232595152-Set 1 Soalan BMM 3114

8
BMM 3142 (20 MEI 2014) SUBJEKTIF 1. Budaya boleh dibahagikan kepada dua iaitu budaya material dan budaya bukan material. a. i. Budaya material – meliputi bahan2 fizikal kebudayaan serta cara-cara penggunaannya -contohnya, orang Melayu mempunyai rumah yang berbeza dengan orang Inggeris ++ ii. Budaya bukan material -kepercayaan, adat istiadat dan undang-undang. -contohnya, orang Melayu; lelaki yang bagi hantaran. Orang India; wanita yg bagi hantaran (dowry) b. Masyarakat mempunyai ciri-ciri budayanya yang tersendiri. Salah satu ciri budaya tersebut ialah diwarisi. Situasi ini berlaku kerana wujudnya proses akomodasi. i. Maksud ciri budaya diwarisi. Budaya itu diwarisi dari satu generasi ke satu generasi berikutnya. Ini bermakna bahawa budaya Melayu, Cina dan India yang diamalkan hari ini adalah lanjutan daripada budaya terdahulu. Budaya diwarisi juga membawa maksud bersambung. Teknologi yang dihasilkan hari ini adalah hasil teknologi awal manusia masa lampau ii. Bincangkan maksud asimilasi. Asimilasi merupakan satu proses percantuman dan penyatuan antara kumpulan etnik berlainan budaya sehingga membentuk satu kelompok dengan kebudayaan dan identiti yang sama. 2. Dalam keluarga asas masyarakat Melayu tradisional, setiap individu mempunyai peranan masing-masing. 1 A + B + C = A A mewakili golongan dominan, B dan C mewakili

description

soalan

Transcript of 232595152-Set 1 Soalan BMM 3114

Page 1: 232595152-Set 1 Soalan BMM 3114

BMM 3142 (20 MEI 2014)

SUBJEKTIF

1. Budaya boleh dibahagikan kepada dua iaitu budaya material dan budaya bukan material.

a. i. Budaya material – meliputi bahan2 fizikal kebudayaan serta cara-cara penggunaannya-contohnya, orang Melayu mempunyai rumah yang berbeza dengan orang Inggeris ++

ii. Budaya bukan material-kepercayaan, adat istiadat dan undang-undang.-contohnya, orang Melayu; lelaki yang bagi hantaran. Orang India; wanita yg bagi hantaran (dowry)

b. Masyarakat mempunyai ciri-ciri budayanya yang tersendiri. Salah satu ciri budaya tersebut ialah diwarisi. Situasi ini berlaku kerana wujudnya proses akomodasi.i. Maksud ciri budaya diwarisi.

Budaya itu diwarisi dari satu generasi ke satu generasi berikutnya. Ini bermakna bahawa budaya Melayu, Cina dan India yang diamalkan hari ini adalah lanjutan daripada budaya terdahulu. Budaya diwarisi juga membawa maksud bersambung. Teknologi yang dihasilkan hari ini adalah hasil teknologi awal manusia masa lampau

ii. Bincangkan maksud asimilasi.

Asimilasi merupakan satu proses percantuman dan penyatuan antara kumpulan etnik berlainan budaya sehingga membentuk satu kelompok dengan kebudayaan dan identiti yang sama.

2. Dalam keluarga asas masyarakat Melayu tradisional, setiap individu mempunyai peranan masing-masing.

a. Peranan utama yang dilakukan oleh seorang isteri dalam masyarakat Melayu tradisional.

- Menjaga anak

- Mentadbir rumah

- Menjadi hamba kepada suami

- Berkhidmat untuk suami

1

A + B + C = A

A mewakili golongan dominan, B dan C mewakili kumpulan etnik minoriti

Page 2: 232595152-Set 1 Soalan BMM 3114

BMM 3142 (20 MEI 2014)

b. Dalam system pemerintahan beraja masyarakat Melayu tradisional, terdapat beberapa jawatan yang berperanan untuk membantu raja. Nyatakan peranan pembantu-pembantu diraja berikut.

i. Penghulu-Memungut cukai-Membekalkan tenaga tentera-Mendapat tenaga buruh untuk sultan-Memastikan seluruh rakyat di kampungnya taat setia kepada sultan

ii. Ulamak

-Golongan yang dikatakan penting dalam masyarakat tradisional Melayu.

-Golongan ini merupakan golongan intelek dan alim ulam yang pakar dalam hal ehwal agama Islam.

-Pada mulanya, mereka mengajar asas agama Islam.

-Apabila Islam berkembang dengan pesat, mereka mula mengajar ilmu dalam bidang tasawwuf, tafsir, dan hadis.

-Selain itu, golongan ini juga telah dilantik oleh Sultan untuk menjadi guru, ketua agama, kadi dan bertugas menasihati Sultan dalam bidang hukum syarak.

3. Selepas kedatangan Islam dan memeluk agama tersebut, orang-orang Melayutelah mula mengamalkan adat yang berlandaskan agama Islam. Orang Melayu amat mudah menganut agama Islam dan menyesuaikannya dengan adat mereka.

a. Mengapa agama Islam mudah diterima oleh orang Melayu?i. Islam mengamalkan persamaan taraf antara manusiaii. Islam mengamalkan pemerintahan kesultanan yang melindungi hak dan

kepentingan rakyat.iii. Agama Islam menyuruh umatnya berfikir untuk menerapkan unsur-unsur

rasionalisme dalam pemikiraniv. Agama Islam memperkenalkan sistem hukum Faraid yang memudahkan

pembahagian harta.v. Agama Islam mengkehendaki manusia iaitu bersifat baik, bertimbang

rasa, amanah, rajin, bersih dan mempunyai akhlak yang tinggib. Berikan penilaian anda berkenaan permainan rakyat dalam masyarakat Melayu

tradisional.i. Permainan gasing

- Gasing merupakan sejenis permainan tradisional yang begitu popular pada suatu ketika dahulu.

2

Page 3: 232595152-Set 1 Soalan BMM 3114

BMM 3142 (20 MEI 2014)

- Kepenatan membanting tulang dalam mencari rezeki menyebabkan orang Melayu dahulu mencari alternatif untuk bergembira tanpa mengeluarkan belanja yang besar dan menggunakan bahan terbuang, iaitu kayu.

- Menjadi hiburan dan mengembangkan idea pemikiran melalui penciptaan bentuk dan teknik permainan.

- Permainan yang mampu mebentuk hubungan yang baik dalam masyarakat.

ii. Menyabung ayam- permainan utama bagi golongan di raja di rantau ini di zaman

lampau.- pertaruhan antara raja-raja di zaman dahulu dalam permainan

'menyabung ayam' ini hingga ke tahap mempertahankan negeri masing-masing.

- Merupakan satu jenis perjudian pada zaman-zaman dahulu.

4. Nilai merupakan satu prinsip anggota masyarakat untuk bertindak yang dihasilkan daripada tingkah laku manusia disamping satu pegangan yang menjadi panduan masyarakat. Dalam masyarakat Melayu terdapat beberapa nilai dalam puisi-puisi lama terutama pantun.

a. Jelaskan nilai berikut dan contoh pantun untuk memberikan maksud nilai tersebut.

i. Berbudi dan berbahasa :- Berbudi bahasa adalah satu amalan yang mulia dan harus

diamalkan oleh setiap orang di muka bumi ini. - Perihal pentingnya berbudi bahasa ini adalah untuk mewujudkan

suasana yang aman dan harmonis dalam sesebuah masyarakat itu sendiri.

- kepentingan berbudi bahasa adalah untuk memastikan seseorang itu sentiasa dipandang mulia dan memberikan persepsi yang positif kepada masyarakat sekeliling.

- Anak dara berkain cukin,Dari Daik bulan puasa;Tidak kira kaya miskin,Asalkan baik budi bahasa.

ii. Berbudi dan pemurah :- Berudi bererti bersikap berbuat baik kepada orang lain, manakala

pemurah bererti sifat membahagikan rezeki yang diperoleh kepada orang lain.

3

Page 4: 232595152-Set 1 Soalan BMM 3114

BMM 3142 (20 MEI 2014)

- Seseorang yang menerima kebaikan daripada orang lain terasa dirinya bagaikan terhutang dan perlu membalas kembali.

- Dicatat dalam puisi Melayu lama,

- contoh:a. Pulau pandan jauh ke tengah,

Gunung Daik bercabang tiga,

Hancur badan dikandung tanah,

Budi yang baik dikenang juga.

b. Mengikut kajian, masyarakat Melayu tradisi memang mahir dalam hal seni kraf tangan. Pada masa ini, hasil seni kraf tangan orang Melayu semakin maju dan berkembang serta mula mendapat tempat hingga dapat dieksport ke luar negara. Huraikan jenis-jenis seni kraf tangan orang Melayu yang memperlihatkan kebijaksanaan dan kehebatan mereka.

i. Seni tembikar :- Merupakan hasil orang melayu yang menggunakan tanah liat

yang dibakar dan digilap.- Diperbuat daripada tanah liat yang halus dan ditumbuk halu,

ditapis untuk membuang batu pasir dan halus.- Tanah liat yang siap diuli dibentuk menggunakan tangan.

- Bentuk ukiran biasanya bermotifkan sumber alam iaitu tumbuhan dan haiwan.

- Ini menunjukkan orang melayu mempunyai kepandaian di dalam kerja-kerja mengukir.

- Dalam proses mengering, tanah liat perlu dibakar dengan api yang sederhana untuk mengelak daripada pecah.

- Reka bentuknya dicipta berdasarkan fungsi sesuatu barang seperti periuk nasi, bekas air, bekas menyimpan makanan, dan lain-lain.

- Perusahaan membuat tembikar secara tradisional masih dilakukan oleh orang melayu khususnya di sayong kuala kangsar.

ii. Tenunan kain songket :- Merupakan tenunan yang paling lengkap dan cantik.

- Merupakan satu perkembangan daripada proses tenunan yang biasa.

- Merupakan lambang kehalusan seni melayu.

- Orang melayu mengenalpasti warna kain songket mengikut warna sesuatu bahan asal.

- Motif dalam reka corak songket diilhamkan oleh unsur alam semulajadi seperti gunung, ombak, daun, buah-buahan, Bungan burung dan sebagainya.

- Kain songket merupakan pakaian kaum bangsawan.

4

Page 5: 232595152-Set 1 Soalan BMM 3114

BMM 3142 (20 MEI 2014)

- Harga kain songket berasaskan kepada kehalusannya.

- Kain songket yang diusahakan secara tradisional sekarang adalah di negeri Terengganu.

ESEI

1. Jelaskan kepentingan kepada pembangunan Negara i. Seni ukir

- Seni Ukir dalam masyarakat melayu mempunyai hubungan rapat dengan hasil-hasil kerja tangan yang dicipta melalui kepandaian mengukir.

- Ciri-ciri ukiran itu dihasilkan melalui ukiran timbul, ukiran terbenam, ukiran tebuk dan ukiran timbus

- Kepentingan : i. Meningkatkan taraf ekonomi penduduk yang bekerja sebagai

pengukir.ii. Memberi peluang kepada individu tertentu untuk mempunyai

kemahiran mengukir yang mampu menjana pendapatan yang lumayan.

iii. Pendapatan yang lumayan mampu menjana pembangunan negara.

ii. Seni batik- Batik merupakan seni tekstil yang dihasilkan melalui proses menerapkan lilin

dan mencelup kain. - Pada permulaannya kain putih yang hendak diproses menjadi kain batik itu

direbus dan dikeringkan. Kemudian kain batik itu diterapkan dengan blok tembaga yang dicelupkan ke dalam lilin cair yang dipanaskan.

- Kepentingan :i. Memperkenalkan keunikan seni batik Malaysia di seluruh duniaii. Meningkatkan kadar eksport barangan Malaysia ke luar negara dalam

bidang tekstil ke arah negara membangun.

iii. Seni tari- Seni tari adalah gerak indah yang mengandungi dua unsur penting, iaitu

gerak dan irama.- Seni tari dipersembahkan di majlis perkahwinan dan program kebudayaan.

- Kepentingan :i. Memperkenalkan warisan seni gerak Melayu di persada

antarabangsa.ii. Meningkatkan kemasukan pelancong luar ke Negara kita.iii. Meningkatkan taraf sosioekonomi bagi kumpulan penari.

iv. Seni tekatan

5

Page 6: 232595152-Set 1 Soalan BMM 3114

BMM 3142 (20 MEI 2014)

- Tekatan dikenali juga dengan nama suji dan merupakan sejenis seni kraftangan yang popular dalam masyarakat Melayu.

- Tekatan menggunakan kain baldu sebagai kain dasar dan bentuk hiasannya mengambarkan rekabentuk bunga dan pohon – pohon.

- Tekatan digunakan untuk membuat kasut , kipas, muka bantal dan balutan tepak sirih. Hasil tekatan ini dibuat bagi tujuan upacara tertentu seperti dijadikan hiasan pada upacara perkahwinan pertabalan raja dan upacara kebesaran yang lain

- Kepentingan :i. Melahirkan tenaga professional dalam bidang tekatan ii. Meningkatkan ekonomi penduduk, kawasan setempat seterusnya ke

arah pembangunan Negara.

2. Huraikan 5 pengaruh nilai Islam yang membawa perubahan kebaikan kepada masyarakat Melayu.- Martabat wanita diangkat dan tidak dianggap sebagai hamba.

Contohnya : wanita juga boleh bersaing dari pelbagai aspek.- Individu dilayan secara sama rata jika hendak dibandingkan dengan masyarakat

dahulu yang dilayan mengikut kasta dan kedudukan.- Amalan unsur riba diharamkan.

- Aktiviti perjudian seperti menyabung ayam dan sebagainya diharamkan.

- Kurang mementingkan keuntungan yang berlebihan tetapi kepada perkhidmatan social (kemasyarakatan).

- Ikut ajaran islam yang menetapkan keuntungan perniagaan sehingga tidak sampai ke peringkat menindas pengguna.

-3. Huraikan 4 kepentingan Kebudayaan Kebangsaan kepada masyarakat.

- Daya kreatif bebas iaitu menggalakkan rakyat mempunyai daya kreatif bebas.

- Dorongan pemupukan bakat iaitu dapat menonjolkan ciri-ciri keperibadian nasional dan menjadi matlamat utama dalam agenda membentuk masyarakat berbilang bangsa. Menjadikan rakyat berkeperibadian tinggi tanpa mengira latar belakang.

- Budaya kuning akan berkurang.

- Ketengahkan ciri-ciri nilai terbaik dan dominan dalam pembentukkan bangsa Malaysia.

- Bangsa Malaysia ada nilai terpuji semangat muhibah dalam keamanan Malaysia.

- Menonjolkan jati diri nasional supaya terkenal diperingkat antarabangsa.

- Berperanan penting dalam proses pembangunan negara di Malaysia di mana keperibadian Malaysia harus dipupuk dalam usaha-usaha yang dijalankan ke arah meningkatkan pembangunan sosioekonomi dan politik.

- Bagi sebuah negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum seperti di Malaysia, proses pembentukan kebudayaan nasional memerlukan perancangan yang teliti dan rapi supaya dapat melahirkan cara hidup yang bersifat ke Malaysia.

6

penting

Page 7: 232595152-Set 1 Soalan BMM 3114

BMM 3142 (20 MEI 2014)

- Perancangan kebudayaan ini harus menentukan sifat-sifat yang baik, mulia dan utama bagi pembinaan bangsa dan ketahanan negara.

7