2.4 Program Aktiviti Harian Untuk Prasekolah

6
2.4) PROGRAM AKTIVITI HARIAN UNTUK PRASEKOLAH Dalam merealisasikan tujuan prasekolah sebagai sebuah pusat pendidikan formal pertama kanak-kanak, setiap guru prasekolah haruslah memastikan segala program dan aktiviti yang dirancang dan dilaksanakan adalah menyeluruh serta merangkumi semua aspek perkembangan dan pertumbuhan murid dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Semasa merancang program-program aktiviti harian yang bersesuaian dengan kanak-kanak prasekolah, terdapat beberapa faktor yang perlu diambil kira oleh guru prasekolah antaranya ialah bersesuaian dengan keperluan dan perkembangan murid, kesepaduan komponen yang seimbang, aktiviti yang meliputi dalam dan luar kelas serta dibahagikan kepada aktiviti kelas secara individu dan kumpulan. Aktiviti rutin Rutin ialah kebiasaan yang dilakukan oleh guru dan murid mengikut sistem yang telah ditentukan. Contoh rutin harian ialah kanak-kanak beratur dan menyanyikan lagu kebangsaan, guru mengambil kedatangan kanak-kanak, pemeriksaan kebersihan kanak-kanak, mambaca doa pagi dun juga surah al-Fatihah. 10

Transcript of 2.4 Program Aktiviti Harian Untuk Prasekolah

Page 1: 2.4 Program Aktiviti Harian Untuk Prasekolah

2.4) PROGRAM AKTIVITI HARIAN UNTUK PRASEKOLAH

Dalam merealisasikan tujuan prasekolah sebagai sebuah pusat

pendidikan formal pertama kanak-kanak, setiap guru prasekolah haruslah

memastikan segala program dan aktiviti yang dirancang dan dilaksanakan

adalah menyeluruh serta merangkumi semua aspek perkembangan dan

pertumbuhan murid dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.

Semasa merancang program-program aktiviti harian yang bersesuaian

dengan kanak-kanak prasekolah, terdapat beberapa faktor yang perlu diambil

kira oleh guru prasekolah antaranya ialah bersesuaian dengan keperluan dan

perkembangan murid, kesepaduan komponen yang seimbang, aktiviti yang

meliputi dalam dan luar kelas serta dibahagikan kepada aktiviti kelas secara

individu dan kumpulan.

Aktiviti rutin

Rutin ialah kebiasaan yang dilakukan oleh guru dan murid mengikut

sistem yang telah ditentukan. Contoh rutin harian ialah kanak-kanak beratur

dan menyanyikan lagu kebangsaan, guru mengambil kedatangan kanak-

kanak, pemeriksaan kebersihan kanak-kanak, mambaca doa pagi dun juga

surah al-Fatihah.

Perbualan pagi

Perbualan pagi adalah bertujuan mewujudkan suasana kesediaan

kanak-kanak serta berkongsi pengalaman atau bahan cerita bersama-sama

rakan dan guru (show and tell). Misalnya guru berbincang mengenai isu

semasa, ataupun guru menerangkan aktiviti yang dijalankan pada hari itu.

10

Page 2: 2.4 Program Aktiviti Harian Untuk Prasekolah

Aktiviti Kelas

Melalui aktiviti kelas, guru akan melaksanakan aktiviti yang telah pun

dirancangnya dari awal lagi. Aktiviti ini merangkumi penerangan dan juga

pemberian maklumat oleh guru, aktiviti bercerita, membuat aktiviti fizikal di

dalam dan di luar kelas serta membuat lawatan di sekitar sekolah atau juga

lawatan luar.

Aktiviti Kumpulan

Sewaktu aktiviti kumpulan, kanak-kanak dibahagikan kepada

kumpulan kecil untuk menjalankan aktiviti yang sama secara serentak

misalannya membentuk doh, bermain pondok, bermain bongkah kayu dan

sebagainya. Jika perlu, kanak-kanak boleh bertukar aktiviti selepas tempoh

yang ditetapkan. Manakala kanak-kanak yang belum siap atau bersedia

boleh dibenarkan menjalankan aktiviti itu lagi.

Aktiviti Individu

Dalam aktiviti individu, kanak-kanak akan menjalankan aktiviti

bersendirian dengan pengawasan guru. Contoh aktiviti individu ialah melukis,

mewarna, melakar, menyusun kad, membaca dan sebagainya. Murid juga

akan mendapat perhatian guru secara persendirian atau personal bagi

membuat pengukuhan.

Rehat

Setelah selesai membuat pengajaran dan pembelajaran serta

menjalankan pelbagai aktiviti, kanak-kanak perlu diberi rehat yang

membolehkan mereka mendapat dan menikmati makanan berkhasiat serta

seimbang di samping menerapkan nilai-nilai murni dalam diri kanak-kanak

seperti membaca doa sebelum dan selepas makan, mengemas bersama-

sama selepas makan, mambasuh tangan dan juga menggosok gigi. Selepas

makan, jika masih ada kelapangan, kanak-kanak boleh menjalankan aktiviti

11

Page 3: 2.4 Program Aktiviti Harian Untuk Prasekolah

bebas secara senyap seperti melihat buku bergambar, bermain komputer

atau mendengar muzik yang perlahan.

Aktiviti Penamat

Pada akhir waktu tamat kelas prasekolah, guru akan bersama kanak-

kanak duduk berkumpul untuk melaksanakan aktiviti perbualan untuk

merumuskan apa yang telah dipelajari dan pengalaman kanak-kanak

sepanjang hari tersebut. Guru juga akan mengarahkan kanak-kanak supaya

memeriksa keadaan kelas sekiranya masih belum kemas, kanak-kanak akan

mengemas barang-barang yang telah mereka gunakan. Selain itu, guru juga

akan menyampaikan pesanan mengenai perkara-perkara yang perlu

dilakukan semasa di rumah dan juga bahan yang perlu dibawa keesokan

harinya.

12

Page 4: 2.4 Program Aktiviti Harian Untuk Prasekolah

Cadangan-cadangan tambahan

Menjalankan aktiviti permainan pasir dan air yang boleh membantu

merangsang imaginasi tinggi kanak-kanak di samping dapat

mengembangkan perkembangan kognitif kanak-kanak. Aktiviti ini boleh

dijalankan sama ada secara berkumpulan ataupun individu.

Membuat aktiviti yang bercirikan kreativiti dan estetika seperti permainan

boneka, teater dan drama, nyanyian dan tarian yang dapat memupuk

minat kanak-kanak dalam kesenian dan kebudayaan. Melalui aktiviti ini

juga, bakat dan potensi kanak-kanak dapat dicungkil dan dikembangkan

lagi oleh guru. Kanak-kanak juga dapat didedahkan dengan jenis-jenis

kesenian dan kebudayaan di Malaysia serta dunia.

Permainan pondok, membuat doh dan juga bermain bongkah kayu turut

merangsang perkembangan kognitif kanak-kanak. Di samping itu, aktiviti

ini yang jika dijalankan secara kumpulan dapat membantu kanak-kanak

dari aspek perkembangan sosialnya. Mereka akan mula berinteraksi dan

belajar bagaimana untuk bekerjasama, bertolak ansur dan menghormati

orang lain melalui aktiviti yang dijalankan.

Permainan fizikal juga adalah amat penting dalam membantu kanak-

kanak. Setiap pagi sebelum memulakan pembelajaran dan juga selepas

waktu makan, kanak-kanak akan dibenarkan bermain di taman permainan

yang dapat membantu perkembangan fizikalnya. Aktiviti ini adalah satu

kemestian setiap hari kerana kanak-kanak yang lazimnya suka bermain

akan berasa bosan apabila aktiviti yang dijalankan hanyalah berbentuk

ilmiah. Pengawasan guru juga adalah perlu untuk menjaga keselamatan

kanak-kanak.

13