2013 DSP KHB78 T2

31
KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU PERTANIAN 78 DOKUMEN STANDARD PRESTASI (DSP) BAGI PENTAKSIRAN SEKOLAH TINGKATAN 2 L LEMBAGA PEPERIKSAAN, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Transcript of 2013 DSP KHB78 T2

Page 1: 2013 DSP KHB78 T2

KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU PERTANIAN 78

DOKUMEN STANDARD PRESTASI (DSP)

BAGI PENTAKSIRAN SEKOLAH TINGKATAN 2

L LEMBAGA PEPERIKSAAN, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Page 2: 2013 DSP KHB78 T2

Cetakan 2013

© Lembaga Peperiksaan

Kementerian Pelajaran Malaysia 2013

Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengubah mana-mana bahagian, artikel, ilustrasi, isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa cara pun tanpa mendapat keizinan bertulis daripada Pengarah Peperiksaan, Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Page 3: 2013 DSP KHB78 T2

KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKA SURAT

1 PENDAHULUAN 1

2

3

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN MATLAMAT MATA PELAJARAN

2

3

3 OBJEKTIF MATA PELAJARAN 3

4 OBJEKTIF PENTAKSIRAN 4

5 TAFSIRAN 5

6 KERANGKA STANDARD PRESTASI 6

7

8

9

PENYATAAN STANDARD STANDARD PRESTASI KHB PERTANIAN PEMETAAN EVIDENS

7

8

26

Page 4: 2013 DSP KHB78 T2

1

PENDAHULUAN Mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu Pertanian merangkumi komponen Reka Bentuk dan Teknologi, Pertanian serta Perniagaan dan Keusahawanan merupakan mata pelajaran wajib Tingkatan 1 hingga 3 di Sekolah Menengah Rendah. Mata pelajaran ini yang digubal berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan sebagai usaha pendidikan ke arah mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran teknologi serta keusahawanan dalam usaha membangun modal insan melalui program pendidikan yang berkualiti dan holistik. Pentaksiran Rujukan Standard bagi mata pelajaran ini merupakan proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu dan boleh buat atau telah menguasai apa yang dipelajari berdasarkan penyataan standard prestasi yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan mengikut tahap-tahap pencapaian seperti yang dihasratkan oleh kurikulum mata pelajaran ini. Pentaksiran Sekolah dalam bentuk pentaksiran formatif dijalankan seiring dengan proses pengajaran dan pembelajaran atau pentaksiran sumatif di akhir proses pembelajaran. Dokumen Standard Prestasi (DSP) bagi mata pelajaran ini dibina dengan komponen teras iaitu Reka Bentuk dan Teknologi dan komponen elektif iaitu Pertanian sebagai panduan untuk guru membimbing murid dan seterusnya mendapatkan maklumat tentang perkembangan individu serta keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dalam pembangunan dan pembentukan modal insan. Adalah diharapkan dokumen ini dapat memberi maklumat yang lengkap dan tepat kepada guru tentang Pentaksiran Rujukan Standard bagi mata pelajaran ini dalam memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekankan tentang pembinaan modal insan yang berteraskan kepada pembangunan jasmani, emosi, rohani dan intelek .

Page 5: 2013 DSP KHB78 T2

2

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu

untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan

kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia,

bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran

keluarga, masyarakat dan negara.

Page 6: 2013 DSP KHB78 T2

3

MATLAMAT MATA PELAJARAN Matlamat mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu adalah untuk melahirkan insan yang berdikari, kenal faham teknologi dan ekonomi serta kreatif, berinisiatif dan yakin diri dalam keadaan teknologi yang sentiasa berubah untuk kehidupan harian.

OBJEKTIF MATA PELAJARAN OM1 Mengamalkan kreativiti, inovasi dan berdaya usaha dalam mereka bentuk dan menghasilkan produk daripada pelbagai bahan seperti

kayu, papan lapis dan bahan komposit.

OM2 Mengamalkan sikap peka terhadap masalah sekeliling dan mendapatkan idea daripada pelbagai sumber untuk mereka bentuk dan

menghasilkan produk.

OM3 Menterjemahkan idea-idea kreatif dan inovatif melalui lukisan teknik.

OM4 Mengenal pasti hidangan dan mengurus sajian.

OM5 Memelihara haiwan kesayangan dan melakukan aktiviti menternak ikan air tawar.

OM6 Memilih bahan, alatan dan perkakas serta menggunakannya dengan teknik yang betul.

OM7 Mengenal pasti cabaran dan kejayaan usahawan serta menilai potensi diri dalam bidang keusahawanan.

OM8 Mengumpul, memproses dan mendokumentasikan maklumat secara sistematik dan menggunakannya dengan bijak dalam membuat

keputusan rekaan dan penghasilan projek.

OM9 Mengamalkan peraturan dan budaya kerja yang baik dan selamat.

(Dipetik daripada Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu Tingkatan 2. (2005). Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia.)

Page 7: 2013 DSP KHB78 T2

4

OBJEKTIF PENTAKSIRAN

Berdasarkan matlamat dan objektif mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu, berikut ialah Objektif Pentaksiran (OP) mata pelajaran yang

dikenal pasti untuk mentaksir penguasaan murid dalam mempamerkan;

OP1 Kebolehan berdikari dalam menjalankan kerja buat sendiri.

OP2 Kenal faham terhadap teknologi yang sentiasa berubah untuk kehidupan harian.

OP3 Kenal faham terhadap ekonomi untuk kehidupan harian.

OP4 Kebolehan mengaplikasikan kemahiran bagi menghasilkan sesuatu projek / produk.

OP5 Kebolehan bagi mengaplikasikan kreativiti untuk mereka bentuk dan menghasilkan sesuatu produk / projek.

OP6 Mengamalkan cara bekerja yang sistematik, bijaksana dan dengan teknik yang betul dengan yakin diri.

OP7 Kebolehan mendokumentasikan maklumat secara bersistem.

(Dipetik daripada Dokumen Format Pentaksiran Kemahiran Hidup Bersepadu Pertanian. (2005). Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran Malaysia.)

Page 8: 2013 DSP KHB78 T2

5

TAFSIRAN

o Band ialah satu label yang digunakan untuk menunjukkan tanda aras tertentu yang disusun secara hierarki digunakan bagi tujuan

pelaporan individu.

o Standard ialah satu penyataan tentang sesuatu domain merujuk kepada tanda aras tertentu dan bersifat generik bagi memberi

gambaran holistik tentang individu.

o Standard Prestasi ialah penyataan tentang tahap perkembangan pembelajaran murid yang diukur berdasarkan standard dan

menunjukkan di mana kedudukan murid dalam perkembangan pembelajarannya. Perkembangan dalam standard itu terbahagi kepada

dua iaitu perkembangan secara mendatar (konstruk) dan perkembangan menegak (band). Perkembangan murid dijelaskan dengan satu

atau lebih qualifier menggunakan perkataan atau rangkai kata yang betul menggambarkan standard dalam bentuk hasil pembelajaran.

o Deskriptor ialah penyataan yang menerangkan apa yang murid tahu dan boleh buat berdasarkan standard di mana kualiti boleh ditaksir

dan dicapai.

o Evidens (murid) ialah penyataan yang menerangkan apa yang murid tahu dan boleh buat bagi sesuatu deskriptor.

o Evidens (bahan) ialah bahan atau apa-apa bentuk bukti yang dapat ditunjukkan oleh murid yang melaksanakan sesuatu tugasan dalam

bentuk produk atau proses seperti foto, grafik, artifak dan laporan.

o Instrumen ialah alat yang digunakan untuk menguji penguasaan atau pencapaian murid bagi sesuatu domain seperti ujian bertulis, ujian

secara lisan, demonstrasI, ujian amali dan lain-lain.

o Pentaksiran Sekolah merupakan pendekatan pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah berdasarkan tugasan, instrumen pentaksiran,

peraturan dan penskoran yang dibangunkan oleh sekolah merujuk kepada Dokumen Standard Prestasi yang dikeluarkan oleh

Lembaga Peperiksaan.

Page 9: 2013 DSP KHB78 T2

6

KERANGKA STANDARD PRESTASI PENYATAAN STANDARD

1

2

3

4

5

6

Tahu Faham Boleh Buat dengan Beradab

Tahu

Faham Tahu

Boleh Buat Faham Tahu

Tahu Boleh Buat dengan Beradab Terpuji

Faham

Tahu Boleh Buat dengan Beradab Mithali

Faham

Page 10: 2013 DSP KHB78 T2

7

PENYATAAN STANDARD

BAND PENYATAAN STANDARD

6 (Tahu, Faham dan Boleh Buat

dengan Beradab Mithali) Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan teknologi, pertanian serta perniagaan dan keusahawanan secara kreatif dan inovatif.

5 (Tahu, Faham dan Boleh Buat

dengan Beradab Terpuji) Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan teknologi, pertanian serta perniagaan dan keusahawanan secara berinisiatif.

4 (Tahu, Faham dan Boleh Buat

dengan Beradab) Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan teknologi, pertanian serta perniagaan dan keusahawanan secara sistematik.

3 (Tahu, Faham dan Boleh Buat)

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan teknologi, pertanian serta perniagaan dan keusahawanan.

2 (Tahu dan Faham)

Mengetahui dan memahami tentang reka bentuk dan teknologi, pertanian serta perniagaan dan keusahawanan.

1 (Tahu)

Mengetahui tentang reka bentuk dan teknologi, pertanian serta perniagaan dan keusahawanan.

Page 11: 2013 DSP KHB78 T2

8

STANDARD PRESTASI KHB PERTANIAN

TINGKATAN 2

Page 12: 2013 DSP KHB78 T2

9

BAND 1

Page 13: 2013 DSP KHB78 T2

10

BAND STANDARD

Penerangan generik tentang tahap perkembangan

pembelajaran

DESKRIPTOR APA murid tahu dan boleh buat

EVIDENS BAGAIMANA murid persembahkan “APA

murid tahu dan boleh buat”

1

Tahu

Mengetahui tentang reka bentuk dan teknologi, pertanian serta perniagaan dan keusahawanan.

Murid boleh: B1D1 Mengetahui tentang reka bentuk dan penghasilan projek. B1D2 Mengetahui tentang asas elektronik. B1D3 Mengetahui tentang asas lukisan teknik. B1D4 Mengetahui tentang masakan.

Murid boleh: B1D1E1 Menyatakan dua jenis bahan pembinaan projek. B1D1E2 Menyatakan dua cara mencantum bahagian projek. B1D2E1 Menyatakan empat simbol komponen elektronik. B1D3E1 Menyatakan empat alatan lukisan teknik. B1D4E1 Menyatakan lima faktor penting dalam merancang menu. B1D4E2 Menyatakan maksud hidangan sepinggan lengkap.

Page 14: 2013 DSP KHB78 T2

11

B1D5 Mengetahui tentang tanaman hiasan. B1D6 Mengetahui tentang haiwan kesayangan. B1D7 Mengetahui tentang ternakan ikan air tawar.

B1D4E3 Menyatakan tiga contoh hidangan sepinggan lengkap. B1D5E1 Menyatakan dua tujuan pemasuan semula tanaman hiasan. B1D5E2 Menyatakan dua ciri tanaman hiasan dalam bekas yang perlu pemasuan semula. B1D6E1 Menyatakan tiga kumpulan haiwan kesayangan. B1D6E2 Menyatakan tiga penyakit biasa pada haiwan kesayangan. B1D7E1 Menyatakan tiga kepentingan menternak ikan air tawar. B1D7E2 Menyatakan empat jenis ikan air tawar. B1D7E3 Menyatakan tiga sistem penternakan ikan air tawar.

Page 15: 2013 DSP KHB78 T2

12

B1D8 Mengetahui tentang asas keusahawanan.

B1D8E1 Menyatakan lima agensi kerajaan yang membantu usahawan.

Menyatakan : Secara lisan atau bertulis.

Page 16: 2013 DSP KHB78 T2

13

BAND 2

Page 17: 2013 DSP KHB78 T2

14

BAND STANDARD

Penerangan generik tentang tahap perkembangan

pembelajaran

DESKRIPTOR APA murid tahu dan boleh buat

EVIDENS BAGAIMANA murid persembahkan “APA

murid tahu dan boleh buat”

2

Tahu dan Faham

Mengetahui dan memahami tentang reka bentuk dan teknologi, pertanian serta perniagaan dan keusahawanan.

Murid boleh: B2D1 Mengetahui dan memahami tentang reka bentuk dan penghasilan projek. B2D2 Mengetahui dan memahami tentang asas elektronik. B2D3 Mengetahui dan memahami tentang asas lukisan teknik. B2D4 Mengetahui dan memahami tentang masakan. B2D5 Mengetahui dan memahami tentang haiwan kesayangan.

Murid boleh: B2D1E1 Menerangkan dua bahan pembinaan projek dari segi sifatnya. B2D2E1 Menerangkan tiga komponen elektronik dari segi fungsinya. B2D3E1 Menerangkan empat alatan lukisan teknik dari segi fungsinya. B2D4E1 Menerangkan lima adab dan sopan semasa makan. B2D5E1 Menerangkan tiga kriteria pemilihan haiwan kesayangan. B2D5E2 Menerangkan dua keperluan asas penjagaan haiwan kesayangan.

Page 18: 2013 DSP KHB78 T2

15

B2D6 Mengetahui dan memahami tentang ternakan ikan air tawar B2D7 Mengetahui dan memahami tentang asas keusahawanan.

B2D5E3 Menerangkan dua penyakit haiwan kesayangan dari segi simptomnya. B2D6E1 Menerangkan dua ciri bagi satu sistem penternakan ikan air tawar. B2D6E2 Menerangkan tiga langkah pelepasan benih ikan air tawar ke dalam kolam atau tangki. B2D7E1 Menerangkan dua agensi kerajaan dari segi bantuan yang diberikan kepada usahawan.

Menerangkan : Secara lisan atau bertulis.

Page 19: 2013 DSP KHB78 T2

16

BAND 3

Page 20: 2013 DSP KHB78 T2

17

BAND STANDARD

Penerangan generik tentang tahap perkembangan

pembelajaran

DESKRIPTOR APA murid tahu dan boleh buat

EVIDENS BAGAIMANA murid persembahkan “APA

murid tahu dan boleh buat”

3

Tahu, Faham dan Boleh Buat

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan teknologi, pertanian serta perniagaan dan keusahawanan.

Murid boleh : B3D1 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan penghasilan projek. B3D2 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang asas elektronik. B3D3 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang asas lukisan teknik. B3D4 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang haiwan kesayangan.

Murid boleh: B3D1E1 Menyediakan jadual kerja. B3D1E2 Menghasilkan projek reka bentuk. B3D2E1 Membaca nilai satu perintang tetap. B3D2E2 Menterjemah semua komponen1 dalam lukisan skematik kepada lukisan bergambar. B3D3E1 Melukis unjuran ortografik. B3D4E1 Menyediakan perumahan untuk sejenis haiwan kesayangan yang dipilih. B3D4E2 Melakukan tiga aktiviti penjagaan haiwan kesayangan.

Page 21: 2013 DSP KHB78 T2

18

B3D5 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang ternakan ikan air tawar.

B3D5E1 Memungut hasil ikan air tawar. B3D5E2 Menggred ikan air tawar. B3D5E3 Membuat pengiraan kos pengeluaran penternakan ikan air tawar.

komponen1 : Minimum empat jenis [perintang, suis, LED, kapasitor, transistor atau pembaz (buzzer)].

Page 22: 2013 DSP KHB78 T2

19

BAND 4

Page 23: 2013 DSP KHB78 T2

20

BAND STANDARD

Penerangan generik tentang tahap perkembangan

pembelajaran

DESKRIPTOR APA murid tahu dan boleh buat

EVIDENS BAGAIMANA murid persembahkan “APA

murid tahu dan boleh buat”

4

Tahu, Faham dan Boleh Buat

dengan Beradab

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan teknologi, pertanian serta perniagaan dan keusahawanan secara sistematik.

Murid boleh : B4D1 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan penghasilan projek secara sistematik. B4D2 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang asas elektronik secara sistematik. B4D3 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang asas lukisan teknik secara sistematik. B4D4 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang ternakan ikan air tawar secara sistematik.

Murid boleh: B4D1E1 Menghasilkan projek reka bentuk mengikut prosedur¹. B4D2E1 Membaca nilai satu perintang tetap mengikut prosedur2. B4D2E2 Menterjemah semua komponen dalam lukisan skematik kepada lukisan bergambar mengikut prosedur3. B4D3E1 Melukis unjuran ortografik mengikut prosedur4. B4D4E1 Memungut hasil ikan air tawar mengikut prosedur5 . B4D4E2 Menggred ikan air tawar mengikut prosedur6 .

Page 24: 2013 DSP KHB78 T2

21

B4D4E3 Membuat pengiraan kos pengeluaran penternakan ikan air tawar mengikut prosedur 7 .

prosedur1 : Melakukan kerja mengukur, menanda dan memotong mengikut urutan. Seterusnya membina, mencantum dan membuat kemasan.

prosedur2 : Bacaan yang tepat. prosedur3 : Komponen dilukis mengikut kedudukan dan kekutuban yang betul. prosedur4 : Kaedah dan teknik yang betul. prosedur5 : Mengikut tempoh matang dan kaedah pungutan hasil yang betul. prosedur6 : Mengasingkan mengikut saiz / berat jenis ikan air tawar. prosedur7 : Butiran dan pengiraan yang tepat.

Page 25: 2013 DSP KHB78 T2

22

BAND 5

Page 26: 2013 DSP KHB78 T2

23

BAND STANDARD

Penerangan generik tentang tahap perkembangan

pembelajaran

DESKRIPTOR APA murid tahu dan boleh buat

EVIDENS BAGAIMANA murid persembahkan “APA

murid tahu dan boleh buat”

5

Tahu, Faham dan Boleh Buat

dengan Beradab Terpuji

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan teknologi, pertanian serta perniagaan dan keusahawanan secara berinisiatif.

Murid boleh : B5D1 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan penghasilan projek secara berinisiatif. B5D2 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang asas lukisan teknik secara berinisiatif.

Murid boleh: B5D1E1 Menghasilkan projek reka bentuk dengan daya usaha1. B5D2E1 Melukis unjuran ortografik dengan daya usaha2.

daya usaha1 : i. Cantuman kukuh. ii. Kemasan sempurna. daya usaha2 : i. Ukuran dan penyambungan garisan objek tepat (had terima ± 1 mm).

ii. Garisan binaan dan garisan objek dilukis dengan betul. iii. Hasil lukisan betul dan bersih.

Page 27: 2013 DSP KHB78 T2

24

BAND 6

Page 28: 2013 DSP KHB78 T2

25

BAND STANDARD

Penerangan generik tentang tahap perkembangan

pembelajaran

DESKRIPTOR APA murid tahu dan boleh buat

EVIDENS BAGAIMANA murid persembahkan “APA

murid tahu dan boleh buat”

6

Tahu, Faham dan Boleh Buat

dengan Beradab Mithali

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan teknologi, pertanian serta perniagaan dan keusahawanan secara kreatif dan inovatif.

Murid boleh : B6D1 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan penghasilan projek secara kreatif dan inovatif.

Murid boleh: B6D1E1 Menghasilkan projek reka bentuk dengan nilai tambah¹.

nilai tambah1 : Penambahan sesuatu bahan yang berfungsi dan mampu menggambarkan idea tersendiri murid.

Page 29: 2013 DSP KHB78 T2

26

PEMETAAN EVIDENS BERDASARKAN BAND DAN TAJUK TERAS

BERDASARKAN BAND TERAS BERDASARKAN TAJUK TERAS BAND DESKRIPTOR EVIDENS BIL.

EVIDENS TAJUK BAND DESKRIPTOR EVIDENS BIL.

EVIDENS

B1

D1 E1, E2 2

REKA BENTUK DAN PENGHASILAN PROJEK

B1 D1 E1, E2 2 D2 E1 1 B2 D1 E1 1 D3 E1 1 B3 D1 E1, E2 2 D4 E1, E2, E3 3 B4 D1 E1 1 D5 E1, E2 2 B5 D1 E1 1

B2

D1 E1 1 B6 D1 E1 1 D2 E1 1

ELEKTRONIK

B1 D2 E1 1 D3 E1 1 B2 D2 E1 1 D4 E1 1 B3 D2 E1, E2 2

B3 D1 E1, E2 2 B4 D2 E1, E2 2 D2 E1, E2 2

LUKISAN TEKNIK

B1 D3 E1 1 D3 E1 1 B2 D3 E1 1

B4 D1 E1 1 B3 D3 E1 1 D2 E1, E2 2 B4 D3 E1 1 D3 E1 1 B5 D2 E1 1

B5 D1 E1 1

MASAKAN B1 D4 E1, E2, E3 3

D2 E1 1 B2 D4 E1 1 B6 D1 E1 1 TANAMAN HIASAN B1 D5 E1, E2 2

JUMLAH 25 JUMLAH 25

Page 30: 2013 DSP KHB78 T2

27

PEMETAAN EVIDENS BERDASARKAN BAND DAN TAJUK ELEKTIF (PERTANIAN)

BERDASARKAN BAND ELEKTIF BERDASARKAN TAJUK ELEKTIF BAND DESKRIPTOR EVIDENS BIL.

EVIDENS TAJUK BAND DESKRIPTOR EVIDENS BIL.

EVIDENS

B1 D6 E1, E2 2

HAIWAN KESAYANGAN B1 D6 E1, E2 2

D7 E1, E2, E3 3 B2 D5 E1, E2, E3 3 D8 E1 1 B3 D4 E1, E2 2

B2 D5 E1, E2, E3 3

TERNAKAN IKAN AIR TAWAR

B1 D7 E1, E2, E3 3 D6 E1, E2 2 B2 D6 E1, E2 2 D7 E1 1 B3 D5 E1, E2, E3 3

B3 D4 E1, E2 2 B4 D4 E1, E2, E3 3

D5 E1, E2, E3 3 ASAS KEUSAHAWANAN

B1 D8 E1 1 B4 D4 E1, E2, E3 3 B2 D7 E1 1

JUMLAH 20 JUMLAH 20

Page 31: 2013 DSP KHB78 T2

Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran Malaysia

Aras 1, 2, 5 – 15, Blok E11, Kompleks Kerajaan Parcel E,

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 Putrajaya

Tel. : 03-88843787

Faks : 03-88843783

Web http://www.moe.gov.my/lpm