238071802-Tugasan-Pcg-Zila-6

download 238071802-Tugasan-Pcg-Zila-6

of 4

description

PPG

Transcript of 238071802-Tugasan-Pcg-Zila-6

PENGURUSAN MAKMAL SAINS DAN SUMBER

PENGURUSAN MAKMAL SAINS DAN SUMBER2014

PENGENALANBantuan Per Kapita atau Per Capita Grant ( PCG ) untuk sekolah merupakan satu bantuan kewangan yang diperuntukan kepada setiap murid sekolah sama ada sekolah bertaraf Sekolah Kerajaan atau sekolah Bantuan Kerajaan. Bantuan meliputi PCG mata pelajaran dan PCG bukan matapelajaran. Sebelum ini terdapat enam surat pekeliling kewangan ( SPK )berkaitan bantuan PCG yang berkuatkuasa.Lima daripadanya merupakan pindaan dan tambahan kepada SPK yang utama iaitu SPK bilangan 5 Tahun 2012. Sehubungan itu, garis panduan ini telah menyatupadukan semua peraturan dan arahan yang terdapat dalam keenam- enam SPK tersebut supaya menjadi lebih kemas dan teratur. Kini surat pekeliling yang menjadi panduan ialah Surat Pekeliling Kewangan ( SPK ) Bil 8 /2010 Bertarikh 24 Disember 2010. Kadar baru agihan PCG bagi matapelajaran Teras adalah 60% Sains , Matematik dan Bahasa Inggeris. Daripada jumlah tersebut 40% adalah subjek sains, 30% adalah subjek matematik dan 30% lagi untuk subjek Bahasa Inggeris. Manakala 40% lagi adalah untuk mataplejaran bukan teras. Tuntutan PCG adalah ditetapkan sekali setahun. Bagi tuntutan tahun berkenaan adalah berdasarkan bilangan enrolment murid pada 1 Oktober tahun sebelumnya.Menurut Surat Perkeliling Kewangan bilangan 8 tahun 2012 terdapat dua jenis PCG iaitu Bantuan Perkapita matapelajaran dan bukan matapelajaran. Perbelanjaan yang dibenarkan dengan menggunakan wang PCG matapelajaran adalah:i- Pembelian inventori dan bahan habis guna tujuan pengajaran dan pembelajaran.ii- Pembelian buku rujukan, ensiklopedia, perisian,cakera padat dan lain- lain yang bersesuaian untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran.iii- Penyelenggaraan dan pembaikan inventori dan harta modal yang digunakan untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran.iv- Keceriaan berunsurkan pendidikan seperti taman sains , taman herba dan lain- lain yang boleh memberi pengukuhan kepada program pengajaran dan pembelajaran.v- Program berunsurkan pendidikan yang boleh memberi pengukuhan kepada proses pengajaran dan pembelajaran samaada semasa cuti persekolahan atau hari persekolahan.vi- Peroleh harta modal dibenarkan tetapi hendaklah dibincangkan dan dipersetujui oleh Ketua Bidang atau Ketua Panitia dan diluluskan oleh Pengurus sekolah.

Setiap pembelian harta modal hendaklah dibincangkan bersama dengan ketua Panitia dan mendapat persetujuan daripada ketua Panitia dan serta diluluskan oleh Pengurus Sekolah iaitu guru besar. Setiap pembelian yang dibuat hendaklah memenuhi syarat dan peraturan yang telah ditetapkan yang tidak melebihi RM 5000 atau 30% daripada keseluruhan peruntukan PCG mata pelajaran dan bukan matapelajaran ( tidak termasuk LPBT/LPK sekolah ) mana yang lebih rendah.PCG bagi mata pelajaran Sains sekolah saya ialah RM463.20 bagi peruntukan untuk 83 orang. Bagi membelanjakan wang peruntukan tersebut setiap awal tahun persekolahan Panitia Sains akan bermesyuarat kali pertama dan membincangkan bahan atau alat yang diperlukan untuk pengajaran dan pembelajaran.Setiap ahli akan menyenaraikan keperluan yang diperlukan dan mengisi nota minta. Ketua panitia akan mengagihkan peruntukan mengikut keperluan bagi tahap 1 dan tahap 2. Perancangan perbelanjaan yang teliti hendaklah dilakukan agar peruntukan digunakan sebaik mungkin dan sewajarnya bagi membantu murid- murid untuk meningkatkan lagi minat dan pencapaian mereka bagi mata pelajaran sains. Dengan peruntukan sebanyak RM 463.20 keputusan mesyuarat bersetuju untuk membeli bahan bantu belajar bagi tahap 1 dan tahap 2 dengan menggunakan keseluruhan peruntukan tersebut. Berikut ada porposal perbelanjaan peruntukan wang PCG bagi matapelajaran Sains Sekolah Kebangsaan Chegar Galah , Kuala Kangsar.

KERTAS KERJA PENGGUNAAN PERUNTUKAN PCG MATA PELAJARAN SAINS , SK CHEGAR GALAH, SAUK , KUALA KANGSAR, PERAK2014-----------------------------------------------------------------------------------------------

Tajuk : Pembelian Bahan Bantu Mengajar bagi Tahap 1dan Tahap 2Matlamat 1. Menanam minat murid tahap 1 dan tahap 2 terhadap Mata pelajaran Sains2. Mencungkil bakat murid- murid dalam merekacipta dengan membina pelbagai model mengikut kretiviti masing- masing.3. Meningkatkan pengetahuan murid- murid tentang SainsObjektif1. Murid- murid tahap 1 dapat membuat binaan mereka sendiri dengan merekacipta pelbagai model.2. Menarik minat murid terhadap mata pelajaran sains dari Tahap 1 lagi.3. Memudahkan murid- murid menyukat isipadu hujan bagi tahap 24. Meningkatkan pencapaian murid yang lemah dalam matapelajaran sains.Sasaran : Guru Sains Tahap 1 dan Tahap 2 TAHAP 1TAHAP 2

PN SANISAH BT OMAREN KHAIRUDDIN B ABD HADI

PN NOR AZILAWATI BT ZABIDIPUAN JAMALIAH BT PANDAK

Senarai Alatan Bahan Bantu MengajarBILNAMA ALATANKUANTITI

1.Tolok Hujan1 set

2.Set Binaan Rekacipta3 set

Anggaran Perbelanjaan BILNAMA ALATANKUANTITIHARGA SEUNITAMAUNTKESELURUHAN

1.Tolok Hujan1 setRM 120.00RM120.00

2.Set Binaan Rekacipta3 setRM113.00RM339.00

JUMLAH KESELURUHANRM459.00

Penutup:Semoga dengan adanya alat bantu mengajar ini nanti dapat membantu murid menguasai mata pelajaran ini dengan baik dan dapat menarik minat mereka terhadap Sains serta meningkatkan pencapaian akademik mata pelajaran Sains.

Sekian , terima kasih.DISEDIAKAN OLEH :

........................................................( NOR AZILAWATI BT ZABIDI ) Setiausaha Panitia Sains SK Chegar Galah.

.

PPG SEM 6 ( SCE 3123 )5