20140813054002 topik 7 tatacara mal dan tatacara jenayah di mahkamah syariah

12

Click here to load reader

Transcript of 20140813054002 topik 7 tatacara mal dan tatacara jenayah di mahkamah syariah

Page 1: 20140813054002 topik 7 tatacara mal dan tatacara jenayah di mahkamah syariah

PENGENALAN

Tajuk ini membincangkan perkembangan undang-undang Islam yang berlaku sekitar tahun 1990an. Beberapa undang-undang telah dibuat sekitar tahun tersebut. Tetapi suatu perkara yang patut diketahui ialah mengenai prosedur mal dan prosedur jenayah di Mahkamah Syariah. Dalam topik-topik yang lalu anda telah mengetahui bahawa sejak zaman campur tangan Inggeris lagi Mahkamah Syariah diberi kuasa membicarakan kes-kes jenayah iaitu kesalahan terhadap ajaran Islam. Pada mulanya ia diberi kuasa mengenakan denda kemudian

TTooppiikk Tatacara Mal dan Tatacara Jenayah di Mahkamah Syariah

77

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. Menerangkan perkembangan tatacara di Mahkamah Syariah sebelum tahun 1990an;

2. Menghuraikan tatacara mal di Mahkamah Syariah;

3. Membuat kesimpulan mengenai tatacara jenayah Mahkamah Syariah dari tahun 1950an hingga tahun 2000an;

4. Menghuraikan tatacara jenayah di Mahkamah Syariah; dan

5. Membezakan perjalanan antara kes mal dan kes jenayah.

Page 2: 20140813054002 topik 7 tatacara mal dan tatacara jenayah di mahkamah syariah

TOPIK 7 TATACARA MAL DAN TATACARA JENAYAH DI

MAHKAMAH SYARIAH 75

mengenakan hukuman pemenjaraan. Begitu juga dengan kesalahan-kesalahan yang dinyatakan dalam undang-undang tersebut kini telah bertambah. Mengenai prosedur mal dan jenayah pula, sejak tahun 1950an telah diperuntukkan secara ringkas dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam di negeri-negeri. Kadangkala ia hanya menyuaipadankan tatacara sivil selama mana ia tidak bercanggah dengan hukum syarak. Usaha untuk mengkanunkan tatacara mal dan tatacara jenayah di Mahkamah Syariah secara berasingan telah dimulakan sekitar tahun 1990an. Menjelang tahun 2000an, negeri-negeri di Malaysia mula menerima Enakmen Tatacara Mal dan Enakmen Tatacara Jenayah yang seragam. Dalam tajuk ini, perkara yang akan dibincangkan dalam tatacara mal ialah bagaimana memulakan tindakan mal, penyampaian, perbicaraan dan rayuan. Mengenai tatacara jenayah pula, tajuk-tajuk yang menjadi tumpuan ialah tangkapan, penggeledahan, pemeriksaan, perbicaraan dan rayuan. Undang-undang yang menjadi rujukan dalam keseluruhan topik ini ialah Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003 dan Enakmen Tatacara Mal (Negeri Selangor) 2003.

TATACARA MAL DI MAHKAMAH SYARIAH

7.1

Setelah berlaku penyusunan semula Mahkamah Syariah di akhir tahun 1980an, kecekapan Mahkamah Syariah mulai menjadi perbincangan. Sebagai penyelesaian kepada berbagai persoalan, Mahkamah Syariah hendaklah mempunyai tatacara mal yang kemas dan teratur. Sebenarnya Negeri Terengganu sudah mempunyai Peraturan Mahkamah Kathi di bawah Undang-undang Mahkamah Kathi Tahun 1357H. Kelantan telah mendahului negeri-negeri lain dalam meluluskan Undang-undang mengenai tatacara mal. Di Kelantan, Enakmen Acara Sivil Syariah No. 5 tahun 1984 telah wujud sebelum tahun 1990an lagi. Wilayah-wilayah Persekutuan telah meluluskan Akta Tatacara Mal Mahkamah Syariah Tahun 1998. Di Melaka terdapat Enakmen Acara Mal Mahkamah Syariah 1991. Kemudian diperkenalkan draf yang seragam iaitu Enakmen Tatacara Mal Syariah (Negeri Melaka) 2002. Di Selangor terdapat Enakmen Kanun Prosedur Mal Syariah 1991, kemudian diperkenalkan draf seragam iaitu Enakmen Tatacara Mal (Negeri Selangor) 2003.

7.1.1 Pihak-pihak

Pihak-pihak dalam kes mal dikenali sebagai plaintif termasuklah pemohon dan defendan termasuklah pihak menentang atau responden. (Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003, sek. 17). Seseorang yang menjadi suatu pihak dalam sesuatu kes mal boleh diwakili oleh Peguam Syarie yang telah diberi

Page 3: 20140813054002 topik 7 tatacara mal dan tatacara jenayah di mahkamah syariah

TOPIK 7 TATACARA MAL DAN TATACARA JENAYAH DI

MAHKAMAH SYARIAH 76

kuasa sepenuhnya. Seorang Peguam Syarie yang dilantik bagi mewakili mana-mana pihak dalam perbicaraan hendaklah memfailkan satu wakalah Peguam Syarie, sebelum mengambil apa-apa tindakan dan melafazkannya di hadapan Mahkamah atau Pendaftar sebelum mengambil apa-apa langkah dalam prosiding (Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003, sek. 34). Seseorang menjadi suatu pihak dalam sesuatu kes mal boleh menukar dan melepaskan Peguam Syarienya. Manakala peguam Syarie juga boleh memohon untuk dilepaskan melalui notis permohonan kepada pihak yang diwakilinya( sek. 36-37).

7.1.2 Saman atau Permohonan

Tiap-tiap tindakan hendaklah dimulakan dengan saman (sek.7). Manakala terdapat kes-kes tertentu hendaklah dimulakan melalui permohonan (Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003, Jadual Kedua). Saman hendaklah disertai dengan penyata tuntutan yang dicatat di belakang saman. Tiap-tiap saman terhadap seorang defendan hendaklah difailkan dalam tiga salinan. Setiap saman adalah sah dalam tempoh 12 bulan daripada tarikh pengeluarannya. Setiap permohonan hendaklah dibuat secara notis dan afidavit. Sesuatu permohonan hendaklah menyatakan perintah yang dipohon dan mengandungi fakta menyokong permohonan itu (sek. 13).

7.1.3 Penyampaian

Penyampaian tiap-tiap dokumen hendaklah ke atas diri orang yang terlibat dan hendaklah disempurnakan secara menyerahkan dokumen itu atau mengemukakannya untuk diperiksa dan menyerahkan salinannya. Jika orang yang hendak disampaikan sesuatu dokumen enggan menerima dokumen atau salinannya, dokumen itu bolehlah ditinggalkan berhampiran dengannya dan perhatiannya diarahkan kepada dokumen itu (sek. 41). Apabila Mahkamah berpuas hati bahawa sesuatu saman tidak dapat disampaikan secara biasa, maka Mahkamah boleh memerintahkan saman atau dokumen itu disampaikan secara ganti. Mahkamah boleh mengeluarkan waran tangkap untuk kehadiran mana-mana orang setelah merekodkan alasannya seperti berikut:

(a) Jika, sama ada sebelum atau selepas mengeluarkan saman tetapi sebelum masa yang ditetapkan bagi kehadirannya, Mahkamah berpendapat ada alasan untuk mempercayai bahawa dia telah melarikan diri atau tidak akan mematuhi saman itu; atau

(b) Jika pada masa itu dia tidak hadir dan saman itu dibuktikan telah disampaikan dengan sempurna dalam masa yang mencukupi bagi

Page 4: 20140813054002 topik 7 tatacara mal dan tatacara jenayah di mahkamah syariah

TOPIK 7 TATACARA MAL DAN TATACARA JENAYAH DI

MAHKAMAH SYARIAH 77

memastikan kehadirannya mengikut saman itu dan tiada alasan yang munasabah diberikan bagi ketidakhadiran itu.

Penyampaian di luar bidang kuasa hendaklah dilakukan melalui suatu perintah Mahkamah. Saman atau permohonan bagi penyampaian di luar bidang kuasa dalam Malaysia bolehlah dihantar kepada mana-mana Mahkamah yang mempunyai bidang kuasa dalam kawasan tempatan di mana seseorang yang kepadanya saman atau dokumen itu hendak disampaikan berada. Saman atau permohonan boleh dihantar melalui pos atau selainnya bersama permintaan bertulis bagi penyampaian yang ditandatangani oleh Hakim atau Pendaftar.

7.1.4 Sulh

Sulh ialah sebarang bentuk perundingan bagi penyelesaian kes. Pihak- pihak dalam apa-apa prosiding boleh pada mana-mana peringkat prosiding mengadakan sulh.

7.1.5 Pendengaran

Semua prosiding yang dimulakan dengan saman hendaklah didengar dan diputuskan dalam Mahkamah Terbuka. Manakala semua prosiding yang dimulakan dengan permohonan hendaklah didengar dan diputuskan dalam Kamar (se. 119). Perbicaraan atau pendengaran dimulakan dengan pihak plaintif membuka kesnya. Pihak yang memulakan kes hendaklah memulakan penggulungan kesnya. Apabila plaintif telah mengemukakan keterangan kesnya, Hakim hendaklah memanggil defendan untuk mengemukakan keterangan bagi menjawab tuntutan plaintif. Dalam hal sedemikian, defendan hendaklah diberi pilihan sama ada hendak mengemukakan keterangan atau mengemukakan hujah bahawa tiada kes untuk dijawab. Apabila defendan telah menutup kesnya, Hakim hendaklah meminta plaintif mengemukakan hujahnya untuk menjawab hujah defendan dan menutup kesnya. Hakim yang membicarakan hendaklah menyampaikan penghakiman bertulis. Seseorang yang terkilan dengan keputusan yang dibuat oleh Hakim boleh mengemukakan rayuan terhadap sebahagian atau keseluruhan keputusan tersebut.

7.1.6 Rayuan

Rayuan terhadap penghakiman dan perintah Mahkamah Rendah Syariah hendaklah dibuat kepada Mahkamah Tinggi Syariah. Manakala rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah dibuat kepada

Page 5: 20140813054002 topik 7 tatacara mal dan tatacara jenayah di mahkamah syariah

TOPIK 7 TATACARA MAL DAN TATACARA JENAYAH DI

MAHKAMAH SYARIAH 78

Mahkamah Rayuan Syariah dan hendaklah dilaksanakan dengan cara memberi notis rayuan. Rajah 7.1 berikut menunjukkan carta aliran sesuatu kes mal.

Rajah 7.1: Carta aliran kes mal

SEMAK KENDIRI 7.1

1. Apakah panggilan kepada pihak-pihak dalam sesuatu kes mal?

2. Bagaimanakah membuat penyampaian saman sesuatu kes mal?

3. Bila boleh dilakukan sulh?

4. Huraikan secara ringkas perbicaraan sesuatu kes mal.

TATACARA JENAYAH DI MAHKAMAH SYARIAH SEJAK TAHUN 1950AN HINGGA TAHUN 2000AN

7.2

Bidang kuasa Mahkamah Kadi telah disekat semasa campur tangan Inggeris. Mahkamah hanya memutuskan kes-kes keluarga dan beberapa kes pelanggaran terhadap ajaran Islam sahaja. Undang-undang jenayah adat telah diganti dengan

Page 6: 20140813054002 topik 7 tatacara mal dan tatacara jenayah di mahkamah syariah

TOPIK 7 TATACARA MAL DAN TATACARA JENAYAH DI

MAHKAMAH SYARIAH 79

Kanun Keseksaan yang berdasarkan Indian Penal Code dan Criminal Procedure Code. Selepas tahun 1950an, apabila terdapat Enakmen Pentadbiran Agama Islam, negeri-negeri mula menubuhkan Mahkamah Kadi berdasarkan Enakmen tersebut. Di samping itu, Enakmen tersebut bukan sahaja mengandungi hal-hal pentadbiran hal ehwal Islam, malahan ia juga mengandungi kesalahan-kesalahan yang dilakukan terhadap ajaran Islam. Walaupun terdapat peruntukan mengenai kesalahan-kesalahan jenayah tetapi tidak terdapat undang-undang mengenai tatacara sama ada mengenai mal atau jenayah. Kedudukan cara keterangan di mahkamah juga tidak teratur. Sebelum tahun 1990an, cara keterangan yang diikuti ialah mengikuti apa yang difahami daripada hukum syarak dan juga Undang-undang Keterangan Sivil tetapi dalam keadaan yang tidak begitu mengikat jika tidak ada percanggahan dengan hukum syarak. Dalam tahun 1990an, negeri-negeri mula mengadakan undang-undang mengenai tatacara jenayah. Negeri Selangor telah meluluskan Kanun Prosedur Mal Syariah 1991. Kemudian dalam tahun 2000an menggantikannya dengan draf seragam iaitu Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003. Di Terengganu terdapat Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Terengganu) 2001. Sabah mempunyai Enakmen Tatacara Jenayah Syariah 2004.

TATACARA JENAYAH MAHKAMAH SYARIAH

7.3

Sidang Mahkamah bagi maksud membicarakan apa-apa kesalahan hendaklah dibuat di Mahkamah terbuka di mana orang awam pada amnya boleh masuk. Tetapi seorang Hakim yang mendengar apa-apa perkara atau prosiding boleh atas alasan khas demi polisi atau manfaat awam menurut budi bicaranya tidak membenarkan orang ramai hadir di Mahkamah itu pada mana-mana peringkat perbicaraan. Sebenarnya orang awam juga mempunyai tanggungjawab ke atas sesuatu perbuatan jenayah. Tiap-tiap orang awam hendaklah membantu Hakim, Pegawai Penguatkuasa Agama atau pegawai polis yang diberi kuasa untuk menangkap, atau membantu dalam mencegah suatu pecah keamanan. Selain itu orang awam juga hendaklah memberikan maklumat tentang apa-apa kesalahan.

7.3.1 Penangkapan

Dalam membuat sesuatu penangkapan, Pegawai Penguatkuasa Agama, pegawai polis atau orang lain yang membuat penangkapan hendaklah sebenarnya menyentuh atau mengurung tubuh orang yang hendak ditangkap, melainkan jika

Page 7: 20140813054002 topik 7 tatacara mal dan tatacara jenayah di mahkamah syariah

TOPIK 7 TATACARA MAL DAN TATACARA JENAYAH DI

MAHKAMAH SYARIAH 80

orang tersebut menyerah diri sama ada melalui perkataan atau perbuatan. Jika orang tersebut menggunakan kekerasan menentang usaha untuk menangkapnya atau cuba mengelakkan penangkapan, pegawai atau orang lain boleh menggunakan segala langkah yang perlu untuk melaksanakan penangkapan. Tetapi tidaklah sampai menyebabkan kematian. Tangkapan boleh dilakukan dengan waran atau tanpa waran. (Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003, sek. 10).

7.3.2 Penggeledahan

Penggeledahan hendaklah dilakukan dengan waran atau tanpa waran (dalam apa-apa hal waran boleh dikeluarkan tetapi tidak boleh diperolehi tanpa memberi orang yang hendak ditangkap peluang untuk melarikan diri). Jika sesuatu tempat dipercayai telah dimasuki oleh orang yang hendak ditangkap melalui waran maka Penguatkuasa Agama atau pegawai polis boleh masuk ke tempat tersebut setelah memberitahu kuasa dan maksudnya serta permintaan masuk dibuat dengan sewajarnya (Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003, sek. 11).

7.3.3 Pemeriksaan

Pemeriksaan hendaklah dilakukan ke atas tempat yang digeledah dan juga ke atas orang yang berada di tempat tersebut. Pemeriksaan hendaklah dibuat oleh seorang yang sama jantinanya dengan orang yang diperiksa. Pemeriksaan juga hendaklah dilakukan ke atas orang yang ditangkap. Pegawai Penguatkuasa Agama atau pegawai polis yang membuat penangkapan boleh memeriksa orang yang ditangkap dan menyita segala barang yang dijumpai padanya selain daripada pakaian perlu yang dipakai dan meletakkan barang itu dalam jagaan selamat, dan jika ada sebab untuk mempercayai bahawa mana-mana barang itu telah digunakan untuk melakukan kesalahan itu barang itu boleh ditahan sehingga orang itu dilepaskan atau dibebaskan (Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003, sek. 15 dan 16).

7.3.4 Saman

Dalam kes jenayah, saman boleh dikeluarkan untuk memaksa kehadiran. Saman juga boleh disertai dengan waran tangkap. Saman juga boleh dilakukan bagi memaksa pengemukaan dokumen atau benda lain. Apabila mana-mana orang yang Mahkamah diberi kuasa untuk mengeluarkan saman atau waran hadir di Mahkamah atau penangkapannya, Mahkamah boleh menghendaki orang itu menyempurnakan suatu bon dengan penjamin bagi kehadirannya di Mahkamah. Apabila mana-mana orang yang terikat dengan mana-mana bon untuk hadir di

Page 8: 20140813054002 topik 7 tatacara mal dan tatacara jenayah di mahkamah syariah

TOPIK 7 TATACARA MAL DAN TATACARA JENAYAH DI

MAHKAMAH SYARIAH 81

hadapan Mahkamah tidak hadir, Mahkamah boleh mengeluarkan waran mengarahkan supaya orang itu ditangkap dan dibawa ke hadapannya ( Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Selangor) sek. 40 dan 41).

7.3.5 Perbicaraan

Tatacara bagi perbicaraan suatu kes jenayah adalah seperti yang berikut; (Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Seloangor) 2003, sek. 96).

(a) Apabila tertuduh hadir atau dibawa ke hadapan Mahkamah, maka pertuduhan yang mengandungi butir-butir kesalahan yang dia dituduh melakukannya itu hendaklah dibentuk, dibaca dan dijelaskan kepadanya, dan dia hendaklah ditanya sama ada mengaku bersalah atas kesalahan yang dipertuduh itu atau meminta dibicarakan;

(b) Jika tertuduh mengaku bersalah atas sesuatu pertuduhan, sama ada atas pertuduhan asal atau yang dipinda, akuan itu hendaklah direkodkan dan dia boleh disabitkan atas kesalahan itu dengan syarat bahawa sebelum suatu akuan bersalah direkodkan, Mahkamah hendaklah menentukan bahawa tertuduh memahami sifat dan akibat daripada akuannya itu dan dia berniat untuk mengakui, tanpa bersyarat, kesalahan yang dikatakan terhadapnya itu;

(c) Jika tertuduh enggan membuat akuan atau tidak membuat akuan atau meminta dibicarakan, mahkamah hendaklah mendengar pengadu, jika ada, dan mengambil segala keterangan yang dikemukakan bagi menyokong pendakwaan;

(d) Apabila difikirkan perlu, Mahkamah hendaklah memperoleh daripada pengadu atau selainnya nama mana-mana orang yang berkemungkinan mengetahui fakta kes itu dan dapat memberikan keterangan bagi pihak pendakwaan, dan hendaklah memanggil mana-mana daripada mereka, sebagaimana yang difikirkan perlu oleh Mahkamah, untuk memberi keterangan;

(e) Tertuduh atau Peguam Syarienya hendaklah dibenarkan memeriksa balas semua saksi bagi pihak pendakwaan melalui Hakim;

(f) Jika, selepas mengambil segala keterangan yang disebut dalam perenggan (c), (d) dan (e), Mahkamah mendapati bahawa tiada kes terhadap tertuduh telah diwujudkan yang jika tidak dipatahkan akan mewajarkan sabitannya, maka Mahkamah hendaklah merekodkan perintah pembebasan;

(g) Tiada apa-apa jua dalam perenggan (f) boleh disifatkan sebagai menghalang Mahkamah daripada melepaskan tertuduh pada mana-mana peringkat

Page 9: 20140813054002 topik 7 tatacara mal dan tatacara jenayah di mahkamah syariah

TOPIK 7 TATACARA MAL DAN TATACARA JENAYAH DI

MAHKAMAH SYARIAH 82

terdahulu dalam kes itu jika bagi sebab sebab yang hendaklah direkodkan oleh Mahkamah ia berpendapat pertuduhan itu tidak berasas;

(h) Jika, apabila keterangan itu telah diambil, Mahkamah berpendapat bahawa ada alasan untuk menganggap bahawa tertuduh telah melakukan kesalahan yang dipertuduhkan itu atau kesalahan lain yang mahkamah itu kompeten untuk membicarakannya dan yang pada pendapatnya patut dibicarakannya, ia hendaklah menimbangkan pertuduhan yang direkodkan terhadap tertuduh dan memutuskan sama ada pertuduhan itu mencukupi dan jika perlu, hendaklah meminda pertuduhan itu;

(i) Pertuduhan itu jika dipinda hendaklah dibacakan kepada tertuduh sebagaimana yang dipinda dan dia hendaklah ditanya semula sama ada dia bersalah atau ada apa-apa pembelaan yang hendak dibuat;

(j) Jika tertuduh tidak mengaku salah kepada pertuduhan itu sebagaimana yang dipinda atau jika tiada pindaan dibuat, tertuduh hendaklah dipanggil untuk membuat pembelaannya dan mengemukakan keterangannya, dan hendaklah pada bila-bila masa apabila dia membuat pembelaannya dibenarkan untuk memanggil semula dan memeriksa balas mana-mana saksi melalui Hakim;

(k) Jika tertuduh mengemukakan apa-apa pertanyaan bertulis, Mahkamah hendaklah memfailkannya bersama-sama dengan rekod;

(l) Jika tertuduh memohon kepada mahkamah supaya dikeluarkan saman bagi memaksa kehadiran mana-mana saksi, sama ada dia telah atau belum diperiksa dalam kes, bagi maksud pemeriksaan atau pemeriksaan balas atau pengemukaan apa-apa dokumen atau benda lain, Mahkamah hendaklah mengeluarkan saman melainkan jika ia berpendapat bahawa permohonan itu patut ditolak atas alasan bahawa ia dibuat bagi maksud menyusahkan atau melengahkan atau bagi menggagalkan matlamat keadilan; dan alasan sedemikian hendaklah direkodkan secara bertulis;

(m) Jika Mahkamah mendapati tertuduh tidak bersalah, Mahkamah hendaklah merekodkan perintah pembebasan;

(n) Jika Mahkamah mendapati tertuduh bersalah atau jika akuan bersalah telah direkodkan dan diterima, Mahkamah hendaklah menjatuhkan hukuman mengikut undang-undang;

(o) Apabila prosiding telah dimulakan atas aduan sesorang yang dibuat dengan sumpah dan pada mana-mana hari yang ditetapkan bagi pendengaran kes itu pengadu itu tidak hadir, Mahkamah boleh, menurut budi bicaranya melepaskan tertuduh.

Page 10: 20140813054002 topik 7 tatacara mal dan tatacara jenayah di mahkamah syariah

TOPIK 7 TATACARA MAL DAN TATACARA JENAYAH DI

MAHKAMAH SYARIAH 83

7.3.5 Penghukuman

Dalam kes jenayah, penghukuman ialah sama ada disabitkan atas pertuduhan atau dibebaskan. Hukuman bagi kesalahan jenayah ialah sama ada denda, pemenjaraan atau sebatan. Ia boleh juga merupakan gabungan daripada mana-mana hukuman tersebut.

7.3.6 Rayuan

Dalam kes jenayah, tertuduh yang terkilan boleh merayu terhadap sabitan atau meringankan hukuman kepada Mahkamah yang lebih tinggi. Jika tertuduh mengaku bersalah maka rayuan hanya boleh dibuat bagi meringankan hukuman atau kesahan hukuman sahaja. Semasa menunggu rayuan didengar, suatu perintah bagi penggantungan pelaksanaan hukuman hendaklah dibuat. Berikut adalah Rajah 7.2 yang menunjukkan carta aliran kes jenayah di Mahkamah Syariah.

Rajah 7.2: Carta aliran kes jenayah di Mahkamah Syariah

Page 11: 20140813054002 topik 7 tatacara mal dan tatacara jenayah di mahkamah syariah

TOPIK 7 TATACARA MAL DAN TATACARA JENAYAH DI

MAHKAMAH SYARIAH 84

SEMAK KENDIRI 7.2

1. Bagaimana melakukan suatu tangkapan?

2. Apakah tujuan penggeledahan?

3. Apakah tujuan pemeriksaan?

4. Apakah tujuan saman dalam sesuatu kes jenayah?

AKTIVITI 7.1

1. Huraikan secara ringkas perbicaraan sesuatu kes jenayah.

2. Bincangkan hak rayuan dalam kes jenayah.

Sebelum tahun 1980an, tatacara mal di Mahkamah Syariah hanya menyuaipadankan tatacara sivil selama mana ia tidak bertentangan dengan hukum syarak.

Sesuatu tindakan mal bermula dengan saman berserta penyata tuntutan dan notis permohonan beserta afidavit.

Tatacara jenayah di Mahkamah Syariah mula diatur dalam suatu undang- undang yang berasingan daripada Enakmen Pentadbiran Agama Islam mulai tahun 1990an.

Tindakan jenayah hendaklah bermula dengan tangkapan atau saman.

Bagi kedua-dua kes mal dan jenayah, rayuan boleh dibuat bagi keseluruhan penghakiman atau sebahagiannya.

Page 12: 20140813054002 topik 7 tatacara mal dan tatacara jenayah di mahkamah syariah

TOPIK 7 TATACARA MAL DAN TATACARA JENAYAH DI

MAHKAMAH SYARIAH 85

Afidavit

Bon

Defendan

Jaminan

Notis permohonan

Pembelaan

Pemeriksaan

Pendakwaan

Pendengaran

Penghakiman

Perbicaraan

Plaintif

Saman

Sulh

Waran geledah

Waran tangkap

Ahmad Mohamaed Ibrahim. (1997). Pentadbiran undang-undang Islam di Malaysia. Kuala Lumpur : Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM). Bab 4; Undang-undang Jenayah Islam dan Acara.

Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003.

Enakmen Tatacara Jenayah Syariah ( Negeri Selangor) 2003.

Ibn Abi al-Damm. Al-Hamawiy. (1982): Kitab adab al-qada` (tahqiq Muhammad Mustaffa al-Zuhayliy). Damshiq; Dar al-Fikr.