20130204150255UJIAN LOMPAT KUADRAN

download 20130204150255UJIAN LOMPAT KUADRAN

of 1

Transcript of 20130204150255UJIAN LOMPAT KUADRAN

  • 7/29/2019 20130204150255UJIAN LOMPAT KUADRAN

    1/1

    Pengukuran Praktikal Ujian Ketangkasan

    UJIAN LOMPAT KUADRAN

    Tujuan : Mengukur prestasi ketangkasan menukar posisi badan dengan cepat

    berdasarkan arahan lompatan.

    Peringkat umur : Pelajar lelaki dan perempuan sekolah rendah, sekolah menengah,

    maktab perguruan dan universiti.

    Kesahan : r=0.87 (Ahmad Hashim, 2003)Kebolehpercayaan : r=0.98 (Ahmad Hashim, 2003)

    Objektiviti : r=0.97 (Ahmad Hashim, 2003)

    Kawasan Ujian : Gelanggang bersimen yang mempunyai keluasan yang mencukupi

    (sekurang-kurangnya 20 kaki panjang dan 20 kaki lebar).

    Alatan : Jam randik dan pita penanda.

    Prosedur :

    i. Subjek berdiri di belakang garisan kecil permulaan yang

    disediakan.

    ii. Petak kuadran ditandakan dengan nombor 1, 2, 3, dan 4.

    iii. Subjek dikehendaki melompat kedua belah kaki ke dalam petak

    mengikut urutan nombor 1, 2, 3 dan 4 dalam masa 10 saat.

    iv. Arahan sedia dan mula diberikan kepada subjek untukmelompat dengan kedua-dua belah kaki dalam petak kuadran

    pertama, kedua, ketiga dan keempat dan balik semula ke petak

    pertama.

    v. Kekalkan corak lompatan begini sehingga arahan berhenti

    diberikan.

    vi. DUA percubaan diberikan dengan rehat antara percubaan.

    Kiraan Skor :

    i. Skor dikira berdasarkan jumlah bilangan mendarat dengan

    kedua-dua belah kaki dalam petak yang betul dalam masa 10 saat.

    ii. Percubaan yang terbaik daripada dua percubaan diambil kira

    sebagai skor ujian setelah ditolak skor bagi setiap kesalahan.Kesalahan :

    i. Setengah mata (1/2) ditolak setiap kali pelaku melakukan

    kesalahan iaitu mendarat dengan kaki menyentuh garisan atau

    mendarat dalam petak yang tidak mengikut urutan sepatutnya.

    Tambahan :

    i. Dua orang penguji diperlukan; seorang pembantu mengira skor

    dan seorang lagi mengira bilangan kesalahan subjek.

    3 2

    1 4

    Mula