2.3 ( b) huraikan perkembangan ekonomi perdagangan di tanah melayu selepas kedatangan kuasa barat...

4
2.3 ( b) Huraikan Perkembangan Ekonomi Perdagangan di Tanah Melayu selepas Kedatangan Kuasa Barat Pendahuluan Sebelum 1790-an,ekonomi Tanah Melayu adalah bercorak pertanian sara diri. Perubahan ekonomi yang pesat telah berlaku di Tanah Melayu pertengahan abad ke-19. Penekanan diberi kepada ekonomi komersial atau perdagangan. Perkembangan dapat dilihat dalam sektor pertanian niaga dan perlombongan. Isi – isi I. Faktor- faktor yang mendorong perubahan corak ekonomi Tanah Melayu. Kemasukan modal asing dan adanya modal tempatan Pelaburan modal dalam sektor perlombongan dan perladangan Tanaman-tanaman baru diselidik dan diperkenalkan Kaedah pengurusan yang lebih teratur dan berkesan Kemasukan tenaga buruh secara besar-besaran dari Negara China dan India untuk bekerja di lombong bijih timah dan ladang getah Sistem pengangkutan dan perhubungan seperti jalan raya, jalan kereta api dan kapal wap yang pantas dan cekap diperkembangkan Kesatabilan politik serta keamanan di NNM- Hasilnya, kegiatan ekonomi Tanah Melayu dapat dihubungkan dan disepadukan dengan sistem ekonomi antarabangsa Terdapat beberapa faktor luar yang turut mendorong perubahan corak ekonomi di Tanah Melayu. Antaranya ialah: a) perindustrian di negara-negara Barat yang memerlukan bahan mentah diperkembangkan

Transcript of 2.3 ( b) huraikan perkembangan ekonomi perdagangan di tanah melayu selepas kedatangan kuasa barat...

Page 1: 2.3 ( b) huraikan perkembangan ekonomi perdagangan di tanah melayu selepas kedatangan kuasa barat {SEJARAH STPM PENGGAL 3}

2.3 ( b) Huraikan Perkembangan Ekonomi Perdagangan di Tanah Melayu selepas

Kedatangan Kuasa Barat

Pendahuluan

Sebelum 1790-an,ekonomi Tanah Melayu adalah bercorak pertanian sara diri. Perubahan ekonomi yang pesat telah berlaku di Tanah Melayu pertengahan abad ke-19. Penekanan diberi kepada ekonomi komersial atau perdagangan. Perkembangan dapat dilihat dalam sektor pertanian niaga dan perlombongan.

Isi – isi

I. Faktor- faktor yang mendorong perubahan corak ekonomi Tanah Melayu.

Kemasukan modal asing dan adanya modal tempatan Pelaburan modal dalam sektor perlombongan dan perladangan Tanaman-tanaman baru diselidik dan diperkenalkan Kaedah pengurusan yang lebih teratur dan berkesan Kemasukan tenaga buruh secara besar-besaran dari Negara China

dan India untuk bekerja di lombong bijih timah dan ladang getah Sistem pengangkutan dan perhubungan seperti jalan raya, jalan

kereta api dan kapal wap yang pantas dan cekap diperkembangkan Kesatabilan politik serta keamanan di NNM- Hasilnya, kegiatan

ekonomi Tanah Melayu dapat dihubungkan dan disepadukan dengan sistem ekonomi antarabangsa

Terdapat beberapa faktor luar yang turut mendorong perubahan corak ekonomi di Tanah Melayu. Antaranya ialah:

a) perindustrian di negara-negara Barat yang memerlukan bahan mentah diperkembangkan

b) pasaran diperlukan oleh negara Barat untuk hasil keluaran kilang mereka.

c) penggunaan kapal wap telah mengurangkan masa pelayarand) 1869 , pembukaan Terusan Suez telah memendekkan jarak dan

masa pelayaran Perkembangan ini telah menjadikan Tanah Melayu sebagai tumpuan

Negara-negara perindustrian yang lain kerana kaya dengan sumber bahan mentah

Page 2: 2.3 ( b) huraikan perkembangan ekonomi perdagangan di tanah melayu selepas kedatangan kuasa barat {SEJARAH STPM PENGGAL 3}

Sultan dan pembesar Melayu peka terhadap peluang ekonomi yang terbuka kepada negara kita dan bersedia menerima pengaruh luar dan penggunaan teknologi moden

Pihak British didorong dengan peluang ini untuk mengukuhkan pengaruhnya di negeri Melayu yang kaya dengan sumber bahan mentah

British telah mengukuhkan pengaruhnya dengan mencadangkan pengenalan sistem pentadbiran dan perundangan berasaskan sistem Barat , contohnya sistem pemilikan tanah di negeri Melayu

Pihak British menumpukan kegiatan terhadap ekonomi berorientasikan eksport seperti pelombongan bijih timah dan perladangan getah

Ekonomi sara diri telah diketepikan Wujudnya sistem dwiekonomi di Tanah Melayu sejak pertengahan

abad ke-19

a) Kegiatan ekonomi yang berorientasikan eksportb) Kegiatan ekonomi yang berbentuk sara diri

II. Ekonomi perdaganganᴥ Merupakan ekonomi moden yang menghasilkan barang-barang

untuk jualan dan eksport

ᴥ Kegiatan ekonomi perdagangan yang utama ialah perlombongan

dan pertanian dagangan

III. PerlombonganR Sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi perlombongan

dijalankan di Tanah Melayu,Sabah dan Sarawak

R Bijih timah,emas,arang batu,bijih besi,bauksit,antimony dan petroleum merupakan bahan galian yang penting

a) Emas Sejak zaman dahulu lagi emas dilombong di Tanah Melayu

Emas telah dilombong secara komersial di Raub,Pahang akir abad ke-19

Page 3: 2.3 ( b) huraikan perkembangan ekonomi perdagangan di tanah melayu selepas kedatangan kuasa barat {SEJARAH STPM PENGGAL 3}

1960-an,perlombongan emas terpaksa diberhentikan kerana simpanan emas telah berkurangan

Di Sarawak,orang Cina melombong emas di Baud an kemudiannya oleh Syarikat Borneo milik British

1921,pelombongan emas terpaksa diberhentikan akibat peningkatan kos pengeluaran

Di Sabah,org Cina melombong emas di Sungai Segama dengan kaedah mendulang

b) Arang batu Lombong arang batu di Silimpopon,Sabah merupalan kawasan

arang batu yang penting di Asia Tenggara awal abad ke - 20 Perlombongan dijalankan dari 1906 – 1950-an Di Tanah Melyu,arang batu dilombong di Batu Arang,Selangor dan

lombon Jabatan Kereta Api Tanah Melayu Di Sarawak,kerajaan Brooke melombong arang batu di Sadong

c) Antimoni Merupakan bahan galian eksport Sarawak yang penting Sarawak telah membekalkan antimoni ke Negara – Negara Eropah

pada abad ke-19

d) Bijih besi Awal abad ke- 20,bahan galian yang penting di Tanah Melayu ialah

bijih besi Syarikat-syarikat Jepun melombong bijih di negeri Johor,Terengganu

dan Kelantan

e) Petroleum

Merupakan bahan galian yang penting di Sarawak Petroleum merupakan hasil pengeluaran utama di Sarawak dari

1920-an – 1950-an Petroleum telah dijumpai di Miri pada 1910. Hak diberikan kepada kumpulan Shell milikan bersama Britain dan

Belanda untuk mencari gali petroleum Penghasilan minyak mentah diproses di kilang penapis minyak Shell

di Lutong

Page 4: 2.3 ( b) huraikan perkembangan ekonomi perdagangan di tanah melayu selepas kedatangan kuasa barat {SEJARAH STPM PENGGAL 3}

Perusahaan menapis petroleum telah menjadi perusahaan perkilangan yang penting di Sarawak hingga kini

Penutup

Perkembangan ekonomi berdasarkan faktor-faktor yang mendorong perubahan corak ekonomi Tanah Melayu. Ekonomi perdagangan merupakan ekonomi moden yang menghasilkan barang-barang bagi jualan dan eksport di mana kegiatan utama adalah perlombongan. Bahan galian yang penting ialah bijih timah, emas, arang batu,bijih besi ,bauksit ,antimoni dan petroleum.