada tahun lalu. “Kami mendapati sepanjang tempoh 2012 hingga 2015, kadar pesakit Melayu yang menghidapi barah buah dada tahap lan- jutan ialah dua kali lebih tinggi daripada pe- sakit Cina dan trend tersebut tidak berkuran- gan sepanjang tahun. Ini mungkin disebab- kan oleh budaya atau psiko-sosial pesakit yang lewat tampil mendapatkan rawatan. “Ia juga mungkin ekoran pengetahuan mereka yang tidak selaras dengan tindakan untuk mengambil langkah (rawatan). “Ini sekali gus menunjukkan adanya kep- erluan meningkatkan pengetahuan tentang barah buah dada selain pemeriksaan kesiha- tan bagi mengesannya,” ujar Dr Goh yang ju- ga Pengerusi Jawatankuasa Penganjur, Bu- lan Kesedaran tentang Barah Buah Dada 2016. Sementara itu, Pengarah, Klinik Buah Da- da di TTSH, Profesor Madya, Patrick Chan, menambah: “Sebahagian pesakit Melayu am- at prihatin rawatan barah buah dada melibat- kan perlunya menyingkirkan buah dada dan ia sesuatu yang tidak dapat mereka terima dalam masyarakat maka mereka berasa gen- tar dan ekorannya tidak tampil mendapat- kan rawatan.” Salah seorang pesakit yang tampil ialah Cik Zahara Said, suri rumah berusia 50 tahun, yang dikesan menghidapi barah buah dada tahap dua dengan benjolan berukuran tiga sentimeter di buah dada kirinya dua tahun lalu, dikesan setelah beliau menjalani mamogram dan biopsi. “Sikit pun saya tidak ada tanda mulanya cuma saya rasa cepat penat dan saya tidak se- dar ada penyakit ini. Jadi nasihat saya pergi- lah jalani pemeriksaan kesihatan terutama apabila umur sudah 40 tahun. Fikirlah secara positif. Lebih cepat dikesan, lebih bagus,” ka- ta Cik Zahara. Setiap tahun, lebih 2,000 wanita dikesan menghidapi barah buah dada di negara ini dan ia barah paling lumrah di kalangan wani- ta Singapura. Sembilan poliklinik di bawah National Healthcare Group (NHG) menawarkan ma- mogram bersubsidi. Sufie Rashid dan Haikal jaya bawa pulang piala Wanita Melayu lambat kesan barah buah dada FORUM AWAM DALAM BAHASA MELAYU Tajuk: Mitos Barah Payudara: Apa yang anda perlu tahu? Tarikh: Sabtu, 8 Oktober 2016 Masa: 9 pagi hingga 1 petang (Pendaftaran bermula 8.30 pagi) Tempat: Teateret Hospital Tan Tock Seng (TTSH), Aras 1, Bangunan Utama TTSH Penceramah: Pakar bedah buah dada, pembedahan plastik, pakar onkologi, radiasi, pakar diet dan fisioterapi Bayaran: Percuma Pendaftaran: Hubungi talian 6357-8266 (semasa waktu pejabat sahaja) atau e-mel kepada [email protected]. Anjuran Klinik Payudara dan Jabatan Pembedahan Am, TTSH. JULANG PIALA: Penyanyi muda, Sufie Rashid (kanan), memenangi dua anugerah – Artis Paling Popular Singapura dan Lagu Paling Popular Singapura – manakala Haikal membawa pulang piala bagi kategori Lagu Terbaik SIngapura. – Foto M.O. SALLEH Berita Harian Singapura @BeritaHarianSG IKUTI KAMI DI ANUGERAH PLANET MUZIK 2016 KESAN AWAL: Pesakit barah buah dada Cik Zahara Said (kiri) menerima nasihat daripda pakar barah buah dada, Dr Goh Mui Heng. Cik Zahara tidak merasa apa-apa simptom sebelum beliau dikesan menghidap barah buah dada tahun lalu. – Foto ZAINAL YAHYA 20 AHAD, 2 OKTOBER 2016 (1 MUHARAM 1438) Diterbitkan dan dicetak oleh Singapore Press Holdings Limited. Co. Regn. No. 198402868E. Anggota Pengedaran Biro Audit Singapura. Perkhidmatan Pengguna (Pengedaran): 6388-3838, [email protected], Faks: 6746-1925.

Transcript of 20 Wanita Melayu lambat kesan barah buah dada - ttsh.com.sg · PDF filemuzik di seberang...

Page 1: 20 Wanita Melayu lambat kesan barah buah dada - ttsh.com.sg · PDF filemuzik di seberang Tambak, ber-jaya ... nyian Akademi Fantasia 2015, Sufie, 25 tahun, yang kini di bawah pengurusan

ENURMAYA ALIAS

[email protected]

PENYANYI muda Singapura, Sufie Rashid dan Haikal, yang se-dang berusaha membina kerjaya muzik di seberang Tambak, ber-jaya membawa pulang piala di Anugerah Planet Muzik (APM) 2016 kelmarin.

Juara rancangan realiti nya-nyian Akademi Fantasia 2015, Sufie, 25 tahun, yang kini di bawah pengurusan Astro, pula memenangi dua kategori iaitu Artis Paling Popular Singapura dan Lagu Paling Popular Sin-gapura bagi Kisah Dua Muka.

Penyanyi baru Haikal atau na-ma penuhnya, Haikal Moham-med Ali, 23 tahun, yang ber- kongsi pengurusan sama seperti penyanyi popular, Ayda Jebat dan Aisyah Aziz dan Paranor-mal Group, dinobatkan pe-menang Lagu Terbaik Singapura bagi lagu Bertemu Kembali.

Sufie berkata langkahnya ke Malaysia telah membantunya mendapat kesempatan dan pelu-ang mengembangkan bakatnya.

“Saya bersyukur sangat pada Allah swt, ibu bapa saya dan se-mua yang telah menyokong, mengundi dan percaya pada seni saya, terutama, penyokong Sin-gapura, walaupun saya berada jauh di Malaysia. Saya rasa ini hasil kerjaya saya beberapa tahun ini.

“Pihak Astro juga banyak memberi saya dorongan. Saya ra-sa mereka adalah salah satu sebab saya mendapat kesempa-tan sebegini. Ini rezeki yang saya idam-idamkan – untuk menang,” kata Sufie mengenai

kemenangannya dalam ke-dua-dua kategori itu.

Sebelum ini, penyanyi popu-lar setempat, Taufik Batisah, te-lah terus menjuarai kategori Artis Paling Popular Singapura selama enam tahun.

Beliau juga telah empat kali memenangi kategori Lagu Ter-baik Singapura.

“Tahun ini rezeki saya pula menang bagi kategori Artis Pa-ling Popular Singapura. Tak se-mestinya saya menang kategori ini, saya lebih popular daripada Taufik. Saya masih anggap Taufik sebagai mentor saya. Be-liau tetap popular dan artis yang rendah diri,” kata Sufie.

Bakat Haikal pula menarik perhatian syarikat pengurusan Malaysia, Paranormal Group, selepas single asal pertamanya, Bertemu Kembali, dimainkan di corong stesen radio setempat Ria 89.7 FM.

Menurut lulusan diploma juru-san kesan visual dan grafik gera-kan daripada Politeknik Singapu-ra itu, lagu itu asalnya ditulis oleh Haramain Osman dan Judah Lyne daripada band Sin-gapura, The Lion Story.

Muziknya kemudian disusun semula oleh penggubah dan pen-erbit mapan Malaysia, Audi Mok.

“Saya tidak harapkan apa-apa apabila dicalonkan dalam kategori ini. Saya cuma harap pendengar dengar lagu saya sebab ini lagu daripada hati,” kata Haikal yang berkedudukan sebelah Aziz Harun, pemenang Kolaborasi Lagu Terbaik.

Baru-baru ini, Haikal telah membuat persembahan di ran-cangan Malaysia Hari Ini.

Adakah beliau merancang me-langkah lebih jauh dalam bidang muzik di Malaysia?

“Saya tengok rezeki. Kalau rezeki saya di Singapura, saya tinggal di sini. Kalau rezeki saya di Malaysia atau Indonesia, saya pergi ke sana. Kalau tidak ada rezeki, saya O.K. saja,” kata Haikal, yang berminat melanjut-kan pengajian jurusan pernia-gaan di universiti.

Seorang lagi bakat Singapura, Awi Rafael, berjaya merangkul piala bagi kategori Kolaborasi Terbaik, hasil gabungannya ber-sama penyanyi veteran mapan, Ayai, bagi lagu Manusia Sempur-na.

Menurut Awi, beliau telah me-nyimpan lagu itu selama tujuh tahun sebelum menyiapkannya berdasarkan inspirasi suara Ayai yang unik.

“Lagu ini, saya tulis untuk abang Ayai. Awi terharu kerana dalam setahun setengah lalu, abang Ayai mungkin sudah ber-henti menyanyi tapi Awi per-caya pada beliau masa itu dan ter-bukti, pemilihan Awi ini betul,” kata Awi yang menerbitkan lagu tersebut di bawah syarikat label Warner Music Malaysia.

Kumpulan muzik Malaysia, Caliph Buskers, turut mendapat sorakan gemuruh dengan ke-menangan kategori Lagu Ter-baik APM 2016 dan Lagu Ter-baik Malaysia bagi lagu Hanya Nama Mu.

Penyanyi antarabangsa Yuna, menjulang piala kategori Anuge-rah Rentas Planet, manakala, penghargaan diberikan kepada penyanyi tersohor, S. Atan, bagi Anugerah Khas Planet Muzik. – Laporan tambahan NUR DHUHA ESOOF

EHASLEEN [email protected]

PERATUSAN wanita Melayu yang meng-hidapi barah buah dada peringkat lanjut – iaitu tahap tiga atau empat – didapati hampir dua kali lebih tinggi daripada kadar wanita Cina, meskipun program ujian bagi menge-san barah buah dada di peringkat nasional sudah diperkenal sejak 2002.

Berdasarkan perangkaan Klinik Buah Da-da, Hospital Tan Tock Seng (TTSH), terdap-at 42.8 peratus wanita Melayu yang meng-hidapi barah buah dada peringkat lanjut dari 2012 hingga 2015 berbanding wanita Cina yang mencatat 24.9 peratus bagi peringkat dan tempoh yang sama.

Dalam sidang media yang diadakan di TT-SH semalam, konsultan yang juga pakar be-dah buah dada, TTSH, Dr Goh Mui Heng, berkata: “Hampir separuh daripada pesakit Melayu yang dikesan menghidapi barah buah dada menunjukkan penyakit mereka sudah berada di tahap lanjutan.”

Menurut beliau, berdasarkan kajian awal di kalangan pesakit TTSH pada 2012, ia mendapati pesakit Melayu yang dikesan mempunyai barah buah dada peringkat lan-jutan berada di paras tertinggi antara kaum iaitu 43.7 peratus berbanding bangsa lain di paras 36.8 peratus, India 31.9 peratus dan Ci-na yang paling rendah dengan 26.5 peratus.

Berdasarkan dapatan tersebut, TTSH me-mutuskan untuk menganalisis data tiga tahun selepas itu.

Sepanjang 2012 hingga 2015, daripada sejumlah 1,420 pesakit – tidak termasuk

yang ingkar menjalani rawatan susulan – ter-dapat 109 pesakit Melayu dan mereka beru-sia antara 28 dengan 84 tahun dengan umur median 57 tahun.

Wanita Melayu yang menghidapi barah buah dada peringkat lanjut ialah 40.0 pera-tus (Cina: 27.0 peratus) pada 2012; 50.0 per-atus (Cina: 25.1 peratus) pada 2013; 34.4 peratus (Cina: 25.8 peratus) pada 2014 dan 46.9 peratus (Cina: 21.8 peratus) pada tahun lalu.

“Kami mendapati sepanjang tempoh 2012 hingga 2015, kadar pesakit Melayu yang menghidapi barah buah dada tahap lan-jutan ialah dua kali lebih tinggi daripada pe-sakit Cina dan trend tersebut tidak berkuran-gan sepanjang tahun. Ini mungkin disebab-kan oleh budaya atau psiko-sosial pesakit yang lewat tampil mendapatkan rawatan.

“Ia juga mungkin ekoran pengetahuan mereka yang tidak selaras dengan tindakan untuk mengambil langkah (rawatan).

“Ini sekali gus menunjukkan adanya kep-erluan meningkatkan pengetahuan tentang barah buah dada selain pemeriksaan kesiha-tan bagi mengesannya,” ujar Dr Goh yang ju-ga Pengerusi Jawatankuasa Penganjur, Bu-lan Kesedaran tentang Barah Buah Dada 2016.

Sementara itu, Pengarah, Klinik Buah Da-da di TTSH, Profesor Madya, Patrick Chan, menambah: “Sebahagian pesakit Melayu am-at prihatin rawatan barah buah dada melibat-kan perlunya menyingkirkan buah dada dan ia sesuatu yang tidak dapat mereka terima dalam masyarakat maka mereka berasa gen-tar dan ekorannya tidak tampil mendapat-kan rawatan.”

Salah seorang pesakit yang tampil ialah Cik Zahara Said, suri rumah berusia 50 tahun, yang dikesan menghidapi barah buah dada tahap dua dengan benjolan berukuran tiga sentimeter di buah dada kirinya dua tahun lalu, dikesan setelah beliau menjalani mamogram dan biopsi.

“Sikit pun saya tidak ada tanda mulanya cuma saya rasa cepat penat dan saya tidak se-dar ada penyakit ini. Jadi nasihat saya pergi-lah jalani pemeriksaan kesihatan terutama apabila umur sudah 40 tahun. Fikirlah secara positif. Lebih cepat dikesan, lebih bagus,” ka-ta Cik Zahara.

Setiap tahun, lebih 2,000 wanita dikesan menghidapi barah buah dada di negara ini dan ia barah paling lumrah di kalangan wani-ta Singapura.

Sembilan poliklinik di bawah National Healthcare Group (NHG) menawarkan ma-mogram bersubsidi.

Sufie Rashid dan Haikal

jaya bawa pulang piala

Wanita Melayu lambat kesan

barah buah dada

FORUM AWAM DALAMBAHASA MELAYU

Tajuk: Mitos Barah Payudara: Apa yang anda perlu tahu?

Tarikh: Sabtu, 8 Oktober 2016

Masa: 9 pagi hingga 1 petang (Pendaftaran bermula 8.30 pagi)

Tempat: Teateret Hospital Tan Tock Seng (TTSH), Aras 1, Bangunan Utama TTSH

Penceramah: Pakar bedah buah dada, pembedahan plastik, pakar onkologi, radiasi, pakar diet dan fisioterapi

Bayaran: Percuma

Pendaftaran: Hubungi talian 6357-8266 (semasa waktu pejabat sahaja) atau e-mel kepada [email protected]. Anjuran Klinik Payudara dan Jabatan Pembedahan Am, TTSH.

JULANG PIALA: Penyanyi muda, Sufie Rashid (kanan), memenangi dua anugerah – Artis Paling Popular Singapura dan Lagu Paling Popular Singapura – manakala Haikal membawa pulang piala bagi kategori Lagu Terbaik SIngapura. – Foto M.O. SALLEH

Berita HarianSingapura

@BeritaHarianSG

IKUTI KAMI DI

ANUGERAH PLANET MUZIK 2016

KESAN AWAL: Pesakit barah buah dada Cik Zahara Said (kiri) menerima nasihat daripda pakar barah buah dada, Dr Goh Mui Heng. Cik Zahara tidak merasa apa-apa simptom sebelum beliau dikesan menghidap barah buah dada tahun lalu. – Foto ZAINAL YAHYA

20AHAD, 2 OKTOBER 2016 (1 MUHARAM 1438)

Diterbitkan dan dicetak oleh Singapore Press Holdings Limited. Co. Regn. No. 198402868E. Anggota Pengedaran Biro Audit Singapura. Perkhidmatan Pengguna (Pengedaran): 6388-3838, [email protected], Faks: 6746-1925.