211975890 PJ 4M Menggelecek Bola Guna Tangan

download 211975890 PJ 4M Menggelecek Bola Guna Tangan

of 3

description

menggelecek bola

Transcript of 211975890 PJ 4M Menggelecek Bola Guna Tangan

RANCANGAN MENGAJAR HARIAN

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Matapelajaran:Pendidikan JasmaniTajuk:Menggelecek bolaTarikh:28 Februari 2014Masa:8.30-9.00 pagi.Tahun:3 BerlianBilangan Murid:33 orang (14L,19P)

Standard Kandungan :1.6 Berkebolehan melakukan kemahiran asas permainan kategori serangan dengan lakuan yang betul.

Standard Pembelajaran :1.6.3 Mengelecek bola menggunakan tangan, kaki, dan alatan.2.6.2 Mengenal pasti lakuan semasa mengelecek dengan tangan, kaki, dan alatan.5.2.3 Menerima cabaran dan berasa seronok semasa melakukan aktiviti.Hasil pembelajaran :Psikomotor :1. Menggelecek bola menggunakan sebelah tangan dengan teknik yang betul secara individu pada jarak 2 meter sekurang-kurangnya 3 kali percubaan.2. Mengaplikasi kemahiran menggelecek bola menggunakan sebelah tangan semasa permainan kecil.Kognitif :1. Menyatakan 3 teknik yang betul semasa melakukan kemahiran menggelecek bola.Afektif :1. Mempamerkan kesungguhan bermain dan bersorak semasa aktiviti kemuncak dijalankanPengalaman Lepas:Murid pernah belajar kemahiran asas menggelecek bola pada pelajaran lepas

Strategi utama: Kemahiran berfikir, Teori Kecerdasan PelbagaiEMK:Kreativiti

Penerapan nilai:Bekerjasama, kejujuran

KBKK: Membuat analisis mudah

Penggabungjalinan:Kecergasan kepantasan, seni visual Alatan: BilBahan bantu mengajarBilangan

1. Kon4

2. Bola 6

3. Skital 15

4. Kad puzzle5

5. Kad board5

6. Gelung 5

FASA/MASAAKTIVITI/STRATEGIFOKUS PEMBELAJARANORGANISASICATATAN/ALATAN

PengenalanMasa : 5 minit Memanaskan badan (3 minit)

Mobiliti Pergerakan

Gelung ajaib Pergerakan gallop

Gelung ajaib Pergerakan sebelah kaki

Regangan (2 minit) Strategi: demonstrasi guru

Aktiviti regangan dilakukan semasa melakukan mobiliti pergerakan.

Aksi mengecat rumah

Kaedah permainan : Murid bergerak secara gallop dalam kawasan yang telah ditanda Apabila guru meniup wisel semua murid akan berhenti bergerak dan berlari ke dalam gelung Murid yang tidak dapat masuk ke dalam gelung akan dikeluarkan daripada permainan Gelung akan dikurangkan setiap kali permainan berhenti. Permainan diteruskan mengikut arahan guru dan tukar kepada pergerakan sebelah kaki.Syarat permainan : Apabila mendengar bunyi wisel guru murid hendaklah mendengar arahan guru. Jika murid keluar dari kawasan yang ditanda, murid tersebut akan dikeluarkan daripada permainan. Murid yang kalah, mesti duduk di luar kawasan permainan.

Mengecat rumah :

Jengket kaki Berdiri seluas bahu Jengketkan kaki dan hulurkan tangan ke atas untuk mengecat bahagian yang tinggi Tangan diayunkan ke atas dan bawah

Membongkok Membongkok seperti lakuan mengecat dinding yang rendah dan tangan diayun ke atas dan bawah Kilaskan pinggang ke kiri dan kanan untuk mengambil cat dengan lakuan tangan seolah-olah mencelup berus cat ke dalam tong cat.

Mencangkung Rendahkan badan Kaki dilipat dan dibuka Hayun tangan kiri ke kanan seperti mengecat di bahagian bawah dindin

5m

10m

Petunjuk : : Murid

: Kon

: Ketua

: Gelung

10m

5 mKaedah demonstrasi

Alatan : KonNilai murni : Kerjasama

PerkembanganMasa : 15 miniti. Langkah 1(7 minit)

Moving ball

Menggelecek bola secara zig zag

ii. Langkah 2

Strategi : TKP kinestetik, visual-ruang

Round the clock

Menggelecek dalam bulatan

Kaedah permainan : Murid membentuk barisan seramai 5 orang satu barisan Murid di hadapan sekali akan meleret bola mengelilingi barisan rakannya sehingga ke belakang. Kemudian berlari semula ke hadapan dan beri bola tersebut kepada rakan yang berada di hadapan. Aktiviti disambung sehingga murid yang terakhir. Kumpulan yang paling cepat menghabiskan aktiviti sehingga murid yang terakhir dikira sebagai pemenang.Menggelecek bola menggunakan tangan Berdiri seluas bahu Sebelah kaki di hadapan, sebelah lagi di belakang Mata pandang bola Kontek bola menggunakan tapak tangan dan jari dibuka sedikit Badan dibongkokkan sedikit ke hadapan Tangan kiri dihayunkan semasa berlari

Cara Permainan : Murid dibahagikan kepada 5 kumpulan Apabila guru menyebut nombor, murid yang mempunyai nombor yang disebut akan berlari mengelilingi bulatan sambil menggelecek bola. Kemudian murid duduk di tempat asal semula. Murid harus menunggu arahan daripada guru dan peka terhadap arahan guru.

Menggelecek bola menggunakan tangan Berdiri seluas bahu Sebelah kaki di hadapan, sebelah lagi di belakang Mata pandang bola Kontek bola menggunakan tapak tangan dan jari dibuka sedikit Badan dibongkokkan sedikit ke hadapan Imbang badan ke kiri dan kanan semasa menggelecek bulatan Tangan kiri dihayunkan semasa berlari 5m

10m

Petunjuk : : Murid

: Kon

: Ketua

: Arah

10m 5m 5m

Petunjuk :

: Skital

: Arah pergerakan bola

: Murid

Alatan : Kon Nilai murni : kerjasama

Alatan : bola

Kemuncak Masa : 5 miniti. Permainan kecil

Run and kick Kemahiran menggelecek bola menggunakan tangan secara zig zag dan melengkapkan puzzle.

Cara permainan :1. Murid dibahagi kepada lima kumpulan. 2. Murid akan gelecek bola secara zig zag. 3. Sampai ke gelung ambil satu kertas di dalam gelung dan lari 3 langkah ke hadapan untuk melengkapkan puzzle. 4. Murid yang sudah menggelecek bola dan membuat puzzle terus lari ke belakang dan tepuk tangan ahli kumpulan kemudian duduk di belakang barisan.5. Rakan meneruskan aktiviti yang sama.6. Ulang aktiviti sehingga semua ahli kumpulan berjaya menyiapkan puzzle.Syarat permainan : 1. Murid harus menggelecek semua gelung yang ada2. Murid yang meninggalkan satu gelung perlu mula semula daripada awal3. Murid harus meletakkan satu sahaja kepingan puzzle di atas kadboard setiap kali satu pusingan.

5m 10m

Petunjuk : : Gelung : Arah pergerakan

: puzzle tak lengkap

: Puzzle lengkap

Alatan : Kon, Gelung, puzzleNilai murni : Kejujuran

PenutupMasa : 5 minitMenyejukkan badan (4 minit)

sayangi diri Aksi sayang sayang.

Pernafasan Tiup belon (1 minit)

i. Soal jawabAksi sayang sayang Berdiri seluas bahu Silang tangan kiri dan kanan di atas bahu Tepuk anggota badan tapak tangan Tepuk bahagian : Bahu Perut Lengan Paha

Tarik nafas melalui hidung dan tahan selama 4 saat, kemudian hembus melalui mulut Ulang aktiviti sebanyak 3 kali

Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid.Soalan :Nyatakan 3 teknik yang betul semasa menggelecek bola menggunakan tangan.Jawapan :

Kontek bola menggunakan tapak tangan dan jari dibuka sedikit Badan dibongkokkan sedikit ke hadapan Tangan kiri dihayunkan semasa berlari

Alatan : Skital Strategi :TKP kinestetik

4