201505130959_Jurnal Reflektif Hbef2803

download 201505130959_Jurnal Reflektif Hbef2803

of 4

description

jurnal

Transcript of 201505130959_Jurnal Reflektif Hbef2803

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, tuan-tuan dan puan-puan serta para hadirin yang dikasihi

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER JANUARI 2015

HBEF2803

PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN

AKTIVITI 4 :JURNAL REFLEKTIF

NAMA: NORAZIAN BINTI TAAT

NO. MATRIK: 790218015678001

NO. KAD PENGENALAN: 790218 01 5678

E-MAIL: [email protected]

NO TELEFON: 019 5266988

PUSAT PEMBELAJARAN: SUNGAI PETANI

PENGENALAN

Aktiviti 2 memerlukan saya mengulas dan merumus kertas kerja 1 yang bertajuk Pembangunan Profesionalisme Berterusan : Kebertanggungjawab Inisiatif Kendiri yang dibentangkan oleh Dr. Nasaruddin B. Basar, Ketua Penolong Pengarah, Sektor Peningkatan Ilmu Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia. Manakala Aktiviti 3 pula mengulas dan merumus kertas kerja 2 yang disampaikan oleh Tn. Hj. Ibrahim B. Sakimin, Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia bertajuk Motivasi Pelajar. Kedua-dua kertas kerja yang dibincangkan mempunyai banyak input yang boleh diguna pakai untuk perkembangan profesionalisme perguruan di Malaysia. Dr. Mohd Nasaruddin lebih fokus kepada Bagaimana Kecemerlangan Kerjaya Seorang Guru berdasarkan Inisiatif Kendiri . Beliau telah menggariskan empat aspek penting dalam Pembangunan Profesionalisme Keguruan iaitu:-(a) Pembangunan Profesionalisme(b) Pembangunan Profesionalisme Kendiri(c) Kebertanggungjawaban Guru (d) Laluan Kerja GuruGuru perlu melengkapkan diri dengan ilmu-ilmu yang terkini bagi menghadapi cabaran bidang perguruan di masa akan datang. Dalam erti kata lain, guru haruslah multi disiplin. supaya kehidupan kompetensi guru pada masa kini dan pada masa hadapan akan lebih berkesan dan mantap. Dengan cara ini, guru tidak hanya memberi pengetahuan diperingkat asas, malah dapat mengaitkan dengan ilmu-ilmu yang lain. Ini menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih bermakna serta pelajar mampu dibentuk menjadi insan yang berdaya saing dan berdikari.Universiti Terbuka Malaysia telah bekerjasama dengan Kementerian Pelajaran Malaysia bagi merealisasikan harapan negara agar bilangan guru berijazah semakin bertambah di sekolah rendah dan juga menengah.

TRANSFORMASIAnjakan atau transformasi sangat penting bagi memastikan seseorang guru itu mempunyai ilmu yang cukup bagi menghadapi pelajar-pelajar di era ini. Pembentukan modal insan yang lengkap dari segi jasmani, emosi, rohani, intelektual juga sosial amat dititikberatkan bagi menjamin kelangsungan pelajar-pelajar di masa akan datang. Semua ini tidak akan tercapai jika guru bersikap pasif, mempunyai nilai-nilai yang kurang baik ataupun tidak bersedia atau mempunyai ilmu yang tidak lengkap bagi membentuk pelajar-pelajar yang bersikap kolaboratif, konstruktivis dan boleh berkomunikasi dengan baik.

Terdapat 6 ciri utama untuk bersaing di peringkat global. Guru haruslah berusaha agar setiap pelajar mempunyai:1. Kemahiran memimpin2. Kemahiran dwi bahasa3. Etika dan kerohanian4. Identiti nasional5. Pengetahuan6. Kemahiran berfikir

Perkaitan di antara bentangan oleh Dr. Nasaruddin dan ceramah motivasi oleh Tn. Hj. Ibrahim amat ketara persamaannya kerana kedua-dua menjurus kepada perkembangan pofesionalisme pergurun masa kini. Banyak nasihat-nasihat dari T. Hj. Ibrahim selari dengan apa yang dibentangkan oleh Dr. Nasaruddin.Tn. Hj. Ibrahim banyak menekankan kelebihan guru yang melanjutkan pelajaran mereka ke peringkat ijazah atau lebih tinggi. Semakin tinggi tingkat pembelajaran mereka maka semakin tinggilah nanti kedudukan. Pendapatan guru juga meningkat di samping keistimewaan yang lain. Tn. Hj. Ibrahim turut memberitahu akan kemudahan-kemudahan yang disediakan kepada guru yang menyambung pelajaran di OUM.

HASRAT BPG DAN KPMPihak BPG bersama Kementerian berhasrat untuk menaiktaraf status guru sama ada di dalam Malaysia mahupun diperingkat global. Negara yang membangun adalah memiliki penjawat awam yang berstatus profesional. Oleh itu, dengan menaik taraf bidang perguruan ketahap profesional, maka Malaysia akan dapat bersaing dengan negara-negara membangun yang lain. Ini adalah kerana, bidang perguruan merupakan antara perkerjaan yang terbesar atau teramai di Malaysia. Dengan peningkatan pendapatan perkapita guru, maka dapatlah Malaysia menjadi negara maju kerana salah satu ciri negara maju adalah penjawat awam mereka berpendapatan tinggi.

SAYA SEBAGAI SEORANG GURUMenurut Dr. Nasaruddin dan Tn. Hj. Ibrahim, guru harus kreatif dan inovatif semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Guru bertanggungjawab sepenuhnya di atas kemenjadian murid. Seorang guru yang berintegriti, mepunyai nilai dan berdedikasi mampu melahirkan modal insan yang syumul. Guru juga perlu peka dan sentiasa bertanya kepada diri sendiri apa yang telah disumbangkan selama bertahun berkhidmat. Pelajar yang dihasilkan oleh guru-guru yang berstatus siswazah haruslah lebih berilmu memandangkan guru-guru yang telah mengikuti program pensiswazahan ini telah disuntik dengan ilmu-ilmu keguruan yang bertahap profesional.

KESIMPULANIntipati daripada kedua-dua ceramah adalah untuk melahirkan seorang guru yang bersedia menghadapi perubahan pendidikan semasa dan juga apa yang perlu dilakukan untuk meningkatkan ilmu pengetahuan. Sebagai seorang guru, amanat yang disampaikan oleh kedua-dua penceramah amatlah berguna dalam kehidupan saya sehari-hari sebagai seorang guru yang positif, berdaya maju dan sentiasa ingin memperkembangkan lagi profesionalisme keguruan sendiri.