2.1Gaya Pembelajaran Individu(1).doc

11
Gaya Pembelajaran Individu Pengertian dan definisi gaya pembelajaran Gaya bermaksud stail atau cara. Cara seorang pelajar memberi tumpuan dan tindakan untuk memproses dan memperolehi maklumat, ilmu atau pengalaman yang baru. (Konteks psikologi pendidikan) Pelbagai cara membuat persepsi dan memproses maklumat untuk membentuk konsep dan idea yang sebenar. (Ahli psikologi mahzab kognitif) Pendekatan yang digemari oleh seseorang pelajar. (Peterson 1971) Tingkah laku yang dimanifestasikan oleh seseorang individu apabila menggunakan mindanya berinteraksi dengan persekitaran, kemudian mengumpul dan memproses maklumat daripadanya. (Gregore 1979) Cara bagaimana unsur-unsur daripada lima rangsangan, iaitu persekitaran, emosi, sosial, fisiologi dan psikologi yang dapat mempengaruhi keupayaan seseorang individu untuk memahami, berinteraksi dan bertindak balas kepada alam belajarnya. Kesimpulan Kesimpulannya, gaya pembelajaran ialah stail atau cara belajar seorang individu yang bertindak balas dengan persekitarannya dengan tujuan memproses, mentafsir dan memperoleh maklumat, ilmu, pengalaman atau kemahiran yang diingininya. Selain itu, gaya pembelajaran ialah hasil gabungan faktor- faktor pengaruh individu sendiri seperti jantina, umur dan personality, warisan baka dan persekitaran, termasuk pengaruh daripada cara pengasuhan ibu bapa, budaya komuniti dan sekolah.

Transcript of 2.1Gaya Pembelajaran Individu(1).doc

Page 1: 2.1Gaya Pembelajaran Individu(1).doc

Gaya Pembelajaran Individu

Pengertian dan definisi gaya pembelajaran

Gaya bermaksud stail atau cara. Cara seorang pelajar memberi tumpuan dan tindakan untuk memproses dan

memperolehi maklumat, ilmu atau pengalaman yang baru. (Konteks psikologi pendidikan)

Pelbagai cara membuat persepsi dan memproses maklumat untuk membentuk konsep dan idea yang sebenar. (Ahli psikologi mahzab kognitif)

Pendekatan yang digemari oleh seseorang pelajar. (Peterson 1971) Tingkah laku yang dimanifestasikan oleh seseorang individu apabila

menggunakan mindanya berinteraksi dengan persekitaran, kemudian mengumpul dan memproses maklumat daripadanya. (Gregore 1979)

Cara bagaimana unsur-unsur daripada lima rangsangan, iaitu persekitaran, emosi, sosial, fisiologi dan psikologi yang dapat mempengaruhi keupayaan seseorang individu untuk memahami, berinteraksi dan bertindak balas kepada alam belajarnya.

Kesimpulan

Kesimpulannya, gaya pembelajaran ialah stail atau cara belajar seorang individu yang bertindak balas dengan persekitarannya dengan tujuan memproses, mentafsir dan memperoleh maklumat, ilmu, pengalaman atau kemahiran yang diingininya.

Selain itu, gaya pembelajaran ialah hasil gabungan faktor-faktor pengaruh individu sendiri seperti jantina, umur dan personality, warisan baka dan persekitaran, termasuk pengaruh daripada cara pengasuhan ibu bapa, budaya komuniti dan sekolah.

Faktor-faktor yang mempengaruhi gaya pembelajaran

Terdapat unsur-unsur daripada 5 rangsangan yang mempengaruhi gaya pembelajaran seseorang. Antaranya ialah persekitaran, emosi, sosial, fisiologi dan psikologi.

1. Rangsangan Persekitaran Cahaya

Keadaan belajar berbeza sama ada dalam situasi lampu terang benderang atau cahaya yang sederhana terang.

Bunyi Keadaan berbeza dengan ada pelajar yang suka belajar dengan

muzik dan sebaliknya ada yang hanya boleh menumpukan perhatian terhadap pembelajarannya dalam keadaan senyap sunyi.

Page 2: 2.1Gaya Pembelajaran Individu(1).doc

Suhu Suhu yang sejuk atau nyaman dapat mempertingkatkan

keberkesanan pembelajaran. Reka bentuk susunan tempat belajar

Susunan meja dan kerusi dalam bilik darjah malah keselesaan dapat mengurangkan keletihan pelajar dalam sepanjang masa persekolahan.

2. Rangsangan Emosi Motivasi

Dibahagikan kepada motivasi ekstrinsik (kuat suka belajar dengan inisiatif sendiri) dan motivasi intrinsik (belajar mengikut arahan yang berstruktur daripada guru)

Sikap keazaman dan tanggungjawab Orang yang bersikap berikut akan mengambil insiatif sendiri dan

belajar dalam tempoh masa yang panjang manakala sebaliknya orang yang kurang bersikap berikut hanya belajar dalam tempoh masa yang singkat.

3. Rangsangan Sosial Perseorangan

Belajar diri sendiri dan tidak berharap orang lain berdamping. Pasangan karib

Belajar bersama dengan merangsangkan semangat belajar melalui berinteraksi dua hala.

Rakan sebaya/kumpulan Pembelajaran secara kumpulan yang merangkumi perbincangan,

sumbangsaran dan kerjasama. Orang dewasa

Bimbingan orang dewasa seperti ibubapa dan membantu menyelesaikan masalah pembelajaran serta meningkatkan semangat dan keyakinan.

4. Rangsangan Fisiologi Persepsi

Contohnya persepsi visual, auditori dan kinestetik-tactile. Visual ( carta, gambar, graf, gambar rajah, slaid, video) Auditori (siasaran muzik dari radio atau kaset) Kinestetik-tactile (cara menyentuh dan merasa, gayanya

diperlihatkan aktif dan tidak boleh duduk diam)

Page 3: 2.1Gaya Pembelajaran Individu(1).doc

Pemakanan Suka makan atau minum sambil belajar.

Waktu tertentu Waktu tertentu sama ada waktu pagi atau waktu malam kerana

suasana kedua-dua tempoh masa lebih segar, kondusif dan nyaman.

Mobiliti Suka berdiri atau berjalan sana-sini semasa belajar dan ada yang

suka menukar tempat duduk kerap kali semasa belajar.

5. Rangsangan Psikologi Analitik

Suka belajar sesuatu dengan secara teliti contohnya menganalisis fakta.

Holistik Suka belajar secara global dan secara keseluruhan atau

mengamati aspek-aspek. Gerak hati

Gaya pembelajaran yang bergantung kepasa angina tau moodnya. Reflektif

Pelajar yang suka belajar dengan cara berfikir. Pemprosesan otak kiri atau otak kanan

Pemprosesan otak kiri bercenderung kepada pembelajaran bahasa, penulisan, logik, sains dan matematik.

Pemprosesan otak kanan bercenderung kepada pembelajaran muzik, pendidikan seni, mereka bentuk dan aktiviti yang bercorak kreatif.

Jenis-jenis gaya pembelajaran

Mengikut Murnford dan Honey (1986), gaya pembelajaran dikategori kepada :

1. Aktivis Cara belajar seseorang individu yang melibatkan diri secara aktif dan

agresif dalam aktiviti pembelajarannya. Mempunyai ciri-ciri seperti berikut:

i. Mempunyai sikap tidak sabar, dan tindakan tergesa-gesa.ii. Mempunyai naluri ingin tahu yang tinggi terhdap perkara-perkara

baru di alam sekitar.iii. Bergerak pantas dan cepat membalasiv. Gemar mencar pengalaman baru dengan cuba jaya diri sendiri.v. Penuh bersemangat, fleksibel dan berfikiran terbuka.

Page 4: 2.1Gaya Pembelajaran Individu(1).doc

vi. Mempunyai motivasi intrinsic yang kuat dan sentiasa mengambil inisiatif untuk menyelesaikan masalah diri sendiri.

vii. Mempunyai kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif. Kaedah dan teknik mengajar yang sesuai bagi mereka:

i. Kaedah inkuiri-penemuan

ii. Kaedah projekiii. Penyelesaian

masalahiv. Kerja praktikv. Perbincanganvi. Sumbangsaranvii. Sesi buzzviii. Simulasiix. Main peranan

Page 5: 2.1Gaya Pembelajaran Individu(1).doc

2. Reflektif Cara belajar seseorang yang suka memerhati, memikir dan membuat

refleksi kendiri terhadap apa yang dipersepsikan dalam alam belajar. Mempunyai ciri-ciri berikut:

i. Suka memikir perkara-perkara dalam alam sekitarnya.ii. Mempunyai kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif.iii. Suka mentafsir dan menilai sesuatu perkara, prinsip, keputusan

atau projek serta membuat reflkesi kendiri.iv. Suka mencari hakikat yang sebenar.v. Sikap berhati-hati, berwaspada dan sentiasa memikirkan pelbagai

ilihan dengan teliti.vi. Seorang pendengar yang baik tetapi lambat bertindak balas.vii. Belajar dan membuat kerja dengan sistematik.viii. Tidak terburu-buru membuat keputusan atau kesimpulan.

Kaedah dan teknik mengajar yang sesuai bagi mereka:i. Kaedah penyelesaian masalahii. Inkuiri-penemuaiiii. Projekiv. Perbincangan

3. Teoris Gemar menggunakan prinsip dan teori untuk membuat kesimpulan

berdasarkan analisis fakta-fakta sesuatu perkara. Mempunyai ciri-ciri berikut:

i. Memiliki fikiran rasional dan logical.ii. Mempunyai sikap berdisplin serta bervisi.iii. Kurang kreatif dan menitikberatkan penggunaan pemprosesan otak

kiri.iv. Suka membentuk hipotesis, menguji hipotesis dan membuat

kesimpulan berdasarkan bukti.v. Suka mengesan sebab dan akibat sesuatu perkara yang berlaku.vi. Berminat mengkaji fenomena-fenomena yang berlaku dalam alam

sekitar. Kaedah dan teknik mengajar yang sesuai bagi mereka:

i. Kaedah induksi dan deduksiii. Bertukar pendapat melalui perbincanganiii. Mengumpul data untuk menbuat analisis, tafsiraniv. Membuat rumusan melalui kaedah penyelidikan.

4. Pragmatis Pelajar yang bersifat pratikal dan mementingkan hakikat yang sebenar

daripada teori, hukun atau prinsip yang sedia ada.

Page 6: 2.1Gaya Pembelajaran Individu(1).doc

Mempunyai ciri-ciri berikut:i. Bersifat praktikal dan berpijak kukuh di bumi nyata.ii. Mementingkan bukti dan hakikat yang sebenar sebagai objektif

pembelajarannya.iii. Percaya perkara yang dapat dilihat lebih daripada mendengar.iv. Mengutamakan kegunaan dan penggunaan pengalaman dan

hakikat yang sebenar.v. Lebih bersifat ekspresif daripada kreatif.vi. Suka membuat perbandingan.

Kaedah dan teknik mengajar yang sesuai bagi mereka:i. Kaedah pratikii. Strategi pemusatan bahan (bahan eletronik, carta dan gambar

rajah)iii. Kaedah deduksi yang melibatkan aplikasinya.

Page 7: 2.1Gaya Pembelajaran Individu(1).doc

Jenis gaya pembelajaran lain

Mengikut Slavin(1994), gaya pembelajaran juga boleh digolongkan dalam:

1. Gaya pembelajaran bergantung(dependent learning style) Golongan pelajar mengutmakan bidang kognitif dalam semua pola dan

menerimanya secara keseluruhan. Mempunyai ciri-ciri berikut:

i. Mempersepsi sesuatu atau pola secara menyeluruh.ii. Menerima pendapat yang bersifat umum.iii. Aktiviti pembelajaran berdasarkan motivasi ekstrinik.iv. Sensitif terhadap pandangan dan teguran orang lain.v. Suka dibimbing oleh orang yang disanjungi.vi. Tidak mempunyai inisiatif belajar dan terlalu bergantung kepada

motivasi dan pengajaran guru.vii. Tidak boleh menentikan objektif pembelajaran diri sendiri.viii. Mempunyai sikap menurut perintah dan belajar apa yang diajar

tanpa menyoal. Pelajar bergantung lebih suka belajar bersama dengan rakans ebaya

dalam kumpulan kecil. Kaedah dan teknik mengajar yang sesuai bagi mereka:

i. Strategi pengajaran keseluruhan kelasii. Demonstrasiiii. Syarahaniv. Berkumpulan

2. Gaya pembelajaran tidak bergantung (independent learning style) Mementingkan analisis bahagian-bahagian pola atau corak secara

terperinci Mempunyai ciri-ciri berikut:

i. Mengamati perkara secara analitik.ii. Berminat menentukan objektif pembelajaran sendiri.iii. Kurang sensitif terhadap pandangan dan teguruan orang.iv. Mempunyai motivasi intrinsic yang kuat.v. Mampu menguruskan pembelajaran diri sendiri.vi. Mempunyai kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif.vii. Belajar dengan inisiatif sendiri.

Kaedah dan teknik mengajar yang sesuai bagi mereka:i. Kaedah uji kajiii. Kaedah inkuiri-penemuaniii. Kaedah penyelesaian masalah

Implikasi gaya pembelajaran dalam proses pengajaran-pembelajaran

Page 8: 2.1Gaya Pembelajaran Individu(1).doc

1. Guru harus dapat mengenal pasti gaya pembelajaran muridnya dan menggunakan strtegi yang sesuai.

2. Guru harus rujuk kepada faktor-faktor yang mempengaruhi gaya pembelajaran untuk mengenal pasti ciri-ciri gaya pembelajaran murid-murid.

3. Guru harus sedar bahawa setiap murid mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza, jadi tiada satu sahaja kaedah mengajar yang bersifat sempurna untuk mengajar semua murid dalam sesuatu kelas.

4. Strategi pengajaran yang utama ialah strategi berpusatkan murid dan bahan.5. Strategi yang paling sesuai untuk mengatasi masalah pelbagai perbezaan gaya

pembelajaran murid-murid ialah pembelajaran masteri yang menitikberatkan kumpulan dan keseluruhan kelas.

6. Pembelajaran masteri ini amat mementingkan aspek perbezaan individu serta penggunaaan pelbagai alat bantu mengajar dan paling sesuai untuk pembelajaran secara individual.

Soalan

Page 9: 2.1Gaya Pembelajaran Individu(1).doc

1. Berikan satu definisi gaya pembelajaran.Cara seorang pelajar memberi tumpuan dan tindakan untuk memproses dan memperolehi maklumat, ilmu atau pengalaman yang baru

2. Apakah 5 rangsangan yang boleh mempengaruhi gaya pembelajaran?Persekitaran, emosi, sosial, fisiologi dan psikologi.

3. Apakah itu gaya pembelajaran aktivis?Cara belajar seseorang individu yang melibatkan diri secara aktif dan agresif dalam aktiviti pembelajarannya

4. Berikan dua ciri-ciri gaya pembelajaran bergantung.I. Mempersepsi sesuatu atau pola secara menyeluruh.

II. Menerima pendapat yang bersifat umum.

5. Nyatakan satu implikasi gaya pembelajaran dalam proses pengajaran-pembelajaran? Guru harus dapat mengenal pasti gaya pembelajaran muridnya dan menggunakan strategi yang sesuai.