2.3 ( b) Huraikan Perkembangan Ekonomi Perdagangan di Tanah Melayu selepas
Kedatangan Kuasa Barat
Pendahuluan
Sebelum 1790-an,ekonomi Tanah Melayu adalah bercorak pertanian sara diri. Perubahan ekonomi yang pesat telah berlaku di Tanah Melayu pertengahan abad ke-19. Penekanan diberi kepada ekonomi komersial atau perdagangan. Perkembangan dapat dilihat dalam sektor pertanian niaga dan perlombongan.
Isi – isi
I. Faktor- faktor yang mendorong perubahan corak ekonomi Tanah Melayu.
Kemasukan modal asing dan adanya modal tempatan Pelaburan modal dalam sektor perlombongan dan perladangan Tanaman-tanaman baru diselidik dan diperkenalkan Kaedah pengurusan yang lebih teratur dan berkesan Kemasukan tenaga buruh secara besar-besaran dari Negara China
dan India untuk bekerja di lombong bijih timah dan ladang getah Sistem pengangkutan dan perhubungan seperti jalan raya, jalan
kereta api dan kapal wap yang pantas dan cekap diperkembangkan Kesatabilan politik serta keamanan di NNM- Hasilnya, kegiatan
ekonomi Tanah Melayu dapat dihubungkan dan disepadukan dengan sistem ekonomi antarabangsa
Terdapat beberapa faktor luar yang turut mendorong perubahan corak ekonomi di Tanah Melayu. Antaranya ialah:
a) perindustrian di negara-negara Barat yang memerlukan bahan mentah diperkembangkan
b) pasaran diperlukan oleh negara Barat untuk hasil keluaran kilang mereka.
c) penggunaan kapal wap telah mengurangkan masa pelayarand) 1869 , pembukaan Terusan Suez telah memendekkan jarak dan
masa pelayaran Perkembangan ini telah menjadikan Tanah Melayu sebagai tumpuan
Negara-negara perindustrian yang lain kerana kaya dengan sumber bahan mentah
Sultan dan pembesar Melayu peka terhadap peluang ekonomi yang terbuka kepada negara kita dan bersedia menerima pengaruh luar dan penggunaan teknologi moden
Pihak British didorong dengan peluang ini untuk mengukuhkan pengaruhnya di negeri Melayu yang kaya dengan sumber bahan mentah
British telah mengukuhkan pengaruhnya dengan mencadangkan pengenalan sistem pentadbiran dan perundangan berasaskan sistem Barat , contohnya sistem pemilikan tanah di negeri Melayu
Pihak British menumpukan kegiatan terhadap ekonomi berorientasikan eksport seperti pelombongan bijih timah dan perladangan getah
Ekonomi sara diri telah diketepikan Wujudnya sistem dwiekonomi di Tanah Melayu sejak pertengahan
abad ke-19
a) Kegiatan ekonomi yang berorientasikan eksportb) Kegiatan ekonomi yang berbentuk sara diri
II. Ekonomi perdaganganᴥ Merupakan ekonomi moden yang menghasilkan barang-barang
untuk jualan dan eksport
ᴥ Kegiatan ekonomi perdagangan yang utama ialah perlombongan
dan pertanian dagangan
III. PerlombonganR Sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi perlombongan
dijalankan di Tanah Melayu,Sabah dan Sarawak
R Bijih timah,emas,arang batu,bijih besi,bauksit,antimony dan petroleum merupakan bahan galian yang penting
a) Emas Sejak zaman dahulu lagi emas dilombong di Tanah Melayu
Emas telah dilombong secara komersial di Raub,Pahang akir abad ke-19
1960-an,perlombongan emas terpaksa diberhentikan kerana simpanan emas telah berkurangan
Di Sarawak,orang Cina melombong emas di Baud an kemudiannya oleh Syarikat Borneo milik British
1921,pelombongan emas terpaksa diberhentikan akibat peningkatan kos pengeluaran
Di Sabah,org Cina melombong emas di Sungai Segama dengan kaedah mendulang
b) Arang batu Lombong arang batu di Silimpopon,Sabah merupalan kawasan
arang batu yang penting di Asia Tenggara awal abad ke - 20 Perlombongan dijalankan dari 1906 – 1950-an Di Tanah Melyu,arang batu dilombong di Batu Arang,Selangor dan
lombon Jabatan Kereta Api Tanah Melayu Di Sarawak,kerajaan Brooke melombong arang batu di Sadong
c) Antimoni Merupakan bahan galian eksport Sarawak yang penting Sarawak telah membekalkan antimoni ke Negara – Negara Eropah
pada abad ke-19
d) Bijih besi Awal abad ke- 20,bahan galian yang penting di Tanah Melayu ialah
bijih besi Syarikat-syarikat Jepun melombong bijih di negeri Johor,Terengganu
dan Kelantan
e) Petroleum
Merupakan bahan galian yang penting di Sarawak Petroleum merupakan hasil pengeluaran utama di Sarawak dari
1920-an – 1950-an Petroleum telah dijumpai di Miri pada 1910. Hak diberikan kepada kumpulan Shell milikan bersama Britain dan
Belanda untuk mencari gali petroleum Penghasilan minyak mentah diproses di kilang penapis minyak Shell
di Lutong
Perusahaan menapis petroleum telah menjadi perusahaan perkilangan yang penting di Sarawak hingga kini
Penutup
Perkembangan ekonomi berdasarkan faktor-faktor yang mendorong perubahan corak ekonomi Tanah Melayu. Ekonomi perdagangan merupakan ekonomi moden yang menghasilkan barang-barang bagi jualan dan eksport di mana kegiatan utama adalah perlombongan. Bahan galian yang penting ialah bijih timah, emas, arang batu,bijih besi ,bauksit ,antimoni dan petroleum.