2.0

6
2.0 TUGASAN 2.1 TEKS UCAPAN BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA PERPADUAN Terima kasih saudari pengerusi majlis. Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam 1 Malaysia. Yang Berhormat Datuk Mokhtar Hj Karim, Ketua Menteri Negeri Sabah. Yang Berbahagia Datuk Awangku Imran Awangku Alam, Ketua Majlis Perbandaran Kota Kinabalu Sabah merangkap senator negeri. Yang Berbahagia Datuk Chua Beng Sok, Pengarah Jabatan Kementerian Pelajaran Sabah. Yang Berusaha Datuk Benjamin Sukor, Timbalan Pengarah Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Sabah. Wakil-wakil badan kerajaan dan bukan kerajaan. Pegawai-pegawai majlis daerah. Ketua-ketua masyarakat. Warga pendidik, dif-dif jemputan dan seterusnya sidang hadirin yang dihormati sekalian. Pada kesempatan ini, saya ingin memanjatkan kesyukuran kepada Allah Subhanahu Wataala kerana dengan limpah kurnia-Nya kita dapat bertemu dan berhimpun pada hari ini dalam memeriahkan dan menjayakan Majlis Pelancaran Bulan Bahasa dan Sastera 2012 peringkat negeri Sabah. Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada tetamu kehormat majlis, Yang Berhormat Datuk Mokhtar Hj Karim, Ketua Menteri Negeri Sabah, 2

description

Bahasa Melayu Komunikatif

Transcript of 2.0

Page 1: 2.0

2.0 TUGASAN

2.1 TEKS UCAPAN BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA PERPADUAN

Terima kasih saudari pengerusi majlis.

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam 1 Malaysia.

Yang Berhormat Datuk Mokhtar Hj Karim, Ketua Menteri Negeri Sabah.

Yang Berbahagia Datuk Awangku Imran Awangku Alam, Ketua Majlis

Perbandaran Kota Kinabalu Sabah merangkap senator negeri.

Yang Berbahagia Datuk Chua Beng Sok, Pengarah Jabatan Kementerian

Pelajaran Sabah.

Yang Berusaha Datuk Benjamin Sukor, Timbalan Pengarah Jabatan Kesenian

dan Kebudayaan Sabah.

Wakil-wakil badan kerajaan dan bukan kerajaan.

Pegawai-pegawai majlis daerah.

Ketua-ketua masyarakat.

Warga pendidik, dif-dif jemputan dan seterusnya sidang hadirin yang dihormati

sekalian.

Pada kesempatan ini, saya ingin memanjatkan kesyukuran kepada Allah

Subhanahu Wataala kerana dengan limpah kurnia-Nya kita dapat bertemu dan

berhimpun pada hari ini dalam memeriahkan dan menjayakan Majlis Pelancaran

Bulan Bahasa dan Sastera 2012 peringkat negeri Sabah. Saya ingin

merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada tetamu kehormat

majlis, Yang Berhormat Datuk Mokhtar Hj Karim, Ketua Menteri Negeri Sabah,

2

Page 2: 2.0

tetamu khas serta hadirin dan hadirat yang sudi hadir dalam majlis pelancaran

ini. Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan penghargaan

kepada seluruh Jawatankuasa Pelaksana Bulan Bahasa dan Sastera yang telah

memberi kerjasama yang padu dan komitmen yang penuh untuk memastikan

kelangsungan program ini. Mudah-mudahan kerjasama ini akan bertambah erat

pada masa akan datang untuk menjadi wadah perjuangan untuk

mengetengahkan Bahasa Melayu sebagai bahasa utama di negara kita.

Sidang hadirin sekalian,

Tema Bulan Bahasa dan Sastera pada tahun ini ialah Bahasa Melayu

sebagai Bahasa Perpaduan. Tujuan Bulan Bahasa dan Sastera diadakan adalah

untuk memupuk semangat kecintaan kepada bahasa dan sastera kebangsaan di

samping memupuk dan megukuhkan perpaduan antara kaum melalui bahasa

kebangsaan iaitu Bahasa Melayu menerusi kegiatan kebahasaan da

kesusasteraan. Ini adalah selaras dengan konsep 1 Malaysia yang diuar-uarkan

oleh pihak kerajaan sejak Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita yang

keenam dilantik. Menurut YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak : “Kita

berdiri, kita berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia. Dan kita mengambil

tindakan-tindakanberdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam negara

kita. Ini bukan bererti kita mengetepikan dasar afirmatif , dasar untuk menolong

kaum Bumiputera asalkan dasar itu dilaksanakan dengan cara yang adil dan

memberi pertimbangankepda golongan Bumiputera yang layak mendapat

sesuatu pertimbangan daripada kerajaan. Kita keluar daripada cara bertindak

dalam tembok etnik yang kita amalkan sejak sekian lama”. Berdasarkan

kenyataan tersebut, konsep 1Malaysia adalah betujuan untuk memperkukuhkan

hubungan dan kerjasama antara rakyat berbilang kaum di Malaysia. Setiap

daripada kita mempunyai peranan masing-masing dalam mengekalkan

perpaduan antara kaum. Konsep 1Malaysia bermatlamat untuk menguatkan lagi

perpaduan yang sedia ada dalam kalangan penduduk di Malaysia. Terdapat 3

3

Page 3: 2.0

prinsip di bawah teras perpaduan konsep 1 Malaysia iaitu prinsip penerimaan,

prinsip kenegaraan dan prinsip keadilan sosial yang bermaksud hanya melalui

penerimaan dan bersikap satu barulah dapat menjamin perpaduan. Terdapat 8

nilai dalam konsep 1Malaysia. Salah satunya ialah pendidikan, di mana, sekolah

aliran kebangsaan telah ditakrifkan semula untuk memasukkan sekolah

vernakular. Semua aliran, sama ada Sekolah Kebangsaan, Sekolah Cina dan

Sekolah Tamil hendaklah sentiasa mencari peluang untuk beinteraksi bersama.

Maka untuk mengalakkan interaksi antara kaum ini, satu bahasa yang sama

adalah diperlukan iaitu Bahasa Melayu.

Satu bahasa yang seragam akan memudahkan kefahaman antara satu

sama lain, bahasa yang seragam akan menjadi salah satu alat utama untuk

mencapai perpaduan barulah ia boleh dianggap sebagai bahasa perpaduan.

Bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan negara

Malaysia, ini telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Perkara 152(1)

serta Akta Bahasa. Oleh itu, Bahasa Melayu adalah penting sebagai bahasa

perpaduan bagi rakyat Malaysia. Sejak mencapai kemerdekaan malah hatta

sebelum merdeka lagi Bahasa Melayu telah menjadi bahasa perhubungan

sehari-hari antara kaum yang ada di Tanah Melayu pada ketika itu seperti Cina,

Melayu dan India. Jika dilihat dan dikaji dari sudut sejarah, penguasaan Bahasa

Melayu dalam kalangan kaum pada zaman itu adalah tinggi. Mereka

berkomunikasi dengan bahasa yang sama dan dapat mengelakkan

persengketaan biarpun perpaduan tidaklah begitu ketara pada ketika itu. jika

dilihat dalam watak “Apek Cheti Benggali” dalam filem Seniman Agung P.

Ramlee, watak tersebut menggunakan bahasa Melayu dengan bersahaja dan

baik semasa berbual. Inilah jati diri negara yang perlu dipertahankan. Kita tidak

boleh hanya mengambil mana-mana bahasa asing untuk mengambil alih tempat

Bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan. Sebagai contoh, bahasa Inggeris,

tidak semua yang mampu menguasai bahasa Inggeris dengan baik, jika bahasa

tersebut merupakan bahasa perpaduan, mungkin hanya golongan elit yang

4

Page 4: 2.0

mampu berkomunikasi antara satu sama lain, jika begitu, bagaimanakah dengan

mereka yang berpendidikan rendah, adakah mereka harus dipinggirkan dalam

usaha untuk merealisasikan konsep 1Malaysia ini? Tepuk dada, tanya selera.

Biarpun penguasaan Bahasa Melayu tidak sekuat mana dalam kalangan kaum

bukan Melayu, namun penggunaan bahasa pasar juga dapat memungkinkan

interaksi antara kaum. Ini kerana bahasa tersebut senang dipakai dan senang

difahami. Jika menggunakan bahasa pasar untuk menanya, “Bahasa Inggeris

ada boleh ?” Bahkan setiap rakyat di pelosok negara mahir dan mampu

menggunakan Bahasa Melayu untuk berinteraksi antara satu sama lain. Justeru,

Bahasa Melayu perlu kita junjung, bahasa asing perlu dikendung.

Tuan-tuan dan Puan-puan ayng dihormati sekalian,

Bahasa Melayu sebagai wahana perpaduan yang utama mempunyai

masa depan yang cerah kerana Bahasa Melayu bersikap terbuka kepada

bahasa yang lain. Perpaduan adalah pra-syarat dalam usaha merealisasikan

aspirasi negara mencapai status negara maju menjelang tahun 2020. 1Malaysia

adalah penerusan agenda membina negara. Perpaduan sememangnya telah

membentuk teras utama dalam hala tuju negara menuju kecemerlangan bermula

sejak kemerdekaan dicapai. Tanpa perpaduan yang luar biasa ini British tidak

akan menyerahkan pentadbiran Tanah Melayu kepada orang Malaysia sendiri.

Namun kepercayaan dan perpaduan orang-orang terdahulu yang bersama

pemimpin mereka telah mengembalikan hak memerintah bumi Malaysia yang

tercinta. 1Malaysia bertujuan menyemarakkan semula semangat perpaduan dan

persaudaraan dikalangan rakyat Malaysia. Demi mencapai kemajuan bagi

negara, rakyat perlu dimajukan terlebih dahulu setiap warganegara dan

pemimpin memainkan peranan masing-masing, ini dimulakan dengan

membentuk sikap penerimaan antara kaum bersama pemimpin yang membawa

kepada perpaduan yang utuh. Apabila perpaduan dicapai, maka pembangunan

negara boleh dicapai. Akhirnya wujudlah kuasa momentum yang hebat bermula

5

Page 5: 2.0

daripada dasar perpaduan yang kuat dan sentiasa memerlukan. Oleh itu, bahasa

Melayu memainkan peranan yang penting sebagai bahasa perpaduan. 1

Malaysia yang digagaskan oleh Perdana Menteri hanya dapt dicapai apabila

bahasa komunikasi ialah bahasa yang mudah difahami dan digunakan oleh

rakyatberbilang kaum. Kita tidak boleh mempersoalkan Bahasa Melayu sebagai

bahasa perpaduan kerana rata-rata rakyat Malaysia dewasa ini mengunakan

bahasa Melayu sebagai bahasa interaksi dengan rakan-rakan berlainan kaum.

Perbezaan bahasa bukan lagi menjadi kekangan untuk merealisasikan

perpaduan.

Oleh itu, sepanjang Bulan Bahasa dan Sastera, Jawatankuasa Pelaksana

kami telah mengadakan pelbagai aktiviti dan pertandingan agar objektif program

ini dapat dicapai. Antaranya ialah penulisan cerpen dan puisi yang bertemakan

Bahasa Melayu Bahasa Perpaduan, pendeklamasian sajak, drama yang

bertemakan perpaduan, pidato, syarahan dan pertandingan lagu puisi. Setiap

daripada aktiviti dan pertandingan yang dianjurkan adalah untuk memupuk minat

individu dalam bahasa dan kesusasteraan di samping mendedahkan fungsi

Bahasa Melayu dalam mencapai perpaduan selaras dengan konsep 1Malaysia.

Sidang hadirin yang dihormati sekalian,

Saya ingin mengucapkan syabas dan setinggi-tinggi tahniah atas

komitmen dan penyertaan yang diberikan kepada semua warga negeri Sabah.

Penganjuran program yang seumpama secara berterusan, yakni, dapat

mewujudkan masyarakat majmuk yang bersatu padu. Mudah-mudahan melalui

sambutan Bulan Bahasa dan Sastera ini kita akan lebih menghargai Bahasa

Melayu bahasa kebangsaan kita. Hanya dengan itu, satu Gagasan 1Malaysia

dapt dibentuk untuk membina negara bangsa. Akhir kata, sekalung apresiasi

sekali lagi kepada Yang berhormat Datuk Mokhtar Hj Karim, Ketua Menteri

Negeri Sabah atas kesudian untuk menghadiri dan seterusnya merasmikan

sambutan Bulan Bahasa dan Sastera peringkat negeri Sabah. Ucapan terima

6

Page 6: 2.0

kasih juga kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak

langsung dalam menjayakan sambutan ini.

Tanah rata tempatnya indah, hijau pohon saujana mata.

Ucapan saya berakhirlah sudah, kemaafan dimohon tersilap kata.

Sekian. Wabillahi taufik wal hidayah wasalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

7