Assignment Individu
-
Upload
rasiah-jumrah -
Category
Documents
-
view
2.708 -
download
36
Transcript of Assignment Individu
1.1 PENGENALAN
Aspek pengurusan adalah satu perkara yang tidak dapat dipisahkan dari
manusia dalam dunia yang serba moden ini. Ini bermakna pengurusan adalah
satu proses sosial selaras dengan perkembangan manusia dan komuniti di
sekitarnya. Dalam hal ini pengurusan dikaitkan dari pengurusan sebuah
keluarga, komuniti atau organisasi hinggalah kepada pengurusan sebuah
negara. Pengurusan sering dikaitkan dengan pentadbiran dan apabila
memperkatakan tentang konsep pengurusan pasti mencakupi tiga elemen
utama iaitu pengurus, organisasi dan tatacara atau garis panduan pengurusan.
Ketiga-tiga elemen ini bergantung antara satu sama lain dan mempunyai
hubungkait yang seimbang. Pengurusan dikendalikan oleh pengurus yang
adakalanya bertindak sebagai ‘master-mind’ dan pada satu keadaan yang lain
pengurus juga bertindak sebagai pelaksana.
Sebagai ‘master-mind’, pengurus bertindak memimpin kelompok subordinat
yang bertindak menterjemah segala visi, misi dan objektif dalam bentuk
pelaksanaan yang akan dijalankan mengikut jadual perancangan yang
digariskan. Sehubungan itu, usaha untuk mengarah dan memantau
perkembangan proses perlaksanaan dikendalikan oleh pengurus dengan
pendekatan yang subjektif berdasarkan gaya kepimpinan dan kemampuan
memanipulasikan kebolehan berkomunikasi yang unik dan tersendiri.
Sebagai pelaksana pula, pengurus bertindak membimbing dan pada masa yang
sama bergerak seiring bersama subordinat untuk melaksanakan visi, misi dan
objektif yang telah ditetapkan.Sama ada sebagai ‘master-mind’ mahupun
pelaksana pengurus harus bertindak berdasarkan tatacara dan garis panduan
yang ditetapkan. Garis panduan atau tatacara berkenaan sama ada berasaskan
contoh dan garis panduan dari organisasi lain, mahupun idea pengurus itu
sendiri, ataupun ia digubal dengan persetujuan kolektif antara pengurus dan
subordinat.
Selain itu, pengurus biasanya mempunyai kuasa bagi membolehkannya
melaksanakan tanggungjawabnya mengemudi organisasi di samping
menjalankan fungsinya mengetuai subordinatnya. Kuasa diperolehi sama ada
sumber perundangan sepertimana yang ditetapkan oleh perlembagaan yang
digubal semasa organisasi ditubuhkan atau kuasa diberikan dengan persetujuan
kolektif semua ahli dalam organisasi tersebut. Kuasa yang ada pada pengurus
secara idealnya dibayangi oleh etika yang sekiranya dikendalikan dengan baik
dan menghormati ‘the spirit of ethic’ akan menjadikan pengurus dilihat
mengemudi organisasinya dengan adil, penuh hormat dan berwibawa.
2.1 DEFINISI DAN KONSEP PENGURUSAN
Konsep-konsep pengurusan sebenarnya telah bermula sejak zaman purba lagi
seperti zaman Mesir kuno, Zaman Jahiliyyah dan sebagainya. Secara umumnya,
konsep pengurusan yang menjadi amalan organisasi pada masa kini boleh kita
bahagikan kepada tiga kategori iaitu :
a. Konsep Pengurusan Islam
b. Konsep Pengurusan Barat
c. Konsep Pengurusan Jepun
2.1.1 Konsep Pengurusan Islam
Sebagaimana yang kita maklum, sistem pengurusan Islam adalah lengkap dan
sistematik di mana ia berpandukan kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Prinsip
pengurusannya jelas, penyusunan dan perancangan pengurusan yang teratur,
pengawasan yang meyeluruh dan terperinci, dan motivasi yang mempunyai asas yang
kukuh untuk mendapat keredhaan Allah SWT dan tidak semata-mata kebendaan
dan keduniaan sahaja
Definisi Pengurusan Islam
Di dalam pengurusan Islam , terdapat beberapa sarjana-sarjana Islam telah
mengutarakan definisi pengurusan. Di antaranya :
a) Ahmad Ibrahim Abu Sin
Pengurusan sebagai satu kajian ilmiah terhadap bakat dan kebolehan serta
kemahiran kelompok seseorang menjadi pengurus.
b) Profesor Syed Othman Alhabshi
Pengurusan merupakan suatu proses mendapat dan mencantumkan sumber-
sumber kewangan, modal, tenaga manusia dan sebagainya untuk mencapai
matlamat organisasi sama ada dalam bentuk barangan atau perkhidmatan.
c) Muhammad A. Al-Buraey
Pengurusan merupakan penyelarasan tenaga manusia untuk mencapai
matlamat sebagai makhluk sosial yang perlu berinteraksi antara satu sama lain.
Konsep Pengurusan Barat
Pengurusan Barat lahir kerana wujudnya falsafah ekonomi rasional yang mana ia
bergantung kepada kemampuan akal semata-mata. Di mana penekanan ia
menjurus ke arah memaksimumkan produktiviti, kualiti dan keuntungan.
Bagi menjelaskannya, kita akan meninjau pengurusan Barat dari aspek definisi,
Sistem dan ciri-ciri nya.
2.1.2 Definisi Pengurusan Barat
Di antara definisi-definisi pengurusan yang dihuraikan oleh sarjana-sarjana Barat
ialah:
a) Hilgert dan Leonard
Pengurusan merupakan suatu proses di mana kerja-kerja dapat dilaksanakan
dengan mengembeling sumber manusia serta membimbing dan memberi
motivasi kepada usaha-usaha mereka ke arah pencapaian objektif organisasi.
b) Boone dan Kurtz
Pengurusan ialah usaha-usaha pencapaian objektif organisasi melalui sumber
manusia dan sumber teknikal dengan cara yang paling efektif.
c) Gitman dan McDaniel
Pengurusan sebagai suatu proses mengkoordinasikan sumber manusia dengan
sumber-sumber lain dalam sesebuah organisasi bagi mencapai tujuan dan
matlamat organisasi tersebut.
d) Wagner dan Hollenback
Pengurusan ialah suatu proses perancangan, pelaksanaan, pengarahan dan
kawalan perlakuan organisasi
2.2.3 Konsep Pengurusan Jepun
Falsafah pengurusan Jepun adalah lebih mirip kepada golongan petani yang lebih
mementingkan kerjasama, kerja berpasukan, saling bergantung, bekerja kuat,
bergantung kepada musim, bertapak di sesuatu tempat, memerlukan
perancangan rapi, suka meniru dan membaiki ciptaan orang lain. Falsafah
pengurusan Jepun di atas adalah untuk mencapai kemajuan korporat yang abadi
dan menjamin keamanan negara, masyarakat Jepun dan dunia.
Konsep pengurusan Jepun mempunyai tiga ciri utama iaitu :-
a) Pengurusan berorientasikan manusia (people oriented management ) iaitu
pekerjaan adalah untuk seumur hidup pekerja di mana ganjaran dan
penghargaan diberikan kepada mereka yang paling lama berkhidmat.
b) Keharmonian, penyesuaian dan membuat keputusan di mana pihak
pengurusan mengutamakan keharmonian dengan pekerja dan sentaisa
meningkatkan kerjasama. Semangat pekerja sentiasa tinggi kerana mereka
terlibat dalam membuat keputusan.
c) Sikap terhadap pekerja yang mengutamakan dedikasi, kualiti, displin, inovatif,
ketaatan dan etika.
‘Mahir’ bererti terlatih untuk mengerjakan sesuatu manakala ‘Kemahiran’
membawa makna kecekapan atau kepandaian. Pengurusan yang diambil
daripada perkataan “urus” bermakna menjaga supaya rapi, mengatur,
mengemaskan atau menyususn (kamus Dewan, 2005). Secara umumnya
pengurusan boleh ditakrifkan sebagai satu seni bagi melaksanakan proses kerja
yang terancang melalui dan dilaksanakan secara bersistematik, teratur dan
mempunyai garis panduan tertentu.
Kata kerja mengurus (management) pula berasal dari bahasa Itali ‘maneggiare’
iaitu ‘menangani’ dan kata nama ini diterbitkan daripada perkataan Latin –
‘manus’ (tangan). Perkataan bahasa Perancis ‘mesnagement’ telah banyak
mempengaruhi perkembangan maksud perkataan Bahasa Inggeris
‘management’ pada abad-abad ke 17 dan 18.Sehubungan itu, merujuk kepada
Ensiklopedia Bebas Wikipedia, ‘pengurusan terdiri daripada pengarahan dan
pengawalan sebuah kumpulan yang terdiri daripada satu atau lebih orang atau
entiti untuk tujuan menyelaraskan dan mengharmonikan kumpulan tersebut
untuk mencapai sesuatu matlamat. Ia seringnya merangkumi sumber – sumber
manusia, kewangan, teknologi serta juga sumber semula jadi. Pengurusan juga
boleh merujuk kepada seorang atau sekumpulan orang yang menjalankan fungsi
pengurusan’.
Mary Parker Follet (1868 -1933) menyatakan bahawa pengurusan ‘adalah
sebagai seni untuk mencapai sesuatu melalui orang lain’.Free-Content
Encyclopedia Wikipedia menyatakan pengurusan boleh ditakrifkan berdasarkan
fungsinya sebagai ‘tindakan untuk mengukur sesuatu kuantiti pada tempoh-
tempoh yang tetap dan berdasarkan kepentingan, mengubahsuai rancangan
asal ataupun tindakan untuk mencapai maklumat yang dirancang’.
Selain itu, James A.F Stoner & Charles Wienkel menyatakan bahawa ‘pengurusan
adalah proses merancang, mengorganisasi , memimpin dan mengawal daya
usaha anggota organisasi dan menggunakan sumber-sumber lain dalam
organisasi bagi mencapai matlamat organisasi yang ditetapkan’.Wan Azmi Ramli
merumuskan pengurusan adalah aktiviti perancangan dan pergerakan atau
panduan oleh sesuatu perusahaan atau organisasi berhubung dengan segala
kaedah-kaedah, peraturan-peraturannya, juga tanggungjawab dan tugas-tugas
kakitangannya itu.
Menurut Edward (1996), Pengurus adalah orang yang melaksanakan tugas
melalui orang lain. Dengan definisinya pengurus sebagai orang yang tahu apa
yang dkehendaki dan tahu penyebab yang membolehkan ia berlaku, pengurus
juga adalah orang yang bertanggungjawab mengawal sumber dan memastikan
kegunaannya untuk kebaikan subordinatnya. Selain itu seorang pengurus turut
berfungsi untuk meningkatkan keberkesanan kerja yang sudah dilaksanakan dan
mencari cara bagi pembaikan secara berterusan selain bertanggungjawab pada
prestasi unit yang diuruskan serta mewujudkan suasana yang sesuai yang
membolehkan individu melaksanakan tugas dengan cemerlang
Oleh itu, pengurusan adalah kerja yang dilakukan bagi mencapai objektif melalui
individu. Ia bermaksud pengurus bertanggungjawab ke atas kerja orang lain.
Bush dan West- Burnham (1994) mendefinisikan prinsip pengurusan dengan
meliputi aktiviti merancang, mengambil sumber, mengawal, menyusun,
memimpin dan menilai.
Secara ringkasnya ia melibatkanKepimpinan yang merangkumi nilai, visi dan
misi. Dari aspek pengurusan ia mencakupi aspekmerancang, mengorganisasi,
melaksanakan dan mengatur kedudukan manakala dalam aspek Pentadbiran ia
melibatkanperincian operasi.
3.1SEJARAH AWAL PENGURUSAN
3.2Robert Owen ( 1771-1858)
Pada awal tahun 1800an sebagai pengurus Fabrik Pemintalan Kapas di New
Lanaark, Skotlandia, Robert Owen mencurahkan perhatiannya pada penggunaan
faktor produk mesin dan faktor produk tenaga kerja. Hasil daripada pengamatan
dapat disimpulkan bahawa, apabila mesin diberi penyelenggaraan yang baik
akan memberi keuntungan kepada perusahaan, begitu juga kepada tenaga
kerja, apabila tenaga kerja dipelihara dan dijaga seperti sentiasa memberi
perhatian terhadap kebajikan pekerja oleh pemimpin perusahaan akan memberi
keuntungan terhadap perusahaan. Seterusnya dikatakan bahawa kuantiti dan
kualiti hasil pekerjaan dipengaruhi oleh situasi ekstrem dari pekerjaan. Hasil
penelitiannya, Robert Owen dikenali sebagai Tunjang Pengurusan Personaliti.
3.3Charles Babbage (1792-1871)
Charles Babbage adalah seorang professor Matematik dari Inggeris yang
menaruh perhatian dan minat pada bidang pengurusan. Perhatiannya pada
operasi-operasi fabrik yang dapat dilakukan secara efesien. Dia percaya bahawa
aplikasi prinsip-prinsip ilmiah pada proses kerja akan menaikkan produktiviti dari
tenaga kerja dan menurunkan biaya kerana pekerjaan-pekerjaan dilakukan
secara efektif dan efisen. Beliau menyarankan agar semua pengurus bertukar-
tukar pengalaman dan dalam penerapan prinsip-prnsip pengurusan.
Perhatiannya di-arahkan dalam hal pengagihan kerja (devision of labour) yang
mempunyai keunggulan iaitu:
i. Waktu yang diperlukan untuk belajar daripada pengalaman-pengalaman yang
baru
ii. Berlaku pembaziran masa bila seseorang berpindah dari satu pekerjaan ke
pekerjaan yang lain dan pekerja tersebut terpaksa pula menyesuaikan diri
dengan
situasi baru sehingga menghambat kemajuan dan ketrampilan pekerja untuk itu
diperlukan khususnya dalam pekerjaannya.
iii. Kecekapan dan keahlian pekerja kerana seorang pekerja bekerja secara terus
menerus dalam tugasnya.
iv. Terdapat tumpuan yang lebih terhadap pekerjaan dengan adanya
pengkhususan
kerja.
Secara umumnya sejarah pengurusan bermula seiring dengan perkembangan
manusia dari sebuah keluarga yang besar dan membentuk sebuah
perkampungan dan komuniti yang melibatkan pengurusan kawasan setempat
dan akhirnya pembentukan dan pengurusan sebuah negara bangsa.Mana-mana
tamadun yang wujud di dunia pasti dikaitkan dengan sistem pentadbiran dan
kaedah pemerintahan yang membolehkan ketua negara dan dinastinya
meneruskan kesinambungan sebuah tamadun hingga ke saat akhirnya. Dengan
adanya sistem pengurusan mereka mampu menguruskan perbendaharaan serta
mengawal hasil mahsul negara, mengekalkan keadilan dengan pengurusan
sistem dan badan kehakiman dan pengurusan ke atas upacara keagamaan atau
adat istiadat rasmi di istana.
Seawal 8000 SM para paderi dari Ur telah menyimpan rekod aktiviti perniagaan,
rekod lain dan peraturan pengurusan di atas kepingan tanah liat yang dibakar.
Tamadun Sumeria mempunyai sistem demokrasi yang amat tersusun
berdasarkan teks-teks yang ditemui di Telloh (Lagash) dab Fara (Shurappak).
Sumber tenaga kerja didaftarkan dan kemudian dibahagi-bahagikan dalam
pelbagai badan awam. (Sivachandralingam & Ayadurai)
Raja Hammurabi dari Babylon pula memperkenalkan kod Hammurabbi
yang mengandungi 285 undang-undang yang turut merangkumi perkara-perkara
yang berkaitan dengan peraturan pengurusan, perdagangan dan kewangan.Di
Mesir, dinasti yang memerintah kerajaan Mesir Tua dengan diketuai oleh Fir’aun
dan pembesar-pembesarnya menyimpan rekod pengurusan pembinaan pyramid,
sphinx dan pelbagai kompleks makam mereka di atas daun papyrus yang telah
diproses. Pembinaan piramid setinggi 20 hingga 25 tingkat dengan 2.5 juta blok
batu ini memerlukan sistem pengurusan yang cekap dan sistematik untuk
menguruskan kira-kira 100 000 orang pekerja setiap masa.
Sistem pengurusan Negara kota dalam Tamadun Yunani pula
mempamerkan sistem pentadbiran Negara yang tersusun. Plato mengutarakan
pendapatnya dalam bukunya ‘Law’, bahawa setiap kota secara idealnya
mempunyai 5040 orang. Athens yang merupakan salah satu negara kota Yunani
yang terkenal ditadbir berdasarkan sistem ala republik. Pemerintahan Athens
dikendalikan oleh 3 buah institusi iaitu Dewan Perhimpunan, Majlis, Majistret &
Juri. (Sivachandralingam & Ayadurai)
Maharaja Diolectian dari Rom (248M) telah menyusun semula pentadbiran
Rom bagi membolehkannya mengawal keseluruhan empayar Rom yang luas dan
terbentang dari Asia Barat hingga ke Eropah. Melalui kaedah pengurusannya,
beliau membahagi-bahagikan empayarnya kepada beberapa daerah dan diketuai
oleh seorang gabenor. Gabenor ini diberikan kuasa pemerintahan yang
melibatkan hal-ehwal awam kecuali kuasa ketenteraan dan model Diolectian ini
mirip sistem organisasi dan kerajaan berpusat. (Jaafar, Mohd Hizam & Zafir).
4.1TOKOH-TOKOH DALAM BIDANG PENGURUSAN
Tokoh-tokoh awal yang menyumbang idea tentang pengurusan dengan
mengutarakan pendapat yang menyatakan bahawa menjadi satu perkara yang
umum bagi mana-mana pemimpin pada zaman itu memimpin organisasi mereka
secara autokratik. Misalnya Adam Smith dalam bukunya ‘The Wealth of Nation
(1776) memberikan sumbangan dan pandangannya terhadap konsep
pengurusan ekonomi dan sains politik. Charles Babbage memperkenalkan prinsip
pembahagian dan pengkhususan kerja melalui pengeluaran produk melalui
jabatan-jabatan yang dikhususkan dengan fungsi tertentu dan mengutarakan
idea penubuhan ‘line of production’ dengan penetapan fungsi kerja yang rutin.
Para pengkaji bidang pengurusan pasti biasa dengan seorang tokoh bernama
Frederick Taylor yang digelar bapa pengurusan saintifik. Antara karya Frederick
Taylor mengenai pengurusan yang terkenal adalah Shop Management (1912),
Principles of ScientificManagement dan pernah membentangkan testimoninya di
hadapan Jawatankuasa Dewan Khas pada tahun 1912 (Harold Koontz & Heinz
Weirich). Frederick Taylor memperkenalkan sistem ganjaran bagi pekerja yang
telah memenuhi piawaian yang telah ditetapkan oleh organisasi masing-masing.
Melalui konsep pengurusan yang diperkenalkan oleh Frederick Taylor, pekerja
yang tidak memenuhi piawaian dan sasaran yang ditetapkan akan disingkirkan
dari sistem kitaran kerja setelah berada dibawah pengawalan dalam jangka
masa tertentu . Frederick Taylor turut memperkenalkan sistem waktu rehat
berjadual bagi membantu mengurangkan kepenatan bekerja.
Henry Gantt pula membuat kajian ke atas teori yang diperkenalkan oleh
Frederick Taylor dan mendapati teori ini kurang memberikan penekanan
terhadap aspek kemanusiaan. Henry Gantt yang terkenal dengan sistem Carta
Gantt memberikan penekanan terhadap perincian dalam jadual tugasan dan
amat relevan hingga kini bagi membolehkan pengurusan menetapkan sasaran
dan tarikh akhir (date-line) bagi setaip tugasan. Henry Gantt turut
memperkenalkan sistem bonus bagi pekerja yang melepasi sasaran tugasan
yang ditetapkan secara harian. Beliau turut menekankan kepentingan latihan
dala memahirkan kakitangan dalam menjalankan tugas.
Frank dan Lillian Gilbreths pula banyak memberikan sumbangan dalam kajian
tentang gerakan pengurusan saintifik. Melalui buku tulisan mereka bertajuk ‘The
Psychology of Management’ (1912), Lilian telah memberikan penekanan tentang
aspek kebajikan pekerja secara individu selain hasil hipotesis atas kajiannya
tentang ‘kelesuan dan gerakan kerja’. Frank memberikan tumpuan ke atas kajian
yang menjurus kepada teknikl yang sesuai untuk meningkatkan produktiviti dan
mengurangkan kelesuan dikalangan pekerja akibat tekanan dan tempat kerja
yang tidak kondusif.
Henry Fayol dianggap sebagai pemikir Teori Pengurusan Moden dan antara karya
beliau yang terkenal adalah ‘Administration Industrielle et Generale (1916).
Beliau memberikan penekanan kepada fungsi organisasi. Menurutnya fungsi
organinasi ini haruslah mantap dan berkemampuan untuk menggerakkan
organisasi untuk mencapai objektif yang ditekankan. Henry Fayol
memperkenalkan 14 prinsip pengurusan yang wujud dalam sesebuah organisasi
iaitu autoriti dan kewibawaan, displin, penyelarasan arahan, seorang ketua bagi
satu organisasi, mementingkan kehendak masyarakat daripada kehendak
individu, ganjaran berbentuk gaji, pemusatan kerja atau kuasa,
hierarki,kebolehan sesuai dengan tugas, persamaan dan kestabilan kerja.
5.1 PERANAN UTAMA PENGURUS
Pengurus adalah individu yang terlibat dalam mengurus perancangan,
mengorganisasi,
memimpin & mengawal semua aktiviti organisasi supaya segala matlamat yang
ditetapkan dicapai. Antara tanggunjawab pengurus ialah :
1. Menyelaras & mengawasi proses kerja dan mengembeling tenaga kerja
dibawah
seliaannya
2. Menggunakan segala sumber yang ada dengan cekap & berkesan
3. Menetapkan keutamaan projek/aktiviti
4. Mewujudkan dasar/perundangan/peraturan
5. Mengimplimentasikan strategi
Mengikut Henry Minzberg (1973) terdapat tiga peranan utama pengurus yang
saling melengkapi di antara satu dengan lain. Ketiga-tiga peranan yang
dimaksudkan adalah:
5.1.1 Peranan Interpersonal
Peranan ini melibatkan membangunkan, mengekalkan dan memastikan
hubungan rapat di kalangan anggota dalam organisasi. Peranan interpersonal
termasuklah:
i. Simbol status- sebagai lambang kepada organisasi pengurus berperanan
sebagi ketua simbol, tonggak, status, melaksanakan tugas rutin selaras dengan
kehendak undang-undag dan keperluan sosial. Sebagai contoh, dalam organisasi
sekolah, pengurus akan menyampaikan ucapan dalam majlis tertentu, melayani
pelanggan dan menandatangani dokumen perundangan.
ii. Pemimpin- Pengurus bertanggungjawab untuk memotivasi, membimbing,
mengarah, menyediakan ganjaran dan mendisiplinkan pekerja.
iii. Penghubung- menghubungi pihak luar untuk memperoleh maklumat dan
berperanan untuk mengukuhkan jaringan organisasi dengan pelbagai pihak yang
berkepentingan. Sebagai contoh dalam organisasi sekolah, mengadakan
perbincangan mengenai sesuatu program antara sekolah dengan pihak
Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) atau program keselamatan pelajar antara
sekolah dengan pihak jabatan polis.
5.1.2 Peranan sebagai Penyampai Maklumat
Antara tugas penyampai maklumat yang perlu dilakukan oleh pengurus adalah
sebagai pemantau yang melibatkan penapisan penghantaran dan penerimaan
maklumat sama ada dari luar dalam organisasi. Menghadiri konferen dan
memastikan dasar-dasar kerajaan dapat di laksanakan dengan betul.
Pengurus juga berfungsi sebagai penyebaruntuk menyampaikan maklumat
yang diterima dari luardan dalam kepada ahli dalaman organisasi. Sebagai
contoh dalam organisasi sekolah pengetua akan menyampaikan maklumat-
maklumat yang didapati daripada seminar atau mesyuarat. Kemampuan
menyebarkan maklumat terkini membolehkan sesebuah oraganisasi sentiasa
kehadapan.
Pada masa yang sama pengurus juga turut berperanan sebagai jurucakap yang
melibatkan penyampaian maklumat kepada pihak luar bagi pihak organisasi
berkaitan dengan perancangan, polisi, tindakan dan hasil. Sebagai pengurus, ia
bertindak sebagai pakar dalam sesebuah organisasi yang diwakili sekaligus
sebagai orang tengah yang memberikan maklumat kepada pihak yang
memerlukan.
5.1.3 Peranan membuat keputusan
Seseorang pengurus perlu berani, bersedia untuk membuat keputusan dan
bertanggungjawab terhadap keputusan yang telah dibuat. Pada masa yang
sama mereka mesti bersedia menghadapi risiko akibat daripada keputusan yang
telah dibuat. Walau bagaimanapun, setiap keputusan dibuat secara kalkulatif
kerana setiap keputusan yang diambil melibatkan kos kewangan dan kos sosial.
Antara peranan mereka berkaitan dengan membuat keputusan ialah:
i. Usahawan
Antara peranan sebagai usahawan ialah mengenalpasti peluang yang boleh
meningkatkan prestasi organisasi. Peranan pengurus termasuklah
mencadangkan produk atau perkhidmatan baru yang akan memenuhi kehendak
semasa pelanggan. Dalam konteks organisasi sekolah, pengurus harus tahu
bagaimana memasarkan sekolah agar menjadi satu institusi yang digemari
masyarakat.
ii. Penyelesai masalah
Peranan sebagai penyelesai masalah melibatkan usaha-usaha yang diambil oleh
pengurus untuk merapatkan jurang perbezaan yang terdapat sama ada di antara
ahli, kumpulan atau jabatan dalam organisasi dan juga masalah yang timbul
semasa berhubungan dengan organisasi lain. Pengurus yang berpengalaman
akan cuba menyelesaikan masalah secara bersendirian. Pengurus juga boleh
melibatkan sumbangan idea daripada pekerja untuk berkongsi masalah dengan
pekerja. Di samping itu, pengurus juga bertindak sebagai penyelesai masalah
konflik yang berlaku di kalangan pekerja, konflik antara organisasi dengan
masyarakat.
iii. Pengagihan sumber
Pengurus berperanan unutk mengagihkan sumber tenaga, kewangan dan fizikal
kepada individu, kumpulan dan jabatan. Mereka akan membuat jumlah yang
layak diterima oleh setiap pihak. Misalnya dalam pengagihan sumber kewangan
dalam organisasi sekolah, pengurus perlu mengikut arahan yang telah
ditetapkan dan bukannya sewenang-wenang membuat keputusan sendiri. Ini
dapat mengelakkan pekerja dapat menjalankan aktiviti yang sepatutnya
mengikut sumber yang wajar.
iv. Perunding
Pengurus juga sebagai perunding antara pihak organisasi dengan pihak luar.
Mereka akan mengadakan perbincangan mengenai hal-hal yang perlu agar
dapat mencapai kata sepakat.
5.2 Tahap-Tahap Pengurusan
1. Pengurusan Atasan
Perancangan jangkapanjang, membuat dasar & analisa persekitaran & luaran
(Pengurusan Strategik)
2. Pengurusan Pertengahan
Penyelarasan & pengawalan kerja di peringkat bahagian/unit bagi mencapai
matlamat di atas.
3. Pengurusan Bawahan
Mengawasi kerja/operasi harian di unit masingmasingyang telah ditetapkan oleh
pengurusan pertengahan (perancangan operasi)
5.5 Peranan Pengurus Dalam Pembangunan Teknologi Yang Berkesan
Seiring dengan peredaran masa yang terus berkembang dengan kecanggihan
teknologi pada masa kini, maka tidak dinafikan pengurusan pada masa kini lebih
mejurus kepada penggunaan teknologi dalam pengurusan yang melibatkan
hampir kesemua bidang. Justeru, pengurus yang cekap seharusnya boleh
memainkan peranan yang sewajarnya untuk memastikan organisasi
pimpinannya bergerak bersama dengan perkembangan teknologi.Berikut
merupakan antara peranan-peranan pengurus dalam membangunkan organisasi
bersama teknologi dengan berkesan.
i. Memahami Hubungan Antara Kegunaan Informasi dan Teknologi Dengan
Pembentukan Kerja
Aspek ini berkait rapat dengan cara pemprosesan data dan jaringan komunikasi.
Pengurus seharusnya tahu menggunakan audio, video dan persidangan
komputer serta memahami dan tahu menggunakan teknik-teknik terkini dalam
aplikasi komputer. Selain itu, pengurus juga perlu mengikuti perkembangan
teknologi maklumat yang berlaku dengan pantas dan memhami kesannya
kepada pembentukan kerja dalam organisasi.
ii. Membangunkan Kemahiran Dalam Teknologi Perkomputeran dan Komunikasi
Melalui Jaringan.
Pengurus perlu bijak dalam menggunakan teknik-teknik dan teknologi – teknologi
baru dalam membangunkan organisasi. Perkara ini diperlukan untuk
mengukuhkan dan mengekalkan aliran maklumat dan informasi melalui operasi
secara maya seperti penggunaan e-mail, persidangan elektronik dan sebagainya.
Kepakaran ini akan membantu pengurus dalam mereka bentuk operasi,
mengukur prestasi kerja dan mewujudkan organisasi yang beroperasi secara
maya sekaligus melibatkan bimbingan dan latihan kepada pekerja yang terlibat
dengan kerja maya.
iii. Peka Terhadap Perubahan Untuk Menggantikan Proses Kerja Manual Kepada
Organisasi Berteknologi Tinggi
Secara amnya, teknologi telah menyediakan reka bentuk kerja yang lebih
lengkap dan terperinci. Justeru, pengurus perlu menggunakan teknologi
elektronik lebih daripada proses kerja manual kerana dengan teknologi ia akan
mempercepatkan lagi urusan pemprosesan data dan ini secara tidak langsung
membolehkan organsasi bertindak dengan lebih efisien.
iv. Memastikan dan Menggalakkan Inovasi Yang Kreatif
Sebagai seorang pengurus yang cekap, ia perlu mengeluarkan idea-idea yang
kreatif dan berinovasi untuk menjayakan organisasinya. Sebagai contoh
menggunakan operasi maya dalam perhubungan antara ahli dalam organisasi.
Secara ringkasnya, teknologi memainkan peranan yang penting dalam
pembentukan kerja dan teknologi juga berperanan menyokong aktiviti dan
proses kerja dalam organisasi. Oleh kerana perubahan dalam teknologi akan
mempengaruhi pembentukan kerja maka pengurus seharusnya mengambil kira
perubahan tersebut kepada pekerja yang terlibat dalam pembangunan teknologi
dengan memastikan terdapatnya keserasian dan keharmonian antara pekerja
dengan teknologi yang diperkenalkan, sebagai contoh tekanan yang mungkin
dihadapi oleh pekerja kesan daripada pengenalan dan penggunaan teknologi.
6.0 FUNGSI-FUNGSI PENGURUSAN
Jika kita perhatikan, pengurusan dilihat sebagai satu proses yang melibatkan
fungsi keempat-empat elemen tersebut. Fungsi-fungsi elemen inilah yang
menentukan berjaya atau tidak sesuatu organisasi ke arah mencapai matlamat
organisasi.
6.1KEMAHIRAN MENGURUS
Cabaran pengurusan kini kerap memerlukan pengurus “menghasilkan lebih
dengan sumber yang semakin mengurang”. Semua orang mempunyai
pengetahuan yang sama tetapi mungkin berbeza keupayaan dari segi
kemahiran. Mempunyai kemahiran yang tinggi dapat memberikan kesan yang
lebih produktif, bukan sahaja kemahiran tertumpu kepada kemahiran
pengurusan sumber tetapi seluruh organisasi tersebut.
Dalam perbincangan ini, fokus utama yang dibincangkan ialah Kemahiran
Mengurus iaitu bagaimana sesorang pengurus mahir mengendalikan sesuatu
organisasi dengan cekap dan berkesan. Sesuatu organisasi yang berprestasi
tinggi semestinya mempunyai tunjang pengurus yang mahir. Kemahiran
mengurus membolehkan pekerja lebih kompetitif, berpuashati, bersedia untuk
meningkatkan pengeluaran dan keuntungan, membuktikan komitmen yang
tinggi serta lebih bersedia untuk menyumbangkan melangkaui sasaran,
spesifikasi dan deskripsi tugas yang telah ditetapkan.
Kemahiran mengurus juga meliputi kesedaran pengurus menyedari serta
memahami potensi dan kekuatan sedia ada pekerja yang boleh digunakan
sepenuhnya untuk kebaikan organisasi. Selain itu, kemahiran mengurus juga
termasuklah mampu mengurus dan membangunkan pekerja supaya prestasi
pekerja terus kekal dan meningkat. Kemahiran mengurus juga merujuk,
bagaimana pengurus boleh memastikan setiap sumbangan pekerja dari segi
kualiti,keberkesanan kos, ketepatan masa dan produktiviti mampu
meningkatkan penambahan nilai kepada setiap aktiviti kos, ketepatan masa dan
produktiviti mampu memberikan penambahan nilai kepada setiap aktiviti,
proses, dan produk yang dikeluarkan oleh pekerja.
Oleh itu, kemahiran mengurus merupakan penggerak dan pemangkin kepada
pembangunan sesuatu organisasi. Untuk mengekalkan daya saing sesebuah
organisasi tahap kemahiran dalam pengurusan seharusnya sentiasa pada tahap
yang tinggi.Jelas sekali kemahiran-kemahiran yang pelbagai amat diperlukan
oleh seseorang pengurus terutamanya pengurus yang mengawasi pekerja-
pekerja yang terdiri daripada pelbagai budaya yang menganggotai sesebuah
organisasi. Oleh yang demikian, setiap pengurus samada organisasi satu budaya
atau pun organisasi pelbagai budaya perlulah mempunyai kemahiran-kemahiran
sebagaimana yang akan dibincangkan. Penyelesaian yang cepat dan sistematik
terhadap permasalahan yang timbul akibat kurangnya kemahiran yang dimiliki
oleh seseorang pengurus sepatutnya dititikberatkan oleh pihak pengurusan
atasan organisasi demi menjamin kemajuan, kejayaan yang cemerlang. Menjadi
seorang pengurus, keperluan untuk menyiapkan diri dengan pelbagai kemahiran
dan pengetahuan untuk menjamin kejayaan organisasi.
Terdapat pelbagai kaedah yang digunakan oleh pengurus dalam usaha
melengkapkan kemahiran dalam pengurusan. Antara panduan yang digunakan
ialah melihat kepada piramid kemahiran pengurusan (management skills
pyramid). Merujuk kepada piramid pengurusan kemahiran jelas sekali
mempamerkan langkah-langkah untuk mencapai kejayaan dalam mengurus
organisasi.
Rajah1: Piramid Kemahiran Pengurusan
Untuk mencapai kejayaan terdapat banyak kemahiran yang perlu dikuasai oleh
pengurus. Ini disesuaikan dengan struktur piramid Kammy Hatnes yang mana
menunjukkan pengurusan yang agak sukar dilakukan dalam setiap peringkat
piramid. Piramid tersebut juga memaparkan bagaimana membina kemahiran
pengurusan untuk membantu manusia mencapai kecemerlangan dalam mana-
mana organisasi.
Peringkat pertama merupakan asas dalam piramid kemahiran pengurusan
kemahiran. Setiap pengurus perlu menguasai bahagian ini yang terdiri daripada
merancang, mengorganisasi atau mengurus, mengarah dan mengawal.Peringkat
kedua adalah bahagian yang membina kemahiran yang perlu dikuasai oleh
mana-mana pengurus dalam usaha meningkatkan organisasi khususnya dalam
pembangunan staf. Setiap bahagian saling berkait rapat ke arah mencapai
kejayaan. Bahagian ini terdiri daripada motivasi, latihan dan penglibatan pekerja
Seterusnya, apabila pengurus telah mahir dalam membangunkan
kakitangannya, inilah masanya untuk memberikan tumpuan kepada peringkat
ketiga seperti yang ditunjukkan dalam Piramid kemahiran Pengurusan. Pada
peringkat ini pengurus berada dalam tahap kemahiran yang menjurus kepada
pembangunan kendiri iaitu pengurusan diri dan pengurusan masa. Kedua-
duanya diletakkan di tahap ini kerana kemahiran dalam kategori ini sangat
penting untuk mengukuhkan kemahiran yang lain. Peringkat kemuncak dalam
piramid ialah peringkat keempat, iaitu meletakkan Kepimpinan sebagai
kemahiran pengurusan yang akan mengalihkan pengurus sebagai pemimpin.
Salah satu daripada faktor kecemerlangan organisasi adalah bergantung kepada
gaya kepimpinan yang diamalkan oleh pengurus.
MenurutRobbins (2001), terdapat empat fungsi utama pengurusan yang
harus diamalkan dalam sesuatu organisasi iaitu merancang, mengorganisasi,
mengarah dan mengawal. Berkaitan dengan fungsi pengurusan, di sini
terletaknya kemahiran seseorang pengurus untuk menjadi pengurus yang
cemerlang. Berikut dihuraikan gabungan kemahiran sesorang pengurus untuk
memperoleh prestasi tinggi dalam organisasi.
6.2Merancang
Merancang ialah satu proses yang berterusan dalam menentukan apa yang perlu
dibuat pada masa hadapan iaitu matlamat organisasi dimana ia perlu membuat
persediaan in advance laluan yang perlu diikuti. Ia melibatkan perkara-perkara
kritikal seperti dasar organisasi, objektif prosidur dan polisi.
Kepentingan merancang dalam organisasi ialah bagi mengenalpasti bagaimana
organisasi mendapatkan dan menggunakan sumber. Merancang juga
membolehkan sesebuah organisasi mengenalpasti aktiviti-aktiviti yang perlu
dilakukan dan mengawal aktiviti-aktiviti pengurusan dengan berkesan.
Sekiranya ingin menjadikan sesebuah organisasi itu berkesan, pengurusan
secara keseluruhan keseluruhan perlulah dirancang dengan teliti. Merancang
adalah aspek yang leceh, berulang-ulang dan mengelirukan dalam kehidupan
pengurusan (Blandford, 1997). Jesteru, merancang melibatkan pembentukan
strategi untuk mencapai matlamat. Organisasi perlu menentukan cara yang
paling sesuai bagi mencapai matlamat yang telah ditentukan. Oleh itu,
perancangan bermula dengan merancang matlamat diikuti dengan perancangan
operasional membuat belanjawan mengawal dan mengukur serta melaporkan,
menganalisis maklum balas. Dalam erti kata lain, aktiviti merancang
mendefinisikan bahawa apa yang ingin dicapai oleh organisasi dan bagaimana
mencapai matlamat yang dirancang. Kemahiran merancang dengan berkesan
meliputi kemampuan mentafsir dan menjelaskan objektif organisasi. Seterusnya
menyusun dan pembahagian sumber untuk mencapai objektif. Sehubungan
dengan itu,perancangan harus diperhalusi dengan mengambil kira situasi-situasi
yang sentiasa berubah.
Dalam konteks pendidikan misalnya, guru yang mempunyai kemahiran
merancang sebelum melaksanakan pengajaran akan berupaya memilih bahan-
bahan pengajaran yang sesuai, memilih strategi dan kaedah mengajar serta
dapat merancang aktiviti pengajaran yang menjamin keberkesanan pengajaran
tersebut dan seterusnya meningkatkan mutu perkhidmatannya. Kemahiran
merancang merupakan prasyarat untuk mencapai objektif pengajaran dan
pembelajaran.Kejayaan setiap aktiviti menentukan objektif pelajaran, memilih isi
pengajaran, memilih strategik dan kaedah pengajaran, merancang aktiviti
pengajaran pembelajaran, merancang aktiviti pengajaran-pembelajaran, memilih
dan menyediakan bahan-bahan pelajaran serta menyediakan dan menguruskan
kemudahan-kemudahan untuk menjalankan aktiviti pembelajaran.
Penentuan objektif pelajaran haruslah berdasarkan kepada saranan pelajaran,
pengetahuan sedia ada murid dan kebolehan merekaObjektif pelajaran ini
biasanya disediakan berdasarkan prinsip bertingkah laku.Pemilihan isi pelajaran
yang dipilih untuk disampaikan hendaklah boleh membantu murid-murid
mencapai objektif pelajaran mereka.Pemilihan strategi dan kaedah mengajar
pula berkait rapat dengan pencapaian objektif pelajaran.Aktiviti merancang
pengajaran juga meliputi usaha memilih dan menyediakan bahan-bahan
pelajaran untuk digunakan oleh guru atau murid-muridnya. Kerja merancang
pengajaran pula meliputi pengurusan kemudahan-kemudahan dalam bilik
darjahpengajaran efektif
Ciri-ciri kemahiran merancang dalam pengajaran ialah pengajaran efektif, isi
pelajaran dalam mengajar telah disusun, rancangan mengajar meliputi
penggunaan pelbagai alat bantu mengajar, pendekatan pengajaran berpusat ,
rancangan mengajar mempunyai langkah-langkah mengajar yang lengkap dan
strategi dan kaedah mengajar yang berkesan Kemahiran merancang
termasuklah merancang belanjawan yang terlibat dalam mencapai sesuatu
objektif. Belanjawan dalam sesuatu organisasi perlu di urus sebaik mungkin
untuk mengelakkan pembaziran berlaku. Seseorang pengurus dalam organisasi
sekolah misalnya, perlu melantik ahli jawatan khas untuk membincangkan
khusus mengenai belanjawan sekolah bagi keperluan untuk jangka masa
tertentu. Perancangan yang rapi bermula dengan mengadakan mesyuarat
kewangan dalam kalangan ahli jawatankuasa yang di lantik. Akhir sekali, setiap
ahli yang terlibat akan menyediakan belanjawan untuk mendapatkan belanjawan
keseluruhan.
1.Perancangan matlamat dan objektif asas
4. Mengawal dan mengukur
3. membuat belanjawan
Kajia
n se
mul
a at
au p
erub
ahan
m
atla
mat
dan
ob
jekti
f asa
s
Bela
njaw
an s
udah
di
kaji
sem
ula
mul
a
Pera
ncan
gan
oper
asi s
udah
dik
aji
sem
ula
2.Perancangan operasional
Rajah 2: proses perancangan dan kawalan peringkat organisasi sektor awam
(sumber: Jones dan Pendlebury, 1996)
Proses merancang objektif jangka pendek dan jangka panjang haruslah
mengambil take of value semasa sebagai dasar untuk membuat perhitungan
objektif yang ingin dicapai. Sebagi contoh dalam organisasi sekolah, satu
perancangan rapi dibuat dalam jangka masa tertentu sebagai satu usaha
memperkasakan bidang pendidikan amnya. Dalam Perancangan Strategik
tersebut, sekolah mengambil take of value keputusanatau pencapaian semasa
pelajar atau sekolah diletakkan sebagai asas untuk menentukan objektif. Key
Performance Indicator jugadinyatakan dalam perancangan untuk menentukan
hasil yang dikehendaki. (contoh perancangan strategik dan pelan taktikal dalam
lampiran i)
6.3 Pengorganisasian
Pengorganisasian merupakan penentuan corak penstrukturan organisasi dan
penentuan tugas setiap individu dalam usaha untuk mencapai matlamat
organisasi yang telah ditetapkan. Dalam membuat pengorganisasian, pengurus
perlu libatkan beberapa persoalan seperti :
i) Apakah yang perlu dilakukan?
ii) Siapakah yang layak melakukannya?
ii)Bagaimanakah kerja-kerja perlu digabungkan?
iv) Bagaimanakah hendak melakukanya?
v) Siapakah yang patut melaporkan kepada siapa?
5.Melaporkan analisis maklum balas
tinda
kan
vi) Di peringkat manakah keputusan perlu dilakukan?
Elemen-elemen yang terlibat dalam menggerakkan organisasi dalam mencapai
sesuatu matlamat ialah manusia, struktur, teknologi dan persekitaran.
manusia
struktur teknologi
persekitaran
Rajah 3: (Elemen-Elemen Yang Menjadi Kunci Dalam Kelakuan Organisasi)
i) Manusia
Manusia membentuk sistem dalaman sosial mereka sendiri bagi sesebuah
organisasi. Mereka terdiri daripada individu-individu, sama ada kumpulan besar
atau kumpulan kecil. Kumpulan ini boleh dibentuk secara formal ataupun tidak
formal. Kumpulan-kumpulan ini adalah bersifat dinamik iaitu terdapat kumpulan
baru dibentuk, kumpulan yang telah berubah juga yang telah dibubarkan.
Perubahan organisasi sentiasa berubah mengikut arus zaman. Ini kerana
manusia begitu kompleks. Kini manusia suka berfikir, beremosi, gigih dan
berpandangan jauh bekerja dalam organisasi bagi mencapai matlamat yang
ditetapkan. Jesteru, manusia merupakan asas dalam pembentukan organisasi.
ii) Struktur
Struktur adalah merupakan formal di kalangan individu di dalam organisasi.
Sesebuah organisasi mengagihkan tugas-tugas untuk menghasilkan aktiviti. Oleh
itu, wujudlah hierarki kakitangan yang terdiri daripada pengurus, ketua bahagian
dan juga pekerja bagi menyelaraskan kerja yang dilakukan. Dalam kalangan
pekerja yang terdiri pelbagai tahap kadangkala akan menimbulkan masalah bagi
mewujudkan kerjasama, rundingan dan arah bagi mempercepatkan aktiviti
organisasi
organisasi. Oleh itu pelbagai peraturan dan standard kerja dibentuk untuk
memudahkan aktiviti berjalan dengan lancar.
iii)Teknologi
Teknologi menyediakan sumber-sumber di mana manusia boleh melakukan
tugas dengan lebih berkesan. Segala kemahiran, alatan dan kemudahan dalam
proses kerja adalah teknologi yang berperanan penting dalam menjalankan
aktiviti. Teknologi membolehkan manusia menjalankan tugas dengan lebih
mudah dan menjimatkan masa. Selain daripada memudahkan kerja, teknologi
turutmembantu dalam menjimatkan kos.
iv)Persekitaran
Sifat organisasi adalah beroperasi bersama-sama dengan persekitaran luaran.
Walaupun organisasi itu tunggal kerana setiap organisasi tidak wujud secara
bersendirian. Ia adalah sebahagian daripada sistem makro yang melibatkan
banyak lagi elemen seperti undang-undang dan peraturan, keluarga, persaingan,
persatuan dan sebagainya. Kesemua elemen tersebut saling mempengaruhi
alam antara sama lain di dalam satu sistem yang kompleks yang boleh
menggugat perjalanan organisasi ataupun manusia. Sebagai contoh, sebuah
organisasi sekolah tidak akan terlepas dari dipengaruhi oleh persekitaran kerana
terdapat unsur-unsur luar yang terlibat secara langsung atau tidak langsung
yang member kesan ke atas suasana kerja dalam kebanyakan organisasi
sekolah. Elemen-elemen luar harus dikaji terutamanya jika melibatkan sikap dan
kebolehan manusia di tempat kerja.
Dalam konteks pengurusan di sekolah, pengurus perlu menyusun
organisasi sekolah mengikut opsyen dan kebolehan setiap individu yang terlibat
dalam usaha mencapai perancangan yang telah dibuat. Kemahiran
mengorganisasi mampu mengawal pertindihan tugas dalam kalangan pekerja
sekaligus meningkatkan kelicinan perjalanan kerja.
6.4 Mengarah
Mengarah melibatkan penentuan kaedah bagaimana hendak memastikan
seseorang itu melakukan sesuatu sebagaimana yang dikehendaki oleh pengurus.
Kemahiran memotivasikan seseorang dalam melakukan sesuatu tugas dan pada
masa yang sama meningkatkan komitmen mereka ke atas kerja yang dilakukan.
Mengarah melibatkan bagaimana seorang pengarah menyampaikan mesej
dengan jelas kepada seluruh organisasi seterusnya bagaimana menangani
konflik dalam organisasi. Oleh itu, bagi menjayakan sesuatu organisasi,
pengurus perlu sentiasa berhubung dengan individu atau kumpulan dalam
organisasi.
Seorang pengurus perlu mahir mengenalpasti tahap di mana pekerja
menghargai kepentingan mencapai hasil melalui orang lain. Pengarah sentiasa
memberi dorongan kepada pekerja dan mengagihkan kerja secara adil serta
sumber. Pemantauan sentiasa dilakukan oleh pengurus untuk mengetahui
sejauhmana pekerja menerima arahan yang telah diberikan.
Dalam konteks organisasi sekolah, kemahiran mengarah membolehkan pekerja
lebih jelas dengan sesuatu kerja yang akan dilaksanakan. Walaubagaimanapun
pengurus perlu berhati-hati dalam proses memberi arahan kerana proses
pengorganisasian telah dilakukan mengikut bidang tugas masing-masing. Ini
boleh mengelakkan kekeliruan pekerja berkaitan dengan arah tuju kerja yang
dilakukan.
6.5 Mengawal
Proses merancang, mengorganisasi dan mengarah antara elemen yang
diperlukan dalam mekanisme bagi memastikan pelaksanaannya sepertimana
yang dikehendaki oleh organisasi. Persoalan yang sering dipersoalkan ialah
bagaimanakah hendak memastikan aktiviti yang dilakukan selaras dengan
perancangan yang telah dilakukan. Bagaimana mengukur prestasi keberkesanan
kerja dan apakah tindakan yang sesuai dilakukan sekiranya sasaran yang telah
ditetapkan tidak tercapai. Pihak pengurusan perlu memastikan setiap elemen
ditetapkan melalui pemantauan, perbandingan dan pembaikan.
Dalam hal ini, pengurus perlu sentiasa mengawal kerja pekerja secara
berterusan dan bersedia membetulkan kesilapan dengan segera jika berlaku.
Kaedah ini akan mewujudkan hubungan yang rapat antara pengurus dengan
pekerja kerana mendapatkan maklum balas sekaligus menyedarkan mereka
terhadap kesilapan yang berlaku. Hal ini juga membentuk sikap pekerja lebih
bersedia untuk menerima tunjuk ajar atau teguran yang diberikan. Kemahiran
mengawal pekerja juga termasuk menyuntik kesedaran pekerja untuk menerima
teguran pengurus demi kebaikan bersama. Keadaan ini member peluang untuk
merapatkan hubungan antara pengurus dengan pekerja seterusnya mewujudkan
persefahaman yang tinggi kerana pengurus tidak akan membiarkan kesilapan
yang dilakukan berterusan. Oleh itu, rasa tidak puas hati dan hasad dengki akan
dapat dihapuskan dengan kawalan yang bijak daripada pengurus.
Kemahiran mengawal juga termasuklah pemilihan pekerja, pemeriksaan bahan,
penilaian prestasi pekerja dan penganalisaan kewangan. Dalam organisasi
sekolah misalnya, secara keseluruhannya pengurus perlu mengawal
pembahagian tugas dalam kalangan guru-guru dan kakitangan bukan mengajar,
penyusunan tugas berdasarkan bidang, kawalan pelajar, kawalan bahan dan
aset sekolah dan semua yang berkaitan dengan sekolah. Fungsi pengawalan ini
adalah untuk memastikan keberkesanan pelaksanaan tugas di peringkat
individu, kumpulan dan organisasi untuk mengelakkan daripada berlakunya
percanggahan dengan matlamat asal yang telah ditetapkan, berlakunnya konflik
dan pertindihan tugas yang boleh membazirkan sumber organisasi seperti masa,
reputasi, manusia, peralatan dan kewangan.
Para pengurus bertugas memimpin, mengurus dan mentadbir. Penting bagi
pengurus memastikansemua kerja terus berjalan, mengatasi masalah,
memulakan aktiviti baru dan menyatukan pasukan aktiviti secara bersama.