224766408 Bagaimana Menjadi Seorang Kristian

18
Bagaimana Menjadi Seorang KRISTIAN PENULIS: Peter de Run TRANSKRIP: Jessie Limbang REKA KULIT: Verons Petikan ayat Alkitab daripada ALKITAB Terjemahan Baru (c) 1974 terbitan Lembaga Alkitab Indonesia (c) 2010 Peter de Run Dicetak di Malaysia

Transcript of 224766408 Bagaimana Menjadi Seorang Kristian

Page 1: 224766408 Bagaimana Menjadi Seorang Kristian

Bagaimana Menjadi Seorang

KRISTIAN

PENULIS: Peter de RunTRANSKRIP: Jessie Limbang

REKA KULIT: Verons

Petikan ayat Alkitab daripada ALKITAB Terjemahan Baru (c) 1974 terbitan Lembaga Alkitab Indonesia

(c) 2010 Peter de Run

Dicetak di Malaysia

Page 2: 224766408 Bagaimana Menjadi Seorang Kristian

Bagaimana Menjadi Seorang KristianPeter de Run

Bagaimana Menjadi Seorang KristianPastor Peter De Run

Apa yang anda akan baca merupakan satu peringatan yang penting dan satu mesej yang saya harap anda akan dapat faham agar masa depan anda di bumi dan syurga bersama Tuhan terjamin.

Lama dahulu, saya menjadi seorang pastor di Terengganu, sebuah negeri di Semenanjung Malaysia. Kerana saya satu-satunya pastor di sana pada masa itu yang pandai berbahasa Melayu, saya diberi tanggungjawab untuk menjaga pelajar-pelajar Yayasan Sabah dan Sarawak yang dibungkus dan dihantar ke Kelantan, Terengganu dan Pahang. Setiap tahun apabila ada pelajar-pelajar baru dihantar, saya akan pergi mencari di mana pelajar-pelajar Sabah dan Sarawak ini berada. Mereka diedarkan ke pelbagai sekolah, tidak semestinya sekolah berasrama penuh yang terkenal. Ada masanya mereka dihantar ke sekolah yang baik tetapi yang terletak jauh terpencil di Ulu Terengganu.

Apabila saya berjumpa dengan pelajar-pelajar Sabah dan Sarawak ini, saya akan bertanya, “Siapa di sini orang Kristian?” Ramai yang akan mengangkat tangan. Kemudian saya akan bertanya, “Kenapa anda kata anda orang Kristian?” Jawapan nombor satu yang saya selalu dengar ialah “Oh, kerana mak bapa saya Kristian. Keluarga saya Kristian, jadi saya Kristian.” Yang lain pula berkata, “Sebab saya selalu pergi gereja, sebab itu saya Kristian.” Jawapan yang saya sering dengar dari pelajar Sarawak pula ialah, “Oh, rumah panjang saya, rumah panjang Kristian, jadi saya orang Kristianlah” atau “Kampung saya kampung Kristian. Mubaligh Kristian telah datang ke kampung saya pada tahun 1826. Kami ada chapel di kampung kami jadi kami orang Kristian.”

Inilah jawapan-jawapan biasa yang saya dengar setiap tahun dari setiap kumpulan pelajar baru yang dieksport dari Sabah dan Sarawak ke Semenanjung. Sedihnya, ketiga-tiga jawapan mereka itu salah.

2

Page 3: 224766408 Bagaimana Menjadi Seorang Kristian

Bagaimana Menjadi Seorang KristianPeter de Run

Sebab-sebab Salah

Anda bukan orang Kristian kalau ibu bapa anda orang Kristian. Saya tahu dalam agama-agama lain, agama dipindahkan melalui keluarga. Kalau bapa dan emak anda menganuti agama rasmi negara ini, minta maaflah, anda tidak boleh beragama lain, mesti juga menganuti agama rasmi negara ini. Kalau ibu bapa anda beragama Buddha, nescaya apabila anda pergi ke sekolah anda akan kena cop sebagai orang beragama Buddha juga.

Ramai orang berfahaman bahawa agama dipindahkan atau disalurkan melalui perhubungan suami isteri. Ambil satu orang Kristian, kahwinkan dengan satu orang Kristian lain, keluarlah anak Kristian! Bagi orang seperti ini, agama ibu bapa menentukan agama anak-anaknya. Wah, selama saya belajar Biologi saya tidak pernah belajar ada gen agama dalam rangkaian gen manusia. Ada gen yang menentukan warna mata dan warna kulit tetapi tidak saya tahu ada gen yang menentukan agama juga! Jadi, sampailah ada pakar sains menemukan gen agama itu, saya terpaksa menolak jawapan yang berkata, “Saya Kristian kerana ibu bapa saya Kristian.” Jawapan ini salah!

Jawapan yang kedua berbunyi: “Saya seorang Kristian kerana saya selalu pergi ke gereja.” Oh, bagus sekali, kalau jawapan ini betul! Jika jawapan ini betul, penginjil-penginjil tidak diperlukan lagi; yang diperlukan ialah pembina-pembina rumah gereja. Kita bina banyak bangunan-bangunan gereja di mana-mana pun, adakan aktiviti-aktiviti menarik di dalam bangunan itu dan suruh orang datang. Apabila mereka masuk ke dalam bangunan gereja itu dan hadir banyak kali, kita boleh membuat pengisytiharan berikut: “Ada berita baik, anda telah menjadi orang Kristian.” Jika yang hadir bingung dan bertanya, “Ha! Kenapa?”, jawapan yang mungkin diberi ialah: “Anda aktif dalam bangunan ini, anda selalu hadir dalam bangunan ini, anda menyanyi lagu-lagu dalam bangunan ini. Oleh itu, tanpa disedari, anda telah menjadi orang Kristian!” Minta maaflah, tidak! Ini sama sekali tidak benar!

Perhatikan pula sebab ketiga: “Rumah panjang saya rumah panjang Kristian, ada chapel.” Baguslah. Jadi kampung anda yang Kristian, rumah panjang anda yang Kristian, tapi anda sendiri bukan Kristian! Agama yang diterima oleh satu-satu kampung atau rumah panjang tidak menentukan agama semua yang mendiami tempat itu.

3

Page 4: 224766408 Bagaimana Menjadi Seorang Kristian

Bagaimana Menjadi Seorang KristianPeter de Run

Jadi kalau ini bukan sebab-sebab benar mengapa seseorang itu Kristian, apa sebenarnya menjadikan seseorang itu Kristian? Bagaimana sebenarnya seorang manusia menjadi Kristian? Inilah yang saya mahu beritahukan sekarang.

Percaya dan Menerima

Untuk mengetahui bagaimana anda menjadi orang Kristian, anda perlu melihat apa yang tertulis dalam Injil Yohanes, bab 1 ayat 12, “Tetapi semua orang yang menerima-Nya diberi-Nya kuasa supaya menjadi anak-anak Allah, iaitu mereka yang percaya dalam nama-Nya.”

Bagi mereka yang suka bahasa, masih ingat lagikah ajaran guru bahasa Melayu anda? Mana satu perkataan di sini merupakan kata kerja? Ada dua kata kerja di sini. Yang pertama ialah ‘menerima’ dan yang kedua ialah yang ‘percaya’.

Dikatakan di sini, bahawa sesiapa yang percaya kepada Yesus dan menerima-Nya, mereka diberi hak, diberi kebenaran untuk menjadi anak Allah. Frasa ‘anak-anak Allah’ ialah bahasa orang Kristian untuk perkataan ‘Kristian’. Jadi untuk menjadi orang Kristian, seseorang itu mesti terlebih dahulu percaya, kemudian menerima, barulah dia berhak untuk dipanggil orang Kristian. Kalau tidak, minta maaflah, anda bukan seorang Kristian.

Percaya Dalam Yesus?

Perkara pertama seseorang itu perlu lakukan untuk menjadi seorang Kristian ialah percaya. Anda perlu percaya dalam Yesus. Apa maksudnya percaya dalam Yesus? Mari saya beritahu. Orang Islam percaya dalam Yesus. Betul. Jangan terkejut! Orang Islam percaya dalam Yesus (mereka memanggilNya Nabi Isa) dan Surah Al-Mariam (di dalam Al-Quran), penuh dengan ajaran tentang Yesus. Tapi orang Islam tidak dipanggil Kristian. Ramai pakar kaji purba percaya dalam Yesus, tetapi mereka bukan orang Kristian. Ramai orang putih percaya dalam Yesus, tetapi mereka bukan Kristian. Sebabnya ialah apa yang mereka percaya. Itu yang penting. Banyak ajaran sesat yang berasaskan agama Kristian, tidak dipanggil agama Kristian, tetapi dipanggil ajaran sesat. Mengapa? Walaupun mereka percaya banyak perkara tentang Yesus tetapi ada beberapa hal penting tentang Yesus yang tidak mereka terima.

Anda boleh percaya Yesus seorang nabi tapi anda bukan Kristian. Anda boleh percaya Yesus orang yang baik tapi anda bukan Kristian. Anda boleh percaya Yesus telah melakukan mukjizat, tapi anda bukan Kristian. Anda boleh percaya Yesus telah dilahirkan oleh seorang perawan bernama Maria, tapi anda bukan Kristian. Anda boleh percaya bahawa Yesus akan datang kali kedua, tapi anda

4

Page 5: 224766408 Bagaimana Menjadi Seorang Kristian

Bagaimana Menjadi Seorang KristianPeter de Run

bukan Kristian. Semua ini boleh dipercayai tetapi anda masih bukan orang Kristian!

Untuk membezakan anda daripada semua orang lain yang percaya ini dan itu tentang Yesus, untuk menjadikan anda seorang Kristian, ada empat perkara yang mesti dipercayai. Sebenarnya yang lain itu kalau anda tidak percaya, saya tidak susah hati. Tapi kalau hal-hal berikut anda tidak terima, tidak percaya, tidak yakin, jangan berani panggil diri anda Kristian (dan memang saya tidak akan panggil anda Kristian). Apakah perkara-perkara yang mesti dipercayai untuk dipanggil, diberi hak, menjadi orang Kristian?

Mati Untuk Dosa Manusia

Dalam 1 Korintus 15:1 rasul Paulus berkata, “Saudara-saudara, saya mahu ingatkan anda kepada Injil yang aku beritakan kepadamu, yang anda terima, yang anda teguh berdiri.” Paulus bermula dengan mengingatkan pembaca-pembacanya mengenai Injil yang dia telah ajar sebelum ini kepada mereka yang mereka percaya dan terima dan sekarang berpegang. Sesudah itu dalam 1 Korintus 15:3 dia menyatakan bahawa Injil yang dia telah sampaikan itu sangat penting - “Sebab yang sangat penting yang telah ku sampaikan.” Apakah hal-hal yang sangat penting yang telah Paulus nyatakan ketika dia menyampaikan Injil?

Hal pertama yang sangat penting ialah “bahawa Kristus telah mati kerana dosa-dosa kita” (1 Korintus 15:3) . Ini adalah ajaran pertama, yang kalau anda mahu jadi orang Kristian, anda mesti percaya. Anda mesti percaya bahawa Yesus telah mati dan sebab dia mati ialah untuk dosa-dosa anda.

Apakah anda diajar pelajaran Tamadun Islam ketika di universiti atau pelajaran-pelajaran yang berkaitan? Jika anda telah belajar Tamadun Islam serta berpeluang berinteraksi dengan mereka yang beragama Islam di sekolah atau tempat pembelajaran anda, lambat laun anda akan mendengar hujah ini: “Yesus tidak mati”. Anda akan mendengar bahawa yang mati ialah Yudas - mukanya telah diubah Allah supaya tidak ada manusia yang sedar mereka membunuh orang yang salah. Yesus pula, ketika di Taman Getsemani telah diangkat oleh Allah dan disimpan di syurga sampai sekarang. Satu hari nanti, Yesus akan kembali untuk menghukum semua manusia termasuklah semua nabi-nabi yang dihantar Allah.

Atau anda akan mendengar dari beberapa ajaran sesat yang berbau Kristian atau yang langsung tidak ada kaitan dengan agama Kristian berkata, “Yesus tidak mati! Dia hanya pengsan!” Ketika Yesus disalibkan banyak darah keluar dan setelah bergantung untuk beberapa jam di dalam keadaan yang panas, Yesus pengsan. Semua orang berfikir Yesus mati padahal tidak. Kemudian apabila tubuhnya

5

Page 6: 224766408 Bagaimana Menjadi Seorang Kristian

Bagaimana Menjadi Seorang KristianPeter de Run

disimpan di dalam gua yang sejuk, selepas tiga hari Dia sedar diri dan bangkit keluar dari kubur! Ada orang berkata Dia pergi ke Kashmir, dan beranak-pinak di sana. Mengikut buku cerita “The Da Vinci Code” pula, Yesus berkahwin dengan Maria Magdelena, pergi ke Perancis dan dikurniakan anak di sana. Itu yang anda akan dengar.

Kemudian anda akan dengar dari Firman Tuhan (Injil), bahawa Yesus telah mati. Soalan saya, “Mana satu anda percaya?” Apakah anda yakin, manusia yang disalibkan di atas kayu salib itu ialah Yesus, dan bukannya orang lain? Adakah anda pasti manusia yang disalibkan itu seratus peratus mati atau adakah anda fikir dia masih bernafas ketika diturunkan dari kayu salib dan hujung hari hidup balik? Mana satu yang betul? Sudah anda mempertimbangkan semua bukti-bukti yang ada untuk menyokong hujah Yesus telah mati?

Saya mahu anda ingat, bahawa untuk menjadi orang Kristian, anda tidak boleh menyangkal, tidak boleh menolak kepercayaan bahawa Yesus telah mati. Yesus betul-betul wujud. Yesuslah yang disalibkan dan Yesuslah yang mati, betul-betul mati.

Yang lebih penting lagi, mengapa Dia mati? Ada orang berkata Yesus mati sebab Dia bodoh. Orang beri Dia peluang untuk lari, orang beri Dia peluang untuk lepaskan diri, tetapi Dia berdiri di sana dan berkata, “Saya di sini, ini saya, ambillah saya.” Bodoh betul dia!

Jika anda ke Israel dan tanya mana-mana orang Yahudi di sana, mereka akan berkata, “Ya, Yesus mati.” Betul. Mereka semua setuju Yesus telah mati. Bila ditanya mengapa?, jawapan mereka, “Kerana dia pengajar ajaran sesat dan dia telah ditangkap. Bagus betul tindakan ahli-ahli Farisi itu kerana akhirnya mereka berjaya menutup mulut Yesus dan terima kasihlah kepada kerajaan Rom kerana membunuh Dia. Akhirnya, seorang lagi pengajar ajaran sesat telah disenyapkan.” Itu ialah kepercayaan mereka, mengapa Yesus mati.

Ada orang berkata Yesus tidak mati. Ada orang lain pula berkata ya, Dia mati tetapi oleh sebab ini dan sebab itu. Orang Kristian berkata Yesus mati kerana dosa-dosa kita dan kematian Yesus adalah untuk pengampunan dosa kita. Kematian Yesus adalah untuk menetapkan dan menepati segala tuntutan Allah, supaya semua manusia boleh lepas daripada hukuman dosa. Adakah itu yang anda percaya kalau anda berani memanggil diri anda Kristian?

6

Page 7: 224766408 Bagaimana Menjadi Seorang Kristian

Bagaimana Menjadi Seorang KristianPeter de Run

Dikuburkan

Itu kepercayaan yang pertama. Kepercayaan kedua diambil dari 1 Korintus 15:4 yang menyatakan “bahawa Ia telah dikuburkan.” Perkara yang kedua yang mesti dipercayai ialah Yesus telah dikuburkan. Mengapa ini penting? Kerana pada zaman dahulu, manusia yang disalibkan dianggap najis, baik oleh orang Yahudi mahupun orang Rom. Mengapa? Manusia yang dibunuh cara itu ialah orang yang paling jahat. Hanya orang yang paling jahat dibunuh melalui penyaliban. Cara mereka dibunuh menurut ajaran orang Yahudi menjatuhkan kutuk atas manusia itu kerana dalam Alkitab ada ayat yang berbunyi, ‘Terkutuklah dia yang digantung atas pokok atau atas kayu’ (Galatia 3:13). Jadi orang yang mati di atas penyaliban dianggap terkutuk. Oleh itu biasanya, selepas mayat itu diturunkan, mayat itu akan dicampakkan ke tempat pelupusan sampah (satu tempat di mana semua sampah dibuang sama seperti hari ini juga ada tempat-tempat khas untuk semua sampah dibuang) dan di sanalah burung serta anjing akan memakannya.

Kes Yesus berbeza. Mayat Yesus diturunkan dan diambil oleh manusia, bukan oleh anjing atau burung. MayatNya dibersihkan, atau lebih tepat lagi ‘dikapankan’. Apakah maksud dikapankan? Maksudnya mayat itu tidak diletak dalam kotak, kerana pada zaman dahulu itu tidaklah dilakukan. Apa yang mereka buat ialah selepas mayat itu dicuci, ia dibungkus dengan kain (macam mumia) dan apabila dibungkuskan, tidak hanya dililit dengan kain tapi dicelah-celah kain diletakkan berbagai-bagai jenis rempah. Tujuannya untuk mengawetkan mayat (untuk mengelakkan pereputan), sampai tidak ada bau busuk. Setelah badan itu dikapankan, ianya dimasukkan ke dalam lubang yang telah dikorek dengan sengaja atau gua semula jadi dan disumbat di dalam sana. Itu yang dilakukan.

Kita juga diberitahu di dalam Alkitab, gua atau tempat letak mayat Yesus dimiliki oleh Yusuf Arimatia, dan apabila mayat Yesus diambil ada ramai orang di sekeliling tempat kejadian, yang turut pergi ke kubur itu; mereka tahu kubur itu milik orang yang bernama Yusuf. Mayat Yesus diletakkan di dalam kubur ini dan ada batu yang memang besar digulingkan untuk menutup mulut gua itu (lihat Matius 27:57-60).

Mengapa saya beritahu semua ini? Kerana ada pula orang yang berkata, “Ya, Yesus mati tapi Yesus tidak bangkit.” Mengapa kata begitu? Mereka berkata murid-murid Yesus telah pergi ke kubur yang salah kerana mereka lupa di mana mereka meletakkan mayat Yesus. Mereka tidak tahu mana mayat Yesus jadi mereka membuat cerita yang kononnya Yesus telah bangkit.

7

Page 8: 224766408 Bagaimana Menjadi Seorang Kristian

Bagaimana Menjadi Seorang KristianPeter de Run

Saya rasa susahlah untuk percaya alasan ini sebab kubur itu sudah ada tuan milik, di atas tanah peribadi dan ada ramai orang yang ikut mayat Yesus ke tempat perkuburan serta melihat penyediaan mayatNya. Sesudah itu batu besar digulingkan oleh askar yang menjaga tempat perkuburan itu. Macam mana semua orang yang terlibat boleh lupa tempat Yesus dikuburkan dan telah salah kubur pula?

Bangkit Pada Hari Ketiga

Seterusnya dalam 1 Korintus 15:4 dikatakan “bahawa Dia telah dibangkitkan pada hari yang ketiga.” Ini kepercayaan asas agama Kristian yang ketiga: pada hari yang ketiga, Yesus keluar dari kubur.

Secara ringkas apabila Yesus keluar dari kubur, dia tidak keluar seperti hantu yang digambarkan dalam cerita seram Cina atau cerita orang mati bangkit dari kubur dalam cerita seram Hollywood. Yesus bukan seperti mayat hidup yang digambarkan dalam muzik video Micheal Jackson ‘Thriller’! Yesus keluar dari kubur, ya, tapi Dia tidak keluar macam itu.

Orang lain pula (khususnya mereka di Barat) bercerita, “ Oh, dia keluar dari kubur - betul. Tapi roh dia sahaja yang keluar, seperti hantu, yang melayang sana sini.” Mereka percaya Yesus bangkit tetapi sebagai hantu (jenis yang digambarkan dalam cerita-cerita hantu seperti ‘Casper dan ‘Ghost’ ). Tetapi penerangan ini juga salah.

Apakah kepercayaan orang Kristian bila mereka berkata Yesus bangkit dari kubur tiga hari kemudian? Kepercayaan orang Kristian ialah Yesus bangkit dari kubur dan keluar dengan tubuh badan yang sempurna; sama tinggi, sama kacak, boleh berjalan, boleh bercakap, boleh makan. Ada dikisahkan dalam Alkitab (Yohanes 21:12-14) bahawa murid-murid Yesus pergi menangkap ikan, dan Yesus yang telah bangkit di pantai menyediakan makanan untuk mereka. Yesus kemudian dikatakan makan bersama dengan murid-murid-Nya apabila mereka kembali menangkap ikan. Setahu saya, kalau hantu makan, apa yang ditelannya akan jatuh terus ke bawah (ke atas tanah) tetapi ini tidaklah kesnya dengan Yesus. Yang dimakannya terus berada dalam badannya.

8

Page 9: 224766408 Bagaimana Menjadi Seorang Kristian

Bagaimana Menjadi Seorang KristianPeter de Run

Yesus yang bangkit memiliki badan fizikal. Ada satu daripada murid Dia yang tidak percaya Yesus telah dihidupkan semula. Kata Tomas, “Anda semua ini terlalu sedih sampai bermimpi-mimpi kononnya Yesus bangkit. Saya tidak percaya kecuali kalau saya meletakkan tangan saya di dalam luka-luka Yesus. Hanya sesudah saya sentuh Yesus, baru saya percaya.” Akhirnya dia berpeluang untuk sentuh Yesus (Yohanes 20:2-28). Yesus boleh disentuh. Dia bukannya hantu yang apabila anda cuba menjamahnya tangan anda akan tembusi Dia! Kalau anda pegang Yesus tangan anda akan kena badannya. Jadi nampaknya Dia ada badan.

Tapi yang berbeza ialah badan Yesus yang bangkit itu tidak terhad kepada dunia fizikal ini. Ada sekali murid-murid Yesus takut betul. Mereka duduk dalam bilik yang kecil dengan semua pintu berkunci dan kerana alim sangat mereka semua berdoa. Sebenarnya bukan alim, takut! Takut sangat. Jadi mereka semua takut, berpegang tangan dan berdoa dalam satu bulatan di dalam bilik yang kecil yang semuanya dikunci. Bukan kunci dari luar, kunci dari dalam. Dikatakan, tiba-tiba, Yesus muncul di tengah-tengah bulatan mereka (Lukas 24:36). Sudahlah mereka semua takut, tiba-tiba Yesus berada di tengah-tengah mereka. Mereka sungguh terkejut! Tidak ada pintu yang dibuka. Tidak ada tingkap terbuka. Bagaimana Yesus boleh bersama mereka?

Ada masa lain, dua murid Yesus sedang berjalan ke Emaus dan ada seorang lelaki muncul tiba-tiba. Mereka mula bercakap dengan orang itu (mereka tidak sedar orang itu adalah Yesus), dan apabila mereka sedar identiti sebenar lelaki itu, Yesus menghilangkan diri (Lukas 24:13-15,31). Jadi, nampaknya, Yesus macam watak dalam kisah Star Trek - boleh ke sini dan ke sana, dihantar ke satu tempat lain hanya dengan menekan sebuah butang - tidak perlu berjalan atau menggunakan kenderaan tetapi sebaliknya, boleh serta-merta berada sana.

Yang membuatkan saya gembira ialah Alkitab mengatakan bahawa apabila saya mati nanti, saya akan dibangkitkan semula bila Yesus datang kali kedua dan saya akan dapat badan yang sama juga (1 Korintus 15:53-54). Yang tidak menarik sangat (menurut pendapat saya) ialah saya masih ada lagi badan saya ini, tetapi sekurang-kurangnya badan ini akan mempunyai sifat-sifat yang dimiliki oleh tubuh Yesus yang dibangkitkan.

Jadi ini yang dipercayai oleh orang Kristian, kebangkitan tubuh Yesus pada hari ketiga. Ada orang tanya saya, “Jadi Pastor, kalau macam itu buat apa batu besar itu digulingkan? Tidak perlu, kan? Yesus boleh keluar melalui batu itu saja.” Sebenarnya, batu itu digulingkan bukan untuk Yesus. Batu itu digulingkan supaya manusia boleh masuk ke dalam dan tengok (Markus 16:4-5). Kalau tidak mereka terpaksa tolak batu yang berat itu.

9

Page 10: 224766408 Bagaimana Menjadi Seorang Kristian

Bagaimana Menjadi Seorang KristianPeter de Run

Seolah-olah Tuhan melihat apa yang berlaku dan berkata “Baiklah, Saya alihkan batu ini untuk anda. Tengok, kosong, tidak ada mayat di sini.” Batu penutup itu dialihkan untuk manusia, bukan untuk Yesus keluar. Ramai orang berfikir, batu itu digulingkan supaya Yesus boleh keluar. Batu itu tidak perlu digulingkan. Batu itu digulingkan untuk manusia masuk ke dalam.

Menampakkan Diri Kepada Ramai Orang

Kepercayaan keempat terkandung dalam 1 Korintus 15:5-8, “Bahawa Dia telah menampakkan diri kepada Kefas dan kemudian kepada kedua belas murid-Nya. Sesudah itu Dia menampakkan diri kepada lebih dari lima ratus saudara sekali gus; kebanyakan dari mereka masih hidup... Selanjutnya Dia menampakkan diri kepada Yakobus, kemudian kepada semua rasul. Akhirnya kepada saya, Rasul Paulus. Jadi, setelah Yesus keluar, Dia tidak pergi menyembunyikan diri, takut ditangkap. Dia juga tidak pergi ke sana-sini menakutkan orang. Tidak! Dia berlaku macam biasa, berjalan sana-sini, pergi jumpa kawan-kawan Dia dan ramai orang nampak Dia. Kebangkitan Yesus bukannya satu peristiwa rahsia yang hanya diketahui secara sembunyi-sembunyi oleh dua tiga orang.

Si Tomas yang tidak percaya dan berkata “Saya hanya akan percaya kalau Yesus menampakkan diri dan saya meletakkan jari saya ke dalam semua luka-lukaNya” akhirnya berpeluang meletakkan jari dia di dalam rusuk Yesus (tempat di mana badan Yesus dicucuk dengan lembing). Dia begitu terkejut sampai dia tersungkur dan terus menjerit dengan suara yang kuat “Ya Tuhanku! Ya, Allahku!” Dia sedar, bahawa yang disentuhnya itu betul-betul Yesus, tetapi yang telah berubah.

Ini ialah kepercayaan orang Kristian. Yang lain anda tidak percaya, saya tidak mahu cari gaduh dengan anda. Anda tidak percaya air boleh ditukar menjadi wain, baiklah. Anda tidak percaya Yesus boleh membuat Petrus tangkap banyak ikan, baiklah. Anda tidak percaya Yesus akan datang kali kedua, baiklah. Tapi kalau anda berkata “Saya tidak percaya Yesus mati atas kayu salib”, “Saya tidak percaya Dia dikuburkan”, “Saya tidak percaya Dia dibangkitkan”, “Saya tidak percaya Dia dilihat oleh ramai orang”, saya terpaksa berkata “Tidak baiklah! Tidak baiklah.”

Saya tidak bertujuan untuk bersikap tidak hormat atau menghina agama rasmi negara ini tetapi untuk agama rasmi negara ini, kepercayaan-kepercayaan ini tidak mereka percaya.

10

Page 11: 224766408 Bagaimana Menjadi Seorang Kristian

Bagaimana Menjadi Seorang KristianPeter de Run

Baru-baru ini, saya di pasar Serian, dan ada orang menjual buku komik di sana. Cantik betul buku komik yang dia jual. Ada pelbagai judul seperti “Adam dan Hawa”, “Yusuf” dan “Isa” di sana. Wah! Saya tertarik lalu belilah saya buku komik berjudul “Isa”. Di dalam buku komik ini, saya baca tentang Mariam yang mengandung secara luar biasa dan bagaimana mana dilahirkannya Yesus tanpa bantuan sesiapapun. Saya juga telah membeli satu lagi buku komik yang mengisahkan kedatangan Yesus kali kedua dan bagaimana Yesus akan menghakimi dunia ini. Kemudian saya bertanya dengan penjual buku itu, “Saya rasa satu lagi buku belum ada . . . siri ini tidak lengkap. . . buku nombor dua, yang di antara dua buku ini (yang baru saya beli), satu lagi buku yang menceritakan tentang kematian Yesus atas kayu salib - ada atau tidak?” Penjual buku itu menjawab, “Tidak ada, tidak ada.”

Berasa hairan, saya memeriksa betul-betul ayat-ayat di dalam buku komik itu dan saya ternampak petikan ayat dari Surah al-Mariam. “Oh, buku komik Islam nampaknya!” kata saya dalam hati. Paparan kelahiran Yesus, dan kedatanganNya kali kedua dalam komik-komik itu tepat sekali! Betul! Tetapi peristiwa kematian Yesus tidak ada. Kisah yang ada, dalam satu lagi buku komik yang akhirnya saya jumpa, ialah kisah bagaimana Yudas berubah muka menjadi Yesus dan bagaimana Yesus diangkat ke syurga. Kisah ini sama sekali tidak diterima oleh orang Kristian.

Banyak agama lain senang menerima segala-galanya tentang Yesus tetapi bila saat sampai kepada empat kepercayaan ini, inti pati agama Kristian yang sebenar, mereka tidak dapat menerimanya. Jadi, kalau anda mahu menjadi seorang Kristian dan berani mengaku diri anda orang Kristian, saya betul-betul cabar anda dan galakkan anda untuk cari bukti-bukti yang ada, fikir masak-masak dan buat keputusan: Adakah ini benar? Adakah ini betul? Dan kalau ya, saya berkata, “Terimalah dan percayalah. Peganglah, jangan lepaskan, walaupun buku-buku cerita seperti The Da Vinci Code menceritakan kisah yang berbeza.”

Dalam Perjalanan

Tapi itu baru sahaja bahagian yang pertama dalam menjadi seorang Kristian. Untuk menjadi orang Kristian, tidak cukup percaya sahaja. Yohanes 1:12 berkata: Bagi mereka yang percaya pada Yesus dan menerimaNya, diberi hak untuk menjadi anak-anak Tuhan. Jadi, kalau anda percaya saja, minta maaf, anda masih belum Kristian, walaupun anda mempercayai semua yang telah dinyatakan setakat ini.

11

Page 12: 224766408 Bagaimana Menjadi Seorang Kristian

Bagaimana Menjadi Seorang KristianPeter de Run

Anda baru sahaja dalam perjalanan (atau ‘on the way’, yang juga merupakan alasan nombor satu orang Malaysia ketika lewat hadir satu-satu perjumpaan. “Hei, kau lambat sudah. Mana kau?” “On the way, on the way.” Setengah jam kemudian, “Mana kau?” “On the way, on the way.” ) tetapi belum sampai lagi. Jangan anda pula jadi Kristian ‘on the way’. Belum sampai, ‘on the way’, percaya apa orang Kristian percaya tapi belum sah jadi Kristian lagi. Untuk jadi orang Kristian, langkah kedua diperlukan iaitu menerima Yesus.

Menerima Yesus

Menerima Yesus. Perkataan ini, wah, bukan main susah untuk orang faham. Apa maksud menerima Yesus?

Saya banyak kali melangsungkan upacara perkahwinan untuk orang lain dan saya selalu akan berkata kepada pasangan lelaki yang mahu kahwin itu, “Adakah anda menerima perempuan ini menjadi isteri anda yang sah, untuk mengasihi dia ketika sakit, dan ketika sihat?” dan mempelai lelaki akan menjawab, “Ya, saya mahu” atau “Ya, saya sedia.” Itu jawapan dia. Perhatikan perkataan yang saya pakai: ‘Adakah anda menerima perempuan ini sebagai isteri anda?’ Konsep dan fahaman di sebalik soalan ini sama dengan maksud frasa ‘menerima Yesus’.

Lama dahulu, saya jumpa seorang perempuan dan saya percaya dia cantik. Lama-kelamaan saya percaya dia ialah yang tercantik. Kemudian saya percaya dia ialah seorang wanita yang periang dan gembira. Lagi-lagi dia suka ketawa. Sebelum saya sampai ke gereja, kalau saya dengar seorang wanita ketawa kuat-kuat tu, saya tahu dia ada di sana. Kemudian, saya percaya bahawa dia sangat pandai membawa diri dengan kanak-kanak. Dia pandai jaga kanak-kanak, terlibat dalam pelayanan kanak-kanak dan saya suka sifat seperti itu dalam seorang wanita.

Saya juga dapati bahawa dia pandai nyanyi. Saya percaya itu satu keistimewaan yang baik. Dan lepas itu, saya tahu dia boleh main keyboard dan gitar. Semakin besar kepercayaan saya bahawa dia seorang wanita yang hebat. Berdasarkan semua ini yang saya percaya, saya akhirnya membuat keputusan untuk percaya bahawa dia sesuai untuk dijadikan isteri saya.

Kalau saya berhenti setakat itu saja dan ada orang tanya saya, “Eh, kau percaya, kau betul-betul yakin, dia sesuai sebagai isteri anda?” dan saya menjawab, “Percaya! Yakin! Seratus-peratus saya tahu memang dia betul-betul sesuai”, adakah dia akan menjadi isteri saya? Adakah dia isteri saya kerana saya yakin dia sesuai sebagai isteri saya? Saya percaya dia memiliki kualiti-kualiti yang sesuai sebagai isteri. Adakah kepercayaan saya dan keyakinan saya itu menjadikan dia isteri saya? Yang tidak tahu, jawapannya tidak.

12

Page 13: 224766408 Bagaimana Menjadi Seorang Kristian

Bagaimana Menjadi Seorang KristianPeter de Run

Ramai lelaki fikir kerana mereka berasa yakin si gadis itu sesuai maka gadis itu sudah menjadi isteri mereka. Itu perasan namanya, syok sendiri. Lelaki seperti ini yakin betul tapi dalam dunia dia sajalah wanita itu miliknya - dalam dunia gadis itu dia langsung tidak wujud!

Jadi jelaslah, keyakinan dan kepastian bahawa seseorang itu sesuai sebagai isteri, tidak menjadikan dia isteri anda. Sebaliknya, sesuai dengan kepercayaan anda itu, sesuai dengan keyakinan itu, anda perlu bertindak. Anda perlu jumpa perempuan itu dan berkata (walaupun kadang kala susah betul mahu keluarkan perkataannya), “Sudi anda menjadi isteri saya? Kahwinlah dengan saya.” Anda mesti meminta perempuan itu menjadi isteri anda dan kemudian, pada hari pernikahan, anda mengisytiharkan pada semua orang: “Kerana saya percaya wanita ini sesuai menjadi isteri saya, saya menerima dia, saya mengambilnya, menjadikannya isteri saya.” Ada tindakan yang dibuat sesuai dengan kepercayaan. Ini juga yang dimaksudkan dengan frasa ‘menerima Yesus’.

Sekarang anda yakin Yesus telah mati atas kayu salib untuk dosa anda. Sekarang anda percaya dia telah dikuburkan. Anda lebih dari yakin bahawa Yesus betul-betul telah bangkit dari kubur dan masih hidup sampai hari ini. Anda tahu bahawa bukan hanya satu orang, tapi beratus-ratus, malah beribu orang telah melihat Yesus. Yesus masih wujud, Yesus masih ada. Berdasarkan keyakinan itu, berdasarkan kepastian ini, anda perlu bertindak, perlu lakukan sesuatu. Dan apakah yang anda mesti lakukan? Anda perlu mengambil Yesus, menerima Yesus, menjadikan Yesus, Tuhan dan Penyelamat anda. Pilihan ini anda yang buat, bukan kampung anda buat, bukan rumah panjang anda buat, bukan ibu bapa anda buat, bukan kerajaan Malaysia buat. Anda sendiri. Berdasarkan kepercayaan yang sekarang wujud, anda menerima, mengambil, menjadikan Yesus Penyelamat dan Tuhan anda.

Yesus Penyelamat dan Tuhan Anda

Saya gunakan dua perkataan ini - Penyelamat dan Tuhan. Mengapa? Sebab ianya sesuai dengan apa yang anda percaya. Anda percaya Yesus mati atas kayu salib untuk dosa-dosa anda. Sesuai dengan kepercayaan itu, apa anda buat? Anda menerima Dia sebagai Penyelamat anda. Mungkin anda boleh berdoa:

“Yesus, anda telah mati untuk dosa-dosa saya. Saya orang berdosa, saya perlu diampuni. Jadilah penyelamat saya. Jadilah pengampun saya. Jadilah orang yang akan mengampuni saya, menghapuskan dosa saya, membebaskan saya dari kuasa dosa yang mengongkong saya selama ini”.

13

Page 14: 224766408 Bagaimana Menjadi Seorang Kristian

Bagaimana Menjadi Seorang KristianPeter de Run

Mengapa ini anda katakan kepada Yesus? Kerana anda percaya Yesus telah mati atas kayu salib untuk dosa anda. Anda percaya kematian Yesus atas kayu salib mengampuni, membebaskan, menyucikan diri anda. Sesuai dengan kepercayaan anda, anda bertindak dan tindakan anda ialah menerima Yesus sebagai Penyelamat anda. Anda meminta Yesus, mengambil Yesus, menerima Yesus sebagai si Dia yang mengampuni anda, menyucikan anda dan membebaskan anda dari dosa.

Pilihan dan penyataan ini biasanya dipanggil bertaubat. Apakah bertaubat? Bertaubat melibatkan tiga langkah ini: (1) Mengaku dosa (saya orang berdosa), (2) Memohon – “Yesus, Engkau penyelamat saya, pengampun dosa saya, tolonglah ampuni saya, sucikan saya” dan (3) dengan iman, menerima kasih Yesus – “Saya terima pengampunanMu, saya terima penyucianMu” - dan mulailah hidup dalam kepercayaan, bahawa anda sudah pun disucikan (1 Yohanes 1:9). Itu ialah bertaubat.

Menerima Yesus Sebagai Tuhan

Seterusnya, satu lagi perkara yang perlu dilakukan ialah menerima Yesus sebagai Tuhan kerana anda tidak harus hanya menerima Yesus sebagai Penyelamat. Mengapa? Kerana kepercayaan anda bahawa Yesus bangkit dari kubur. Roma 1:4 menyatakan bahawa telah, “dinyatakan oleh kebangkitan-Nya dari antara orang mati, bahawa Dia adalah Anak Allah yang berkuasa.” Dalam bahasa Inggeris perkataan ‘dinyatakan’ lebih jelas lagi iaitu perkataan ‘it is proven’ - dibuktikan, disahkan bahawa Yesus ialah Anak Allah oleh kerana kebangkitanNya.

Logiknya mudah saja: anda tidak boleh bunuh Tuhan, Tuhan tidak boleh mati. Kalau anda berkata “Saya Tuhan!”, dan kemudian saya tembak anda dan anda mati, jelaslah anda bukan Tuhan. Mereka cuba bunuh Yesus. Mereka cuba bunuh Dia dengan cara yang teruk sekali tapi akhirnya Dia hidup kembali dan masih hidup sampai hari ini. Kebangkitan Yesus membuktikan bahawa Dia ialah Tuhan dan kerana itu saya bukan hanya merima Yesus sebagai Penyelamat, tapi saya juga menerima Dia, saya jadikan Dia, Tuhan saya. Saya tidak sembah tuhan-tuhan lain.

Apabila ada orang bertanya, “Siapa Tuhan anda? Siapa yang anda sembah?” , jawapannya ialah, “Yesus”. Saya tidak sembah mana-mana benda lain atau tuhan lain walaupun ada ajaran-ajaran lain yang berkata ini ialah allah dan itu ialah allah. Maaflah! Bagi saya satu saja Tuhan iaitu Yesus.

14

Page 15: 224766408 Bagaimana Menjadi Seorang Kristian

Bagaimana Menjadi Seorang KristianPeter de Run

Situasi ini sama juga dengan perkahwinan. Dari semua wanita, anda memilih satu saja dan janji anda ialah: “Saya setia kepada anda sahaja. Saya tidak akan main kayu tiga, kayu empat, kayu lima. Saya tidak akan cari dan bersahabat dengan wanita lain. Hanya dengan engkau saya akan bercinta kerana saya yakin, saya percaya, engkaulah satu-satunya yang sesuai untuk saya”. Apabila anda menerima Yesus sebagai Tuhan, itu juga maksudnya. Dari semua tuhan-tuhan, baik yang bermula dengan huruf ‘T’ kecil atau besar, dari semua allah-allah, huruf ‘A’ besar ataupun ‘A’ kecil, anda pasti, hanya satu yang wujud, satu yang benar dan Dialah Yesus kerana kebangkitanNya.

Itulah sebabnya saya orang Kristian. Saya berani berkata dan saya telah berkata, sejak saya menjadi orang Kristian pada tahun 1977 bahawa kalau anda boleh membuktikan yang Yesus tidak bangkit dari kematian, dan saya betul-betul yakin Yesus tidak bangkit dari kematian, saya akan berhenti menjadi orang Kristian. Betul! Sebab tanpa kebangkitan Yesus, agama Kristian tidak ada bezanya dengan mana-mana agama yang lain. Ada pengasas, ada ajaran yang baik, ada pengikut, ada amalan-amalan yang perlu buat, anda janji masuk syurga (tidak ada agama yang janji tidak masuk syurga) - tidak ada perbezaan. Semua agama sama, lebih kurang. Tapi yang membezakan agama Kristian dengan semua agama lain ialah kebangkitan Yesus. Dan kebangkitan Yesus membuktikan pada saya Dia sebenarnya Tuhan, Allah yang telah menjadi manusia.

Dan kerana itu, kalau Yesus betul-betul Tuhan dan anda menerima dia sebagai Tuhan anda, anda akan buat tiga perkara. Anda akan menyembah Dia, mentaati semua ajaran Dia, dan ikut Dia sahaja kerana dia Tuhan anda.

Sudah Menerima?

Saya akan akhiri di sini dengan satu soalan. Saya telah menerima isteri saya menjadi isteri saya pada 10 Jun 1995, pada pukul 2.30 petang, di Gereja S.I.B Kuching. Perbuatan menerima ini ialah satu perbuatan sengaja. Apabila saya menerima isteri saya, saya memberitahu dia, “Saya mengasihimu. Saya menerima engkau sebagai isteri saya.” Ada saksi-saksi di sana untuk mengeyakan bahawa penerimaan saya betul-betul telah terjadi.

Bilakah anda menerima Yesus? Bilakah harinya anda telah berkata kepada Yesus, “Yesus, saya betul-betul percaya dan yakin bahawa Engkaulah Tuhan dan Engkau ialah Penyelamat saya. Saya mahu Anda menjadi Penyelamat saya. Mulai hari ini saya tidak akan sembah mana-mana tuhan yang lain, hanya Engkau saja. Saya menerima Engkau sebagai Tuhan saya.”? Pernah anda buat sesuatu seperti ini? Tempatnya? Masanya? Ada orang lain bersama andakah? Kalau jawapan anda ialah “Hmm, aahh, bila ha?” mungkin kerana selama ini anda perasan anda

15

Page 16: 224766408 Bagaimana Menjadi Seorang Kristian

Bagaimana Menjadi Seorang KristianPeter de Run

Kristian. Walaupun percaya, betul-betul yakin, tetapi anda tidak pernah secara sengaja pada satu saat, di satu ketika dalam hidup anda, membuat keputusan untuk menerima Yesus.

Ada orang tidak berapa ingat, tapi dia tahu-tahu, “Hmm, tahun pertama ketika di universiti dulu saya ingat, waktu itulah. Dan sejak itu saya tidak toleh-toleh ke belakang lagi. Saya tidak lagi ikut agama lain. Sejak itu saya ikut Yesus. Besar kemungkinan masa itulah.” Ada orang lain pula, dia tahu masanya dan tempat. Mengapa? Kerana ada orang yang memimpin dia. Ada orang yang setelah membimbing dia, berkata “Anda sediakah?” “Sedia.” “Baiklah, mari kita berdoa bersama.” Ada masa, ada tempat yang spesifik. Bagaimana dengan anda yang sedang membaca ayat ini: ada atau tidak masa dan tempat seperti itu dalam sejarah hidup anda?

Kalau anda tidak berapa pasti, pada saat ini, di tempat ini, sekarang, anda boleh beritahu Yesus:

“Yesus, sebenarnya sudah lama saya percaya dan yakin. Tapi saya tidak pernah buat keputusan yang tepat, dengan sengaja dan sungguh-sungguh. Jelas hari ini, mulai hari ini, saya tidak lagi ikut tuhan lain, tidak lagi percaya ajaran lain. Hanya Engkau sahaja.”

Kekhuatiran saya ialah kalau anda tidak pernah menerima Yesus, jangan-jangan anda Kristian ‘on the way’ saja, percaya tetapi tidak pernah menerimaNya.

Sebaliknya kalau anda sudah percaya dan terima, haleluyah! Puji Tuhan! Anda telah diberi hak menjadi anak Tuhan, hak untuk memanggil diri anda Kristian, hak untuk masuk syurga, hak untuk menerima berkat dari Tuhan, hak untuk diampuni, hak untuk dilindungi, hak untuk disembuhkan, serta beribu-ribu hak lain yang diberikan kepada mereka yang menjadi Kristian! Selamat datang ke keluarga Tuhan!

Jadi, fikirlah masak-masak dan selesaikan isu ini. Adakah anda orang Kristian? Sudahkah anda percaya asas-asas kepercayaan Kristian? Sudahkah anda menerima Yesus sebagai Penyelamat dan Tuhan anda? Semoga jawapan anda kepada semua soalan ini “YA!”

16

Page 17: 224766408 Bagaimana Menjadi Seorang Kristian

Bagaimana Menjadi Seorang KristianPeter de Run

Doa Untuk Pembaca

“Allah Bapa di syurga, terima kasih kerana sekali lagi Injil-Mu dapat disampaikan. Injil-Mu telah dibaca oleh mereka yang memegang buku ini. Terima kasih Tuhan. Engkau Allah yang luar biasa, lebih dari rela, lebih dari sudi untuk menjadikan kami anak-anakMu. Engkau sebenarnya mahu memberi kepada manusia hak untuk menjadi anak-Mu. Terima kasih, jalannya ialah untuk percaya kepada Yesus dan menerima Yesus sebagai Penyelamat dan Tuhan. Saya berdoa bagi sesiapa sahaja yang membaca buku ini, yang masih lagi mencari pengertian, yang masih lagi ada isu-isu yang perlu dijawab terlebih dahulu sebelum mereka dapat percaya, supaya Engkau membekalkan mereka dengan jawapan-jawapan yang sesuai, membekalkan mereka dengan maklumat yang diperlukan supaya akhirnya mereka juga boleh membuat kesimpulan bahawa hal-hal ini benar dan yakin telah terjadi dan percaya ianya betul. Juga bagi mereka yang sudah percaya Tuhan, saya berdoa supaya mereka semua akhirnya akan mengambil langkah berani untuk membuat keputusan untuk menjadikan Yesus Penyelamat dan Tuhan dan meninggalkan semua ajaran lain, agama lain, tuhan lain dan hanya taat kepadaMu. Seperti mana seorang suami setia kepada isterinya, kami hanya setia kepada Engkau saja Tuhan serta memuji-Mu, menyembah-Mu, mentaati-Mu, mengikuti-Mu sahaja. Ya Tuhan, saya berdoa supaya hari-hari yang mendatang Firman ini akan disampaikan kepada lebih ramai orang, lebih ramai orang akan mendengar, lebih ramai orang akan percaya dan lebih ramai orang akan menerima Engkau supaya jumlah anak-anak Allah di syurga bertambah. Tuhan, terima kasih dan saya bersyukur dalam nama Tuhan Yesus, Penyelamat dan Tuhan manusia sejagat. Amin.

17

Page 18: 224766408 Bagaimana Menjadi Seorang Kristian

Bagaimana Menjadi Seorang KristianPeter de Run

Anda boleh mendengar serta melihat mesej ini yang disampaikan oleh Pastor Peter de Run dalam DVD Khutbah terbitan ShaloMedia berjudul

ERTI SEBENAR MENJADI KRISTIAN

Sila hubungi kami melalui telefon (019-8898049) atau e-mel ([email protected]) untuk membuat pesanan anda bagi DVD ini

atau DVD lain terbitan kami.

18