21595628-Perancang-Keluarga

106

description

amalan perancangan keluarga

Transcript of 21595628-Perancang-Keluarga

Page 1: 21595628-Perancang-Keluarga
Page 2: 21595628-Perancang-Keluarga

OBJEKTIF PEMBELAJARAN

• Menyatakan definisi perancang keluarga• Menerangkan kaedah-kaedah perancang keluarga• Menghuraikan pengurusan penerimaan perancang

keluarga• Menjelaskan agama dan perancang keluarga• Memberi motivasi kepada klien• Membantu klien membuat pilihan kaedah untuk

menjarakkan kelahiran• Memberi bekalan perancang keluarga kepada klien

Page 3: 21595628-Perancang-Keluarga

KONSEP DAN POLISI

• Kabinet menerima cadangan penubuhan Perancang Keluarga Negara (1965)

• Parlimen meluluskan Akta Perancang Keluarga Negara dan LPKN diisytiharkan sebagai sebuah badan berkanun dibawah Jabatan Perdana Menteri (1966)

Page 4: 21595628-Perancang-Keluarga

Samb…

• Semasa perancangan Malaysia pertama dan kedua (1966 – 1970 – 1975) Program Perancang Keluarga Kebangsaan hanya memberi perkhidmatan kontraseptif kepada mereka yang tidak berkemampuan tetapi sekarang perkhidmatannya menuju kearah pembangunan keluarga.

• Sekarang LPKN dikenali sebagai LPPKN (Lembaga Penduduk & Pembangunan Keluarga Negara) dibawah Kementerian Perpaduan Negara & Pembangunan Masyarakat

Page 5: 21595628-Perancang-Keluarga

OBJEKTIF LPPKN

• Merancang, menyelaras dan mengawasi aliran pertumbuhan, taburan dan saiz penduduk supaya seimbang dengan pertumbuhan ekonomi dan sumber negara.

• Memperkukuhkan institusi keluarga ke satu tahap penghidupan yang sihat, stabil dan sejahtera bagi melahirkan orientasi penduduk yang berkualiti dan yang boleh menyumbang kepada pembangunan negara.

Page 6: 21595628-Perancang-Keluarga
Page 7: 21595628-Perancang-Keluarga

Apa dia perancang keluarga ?

Perancangan keluarga melibatkan tanggungjawab pasangan suami isteri dalam membuat keputusan tentang masanya untuk mendapatkan anak dan bilangan anak yang dikehendaki. Ini adalah untuk meningkatkan taraf kesihatan dan keselamatan ibu dan anak.

Page 8: 21595628-Perancang-Keluarga

Matlamat perancang keluarga

Perancangan keluarga membantu anda mencapai

matlamat-matlamat berikut :-

• Tidak bimbang akan mendapat anak yang tidak dirancang

• Menentukan masa mendapat anak

• Menetapkan bilangan anak mengikut kemampuan bagi menyediakan keperluan anak

Page 9: 21595628-Perancang-Keluarga

Samb…

• Meninggikan taraf kesihatan kedua-dua ibu dan anak

• Memberi masa yang berkualiti, kasih sayang dan penjagaan keluarga.

Page 10: 21595628-Perancang-Keluarga

Risiko kehamilan

Kebiasaannya, kehamilan tidak menghadapi apa

apa masalah. Walaubagaimanapun, risiko

kesihatan ibu dan anak meningkat sekiranya :-• Ibu berumur dibawah 18 tahun, kemungkinan

melahirkan bayi kurang berat badan atau susah lahir kerana pelviknya belum matang.

• Ibu berumur lebih 35 tahun, kemungkinan lebih tinggi melahirkan anak cacat seperti Sindrom Down

Page 11: 21595628-Perancang-Keluarga

Samb…

• Ibu yang melahirkan lebih 5 anak berturut-turut tanpa menjarakkan 2 tahun atau lebih kemungkinan mengalami masalah pendarahan, kekurangan darah dan tekanan darah tinggi. Keadaan ini boleh menyebabkan kematian ibu atau anak jika keadaan bertambah serius dan tidak dirawat.

Down syndrome

Page 12: 21595628-Perancang-Keluarga

Definisi perancang keluarga

• Perancang keluarga merupakan satu pilihan yang

bijak untuk mengamalkan kontraseptif oleh

pasangan yang berkahwin supaya membantu

mereka mempunyai cahaya mata apabila mereka

telah bersedia. Ini dapat meningkatkan taraf

kesihatan ahli keluarga serta dapat hidup dalam

keadaan riang gembira

Page 13: 21595628-Perancang-Keluarga

Samb…

• Setiap keluarga berhak mempunyai bilangan anak yang mereka idamkan, tetapi jarak diantara satu anak dengan anak yang lain boleh dirancang dengan menggunakan kaedah-kaedah perancang keluarga

Page 14: 21595628-Perancang-Keluarga
Page 15: 21595628-Perancang-Keluarga

KAEDAH / CARA KONVENSIONAL

• Azal (Coitus interuptus)

Merupakan kaedah yang lama, kini masih digunakan/diamalkan. Semasa proses persetubuhan sebelum kemuncak orgasm lelaki akan keluarkan penis dari vagina dan air mani akan dipancutkan diluar faraj. Penis tidak boleh dimasukkan semula kedalam vagina selepas sperma diejakulasi diluar kerana sisa-sisa sperma masih ada dan boleh menyebabkan kehamilan

Page 16: 21595628-Perancang-Keluarga
Page 17: 21595628-Perancang-Keluarga

Samb…

• Kelemahannya – menghalang kepuasan maksimum kedua-dua pihak.

• Penyususan susu ibu dalam jangkamasa panjang (LAM / lactational amenorrhoea method) ia adalah cara yang sering digunakan, dimana susu ibu diberi sebanyak dan sekerap yang mungkin kepada anak. Semasa penyusuan pengeluaran hormone oleh badan adalah hampir sama dengan pengeluaran hormone semasa hamil (prolaktin L, estrogen L)-

Page 18: 21595628-Perancang-Keluarga

Samb…

ini menyebabkan wanita tidak subur. Ovum tidak matang dan tidak dikeluarkan, sperma pula tidak bertemu dengan ovum maka kehamilan tidak berlaku

• Kelemahannya – setiap wanita masa suburnya adalah berbeza, ada yang datang haid selepas anak bercerai susu ibu dan sebaliknya. Oleh itu kaedah ini lebih berisiko.

Page 19: 21595628-Perancang-Keluarga

Changes on concentration of anterior pituitary & ovarian hormones

Page 20: 21595628-Perancang-Keluarga

KAEDAH / CARA SEMULAJADI

• Calendar / masa selamat

Dalam pusingan haid, terdapat masa subur dan masa tidak subur. Kehamilan boleh terjadi pada masa tertentu setiap pusingan haid.

Terdapat beberapa cara saintifik bagi mengesan

ovulasi : • Cara hormone paras oestrogen meningkat

sebelum ovulasi, Corpus luteum akan mengeluarkan hormone Progesterone selepas ovulasi berlaku

Page 21: 21595628-Perancang-Keluarga
Page 22: 21595628-Perancang-Keluarga

Samb…

• Ovulasi (penetasan telur) berlaku 14 hari sebelum haid yang akan datang Ovum boleh

hidup hanya 12 – 14 jam selepas ovulasi

Page 23: 21595628-Perancang-Keluarga

Samb…

• Lendir servik dikeluarkan oleh pundi-pundi endoservikal

Sebelum ovulasi ianya pekat, berwarna kelabu dan tebal, ini menghindarkan kemasukan sperma.

Semasa ovulasi berlaku dibawah stimulasi oestrogen, lendir menjadi cair dan licin dimana sperma boleh masuk kesaluran servik

Page 24: 21595628-Perancang-Keluarga

Samb…

Selepas ovulasi, dibawah stimulasi progesterone, lendir menjadi pekat kembali.

• Suhu badan suhu turun selepas ovulasi

suhu naik 0.3 – 0.5 dibawah stimulasi progesterone

suhu akan terus naik sehingga sejurus haid turun

Page 25: 21595628-Perancang-Keluarga

Ovulation

Page 26: 21595628-Perancang-Keluarga

Cara mengira masa selamat

Untuk mengira masa subur, anda mesti mencatatpusingan haid anda bagi 6 bulan sekurang

kurangnya contoh : Januari 25 hariFebruari 28 hariMarch 26 hariApril 30 hariMei 28 hariJun 31 hari

Page 27: 21595628-Perancang-Keluarga

Samb…

Berdasarkan pada contoh diatas :• Pusingan haid yang paling pendek adalah

Jan 25 hari• Pusingan haid yang paling panjang adalah

Jun 31 hariUntuk mengetahui hari pertama subur, anda tolakkan 18 hari dari 25, iaitu 25 tolak 18 = 7 jadi hari ke 7 setelah bermula haid ialah hari pertama subur.

Page 28: 21595628-Perancang-Keluarga

Samb …

• Untuk mengetahui hari akhir masa subur pula tolakkan 11 dari 31, iaitu 31 tolak 11 = 20

• Ini bermakna masa subur ialah dari hari ke 7 setelah bermula haid hingga hari ke 20

Perhatian – kaedah ini tidak digalakkan sekiranya pusingan haid kurang dari 25 hari dan melebihi 31 hari

Page 29: 21595628-Perancang-Keluarga

Samb…

• Cara mucus / lendir

• Sebelum ovulasi ianya pekat, bewarna kelabuan dan tebal, ini menghindarkan kemasukan sperma-selamat untuk mengadakan perhubungan seksual

• Semasa ovulasi berlaku dibawah stimulasi oestrogen, lendir menjadi cair dan sperma boleh masuk kesaluran servik – tidak selamat untuk perhubungan seksual

Page 30: 21595628-Perancang-Keluarga

Samb…

• Selepas ovulasi, dibawah stimulasi progesterone, lendir menjadi pekat kembali – selamat untuk mengadakan perhubungan seksual.

• Cara suhu badan• Sukatan suhu badan seseorang adalah

berlainan setiap hari mengikut masa pusingan haid

• Awal pusingan haid – suhu badan diantara 36o c dan 37oc

Page 31: 21595628-Perancang-Keluarga

Samb…

• Semasa ovulasi – suhu badan menurun diantara 0.1oc – 0.2oc dan keadaan ini akan berterusan sehingga 3 – 4 hari. Sekiranya ibu tidak hamil, suhu badan akan menurun diikuti dengan keluaran haid.

• Jika kehamilan berlaku, sukatan suhu badan akan terus naik. Ini adalah disebabkan oleh paras hormone oestrogen yang meningkat didalam saluran darah

Page 32: 21595628-Perancang-Keluarga

Samb…

Cara mengguna “ovulation thermometer”

• Sebelum tidur, pastikan raksa turun keparas 36oc

• Ambil suhu badan, sejurus bangun dari tidur setiap hari (sebelum melakukan aktiviti-aktiviti lain seperti berjalan,mandi,makan,minum dll

• letakkan ‘thermometer’ didalam mulut bawah lidah selama 5 minit

• Catatkan suhu didalam carta graf suhu.

Page 33: 21595628-Perancang-Keluarga

Penetasan telur

Haid Masa Tidak Selamat Selamat Haid

.9

.8

.7

.6

.5

.4

.3

.2

.1

.0

37.0

1 3 5 7 9 11 13 15 17 19 21 23 25 27 1 3 5

Graf Menunjukkan Hari Penetasan Telur

Page 34: 21595628-Perancang-Keluarga

KAEDAH / CARA MEKANIKAL

• Kondom (sarung getah)Diperbuat dari getah yang nipis

• Sarungkan kondom ke zakar yang tegang sebelum memasukkan zakar kedalam vagina. Ia adalah untuk mengumpul air mani dan menghalang benih lelaki masuk kedalam vagina perempuan.

• Keluarkan zakar dari vagina sebaik sahaja selepas pancutan untuk mengelak tumpahan airmani kedalam vagina

• Gunakan kondom baru untuk setiap persetubuhan

Page 35: 21595628-Perancang-Keluarga

Samb…

Kebaikan kondom• Mudah didapati• Sangat berkesan, hampir 90 – 98% jika

digunakan dengan teliti. Lebih berkesan jika digunakan dengan spermisid.

• Boleh membantu untuk mencegah penyakit seperti HIV/AIDS

• Tidak membawa kesan sampingan

Sekiranya kondom pecah semasa persetubuhanwanita tersebut hendaklah keklinik untukmendapatkan nasihat.

Page 36: 21595628-Perancang-Keluarga
Page 37: 21595628-Perancang-Keluarga

Samb…

• Alat dalam rahim (I.U.C.D)

• Merupakan satu alat yang dimasukkan dan

ditempatkan didalam rahim untuk mencegah

kehamilan.

• Ia bertindak dengan mencegah pertemuan

antara sperma dan ovum, serta membuatkan

ruang rahim tidak sesuai untuk penampalan oleh

kerana kehadiran alat dalam rahim/kuprum

Page 38: 21595628-Perancang-Keluarga

Samb…

• Jenis alat dalam rahim• Lippes loop• Nova T• Copper 7• Multiload

Ianya diperbuat daripada plastik dan

sesetengahnya disaluti dengan copper (kuprum)

Page 39: 21595628-Perancang-Keluarga
Page 40: 21595628-Perancang-Keluarga

Samb…

• Kontraindikasi

• Ibu yang disyaki mengandung

• Penghidap penyakit barah dalam organ

reproduktif seperti barah rahim dan barah

pangkal rahim

• Pendarahan haid yang luarbiasa

• Penyakit dan jangkitan dirongga pelvic

• Sejarah mengandung ektopik

• Ketumbuhan dalam rahim

Page 41: 21595628-Perancang-Keluarga

Samb…

• Kedudukan rahim yang luar biasa

• Hb kurang dari 9 gram

• Haid yang tidak menentu

• Menghidapi penyakit kelamin

Page 42: 21595628-Perancang-Keluarga

Samb…

• Pemasangan I.U.C.D / ADR

• Dalam keadaan biasa, pemasangan dilakukan

pada penghujung kedatangan haid.

• Selepas bersalin, 6 minggu dengan syarat

belum melakukan persetubuhan. Bagi mereka

yang melahirkan anak secara pembedahan

dinsihatkan 6 bulan selepas pembedahan.

• Selepas pengguguran – sejurus selepas

pengguguran disahkan sempurna oleh doktor.

Page 43: 21595628-Perancang-Keluarga
Page 44: 21595628-Perancang-Keluarga

Samb…

• Nasihat selepas pemasangan

• Mengajar rasa benang terutama selepas haid

• Cuci tangan

• Duduk dalam keadaan mencangkung

• Masukkan jari dalam vagina sedalamnya

sehingga menyentuh benang dipangkal rahim

• Cuci tangan semula.

Page 45: 21595628-Perancang-Keluarga

Samb…

• Kesan sampingan ADR• Sakit pinggang• Sakit ari-ari• Turun darah selepas pemasangan alat• Turun darah antara haid• Alat dalam rahim terkeluar• Benang ADR yang tidak dirasai• Senggugut

Page 46: 21595628-Perancang-Keluarga

Samb…

Dapatkan rawatan doktor jika……• Mengalami pendarahan yang banyak dan

lama• ADR terkeluar atau separuh keluar• Tiada rasa benang atau benang didapati

panjang• Tiada haid• Demam,sakit ari-ari,keluar keputihan banyak

dan berbau – tanda-tanda PID (pelvic inflammatory disease)

Page 47: 21595628-Perancang-Keluarga

Samb…

Lawatan tindaksusul• Lawatan pertama – 6 minggu selepas

kemasukkan ADR• 3 bulan• 6 bulan• Setahun sekali sehingga tamat tempuh

Masa pengeluaran ADR• Atas permintaan pengguna• Tamat tempuh penggunaan ADR• Pengguna mengalami masalah berkaitan

dengan ADR

Page 48: 21595628-Perancang-Keluarga

Samb…

• Diaphragm (lapik liang rahim)

Ia merupakan alat lembut berbentuk mangkukdiperbuat dari getah. Penggunaan dan fungsi:

• Jumpalah doktor untuk mendapatkan saiz yang bersesuaian dengan anda.

• Semasa penggunaan jika berat badan anda bertambah atau menurun sebanyak 5 kg diafragma baru perlu digunakan

• Sapukan diafragma dengan krim atau jeli. Krim dan jeli ini dapat membunuh sperma didalam air mani.

Page 49: 21595628-Perancang-Keluarga

Samb…

• Masukkan diafragma kedalam faraj sebelum persetubuhan, untuk menutup pintu masuk kerahim (servical os) dan mencegah benih lelaki masuk kerahim.

• Keluarkan diafragma keesokan paginya, dicuci dan disimpan untuk penggunaan seterusnya.

Page 50: 21595628-Perancang-Keluarga
Page 51: 21595628-Perancang-Keluarga

Samb…

Kebaikkannya• Mudah dan selesa• Boleh disimpan dan digunakan bila perlu• Sangat berkesan, hampir 90 – 98%• Tiada kesan sampingan

Page 52: 21595628-Perancang-Keluarga

KAEDAH / CARA KIMIA

Diperbuat dari bahan kimia yang tidak merbahaya

terdiri dari krim,jeli atau buih (foam)• Krim atau jeli

• Masukkan krim atau jeli kedalam faraj sebelum persetubuhan. Ia akan membunuh sperma dalam air mani

• Patuhi arahan penggunaannya supaya lebih berkesan

• Lebih kurang 80% berkesan,tetapi lebih berkesan jika digunakan dengan kondom.

Page 53: 21595628-Perancang-Keluarga

Samb…

• Kebaikkannya• Mudah didapati• Tidak memerlukan arahan doktor• Mudah digunakan• Tiada kesan sampingan. Cuma sebilangan kecil

pengguna mungkin mengalami sedikit gangguan disebabkan alahan.

Page 54: 21595628-Perancang-Keluarga

Samb…

• Buih / foam tablet

• Sejenis ubat berbentuk bulat yang diperbuat dari bahan kimia

• Masukkan ubat ini kedalam faraj 10 – 15 minit sebelum persetubuhan supaya ubat ini dapat hancur dan berbuih. Ubat ini akan membunuh benih-benih lelaki.

• Patuhi arahan menggunakannya supaya lebih berkesan. Lebih kurang 80% berkesan, tetapi lebih berkesan jika guna kondom.

Page 55: 21595628-Perancang-Keluarga

Samb…..

• Kebaikannya

• Mudah didapati• Tidak memerlukan arahan doktor• Mudah digunakan• Tiada kesan sampingan

Page 56: 21595628-Perancang-Keluarga
Page 57: 21595628-Perancang-Keluarga

KAEDAH / CARA PENGGUNAAN HORMONE

Ianya boleh didapati dalam tiga persediaan iaitu

pil, suntikan dan susuk (norplant implant)

Pil diperbuat dari hormone tiruan yang digelar

oestrogen dan progestrone. Pil yang digunakan

dalam program Perancang Keluarga Kebangsaan

mengandungi :-• Oestrogen Ethinyl oestradiol 0.03mg dan 0.5gm• Progesterone Levonorgestre 150mg atau

Desogestrel 150mg.

Page 58: 21595628-Perancang-Keluarga

• Jenis –jenis pil• Combine oral contraceptives (COCs)• Progestin oral contraceptives (POCs)• Progestrerone only pill (POP)

Samb…

Page 59: 21595628-Perancang-Keluarga

Samb…

• Tindakan pill

Pil bertindak disistem pembiakan dengan cara :

• Menghalang pengeluaran ovum (ovulasi)

• Menukar corak lendir dipangkal rahim – lendir menjadi tebal, dengan ini menghalang perjalanan sperma (benih lelaki)

• Menjadikan keadaan dalam ruang rahim tidak sesuai untuk penempelan benih.

Page 60: 21595628-Perancang-Keluarga

Samb…

• Indikasi• Tidak mengandung• Tiada mempunyai masalah perubatan

• Kontraindikasi• Mengandung• Penyakit kuning (jaundice)• Penyakit thromboembolic• Sakit jantung yang teruk• Kanser payudara dan kanser pangkal rahim /

rahim.

Page 61: 21595628-Perancang-Keluarga

Samb…

Ibu-ibu yang tidak boleh mengamalkan pil kecualidengan rawatan dan pengawasan doktor adalah :

• Kelenjar pituitary yang tidak berfungsi• Pendarahan dari faraj yang tidak menentu• Sakit kepala yang kuat• Darah tinggi, kencing manis, lelah, urat timbul

dikaki atau faraj.• Sakit jiwa

Page 62: 21595628-Perancang-Keluarga

Samb…

Masa memulakan pil• Selepas bersalin:

• Menyusukan bayi – digalakkan menggunakan cara lain seperti kondom atau ADR selama 6 bulan

• Tidak menyusukan bayi – mula makan pil 4 minggu selepas bersalin, dengan syarat ibu belum lagi mengadakan hubungan kelamin. Sekiranya ibu sudah mengadakan hubungan kelamin dan tiada haid, ibu perlu menjalani ujian air kencing terlebih dahulu untuk memastikan ibu tidak mengandung

Page 63: 21595628-Perancang-Keluarga

Samb…

• Selepas keguguran – boleh memulakan makan pil selepas sahaja keguguran disahkan sempurna oleh doktor

• Ibu-ibu lain – pada hari ke 5 kedatangan haid. Sekiranya lewat (diantara hari ke 6 hingga hari ke 10 ibu boleh juga makan pil, tetapi perlu menggunakan bersama cara lain, selama satu minggu.

Page 64: 21595628-Perancang-Keluarga

Samb…

• Cara memakan pil – pil pusingan 21 biji• Mulakan makan pil pada hari ke 5 kedatangan

haid• Setiap hari ibu perlu mengambil sebiji pil pada

masa yang ditetapkan, biasanya selepas makan malam atau sebelum masuk tidur.

• Sekiranya ibu terlupa untuk mengambil pilnya, awal pagi keesukkan harinya ibu perlu mengambil sebiji dan malamnya perlu ambil sebiji lagi untuk hari tersebut.

Page 65: 21595628-Perancang-Keluarga

Samb…

• Selepas habis 21 biji, rehat 7 hari dan dalam masa 7 hari ini pendarahan vagina (haid) akan berlaku

• Mulakan pusingan baru pada hari ke 8 selepas berihat. Rajah pil 21 biji

Page 66: 21595628-Perancang-Keluarga

Samb…

• Pil pusingan 28 biji (21 biji kontraseptif dan 7 biji vitamin)

• Mulakan makan pil pada hari ke 5 kedatangan haid

• Mulakan dengan mengikut tanda anak panah di peket pil.

• Selepas habis 21 pil kontraseptif teruskan dengan pil vitamin, sementara itu pendarahan vagina (haid) akan berlaku.

• Apabila habis kesemua 28 biji pil, teruskan dengan pusingan yang baru.

Page 67: 21595628-Perancang-Keluarga

Rajah pil 28 biji

Page 68: 21595628-Perancang-Keluarga

Samb…

• Pil kontraseptif boleh dimakan waktu malam atau pagi, tetapi apabila telah dimulakan ianya mesti diteruskan mengikut waktu yang sama setiap hari. Sekiranya terlupa :-

• Sebiji – perlu dimakan dalam masa 12 jam

• Dua biji atau lebih, sambung pil, tetapi perlu menggunakan bersama-sama cara lain.

• Sekiranya datang haid, berhenti makan pil dan mulakan dengan peket yang baru pada hari ke 5 kedatangan haid.

Page 69: 21595628-Perancang-Keluarga

• Tempoh penggunaan pil.

• Jarak kehamilan adalah antara 2 – 3 tahun

• Umur ibu :-

• Sehingga 35 tahun

• 35 tahun dan lebih – sekiranya enggan menukar cara, perlu diperiksa dan diletakkan dibawah pengawasan doktor

Samb…

Page 70: 21595628-Perancang-Keluarga

Samb…

• 40 tahun keatas – perlu diperiksa dengan teliti oleh doktor, sekiranya tidak mengalami apa-apa kontraindikasi atau kesesuaian, ibu boleh terus mengamalkan pil sehingga berumur 45 tahun. Pemeriksaan fizikal dan ‘pap smear’ diperlukan setiap tahun

Page 71: 21595628-Perancang-Keluarga

Samb…

• Kesan asmpingan

• Meloya

• Pening kepala

• Payudara terasa tegang

• Keluaran lendir yang berlebihan dari faraj

• Keluaran darah antara haid

• Keluaran darah sedikit-sedikit (spotting)

• Penambahan berat badan

• Kurang nafsu seksual

Page 72: 21595628-Perancang-Keluarga

PROGESTERONE ONLY PILL

Pil ini hanya mengandungi hormone progesterone

sahaja.

Tindakannya:

Memekatkan lendir serviks dan bertindak sebagai

penghalang sperma.

Page 73: 21595628-Perancang-Keluarga

Samb…

Indikasi• Ibu-ibu yang menyusukan bayi• ‘benign breast lump’• Anaemia• Varicose veins• Sakit kepala• Fibroids• Dysmenorrhoea

Page 74: 21595628-Perancang-Keluarga

Samb…

Kontraindikasi• Kanser payudara• Jaundice

Cara makan• Selepas bersalin – 6 minggu selepas kelahiran

atau hari ke 5 selepas kedatangan haid• Makan setiap hari pada masa yang sama• Satu pusingan 28 biji dimakan tanpa berhenti

dan seterusnya memulakan peket pusingan yang baru

Proses kanser

Page 75: 21595628-Perancang-Keluarga

Samb…

• Kesan sampingan• Turun darah tidak menentu• Tiada haid• Haid banyak dan lama• Sakit kepala dan pening

Page 76: 21595628-Perancang-Keluarga

Suntikan

Kaedah suntikan mengandungi hormoneprogesterone dan ianya sangat berkesan untukmencegah kehamilan. Suntikan bertindak disistempembiakan dengan cara:-

• Menghalang pengeluaran ovum• Menukarkan corak lendir diperingkat rahim

dimana lendir menjadi tebal, dengan ini menghalang perjalanan benih lelaki

• Menjadikan keadaan dalam ruang rahim tidak sesuai untuk pencantuman benih

Page 77: 21595628-Perancang-Keluarga

Samb…

• Jenis suntikan

• Depo-provera 150 mgm

• Noristeral (norigest) 200 mgm

Page 78: 21595628-Perancang-Keluarga

Samb…

• Indikasi

• Pesakit jiwa

• Pesakit dengan masalah perubatan seperti:-

• Urat timbul (kaki/faraj)

• Sakit thyroid

• Kencing manis

• Tekanan darah tinggi

• Tuberculosis

Page 79: 21595628-Perancang-Keluarga

Samb…

• Pengamal yang tidak tahan dengan kesan sampingan oestrogen (pil)

• Gagal dengan kaedah lain• Sebagai cara sementara sebelum membuat

keputusan menjalani pemandulan.

Page 80: 21595628-Perancang-Keluarga

Samb…

• Jadual suntikan

• Suntikan permulaan – hari ke 5 kedatangan haid

• Hari ke 6 – 7 kedatangan haid dimana boleh mengambil cara suntikan sekiranyan ada haid tanpa perlu menggunakan cara kedua

• Hari ke 6 – 7 kedatangan haid dimana boleh mengambil suntikan dan sekiranyan tiada haid perlu menggunakan cara kedua dahulu sehingga satu minggu.

Page 81: 21595628-Perancang-Keluarga

Samb…

• Bagi ibu yang menyusukan bayi – 6 minggu selepas bersalin

• Ibu-ibu yang tidak menyusu – 4 minggu selepas bersalin

• Ibu-ibu yang mengalami keguguran – dalam masa 1 minggu dimana keguguran tersebut hendaklah disahkan sempurna oleh doktor

• Suntikan seterusnya setiap 60 hari.

Page 82: 21595628-Perancang-Keluarga

Samb…

• Kesan sampingan• Gangguan pusingan haid – samada tiada

haid atau haid yang tidak teratur• Penambahan berat badan• Meloya• Pening / sakit kepala

Page 83: 21595628-Perancang-Keluarga

SUSUK NORPLANT (norplant implant)

• Hanya mengandungi hormone progesterone sahaja

• Mengandungi 6 kapsul kecil dipasang di bawah kulit tangan melalui pembedahan kecil

• Dapat mencegah kehamilan selama 5 tahun• Kesuburan akan kembali selepas pengeluaran

susuk.

Page 84: 21595628-Perancang-Keluarga
Page 85: 21595628-Perancang-Keluarga

Samb…

Kontraindikasi• Penyakit hepar – barah hepar• Keturunan yang mengalami perdarahan yang

tidak menentu• Kanser payudara• Berat badan melebihi 70 kg.

Jadual kemasukan susuk• Selepas bersalin – 6 minggu• Ibu-ibu lain – hari ke 5 kedatangan haid.

Page 86: 21595628-Perancang-Keluarga

Samb…

Kesan sampingan• ‘amenorrhoea’ (tiada kedatangan haid)• Sakit kepala• Keputihan dari faraj• Rambut luruh• Penambahan berat badan

Faedah mengguna kaedah hormonal• Mencegah kehamilan• Mencegah kanser ovari• Mencegah kanser endometrium

Page 87: 21595628-Perancang-Keluarga

KAEDAH KEKAL- PEMBEDAHAN PEMANDULAN

Kaedah ini boleh dilakukan kepada perempuan

atau lelaki• Bilateral tubal ligation

Pembedahan pemandulan adalah cara kekal yang dilakukan dengan mengikat kedua-dua salor fallop, dengan cara ini, telur perempuan dihalang dari turun melalui saluran fallop untuk bertemu dengan sperma lelaki

Page 88: 21595628-Perancang-Keluarga
Page 89: 21595628-Perancang-Keluarga

Samb…

• Indikasi• telah mempunyai saiz keluarga yang cukup

dari segi jumlah anak dan jantina yang dikehendaki

• Atas sebab-sebab kesihatan – sakit jantung, sakit mental atau telah melalui 3 pembedahan caeserian

• Jenis pembedahan• Mini – laparotomy• Laparoscopy

Cara tersebut mudah dilakukan & selamat

Page 90: 21595628-Perancang-Keluarga

Samb…

Pengendalian ibu sebelum pembedahan• Kaunseling – pasangan dirujuk kepada doktor /

jururawat terlatih untuk sesi kaunseling• Pemeriksaan fizikal – untuk menilai tahap

kesihatan ibu• Keizinan pemandulan – menandatangani surat

keizinan pemandulan oleh pasangan suami isteri.

Page 91: 21595628-Perancang-Keluarga

Samb…

Pengendalian selepas pembedahan laparotomy• Lawatan susulan –

selepas 1 minggu buka jahitan

6 minggu – Pap smear

3 bulan, 6 bulan dan setahun sekali, untuk melakukan pemeriksaan lanjutan.

• Kaunseling – persetujuan boleh dilakukan selepas mendapat haid yang pertama selepas pembedahan

• Kesan pembedahan – pembedahan ini tidak mengganggu persetubuhan dan haid akan datang seperti biasa.

Page 92: 21595628-Perancang-Keluarga

Samb…

Pemandulan lelaki• Merupakan cara merancang keluarga yang

kekal dimana saluran-saluran yang membawa benih lelaki dari buah zakar ke kantung zakar di potong dan hujungnya diikat.

• Bila saluran-saluran ini dihalang, benih lelaki tidak bercampur dengan air mani, jadi air mani yang dipancut ke dalam faraj semasa persetubuhan tidak mengandungi sperma.

• Ia merupakan kaedah yang selesa dan tiada kesan sampingan kecuali terdapat kekusutan

Page 93: 21595628-Perancang-Keluarga
Page 94: 21595628-Perancang-Keluarga

Samb…

• Pembedahan yang mudah dilakukan oleh doktor dan ianya mengambil masa cuma 10 -15 minit sahaja.

• Persetubuhan hanya boleh dilakukan selepas luka sembuh, iaitu lebih kurang 7 hari selepas pembedahan. Selepas pembedahan air mani masih mengandungi benih lelaki.

• Air mani tidak mengandungi benih lelaki hanya selepas 15 kali pancutan air mani dan diikuti dengan ujian benih lelaki

Page 95: 21595628-Perancang-Keluarga

Samb…

• Pancutan boleh dibuat samada dengan mastubasi (melancap) atau hubungan kelamin. Jika ingin mengadakan hubungan kelamin dalam tempuh tersebut salah seorang daripada pasangan perlu menggunakan alat pencegah yang berkesan.

Page 96: 21595628-Perancang-Keluarga
Page 97: 21595628-Perancang-Keluarga
Page 98: 21595628-Perancang-Keluarga
Page 99: 21595628-Perancang-Keluarga

Yang dianugerahkan Allah adalah yang diingini oleh kedua ibubapanya.

Setiap anak….Mempunyai hak untuk menikmati kehidupan berkeluarga yang aman dan bahagia

Setiap anak….Mestilah dikehendaki dan disayangi

Page 100: 21595628-Perancang-Keluarga
Page 101: 21595628-Perancang-Keluarga

KEPERLUAN EKONOMI

KEPERLUAN EKONOMI

PEMBANGUNANKELUARGA

KEPERLUANPERUBAHAN SIKAP

& KESEDARAN

KEPERLUANPERUBAHAN SIKAP

& KESEDARAN

KEPERLUANSOSIAL

KEPERLUANSOSIAL

KEPERLUAN ROHANI

KEPERLUAN ROHANI

KEPERLUANKESIHATANKEPERLUANKESIHATAN

KEPERLUANPELAJARANKEPERLUANPELAJARAN

Page 102: 21595628-Perancang-Keluarga

FUNGSI / TANGGONGJAWAB JURURAWAT KESIHATAN UMUM /

JURURAWAT KESIHATAN DAN PENOLONG JURURAWAT

Page 103: 21595628-Perancang-Keluarga

FUNGSI / TUGAS JURURAWAT KESIHATAN UMUM / JURURAWAT KESIHATAN

• Menjalankan aktiviti sesi klinik perancang keluarga

• Memberi motivasi perancangan keluarga kepada klien

• Membantu ibu / bapa dalam pemilihan kaedah kontraseptif yang betul

• Melakukan pemeriksaan fizikal rutin

Page 104: 21595628-Perancang-Keluarga

Samb …..

• Membekalkan kontraseptif kepada klien

• Melakukan prosedur pengambilan ‘Pap Smear’ dan membantu kemasukan alat dalam rahim

• Merujuk klien secara rutin / klien yang mengalami masalah kepada doktor

• Mengekalkan dan mengemaskini rekod bekalan dan ‘filing’

• Membuat pesanan stok kontraseptif

Page 105: 21595628-Perancang-Keluarga

FUNGSI / TUGAS PENOLONG JURURAWAT

• Membantu ibu dalam pemilihan kaedah kontraseptif yang betul

• Melakukan pemeriksaan fizikal rutin• Membekalkan kontraseptif kepada klien• Membantu didalam prosedur pengambilan ‘Pap

Smear’ dan kemasukan alat dalam rahim• Mengekalkan dan mengemaskini rekod dan

‘filing’• Membantu semasa menjalankan aktiviti sesi

klinik perancang keluarga

Page 106: 21595628-Perancang-Keluarga