PENYUSUAN IBU ADALAH KESIAPSIAGAAN BENCANA...tahun tempoh penyusuan ibu dikaitkan dengan pengurangan...

13
PENYUSUAN IBU ADALAH KESIAPSIAGAAN BENCANA Translation by: Nor Kamariah Mohamad Alwi, IBCLC Reviewed by: Khatim Hamidon Dr. Magdalena Whoolery - MCH-IYCF Consultant

Transcript of PENYUSUAN IBU ADALAH KESIAPSIAGAAN BENCANA...tahun tempoh penyusuan ibu dikaitkan dengan pengurangan...

Page 1: PENYUSUAN IBU ADALAH KESIAPSIAGAAN BENCANA...tahun tempoh penyusuan ibu dikaitkan dengan pengurangan sebanyak 4.3% risiko barah payudara. Sama ada kita berhadapan dengan kecemasan

PENYUSUAN IBU ADALAH KESIAPSIAGAAN BENCANA

Translation by: Nor Kamariah Mohamad Alwi, IBCLC

Reviewed by: Khatim Hamidon

Dr. Magdalena Whoolery - MCH-IYCF Consultant

Page 2: PENYUSUAN IBU ADALAH KESIAPSIAGAAN BENCANA...tahun tempoh penyusuan ibu dikaitkan dengan pengurangan sebanyak 4.3% risiko barah payudara. Sama ada kita berhadapan dengan kecemasan

PENYUSUAN IBU ADALAH KESIAPSIAGAANBENCANA

KEHAMILAN – KELAHIRAN – PEMAKANAN BAYI DAN ANAK KECIL

Page 3: PENYUSUAN IBU ADALAH KESIAPSIAGAAN BENCANA...tahun tempoh penyusuan ibu dikaitkan dengan pengurangan sebanyak 4.3% risiko barah payudara. Sama ada kita berhadapan dengan kecemasan

Bersedia dengan mempelajari tentangpenyusuan ibu. Anda boleh mencari rakanpenyusuan dengan menyertai kumpulansokongan dalam talian. Melalui kumpulan inianda boleh menerima galakan danmaklumat. Hubungi kumpulan sokonganipenyusuan ibu di daerah anda. La LecheLeague International (LLLI) adalah sebuahrangkaian pertubuhan kumpulan sokongan,menyediakan maklumat berasaskan bukti,boleh diperolehi percuma di atas talian.Anda mencari sokongan? Mulakan carian‘LLL leader’ terlatih di dalam laman webmereka, di bahagian ‘Get Help’ – ‘Support’.

KEHAMILAN

Page 4: PENYUSUAN IBU ADALAH KESIAPSIAGAAN BENCANA...tahun tempoh penyusuan ibu dikaitkan dengan pengurangan sebanyak 4.3% risiko barah payudara. Sama ada kita berhadapan dengan kecemasan

Demi kesihatan dan kesejahteraan  bayi dan anda, mulakan penyusuansejurus kelahiran dalam sejam yang pertama. Teruskan mendakap bayikulit-ke-kulit secara selamat sekurang-kurangnya selama 90 minit,atau selama yang mungkin. Dakapan kulit-ke-kulit bermakna bayi tanpapakaian diletakkan di atas dada ibu yang tidak terlitup dengansebarang kain. Jika sejuk, bahagian belakang bayi boleh diselimutkandengan kain yang bersih dan kering. Pastikan kedua-dua ibu dan bayiboleh bernafas dengan baik (kain tidak menutup muka bayi). Dakapankulit-ke-kulit memberi banyak manfaat kepada semua bayi dan anakkecil; ia tidak terhad semasa waktu kelahiran sahaja.

KELAHIRAN

Page 5: PENYUSUAN IBU ADALAH KESIAPSIAGAAN BENCANA...tahun tempoh penyusuan ibu dikaitkan dengan pengurangan sebanyak 4.3% risiko barah payudara. Sama ada kita berhadapan dengan kecemasan

Semasa kecemasan atau bencana; teruskan penyusuan, elakkanberhenti menyusu, dan dapatkan sokongan, galakan sertamaklumat (lihat bahagian ‘SOKONGAN’ untuk maklumat lanjut).

PENYUSUAN IBU

Page 6: PENYUSUAN IBU ADALAH KESIAPSIAGAAN BENCANA...tahun tempoh penyusuan ibu dikaitkan dengan pengurangan sebanyak 4.3% risiko barah payudara. Sama ada kita berhadapan dengan kecemasan

Pemberian susu formula boleh diberi secara selamat menggunakanCAWAN kepada bayi atau anak kecil di semua peringkat umur.Botol lebih sukar dicuci dan lebih berisiko tinggi memberi kesanjangkitan. Cawan mudah dicuci dan disimpan bersih.Pertimbangkan untuk menyusu semula (relaktasi) terutamanyaketika dalam kecemasan atau bencana. Panduan berasaskan buktitentang penggunaan cawan secara selamat dan penyusuan semulaboleh diperolehi pada pautan di bahagian ‘SUPPORT’.

PEMBERIAN SUSU FORMULA/CAMPURAN

Page 7: PENYUSUAN IBU ADALAH KESIAPSIAGAAN BENCANA...tahun tempoh penyusuan ibu dikaitkan dengan pengurangan sebanyak 4.3% risiko barah payudara. Sama ada kita berhadapan dengan kecemasan

PENGURANGAN TEKANAN – FIZIKAL & EMOSI

Dakapan Kulit-ke-Kulit (SSC) menyebabkan hormon oksitosin dirembes. Hormon inimembantu ibu dan bayi berasa tenang dan santai, walaupun semasa menghadapi krisis.SSC dapat membantu menstabilkan pernafasan, kadar degupan jantung, suhu badan dankadar kandungan gula dalam darah bayi. Bayi kecil boleh kehilangan kestabilan apabiladipisahkan daripada penjaganya, mengakibatkan peningkatan degupan jantung danpernafasan, serta pembakaran kalori secara berlebihan. SSC dapat menyimpan tenagabayi untuk bertambahan berat dan tumbesaran bayi yang sihat. Penyusuan dan SSCadalah satu gabungan yang terbukti secara saintifiknya memberi manfaat sepanjanghayat secara fisiologi, psikologi, pendidikan dan ekonomi.

Pengurangan Tekanan untuk Ibu-Anak Penyusuan ibu dan

Page 8: PENYUSUAN IBU ADALAH KESIAPSIAGAAN BENCANA...tahun tempoh penyusuan ibu dikaitkan dengan pengurangan sebanyak 4.3% risiko barah payudara. Sama ada kita berhadapan dengan kecemasan

KESELAMATAN

Penyusuan ibu adalah jaminan keselamatan makanan untuk bayi. Susu ibu mengandungiantibodi yang melindungi bayi dan anak kecil daripada jangkitan virus dan bakteria.Susu formula tidak mengandungi antibodi. Jika penyusuan ibu diberhentikan danbertukar kepada penggunaan susu formula semasa kecemasan dan bencana, ini akanmenambah risiko keselamatan makanan ke atas bayi dan anak kecil, serta jangkitanpernafasan dan cirit birit.  Susu formula juga bukanlah penyelesaian yang mampan buat ibu daripada golonganpendapatan rendah. Semasa kecemasan, ibu daripada golongan berpendapatan tinggijuga menghadapi kesukaran mendapatkan bekalan susu formula di kedai.Pertimbangkan untuk menghulurkan bantuan sokongan penyusuan semula ataupemberian susu formula menggunakan cawan. (Lihat bahagian ‘SUPPORT’).

Pemakanan, Perlindungan & Pertahanan Imuniti

Page 9: PENYUSUAN IBU ADALAH KESIAPSIAGAAN BENCANA...tahun tempoh penyusuan ibu dikaitkan dengan pengurangan sebanyak 4.3% risiko barah payudara. Sama ada kita berhadapan dengan kecemasan

MENINGKATKAN PENGHASILAN SUSU

Susu anda dihasilkan berdasarkan ‘penghasilan dan permintaan’. Ini bermakna,lebih kerap anda menyusu, lebih banyak tubuh anda menghasilkan susu. Jadimenyusulah. sekerap yang mungkin. Penyusuan pada waktu malam, ketikahormon prolaktin pada tahap yang tinggi, dapat memastikan tubuh andamenghasilkan banyak susu. Lekapan yang dalam dan memposisikan bayi denganbaik semasa menyusu adalah penting dalam penghasilan dan pembekalan susuyang cukup - “Puting menghadap ke Hidung – Perut rapat ke Ibu”. Dakapankulit-ke-kulit yang kerap dapat membantu merembeskan hormon oksitosin yangakan memberi isyarat kepada payudara untuk mengeluarkan susu dengan deras.Payudara yang penuh memberi isyarat untuk memperlambatkan penghasilansusu. Jadi lebih kerap bayi menyusu, lebih banyak susu dikeluarkan daripayudara, maka lebih banyak susu baru akan dihasilkan. Tekanan lembutmenggunakan tangan ke atas payudara semasa bayi sedang menyusu dapatmembantu bayi mendapatkan lebih banyak susu dan meningkatkanpertambahan berat bayi yang mencukupi.

Bekalan susu - persoalan lazim dalam kecemasan

Page 10: PENYUSUAN IBU ADALAH KESIAPSIAGAAN BENCANA...tahun tempoh penyusuan ibu dikaitkan dengan pengurangan sebanyak 4.3% risiko barah payudara. Sama ada kita berhadapan dengan kecemasan

Penyusuan ibu menjamin kesihatan jangka masa pendek dan panjang sertakesejahteraan secara umumnya kepada wanita. Ia dapat mengurangkanrisiko kemurungan selepas bersalin dan penyakit tidak berjangkit,termasuklah barah. Penyusuan secara eksklusif, siang dan malam selama 6bulan pertama dapat mengurangkan ovulasi. Ini dipanggil ‘lactationalamenorrhea’ dan ia boleh melewatkan haid. Jika syarat tertentu dipenuhi(dapatkan sokongan untuk maklumat lanjut), ia adalah kaedah merancangkehamilan secara alami yang efektif sebanyak 98%. Ini juga bolehmengurangkan risiko barah payudara dan ovari dengan ketara. Semakin lamapenyusuan ibu, semakin kurang risiko terjadinya barah payudara. Setiaptahun tempoh penyusuan ibu dikaitkan dengan pengurangan sebanyak 4.3%risiko barah payudara. Sama ada kita berhadapan dengan kecemasan atautidak, penyusuan ibu wajar diteruskan selama yang mungkin, terutamanyajika terdapat sejarah barah payudara dalam keluarga.

KESIHATAN IBUIa bukan tentang bayi dan anak kecil sahaja – Ibu juga menerima manfaatnya!

Page 11: PENYUSUAN IBU ADALAH KESIAPSIAGAAN BENCANA...tahun tempoh penyusuan ibu dikaitkan dengan pengurangan sebanyak 4.3% risiko barah payudara. Sama ada kita berhadapan dengan kecemasan

Penyusuan ibu bukan hanya tentang pemakanan, dan dakapan kulit-ke-kulit (SSC) bukansekadar menstabilkan bayi. Kedua-dua amalan itu adalah bantuan sokongan berdasarkanbukti yang dapat membantu perkembangan otak manusia. Ia memupuk ikatan sihat danmembantu bayi serta anak kecil bukan sekadar hidup sihat malah berkembang maju.Dalam kecemasan, menyusu lebih kerap adalah satu tindakan bijak – demi keselesaan danperhubungan. Gunakan penjagaan responsif – bermain, perbanyakkan hubungan mata,mendodoi, bercakap dan menyanyi bersama bayi/anak. Hembuskan keresahan dan hirupkemanisan haruman bayi anda. Perbanyakkan pelukan kasih sayang. Tangisanberpanjangan akan menambah penggunaan tenaga dan menghalang perkembangan otakyang sihat. SSC dan penyusuan ibu dapat menenangkan bayi yang menangis. Pasangananda juga boleh melakukan SSC secara selamat! Gendong bayi dengan selamat denganmemakai alat gendong agar anda bebas melakukan tugasan lain. Malah, jika andamelakukan sentuhan kulit-ke-kulit semasa menggendong bayi, secara tidak langsung, andaboleh menghasilkan lebih banyak susu sambil bergerak bebas dan menambah ikatanbersama bayi.

Penyusuan ibu & Dakapan Kulit-ke-Kulit adalah bantuan sokongan keibubapaan berdasarkan bukti.Jika timbul keraguan, nyahkan ia – Menyusulah!

PENJAGAAN ASUHAN

Page 12: PENYUSUAN IBU ADALAH KESIAPSIAGAAN BENCANA...tahun tempoh penyusuan ibu dikaitkan dengan pengurangan sebanyak 4.3% risiko barah payudara. Sama ada kita berhadapan dengan kecemasan

Untuk sokongan, maklumat dan galakan, hubungi Pembimbing Ibu Menyusu atau Perunding  Laktasi yang diiktiraf.Ramai yang menyediakan bantuan dalam talian secara percuma melalui kumpulan Facebook tertutup, email, telefondan/atau panggilan video. La Leche League juga mempunyai sukarelawan di seluruh dunia dan adalah rakan WHO sertaUNICEF. Laman sesawang mereka menyediakan maklumat berdasarkan bukti berserta kemudahan carian untukmendapatkan bantuan. Maju ke: www.llli.org Ibu yang sedang mengamalkan pemberian susu campuran atau pemberiansusu formula boleh memulakan semula penyusuan ibu melalui proses ‘relaktasi’ (atau cetusan susu bagi ibu yang tidakpernah melahirkan anak). Kunci utama kejayaaan adalah sokongan, keazaman dan ketabahan – berhubunglah dengankumpulan sokongan seperti www.llli.org

Jika anda di Malaysia, boleh berhubung dengan Persatuan Pembimbing Ibu Menyusu Malaysia [email protected]. Jika di Singapura boleh berhubung dengan Breastfeeding Mothers’ Support Group(BMSG) melalui talian hotline dan WhatsApp kaunseling: +65 6339 3558

Maklumat juga boleh diperolehi daripada sumber atas talian lain seperti KellyMom. https://kellymom.com/ages/adopt-relactate/relactation-resources/Jika anda sihat, pertimbangkan untuk membantu ibu dan bayi lain dengan menjadi ibu susuan, atau menderma susulebihan kepada bank susu. Lihat juga – World Health Organization: Infant Feeding in Emergencies : A Guide for Mothers.https://apps.who.int/iris/handle/10665/107984 Poster pemberian susu menggunakan cawan: https://www.llli.org/cup-feeding/

SOKONGAN – Penyusuan ibu adalah Usaha Bersama!

Page 13: PENYUSUAN IBU ADALAH KESIAPSIAGAAN BENCANA...tahun tempoh penyusuan ibu dikaitkan dengan pengurangan sebanyak 4.3% risiko barah payudara. Sama ada kita berhadapan dengan kecemasan

ANDA BOLEH LAKUKANNYA!