Sejarah Asal Usul Kristian

download Sejarah Asal Usul Kristian

of 18

Transcript of Sejarah Asal Usul Kristian

  • 7/25/2019 Sejarah Asal Usul Kristian

    1/18

    Sejarah asal-usul mitos Triniti.

    Dan kamu akan kenal kebenaran, dan kebenaran itu akan membebaskan kamu. Yohanes 8:32

    Bukankah ayat-ayat di dalam Bible seharusnya konsisten? Tidakkah sepatutnya mereka

    menyokong satu sama lain dan bukannya menyanggah satu sama lain? Logik apakah ini?

    Seperti yang kita mulai nampak, manusia telah mengubahsuai teks Bible dengan sewenang-

    wenangnya sepanjang zaman. Ini telah mengakibatkan percanggahan yang tidak terkira di

    antara ayat-ayat. Ini bermakna bahawa hasil daripada pengubahsuaian berleluasa yang

    berterusan, utusan di dalam Bible tidak boleh lagi dipercayai sebagai 100% firman Tuhan yang

    asal. Bible sendiri menjadi saksi akan saksi palsu yang menyebabkan percanggahan (Markus

    14:56). Jika Bible kekal 100% firman Tuhan maka adalah mustahil ayat-ayatnya menyanggah

    satu sama lain, tetapi jika manusia telah sewenang-wenangnya menukar firman Tuhan, maka

    sesungguhnya ayat-ayat tersebut akan bercanggah antara satu sama lain:

    Maka apakah mereka tidak memperhatikan Al- Quran? Kalau kiranya Al-Quran itu bukan dari

    sisi

    Allah, tentulah mereka mendapat pertentangan yang banyak di dalamnya. Al-Quran, Al-Nisaa

    (4):82

    Kenapa tidak dikenakan ujian yang sama ke atas Bible?

    Ajaran Kristian mengenai Jesus berkisar sekitar tiga fakta: penjelmaan, penyaliban dan

    kebangkitan

    semula. Adakah kita telah menolak perkara-perkara Triniti, dosa asal, penebusan dosa dan

    sebagainya sekarang? Kita telah membuktikannya palsu. Bukti daripada Bible atau sumber-

    sumber lain bahawa salah satu daripada tiga perkara ini tidak benar, dan tonggak ajaran ini akan

    roboh. Sila periksa semula tonggak anda. Tidakkah ia memerlukan doktrin Triniti, anak yang

    dizuriatkan Tuhan, dosa asal dan penebusan dosa untuk berdiri tegak? Anda boleh temui

    banyak percanggahan yang serius dalam kisah penyaliban dan banyak hal-hal lain di dalam buku

    Ahmad Deedat bertajuk The Choice dan Crucifixion or Cruci-fiction, serta banyak penerbitan-

    penerbitan lain. Tetapi seseorang mungkin berkata: Jika Triniti tidak diwahyukan oleh Tuhan

    atau Jesus (a.s.), maka mengapakah penganut Kristian mengimaninya?. Jawapannya terletak

    pada majlis Nicea pada tahun 325 Masihi.

    Di dalam The New Catholic Encyclopedia , memberikan gambaran bagaimana konsep Triniti

    tidak diperkenalkan ke dalam agama Kristian sehingga hampir 400 tahun selepas pemergian

    Jesus (a.s.).

    Pada pertengahan abad ke dua puluh, adalah sukar untuk memberikan pemerian yang jelas,

  • 7/25/2019 Sejarah Asal Usul Kristian

    2/18

    objektif dan langsung mengenai wahyu, evolusi doktrin dan huraian teologikal mengenai Misteri

    triniti. Perbincangan di antara Trinitari, Roman Katolik, serta pihak-pihak lain memberikan

    gambaran yang

    samar. Dua perkara telah berlaku. Para pentafsir dan ahli-ahli teologi Biblikal, termasuk

    penganutpenganut Katolik yang semakin meningkat, mengakui bahawa seseorang tidak boleh

    berbincang mengenai Trinitarinisma di dalam Perjanjian Baru tanpa pengetahuan yang

    mendalam. Ahli-ahli sejarah dogma dan ahli-ahli teologi stematik juga mengakui bahawa apabila

    seseorang memperkatakan mengenai Trinitarianisma secara menyeluruh, beliau telah beranjak

    daripada zaman asal Kristian kepada suku terakhir abad ke empat. Hanya pada masa itu, apa

    yang dikatakan dogma Trinitarinisma muktamad iaitu satu Tuhan di dalam tiga Orang

    diasimilasikan sepenuhnya ke dalam kehidupan dan pemikiran KristianIa adalah hasil daripada

    perkembangan doktrin selama tiga abad

    The New Catholic Encyclopedia , Jilid XIV, m.s. 295

    Mereka mengakuinya!!! Jesus (a.s.), Yohanes, Matius, Lukas, Markus, semua nabi-nabi, dan

    termasuk Paul tidak tahu-menahu mengenai sebarang Triniti!! Apakah yang sebenarnya

    berlaku pada kurun keempat Masihi? David F. Wright, seorang pensyarah kanan dalam bidang

    Sejarah Ekeliastikal di Universiti Edinburgh telah menerbitkan kisah perkembangan doktrin

    Triniti dengan terperinci. Kita dapati:

    Arius adalah seorang paderi yang bertanggungjawab ke atas Baucalis, salah satu daripada

    mukimdi Alexandria. Beliau adalah seorang pendakwah yang meyakinkan dan mempunyai pengikut di

    kalangan paderi dan zahid, dan telah menyebarkan ajarannya dalam bentuk puisi dan lagu. Pada

    sekitar tahun 318 Masihi, beliau berselisih faham dengan Biskop Alexanderia. Arius mendakwa

    bahawa hanya Bapa sahaja yang sebenarnya Tuhan; Anak adalah amat berbeza daripada

    Bapanya. Anak tidak memiliki sebarang sifat ketuhanan yang abadi, mulia, bijaksana, mulia dan

    suci. Beliau tidak wujud sebelum dizuriatkan oleh bapa. Bapa menghasilkannya sebagai

    makhluk. Tambahan lagi, sebagai pencipta makhluk lain, anak wujud tanpa perkiraan masa,

    sebelum semua benda. Pun begitu, beliau tidak berkongsi kewujudan Tuhan Bapa dan tidak

    mengenalinya secara menyeluruh.

    Eerdmans Handbook to the History of Christianity,

    dalam bab Council and Creeds Seterusnya, Wright menunjukkan bagaimana sebelum abad

    ketiga Masihi, yang tiga adalah terpisah dan mempunyai status tersendiri dalam kepercayaan

    Kristian. Tertulian (155-220 Masihi), seorang peguam dan paderi sebuah Gereja di Carthage

    pada abad ketiga, adalah penganut Kristian pertama yang memperkenalkan perkataan Triniti

    apabila beliau mengemukakan teori bahawa Anak dan Roh bersama dalam kewujudan Tuhan,

    tetapi kesemuanya adalah satu kewujudan dengan sifat Bapa (Interpreters Dictionary of theBible, Jilid 4, m.s. 117).

  • 7/25/2019 Sejarah Asal Usul Kristian

    3/18

    Lebih kurang pada masa yang sama, dua peristiwa yang berasingan telah menyebabkan

    empayar Rom mengiktiraf gereja. Di suatu pihak, Maharaja Constantine, maharaja penyembah

    berhala berbangsa Rom, mulai menyedari peningkatan bilangan yang bertukar agama di

    kalangan rakyatnya. Mereka ini bukan lagi golongan kecil yang boleh diabaikan oleh empayar,

    sebaliknya, kehadiran mereka semakin dirasai, dan perpecahan serta permusuhan di antara

    mereka mulai menjadi ancaman serius kepada kestabilan empayar.

    Di pihak Kristian pula, pada tahun 318 Masihi, kontroversi mengenai Triniti telah meletus sekali

    lagi di

    antara dua anggota gereja di Alexandria, iaitu di antara Arius yang merupakan paderi, dengan

    Alexander yang merupakan biskop beliau. Maharaja Constantine terpaksa campur tangan.

    Beliau telah mengutuskan surat kepada Arius dan Alexandria menggesa mereka mengetepikan

    perselisihan remeh mereka mengenai sifat Tuhan dan bilangan Tuhan, dan sebagainya. Bagi

    seseorang yang telah biasa dikelilingi dewa-dewa yang tidak terkira, dewi-dewi, tuhan-separa,

    tuhan-manusia, dan penjelmaan tuhan, kebangkitan tuhan dan sebagainya, persoalan sama ada

    sesuatu mazhab menyembah satu tuhan, atau tiga tuhan, atau tiga tuhan di dalam satu adalah

    perkara remeh.

    Setelah beberapa cubaan maharaja untuk mendamaikan mereka gagal, akhirnya pada tahun

    325 Masihi,

    baginda mendapati baginda berhadapan dengan dua kontroversi serius yang membahagikanrakyat Kristiannya: golongan yang mematuhi Paska pada hari Easter, dan golongan yang

    mempercayai konsep Triniti. Maharaja Constantine sedar bahawa satu gereja yang bersatu

    adalah perlu untuk kerajaan yang teguh. Setelah perundingan gagal menyelesaikan

    pertelingkahan ini, baginda menubuhkan Majlis Nicea untuk menyelesaikan masalah ini, dan

    hal-hal lain. Majlis ini bertemu dan mengundi untuk menentukan sama ada Jesus (a.s.) adalah

    Tuhan. Arius berada pada kedudukan yang lemah kerana tidak diberikan kerusi dalam majlis

    tersebut. Majlis tersebut mengundi untuk meletakkan Jesus pada kedudukan Tuhan dan

    mengutuk semua penganut Kristian yang percaya akan keesaan Tuhan. Semua buka yang ditulis

    oleh Arius dibakar dan mereka yang menyembunyikan buku-bukunya dibunuh. Golongan Trinitari

    dengan segera memperkenalkan perkataan homoousious (sama penting / sifat yang

    sama) dan menggunakan sokongan politik yang baru mereka perolehi untuk memaksa semua

    menerima takrifan mereka mengenai sifat Tuhan. Tiada sebarang tolak ansur. Malahan mereka

    yang mengambil sikap sederhana sama ada dipaksa menandatangani dekri tersebut dan

    menerimanya sepenuh hati serta mengutuk golongan yang percaya akan keesaan Tuhan, atau

    menjadi mangsa penindasan. Untuk mengelakkan pengusiran dan pada masa yang sama tetap

    dengan kepercayaannya, biskop Eusebius dari Nicomedia dikatakan telah cuba bertolak ansur

    dengan menambah huruf i kepada perkataan homoousious menjadikannya homoiousiousyang bermaksud serupa atau seperti sifat. Bagaimanapun, tidak lama kemudian beliau diusir

  • 7/25/2019 Sejarah Asal Usul Kristian

    4/18

    kerana membenarkan pengikut-pengikut Arius di dalam gerejanya.

    Kita harus ingat bahawa semua ini dilakukan bukan berdasarkan prinsip agama, sebaliknya

    berdasarkan

    keperluan politik. Seorang ahli sejarah Katolik berkata:

    Pada permulaan penubuhan majlis tersebut, golongan sederhana yang menyokong pendirian

    Arian, yang mana Eusebius dari Nicomedia adalah ahli yang paling berpengaruh, adalah

    golongan majoriti, dan sukar untuk homoousiousmendapatkan sokongan; ia telah dipaksakan,

    bukannya diterima. Hosius adalah penyokong kuatnya; begitu juga biskop-biskop dari Alexandria

    dan Antioch. Maharaja membayangkan yang baginda menyukai penggunaan perkataan tersebut.

    Bagi kebanyakan orang, ini adalah hujah yang utama.

    Seorang ahli sejarah lain berkata:

    ... bagi Constantine, majlis tersebut lebih merupakan urusan negara daripada urusan Gereja.

    Oleh kerana baginda amat inginkan perselisihan yang menggugat daerah-daerahnya ditamatkan,

    baginda tidak begitu risau sama ada mereka menerima Arius atau Alexander, tetapi beliau amat

    risau jika golongan majoriti mengambil keputusan yang boleh digunakan untuk memaksa

    golongan penentang

    yang senyap, tidak kira golongan mana yang menang.

    (Petikan di atas diambil dari Apostacy from the Divine Church oleh James L. Barker)

    Malah terdapat banyak bukti bahawa kebanyakan daripada mereka yang menandatangani dekri

    tersebut

    sebenarnya tidak mempercayainya atau memahaminya, tetapi berpendapat bahawa dari segi

    politik, adalah wajar untuk mereka berbuat demikian. Falsafah Neo-Plato digunakan untuk

    merumuskan doktrin Triniti. Salah seorang daripada yang hadir, iaitu Apuleius, menulis: Saya

    berkecuali dalam diam, dan menjelaskan doktrin - doktrin yang menakjubkan dan doktrin

    -doktrin Plato tersebut difahami oleh segelintir sahaja dari kalangan yang alim, dan tidak

    diketahui langsung oleh setiap yang karut....

    Kebanyakan daripada mereka yang menandatangani dekri tersebut disebabkan tekanan politik

    menyedapkan hati mereka dengan berkata roh tidak terjejas oleh sedikit dakwat. Dikatakan

    bahawa daripada 2030 yang hadir, hanya 318 menerimanya dengan rela hati (Al-Seerah Al-

    Nabawiyya, Abu Al-Hassan Al-Nadwi, m.s. 306). Mereka kemudiannya meluluskan doktrin

    homoousious yang bermaksud: SETARA, SAMA-ABADI DAN SAMA PENTING orang kedua

    dalam Triniti bersama Bapa. Doktrin ini kemudiannya dikenali sebagai Creed of Nicea.

    Setelah kembali ke tempat asal masing-masing baharulah mereka seperti Eusebius dari

  • 7/25/2019 Sejarah Asal Usul Kristian

    5/18

    Nicomedia, Maris dari Chaledon dan Theognis dari Necaea memberanikan diri memaklumkan

    Constantine secara bertulis betapa kesalnya mereka menandatangani rumus Nicea: Kami telah

    melakukan perbuatan yang tidak beriman, wahai putera, tulis Eusebius dari Nicomedia, dengan

    berlaku kufur kerana takutkan tuanku. Bagaimanapun, kerosakan telah berlaku dan kini tiada

    cara untuk membaikinya. Telah direkodkan bahawa tiga belas persidangan telah diadakan pada

    abad ke 4 di mana Arius dan kepercayaannya telah dikutuk. Sebaliknya, lima belas persidangan

    menyokongnya. Pada masa yang sama, tujuh belas persidangan mengeluarkan dekri yang

    serupa dengan kepercayaan Arian (Al-Seerah Al-Nabawiyya, Abu Al-Hasan Al- Nadwi, m.s.

    306). Hasil daripada majlis ini, Jesus (a.s.) telah dijadikan Tuhan. Tidak lama selepas itu,

    ibunya, Maryam (a.s.), telah diberikan gelaran Perawan Abadi. Tidak lama kemudian, pada

    tahun 431 Masihi, konsep-konsep ini digabungkan menganugerahkannya gelaran Theotokos

    (mengandungkan Tuhan). Beginilah caranya beliau kemudiannya dikenali sebagai Ibu Tuhan.

    Penindasan terhadap bangsa Yahudi kini dijalankan dengan meluas, dan dengannya penghinaan

    serta tiada tolak ansur dari pihak Kristian terhadap mereka yang tidak bertukar pegangan kepada

    akidah baru. Buku-buku Arius dan penyokongnya diperintahkan supaya dibakar, dan rasa takut

    mencengkam mereka yang tidak bersetuju dengan kepercayaan rasmi baru Kristian. Berikut

    adalah salah satu perisytiharan umum akan hal ini:

    Fahamilah sekarang bahawa dengan statut ini, Novatia, Valentinia, Markionit, Paulinia, anda

    yang digelar Cataphrygians... betapa penipuan dan kesia -siaan, betapa banyak kesilapan yang

    beracun danmerosakkan, yang tersurat dalam menghasilkan doktrin anda! Kami memberi amaran kepada

    anda... Mulai saat ini, jangan seorang pun daripada kamu berjumpa dalam jemaah. Untuk

    mengelakkannya, kami memerintahkan supaya kamu dihalang dari rumah ibadat di mana kau

    biasanya bertemu... dan rumah-rumah ibadat ini diserahkan kepada golongan katolik (iaitu gereja

    rasmi).

    Selepas Persidangan Nicea, persoalan Triniti masih tidak selesai. Meskipun terdapat harapan

    yang tinggi dari Constantine, Arius dan biskop baru Alexandria yang bernama Athanasius, mulai

    berdebat mengenai hal ini pada hal Nicene Creed sedang ditandatangani: mulai hari itu

    Airanisma menjadi istilah bagi sesiapa yang tidak menerima doktrin Triniti yang baru ditakrif.

    Golongan Athanasia tidak dapat menggunakan Kitab untuk menyangkal pendirian Arius dan

    Gereja timur bahawa Kristus telah dicipta. Golongan ini bukan golongan Arian, tetapi bersama-

    sama kumpulan-kumpulan lain yang tidak menerima takrifan baru pendokong triniti telah

    dilonggokkan di bawah kumpulan Arian untuk memberi gambaran bahawa sifat Tuhan yang

    difahami oleh kumpulan-kumpulan ini adalah baru atau berasal dari fahaman Arius, yang mana

    ini adalah tidak benar. Arius dilatih oleh Lucian dari Antioch, seorang sarjana Kristian terkemuka

    pada abad keempat dan adalah seorang syahid dalam penindasan oleh Diocletian. Anak-anakmuridnya yang lain termasuklah Eusebius dari Nocedemia, Menpophantus dari Ephesus,

  • 7/25/2019 Sejarah Asal Usul Kristian

    6/18

    Theognis dari Nicaes, Maris dari Chalcedon, Leontius dari Antioch, Athanasius dari Anarzabus

    dan Asterius si Sophist (History of Dogma, Jilid iv, Harnack, m.s.3).

    Athanasius, biskop yang diberi penghargaan kerana telah merumuskan doktrin ini, mengakui

    bahawa lebih banyak beliau menulis tentang hal ini, fikirannya menjadi semakin bercelaru dan

    semakin lama beliau semakin tidak dapat menyatakan fikirannya dengan jelas. Selepas Majlis

    Chalcedon pada tahun 451, perbahasan mengenai hal ini tidak lagi dibenarkan; menentang

    Triniti dianggap sebagai kufur dan dikenakan hukuman berat yang melibatkan mencacatkan

    pesalah ke hukuman mati. Penganut Kristia n kini menentang satu sama lain, mencacati dan

    menyembelih ribuan orang disebabkan kepercayaan yang berbeza. Sesetengah pihak mungkin

    membangkang pendapat sarjana-sarjana Kristian yang unggul dan dihormati ini sebagai suatu

    kesilapan. Mereka mendakwa bahawa Jesus (a.s.) benar-benar telah mengajarkan Triniti

    kepada para hawarinya, tetapi dia berbuat demikian secara sulit kepada mereka sahaja.

    Kemudiannya, para hawari pula mengajarkan orang lain secara sulit, dan beberapa abad

    kemudian, hal ini dijadikan pengetahuan umum. Namun teori ini bukan sahaja tidak berdasarkan

    bukti dari Bible, tetapi sebenarnya bercanggah dengan kata-kata Jesus sendiri:

    Aku sentiasa berkata -kata dengan terus-terang di hadapan umum. Aku selalu mengajar di

    rumah ibadat dan di Rumah Tuhan, tempat semua orang Yahudi berkumpul. Tidak pernah aku

    berkata apaapa

    dengan sembunyi-sembunyi. Yohanes 18:20

    Penyembahan tuhan matahari bangsa Rom adalah popular di kalangan penyembah berhala

    bukan Yahudi pada abad ketiga Masihi, dan abad-abad sebelumnya. Sebagai mana adatnya,

    Maharaja Constantine (yang mengepalai Majlis Nicea) dipercayai adalah manifestasi atau

    penjelmaan tuhan matahari Rom ini. Atas sebab ini, untuk mengambil hati Constantine, Gereja

    Trinitari telah bertolak-ansur dengan baginda dalam hal-hal berikut:

    Mereka mengisytiharkan Krismas jatuh pada 25 Disember, yang mana ini adalah hari lahir

    tuhan matahari Rom.

    Mereka mengubah hari Sabat daripada hari Sabtu kepada hari Ahad (Dies Soli), iaitu hari suci

    untuk tuhan matahari Apollo.

    Mereka meminjam lambang tuhan matahari Rom, iaitu salib cahaya, sebagai lambang agama

    Kristian. Sebelum ini, lambang rasmi agama Kristian adalah ikan, sebagai simbol jamuan

    terakhir.

    Mereka memasukkan kebanyakan daripada upacara yang dilangsungkan semasa hari lahir

    tuhan matahari ke dalam perayaan-perayaan mereka.

    Muhammad Ata Ur Rahim merekodkan bahawa Constantine mengambil keputusan bahawabaginda tidak mahu orang ramai merasakan yang baginda telah memaksa biskop-biskop

  • 7/25/2019 Sejarah Asal Usul Kristian

    7/18

    membuat keputusan tanpa kerelaan mereka, maka baginda mencuba suatu keajaiban: timbunan

    antara 270 hingga 4000 gospel (satu salinan semula Gospel yang wujud pada masa tersebut)

    diletakkan di bawah meja persidangan dan pintu bilik persidangan dikunci. Para biskop diminta

    supaya berdoa bersungguh-sungguh sepanjang malam, dan keesokan harinya hanya gospel-

    gospel yang diterima oleh Athanasius (Biskop Trinitari dari Alexandria) terdapat di bawah meja

    tersebut. Yang lainnya dibakar. (Jesus Prophet of Islam, Muhammad Ata Ur Rahim).

    Pemerintahan Constantine menandakan zaman permulaan Kristian daripada suatu agama

    kepada sistem politik; dan walaupun dari satu segi sistem tersebut telah jatuh martabatnya

    menjadi agama yang menyembah berhala, dari satu segi lain ia telah meningkat kepada

    pembangunan mitos Greek lama. Pepatah bahawa apabila dua jisim bertembung, bentuk kedua-

    duanya berubah adalah tepat di dalam dunia mekanik dan juga dunia sosial. Penyembahan

    berhala diubah bentuk oleh agama Kristian; agama Kristian diubah bentuk oleh penyembahan

    berhala. Di dalam kontroversi Trinitari yang mula-mula meletus di Mesir Mesir adalah negara

    yang penuh dengan Triniti perkara utama yang dibincangkan adalah penakrifan kedudukan

    Anak..

    History of the Conflict between Religion and Science, Prof. John Dapur, m.s. 52-53

    Telah dilaknati orang-orang kafir dari Bani Israel dengan lisan Daun dan Isa (Jesus) putera

    Maryam. Yang demikian itu disebabkan mereka derhaka dan selalu melampaui batas. Mereka

    satu sama lain selalu tidak melarang tindakan mungkar yang mereka perbuat. Sesungguhnya

    amat buruklah apa yang selalu mereka perbuat itu. Kamu melihat kebanyakan daripada merekatolong-menolong dengan orangorang yang kafir.. Sesungguhnya amat buruklah apa yang

    mereka sediakan untuk diri mereka, iaitu kemurkaan Allah kepada mereka; dan mereka akan

    kekal dalam seksaan. Sekiranya mereka beriman kepada Allah, kepada Nabi dan kepada yang

    diturunkan kepadanya, nescaya mereka tidak akan mengambil orang-orang musyrikin itu menjadi

    penolong-penolong, tetapi kebanyakan daripada mereka adalah orang-orang yang fasik. Al-

    Quran, Al-Maiidah (5):78-81

    Sejarah berulang. Pada masa lalu Tuhan telah memperingatkan bangsa Yahudi agar tidak

    bertolak ansur

    dalam urusan agama mereka dengan golongan kafir. Bagaimanapun, mereka melanggar

    perintahnya dan

    merasakan sedikit tolak-ansur akan menyumbangkan kepada kebaikan yang lebih dan

    kesinambungan agama mereka. Perkara ini berulang. Tolak-ansur di sini, berlebih kurang di

    sana, maka tidak lama lagi perselisihan akan dapat diselesaikan. Tetapi apakah akibatnya?

    Sesungguhnya inilah sebabnya mengapa utusan Tuhan yang terakhir, Muhammad (s.a.w.) telah

    diingatkan supaya tidak bertolak-ansur langsung dalam urusan agama Tuhan tidak kira apa puntawaran lumayan daripada golongan penyembah berhala.

  • 7/25/2019 Sejarah Asal Usul Kristian

    8/18

    Nun, demi kalam dan apa yang mereka tulis; berkat nikmat Tuhanmu kamu (Muhammad) sekali-

    kali bukan orang gila. Dan sesungguhnya bagi kamu benar-benar pahala yang besar yang tidak

    putusputusnya. Dan sesungguhnya kamu benar-benar berbudi pekerti yang agung. Maka kelak

    kamu akan melihat dan mereka (orang-orang kafir) pun akan melihat, siapa di antara kamu yang

    gila. Sesungguhnya Tuhanmu, Dialah Yang Paling Mengetahui siapa yang sesat dari jalanNya;

    dan dialah

    Yang Paling Mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk. Maka janganlah kamu ikuti

    orangorang yang mendustakan (ayat-ayat Allah). Maka mereka menginginkan supaya kamu

    bersikap lunak lalu mereka bersikap lunak (pula terhadapmu). Al-Quran, Al-Qalam (68):1-9

    Banyak lagi kempen-kempen yang dijalankan dengan segera untuk memusnahkan sama sekali

    gospel-gospel yang tidak boleh diterima oleh Gereja Trinitari sepanjang abad-abad berikutnya.

    Salah satu daripada contoh kempen tersebut adalah yang dilancarkan dalam tempoh 379-395

    Masihi semasa pemerintahan Maharaja Flavius Theodosius yang menganut Kristian, di mana

    semua tulisan-tulisan penganut Kristian yang bukan Roman Katolik dimusnahkan. Kempen yang

    dilancarkan oleh Maharaja Valentinian III (425-454 Masihi) pula memerintahkan supaya semua

    tulisan-tulisan bukan Roman Katolik dimusnahkan. Kempen-kempen seperti ini adalah perkara

    biasa dalam abad-abad berikutnya.

    Di dalam bukunya, Muhammad Ata Ur Rahim memaklumkan kita bahawa Arius telah dikutuk dan

    kemudiannya dipencilkan. Jawatan beliau dikembalikan, tetapi beliau dikatakan telah diracun dandibunuh oleh biskop Trinitari, Athanasius, pada tahun 336 Masihi. Gereja Trinitari menganggap

    kematiannya suatu keajaiban. Pengkhianatan Athanasius diketahui oleh majlis yang ditubuhkan

    oleh Constantine dan beliau didapati bersalah atas pembunuhan Arius 27. Athanasius, yang

    mengisytiharkan Arius sebagai seorang yang kufur, juga didakwa telah memalsukan surat atas

    nama Constantine yang menjatuhkan hukuman mati ke atas sesiapa sahaja yang menyimpan

    hasil tulisan Arius. Constantine menjatuhkan hukuman buang negeri ke atasnya, tetapi tidak

    lama selepas kematiannya, beliau diampunkan oleh anak kepada maharaja tersebut iaitu

    Constantius II pada tahun 337.

    Constantine menjadikan penerimaan Creed of Nicea sebagai undang-undang diraja. Beliau

    adalah penyembah berhala dan pada masa tersebut beliau tidak peduli jika doktrin tersebut

    bertentangan dengan ajaranajaran Jesus (a.s.) dan nabi-nabi Tuhan lain yang mengharungi

    keperitan untuk menyampaikan ajaran keesaan tuhan kepada kaum mereka seperti yang kita

    lihat di dalam Perjanjian Lama hingga ke hari ni. Baginda hanya mahu menenangkan dan

    menyatukan rakyat baginda. Apa yang ironis adalah Muhammad Ata Ur Rahim merekodkan

    bahawa Constantine akhirnya menerima kepercayaan Arian, dibaptiskan pada detik-detik terakhir

    hayatnya pada tahun 337 oleh paderi Arian dan mangkat tidak lama selepas itu. Dengan katalain, baginda mangkat sebagai seorang yang beriman akan keesaan Tuhan dan ajaran-ajaran

  • 7/25/2019 Sejarah Asal Usul Kristian

    9/18

    Arian dan bukannya kepercayaan baru Trinitari yang dianuti oleh mazhab Athanasian.

    Teori tiga Tuhan ini bukanlah konsep baru, tetapi telah popular pada era awal Kristian.

    Terdapat:

    1) Triad Mesir yang terdiri daripada Ramses II, Amon-Ra dan Nut;

    2) Triad Mesir yang terdiri daripada Horus, Osiris dan Isis;

    3) Triad Palymra yang terdiri daripada tuhan bulan, Tuhan Syurga dan tuhan matahari;

    4) Triad Babilonia yang terdiri daripada Ishtar, Sin dan Shamash;

    5) Triun Mahayana Buddha yang merupakan pengubahan tubuh, keseronokan dan kebenaran;

    6) Triad Hindu yang terdiri daripada Brahma, Vishnu dan Siva.;

    ... dan sebagainya.

    Bagaimanapun, diiktiraf umum bahawa Triniti yang mempunyai pengaruh terbesar dalam

    penakrifan

    Triniti Kristian adalah falsafah seorang ahli falsafah Greek, iaitu Plato. Falsafah beliau adalah

    berdasarkan perbezaan-tiga yang terdiri daripada: Sebab Pertama, Alasan atau Logos, dan

    Roh atau Roh Alam.

    Edward Gibbon yang dianggap salah seorang ahli sejarah teragung dunia Barat serta pengarang

    buku Decline and Fall of the Roman Empire yang dianggap karya sastera dan sejarah yang

    terbaik, menulis di dalam buku tersebut:

    ... Imaginasinya yang indah kadang kala menghidupkan pengabstrakan metafizikal ini; tiga

    prinsip asal yang setiap satunya misteri; dan Logos terutamanya adalah sifat terbuka Anak

    kepada Bapa yang abadi, Pencipta dan Pentadbir alam.

    Decline and fall of the Roman Empire, II, Gibbon, m.s. 9.

    Amalan menaikkan taraf seorang manusia ke status tuhan adalah perkara biasa di kalangan

    bangsa bukan Yahudi pada zaman tersebut. Contohnya, Julius Caesar diakui oleh bangsa Efesia

    sebagai tuhan yang dijelmakan dan Penyelamat semua manusia. Akhirnya, kedua-dua bangsa

    Greek dan Rom mengakui Caesar sebagai tuhan. Patungnya didirikan di sebuah kuil di Rom

    dengan catatan: Untuk tuhan yang tidak dapat ditakluki. Seorang lelaki lain yang dinaikkan taraf

    kepada status tuhan adalah Augustus Caesar. Beliau diakui sebagai tuhan dan tuhan

    Penyelamat dunia. Maharaja Constantine dipercayai adalah penjelmaan tuhan matahari Rom

    dalam bentuk manusia. Dan berbagai-bagai lagi. Apakah tidak mungkin bahawa mereka ini,

    setelah mendengar akan mukjizat-mukjizat Jesus (a.s.) seperti menghidupkan orang mati dan

    menyembuhkan orang buta, akan menaikkan taraf beliau ke status tuhan? Mereka ini hanyalah

    orang yang berfikiran mudah yang telah biasa dengan tuhan-manusia yang banyak, dan Jesus(a.s.) telah menjadi legenda di kalangan mereka ketika beliau masih hidup lagi. Tidaklah

  • 7/25/2019 Sejarah Asal Usul Kristian

    10/18

    menghairankan bahawa mereka tidak mengambil masa yang lama untuk menjadikan beliau

    tuhan selepas pemergiannya. Di dalam Gospel Barnabas, sesungguhnya Jesus sendiri telah

    meramalkan bahawa manusia akan menjadikannya tuhan dan mengutuk keras mereka yang

    berani berbuat demikian. Bible sendiri menjadi saksi akan fakta bahawa mereka ini amat

    bersedia untuk menaikkan taraf bukan sahaja Jesus (a.s.), tetapi juga para hawari Jesus ke

    kedudukan tuhan (lihat Kisah Rasulrasul 14:1-14).

    Tambahan pula, konsep kebangkitan semula juga bukanlah konsep baru. Bangsa Greek, seperti

    mana penyembah berhala yang lain, menyembah bumi dan mengaitkan kesuburan bumi dengan

    kesuburan wanita. Banyak dewi-dewi ibu-bumi timbul daripada kepercayaan ini, seperti

    Aphrodite, Hera dan sebagainya. Bersama dewi ibu-bumi ini datang konsep tuhan-manusia yang

    biasanya menjadi lambang kitaran tumbuhan dan kitaran matahari. Dalam kes Osirus, Baal dan

    Cronus, beliau juga mewakili seorang raja yang telah mangkat yang disembah sebagai tuhan.

    Tuhan-manusia ini kerap kali dianggap telah dilahirkan pada sama ada 21 atau 25 Disember

    yang bersamaan dengan solstis musim sejuk (masa bila mana matahari dilahirkan). Empat

    puluh hari kemudian, iaitu lebih kurang pada masa Easter, beliau mesti dibunuh, dimakamkan,

    dan dibangkitkan semula selepas tiga hari supaya darahnya boleh membasahi bumi untuk

    mengekalkan atau memulihkan kesuburan bumi dan untuk menyelamatkan penyembah-

    penyembahnya. Ini adalah sebagai tanda kepada mereka yang beriman bahawa mereka juga

    akan menikmati kehidupan yang abadi. Tuhan-manusia ini biasanya dipanggil Soter

    (Penyelamat). Soter ini kadangkala bersendiri, tetapi biasanya adalah yang ketiga, si

    penyelamat atau si penyelamat, yang ketiga. Tuhan-manusia ini akan dikalahkan dan biasanyaakan dicencang dan musuhnya akan menang. Pada masa ini, kehidupan kelihatan pupus dari

    bumi. Kemudian, orang ketiga akan datang untuk mengembalikan tuhan yang mati tadi, atau

    beliau sendiri akan menjadi tuhan yang dihidupkan semula. Beliau akan menewaskan musuh-

    musuh.

    Untuk mengetahui dengan lebih terperinci lagi bagaimana Farisi yang disuaikan daripada kultus

    Mithra mempengaruhi Paul dalam pengubahsuaiannya ke atas agama Jesus, sila baca

    Mohammed A Prophesy

    Fulfilled yang ditulis oleh A. Abdul Al-Dahir. Anda juga digalakkan membaca Islam and

    Christianity in the Modern World oleh Dr Muhammad Ansari, Bible Myths and Their Parallels in

    Other Religions oleh T.W. Doane, dan The History of Christianity in the Light of Modern

    Knowledge; a collective work yang diterbitkan oleh Blackie & Son Limited, 1929.

    Adakah perkara-perkara ini seperti biasa didengar? Tidakkah menakjubkan bahawa rukun-

    rukun baru

    Paul yang diajarkannya kepada golongan penyembah berhala bukan Yahudi mirip kepada

    kepercayaan asal mereka selepas tiga abad, atau adakah Tuhan sengaja membentuk agamanyasupaya mirip kepada agama golongan penyembah berhala bukan Yahudi selepas pemergian

  • 7/25/2019 Sejarah Asal Usul Kristian

    11/18

    Jesus (a.s.)? Ingati semula kata-kata Paul:

    Aku dibenarkan melakukan segala sesuatu, tetapi aku tidak akan membiarkan sesuatu pun

    memperhambakan aku 1 Korintus 6:12

    Ketika aku mengkhabarkan berita baik kepada orang yang mentaati Taurat Musa, aku berlaku

    seperti orang yang terikat kepada Taurat, walaupun sebenarnya aku tidak terikat kepada Taurat.

    Aku melakukannya supaya aku dapat memimpin mereka menjadi pengikut Kristus. Ketika aku

    mengkhabarkan berita baik kepada orang bukan Yahudi, aku berlaku seperti orang bukan

    Yahudi, yang tidak terikat kepada Taurat orang Yahudi... Oleh itu aku menyesuaikan diri dengan

    keadaan semua orang, supaya dengan segala cara aku dapat menyelamatkan beberapa orang

    daripada mereka.

    1 Korintus 9:20-22

    Walaupun Triniti dirumuskan oleh Majlis Nicea, konsep Jesus adalah Tuhan, atau

    penjelmaan tidak dirumuskan sehinggalah selepas persidangan di Efesus pada tahun 431, dan

    selepas persidangan di Chalcedone pada tahun 451:

    ... Gereja Katolik berada pada kedudukan yang genting, di mana mereka tidak mungkin

    mengalah tetapi pada masa yang sama sukar untuk bertahan, bimbang akan kejatuhan;

    fahaman mereka yang berbagaibagai disulitkan lagi oleh teologi mereka yang menghairankan.

    Mereka teragak-agak untuk mengisytiharkan bahawa Tuhan sendiri, orang kedua yang setaradan sama penting dalam triniti telah dimanisfestasi sebagai manusia; bahawa tuhan yang

    memenuhi alam ini dikandung di dalam rahim Maryam; bahawa kewujudan abadinya dihadkan

    oleh bilangan hari, bulan dan tahun - dalam masa kewujudan manusia; bahawa Yang Maha

    Perkasa telah diseksa dan disalib; bahawa sifatNya telah mengalami kesakitan; bahawa

    kewujudanNya tidak terkecuali daripada kejahilan; dan bahawa sumber kehidupan mati di

    Gunung Cavary. Akibat yang membimbangkan ini disahkan tanpa segan silu oleh Apollinans,

    Biskop Laodicia, salah seorang pemimpin gereja.

    Decline and Fall of the Roman Empire, VI, Gibbon, m.s. 10.

    Di bawah tajuk penjelmaan, Groliers Encyclopedia mengatakan:

    Penjelmaan bermaksud penjelmaan tuhan dalam bentuk manusia. Ide ini kerap timbul dalam

    mitos. Pada zaman purba, orang tertentu, terutamanya raja-raja dan paderi-paderi, kerap kali

    dianggap sebagai tuhan. Dalam agama Hindu, Vishnu dipercayai telah melalui sembilan

    penjelmaan, atau Avatar. Dalam agama Kristian, penjelmaan adalah dogma utama yang merujuk

    kepada kepercayaan bahawa anak Tuhan yang abadi, orang kedua dalam Triniti, menjadi

    manusia dalam bentuk Jesus Kristus. Penjelmaan ditakrifkan sebagai doktrin hanya setelahbanyak kesulitan dilalui oleh gereja awal. Majlis Nicea (325) menakrifkan ketuhanan Kristus yang

  • 7/25/2019 Sejarah Asal Usul Kristian

    12/18

    bertentangan dengan kepercayaan Arian; Majlis Konstantinopal (381) menakrifkan kemanusiaan

    penuh penjelmaan Kristus yang bertentangan degan kepercayaan Apollinarianism; Majlis Efesus

    (431) menakrifkan kesatuan Kristus yang bertentangan dengan kepercayaan Nestorianism; dan

    Majlis Chalcedon (452) menakrifkan dua sifat Kristus, iaitu tuhan dan manusia, yang

    bertentangan dengan kepercayaan Eutyches..

    Perhatikan bahawa Gereja mengambil masa hampir lima ratus tahun selepas pemergian Jesus

    untuk membina, menjelaskan dan akhirnya meratifikasi penjelmaan. Perhatikan juga bahawa

    para hawari, anak-anak mereka, dan cucu-cucu mereka untuk tempoh yang melibatkan puluhan

    generasi terlalu jahil untuk nampak kewujudan penjelmaan. Pengikut-pengikut Jesus (a.s.) yang

    pertama terlalu jahil untuk menyedari kebenaran ini. (Untuk perbincangan lanjut topik ini, sila

    baca bahagian 5.11). Bukanlah perkara yang menghairankan bahawa doktrin penjelmaan tidak

    disebut di dalam Perjanjian Baru. Sekali lagi, ayat yang mengesahkan dakwaan ini, iaitu 1

    Timothy 3:16, dikenal pasti sebagai suatu pemalsuan ke atas Jesus (a.s.) enam abad selepas

    pemergiannya. Merujuk kepada ayat ini, Sir Isaac Newton berkata:

    Sepanjang masa kontroversi Arian yang berlarutan dan panas, ia tidak menjadi perkara yang

    dibahaskan... mereka yang membaca Tuhan dijelmakan dalam bentuk manusia berpendapat ia

    adalah

    salah satu teks yang jelas dan bersangkutan dengan hal tersebut.

    Jesus, Prophet of Islam, Muhammad Ata Ur-Rahim, m.s. 157

    Ungkapan yang keras ini mungkin dijustifikasikan oleh bahasa yang digunakan oleh St. Paul

    (ITIM. 3.16), tetapi kita telah tertipu oleh Bible moden. Perkataan o (yang mana) telah diubah

    kepada theos (Tuhan) di Konstantinopal pada permulaan abad keenam: bacaan sebenar yang

    dapat di lihat di dalam versi bahasa Latin dan bahasa Siria masih wujud dalam pemikiran Greek

    dan juga bapa-bapa Latin; dan penipuan ini, serta penipuan mengenai tiga saksi oleh St.

    Yohanes, telah dikesan oleh Sir Isaac Newton.

    Decline and Fall of the Roman Empire, VI, Gibbon, m.s. 10

    Perhatikan bagaimana tidak lama selepas penjelmaan diterima secara rasmi, telah dipastikan

    bahawa

    Bible perlu dibetulkan dan diperjelas supaya pembaca dapat melihat penjelmaan dengan

    jelas. Apa yang perlu dilakukan ialah mengubah satu perkataan. Maka 1 Timothy 3:16 diubah:

    Sebelum ilham pembetulan pada abad keenam:

    Tidak seorang pun dapat menafikan betapa mulianya rahsia kepercayaan kita: yang

    menampakkan diri dengan rupa manusia, dan dinyatakan benar oleh Roh Allah, serta dilihat oleh

    para malaikat. Diadiisytiharkan antara bangsa-bangsa, dan dia dipercayai di seluruh dunia, dan telah diangkat ke

  • 7/25/2019 Sejarah Asal Usul Kristian

    13/18

    syurga.

    kepada (selepas pembetulan pada abad keenam):

    Tidak seorang pun dapat menafikan betapa mulianya rahsia kepercayaan kita: Tuhan

    menampakkan

    diri dengan rupa manusia, dan dinyatakan benar oleh Roh Allah, serta dilihat oleh para malaikat.

    Dia

    diisytiharkan antara bangsa-bangsa, dan dia dipercayai di seluruh dunia, dan telah diangkat ke

    syurga

    Mujurlah versi Bible yang terkini dan yang lebih jujur seperti Revised Version Standard (RSV) kini

    telah membuang pengubahsuaian tersebut. Masih banyak yang boleh dilakukan, tetapi ini adalah

    permulaannya. Malahan cuti Easter adalah bidaah daripada penyembahan berhala yang tidak

    diamalkan oleh Jesus (a.s.) dan para hawarinya. Nama Easter diterbitkan daripada pesta musim

    bunga penyembah berhala untuk dewi Anglo-Saxon yang dikenali sebagi Eostre (Eastre, Ishtar,

    Astarte), dan bulan April dikhaskan untuk dewi ini. Banyak amalan yang dilakukan semasa

    Easter seperti mewarnakan telur Easter (yang mewakili sinar mentari musim bunga semasa

    pesta tersebut) dan arnab Easter (simbol kesuburan), berasal daripada amalan penyembahan

    berhala. Pesta ini diraikan semasa ekuinoks musim bunga (21 Mac), seperti masa Easter

    Kristian. Ia diraikan untuk mengingati musim bunga dan kemunculan semula matahari. Sekali

    lagi, Jesus (a.s.), Anak, memperolehi semula kekuatannya dan hidup kembali pada masa yangsama.

    Selepas Majlis Nicea pada 325 Masihi,, pengumuman berikut telah dibuat dengan bangganya:

    Kami juga menyampaikan berita gembira mengenai persetujuan tidak berbelah bahagi semua

    pihak mengenai perayaan pesta Easter; sebarang perbezaan telah diselesaikan dengan bantuan

    doa anda; supaya semua saudara dari timur yang sebelum ini merayakan pesta ini pada masa

    yang sama seperti bangsa Yahudi, akan menurut amalan bangsa Rom dan untuk semua yang

    telah merayakan Easter.

    Terdapat banyak contoh-contoh bagaimana setelah Gereja Trinitari menerima sokongan

    Empayar Rom,

    agama Jesus (a.s.) secara beransur-ansur telah diubah suai sehingga ajaran asal Jesus (a.s.)

    telah hampir hilang sama sekali. Contohnya, kita dapati:

    Tidak terdapat langsung sebarang perintah yang jelas di dalam Perjanjian Baru bahawa

    perkahwinanmestilah monogami atau sebarang perintah yang jelas melarang poligami. Polygamy

  • 7/25/2019 Sejarah Asal Usul Kristian

    14/18

    Reconsidered: African Plural Marriage and the Christian Churches,

    Eugene Hillman, Orbis Book, 1975, m.s. 140

    Jesus tidak pernah menegah poligami di dalam PB walaupun ia diamalkan oleh masyarakatnya.

    Father

    Hillman mengemukakan fakta bahawa Gereja Rom mengharamkan poligami supaya selari

    dengan budaya Greco-Roman (yang membenarkan hanya seorang isteri yang sah, tetapi

    membenarkan gundik dan pelacuran). Beliau memetik St. Augustine:

    Sesungguhnya pada zaman kita, dan untuk menurut budaya Rom, kita tidak lagi dibenarkan

    mempunyai lebih daripada seorang isteri.

    Gereja-gereja Afrika dan penganut Kristian berbangsa Afrika kerap kali mengingatkan saudara

    mereka

    di Eropah bahawa pengharaman poligami oleh Gereja adalah budaya dan bukannya perintah

    agama. Bagaimanapun, pada zaman ini amat sukar ditemui sesiapa yang menyedari hakikat ini,

    dan apabila mereka mengutuk budaya lain yang mengamalkan poligami, mereka melakukannya

    dengan keras serta menggunakan nama Kristus tanpa mengetahui bahawa Kristus tidak tahu

    menahu langsung akan sikap Kristian masa kini terhadap amalan ini. Ini adalah hasil daripada

    sikap tolak-ansur dengan penyembah berhala Rom. Untuk perbincangan lanjut topik ini, saya

    mencadangkan buku Women in Islam Versus Women in the Judeo-Christian

    Tradition: The Myth and the Reality oleh Dr. Sherif Abdel Azeem.

    Undang-undang menjamin hak isteri-isteri, tidak kira sama ada mereka bebas atau abdi; dan

    menurut

    tafsiran Rabai ke atas Lev 2113, paderi tinggi tidak dibenarkan beristeri lebih daripada satu...

    Kel. 2110

    membenarkan tanggungjawab perkahwinan diserahkan kepada isteri pertama walaupun beliau

    adalah gundik yang dibeli... Perbezaan di antara gundik dan isteri bergantung kepada kedudukan

    isteri yang

    lebih tinggi dan kelahiran anak, biasanya disokong oleh saudara mara yang bersedia untuk

    membelanya... isteri-isteri adalah sebahagian daripada harta seorang lelaki dan dalam kes-kes

    tertentu

    diwarisi oleh waris-warisnya, dengan syarat bahawa seseorang tidak boleh mewarisi ibu

    kandungnya. Adat ini berterusan di Arab sehinggalah dilarang oleh Koran (bab iv)

    Dictionary of the Bible , James Hastings, Scribners, m.s. 626

    Untuk mengetahui lebih lanjut lagi pengaruh adat penyembah berhala ke atas agama Kristian

    hari ini, sila baca buku Islam and Christianity in the Modern World oleh Dr Muhammad Ansaridan Bible myths and their parallels in other religions oleh T.W. Doane.

  • 7/25/2019 Sejarah Asal Usul Kristian

    15/18

    Seperti yang telah dikatakan sebelum ini, para penganut Kristian awal adalah Yahudi yang alim.

    Pengikut-pengikut Jesus yang awal (termasuk para hawari) mengikuti agama yang sama yang

    diikuti oleh Musa (a.s.) dan pengikut-pengikutnya beberapa abad sebelum mereka. Mereka tidak

    tahu menahu akan rukun baru atau pemansuhan rukun-rukun Musa (a.s.). Mereka telah diajar

    oleh Jesus (a.s.) bahawa agamanya adalah pengesahan dan kesinambungan agama bangsa

    Yahudi.

    Lima belas biskop pertama di Jerusalam adalah berbangsa Yahudi dan mereka disunatkan; dan

    ibadat

    mereka menyatukan Undang-undang Musa dan Doktrin Kristus

    Decline and Fall of the Roman Empire, II, Gibbons, m.s. 119

    Seperti mana yang telah dilihat di bahagian-bahagian sebelum ini, sesungguhnya hakikat ini

    disahkan di

    dalam Bible di mana kita dimaklumkan bahawa selepas pemergian Jesus, pengikut-pengikutnya

    yang taat terus menghadirkan diri di Rumah Tuhan (saumaah Yahudi yang paling suci) untuk

    mengamalkan agama Musa.

    Tiap-tiap hari mereka berkumpul di rumah Tuhan, dan mereka makan bersama di rumah mereka

    dengan sukacita dan rendah hati. Kisah Rasul-rasul 2:46

    Juga ingat semula kata-kata Profesor Robert Alley:

    ... Petikan-petikan (Bible) di mana Jesus berbicara mengenai Anak Tuhan adalah penambahan

    terkemudian... apa yang gereja katakan mengenai beliau. Mendakwa dirinya tuhan adalah tidak

    konsisten dengan keseluruhan cara hidupnya yang dapat kita bina semula. Selama tiga dekad

    pertama selepas kematian Jesus, agama Kristian terus wujud sebagai satu mazhab di dalam

    Judaisma. Selama tiga dekad pertama, kewujudan gereja adalah di dalam saumaah. Hal ini tidak

    mungkin berlaku jika mereka (pengikut-pengikut Jesus) telah mengisytiharkan ketuhanan Jesus

    secara lantang

    Hal ini juga tidak mungkin berlaku jika mereka telah membatalkan dan memusnahkan undang-

    undang

    Musa, seperti yang dilakukan oleh Paul. Toland berkata:

    Kita telah tahu ke tahap mana penyamaran dan sifat mudah percaya adalah seiring pada zaman

    primitif Gereja Kristian, yang mana kedua-duanya bersedia untuk memalsukan buku-buku.

    Kedurjanaan ini kemudiannya meningkat apabila hanya golongan rahiblah satu-satunyagolongan yang mentranskripsi buku-buku dan mereka sahajalah yang menjadi penyimpan

  • 7/25/2019 Sejarah Asal Usul Kristian

    16/18

    semua buku-buku tersebut, sama ada yang baik atau yang buruk. Dan setelah masa berlalu,

    hampir mustahil untuk membezakan di antara sejarah dan dongeng; apa yang benar dan apa

    yang silap mengenai sejarah Kristian. Bagaimanakah pengikut-pengikut para hawa ri dapat

    begitu sekali membingungkan ajaran-ajaran guruguru mereka sehinggakan ajaran-ajaran palsu

    disandarkan kepada mereka? Atau jika mereka jahil mengenai perkara-perkara ini sejak awal

    lagi, maka bagaimanakah mungkin pengikut-pengikut mereka pula dapat lebih memahaminya?

    Dan perhatikan bagaimana buku-buku Apokrifa diletakkan setaraf dengan buku-buku kanonikal

    oleh Bapa-bapa, dan buku-buku yang pada mulanya dipetik sebagai Kitab

    Suci kini tidak dibenarkan oleh mereka. Saya mengutarakan dua soalan berik ut: Mengapakah

    bukubuku tulen oleh Clement dari Alexander, Origen, Tertulian dan pengarang-pengarang lain

    tidak dianggap sebagai sama sahih? Dan mengapakah penekanan harus diberikan kepada

    Bapa-bapa yang

    tidak hanya bercanggah di antara satu sama lain te tapi mereka sendiri kerap kali tidak konsisten

    dalam mengetengahkan fakta -fakta? (Penekanan ditambah)

    The Nazarenes, John Toland, m.s. 73 (Dari: "Jesus Prophet of Islam)

    Jesus sendiri telah meramalkan situasi yang menyedihkan ini:

    Mereka akan melarang kamu masuk ke saumaah. Akan tiba masanya sesiapa yang membunuh

    kamu menyangka bahawa dengan perbuatan itu dia mengabdi kepada Allah. Mereka akan

    melakukan perkara-perkara ini terhadap kamu, kerana mereka belum mengenal Bapa atau pun

    aku. Tetapi sekarang aku sudah mengatakan semuanya ini kepada kamu, supaya kamu akaningat bahawa aku sudah memberitahu kamu. Yohanes 16:2-4

    Berjaga-jagalah, kerana ada orang yang akan menangkap kamu dan membawa kamu ke

    mahkamah,

    dan kamu akan disesah di saumaah mereka. Kamu akan diadili di hadapan penguasa dan raja

    kerana kamu pengikutku, sebagai testimoni kepada mereka dan kepada bangsa bukan Yahudi

    (RSV) Matius 10:17-18

    Mengapakah orang ramai pada abad-abad seterusnya tidak menentang dan mengembalikan

    semula ajaran asal Jesus (a.s.)? Kerana Bible dijadikan hal milik golongan tertentu sahaja.

    Orang lain tidak dibenarkan membacanya dan tidak dibenarkan menterjemahkannya ke bahasa

    lain. Apabila golongan ini berkuasa pada zaman yang di Barat dikenali sebagai Zaman Gelap

    (generasi sekarang lebih suka memanggilnya Zaman Pertengahan), Bible dikumpulkan oleh

    mereka ini dan mereka mendakwa mereka sahajalah yang dapat memahami ajaran-ajarannya.

    Terjemahan bahasa Inggeris pertama yang diperakukan dilakukan oleh Encik William Tyndale,

    seorang yang dianggap sebagai pakar bahasa Ibrani dan bahasa Greek. Bible King James

    adalah berasaskan Bible ini. Beliau telah dibuang negeri pada tahun 1524, dan kemudiannyadikutuk dan dibakar sampai mati sebagai seorang yang sesat pada bulan Oktober 1536

  • 7/25/2019 Sejarah Asal Usul Kristian

    17/18

    disebabkan perbuatannya yang jahat dan munkar kerana berani menterjemah Bible ke dalam

    bahasa Inggeris29. Dengan bermulanya pemerintahan gereja, bermulalah Pasitan. Pasitan

    adalah mahkamah gereja pada zaman pertengahan yang berusaha mengenal pasti dan

    mendakwa mereka yang sesat. Prosedurnya amat zalim, Pasitan dipertahankan dengan merujuk

    kepada amalan-amalan biblikal dan kepada bapa gereja, iaitu Saint Augustine (354-430 Masihi)

    yang merupakan tokoh gereja yang terkenal, yang telah menafsirkan Lukas 14:23 sebagai

    membenarkan penggunaan paksaan ke atas mereka yang sesat untuk mengembalikan mereka

    ke jalan yang benar. Tom Harpur berkata:

    Kekejaman Perang Salib dan Pasitan adalah sebahagian daripada kisah tragis ini.

    Tetapi, apakah tidak ada di kalangan mereka yang memiliki Bible yang mendedahkan penipuan

    yang berlaku. Memang ada. Malangnya, mereka dibunuh atau diseksa sehingga mereka

    mengubah pandangan mereka. Buku-buku tulisan mereka juga dibakar. Sebagai contoh, Isaac

    de la Peyere adalah salah seorang sarjana yang menemui banyak percanggahan yang serius di

    dalam Bible dan menulis mengenainya secara terbuka. Bukunya diharamkan dan dibakar. Beliau

    ditahan dan diberitahu bahawa beliau akan dibebaskan jika beliau menarik balik pendapatnya di

    hadapan Pope. Bagi mereka yang berminat membaca buku-buku sejarah, mereka akan temui

    banyak contoh-contoh seperti ini.

    Kempen gereja Trinitari membunuh dan menyeksa semua penganut Kristian yang enggan

    bertolak-ansurdengan kepercayaan mereka berterusan selama beberapa abad selepas Triniti dicipta pada

    tahun 325 Masihi. Ramai sarjana-sarjana dan pemimpin-pemimpin Kristian Unitari yang dikutuk,

    diseksa dan dibakar hidup-hidup. Di antara mereka ini ialah Origen (185-254 Masihi), Lician

    (meninggal pada tahun 312 Masihi), Arius (250-336 Masihi), Michael Servetus (1511-1553

    Masihi), Francis David (1510-1579 Masihi), Lelio Francesco Sozini (1525-1562 Masihi), Fausto

    Paolo Sozini (1539-1604 Masihi), John Biddle (1615-1662 Masihi), dan sebagainya.

    Kutukan yang meluas terhadap orang perseorangan sahaja tidak mencukupi, maka seluruh

    negara dikutuk dan dibunuh. Satu contoh adalah dekri Suci pada 15 Februari, 568 yang

    mengutuk semua penduduk Belanda dan menghukum bunuh mereka sebagai sesat. Tiga juta

    lelaki, wanita dan kanak-kanak dihukum bunuh oleh gereja Trinitari. Mengapakah tiada sesiapa

    yang menjeritkan Holocaust untuk mereka yang malang ini?

    Pada 15 Februari, 1568, fatwa Holly Office menghukum bunuh semua penduduk Belanda atas

    kesalahan sesat. Hanya beberapa orang yang dipilih sahaja yang terselamat. Pengisytiharan

    oleh raja

    Sepanyol, Raja Philip II, sepuluh hari kemudian, mengesahkan dekri Pasitan ini, dan menitahkansupaya hukuman dijalankan dengan segera... Tiga juta orang, lelaki, wanita dan kanak -kanak di

  • 7/25/2019 Sejarah Asal Usul Kristian

    18/18

    hukum bunuh dalam tiga barisan. Berdasarkan dekri baru ini, tiada sesiapa yang dikecualikan.

    Golongan atasan dan bawahan diseret ke tempat hukuman setiap hari, setiap jam. Alva, di dalam

    satu suratnya kepada Philip II dengan tenang menganggarkan jumlah mereka yang akan

    dihukum sebaik sahaja Minggu Suci tamat adalah lapan ratus orang.

    Rise of the Dutch Republic, John Lothrop Motly

    Toland mengajukan soalan berikut di dalam bukunya The Nazarene:

    Oleh kerana kaum Nasaret dan Ebonit (Kristian Unitari) telah diakui oleh ahli-ahli sejarah Gereja

    sebagai penganut Kristian yang pertama, atau mereka yang beriman dengan Kristus dari

    kalangan bangsa Yahudi yang merupakan bangsanya sendiri; beliau hidup dan mati di kalangan

    mereka, mereka menyaksikan amalan-amalannya, dan mereka adalah hawari-hawarinya, maka

    bagaimanakah mungkin mereka ini adalah golongan pertama yang dikatakan sesat (daripada

    golongan-golongan sesat yang lain), bagaimanakah mungkin mereka salah faham akan doktrin

    dan matlamat Jesus? Bagaimana pula kaum bukan Yahudi yang beriman dengannya selepas

    kematiannya melalui pendakwahan orang-orang yang tidak pernah mengenalinya lebih

    memahami ajaran-ajarannya, dan dari manakah mereka memperolehi maklumat yang mereka

    ada jika tidak daripada golongan Yahudi yang beriman?

    Jesus, a Prophet of Islam, Muhammad Ata Ur-Rahim