238812435 Pedagogi Pendidikan 2014

download 238812435 Pedagogi Pendidikan 2014

of 19

description

ok

Transcript of 238812435 Pedagogi Pendidikan 2014

  • Pengertian Pedagogi

    Pedagogi ialah kajian mengenai pengajaran, khususnya pengajaran dalam pendidikan formal. Dengan kata lain, pedagogi ialah sains dan seni mengenai cara mengajar di sekolah. Secara umumnya pedagogi merupakan mata pelajaran yang wajib bagi mereka yang ingin menjadi guru di sekolah. Sebagai satu bidang kajian yang luas, pedagogi melibatkkan kajian mengenai proses pengajaran dan pembelajaran, pengurusan bilik darjah, organisasi sekolah dan juga interaksi guru-pelajar.

  • Dari segi etimologinya, perkataan Pedagogi datangnya daripada bahasa Yunani paidagogos, hamba yang menghantar dan mengambil budak-budak pergi balik dari sekolah. Perkataan paida merujuk kepada kanak-kanak, yang menjadikan sebab kenapa sebahagian orang cenderung membezakan antara pedagogi (mengajar kanak-kanak) dan andragogi (mengajar orang dewasa). Perkataan Yunani untuk pedagogi, pendidikan, adalah digunakan dengan lebih meluas, dan seringkali kedua-duanya boleh ditukar guna.

  • Pedagogi moden selalunya membahagikan fungsi pengajaran kepada tiga bidang, yakni apa yang dimaksudkan sebagai taksonomi Bloom. Menurut taksonomi bloom, pengajaran boleh terbahagi kepada:

    Bidang Kognitif Berkenaan dengan aktiviti mental seperti kefahaman, pengetahuan dan analisa. Bidang Afektif Berkenaan dengan sikap dan sahsiah diri. Bidang Psikomotor Berkenaan dengan aktiviti fizikal seperti kemahiran hidup, pertukangan, dan sukan.

  • Ketiga-tiga bidang ini nampaknya begitu tersendiri sifatnya, tetapi dalam keadaan pengajaran-pembelajaran semula jadi, pengasingan ketiga perkara ini selalunya tidak wujud. Contohnya, apabila seorang guru ingin mengajar seorang pelajar menulis, dia perlu mengajar pelajar itu cara memegang pensel (bidang psikomotor); bentuk huruf dan maknanya (bidang kognitif); dan juga harus memupuk minat untuk belajar menulis (bidang afektif).

  • KONSEP PEDAGOGI

  • PENAAKULAN PEDAGOGI

    Pengetahuan asas guru bagaimana guru boleh memberikan sebab-sebab atau reasoning ke atas tindakan-tindakannya dalam proses pengajaran.

  • Antara aspek-aspek dalam penaakulan pedagogi ialah: 1. kefahaman faham isi pelajaran yang hendak diajar.

    2. transformasi - idea/pengetahuan isi kandungan yang difahami oleh guru mesti diubah/disusun/disesuaikan dalam pelbagai cara atau kaedah supaya dapat disampaikan dengan baik dan berkesan kepada pelajar. Proses transformasi melibatkan beberapa kombinasi iaitu;

    Persediaan kajian / analisia Representation (persembahan idea) - contoh, demonstrasi, simulasi dsb. Pemilihan instruksi - kaedah kumpulan, pembelajaran kooperatif dsb Adaptasi dan penyesuaian mengikut ciri pelajar- tahap pelajar.

  • 3. instruksi - berinteraksi secara berkesan dengan pelajar melaui soal jawab, memberi pengukuhan /penghargaan .4. penilaian - Proses penilaian dilakukan semasa pengajaran berlangsung. Guru mesti membuat penyemakan ke atas kefahaman pelajar.5. refleksi - menilai semula pengajarannya dan membuat penaakulan terhadap tindakannya semasa proses p&p berlangsung dan membuat penambahbaikan jika perlu atau mengubah amalannya kepada yang lebih baik.6. kefahaman baru yang diperolehi selepas PdP.

  • PEDAGOGI DALAMPENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

  • 5 KOMPONEN UTAMA DAN 12 ELEMENPERANCANGANPENYAMPAIANPENILAIANSEMAKANREFLEKSIBahan Bantu MengajarPengetahuan KandunganObjektif PembelanjaranRacangan PengajaranPembelajaran Berasaskan AktivitiKomunikasiTumpuan & Perhatian MuridPengurusan Bilik DarjahPenilaian Secara LisanPenilaian Secara BertulisKesimpulan PelajaranRefleksi123456789101112

  • PERANCANGANPengajaran Berasaskan AktivitiObjektif PembelajaranRancangan PengajaranMenulis objektif hasil pembelajaran, mengenal pasti dan membincangkan objektif pengajaran dengan jelas dan spesifik (cth: hari ini kita akan belajar tentang perbezaan antara mamalia dengan reptilia) serta merujuknya disepanjang pengajaran dilaksanakan.

    Pengajaran 2 aktiviti yang berbeza melibatkan kreativiti, perbincangan dua hala, aplikasi praktikal atau penggunaan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) yang lain.

  • Perhatian & Tumpuan Murid Pengurusan Tingkah laku MuridKomunikasiPENYAMPAIANSemua murid memberi perhatian dan maklum balas kepada soalan apabila ditanya. Murid proaktif bertanyakan soalan serta berbincang lanjut dengan guru dan sesama mereka.Kebanyakan murid berkelakuan baik dan guru menangani murid yang berkelakuan buruk tanpa gangguan (cth: dengan mengangkat tangan untuk senyap)

  • Bahan Bantu MengajarPengetahuanKandunganPENYAMPAIANGuru menggunakan pelbagai bahan untuk menjelaskan konsep atau idea yang relevan dan perkataan /lukisan yang jelas serta menarik perhatian dan melibatkan interaksi murid.Guru menepati topik pengajaran, tidak membuat kesilapan kandungan, dan mempunyai semua pengetahuan kandungan yang diperlukan oleh sukatan pelajaran untuk mengajar dengan berkesan serta berupaya melangkaui sukatan pelajaran bagi membantu murid mencapai objektif pengajaran.

  • Penilaian Secara LisanPenilaian secara BertulisPENILAIANGuru mempelbagaikan soalan relevan secara terbuka selari dengan keperluan objektif pembelajaran serta berupaya memberi penjelasan kepada jawapan salah; dan memberi pengukuhan positif untuk jawapan yang betul dan menyeimbangkan soalan dengan tahap keupayaan murid yang pelbagai.Guru menetapkan kerja kelas secara bertulis untuk menguji pencapaian objektif pembelajaran dan berjaya mengenal pasti jawapan yang betul dan salah bagi setiap murid

  • Kesimpulan pelajaranRefleksi PengajaranSEMAKANREFLEKSIGuru mengenal pasti sekurang-kurangnya satu kekuatan dan satu keperluan penambahbaikan serta berupaya mencadangkan tindakan penambahbaikan.Guru mengakhiri pengajaran dengan memberikan kesimpulan termasuk hasil pembelajaran dan berupaya menjelaskan 3 5 isi utama serta dapat menerangkan sebab pelajaran yang berkenaan penting seterusnya menghubung kaitkannya dengan pelajaran yang lain.

  • Bina suatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran berpusatkan murid.

  • MATA PELAJARAN :TAJUK:OBJEKTIF:AKTIVITI:

  • PEMBENTANGAN DALAM TEMPOH 8 10 MINIT DIBAHAGIAN AKTIVITI SAHAJA