Pedagogi Pendidikan Kesihatan Hbhe1203(1)

download Pedagogi Pendidikan Kesihatan Hbhe1203(1)

of 16

Transcript of Pedagogi Pendidikan Kesihatan Hbhe1203(1)

  • 7/28/2019 Pedagogi Pendidikan Kesihatan Hbhe1203(1)

    1/16

    MISSIE RAINIE ANAK MARK 810210135822001 HBHE1203

    1

    FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

    SEMESTER SMP PPG JANUARI 2013

    HBHE 1203

    PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN

    NAMA : MISSIE RAINIE ANAK MARK

    NO. MATRIK : 810210135822001

    NO. KAD PENGENALAN : 81021013582201

    NO. TELEFON : 0178447327

    E-MEL :[email protected]

    E-TUTOR : GANATHAN M. NADARAJAH

    PUSAT PEMBELAJARAN: SIBU LEARNING CENTER, SIBU, SARAWAK

    mailto:[email protected]:[email protected]:[email protected]:[email protected]
  • 7/28/2019 Pedagogi Pendidikan Kesihatan Hbhe1203(1)

    2/16

    MISSIE RAINIE ANAK MARK 810210135822001 HBHE1203

    2

    KANDUNGAN MUKA SURAT

    1.0 Refleksi Kendiri 1

    2.0 Pengenalan 2 - 62.1 Pernyataan Masalah2.2 Hipotesis Kajian2.3 Analisis Kajian

    3.0 Keputusan / Dapatan Kajian 7 - 13

    4.0 RUMUSAN 14

    RUJUKAN

  • 7/28/2019 Pedagogi Pendidikan Kesihatan Hbhe1203(1)

    3/16

    MISSIE RAINIE ANAK MARK 810210135822001 HBHE1203

    3

    1.0 Refleksi KendiriPembelajaran Berasaskan Masalah ( PBL ). Daripada pembacaan yang telah saya buat,

    didapati penggunaan strategi PBL ini amat mendatangkan kebaikan dalam pengajaran dan

    pembelajaran terhadap kanak-kanak terutamanya tentang pentingnya pemakanan

    untukMenurut Marin Covinch (2001), pendekatan pembelajaran berasaskan masalah dan kes

    sebenar atau lebih dikenali sebagai Problem-Based Learning (PBL) merupakan salah satu

    inovasi kurikulum yang sangat popular di dalam bidang pendidikan.

    Setelah membuat pembacaan terhadap artikel yang bertajuk TeachingChil dren Hygiene

    Using Problem Based Learning: The Story Telling Approach to Games Learning, artikel

    ini menerangkan tentang pengajaran pemakanan terhadap kanak-kanak dengan menggunakan

    strategi. Berdasarkan pemerhatian dari perubahan yang telah dibuat, didapati bahawa aspek

    yang ditekankan dalam pendekatan ini dapat menggalakkan pelajar supaya lebih telus,

    fleksibel dan dapat mempelbagai cara berfikir. Selain itu, paradigma PBL juga dilihat dapat

    merentasi pelbagai disiplin pelajaran. Tambahan pula, integrasi di antara isi kandungan

    pembelajaran dengan aplikasi kehidupan sebenar wujud dalam pendekatan ini melalui

    konteks penyelesaian sesuatu masalah atau kes yang diberi adalah berdasarkan realiti

    kehidupan kesihatan diri.

    Selain itu, menerusi PBL juga dilihat dapat memberi peluang kepada para pelajar untuk

    meluaskan pengetahuan dan menjadi lebih kreatif. Mereka juga akan sentiasa prihatin

    terhadap sebarang perubahan situasi semasa di alam pekerjaan. PBL juga berpotensi untuk

    meningkatkan kemahiran menyelesaikan masalah di kalangan pelajar bagi situasi tertentu

    yang mungkin rumit. Sekiranya pelajar mempunyai kemahiran-kemahiran interpersonal dan

    intrapersonal yang positif dan emosi yang stabil, maka ini akan melahirkan satu kelompok

    sumber tenaga yang professional untuk negara. Kualiti sebegini sememangnya penting bagi

    menjamin kemajuan dan kemakmuran sesebuah negara sekiranya rakyatnya produktif dan

    sentiasa maju ke hadapan.

    Menurut Barbara (2003), hasil kajian yang dijalankannya menunjukkan kesan

    daripada pembelajaran berdasarkan masalah ini, pelajar lebih bermotivasi untuk belajar,

    kehadiran pelajar ke kelas meningkat kerana mereka seronok untuk belajar, meningkatkan

    kerjasama dalam kalangan ahli kumpulan, dapat meningkatkan pengekalan maklumat dalam

    jangka masa yang lama, mengembangkan maklumat yang didapati dan hal ini akanmendorong pada pembelajaran sepanjang hayat (Schimdt et al., 2006)

  • 7/28/2019 Pedagogi Pendidikan Kesihatan Hbhe1203(1)

    4/16

    MISSIE RAINIE ANAK MARK 810210135822001 HBHE1203

    4

    2.0 Pengenalan

    Menyusuri peredaran masa, diperhatikan bahawa pelbagai percubaan dan usaha dibuat

    untuk membangun dan memperbaiki sistem pendidikan sedia ada yang berbentuk tradisional

    seperti kaedah mengajar dan menulis sahaja. Menurut Whitman (1996), penggunaan pelbagai

    jenis pendekatan pembelajaran boleh membantu untuk memenuhi gaya pembelajaran para

    pelajar yang sememangnya agak berbeza-beza antara satu sama lain. Ini kerana tidak semua

    pelajar selesa dengan pendekatan pembelajaran berbentuk pasif.

    Sejak kebelakangan ini, salah satu dari cabang kajian dalam bidang pendidikan yang sering

    menjadi tumpuan para penyelidik ialah pendekatan atau kaedah pembelajaran yang

    berasaskan masalah atau lebih disebut sebagai Problem-Based Learning (PBL). Menurut

    Barrows & Tamblyn (1980), PBL terlebih dahulu digunakan dalam kurikulum pendidikan

    jurusan perubatan di Universiti McMaster, Kanada dan Universiti Western Case, Amerika

    Syarikat.

    Pembelajaran aktif merupakan salah satu pendekatan pembelajaran yang menggalakkan

    penglibatan pelajar secara langsung. Salah satu contoh pendekatan pembelajaran aktif ialah

    pembelajaran berasaskan masalah. Pembelajaran berasaskan masalah merupakan salah satu

    kaedah yang dapat melibatkan aktiviti pelajar mencari maklumat untuk menyelesaikanmasalah yang diberikan kepada mereka. Di samping itu, pendekatan ini memberi peluang

    kepada pelajar untuk merasai pengalaman dan kemahiran menyelesaikan masalah sendiri.

    Menurut Montgomery (2000), antara kelebihan utama PBM berbanding strategi pembelajaran

    lain yang dicadangkan oleh teori konstruktivisme ialah rangsangan atau stimulasi yang

    berjaya dihasilkan olehnya dalam membentuk kognitif pelajar agar lebih bersifat ingin tahu.

    Ini seterusnya menurut mereka berjaya meningkatkan minat atau motivasi pelajar untuk terus

    belajar. Masalah yang menyerupai masalah dunia sebenar yang digunakan pula membolehkan

    pelajar mencuba pelbagai jalan penyelesaian dalam persekitaran pembelajaran yang lebih

    selamat (Jamalludin Harun, et al, 2005).

    Secara amnya, jelas membuktikan bahawa PBM mampu untuk melahirkan dan mendidik

    pelajar menjadi seorang pemimpin yang mempunyai kemahiran menyelesaikan masalah.

    Selain itu, pelajar dapat meningkatkan minat dan motivasi untuk terus belajar, membina

    kemahiran pemikiran kritis dan kreatif, menganalisis dan menyelesaikan masalah. Oleh hal

    demikian, pelajar dapat meningkatkan pemahaman dan pengetahuan isi pelajaran bagi

  • 7/28/2019 Pedagogi Pendidikan Kesihatan Hbhe1203(1)

    5/16

    MISSIE RAINIE ANAK MARK 810210135822001 HBHE1203

    5

    sesuatu matapelajaran dengan mudah dan mendalam. Secara tidak langsung dapat

    meningkatkan pencapaian akademik pelajar tersebut. Penyataan ini disokong dengan kajian

    yang dilakukan oleh Ward dan Lee (2004) menyatakan bahawa pelajar yang mengikuti

    kaedah PBM dapat memahami isi pelajaran dengan lebih mendalam bagi matapelajaran

    Pendidikan Kesihatan.

    2.1 Pernyataan Masalah

    Kini telah banyak bukti yang menyatakan bahawa permasalahan dalam dunia yang nyata dan

    aktiviti pembelajaran yang berpusatkan pelajar lebih bernilai daripada pembelajaran

    tradisional yang lebih berpusatkan guru. Matlamat pembelajaran berasaskan masalah

    menyediakan pelajar untuk pembelajaran sepanjang hayat dengan melibatkan mereka dengan

    aktiviti pembelajaran kerana pelajar bertanggungjawab untuk mendapatkan fakta dan konsep

    (Newman, 2003).

    Terdapat banyak hasil kajian yang dijalankan di negara barat menunjukkan kaedah

    pembelajaran berdasarkan masalah merupakan suatu kaedah alternatif dalam menyediakan

    pelajar yang boleh menyelesaikan masalah secara kritis,mengutamakan pembelajaran secara

    kendiri dan aktif dalam menghadapi cabaran dunia hari ini. Hasil kajian juga mendapati

    pembelajaran berdasarkan masalah dapat meningkatkan pengetahuan, perubahan sikap dan

    amalan pelajar (William, 2001).

    Tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk melihat pemahaman pelajar terhadap topik

    Pemakanan dalam Pendidikan Kesihatan melalui kaedah Pembelajaran Berasaskan Masalah

    (PBM). Di samping itu, kajian ini bertuuan untuk melihat sikap pelajar terhadap

    pembelajaran berasakan masalah serta persepsi pelajar terhadap guru. Secara khasnya

    objektif kajian ini ialah untuk:

    a) mengenal pasti punca kesukaran pelajar dalam memahami tajuk pemakanan.b) melihat sejauh mana pencapaian pelajar setelah menjalani proses PBM dalam tajuk

    pemakanan..

    c) Melihat sejauh mana ahli-ahli kumpulan dalam PBM bekerja secara koperatif bagimencapai kemahiran berkolaborasi.

    d) Melihat sikap pelajar terhadap PBM dalam pemakanan.

  • 7/28/2019 Pedagogi Pendidikan Kesihatan Hbhe1203(1)

    6/16

    MISSIE RAINIE ANAK MARK 810210135822001 HBHE1203

    6

    2.2 Hipotesis Kajian

    2.2.1 Instrument Kajian

    Kajian ini menggunakan rekabentuk kajian tindakan bagi melihat perubahan pencapaian

    pelajar dalam topik pemakanan melalui Pembelajaran Berasakan Masalah. Pemerhatian dan

    temubual digunakan kerana dalam proses pengumpulan data semasa melakukan kajian

    tindakan di setiap gelung memerlukan kedua-dua kaedah tersebut bagi mendapatkan

    maklumat agar pembaikan dapat dilakukan.

    Pengutipan data kajian, sama ada kualitatif atau kuantitatif, memerlukan alat- alat kajian yang

    sesuai untuk menjawab soalan-soalan kajian. Data kualitatif boleh dikutip melalui

    pemerhatian, soal selidik, penelitian dokumen, temubual dan sebagainya. Data kuantitatif

    pula boleh dikutip contohnya melalui borang soal selidik yang menpunyai skala tertentu,

    ujian dan inventori. Dalam kajian yang akan dijalankan, instrumen yang akan digunakan

    untuk mengutip data adalah :

    a) Borang Maklumat Responden

    Borang maklumat mengenai latar belakang murid, pekerjaan ibubapa, dan sebagainya.

    b)Ujian Bertulis Penyelesaian Masalah Bercerita

    Soalan ujian ini mengandungi 10 soalan subjektif. Soalan ini telah diubahsuai mengikut aras

    pengetahuan murid-murid. Terdapat empat operasi yang dilibatkan dalam ujian ini iaitu

    kepentingan makannan, kumpulana makanan seimbang, keburukan makan makannan

    berlemak, penjagaan kebersihan makanan.

    c) Temu Duga Individu.

    Temu duga secara individu adalah berdasarkan kepada Prosedur Temu Duga Newman

    yang telah diubahsuai. Mengikut Prosedur Temu Duga Newman, responden yang

    melakukan kesilapan dalam ujian bertulis yang diberikan akan diminta untuk menjawab

    soalan itu semula. Apabila ujian semula ini dijalankan, pengkaji akan menemu duga

    responden berdasarkan lima soalan mengikut urutan. Pengkaji akan mengklafikasikan

    kesilapan responden berdasarkan Kriteria Newman iaitu sama ada kesilapan berpunca

    daripada kecuaian, motivasi, kebolehbacaan, kefahaman, keupayaan untuk membuat

  • 7/28/2019 Pedagogi Pendidikan Kesihatan Hbhe1203(1)

    7/16

    MISSIE RAINIE ANAK MARK 810210135822001 HBHE1203

    7

    transformasi (menukarkan masalah kepada ayat), kemahiran proses (komputasi) atau

    membuat pengkodan (menulis jawapan yang betul).

    d ) Borang Soal Selidik Sikap

    Borang soal selidik sikap ini diberi kepada sampel di akhir kajian. Ia merupakan pandangan

    responden terhadap matapelajaran matematik dan hanya menggunakan skala YA atau

    TIDAK.

    2.3 Analisis Kajian

    Data dianalisis secara deskritif mengikut kes. Pada peringkat pertama, ujian yang dianalisis

    berdasarkan kepada jawapan betul atau salah. Peratusan juga telah diberikan terhadap hasil

    ujian itu.

    Pada peringkat kedua, jawapan dari sesi temu duga secara individu bagi setiap soalan

    dianalisis untuk mengenal pasti punca kesilapan sama ada berpunca daripada masalah

    pembacaan, pemahaman, transformasi, aplikasi kemahiran proses atau kebolehan membuat

    pengkodan.

    Melalui keputusan dalam Peperiksaan Akhir Tahun 2012, didapati 3 orang respondenmemperolehi gred B iaitu 30%, 5 orang mempeolehi gred C iaitu 50 % dan 2 orang

    memperolehi gred D iaitu 20%. Ini menunjukkan rata-rata responden adalah dari kalangan murid

    yang sederhana dan segelintir adalah murid yang lemah. Ringkasan data adalah seperti dalam

    jadual1 di bawah.

    Gred Lelaki Perempuan Jumlah %

    A - - - -

    B 3 - 3 30

    C 2 3 5 50

    D 1 1 2 20

    E - - - -

    JUMLAH 6 4 10 100

    Jadual 1 :Pencapaian Pendidikan KesihatanPeperiksaan Akhir Tahun 2012

  • 7/28/2019 Pedagogi Pendidikan Kesihatan Hbhe1203(1)

    8/16

    MISSIE RAINIE ANAK MARK 810210135822001 HBHE1203

    8

    3.0 Keputusan / Dapatan Kajian

    Setelah ujian bertulis berkaitan penyelesaian bercerita diberikan kepada responden, data yang

    diperolehi menunjukkan bahawa kebanyakan responden mengalami masalah dalam

    menyelesaikan 10 soalan masalah bercerita yang berkaitan kepentingan makannan,

    kumpulana makanan seimbang, keburukan makan makannan berlemak, penjagaan kebersihan

    makanan.

    Kekerapan bagi soalan yang dijawab dengan betul ialah 8 iaitu bagi soalan 1. Min bagi

    markah yang diperolehi oleh responden dan min bagi soalan yang dijawab betul ialah 2.1.

    Jadual 2 di bawah menunjukkan data bagi setiap responden yang diperolehi melalui ujian

    penyelesaian masalah bercerita yang telah diberikan oleh pengkaji.

    Jadual 2: Analisis Data Keputusan Ujian Bertulis Penyelesaian Masalah Bercerita.

    Nombor

    Soalan L1 L2 L3 L4 L5 P1 P2 P3 P4 P5

    S1 / / / / / / x x / / 8 80

    S2 x / x x x x x x x x 1 10

    S3 x x x x x / x x x x 1 10

    S4 / x / x x x / / x / 5 50

    S5 x x x x x x x x x x 0 0

    S6 x x x x x x x x x x 0 0S7 x x x x x x x x x x 0 0

    S8 x x x x x x x x x x 0 0

    S9 / x / x x x x x x / 3 30

    S10 / x / / x x x / x x 4 40

    Jum 4 2 4 2 1 1 1 2 1 3

    % 40 20 40 20 10 10 10 20 10 30

    L= lelaki P= Perempuan S= Soalan

    Responden

    Jum %

    Berdasarkan jadual di atas menunjukkan keseluruhan responden mengalami masalah dalam

    menyelesaikan 10 soalan masalah bercerita yang diberikan oleh pengkaji. Untuk soalan 1. Ia

    merupakan soalan penyataan langsung, malahan tidak ada maklumat penganggu dan

    memerlukan satu langkah penyelesaian sahaja. Untuk masalah bercerita ini, hasil keputusan

    yang diperolehi ialah 8 daripada 10 responden sahaja yang menjawab dengan tepat dan betul.

    Setelah data mentah ujian bertulis itu diperolehi, pengkaji telah memanggil semula responden

    dan menemuduga mereka berdasarkan Prosedur Analisis Kesilapan Newman yang telah

    dubahsuai dari segi bahasa. Pengkaji menyoal kembali permasalahan yang tidak dijawab

    dengan tepat dan mendapatkan respon punca-punca kesilapan mereka sama ada dari segi

  • 7/28/2019 Pedagogi Pendidikan Kesihatan Hbhe1203(1)

    9/16

    MISSIE RAINIE ANAK MARK 810210135822001 HBHE1203

    9

    masalah pembacaan, masalah kefahaman, transformasi pemikiran iaitu menterjemahkan apa

    yang difahami ke bentuk nombor dan perwakilan simbol, masalah dalam mengaplikasi

    kemahiran proses seperti kepentingan makannan, kumpulana makanan seimbang, keburukan

    makan makannan berlemak, penjagaan kebersihan makanan.

    Hasil temu duga responden telah dikutip melalui borang ( Temu duga Individu). Setelah itu

    kesemua data yang dikutip itu ditunjukkan di dalam beberapa jadual. Sila lihat jadual3.hingga

    yang merupakan analisis data punca-punca kesilapan keseluruhan responden berdasarkan

    tahap-tahap analisis kesilapan Newman yang telah diubahsuai oleh pengkaji.

    Jadual 3 : Analisis Data Punca Kesilapan Dari Segi Membaca

    Berdasarkan data di atas, didapati responden lelaki yang kelima dan responden perempuan

    yang pertama mempunyai masalah dalam membaca. Dua orang responden ini boleh membacatetapi tidak lancar. Masalah dalam pembacaan menjadi menjadi halangan besar untuk

    mereka berimaginasi serta tidak berupaya memahami,seterusnya gagal menyelesaikan

    masalah bercerita yang diberikan oleh pengkaji. Setiap soalan didapati mempunyai 20%

    responden yang menghadapi masalah ini

    No.

    Soalan L1 L2 L3 L4 L5 P1 P2 P3 P4 P5 JUM %

    S1 x x x x x x x x 2 20

    S2 x x x x x x x x 2 20

    S3 x x x x x x x x 2 20

    S4 x x x x x x x x 2 20

    S5 x x x x x x x x 2 20

    S6 x x x x x x x x 2 20

    S7 x x x x x x x x 2 20

    S8 x x x x x x x x 2 20

    S9 x x x x x x x x 2 20

    S10 x x x x x x x x 2 20

    JUM 0 0 0 0 2 2 0 0 0 5

    Masalah Membaca

    Simbol: / = Bermasalah x = Tiada masalah

  • 7/28/2019 Pedagogi Pendidikan Kesihatan Hbhe1203(1)

    10/16

    MISSIE RAINIE ANAK MARK 810210135822001 HBHE1203

    10

    Jadual 4: Analisis Data Punca Kesilapan Dari Segi Kefahaman

    Di dalam data tersebut, menunjukkan soalan 1, hanya 20 % responden yang tidak memahami,

    memandangkan ia merupakan permasalahan yang mempunyai pernyataan secara langsung

    dan agak mudah. Untuk soalan 2, soalan 9 dan soalan 10, terdapat 60 % orang responden

    yang tidak memahami permasalahan. 90 % pula untuk soalan 3, 40 % untuk soalan 4, 50%

    untuk soalan 6, manakala 70 % orang responden tidak memahami soalan 5 dan 8 dan akhir

    sekali untuk soalan 8, seramai 60% orang responden menghadapi masalah kefahaman

    ini.Untuk data di atas, pengkaji merumuskan bahawa, untuk soalan yang mudah dan

    mempunyai pernyataan secara langsung, kebanyakan responden tidak menghadapi masalah

    tetapi apabila semakin tinggi aras kesukaran soalan serta memerlukan kemahiran berfikir,

    inilah yang menjadi punca kesilapan responden iaitu untuk memahami konteks permasalahan

    dengan betul.

    No.

    Soalan L1 L2 L3 L4 L5 P1 P2 P3 P4 P5 JUM %

    S1 x x x x x x 4 40

    S2 x x x x 6 60

    S3 x 9 90

    S4 x x x x x x 4 40

    S5 x x x 7 70

    S6 x x x x x 5 50

    S7 10 100

    S8 x x x 7 70

    S9 x x x x 6 60

    S10 x x x x 6 60

    JUM 3 3 4 7 10 10 7 9 6 5

    Masalah Kefahaman

    Simbol: / = Bermasalah x = Tiada masalah

  • 7/28/2019 Pedagogi Pendidikan Kesihatan Hbhe1203(1)

    11/16

    MISSIE RAINIE ANAK MARK 810210135822001 HBHE1203

    11

    Jadual 5: Analisis Data Punca Kesilapan Dari Segi Transformasi Pemikiran

    Melalui data dalam jadual 5 didapati soalan 1 dan 9, seramai 40% orang responden

    menghadapi masalah ini iaitu menterjemahkan apa yang difikir ke dalam bentuk perwakilan

    gambar dan simbol walaupun telah dibimbing untuk memahami soalan. Begitu juga, untuk

    soalan 2 dan soalan 10 , 50% orang responden tidak dapat melakukan transformasi pemikiran

    dengan betul. Seramai 70% responden melakukan kesilapan pada soalan 3 dan 7. Untuk

    soalan 5 yang memerlukan kemahiran berfikir, kesemua 100% orang murid tidak berjaya

    menterjemahkan maksud makanan bernutrien penuh ke dalam bentuk makananan

    seimbang. Untuk soalan 6 seramai 80%, manakala soalan 8 pula seramai 90%, orang

    responden membuat kesilapan yang sama. Pengkaji merumuskan bahawa dalam melakukan

    proses transformasi pemikiran, murid perlukan banyak latihan dan bimbingan serta motivasi

    daripada guru, memandangkan mereka terdiri dari golongan murid sederhana dan ada yang

    lemah.

    No.

    Soalan L1 L2 L3 L4 L5 P1 P2 P3 P4 P5 JUM %

    S1 x x x x x x 4 40

    S2 x x x x x 5 50

    S3 x x x 7 70

    S4 x x x x x x x 3 30

    S5 10 100

    S6 x x 8 80

    S7 x x x 7 70

    S8 x 9 90

    S9 x x x x x x 4 40

    S10 x x x x x 5 50

    JUM 4 2 7 6 10 10 7 5 6 5

    simbol : / = Bermasalah x = Tiada masalah

    Masalah Transformasi Pemikiran

  • 7/28/2019 Pedagogi Pendidikan Kesihatan Hbhe1203(1)

    12/16

    MISSIE RAINIE ANAK MARK 810210135822001 HBHE1203

    12

    Jadual 6: Analisis Data Punca Kesilapan Dari Segi Aplikasi Kemahiran Proses

    Data pada jadual 6 juga hampir sama dengan data sebelum ini. Ini berkemungkinan berlaku

    akibat rentetan daripada ketidakfahaman permasalahan. Kebanyakan daripada responden

    tidak dapat mengecam apakah kepentingan makannan, kumpulana makanan seimbang,

    keburukan makan makannan berlemak, penjagaan kebersihan makanan. . Untuk soalan 1,

    seramai 20% orang tidak berjaya dalam mengaplikasi kemahiran proses. Bagi soalan 2 dan

    soalan 10pula, seramai 60 % orang responden mengalami masalah ini. Untuk soalan 3 dan

    soalan 4, pula hanya 30 % yang tidak berjaya, manakala soalan 5 memang menjadi soalan

    yang beraras tinggi kerana 90 % orang responden tidak berjaya dalam tahap ini. Bagi soalan

    6, seramai 70%, tidak melepasi, soalan 7 dan soalan 9 pula terdapat 50 % responden

    menghadapi masalah ini, manakala soalan 8, sebanyak 90 % orang melakukan kesilapan

    yang serupa.

    No.

    Soalan L1 L2 L3 L4 L5 P1 P2 P3 P4 P5 JUM %

    S1 x x x x x x 4 40

    S2 x x x x 6 60

    S3 x x x x x x x 3 30

    S4 x x x x x x x 3 30

    S5 x 9 90

    S6 x x x 7 70

    S7 x x x x x 5 50

    S8 x 9 90

    S9 x x x x x 5 50

    S10 x x x x 6 60

    JUM 3 2 6 6 10 10 5 5 5 5

    Masalah Aplikasi Kemahiran Proses

    Simbol: / = Bermasalah x = Tiada masalah

  • 7/28/2019 Pedagogi Pendidikan Kesihatan Hbhe1203(1)

    13/16

    MISSIE RAINIE ANAK MARK 810210135822001 HBHE1203

    13

    Jadual 7: Analisis Data Punca Kesilapan Dari Segi Membuat Pengkodan

    Lihat jadual di atas, untuk soalan 1 dan soalan 3, terdapat 50% orang murid melakukan

    kesilapan ini. Bagi soalan 2 , soalan 7, dan soalan 10 pula, seramai 70 % responden

    melakukan kesilapan yang sama dan 30% pada soalan 4.Untuk kesilapan pada soalan 5 dan 6

    iaitu dengan 90 % responden melakukannya, manakala untuk soalan 7 dan 9, 60% orang

    responden menghadapi kesilapan ini. Masalah ini paling kerap dilakukan pada soalan 8 iaitu

    seramai 100%.

    Jadual 8: Analisis Data Punca-punca Kesilapan Keseluruhan Responden

    Catatan: 10 soalan x 10 orang responden = 100 hasil keputusan, maka setiap tahap perlu

    berlandaskan jumlah keseluruhan 100, contohnya: tahap membaca = 20 / 100

    No.

    Soalan L1 L2 L3 L4 L5 P1 P2 P3 P4 P5 JUM %

    S1 x x x x x 5 50

    S2 x x x 7 70

    S3 x x x x x 5 50

    S4 x x x x x x x 3 30

    S5 x 9 90

    S6 x 9 90

    S7 x x x 7 70

    S8 10 100

    S9 x x x x 6 60

    S10 x x x 7 70

    JUM 5 4 6 6 10 10 7 8 6 6

    Masalah Membuat Pengkodan

    Simbol: / = Bermasalah x = Tiada masalah

    S1 S2 S3 S4 S5 S6 S7 S8 S9 S10 JUM %

    2 2 2 2 2 2 2 2 2 2 20 20

    4 6 9 4 7 5 10 7 6 6 64 64

    4 5 7 3 10 8 7 9 4 5 62 62

    4 6 3 3 9 7 5 9 5 6 57 57

    5 7 5 3 9 9 7 10 6 7 68 68

    Aplikasi Kemahiran Proses

    Pengkodan

    PUNCA-PUNCA KESILAPAN

    SOALAN

    Membaca

    Memahami

    Transformasi pemikiran

  • 7/28/2019 Pedagogi Pendidikan Kesihatan Hbhe1203(1)

    14/16

    MISSIE RAINIE ANAK MARK 810210135822001 HBHE1203

    14

    0

    2

    4

    6

    8

    10

    12

    LI L2 L3 L4 L5 P1 P2 P3 P4 P5

    Responden : L-Lelaki P:Perempuan

    Graf 9 : Data Punca-Punca Kesilapan Setiap Responden

    Membaca

    Kefahaman

    Transformas

    i

    Jadual 8 menunjukkan keputusan data yang dikenal pasti menjadi punca-punca kesilapan

    keseseluruhan responden dalam PBL mengikut tahap-tahap yang telah ditentukan olehpengkaji. Jumlah keseluruhan Bagi masalah membaca, sebanyak 20 kali kesilapan telah

    dilakukan oleh 2 orang responden menunjukkan bahawa 20% punca kesilapan adalah dari

    tahap ini. Sebanyak 64 kali kesilapan yang telah dilakukan untuk tahap memahami

    menjadikan peratusannya ialah sebanyak 64 %. Dari segi transformasi pemikiran, kesalahan

    yang berjaya dikesan adalah sebanyak 62 kali bersamaan dengan 62 %. Bagi tahap aplikasi

    kemahiran proses dan membuat pengkodan pula, kesalahan yang juga berjaya dikesan adalah

    masing-masing sebanyak 57% dan 68 %. Secara keseluruhannya ialah tahap yang

    mempunyai masalah yang paling ketara dan kesilapan yang sering dilakukan ialah dari segi

    membuat pengkodan atau menulis algoritma / langkah pengiraan dengan betul, dikuti dengan

    kefahaman, transformasi pemikiran , mengaplikasi kemahiran proses dan masalah membaca.

    Dalam graf 9 kita boleh rumuskan bahawa setiap responden mempunyai masalah yang besar

    dalam PBL ini. Responden L5 dan P1 menghadapi masalah yang paling rumit kerana

    kelemahan dalam membaca menjadi punca utama kelemahan mereka dalam penyelesaian

    matematik ini. Melalui temu duga yang dilakukan , pengkaji mendapati akibat kelambatan

    pembacaan menyebabkan responden kurang fokus atau tumpuan dalam memahami konteks

    soalan. Ini juga yang menyukarkan mereka untuk berfikir dengan berkesan seterusnya

    menyelesaikan masalah dengan tepat. Berbalik kepada responden yang lain pula, mereka juga

    mempunyai masalah masing-masing terutamanya dalam memahami persoalan masalah dan

    lain-lain dan juga kurang fokus, cuai, tidak yakin dan sebagainya .

  • 7/28/2019 Pedagogi Pendidikan Kesihatan Hbhe1203(1)

    15/16

    MISSIE RAINIE ANAK MARK 810210135822001 HBHE1203

    15

    4.0 RUMUSAN

    Jika dilihat kembali kepada jadual peratusan markah yang yang diperolehi, kebanyakan murid

    hanya memperoleh skor daripada 0 hingga 4 markah ataupun 0% hingga 40% sahaja. Untuk

    soalan yang mudah, seperti soalan 1 yang merupakan soalan yang melibatkan pernyataan

    langsung seramai, 80% orang murid boleh melakukannya, walaupun 20% gagal menjawab

    dengan betul akibat kelemahan membaca yang dihadapi oleh mereka. Kelemahan dalam

    pembacaan juga menjadi suatu halangan besar kepada murid untuk mahir dalam penyelesaian

    masalah bercerita matematik.

    Masalah untuk memahami konteks penceritaan juga menjadi punca yang amat besar dan

    begitu menganggu kerana apabila sesuatu permasalah tidak difahami dengan jelas, maka

    timbul kekeliruan di minda murid-murid. Akibat dari masalah ini, wujudnya kurang

    keyakinan diri ke dalam jiwa mereka, seterusnya menyebabkan motivasi mereka dalam

    matapelajaran ini menjadi semakin rendah.

    Memandangkan penyelesaian masalah bercerita adalah berkait rapat dengan kehidupan

    seharian, maka guru juga boleh menyediakan penceritaan yang berkaitan dengan diri mereka

    sendiri dan mulakan daripada ayat paling mudah hingga ke lebih mencabar. Bimbing mereka

    membuat penyelesaian dengan langkah yang betul dan teratur. Ia juga boleh diselesaikan

    melalui perbincangan secara berkumpulan

    JUMLAH PATAH PERKATAAN :2635

  • 7/28/2019 Pedagogi Pendidikan Kesihatan Hbhe1203(1)

    16/16

    MISSIE RAINIE ANAK MARK 810210135822001 HBHE1203

    16

    RUJUKAN

    Barrows, H. 1999. Problem-based Learning (PBL). (atas talian)

    http://www.howardbarrows.com/doc/pbl.htm. (25Julai 2005).

    Burden, R. P. dan D. M. Byrd. 1994. Methods for Effective Teaching. Masachusetts: Allyn

    and Bacon.

    Diaz, D. P. dan R. B. Cartnal. 1999. Students Learning Styles in Two Dlasses Online

    Distance Learning and Equivalent On-campus. College Teaching. 47(4): 130-135.

    Graaff, E. dan A. Kolmos. 2003. Characteristics of Problem-based Learning. International

    Journal of Engineering Education. 19(5): 657-662.

    Hall, T. 2006. Problem-based Learning for Technologies. Symposium I: Curriculum

    Development. Transnational Symposium on Technical-Vocational Education and Training

    (TVET). 20-21 April.

    Kementerian Pendidikan Malaysia. 2001. Falsafah Pendidikan Kebangsaan: Matlamat dan

    Visi. Pusat Perkembangan Kurikulum.

    Khairiyah Mohd Yusof. 2005. Problem-based Learning: A Universiti Teknologi Malaysia

    Experience. Active Learning Task Force. Universiti Teknologi Malaysia. Publications.

    Khoo Yin Yin dan Zakaria Kassim. 2005. Pembelajaran Penyelesaian Masalah Secara

    Kaedah Kolaboratif dengan Pemikiran Kritis dan Kreatif di Kalangan Pelajar Tingkatan

    Enam. Prosiding Seminar PendidikanJawatankuasa Penyelaras Pendidikan Guru 2005 -

    Pendidikan untuk Pembangunan Lestari. Anjuran bersama USM dan JPPG.

    Mohd. Majid Konting. 2004.Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Dewan Bahasa dan Pustaka:

    Kuala Lumpur

    Pusat Perkembangan Kurikulum. 1991. Pembelajaran secara Konstruktivisme. Kuala

    Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

    http://www.howardbarrows.com/doc/pbl.htm.%20(25http://www.howardbarrows.com/doc/pbl.htm.%20(25http://www.howardbarrows.com/doc/pbl.htm.%20(25