2014 - 2020 JINM SASAR Hasil Aktiviti Berimpak Tinggi

20
1 Penghubung Universiti - Industri - Masyarakat 01/2014 JINM Penting Dalam Hala Tuju UPM UPM, Januari, 2014. YBhg. Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat), Prof. Dr.-Ing. Ir. Renuganth Varatharajoo dalam satu temuramah berkata “tahun 2014 sehingga 2020 akan menyaksikan peningkatan komitmen warga UPM dalam fungsi Jaringan Industri dan Masyarakat (JINM) tanpa menjejaskan tumpuan kepada dua fungsi utama UPM, Pengajaran dan Pembelajaran, dan Penyelidikan dan Inovasi”. Beliau yang menerajui fungsi Jaringan Industri dan Masyarakat, UPM manambah Pelan Strategik UPM 2014-2020 yang telah dilancarkan oleh YBhg. Naib Canselor baru-baru ini meletakkan JINM sebagai Matlamat Ke-3, Melonjakkan Perkhidmatan Jaringan Industri dan Masyarakat. Peranan Universiti adalah untuk berkongsi kepakaran dan melaksanakan pemindahan ilmu kepada komuniti menerusi kerjasama strategik Industri dan Masyarakat. Kata beliau “hubungan kerjasama tersebut akan digiatkan lagi pada fasa 2014-2020 menerusi penganjuran program penggemblengan kepakaran selari dengan keperluan dan dasar kerajaan, menangani permasalahan sosial negara dan melaksanakan transformasi untuk kemajuan dan kesejahteraan masyarakat”. Perkembangan JINM UPM Mengimbau perkembangan fungsi Pengembangan di UPM, ia telah bermula sejak awal penubuhan Universiti Pertanian Malaysia pada 1973 dengan tumpuan kepada bidang pertanian dan bertambah kepada lain-lain bidang selari perkembangan UPM. Selepas penubuhan Pejabat Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat) pada 2007, usaha penambahbaikan tertumpu kepada penyusunan fungsi, memperkemaskan struktur pentadbiran dan menyusun semula entiti JINM. Pada fasa tersebut banyak jaringan baharu diwujudkan untuk penempatan pelajar bagi latihan industri serta kebolehpasaran graduan selain menggiatkan program komuniti bersama pakar UPM. Universiti juga telah menubuhkan pusat perkhidmatan baru pada waktu itu untuk menyokong fungsi JINM seperti Pusat Sumber dan Pendidikan Kanser dan Pusat Pengimejan Diagnostik Neukler. Tumpuan Kepada JINM Berimpak Menurut Prof. Renuganth, sistem penilaian petunjuk prestasi utama (KPI) secara berkala oleh Pihak Pengurusan Universiti yang dimulakan pada 2010 bertujuan memantau dan mengukur kualiti aktiviti fungsi utama Universiti telah membuat semua pihak di peringkat pengurusan entiti dan staf sentiasa berusaha meningkatkan pencapaian masing- masing, sekali gus menambahbaik fungsi JINM dari masa ke semasa. Pada 2013, indikator KPI JINM telah mengambil kira pengukuran tahap impak penglibatan staf dalam aktiviti JINM. Ini untuk memastikan aktiviti JINM bukan sahaja berkualiti tetapi memberi impak kepada universiti, industri dan masyarakat. Menurut beliau “buku Industry and Community Engagement: A Universiti Framework telah diterbitkan sebagai panduan dan rujukan berkaitan proses utama dalam melaksana dan mengukur jaringan Industri dan Masyarakat berimpak”. Hubungan strategik dengan Industri hendaklah dilaksanakan selari dengan dasar Kerajaan misalnya merebut peluang yang ditawarkan oleh dasar Program Transformasi Ekonomi (ETP) menerusi 12 Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA), manakala jaringan dengan Komuniti untuk melihat bagaimana UPM boleh menangani permasalahan sosial negara”. “Hubungan strategik dengan Industri dan Masyarakat akan memberi pulangan kepada Universiti menerusi penjanaan pendapatan atau nilai setara untuk tujuan pembangunan Universiti menerusi tiga fungsi utamanya” tambah beliau. 2014 - 2020 JINM SASAR Hasil Aktiviti Berimpak Tinggi pelapor: [email protected] Majlis kolaborasi antara UPM, Volvo Group Malaysia dan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) yang turut dihadiri oleh Y.Bhg. Prof. Dr.-Ing. Ir. Renuganth Varatharajoo, Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat), UPM Sesi menandatangani MoU di antara Universiti Putra Malaysia dan Leap Energy Partner Sdn. Bhd. yang disempurnakan oleh YBhg. Prof. Dato’ Dr. Mohd. Fauzi Hj. Ramlan, Naib Canselor UPM.

Transcript of 2014 - 2020 JINM SASAR Hasil Aktiviti Berimpak Tinggi

1

Penghubung Universiti - Industri - Masyarakat

01/2014

JINM Penting Dalam Hala Tuju UPMUPM, Januari, 2014. YBhg. Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat), Prof. Dr.-Ing. Ir. Renuganth Varatharajoo dalam satu temuramah berkata “tahun 2014 sehingga 2020 akan menyaksikan peningkatan komitmen warga UPM dalam fungsi Jaringan Industri dan Masyarakat (JINM) tanpa menjejaskan tumpuan kepada dua fungsi utama UPM, Pengajaran dan Pembelajaran, dan Penyelidikan dan Inovasi”.

Beliau yang menerajui fungsi Jaringan Industri dan Masyarakat, UPM manambah Pelan Strategik UPM 2014-2020 yang telah dilancarkan oleh YBhg. Naib Canselor baru-baru ini meletakkan JINM sebagai Matlamat Ke-3, Melonjakkan Perkhidmatan Jaringan Industri dan Masyarakat. Peranan Universiti adalah untuk berkongsi kepakaran dan melaksanakan pemindahan ilmu kepada komuniti menerusi kerjasama strategik Industri dan Masyarakat. Kata beliau “hubungan kerjasama tersebut akan digiatkan lagi pada fasa 2014-2020 menerusi penganjuran program penggemblengan kepakaran selari dengan keperluan dan dasar kerajaan, menangani permasalahan sosial negara dan melaksanakan transformasi untuk kemajuan dan kesejahteraan masyarakat”.

Perkembangan JINM UPMMengimbau perkembangan fungsi Pengembangan di UPM, ia telah bermula sejak awal penubuhan Universiti Pertanian Malaysia pada 1973 dengan tumpuan kepada bidang pertanian dan bertambah kepada lain-lain bidang selari perkembangan UPM. Selepas penubuhan Pejabat Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat) pada 2007, usaha penambahbaikan tertumpu kepada penyusunan fungsi, memperkemaskan struktur pentadbiran dan menyusun semula entiti JINM. Pada fasa tersebut banyak jaringan baharu diwujudkan untuk penempatan pelajar bagi latihan

industri serta kebolehpasaran graduan selain menggiatkan program komuniti bersama pakar UPM. Universiti juga telah menubuhkan pusat perkhidmatan baru pada waktu itu untuk menyokong fungsi JINM seperti Pusat Sumber dan Pendidikan Kanser dan Pusat Pengimejan Diagnostik Neukler.

Tumpuan Kepada JINM Berimpak Menurut Prof. Renuganth, sistem penilaian petunjuk prestasi utama (KPI) secara berkala oleh Pihak Pengurusan Universiti yang dimulakan pada 2010 bertujuan memantau dan mengukur kualiti aktiviti fungsi utama Universiti telah membuat semua pihak di peringkat pengurusan entiti dan staf sentiasa berusaha meningkatkan pencapaian masing-masing, sekali gus menambahbaik fungsi JINM dari masa ke semasa. Pada 2013, indikator KPI JINM telah mengambil kira pengukuran tahap impak penglibatan staf dalam aktiviti JINM. Ini untuk memastikan aktiviti JINM bukan sahaja berkualiti tetapi memberi impak kepada universiti, industri dan masyarakat.

Menurut beliau “buku Industry and Community Engagement: A Universiti Framework telah diterbitkan sebagai panduan dan rujukan berkaitan proses utama dalam melaksana dan mengukur jaringan Industri dan Masyarakat berimpak”. Hubungan strategik dengan Industri hendaklah dilaksanakan selari dengan dasar Kerajaan misalnya merebut peluang yang ditawarkan oleh dasar Program Transformasi Ekonomi (ETP) menerusi 12 Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA), manakala jaringan dengan Komuniti untuk melihat bagaimana UPM boleh menangani permasalahan sosial negara”. “Hubungan strategik dengan Industri dan Masyarakat akan memberi pulangan kepada Universiti menerusi penjanaan pendapatan atau nilai setara untuk tujuan pembangunan Universiti menerusi tiga fungsi utamanya” tambah beliau.

2014 - 2020 JINM SASAR Hasil Aktiviti Berimpak Tinggipelapor: [email protected]

Majlis kolaborasi antara UPM, Volvo Group Malaysia dan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) yang turut dihadiri oleh Y.Bhg. Prof. Dr.-Ing. Ir. Renuganth Varatharajoo, Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat), UPM

Sesi menandatangani MoU di antara Universiti Putra Malaysia dan Leap Energy Partner Sdn. Bhd. yang disempurnakan oleh YBhg. Prof. Dato’ Dr. Mohd. Fauzi Hj. Ramlan, Naib Canselor UPM.

2

Ulasan ringkas mengenai hala tuju UPM 2014-2020Secara umumnya JINM telah berjaya meletakkan asas yang kukuh sebagai fungsi Universiti seiring dengan fungsi utama Universiti iaitu Pengajaran dan Pembelajaran, dan Penyelidikan dan Inovasi dan JINM akan berhadapan dengan hala tuju universiti yang lebih mencabar untuk menyokong matlamat dan visi UPM. Pelan Strategik UPM 2014-2020 (Matlamat 3) adalah untuk memperkasakan peranan JINM sejajar dengan keperluan negara dan ini menuntut kualiti penglibatan aktif staf untuk melaksanakan projek Industri dan Komuniti yang berimpak menerusi bidang kepakaran. JINM juga menggalakkan penglibatan staf dalam kumpulan bukan akademik dan pelajar menerusi kekuatan masing-masing. Oleh itu, kita perlu memperkukuhkan usaha kita kerana KPI 2014 memfokuskan kepada aktiviti berimpak tinggi. Saya berharap warga UPM dapat bersama-sama memastikan kelangsungan Pelan Strategik 2014-2020 khususnya Matlamat ke-3 dicapai dengan jayanya menerusi enam (6) Petunjuk Prestasi Utama yang telah digariskan. KPI pada 2014 secara umumnya memberi perhatian lebih kepada kualiti dan impak aktiviti berbanding kuantiti.

Aspirasi Universiti menerusi Penarafan Bintang JINMUPM telah membangunkan instrumen pengukuran impak berlandaskan kepada 1-5 bintang. Penarafan bintang bertujuan untuk meningkatkan lagi keberkesanan peranan UPM kepada masyarakat untuk memastikan faedahnya dirasai oleh kumpulan sasaran. Pengukuran impak melibatkan keperluan membuktikan penglibatan dalam setiap proses projek. Proses pengukuran bermula di peringkat perancangan, pelaksanaan dan status perkembangan projek. Sesuatu aktiviti JINM perlu dipantau dan diukur input, aktiviti dan penghasilan untuk melihat kemajuan berdasarkan penggunaan sumber semasa melaksanakan projek. Pengukuran impak dilihat dari sudut perubahan yang dihasilkan oleh kumpulan sasaran dari segi penambahbaikan dan perubahan tingkah laku atau sikap, tahap pengetahuan, nilai, persekitaran, amalan, cara berfikir dan tindakan, taraf ekonomi dan kesejahteraan hidup dan sebagainya. UPM dan pihak yang memberi pembiayaan untuk sesuatu projek sudah tentu ingin mengetahui setakat mana bantuan yang dilaburkan telah memanfaatkan kumpulan sasaran dan maklumat status pencapaian akan dijadikan bukti. Ketua Projek juga perlu membuat pertimbangan

sama ada meneruskan projek di masa hadapan atau

sebaliknya dan m e m i k i r k a n

penambahbaikan kepada projek

yang akan datang.

Bagaimana program anak angkat yang dinyatakan dalam Pelan Strategik UPM 2014-2020 dilihat sebagai satu jaringan berkesan untuk JINM?Program angkat atau adoption program bukanlah satu konsep baru dalam khidmat komuniti di Malaysia malah di luar negara program seumpamanya dilaksanakan sehingga ke peringkat antarabangsa. Kementerian Pendidikan Malaysia menggalakkan pelaksanaan program angkat di kalangan universiti dan sekolah, malah kebanyakan Fakulti di UPM telah pun mengenal pasti sekolah angkat masing-masing. Program angkat juga boleh melibatkan industri dan komuniti setempat.

Program angkat dilaksanakan selaras dengan sesuatu dasar kerajaan dan dijadikan satu program flagship yang berimpak, bukan aktiviti berbentuk one-off yang tiada kesinambungan. Program angkat melibatkan perancangan berstruktur dan terancang, ada pre-program dan post-program, bersifat kelestarian dan dua hala, berkonsep adopt and nurture, stay connected dan dinilai untuk penambahbaikan berterusan bagi mencapai keberhasilan yang digariskan.

Apakah faktor tarikan utama industri untuk mewujudkan hubungan strategik dengan UPM dengan mengambil kira jaringan Industri sedia ada di UPM.Antara faktor tarikan Industri untuk bekerjasama dengan UPM termasuklah:

• Akseskepadasumbertenagaterlatihdikalangangraduan.• Akses kepada kepakaran staf menerusi perundingan dan

penyelidikan untuk mencari penyelesaian kepada isu operasi dan pembangunan produk Industri terutama melibatkan kepakaran dalam bidang nic (niche) UPM. Sebagai contoh, Al-Syifa’ Lab Sdn. Bhd. sedang bekerjasama dengan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan bagi menguji keberkesanan alat pengesan tisu kanser dengan cepat sebelum ujian mammogram dilakukan.

• Akses kepada peralatan universiti berteknologi terkini misalnyaperalatan pengimejan ultrasound, imbasan CT (64-slice MDCT) dan pengimejan bertindan PET-CT yang terdapat di Pusat Pengimejan Diagnostik Nuklear dan peralatan serta makmal berteknologi tinggi di Institut Biosains, Fakulti Kejuruteraan, Fakulti Sains dan Teknologi Makanan.

• Akses kepada kepakaran bagi latihan berimpak tinggi jangkapendek dalam bidang pengurusan, teknologi dan teknikal. Selain itu, penawaran program pengajian siswazah UPM misalnya kedoktoran profesional (PhD. Industri) juga telah menarik minat Industri untuk menghantar staf melanjutkan pengajian di UPM.

• PerananIndustridalamtanggungjawabsosialkorporat(CSR)untukmeluaskan penjenamaan Industri menerusi program meningkat kualiti hidup, amalan inovasi dan kreatif serta perkongsian amalan terbaik Industri, sebagai contoh Yayasan Sime Darby (YSD) telah mengilhamkan projek Student Experiential Work yang melibatkan 25 pelajar bekerja di waktu lapang di UPM yang dibiayai oleh YSD, dan syarikat Mitsubishi pula menjalankan projek menanam pokok selaras kempen persekitaran hijau.

PELAN STRATEGIK UPM 2014-2020: MATLAMAT KE-3, MELONJAKKAN PERKHIDMATAN JARINGAN INDUSTRI DAN MASYARAKATWawancara Bersama Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri Dan Masyarakat), Prof. Dr.-Ing. Ir. Renuganth Varatharajoo

Pelapor: [email protected]

3

UPM bergantung kepada Industri untuk penjanaan pendapatan bagi membiayai aktiviti JINM. Proses mendapat pembiayaan dari Industri kadang kala lebih mudah kerana tidak memerlukan proses bidding. Kerjasama Industri-Universiti selalunya berlandaskan kepada konsep ‘menang-menang’ dengan kedua-dua pihak mendapat manfaat hasil dari sesuatu kerjasama.

Isu dan cabaran JINM menjalankan projek melibatkan isu NegaraCabaran utama UPM adalah mendapatkan penglibatan Industri dan Komuniti untuk sama-sama menangani masalah sosial negara. Perancangan dan pelaksanaan projek menangani masalah sosial tidak mudah kerana program institusi pengajian tinggi tidak direka bentuk untuk meneliti masalah sosial. Selain itu, usaha ini memerlukan penglibatan ramai pihak secara kolektif dan melibatkan implikasi peraturan dan undang-undang. Bagaimanapun, saya yakin banyak Industri dan Komuniti berminat untuk bekerjasama dengan UPM untuk tujuan tersebut. Berdasarkan kepada senario sekarang, telah banyak Industri bekerjasama dalam isu negara misalnya penglibatan Setia Haruman Sdn. Bhd. dalam pembangunan modal insan dan kebolehpasaran graduan untuk Industri di Cyberjaya.

Pandangan berkaitan pembudayaan staf UPM dalam aktiviti JINM. Pembudayaan staf UPM dalam aktiviti JINM masih rendah terutama bagi aktiviti berimpak tinggi dan program flagship JINM. Budaya menjalankan aktiviti JINM perlu dipertingkatkan dan diberi perhatian selaras dengan hala tuju JINM bagi 2014-2020.

Secara umumnya, jika ditinjau dari sudut kuantiti aktiviti JINM yang dijalankan pada 2013 berbanding tahun sebelumnya, terdapat peningkatan aktiviti JINM dengan kadar kenaikan ketara iaitu 74% secara perbandingan 2013 (2,478 aktiviti) dan 2010 (650 aktiviti).

Bagaimanapun berdasarkan kepada bilangan dan peratusan staf yang menjalankan projek flagship Industri dan Masyarakat yang dibiayai oleh Geran Pemindahan Ilmu (KTP), Kementerian Pendidikan Malaysia, peratusannya amat rendah iaitu hanya 35 projek aktif sahaja yang dijalankan dari keseluruhan 1,675 atau 2.1% staf akademik UPM yang terlibat.

Selain itu, berdasarkan bilangan staf yang menjalankan aktiviti JINM berimpak tinggi (jaringan Industri 4-5 bintang dan jaringan Komuniti 3-5 bintang) juga masih lagi rendah. Secara keseluruhannya staf yang mencapai tahap 4 bintang dalam aktiviti JINM adalah 166 (9.4 %) staf dan 5 bintang adalah 7 (0.1%) staf dari keseluruhan 2,478 staf yang terlibat di dalam projek JINM pada 2013.

Antara usaha untuk meningkatkan pembudayaan Jaringan Industri dan Masyarakat di kalangan staf UPM adalah:-• Membangunkankapasiti dalamanmelalui latihandankemahiran

membina jaringan dalam program JINM.• MembangunkandirektorikepakaranJINMUPMdane-Extension

UCTC. Aktiviti JINM tidak terhad dijalankan secara outbound iaitu pensyarah mencapai industri dan komuniti tetapi juga berlaku secara inbound iaitu pihak luar mencapai pakar di kampus.

• Memberipengiktirafankepadastafdalamkerja-kerjaJINMmenerusiproses kenaikan pangkat dan penilaian prestasi tahunan.

Bismillahirahmanirahim.

Assalamualaikum Warahmatullahi Ta’ala Wabarakatuh, Salam Sejahtera.

Syukur Alhamdulillah, kita berkesempatan untuk bersama-sama berkongsi pengalaman kecemerlangan dalam melaksanakan aktiviti Jaringan Industri dan Komuniti (JINM) dalam keluaran buletin JARINGAN 01-2014.

Diharap tidak terlambat untuk Sekretariat mengucapkan Selamat Tahun Baharu 2014 kepada semua warga UPM dengan harapan tahun ini akan membawa kesejahteraan, kebahagiaan dan kecemerlangan kepada warga kampus dalam melaksanakan aktiviti JINM. Bersempena tahun baharu ini, buletin JARINGAN juga berwajah baru dengan mengambil kira aspek penjimatan kos penerbitan.

Keluaran pertama buletin JARINGAN Tahun 2014 ini memaparkan artikel wawancara khas dengan

YBhg.Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat), Prof. Dr.-Ing. Ir. Renuganth Varatharajoo berkaitan hala tuju JINM pada 2014 bersempena dengan fasa baharu Pelan Strategik UPM 2014-2020 yang dilancarkan oleh YBhg. Dato’ Naib Canselor, UPM baru-baru ini. Tahun 2014 dianggap lebih mencabar bagi JINM untuk melaksanakan aktiviti jaringan industri dan komuniti yang berimpak terutamanya dalam kekangan kewangan dan langkah penjimatan kerajaan dan universiti, namun masih banyak peluang penjanaan pendapatan yang boleh diterokai dari pihak Industri.

Sekretariat juga berharap agar wakil PTJ dapat menyumbangkan lebih banyak berita berkaitan aktiviti berimpak bagi berkongsi pengalaman dalam menjayakan aktiviti JINM.

“Berilmu Berbakti”

Sekretariat Penerbitan Buletin JARINGAN

TahunJaringan Industri

Jaringan Komuniti

Jumlah besar

2013 2,478 383 2,861

2012 1,881 215 2,096

2011 1,758 406 2,164

2010 650 150 800

% kenaikan pada 2013 berbanding 2010

74% 60% 72%

Matlamat OBJEKTIF STRATEGIK KPI

Melonjakkan Perkhidmatan

Jaringan Industri Dan Masyarakat

Memperkasakan peranan jaringan industri dan masyarakat sejajar dengan keperluan negara dan antarabangsa

1i) Jaringan Industri berimpak tinggi (5 bintang)

ii) Jaringan Komuniti berimpak tinggi (4-5 bintang)

2 Bilangan Geran Penyelidikan dan Pengembangan JINM

3Kualiti penglibatan dan bilangan staf:i) Industri (3-5 bintang); danii) Komuniti (2-5 bintang)

Menyebarluaskan kepakaran universiti untuk industri dan komuniti melalui JINM

4 Bilangan Program Angkat secara komprehensif

5 Program JINM di arena antarabangsa

Menjana pendapatan untuk menyokong aktiviti JINM6

Penjanaan Pendapatan atau nilai yang setara (in-kind)

Jumlah pendapatan Tabung Amanah JINM

Inti pati Pelan Strategik UPM 2014-2020: Matlamat Ke-3, Melonjakkan Perkhidmatan Jaringan Industri Dan Masyarakat

[email protected] | [email protected]

4

Serdang, 30 November 2013. Kementerian Pendidikan Malaysia

(KPM) telah melancarkan Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC)

peringkat kebangsaan di Dewan Besar Universiti Putra Malaysia. Majlis

pelancaran telah disempurnakan oleh Menteri Pendidikan II Malaysia,

YB. Dato’ Seri Idris bin Jusoh. Dalam ucapannya, beliau berkata tujuan

utama inisiatif ini dilaksanakan adalah untuk memastikan kerajaan dapat

menyediakan perkhidmatan terbaik kepada rakyat melalui Strategi

Lautan Biru Nasional (NBOS) yang menekankan kepada pelaksanaan

berkos rendah, pantas, berimpak tinggi dan mampan. Beliau menambah,

idea awal penubuhan UCTC telah dibentangkan di hadapan YAB

Perdana Menteri Malaysia dalam Mesyuarat NBOS pada 21 November

2012, merupakan retetan penubuhan Rural Transformation Centre

(RTC), Urban Transformation Centre (UTC) dan Mobile Community

Transformation Centre (MCTC).

Beliau menegaskan bahawa penubuhan UCTC akan memberi manfaat

besar kepada pelajar dan masyarakat untuk sentiasa berpeluang

mengikuti program yang dianjurkan. Peluang seperti ini juga merupakan

satu langkah mentransformasikan masyarakat sekaligus dapat

membentuk masyarakat yang berpotensi dan memberi kemajuan

kepada negara. Penyertaan pelajar dalam program UCTC akan memberi

nilai tambah kebolehpasaran kepada graduan. Menurut YB. Dato’ Seri

Idris bin Jusoh, pada peringkat permulaan UCTC akan menawarkan

perkhidmatan seperti fasiliti sukan, fasiliti umum, kursus jangka pendek,

pakej pelancongan kampus, program latihan keusahawanan untuk

pelajar, latihan industri untuk pelajar, khidmat nasihat pakar dan program

sukarelawan kepada komuniti.

Enam IPTA telah menubuhkan UCTC masing-masing dan telah

beroperasi iaitu Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Sains

Islam Malaysia (USIM), Universiti Malaysia Perlis (UMP), Universiti Tun

Hussein Onn (UTHO), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti

Malaya (UM) di samping beberapa lagi Universiti sedang dalam proses

penubuhan UCTC masing-masing.

Dalam Majlis tersebut, YB. Menteri Pendidikan II juga melancarkan dua

buah buku terbitan UPM iaitu buku “Industry-Community Framework

Engagement: A University Framework” yang diusahakan oleh Pejabat

Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat) dan buku

“Transformasi Pertanian Bandaran” oleh UCTC, UPM.

Turut hadir sama pada majlis ini adalah Ketua Setiausaha KPM, Datuk

Dr. Madinah bt Mohamad, Ketua Setiausaha II KPM, Dato’ Seri Ir. Dr.

Zaini Ujang, Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat)

Prof. Dr.-Ing. Ir. Renuganth Varatharajoo yang mewakili Naib Canselor

UPM, pegawai utama universiti dan wakil-wakil universiti tempatan.

Menteri Pendidikan II juga meluangkan masa untuk melawat pameran

yang disertai oleh beberapa universiti tempatan.

PUSAT TRANSFORMASI KOMUNITI UNIVERSITI (UCTC) DILANCARKANPelapor: [email protected] [email protected]

SETIA HARUMAN SDN. BHD. BANTU KEBOLEHPASARAN GRADUAN DI INDUSTRI BERIMPAK TINGGI DI CYBERJAYA Pelapor: [email protected]

Cyberjaya, 3 Disember 2013. Seramai 74 graduan dari

Institusi Pengajian Tinggi (IPT) termasuk 10 pelajar UPM

telah berjaya menamatkan program Industri-Academia

Programme (IAC) anjuran Setia Haruman Sdn. Bhd. (SHSB).

Pelatih graduan tersebut telah diraikan dalam ‘Majlis Penutup

dan Pembentangan Hasil Program IAC’ di Cyberview Resort

and Spa. Majlis ini turut dihadiri oleh wakil dari IPT, Industri

serta jurulatih yang terlibat dalam IAC. Hadir sama dalam

Majlis tersebut adalah Pengerusi SHSB, YBhg Tan Sri Datuk

Hj. Mustapha Kamal bin Hj. Abu Bakar, dan Timbalan Naib

Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat) UPM, Prof.

Dr.-Ing. Ir. Renuganth Varatharajoo. Program IAC tersebut

bertujuan memberikan kemahiran tambahan kepada

graduan sebagai usaha mendapatkan tenaga kerja mahir

berdasarkan spesifikasi kemahiran yang diperlukan oleh

industri berimpak tinggi di Cyberjaya.

IAC melibatkan penyertaan lima buah IPT yang dipadankan

dengan empat Industri berlokasi di Cyberjaya iaitu UPM-AIA,

Universiti Malaya-IBM, UiTM-HSBC, dan UUM serta Taylors-

Shell. Peserta IAC tersebut terdiri dari pelajar prasiswazah

tahun akhir IPT yang dipilih menerusi saringan resume dan

temu duga oleh pihak Industri. Seramai 10 peserta yang

terpilih dari UPM terdiri dari dua pelajar Fakulti Ekonomi

dan Pengurusan, lima pelajar Fakulti Sains, dua pelajar

Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan dan seorang pelajar

dari Fakulti Pertanian. Program ini dibiayai sepenuhnya

oleh SHSB dengan anggaran kos bagi seorang peserta

adalah RM15,000.00. Program ini merupakan satu inisiatif

penglibatan pihak Industri dalam isu nasional untuk sama-

sama membantu Kerajaan dalam menyediakan tenaga kerja

mahir. Program tersebut dijalankan selama tiga bulan dari

Ogos sehingga November 2013 di Cyberjaya dan Bukit

Merah Lake Town Resort, Perak dengan melibatkan tenaga

5

jurulatih dari ICEM Learning and Development Sdn. Bhd., Kirkby

International College dan pihak Industri sendiri.

Dalam ucapan pembukaan, Tan Sri Mustapha Kamal menyatakan

pada 2016 Cyberjaya akan menjadi bandar serba lengkap dengan

kemudahan infrastruktur moden untuk menyokong pelaburan

sektor Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) bagi menarik

Industri berimpak tinggi terutamanya syarikat multinasional

(MNC). Cyberjaya juga berupaya menampung sehingga 100,000

penduduk. Kata beliau lagi, SHSB perlu memastikan sumber

pekerja berkemahiran tinggi adalah mencukupi pada masa kini

dan akan datang bagi menyokong operasi perniagaan. Cyberjaya

merupakan Bandar pertama di Malaysia berstatus Multimedia

Super Corridor (MSC) yang menempatkan syarikat dan Industri

MNC yang menawarkan pekerjaan kepada tenaga mahir seterusnya

menjadi pemangkin ke arah negara berpendapatan tinggi. Antara

MNC yang sedang beroperasi di Cyberjaya antaranya adalah

Ericsson, Dell, Shell, HSBC, Hewlett-Packard, T-Systems, DHL,

IBM, AIA, dan AMD.

Menurut Tan Sri Mustapha lagi, fasa pembangunan Cyberjaya

seterusnya adalah untuk membangunkan 1,000 ekar tanah

di Cyberjaya dan menjelang 2020 disasarkan kira-kira 60,000

peluang pekerjaan akan ditawarkan kepada pekerja berkemahiran

tertentu. Beliau berharap agar kekosongan jawatan tersebut dapat

diserapkan kepada graduan tempatan yang berpengetahuan

dan berkemahiran termasuk kemahiran insaniah bagi memenuhi

keperluan industri berimpak tinggi.

Tan Sri Mustapha menyatakan “kebanyakan kekosongan kerja

berkemahiran tinggi di Cyberjaya diisi oleh warga asing, oleh itu,

SHSB perlu merancang dari sekarang untuk menyediakan tenaga

mahir di kalangan warga Malaysia. Bagi mencapai hasrat ini, SHSB

memerlukan sokongan penuh daripada pihak kerajaan, IPT dan

Industri” jelasnya.

Di akhir Majlis tersebut, wakil SHSB membentangkan hasil program

IAC. Program ini telah berjaya memenuhi objektifnya dengan 62

(84%) peserta telah diserap bekerja oleh Industri yang dipadankan

sebaik menamatkan program IAC. Seramai 12 peserta (16%)

sedang menunggu temu duga dengan syarikat lain. Bagi peserta

UPM, 6 orang diserap bekerja dengan AIA, seorang dengan HSBC

manakala tiga lagi masih menunggu peluang pekerjaan.

Bagi peserta yang belum ditawarkan pekerjaan, mereka kini lebih

bersedia berhadapan dengan pasaran kerja berdasarkan kemahiran

yang diperoleh dari program IAC. Pihak SHSB akan meneruskan

model IAC yang dikenali sebagai Graduate Employment and

Matching (CGEE) bagi mendapatkan sumber tenaga mahir. SHSB

akan menyediakan satu laporan lengkap untuk dibentangkan

kepada pihak Kerajaan. SHSB mencadangkan program tersebut

diteruskan pada masa hadapan dan menyasarkan 10,000 pelajar

tahun akhir IPT akan menjalani IAC untuk tempoh 2014-2017.

GARIS PANDUAN HUBUNGAN BERIMPAK UNIVERSITI-INDUSTRI-KOMUNITI DITERBITKAN

Pelapor:[email protected]

UPM, Serdang, 30 November 2013. Bagi meletakkan UPM ke

landasan lebih kukuh dalam jaringan Industri dan Masyarakat bagi

membantu menangani pelbagai masalah sosial, Pejabat Timbalan

Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat) telah menerbitkan

buku “Industry-Community Framework Engagement: A University

Framework”. Buku ini telah dilancarkan, oleh YB. Dato’ Seri Idris bin

Jusoh, Menteri Pendidikan II Malaysia bersempena Majlis Perasmian

Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC) bagi enam Universiti di

Malaysia yang diadakan di UPM, Serdang, Selangor.

6

Buku ini memperincikan pendefinisian konsep, objektif dan set

tindakan proses kerjasama serta pengukuran impak hubungan

Universiti-Industri-Komuniti bagi program yang dijalankan untuk

menangani masalah sosial semasa Negara dan lain-lain program yang

berkisar kerjasama industri dan komuniti. Usaha penerbitan buku

ini bermula pada Mac 2013 dengan sesi perbincangan melibatkan

Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat), Pusat

Hubungan dan Jaringan Industri (CiRNeT), Pusat Transformasi

Komuniti Universiti (UCTC) dan Fakulti Ekologi Manusia serta

pakar psikologi, sosiologi dan kaunselor dari fakulti berkaitan bagi

membincangkan tahap intensiti masalah sosial semasa di Malaysia.

Buku ini membincangkan konteks hubungan dan jaringan di peringkat

universiti-industri, Universiti-Komuniti atau Universiti-Industri-

Komuniti. Buku ini juga memaparkan pemetaan masalah sosial dari

sudut permasalahan makro dan mikro, dengan harapan pihak Industri

dan Komuniti dapat bersama-sama warga kampus menyumbang

sumber, kekuatan dan kepakaran dengan mencari punca dan

penyelesaian bagi mengurangkan masalah sosial semasa negara.

Dari aspek hubungan Universiti-Industri pula, program yang

dilaksanakan perlu menyokong dasar kerajaan misalnya Program

Transformasi Ekonomi (Economic Transformation Program-ETP)

yang menggariskan 12 Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) yang

berpotensi untuk menjadikan Malaysia sebuah negara berkapita

tinggi. 12 Bidang NKEA tersebut adalah Minyak, Gas dan Tenaga,

Getah dan Minyak Sawit, Perkhidmatan Kewangan Pelancongan,

Perkhidmatan Perniagaan, Elektronik dan Elektrik, Borong dan

Runcit, Pendidikan, Kesihatan, Teknologi Maklumat dan Komunikasi,

Pertanian dan Greater Kuala Lumpur.

Buku ini membincangkan proses kerjasama strategik Universiti-

Industri-Komuniti. Dalam hubungan tersebut melibatkan peranan

pusat pengajian tinggi dalam menyalurkan tenaga kerja mahir,

teknologi dan kepakaran kepada pihak industri dan komuniti. Pihak

Industri sebaliknya menyumbang dalam pelbagai bentuk sumber

sama ada teknologi, kepakaran, kemudahan, khidmat nasihat

dan maklumat, kewangan dan peluang-peluang pelaburan dan

perniagaan yang memberi nilai tambah kepada warga universiti,

komuniti dan persekitaran.

Buku ini memaparkan kerangka yang menggariskan proses dan tahap

penglibatan Universiti dengan Industri dan Komuniti dari permulaan

intervensi sehingga penghasilan kolaborasi yang memberi faedah

kepada semua pihak. Penglibatan berimpak Industri - Universiti -

Komuniti lazimnya memperlihatkan komitmen ke arah kelestarian

projek untuk faedah jangka panjang kepada pihak yang terlibat.

Prof. Dr. -Ing. Ir. Renuganth Varatharajoo, Timbalan Naib Canselor

(Jaringan Industri dan Masyarakat), UPM menerusi aluan beliau

dalam Buku ini berharap warga UPM dapat menyumbang kepakaran

mereka bagi menangani permasalahan sosial negara. Beliau juga

menggalakkan warga kampus merujuk kepada Buku ini untuk

mengetahui proses yang terlibat bagi penghasilan jaringan Industri

dan Masyarakat yang berkesan. Beliau berharap semua aktiviti yang

dijalankan dapat diukur untuk mengetahui status dan tahap prestasi

agar warga UPM sentiasa berusaha memberikan sumbangan yang

bermakna menerusi aktiviti jaringan industri dan masyarakat yang

berimpak.

BUKU ‘TRANSFORMASI PERTANIAN BANDARAN’ BERI INSPIRASI KEPADA MASYARAKAT BANDAR

Pelapor:[email protected]

UPM, Serdang, 30 November 2013. Dalam usaha menyokong agenda

pertanian UPM, Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC) UPM

telah menerbitkan buku Transformasi Pertanian Bandaran yang telah

dilancarkan oleh Menteri Pendidikan II Malaysia, YB. Dato’ Seri Idris

bin Jusoh bersempena Majlis Perasmian Pusat Transformasi Komuniti

Universiti (UCTC) peringkat kebangsaan yang berlangsung di UPM,

Serdang.

7

Penerbitan buku ini bertujuan menggalakkan masyarakat bandar

dan pinggir bandar untuk menanam bahan makanan sendiri dan

menghasilkan sumber makanan sihat untuk keluarga. Buku ini

memberi idea kepada komuniti untuk meneroka amalan terbaik

Pertanian Bandaran yang melibatkan kawasan terhad seperti

kawasan terbiar, sudut atau ruang kosong termasuk atas bumbung

di rumah atau bangunan. Konsep Pertanian Bandaran antara

lainnya bertujuan menyemai kesedaran keselamatan makanan dan

meningkatkan kesihatan menerusi penggunaan pertanian organik

dan kaedah penanaman mudah menerusi bahan terpakai. Amalan

penanaman bahan makanan asas secara sendiri juga dapat membantu

menjimatkan kos perbelanjaan keluarga.

Buku yang diusahakan oleh UCTC ini memberi panduan berkaitan

langkah-langkah terperinci bercucuk tanam bagi penghasilan

pertanian yang berkualiti dan selamat untuk dimakan. Buku ini juga

menggariskan strategi untuk menggalakkan amalan pertanian di

kalangan masyarakat setempat malah penglibatan pihak berkuasa

dalam komuniti untuk menggerakkan aktiviti tersebut. Buku ini

memfokuskan kepada aktiviti komuniti setempat untuk mengusahakan

laman dapur dan laman komuniti yang mengeluarkan bahan makanan

asas seperti serai, kunyit, halia dan ulam-ulaman yang mudah ditanam

menggunakan bahan organik untuk penghasilan bahan makanan

berkualiti dan bersih. Ia juga bertujuan membudayakan penggunaan

semula bahan terpakai untuk penanaman dengan kos yang rendah.

Buku ini sesuai dirujuk oleh semua kumpulan masyarakat meliputi

individu dan komuniti setempat serta pelajar sekolah untuk mempelajari

langkah terperinci memulakan Pertanian Bandaran dari mendapatkan

tapak bercucuk tanam di kawasan terbuka atau menanam menggunakan

bekas, penyediaan tanah, kaedah penanaman, penggunaan sumber

bahan baja dan bahan kawalan perosak dan penyakit, pengaliran,

pembiakan tanaman dan pengurusan tanaman.

UCTC juga menggalakkan penganjuran pertandingan Pertanian

Bandaran untuk membudaya pengamalannya di kalangan masyarakat

misalnya menjadikan landskap di rumah sebagai ‘kitchen garden’

atau ‘edible landscape’ dengan tumbuhan yang boleh dimakan.

INDUSTRI BERI INPUT PELAN STRATEGIK UPM

2014-2020

Oktober 2013, UPM, Serdang. Bahagian Perancang Korporat, UPM telah mengendalikan sesi pembentangan cadangan Pelan Strategik UPM 2014 – 2020 kepada pemegang taruhan terdiri dari pihak Industri, Persatuan Alumni UPM dan pihak komuniti untuk mendapatkan pandangan berkaitan Pelan tersebut. Sesi pembentangan cadangan Pelan Strategik UPM 2014-2020 telah dipengerusikan oleh Prof. Dr.-Ing. Ir. Renuganth Varatharajoo, Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat).

Pelapor:[email protected]

Seramai 54 orang telah hadir mewakili industri dan komuniti dan antara

pihak Industri yang menghantar wakil adalah MDeC, Invest KL dan

FRIM. Wakil Alumni juga tidak ketinggalan memberikan sumbangan

idea mengenai Pelan Strategik UPM supaya nama dan kedudukan

UPM terus tersohor di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Pelan Strategik UPM 2014-2020 yang sedang dirangka menggariskan

5 teras matlamat yang memfokuskan kepada kualiti dan daya

saing graduan, pembangunan penyelidikan, komersialisasi dan

keusahawanan, perkhidmatan jaringan industri dan masyarakat,

agenda pertanian dan kualiti tadbir urus.

UCTC & IPPH

GEMBLENG TENAGA BANTU TINGKATKAN KESEDARAN HALALPelapor : Puan Mahani Amat @ Halimi Pegawai Pertanian (Keusahawanan) Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC)Emel : [email protected]

Serdang, Selangor 3 Disember 2013. Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC) dan Institut Penyelidikan Produk Halal (IPPH) UPM dengan kerjasama IPPJ Sdn Bhd, Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), Jabatan Agama Islam Negeri, Kementerian Kesihatan Malaysia, QSR Brands (M) Sdn. Bhd., dan beberapa agensi setempat telah menganjurkan Siri Jelajah Seminar Keusahawanan dan Pembangunan Halal 2013. Program ini telah diadakan di beberapa lokasi terpilih seperti Selangor (UPM Serdang), Kelantan (Kota Bharu), Sarawak (UPM Bintulu), Pulau Pinang (Bayan Lepas), Sabah (Sandakan) dan Negeri Sembilan (Tampin). Penyertaan peserta di seminar ini adalah secara percuma dan kerjasama erat ini telah bermula sejak tahun 2011 lagi dan ianya lebih aktif diadakan pada tahun ini.

8

Menurut penganjur Program ini, seramai 2,011 orang usahawan Industri Kecil Sederhana (IKS) telah menerima manfaat perkongsian ilmu

berkaitan pensijilan halal dan kepentingan ‘halalan toyyibban’. Peserta yang mengikuti program ini terdiri daripada usahawan yang terlibat di

dalam industri kecil dan sederhana seperti produk pengeluaran makanan, pengusaha restoran, pengusaha hotel, pengusaha rumah sembelihan

dan farmaseutikal.

Seminar ini dilaksanakan bertujuan untuk mendedahkan peserta berkaitan prosedur dan permohonan pensijilan halal serta memahami

kepentingan ‘halalan toyibban’ di dalam perniagaan yang diceburi. Selain itu, seminar ini juga bertujuan meningkatkan kesedaran peserta

berkaitan isu-isu semasa halal dan memadankan peserta dengan agensi-agensi yang terlibat menyertai kaunter maklumat semasa seminar

ini diadakan. Impak dari program ini, peserta bukan sahaja mendapat pengetahuan terkini berkaitan halal, malah boleh membuat permohonan

untuk mendapatkan sijil halal secara atas talian pada masa sekarang.

Pihak UCTC dan IPPH, UPM juga sedang mengatur langkah untuk mengadakan bengkel khas untuk pengusaha yang berpotensi mendapat

pensijilan halal. Pengusaha yang mengikuti bengkel khas ini perlulah menepati beberapa kriteria utama seperti mana yang ditetapkan oleh badan

pensijilan JAKIM. Di akhir bengkel ini, peserta bukan sahaja mempunyai akaun e-halal, malah mampu untuk memantau permohonan halal dan

mengemas kini rekod e-halal sendiri.

Di antara pengusaha IKS yang diberi peluang mempamer dan mempromosikan produk mereka semasa seminar diadakan.

PAKAR UPM – BANTU TINGKATKAN PENGELUARAN AYAM KAMPUNG Pelapor : Puan Hairunnisak Jalil Pegawai Pertanian, Bahagian Keusahawanan Pusat Transformasi Komuniti Universiti UPMEmel : [email protected]

Teluk Intan, Perak, 21 November 2013 – Industri penternakan ayam kampung dilihat sebagai satu bidang perniagaan yang mampu dipelopori oleh pelbagai lapisan masyarakat. Ia merupakan satu bidang usaha yang boleh mendatangkan keuntungan sekiranya ia dijalankan secara terancang, sistematik dan berterusan. Produk ayam kampung seperti daging dan telur dilihat sebagai ‘natural’ dan bebas antibiotik. Pulangan dari perniagaan ayam kampung adalah baik kerana tidak ada kawalan siling harga bagi daging dan telur ayam kampung.

Prof. Madya Dr. Azhar Kasim (Timb. Pengarah Bahagian Keusahawanan) UCTC menerangkan kepada peserta ciri-ciri telor ayam kampung

Penerangan kepada peserta mengenai penyakit ayam kampong

9

Menyedari bahawa permintaan kepada ayam kampung semakin

meningkat, Bengkel Keusahawanan Intensif - Ternakan Ayam Kampung

Siri 1 telah dilaksanakan pada 20-21 November 2013 hasil usaha UCTC

UPM dengan kerjasama Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) bertujuan untuk

meningkatkan pengetahuan dan kemahiran penternak ayam kampung

di bawah bimbingan AIM. Timbalan Pengarah Bahagian Keusahawanan

UCTC, Prof. Madya Dr. Azhar Kasim yang juga pakar dalam bidang

penternakan ruminan terlibat secara langsung dalam mengendalikan

bengkel ini. “Pihak UCTC bersedia menyalurkan khidmat nasihat dan

bimbingan kepada penternak ayam kampung melalui kaedah dan

teknologi yang sesuai diguna pakai mengikut persekitaran semasa.”

katanya pada majlis perasmian bengkel tersebut. Peserta juga

didedahkan dengan latihan teori dan amali di ladang. Melalui lawatan

dan praktikal di ladang, para peserta didedahkan dengan suasana

sebenar serta mempelajari teknik penternakan ayam kampung dengan

betul dan terancang.

Bengkel selama dua hari ini diadakan di Hotel Grand Court, Teluk Intan

dan telah dihadiri seramai 30 orang penternak dari kawasan Hilir Perak.

Turut hadir bersama, Encik Roslan Mohamad, Pengurus Kanan Unit

Pembangunan Usahawan Amanah Ikhtiar Malaysia bagi menyerikan

lagi majlis penutupan Bengkel.

Hotel Equatorial Bangi, 21 – 23 Ogos 2013. Buat julung kalinya Program Pemindahan Ilmu atau “Knowledge Transfer Programme - KTP” telah menganjurkan Persidangan Kebangsaan Pertama Program Pemindahan Ilmu (KTP01) melalui tema “Menzahirkan Masyarakat Berilmu”. Persidangan ini dirasmikan oleh Menteri Pendidikan II, Y.B. Dato’ Seri Idris Jusoh, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Persidangan berlangsung selama dua setengah hari bagi memberi

peluang kepada akademia, pelajar, wakil industri serta komuniti, ketua

korporat dan organisasi kerajaan dan bukan kerajaan untuk berkongsi

ilmu, idea dan kepakaran tentang isu-isu berkaitan pemindahan ilmu

di samping menggalakkan interaksi di antara akademia, industri

serta komuniti. Persidangan ini dianjurkan oleh Sekretariat KTP

IPTA dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Di antara perisiannya ialah taklimat mengenai program pemindahan

ilmu yang disampaikan oleh Prof. Dr. Haslan Abu Hassan selaku

urus setia KTP IPTA dan disusuli dengan pembentangan ucap utama

oleh pihak Northen Corridor Implementation Authority (NCIA), Unit

Perancang Ekonomi (EPU), dan pihak Kementerian Pendidikan

Malaysia di samping pembentangan projek KTP oleh ketua-ketua

projek graduan pelatih (graduate interns) dari IPTA terlibat. Pameran

mengenai projek KTP juga diadakan dan pemamer terbaik turut

menerima hadiah dari pihak penganjur. Para peserta yang hadir

dibekalkan dengan buku Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara

yang mengandungi pengumpulan abstrak projek KTP bagi Pusingan

1 dan 2.

Tujuan persidangan ini ialah untuk melihat dan menilai hasil projek

KTP yang telah dijalankan. Sebanyak 148 projek telah membuat

pembentangan yang meliputi bidang tumpuan utama iaitu pendidikan,

ekonomi, kelestarian dan inisiatif teknologi hijau, kumpulan kelainan

mampu, dan kurikulum komuniti/industri yang relevan (untuk sektor

impak tinggi).

PERSIDANGAN KEBANGSAAN PERTAMA PROGRAM PEMINDAHAN ILMU (KTP01)Pelapor : Junainah A. Manan, Urusetia Pengurusan Geran KTP, UCTCE-mel : [email protected] atau [email protected]

Sesi penyampaian hadiah dan pembentangan projek yang berlangsung dalam Persidangan Kebangsaan Pertama Program Pemindahan Ilmu (KTP01)

10

Serdang, Selangor 13 Sept 2013 – Majlis Pelancaran World Bamboo

Day 2013 adalah pertama kali diadakan untuk meningkatkan hubungan

industri dan masyarakat antara Malaysia dan Korea mengenai

kepentingan buluh dalam kehidupan. Program berteraskan aktiviti

jaringan industri ini telah dilancarkan dan dirasmikan oleh Timbalan

Menteri MOSTI, YB Datuk Dr. Abu Bakar bin Mohamad Diah baru-

baru ini. Hadir sama dalam majlis tersebut adalah Naib Canselor

UPM, YBhg. Prof. Datuk Dr. Mohd. Fauzi Hj. Ramlan.

Fakulti Rekabentuk dan Senibina (FRSB) mewakili UPM telah diberi

kepercayaan sebagai penganjur menjalinkan kerjasama dengan pihak

Malaysian Timber Industry Board (MTIB) dan Global, Innovation

and Entrepreneurship Foundation (GIEF) bagi menjayakan majlis

Bamboo Forum dan Design Day selama dua hari iaitu pada 13 dan

14 September 2013.

Selain itu, FRSB juga menganjurkan acara bagi menguji kemahiran

dan kecekapan para pelajar dalam menyelesaikan satu tugasan

dengan menggunakan sumber buluh. FRSB Design Day ini terbuka

kepada para pelajar IPTA dan IPTS yang berada di sekitar Lembah

Klang. Terdapat tiga kategori yang dipertandingkan dalam acara

FRSB Design Day iaitu Catapult, Derby Race dan Bamboo Ideas

Challenge.

Setiap peserta yang terdiri daripada pelajar IPT perlu membuat

perancangan dalam membina dan menyusun strategi bagi menjayakan

sesuatu tugasan mengikut lukisan kerja yang telah disediakan. Hasil

kerja akhir dinilai berdasarkan kategori idea konsep, kekemasan dan

tempoh masa yang diambil untuk menyiapkan tugasan tersebut.

UPM WORLD BAMBOO DAY 2013 “THE FUTURISTIC BAMBOO”

Majlis pertukaran MOU di antara pihak UPM dengan GIEF bersama Senator Damyang Korea bersempena pelancaran World Bamboo Day 2013 bertempat di Dewan Rekabentuk, Fakulti Rekabentuk dan Senibina, UPM pada 13hb Sept 2013.

Pelapor : Jurina JaafarEmel : [email protected]

Sekumpulan pelajar sedang menguji mekanisma yang dibina dengan menggunakan buluh dalam salah satu pertandingan FRSB Design Day bagi acara Bamboo Catapult.

RALAT

Pembetulan nama syarikat pada berita Buletin JARINGAN Bil. 5 Keluaran 2013, halaman 10 seperti

berikut:

“Zoetis Malaysia Sdn. Bhd. Taja Staf FPV Ikuti PJJ di Australia dan Anjur Seminar Sebagai

Komitmen Tanggungjawab Sosial Korporat kepada Veterinawan”.

Pihak Sekretariat JARINGAN memohon maaf di atas kesilapan ejaan tersebut

11

Banting, 16 November 2013. Laboratori Sains Berkomputasi dan Fizik Bermatematik, Institut

Penyelidikan Matematik (INSPEM) telah berjaya mengadakan Program Amal Bakti pada 16

November 2013 bertempat di Rumah Anak Yatim dan Asnaf As-Solihin, Kanchong Darat, Banting.

Seramai 29 sukarelawan dari kalangan staf, penyelidik dan pelajar INSPEM telah menyertai program

ini. Program ini telah diketuai oleh Prof. Madya Dr. Zanariah Abdul Majid, Ketua Laboratori Sains

Berkomputasi dan Fizik Bermatematik.

Sukarelawan disambut dengan meriah dengan dendangan qasidah dan nasyid oleh anak-anak

yatim dan pengasas Rumah Anak Yatim dan Asnaf iaitu Encik Molyana Mahmud. Program

dimulakan dengan senaman pagi dan diteruskan dengan aktiviti gotong-royong membersihkan

kawasan rumah anak yatim dan membina pusat sumber mini oleh sukarelawan.

Pada masa yang masa, beberapa aktiviti turut dijalankan bersama anak-anak yatim seperti sesi

perkongsian ilmu iaitu ceramah Motivasi Sentuhan Qalbu oleh Prof. Madya Dr. Mat Rofa Ismail.

Majlis diteruskan dengan aktiviti latihan dalam kumpulan. Anak-anak yatim dibahagikan kepada

tiga (3) kumpulan iaitu kumpulan sekolah menengah, sekolah rendah dan tadika. Aktiviti yang

dijalankan adalah tangram, sudoku, mewarna (tadika) dan treasure hunt.

Majlis diteruskan dengan acara penyampaian hadiah kepada pemenang latihan dalam kumpulan

dan setiap anak yatim juga turut menerima sumbangan wang saku. Pihak INSPEM juga turut

menyumbang bantuan kewangan dan sumbangan barang-barang keperluan seperti beras,

barangan dapur, makanan, baju, kasut dan buku. Program diakhiri dengan persembahan silap

mata dan makan tengahari bersama-sama.

STAF INSPEM JALANI TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI RUMAH ANAK YATIM DAN ASNAF AS-SOLIHIN

Sukarelawan INSPEM bergambar bersama Pengasas dan anak-anak di Rumah Anak Yatim dan Asnaf As-Solihin

Pelapor:Puan Nurul Hidayah [email protected]

Sukarelawan mengagihkan makanan untuk makan tengahari bersama-sama

12

Seminar and Workshop on Numerical Analysis 2013 (SAWONA 2013)

SERDANG, 23 – 24 APRIL 2013. Institut Penyelidikan Matematik dengan kerjasama LEAP Energy Malaysia telah berjaya menganjurkan bersama

Seminar and Workshop on Numerical Analysis (SAWONA2013) pada 23 – 24 April 2013 di Dewan Philip Kotler, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, UPM.

Seminar dan bengkel ini telah dirasmikan oleh YBhg. Prof. Dato’ Dr. Kamel Ariffin Mohd Atan, Pengarah INSPEM.

Penganjuran seminar dan bengkel ini juga bersempena program Mathematics of Planet Earth 2013 dan Ulang Tahun INSPEM ke-11. Bersempena

dengan program ini juga telah berlangsung Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) antara UPM dan LEAP Energy Malaysia untuk

bekerjasama bagi membangunkan ide dan penyelesaian baru untuk meningkatkan penggunaan matematik dalam bidang kejuruteraan.

SAWONA2013 merangkumi pembentangan kertas kerja oleh enam orang pembentang jemputan dan bengkel yang disampaikan oleh Prof. Emeritus

John Butcher dari University of Auckland, New Zealand. Encik Laurent Alessio, Pengurus Besar LEAP Energy telah dijemput sebagai salah seorang

penceramah dalam seminar tersebut. Beliau telah membentangkan beberapa masalah sebenar yang timbul dalam bidang kejuruteraan yang

memerlukan kepakaran penyelidik matematik dalam membantu mereka untuk menyelesaikan masalah sebenar dalam kejuruteraan.

Seminar dan bengkel ini adalah yang pertama kali diadakan di rantau ini dan telah dihadiri oleh para penyelidik dalam bidang analisis berangka bagi

berkongsi ide dan pengalaman. Matlamat seminar dan bengkel ini adalah bagi mengenal pasti aktiviti penyelidikan semasa dan terkini dalam bidang

analisis berangka. Seminar ini telah mendapat sambutan menggalakkan dan dihadiri seramai 84 orang peserta dari dalam dan luar UPM. Acara ini juga

memberi peluang untuk memulakan kerjasama baru dan mengumpulkan para penyelidik dalam bidang analisis berangka di rantau ini.

Sebahagian dari peserta yang menghadiri SAWONA2013 Encik Laurent Alessio, Pengurus Besar LEAP Energy sedang menyampaikan seminar.

Pelapor:Puan Nurul Hidayah [email protected]

Penghuni Rumah Anak Yatim dan Asnaf As-Solihin dan sukarelawan begitu tekun menghayati persembahan ‘Magic” oleh Badot.

Sesi perkongsian ilmu “Motivasi Sentuhan Qalbu” yang disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Mat Rofa Ismail

Program ini telah memberi kesan kepada sukarelawan dalam aspek

mensyukuri nikmat kasih sayang dan kekeluargaan. Program ini juga telah

dapat memupuk semangat kerjasama dan memberi kesedaran kepada

warga INSPEM dalam memenuhi tanggungjawab sosial menerusi aktiviti

kemasyarakatan di samping menceriakan anak-anak yatim.

Secara keseluruhannya, program ini telah berjaya mencapai objektif dan

mendapat sambutan yang menggalakkan dari anak-anak yatim dan asnaf

tersebut.

13

10 September 2013, UPM, Serdang. Pusat Hubungan Kerjasama Industri (CiRNeT), UPM dengan kerjasama United States ASEAN Business Council (US-ABC) telah menganjurkan forum yang bertajuk “Advancing ICT” bertempat di Dewan Senat UPM. Forum yang dihadiri oleh 4 orang ahli pengurusan tertinggi US-ABC dan 12 pegawai eksekutif kanan dari beberapa industri gergasi teknologi maklumat (ICT) dari Amerika Syarikat serta 20 wakil dari industri ICT tempatan. Kehadiran peserta Forum dialu-alukan oleh Yang Berbahagia Prof. Datuk Dr. Mohd Fauzi Hj. Ramlan, Naib Canselor UPM.

Forum ini telah menemukan pihak US-ABC, wakil Industri ICT USA dengan para usahawan dan Industri ICT tempatan untuk membincangkan peluang, kekuatan, dan penambahbaikan berterusan untuk mengembangkan pelaburan berasaskan ICT di rantau Asia terutamanya di Malaysia. Antara industri ICT USA yang hadir adalah

dari Apple, AT&T, eBay, HP, Google, Microsoft, Oracle, Qualcomm dan Seagate manakala kehadiran wakil Industri ICT tempatan pula terdiri dari MDeC, CREST, SME Corp, Invest KL, Talent Cooperation, Setia Haruman Sdn. Bhd., dan MIDA serta beberapa institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan.

Forum tersebut telah dipengerusikan oleh YBhg. Prof. Dr.-Ing. Ir. Renuganth Varatharajoo, Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat) UPM dan telah mencapai beberapa resolusi antaranya menyarankan kedua-dua pihak US-ABC dan Industri ICT tempatan untuk meneroka peluang dan kerjasama bersepadu untuk mengembangkan lagi empayar perniagaan dan pelaburan ICT di Malaysia. Resolusi forum juga menyentuh peranan penting IPT awam dalam menyediakan sumber modal insan dan kepakaran menerusi perkhidmatan penyelidikan dan inovasi dalam pembangunan ICT. Kertas resolusi tersebut telah dimajukan kepada pihak pengurusan tertinggi US-ABC untuk pertimbangan bagi meningkatkan kerjasama dua hala khususnya pelaburan ICT USA-Malaysia pada masa akan datang.

FORUM “ADVANCING ICT” PERTEMUKAN INDUSTRI ICT TEMPATAN DENGAN INDUSTRI ICT USA

Pakar UPM Sertai My3L Zon Utara

Seberang Perai, 15 September 2013. Fakulti Pertanian buat pertama kalinya

dijemput untuk menyertai Program Karnival Pembelajaran Sepanjang Hayat atau

lebih dikenali sebagai My3L (Life Long Learning) di peringkat Zon Utara. Program

My3L ini dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia di bawah penyelarasan

Unit Pembelajaran Sepanjang Hayat, Bahagian Pembangunan Akademik, Jabatan

Pengajian Kolej Komuniti. Program tersebut telah berlangsung di beberapa peringkat

zon sebelum ini seperti di Zon Selatan, Timur dan Sarawak dan konsep My3L ini lebih

menjurus kepada kaedah interaktif bersama pengunjung. Secara amnya penglibatan

Fakulti Pertanian dan juga Pusat Tanggungjawab UPM lain telah diselaraskan oleh

pihak MarComm yang bertindak selaku urus setia. Program ini telah berlangsung

selama dua hari iaitu 14 hingga15 September 2013, bermula jam 9.00 pagi sehingga

5.00 petang bertempat di Politeknik Seberang Perai, Pulau Pinang. Di antara aktiviti

yang disediakan oleh Fakulti Pertanian ialah kursus pendek mengenai pembiakan

tampang untuk tanaman hiasan dan buah-buahan, kaedah pertanian bandaran dan

Fakulti Pertanian turut membawa bas Pengembangan Putra bersama beberapa

orang pakar pertanian untuk memberi info dan khidmat nasihat kepada pengunjung

yang ingin mendapatkan nasihat dan pengetahuan mengenai pertanian. Sambutan

pengunjung yang mengikuti kursus pendek dan berkunjung di Bas Pengembangan

Putra amat menggalakkan.

Pegawai Pelapor: Mohd. Ghazali Mohd. SatarEmai : [email protected]

Pegawai Fakulti sedang melakukan pembiakan tampang atau cantuman mata tunas durian

Pelapor:[email protected]

14

UPM, Serdang, 18 September 2013. Trak Volvo Malaysia dengan kerjasama

Agensi Inovasi Malaysia (AIM) dan Fakulti kejuruteraan, Universiti Putra Malaysia

telah mengadakan majlis pelancaran “Road Safety Innovation Challenge 2013”,

sempena Sweden Malaysia Innovation Days (SMID) 2013. Majlis pelancaran

ini telah dirasmikan oleh Duta Sweden ke Malaysia, Mr. Bengt G. Carlsson di

Auditorium Jurutera, Fakulti Kejuruteraan. Majlis ini turut dihadiri oleh Dr. Hussain

Hamid, Ketua Pusat Penyelidikan Road Safety Research Centre (RSRC) UPM, Mr.

Mats Nilsson, Managing Director of Volvo Group Malaysia, Dr. H.C Ingrid Skogsmo,

Deputy Director of SAFER, Mr. Mark Rozario, Chief Executive Officer, Agensi Inovasi

Malaysia (AIM), Prof. Dr. Fakhru’l-Razi Ahmadun, Dekan, Fakulti Kejuruteraan dan

kira-kira 250 orang tetamu yang mewakili pihak industri, jabatan keselamatan jalan

raya, media dan pelajar.

YBhg. Prof. Dr. Ing. Ir. Renuganth Varatharajoo, Timbalan Naib Canselor (Jaringan

Industri dan Masyarakat) mewakili Naib Canselor dalam ucapan pembukaan telah

menyentuh berkenaan isu-isu keselamatan jalanraya terutamanya penunggang

motorsikal dan pemandu trak di Malaysia. Di samping itu, turut dilaksanakan

pelancaran pertandingan “Road Safety Innovation Challenge 2013” untuk semua

pelajar institusi pengajian tinggi di Malaysia. Tempoh Pertandingan tersebut adalah

dari 18 September hingga 31 Oktober 2013 dan menawarkan hadiah menarik

antaranya lawatan pendidikan ke Sweden, Thailand and Singapura.

Penganjuran majlis ini diharapkan dapat membuka peluang kerjaya dan penyelidikan

dengan syarikat yang mempunyai hubungan kerjasama dengan Kedutaan Sweden,

seperti VOLVO, SAFER dan Agensi Inovasi Malaysia. Pada majlis tersebut pameran

keselamatan jalanraya daripada Volvo, Agensi Inovasi Malaysia (AIM), RSRC dan

lain-lain juga turut diadakan.

“Road Safety Innovation Challenge 2013”

Rintis peluang kerjaya dan kerjasama strategikPelapor: Dr. Syafiie SyamaunEmel: [email protected]

Mr. Bengt G. Carlsson, Duta Sweden ke Malaysia sedang menyampaikan ucapan perasmian

Mr. Bengt G. Carlsson, Duta Sweden ke Malaysia diiringi oleh Prof. Dr. -Ing. Ir. Renuganth Varatharajoo (TNC JINM), Mark Rozario (CEO Agensi Inovasi Malaysia) dan Ingrid Skogsmo (Deputy Director SAFER, Sweden) melawat pameran keselamatan jalan raya.

“FYP OPEN DAY 2013” (Pembentangan dan Pameran Projek Tahun Akhir)Pelapor: Dr. Maryam Mohd IsaEmel: [email protected]

Fakulti Kejuruteraan, UPM, 25 Jun 2013. Pejabat Timbalan Dekan (Akademik, Hal Ehwal Pelajar,

Alumni dan Jaringan Industri dan Masyarakat) Fakulti Kejuruteraan telah menganjurkan hari “Final

Year Project (FYP) OPEN DAY 2013” yang dirasmikan oleh Prof. Dr. Fakhru’l-Razi Ahmadun, Dekan

Fakulti Kejuruteraan.

Penganjuran kali kedua ini bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar tentang potensi

penyelidikan mereka kepada masyarakat luar terutamanya pihak industri. Di samping itu juga,

penganjuran ini dapat memberi peluang kepada industri untuk menilai projek penyelidikan yang

dibuat oleh pelajar-pelajar Fakulti Kejuruteraan.

Penganjur telah menetapkan setiap jabatan di fakulti untuk melantik sepuluh penilai luar sebagai panel pemeriksa daripada kalangan wakil industri,

pakar akademik universiti lain dan institut penyelidikan. Panel Penilai ini akan menilai projek pelajar tahun akhir secara pembentangan lisan.

Program sehari ini telah dihadiri oleh kira-kira 500 orang tetamu industri dan pelajar tahun akhir. Pameran Projek Pelajar tahun akhir ini, melibatkan

hampir 350 ruang pameran yang menggunakan keseluruhan ruang foyer fakulti, Dewan Peperiksaan 1 dan Dewan Peperiksaan 2.

15

Sweden Malaysia Innovation Days (SMID) 2013 “Sustainability in Action and Eco Challenge” disambut meriahPelapor: Dr. Syafiie SyamaunEmel: [email protected]

Fakulti Kejuruteraan, UPM, 19 September 2013. Fakulti Kejuruteraan, Universiti Putra Malayasia selaku tuan rumah Sambutan Sweden Malaysia Innovation Days (SMID) 2013 telah mengadakan pelancaran “Sustainability in Action and Eco Challenge”. Prof. Dr. Mohammad Shatar Sabran,Timbalan Naib Canselor (HEPA) telah mewakili Naib Canselor UPM menyampaikan ucapan alu-aluan sempena majlis pelancaran yang dirasmikan oleh Duta Sweden ke Malaysia, Mr. Bengt G. Carlsson.

Fakulti Kejuruteraan, UPM, Tetra Pak Malaysia, SKF Malaysia dan Greentech Malaysia telah bekerjasama menganjurkan pertandingan “Eco Challenge” yang dibuka kepada semua pelajar UPM. Sepuluh penyertaan ‘Top Finalist’ telah diminta membentangkan persembahan mereka selama satu minit pada hari tersebut. Tiga peserta terbaik telah dipilih untuk memenangi hadiah wang tunai dan sijil penyertaan yang disumbangkan oleh pihak Tetra Pak Malaysia dan SKF Malaysia.

Majlis pelancaran “Sustainability in Action and Eco Challenge” turut dihadiri oleh Prof. Dr. Azni Idris (Ketua Projek) Fakulti kejuruteraan UPM, Mr. Dario Cardone, Pengarah Urusan Tetra Pak, Malaysia, Ms. Terrynz Tan, Pengarah Komunikasi dan Persekitaran SKF, Malaysia, Mr. Ahmad Zairin Ismail, Ketua Pegawai Operasi Greentech, Malaysia, pihak pengurusan Fakulti Kejuruteraan, pegawai akademik, staf, wakil industri dan pelajar.

Pihak Fakulti Kejuruteraan berharap kerjasama strategik ini dapat merintis jalan dan membuka ruang kerjaya dan penyelidikan dengan syarikat yang menjalankan kerjasama dengan Kedutaan Sweden, seperti SKF, Tetra Pak dan GreenTech.

Majlis yang dihadiri oleh lebih 200 orang tetamu turut dimeriahkan dengan pameran barangan kitar semula dan bas elektrik yang disediakan oleh pihak penganjur.

Tetamu kehormat majlis sedang diberikan taklimat berkaitan bas elektrik

Bas berkuasa elektrik pertama di Malaysia turut dipamerkan sempena majlis “Sustainability in Action and Eco Challenge” di sepanjang Pameran Sweden Malaysia Innovation Days (SMID) 2013

16

Fakulti Kejuruteraan, UPM, 25 Oktober 2013. Fakulti Kejuruteraan telah mengambil inisiatif menganjurkan Majlis Kecemerlangan Graduan Sesi 2012/2013 di Auditorium Jurutera, Fakulti Kejuruteraan. Majlis meraikan graduan ini merupakan acara tahunan bersama penaja dan pihak industri dan telah dirasmikan oleh Prof. Dr. Fakhru’l-Razi Ahmadun, Dekan Fakulti Kejuruteraan. Majlis ini turut dihadiri oleh Timbalan-timbalan Dekan, Ketua-ketua Jabatan, pegawai-pegawai akademik, wakil-wakil penaja, wakil-wakil kelab pelajar, dan ibubapa graduan.

Majlis dimeriahkan lagi dengan kehadiran wakil dari 19 Industri iaitu dari Yayasan UEM (United Engineers (Malaysia) Berhad), MySET-Iktisas, Koperasi UPM, Baxtium Construction Sdn. Bhd., Khairi Consult Sdn. Bhd., Industrial Concrete Products Berhad, Jurutera Perunding Tekadmaju, FELCRA Berhad, FarmTrac (M) Sdn. Bhd., YTL Power Services Sdn. Bhd., Bumi Interactive Sdn. Bhd., National Centre of Excellent for Sensor (NEST), AJ Infinite, DRB-Hicom Berhad, UMW Corporation Sdn. Bhd., 3K Resources, Ecolab Sdn. Bhd, Ajinimoto (M) Berhad dan Adtek (M) Sdn. Bhd.

Pada tahun ini 29 industri telah bermurah hati memberi sumbangan wang tunai berjumlah RM31,500.00 sebagai hadiah pelajar cemerlang dalam akademik, projek pelajar dan aktiviti ko-kurikulum, mengikut program pengajian masing-masing. Dekan Fakulti merakamkan penghargaan dan mengucapkan terima kasih kepada semua industri yang telah menyumbang hadiah kecemerlangan kepada pelajar. Majlis ini diharapkan dapat memberi motivasi kepada pelajar untuk berusaha bersungguh-sungguh dan mengejar kecemerlangan dalam pengajian mereka.

29 Industri Sumbang Hadiah Pelajar Cemerlang Sempena Majlis Kecemerlangan Graduan Fakulti Kejuruteraan Sesi 2012/2013Pelapor: Dr. Maryam Mohd IsaEmel: [email protected]

Penerima hadiah kecemerlangan graduan sesi 2012/2013 bersama penaja dan pegawai utama fakulti

Pelajar Saw Ting Yik menerima hadiah utama daripada Yayasan UEM dalam bentuk wang tunai RM5,000.00 dan sijil

17

Serdang, 6 Oktober 2013. Akademi Sukan dengan kerjasama Sports Unite, Nestle Sdn. Bhd. dan Malaysian Hockey Confederation (MHC) telah menganjurkan Kejohanan Hoki Lima Sebelah (5s) yang julung kali diadakan di Malaysia. Tujuan utama penganjuran bersama Hoki Lima Sebelah yang berprestij di peringkat kebangsaan ini adalah untuk memberi pendedahan terhadap format baru kejohanan yang akan digunakan pada Olimpik Remaja-Nanjing 2014. Penganjuran ini juga turut dilihat sebagai satu platform yang kukuh untuk menjadi perantis bagi kejohanan yang baru diperkenalkan.

Ke Bawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah selaku Presiden Persekutuan Hoki Kebangsaan (PHC) telah berkenan merasmikan Kejohanan Hoki Lima Sebelah (5s) di Padang Mini Turf, Pusat Sukan UPM. Tidak ketinggalan, majlis turut dihadiri oleh Yang Berbahagia Prof. -Ing Ir. Dr. Renuganth Varatharajoo, Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat), YM Raja Puan Sri Dato’ Noora Ashikin bte Raja Abdullah, Timbalan Presiden MHC, YBhg. Dato’ Seri Zolkples Embong, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Ahli Majlis Tertinggi MHF dan Prof. Madya Dr. Shamala K. Subramanian, Pengarah Akademi Sukan UPM, selaku tuan rumah yang mengiringi para tetamu kehormat.

Kejohanan Hoki Lima Sebelah (5s) ini merupakan penyertaan pemain bawah 16 tahun terbuka kepada seluruh negara. Terdapat 12 pasukan telah dipilih dan disaring, masing-masing 6 pasukan lelaki dan 6 pasukan wanita telah menyertai kejohanan tersebut. Bagi kategori lelaki, pasukan 1 MAS KL A telah dinobatkan sebagai juara setelah menewaskan pasukan dari kumpulan yang sama iaitu 1 MAS KL B di gelanggang akhir. Manakala kategori wanita pula menyaksikan pasukan Gombak Avengers berjaya menduduki tangga teratas dan pasukan B Bandaraya Girlz terpaksa berpuas hati dengan tempat kedua. Penyampaian hadiah kepada pemenang telah disempurnakan oleh Presiden MHC dengan dimeriahkan oleh lebih 300 orang para peserta dan orang ramai yang hadir.

Ke Bawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah selaku Presiden Persekutuan Hoki Kebangsaan (PHC) menerima cenderahati dari Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat)

Aksi pasukan yang bertanding dalam kategori wanita hoki 5 sebelah.

TENGKU MAHKOTA PAHANG RASMI UNITY HOCKEY 5S

17

18

SERDANG, Disember 2013. Senario pelajar bekerja sambil

belajar bukan perkara asing di kalangan pelajar UPM. Tuntutan

dan keperluan hidup memerlukan pelajar bertindak dan memikirkan

cara bagi menampung keperluan hidup di kampus. Pelajar memilih

alternatif bekerja di restoran segera atau pasaraya menjadi pilihan

mudah di kalangan mereka.

Perkara ini telah memberi idea kepada pihak Yayasan Sime Darby

untuk memperkenalkan projek Experience Works. Projek perintis ini

disasarkan kepada pelajar Tahun 1 yang mana seramai 25 orang

pelajar akan dipilih menyertai. Pelajar-pelajar ini akan ditempatkan

bertugas dipejabat pentadbiran atau fakulti bagi melakukan tugas-

tugas pentadbiran pejabat dan dibayar gaji melalui sumbangan dana

oleh pihak Yayasan Sime Darby. Jenis pekerjaan yang akan dibuat

lebih tertumpu kepada kerja-kerja pengkeranian atau kerja-kerja

pejabat yang bersesuaian bagi memberi pendedahan pengalaman

dunia kerja sebenar.

Program ini sekaligus merupakan serampang dua mata kepada

pelajar khususnya dan kepada UPM serta pihak industri amnya.

UPM sebagai pusat kecemerlangan ilmu memberi ruang dan

peluang kepada pelajar untuk meneroka alam kerjaya sewaktu

bergelar pelajar. Peluang ini jarang dirasai dan memberi satu

pengalaman serta mematangkan pelajar menghadapi senario dan

masalah ‘sebenar’ di alam kerjaya. Ianya sekaligus memberi nilai

tambah kepada pelajar tersebut supaya dikategorikan ‘berbeza’

dari pelajar lain sebaik bergraduat. Pengetahuan dan pengalaman

ini tidak dapat digapai sewaktu sesi kelas tetapi merupakan

PROGRAM EXPERIENCE WORKS CETUS PELUANG PELAJAR RASAI DUNIA KERJAYA SEBENARDisediakan oleh:Pn Che Zailawati bt Abdul GhaniPenolong Pendaftar,Pusat Hubungan dan Jaringan Industri (CiRNeT)

Pelajar-pelajar cemerlang yang terpilih untuk menyertai program Experience Works Yayasan Sime Darby bergambar bersama Pengarah, Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar, Prof Madya Dr. Abdul Rashid Jamian (tengah), En. Rudie Tajuddin (Pegawai Perhubungan Industri) dan En. Mohd Nazri Noh (Ketua Bahagian Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar)

19

pengalaman sebenar yang dirasai oleh pelajar sendiri. Selain itu,

pengalaman kerja ini boleh dimuatkan dalam resume pelajar dan

menjadi sumber rujukan pengalaman bekerja sewaktu memohon

pekerjaan sebaik bergraduat.

Peranan Pusat Hubungan dan Jaringan Industri (CiRNeT) dalam

membuka pintu kerjasama strategik industri kepada UPM telah

membuahkan hasil setelah berjaya menyakinkan pihak Yayasan Sime

Darby untuk memilih UPM bagi melaksanakan program ini di bawah

seliaan sepenuhnya oleh Pusat Kokurikulum dan Pembangunan

Pelajar (PKPP). Melalui program Experience Works ini, Yayasan

Sime Darby akan menyumbang dana sebanyak RM 250,000.00

setahun dan kerjasama ini akan berlangsung selama empat tahun

yang secara keseluruhan menjana pendapatan sebanyak RM1juta

kepada UPM. Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar, UPM

akan menyediakan pelajar yang bersesuaian mengikut kriteria yang

telah ditetapkan oleh Yayasan Sime Darby. Peranan Yayasan Sime

Darby dalam penyaluran dana kepada aktiviti pembangunan modal

insan dan manakala Universiti sebagai tempat melahirkan sumber

tenaga kerja profesional merupakan satu gabungan yang mantap

bagi merealisasikan hasrat melahirkan modal insan berkualiti dan

berketerampilan tinggi. Sehubungan dengan itu, satu memorandum

perjanjian antara UPM dan Yayasan Sime Darby diadakan bagi

memeterai kerjasama ini.

Rentetan dari pelaksanaan program Experience Works ini, satu

sesi taklimat bersama pelajar yang terpilih untuk menyertai program

ini telah diadakan pada 10 September 2013, yang dikelolakan

oleh Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar. Pengarah

Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar, Prof. Madya Dr.

Abdul Rashid Jamian menjelaskan bahawa peluang ini sewajar

menjadi ruang untuk belajar secara terus dalam bidang pengurusan

pentadbiran khususnya.

Menurutnya lagi, bahawa “Pengalaman kerja ini boleh dimuatkan ke

dalam resume dan merupakan satu kelebihan kepada pelajar kerana

berpeluang merasai pengalaman bekerja di usia muda dalam bidang

pengurusan pentadbiran pejabat”

Prof. Madya Dr. Abdul Rashid Jamian turut melahirkan hasrat bahawa

pelajar yang mengikuti program ini akan menjadi pelajar yang

lebih holistik dan berdaya maju. Pelajar ini secara tidak langsung

merupakan ‘duta’ kepada Yayasan Sime Darby dan memberi

gambaran pelajar UPM tidak bertumpu kepada kecemerlangan

akademik tetapi secara menyeluruh termasuk persediaan mental

dan spiritual sebelum menempuh alam kerjaya sebaik bergraduat.

Seramai 25 orang pelajar cemerlang telah memulakan sesi ‘kerja’

mereka di Pusat Tanggungjawab di bawah pengurusan Pejabat

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni). Pelajar-pelajar

ini dipantau sepenuhnya oleh Pusat Kokurikulum dan Pembangunan

Pelajar dan Yayasan Sime Darby. Pelajar tersebut melahirkan rasa

gembira dengan pemilihan mereka untuk menyertai projek ini dan

merasakan peluang ini sebagai satu bonus kepada mereka kerana

dapat menimba pengalaman dalam dunia kerjaya sewaktu di alam

kampus lagi.

Prof. Madya Dr Azizan Asmuni, Pengarah, Pusat Hubungan

dan Jaringan Industri (CiRNeT) berharap pelajar yang terpilih

menggunakan sepenuhnya ruang dan peluang yang ada untuk

menimba pengalaman kerjaya di kampus. Selain itu, diharap

perkongsian idea sebegini dapat membuka lebih banyak peluang

kolaborasi dari syarikat-syarikat lain untuk menaja dan membuka

peluang kepada pelajar merasai alam pekerjaan sewaktu belajar

dan tidak terhad kepada latihan industri dan peluang kerjaya sahaja.

Pengarah, Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar beramah mesra setelah menyampaikan taklimat dan matlamat pelaksanaan program Experience Works kepada pelajar-pelajar yang terpilih.

20

BENGKEL PENYELARASAN PELAN TINDAKAN JINM 2014 KENAL PASTI 38 PROGRAM FLAGSHIP JARINGAN INDUSTRI DAN MASYARAKAT

UPM, 29 Januari 2014. Pejabat Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat) telah menganjurkan Bengkel Penyelarasan

Pelan Tindakan Jaringan Industri dan Masyarakat 2014 selama dua hari pada 29 dan 30 Januari 2014 bertujuan untuk menjelaskan Petunjuk

Prestasi Utama (KPI) Jaringan Industri dan Masyarakat (JINM) untuk 2014 dan mengenal pasti projek flagship JINM bagi tujuan menghasilkan

kertas cadangan bagi permohonan dana.

Bengkel ini disertai oleh seramai 57 peserta terdiri dari ahli Jawatankuasa Jaringan Industri dan Masyarakat UPM yang dianggotai oleh

Timbalan Dekan Fakulti, Pengarah Institut dan Pusat, Timbalan Pengarah Institut dan Pusat, Ketua Makmal Institut dan Pegawai Tadbir

Fakulti, Institut dan Pusat sebagaimana yang dinamakan oleh Ketua Pusat Tanggungjawab (PTJ) masing-masing.

Bengkel ini telah dimulakan dengan ucapan pembukaan dan penerangan tentang KPI dan hala tuju JINM oleh Timbalan Naib Canselor

(Jaringan Industri dan Masyarakat), YBhg. Prof. Dr.-Ing. Ir. Renuganth Varatharajoo. Beliau berharap KPI JINM dapat dihayati dan pelan

tindakan dapat dilaksanakan sebaik mungkin oleh warga Universiti bagi mencapai sasaran KPI Universiti sekaligus sasaran Pelan Strategik

UPM 2014-2020.

Beliau juga berharap agar program flagship JINM yang akan dicadangkan mengambil kira kepentingan dan kesannya kepada komuniti dan

Industri selari dengan keperluan negara misalnya bagi projek jaringan Komuniti adalah untuk menangani masalah sosial, manakala bagi

jaringan Industri pula adalah untuk memenuhi keperluan 12 Bidang Utama Ekonomi Negara (NKEA).

Bengkel dua hari tersebut telah berjaya mengenal pasti 38 cadangan projek flagship JINM baharu dan sedia ada. Bengkel telah diakhiri

dengan ucapan penutupan oleh Prof. Dr.-Ing. Ir. Renuganth Varatharajoo. Beliau merakamkan harapan agar cadangan projek flagship tersebut

dimurni lagi bagi membolehkan UPM memohon pembiayaan dana yang ditawarkan oleh pihak Kerajaan menerusi inisiatif Strategi Lautan Biru

Nasional (NBOS) dalam menyokong hasrat kerajaan untuk menyediakan perkhidmatan terbaik kepada rakyat dalam usaha mentransformasikan

komuniti dengan penekanan kepada perlaksanaan projek berkos rendah, pantas, berimpak tinggi dan mampan. Beliau juga berharap selain

mencuba dana dari pihak kerajaan, PTJ akan terus meneroka peluang dana dan pelaburan dari pihak Industri dalam dan luar negara.

Pelapor: [email protected]