2.3

1
2.3 Perhubungan antara kelompok etnik Malaysia adalah sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai bangsa, keturunan dan agama. Masyarakat yang pelbagai etnik ini hidup dengan aman dan mengamalkan kepercayaan dan budaya masing-masing secara bebas dan saling menghormati antara satu sama lain. Menurut Ralp Linton (1945), kebudayaan ialah segala yang dipelajari dan diulangi dalam sesebuah masyarakat iaitu warisan sosial ahli-ahli masyarakat. Mesra budaya ini merupakan budaya yang dipersetujui oleh semua ahli dalam satu komuniti dan mereka mengiktiraf budaya tersebut sebagai suatu amalan murni bersama. Rakyat Malaysia perlu memahami Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak setiap rakyat. Modul Hubungan Etnik yang diluluskan oleh kabinet pada 2004 mewajibkan semua pelajar Tahun Pertama mengikuti kursus Hubungan Etnik di semua pusat pengajian tinggi. Sekolah adalah tempat terbaik untuk mempromosikan integrasi kaum. Guru dan ibu bapa harus memainkan peranan masing-masing dalam membantu proses itu. Ibu bapa harus menggalakkan anak mereka untuk bergaul dengan mereka yang berlainan kaum bagi mewujudkan lebih persefahaman di antara agama, budaya dan cara hidup. Seorang guru perlu memahami kepentingan hubungan etnik kerana ia dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang berkesan dalam bilik darjah dalam jangka waktu yang panjang. Pelajar pada hari ini adalah pemimpin pada masa akan datang. Di bahu mereka terletaknya tanggungjawab dalam membina negara yang bersatu-padu dengan satu matlamat yang dikongsi bersama. Peranan guru dalam mewujudkan hubungan mesra budaya di dalam kelas adalah memastikan semua murid memahami kesedaran, kefahaman, akomodasi, saling menghormati dan perpaduan. Usaha untuk mewujudkan kesepaduan daripada kepelbagaian ini mesti sentiasa dilakukan dengan teliti dan mengambil kira sensitiviti etnik lain. Sifat akomodasi serta kesanggupan menerima etnik lain yang berbeza cara hidup, kebiasaan, adat-resam dan agama adalah penting sebagai pembuka jalan kepada kerjasama dan kesepakatan demi melanjutkan hubungan etnik harmoni. Guru haruslah memilih tajuk pembelajaran berkaitan kepelbagaian budaya masyarakat di Malaysia semasa mengajar sesuatu topik. Setiap program serta aktiviti yang dilakukan di sekolah haruslah tidak menyentuh isu-isu sensitif yang mampu mengguris perasaan mana-mana pihak. Pelajar daripada pelbagai etnik perlu diberi peluang untuk mengambil bahagian dalam sesuatu pertandingan dan aktiviti pembelajaran. Melalui ini, mesra budaya antara pelajar dapat dikekalkan dan ia mampu untuk mencetuskan pembelajaran yang maksima.

description

mh

Transcript of 2.3

2.3Perhubungan antara kelompok etnikMalaysia adalah sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai bangsa, keturunan dan agama. Masyarakat yang pelbagai etnik ini hidup dengan aman dan mengamalkan kepercayaan dan budaya masing-masing secara bebas dan saling menghormati antara satu sama lain. Menurut Ralp Linton (1945), kebudayaan ialah segala yang dipelajari dan diulangi dalam sesebuah masyarakat iaitu warisan sosial ahli-ahli masyarakat. Mesra budaya ini merupakan budaya yang dipersetujui oleh semua ahli dalam satu komuniti dan mereka mengiktiraf budaya tersebut sebagai suatu amalan murni bersama. Rakyat Malaysia perlu memahami Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak setiap rakyat. Modul Hubungan Etnik yang diluluskan oleh kabinet pada 2004 mewajibkan semua pelajar Tahun Pertama mengikuti kursus Hubungan Etnik di semua pusat pengajian tinggi.Sekolah adalah tempat terbaik untuk mempromosikan integrasi kaum. Guru dan ibu bapa harus memainkan peranan masing-masing dalam membantu proses itu. Ibu bapa harus menggalakkan anak mereka untuk bergaul dengan mereka yang berlainan kaum bagi mewujudkan lebih persefahaman di antara agama, budaya dan cara hidup. Seorang guru perlu memahami kepentingan hubungan etnik kerana ia dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang berkesan dalam bilik darjah dalam jangka waktu yang panjang. Pelajar pada hari ini adalah pemimpin pada masa akan datang. Di bahu mereka terletaknya tanggungjawab dalam membina negara yang bersatu-padu dengan satu matlamat yang dikongsi bersama. Peranan guru dalam mewujudkan hubungan mesra budaya di dalam kelas adalah memastikan semua murid memahami kesedaran, kefahaman, akomodasi, saling menghormati dan perpaduan. Usaha untuk mewujudkan kesepaduan daripada kepelbagaian ini mesti sentiasa dilakukan dengan teliti dan mengambil kira sensitiviti etnik lain. Sifat akomodasi serta kesanggupan menerima etnik lain yang berbeza cara hidup, kebiasaan, adat-resam dan agama adalah penting sebagai pembuka jalan kepada kerjasama dan kesepakatan demi melanjutkan hubungan etnik harmoni. Guru haruslah memilih tajuk pembelajaran berkaitan kepelbagaian budaya masyarakat di Malaysia semasa mengajar sesuatu topik. Setiap program serta aktiviti yang dilakukan di sekolah haruslah tidak menyentuh isu-isu sensitif yang mampu mengguris perasaan mana-mana pihak. Pelajar daripada pelbagai etnik perlu diberi peluang untuk mengambil bahagian dalam sesuatu pertandingan dan aktiviti pembelajaran. Melalui ini, mesra budaya antara pelajar dapat dikekalkan dan ia mampu untuk mencetuskan pembelajaran yang maksima.