20150828 Pertandingan Photojournalism

9
1 PERTANDINGAN PHOTOJOURNALISM SEMPENA SAMBUTAN HARI HABITAT SEDUNIA 2015 TEMA Perbandaran Sosial Malaysia Penganjur: KEMENTERIAN KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN JABATAN LANDSKAP NEGARA KEMENTERIAN KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN

description

ok

Transcript of 20150828 Pertandingan Photojournalism

Page 1: 20150828 Pertandingan Photojournalism

1

PERTANDINGAN PHOTOJOURNALISM

SEMPENA SAMBUTAN HARI HABITAT SEDUNIA 2015

TEMA

Perbandaran Sosial Malaysia

Penganjur:

KEMENTERIAN KESEJAHTERAAN BANDAR,

PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN

JABATAN LANDSKAP NEGARA KEMENTERIAN KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN

Page 2: 20150828 Pertandingan Photojournalism

2

PERTANDINGAN PHOTOJOURNALISM

SEMPENA SAMBUTAN HARI HABITAT SEDUNIA 2015

1.0 PENDAHULUAN

2.0 OBJEKTIF

3.0 PENYERTAAN

4.0 TEMA PERTANDINGAN

5.0 KRITERIA PENGHANTARAN

6.0 TERMA DAN RUJUKAN

7.0 PEMARKAHAN

8.0 PANEL HAKIM

9.0 HADIAH PERTANDINGAN

10.0 PERTANYAAN

Page 3: 20150828 Pertandingan Photojournalism

3

PERTANDINGAN PHOTOJOURNALISM / PHOTO JOURNAL 1.0 PENDAHULUAN

1.1 Photojournalism merupakan satu bentuk gambaran atau penceritaan berkenaan sesuatu perkara, peristiwa atau situasi yang dipersembahkan melalui gambar (fotografi), lukisan dan sebagainya dan disokong oleh penerangan ringkas untuk menceritakan tentang perkara berkenaan dari awal sehingga kesudahannya.

1.2 Persembahan ini melibatkan penyediaan story board berkaitan tema, pengumpulan gambar-gambar dan kerja-kerja pengeditan untuk menghasilkan satu persembahan yang membentuk gambaran yang baru, berkenaan sesuatu perkara berkaitan dengan tema.

1.3 Persembahan ini bersifat penceritaan tentang sesuatu peristiwa atau situasi yang berlaku, seterusnya membentuk fakta yang berkait rapat dengan budaya/suasana persekitaran pada masa kini dan akan datang.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Pertandingan ini juga boleh memperkukuhkan pemahaman, seterusnya membuka peluang yang lebih luas untuk rakyat lebih menghargai petempatan manusia dan pembangunan di Negara ini;

2.2 Menjadi pangkalan data-data terpencil yang boleh menjadi koleksi

berhubung dengan habitat manusia; dan 2.4 Memupuk minat kepada orang ramai terhadap photojournalism dengan

menjadikannya sebagai kerjaya atau profesion yang beretika. 3.0 PENYERTAAN

3.1 Penyertaan adalah terbuka kepada semua warganegara Malaysia kecuali urusetia pertandingan photojournalism.

Page 4: 20150828 Pertandingan Photojournalism

4

4.0 TEMA PERTANDINGAN

‘Perbandaran Sosial Malaysia’ Penerangan tema:

Proses perbandaran merupakan cerminan tamadun manusia dalam pembangunan sesebuah Negara. Oleh itu, suatu kerangka pembangunan fizikal yang melibatkan proses perbandaran dan spiritual yang melibatkan manusia dan kemanusiaan terbentuk. Ini bertujuan untuk memenuhi keperluan kualiti hidup sosial yang mempunyai nilai-nilai ketamadunannya yang tersendiri.

5.0 KRITERIA PENGHANTARAN

i. Semua penyertaan hendaklah diserahkan di dalam bentuk poster (portrait atau landskap) mengikut spesifikasi seperti berikut:

i. Hard copy : SATU (1) saiz A2 (420mm x 594mm) digital PRINTED artwork dilekat pada mounting board bewarna hitam atau kelabu, dengan ruang sempadan 50mm bagi setiap penjuru. Sila nyatakan nama penuh, alamat email, nombor telefon, lokasi gambar diambil dan

tajuk yang dipilih di belakang mounting board.

420mm

594mm

50mm

50mm

420mm

Page 5: 20150828 Pertandingan Photojournalism

5

ii. Soft copy : Semua penyertaan juga hendaklah disimpan dalam format PDF dengan resolusi sekurang-kurangnya 300dpi atau format Cetakan Berkualiti Tinggi dan dihantar dalam bentuk CD / DVD. Sila labelkan semua penyertaan seperti berikut: "_topik_no. entri._nama. pdf".

ii. Semua penyertaan perlu dibuat mengikut format dan garis panduan

seperti berikut:

i. Font size : Tajuk mestilah di antara 72 hingga 150pt (bergantung

kepada jenis font);

ii. Body copy hendaklah di antara 16 hingga 18pt;

iii. Semua gambar mesti disertakan dengan kenyataan foto yang

berkaitan bersaiz 12pt;

iv. Semua gambar mesti disertakan dengan credits bersaiz 10pt;

v. Penyertaan boleh disediakan dalam orientasi potret atau

landskap;

vi. Gambar-gambar boleh dihasilkan dalam bentuk berwarna atau hitam & putih dan

vii. Penyertaan mestilah dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa

Inggeris.

6.0 TERMA DAN RUJUKAN

i. Pertandingan Photojournalism Hari Habitat Sedunia 2015 adalah terbuka

kepada semua warganegara Malaysia, kecuali urusetia pertandingan photojournalism.

ii. Pertandingan bermula dari 15hb April 2015 dan tamat pada 28hb Ogos 2015. Pemenang akan diumumkan pada September 2015 dan akan dijemput hadir di Majlis Sambutan Hari Habitat Peringkat Kebangsaan 2015.

iii. Semua penyertaan sekurang-kurangnya hendaklah mempunyai empat (4)

gambar dengan lebih kurang 300 patah perkataan.

Page 6: 20150828 Pertandingan Photojournalism

6

iv. Teknik cropped atau etched pada gambar adalah dibenarkan. v. Peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan yang

dikehendaki. vi. Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan

berhak mengeluarkan, menerbit, mencetak dan hak cipta hasil rekabentuk, gambar, penulisan serta salinan fotokopi diterbitan/diedaran untuk tujuan penghargaan kepada pemenang dan promosi kepada acara pada masa akan datang di atas keperluan penganjur. Penyertaan karya akan menjadi harta penaja dan tidak akan dikembalikan.

vii. Gambar hendaklah diambil di dalam Negara Malaysia sahaja dan lokasi

tempat bagi setiap gambar perlu dinyatakan. viii. Kesemua gambar dan penulisan yang diserahkan mestilah ASLI dan

dihasilkan sendiri oleh peserta. Pengubahsuaian gambar atau sebarang penggunaan plagiat, tiruan atau diciplak adalah TIDAK DIBENARKAN sama sekali dan gambar tidak boleh diubah dari imej asal, dengan menyertai pertandingan ini, peserta adalah bertanggungjawab sepenuhnya dimana, gambar-gambar dan penulisan cerita adalah tidak melanggar hak cipta, tanda dagangan, hak moral, hak-hak harta privasi / publisiti atau intelek mana-mana individu atau entiti, dan tiada pihak lain mempunyai apa-apa hak, hakmilik, tuntutan atau kepentingan dalam gambar tersebut.

ix. Jika gambar yang diambil melibatkan individu lain, peserta mestilah

bersedia dengan surat kebenaran yang ditandatangani sebagai pelepasan bertulis peribadi dari semua individu yang muncul dalam gambar yang dikemukakan, sebagaimana yang diperuntukkan di bawah "Third Party Releases/Licenses" Jika anda tidak dapat mengemukakan surat kebenaran tersebut apabila diminta oleh Penaja dan dalam borang yang disediakan oleh Penaja, maka penyertaan anda boleh dibatalkan serta merta. Sekiranya anda memenangi pertandingan ini, pihak penganjur akan menghubungi anda bagi mendapatkan surat kebenaran tersebut.

x. Diatas permintaan penaja, peserta harus menyediakan surat kebenaran

yang ditandatangani secara peribadi daripada semua orang yang muncul dalam karya yang dikemukakan, ini bagi membolehkan gambar-gambar tersebut digunakan dalam mana-mana media pada masa kini dan akan datang tanpa sekatan, termasuk tujuan komersial serta tidak terhad kepada penerbitan editorial Penaja, siaran akhbar, pemasaran dan promosi.

Page 7: 20150828 Pertandingan Photojournalism

7

xi. Peserta juga perlu bersetuju (a) untuk terikat dengan peraturan Rasmi penganjur; (b) Keputusan hakim adalah muktamad ke atas semua perkara yang berkaitan dengan Peraduan; dan (c) penaja berhak untuk menggunakan penyertaan yang berjaya seperti nama pemenang, artikel / gambar dan suara dalam sebarang publisiti atau pengiklanan yang berkaitan dengan Peraduan atau promosi masa depan tanpa pampasan atau kelulusan.

xii. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab ke atas mana-mana

penyertaan yang rosak atau hilang semasa dalam perjalanan. Hanya sebahagian penyertaan sahaja akan dipamerkan, dan pemenang akan dimaklumkan melalui surat / telefon.

xiii. Pihak penganjur berhak untuk membatalkan sebarang penyertaan yang

tidak mematuhi terma dan syarat-syarat yang dinyatakan di atas. xiv. Keputusan hakim adalah muktamad dan sebarang bentuk surat-menyurat

tidak akan dilayan. xv. Semua penyertaan mestilah diterima sebelum atau pada tarikh akhir

penyertaan iaitu pada 28hb Ogos 2015. Sila cetak borang penyertaan dari laman web KPKT / JLN. Sila pastikan semua maklumat dinyatakan di ruang yang telah ditetapkan. Permohonan yang disertakan dengan borang yang tidak lengkap akan dibatalkan. Lampirkan borang penyertaan berserta CD / DVD dan dihantar ke alamat :

Urusetia,

Pertandingan Photojournalism Hari Habitat Sedunia 2015,

Jabatan Landskap Negara,

Kementerian Kesejahteraan Bandar,

Perumahan Dan Kerajaan Tempatan,

Tingkat 7, Plaza Permata – IGB,

Jalan Kampar Off Jalan Tun Razak,

50400 Kuala Lumpur.

Page 8: 20150828 Pertandingan Photojournalism

8

7.0 PEMARKAHAN

7.1 Penilaian akan difokuskan kepada ketepatan tema/tajuk yang ditetapkan, kreativiti, ketulenan idea dan beberapa aspek teknikal pengambaran serta perkara-perkara lain yang berkaitan.

7.2 Pecahan pemarkahan adalah seperti berikut :

i. Ketetapan tema/tajuk : 50%

ii. Kreativiti dan ketulenan : 30%

iii. Komposisi gambar dan tulisan : 20%

Jumlah : 100%

8.0 PANEL HAKIM

8.1 Panel Penilai akan dilantik bagi mengadili pertandingan ini. Panel penilai

yang dilantik adalah daripada profesional dalam bidang fotografi dan pihak

urusetia. Perincian ahli-ahli panel adalah seperti berikut:

i. Angkatan Seni Foto Negeri Selangor (ASFON)

ii. Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KKMM)

iii. Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (Bahagian Keurusetiaan Strategik dan Hubungan Antarabangsa, KPKT)

9.0 HADIAH PERTANDINGAN

i. Tempat pertama : Wang tunai RM3,000

ii. Tempat kedua : Wang tunai RM2,000

iii. Tempat ketiga : Wang tunai RM1,000

Page 9: 20150828 Pertandingan Photojournalism

9

10.0 SEBARANG PERTANYAAN

Sebarang pertanyaan berkenaan pertandingan boleh menghubungi :

i. Mansor Bin Mohamad E-mail : [email protected] Tel: +603-40470110

ii. Noor Fadilah Binti Yusop @ Othman

E-mail : [email protected] Tel: +603-40470156

iii. Noraleza Binti Ahmad

E-mail: [email protected] Tel: +603-40470134

Waktu berurusan / Urusetia pertandingan :

Isnin – Jumaat : 8.00pagi - 5.00petang

Sabtu dan Ahad : Tutup