24677126 Hudud Cabaran Perlaksanaan Dan Ian

download 24677126 Hudud Cabaran Perlaksanaan Dan Ian

of 13

Transcript of 24677126 Hudud Cabaran Perlaksanaan Dan Ian

HUDUD : CABARAN, PERLAKSANAAN DAN PENYELESAIANPENDAHULUAN :Sistem perundangan adalah himpunan, kaedah dan hukum-hukum yang berkat rapat dengan hakimnya iaitu ketua negara ( ) yang merintah. Jadi apabila Islam itu mempunyai system perundangannya yang tersendiri maka pasti di sana ada muqawwimat asas-asasnya yang tersendiri,mempunyai pemimpin yang arif,taat kepada perintah Allah dan melaksanakan undang-undang Allah swt.

Ketidak arifan pemimpin negara umat islam, tentang agamanya, hukum-hukum tuhannya yang wajib dilaksanakan justeru timbulnya pengabaian dan penolakan. Sebagai contoh hukum hudud menjadi isu yang dagang dan hanya dilaungkan oleh golongan ulama sahaja .Lebih jauh dari itu,ianya dipermainkan oleh golongan yang jahil tentang agamanya () - kupasan ringkas berhubung hukum hudud ini nanti mudah-

mudahan dapat membangkitkan kesedaran umat tentang hukum hudud ( )itu adalah hak Allah yang wajib dilaksanakan apabila cukup syarat-syaratnya. BENTUK-BENTUK HUKUMAN () Hukuman menurut syariat Islam adalah empat : i) ii) iii) iv) Hudud Qisas Diat Tazkir

PENGKHUSUSAN DALAM HUKUMAN HUDUDHUDUD:Adalah merupakan hukuman yang setimpal dengan kadar jenayah hudud

Yang dilakukan.Hukumanya adalah wajib.Sebagaimana kata para fuqaha ia adalah hak Allah Taala.Manfaatnya bersifat umum tidak dikhususkan kepada seseorang individu. ( ,

)Bagi melahirkan rasa tanggungjawab yang tinggi untuk kesejahteraan seluruhnya dan tidak bersifat menzalimi,oleh itu tidak harus disekat menjalankan hukuman ini (

)setelah sabit kesalahan dihadapan hakim sekalipun mendapat keredhaan dariyang dianiaya ( ) kerana ia adalah hak Allah iaitu hudud.1

HUKUM-HUKUM YANG DISANDARKAN DALAM HUDUDMenurut Ibn Hajar Al Asqalani dan lain-lain ulamak zaman kini seperti Sheikh Muhammad Abu Zahrah dan lainnya bahawa hukuman yang menjadi ijma` di dalam hudud dan tidak ada khilaf sedikit pun, ini telah sabit nas-nas qat`I yang sorih daripada Al-Quran dan As-Sunnah ialah: i) SARIQAH ( )mencuri , mengambil secara sembunyi harta,barang daripada jagaan atau milikkan tuannya dari tempat simpanannya , dimana perbuatan tersebut dilakukan dengan niat untuk menghilangkan harta itu daripada milikan dan jagaan tuannya. Hukumnya telah ditetapkan oleh Allah dengan firmannya yang berbunyi:

(39-38: )

)83( 39))

``Pencuri lelaki dan pencuri perempuan , potonglah tangan keduanya sebagai balasan perbuatannya dan untuk untuk pengajarann yang dapat mencegah dari Allah.Dan Allah itu maha kuasa lagi maha bijaksana .Maka barangsiapa yang bertaubat selepas melakukan kejahatan dan melakukan kebaikan nescaya Allah menerima taubatnya.Sesungguhnya Allah itu maha pengampun lagi maha penyayang.``1

1 151 ? 2 ?

Hadis-hadis Nabi saw juga ada menjelaskannya ,diantara sabda Rasulullah saw kepada Usamah bin Zaid berhubung memohon syafaat supaya tidak dipotong tangan pencuri bangsawan (golongan ternama). Sabdanya berbunyi :

: () ``Adakah engkau meminta syafaat dalam perkara hukum hudud Allah?Kemudian Rasulullah saw bangun berkhutbah :Wahai manusia ! Sesungguhnya binasalah orangarang yang lebih dahulu daripada kamu kerana tindakan mereka,apabila orang bangsawan mencuri mereka biarkan,dan aoabila orang lemah(miskin)mencuri mereka jatuhkan hukuman had.Demi Allah sekiranya anakku Fatimah binti Muhammad mencuri nescaya aku potong tangannya.``(Muttafaqun Alaih) ii) ZINA : Melakukan kesalahan persetubuhan antara lelaki dan perempuan tanpa

nikah, tidak termasuk wati`syubhah dan milik. Hukumannya disebat, rejam dan taghrib Hukumannya mengikut dua keadaan orang yang melakukan kesalahan: MUHSAN ( ) yang telah berkahwin dengan perkahwinan yang

1)

sah,maka hukumannya ialah direjam sehingga mati.Dalilnya firman Allah Taala yang dinasakh bacaannya tetapi diteruskan hukumnya iaitu:

``Orang yang telah berkahwin lelaki dan perempuan apabila berzina maka rejamlah sahaja keduanya itu``.

. : ,

, : . . ) ( : : , Dari Imran bin Hussin r.a seorang perempuan dari kabilah Jahinah datang menghadap Rasulullah saw dalam keadaan mengandung atas perbuatan zina dia berkata:Wahai Nabi Allah! Saya telah mengenai hukum had.Maka lakukanlah terhadap saya .Lalu Rasulullah saw memanggil walinya seraya bersabda:Berlaku baiklah kepadanya ,apabila dia telah melahirkan anaknya bawalah dia kepadaku.Lalu walinya melakukan apa yang telah diperintahkan .Maka diperintah supaya diperkemas pakaiannya kemudian diperintah supaya direjam(sehingga mati).Kemudian Rasulullah saw menyembahyangkannya jenazahnya .Maka berkatalah Umar ra adakah engkau telah telah menyembahyangkannya wahai Rasulllah padahal dia telah berzina,lalu Rasulullah telah bersabda : Sesungguhnya dia telah bertaubat, andai dibahagikan taubatnya itu di kalangan tujuh puluh orang penduduk Madinah,nescaya luas untuk mereka, adakah kamu sendiri dapati lebih baik dia bersikap baik kepada Allah dengan menyerah diri kepada Allah s.w.t.: (Riwayat Muslim) Hadis ini secara jelas mensabitkan hukum bagi orang yang telah berkahwin melakukan zina. ii) BELUM BERKAHWIN( ) orang yang belum berkahwin secara sah.Firman Allah swt:

2: ) (2))

3 , , ............ Ambillah kamu daripadaku,ambillah kamu daripadaku (hukuman di atas perempuan yang berzina ) sesungguhnya Allah telah mengadakan untuk mereka jalan keluar iaitu penzina teruna dengan dara disebat seratus kali dan dibuang negeri setahun. Taghrib: Makna: Duhukum buang negeri bagi penzina ke negeri lain. Berlaku perselisihan pendapat dikalangan ulama`mewajibkan bagi mereka sebatan. Imam Al-Hanafiah: Tidak dihukum buang negeri dan sebat kecuali apabila pemerintah (imam) merasakan perlu untuk maslahah, maka perlu dikenakan tazkir tetapi tidak dijatuhkan hukum had.Inilah juga pendapat yang diberikan oleh mazhab Zaidiah. Imam Al-Hanabilah dan Imam As-Syafieyyah: Mesti dikenakan taghrib bagi penzina yang belum berkahwin )) selama setahun bersama sebatan samada lelaki ataupun perempuan. Imam Malik : Dikenakan taghrib bagi lelaki sahaja dan tidak bagi perempuan, pendapat ini sama dengan pendapat Al-Auzaie `)) Liwat juga termasuk dalam mafhum zina menurut Jumhur seperti Malikiyyah, Syafieyyah, Hambaliyyah, Abi Yusuf , Muhammad Syahibi dan Abi Hanifah. Hukuman bagi mereka yang melakukannya sama seperti hukuman zina.

: : - - ,

, :

Menurut Imam Ibnu Taimiyyah:Sebenarnya apa yang telah disepakati oleh para sahabat:Sesungguhnya dihukum bunuh kedua-duanya iaitu Al-A`la dan Al-Asfal iaitu pelaku dan yang kena laku sama ada keduanya Muhsyan atau Ghir Muhsyan,sesungguhnya Ahli Sunan meriwayatkan dari Ibnu Abbas r.a dari Nabi (saw) bersabda :barangsiapa mendapati mereka melakukan amalan kaum Luth maka bunuhlah yang melakukannya dan yang kena laku. iii) QAZAF Dari segi syarak-Tuduhan melakukan zina.2 Iaitu menuduh seseorang dengan berzina tanoa saksi. Dengan memanggil:Wahai penzina lelaki atau penzina perempuan.Hukumannya adalah lapan puluh sebatan. Hukum yang telah ditetapkan oleh Allah menerusi firmannya ialah: 4))

(4:) Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan terhadap perempuan-perempuan yang terpelihara kehormatannya kemudian mereka tidak membawa empat orang saksi maka sebatlah mereka lapan puluh kali sebatan dan janganlah kamu menerima kesaksian mereka selamanya kerana mereka adalah orang-orang fasiq. (Surah An Nur ayat 4)

4-365-364? 2? ? 3 ? 371 \-471 -5 4 ? ? 7 ? 43 \ -6 335-334 ? 28 ? 2

Nas tersebut warid bagi mihsyonat tetapi hokum tersebut juga sabit bagi muhsyinin menurut ijma` fuqaha` Syarat wajib hokum Qazaf : 1- 2 Syarat Al-Ihsan : 1- 2- 3- 4- 5- Menurut Jumhur al-fuqaha` Disisi Dzohiriyyah: Islam bukan syarat Ihson ) )barangsiapa menuduh Zimmiyyah melakukan zina,wajib dijatuhkan hokum had sebagaimana hukuman menuduh muslimah . Berdalilkan firman Allah swt: 8

iv). SYURB () Meminum arak atau apa juga minuman yang memabukkan. Hukumnya sabit dengan amalan Nabi s.a.w yang menjatuhkan hukuman sebat sebanyak 40 kali dan saidina Umar menambah 80 kali .

.) ( : .......... Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a bahawa seorang lelaki telah sabit meminum arak telah dibawa mengadap s.a.w lalu dijatuhkan hukuman sebat sebanyak 40 kali dengan pelepah tamar. Kata Anas begitulah juga yang dilakukan oleh Abu Bakar .Apabila zaman8

216 ? 8 ? ? 3 ? 863 /

khalifah Umar beliau telah bermusyawarah dengan para sahabat lalu berkatalah Abdul Rahman bin Auf.Jdikan seringan- ringan hudud itu 80 kali sebatan .Lalu Umar memerintah supaya hukuman itu dikenakan.(muttafaqun alaih) .

: ? , , , 9v) HIRABAH Merampas harta ( ) orang lain dengan kuasa kekerasan atau ugutan secara keras oleh seseorang atau kumpulan yang bersenjata atau alat yang boleh dijadikan senjata . Hukumannya ditetapkan oleh Al-quran ,iaitu firman Allah taala :

)33( )43( 34-33

-

Sesungguhnya balasan terhadap orang orang yang memerangi Allah dan Rasulnya dan membuat angkara di muka bumi tiada lain dari dibunuh atau disalib atau dipotong tangan dan kaki mereka secara sebelah yang berlainan atau di buang negeri,Ini adalah sebahagian penghinaan untuk mereka di dunia dan di akhirat mereka beroleh siksa yang sangat besar . (Al-Maidah 33-34) vi) MURTAD Dari segi bahasa : ( ) yang kembali sepenuhnya . Dari segi syara :( . ) Iaitu kesalahan yang dilakukan oleh seseorang Islam yang mukallaf dengan membatalkan Islam dan imannya : ( ) \ dengan keluar dari agama Islam sama ada dengan perkataan atau perbuatan ,adapun hati terserah kepada Allah Swt.Hukumannya ialah

9

227-226 ? 28 ?

dibunuh hingga mati setelah diberi peluang bertaubat dalam tempoh tertentu. Dalilnya sabda Rasulullah (saw): - `` Sesiapa yang menukarkan agamanya (Islam ) maka bunuhlah ia. (Riwayat Al- Bukhari dan Abu Daud) ": , . , . , , "" :

TAMBAHAN: Walaupun para ulamamenyenaraikan sehingga 17 perkara yang dinamakan kesalahan hudud tetapi enam perkara yang digariskan di atas tidak boleh dipertikaikan dengan Ijma(sepakat para ulama semua mazhab ) kerana ia telah disorihkan dengan nas-nas yang nyata dan qati.Adapun yang selebihnya termasuk di dalam perkara khilafiah. PERLAKSANAAN: Perlaksanaanya mestilah bersifat menyeluruh tanpa sebarang sekatan dan batasan.Tanpa ragu-ragu di atas kebenaran hokum. PERLAKSANAAN HUDUD : WAJIB MELAKSANAKAN HUDUD 105)) -105 Sesungguhnya kami telah menurunkan kepadamu (Ya Muhammad saw) akan kitab (Al-Quran ) dengan sebenarnya supaya menghukum manusia dengan apa yang telah dinyatakan oleh Allah maka janganlah kamu jadi pembela kepada orang-orang yang khianat. Di dalam ayat yang lain Allah berfirman:

-2 : Dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap kedua-duanya (yang melakukan zina ) itu dalam melaksanakan hukum Allah jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari Akhirat. (Surah An Nur ayat 2) Setiap Muslim yang beriman dan berpegang teguh dengan ajaran Al-Quran dan Hadith sudah tentu tidak timbul masalah keraguan di dalam melaksanakan hudud. Keraguan ini lahir apabila keimanan itu masih ditahap peralihan.Kita tidak menafikan begitu ramai para ulamayang arif dalam bidang agama tetapi mengapa apabila hudud diperkatakan pertikaian timbul dikalangan ulama.Di manakah wibawa para ulama sekarang ? Apa yang terbaik ialah membuat kajian secara mendalam dengan mengadakan muzakarah,pengumpulan bahan ,merujuk kepada ulama-ulama muktabar bukan dengan mempertikaikan hukum melaksanakannya.Namun apa yang lebih menyedihkan lagi apabila sebilangan besar yang mempertikaikannya tidak arif masalah hudud.Fenomena inilah yang menyebabkan sistem perundangan Islam sukar untuk dilaksanakan di negaranegara umat Islam. Ibnu Qayyim menegaskan lagi : : , , , , , , "

Inilah tempat tergelincirnya pendirian ,kesesatan fahaman ,tempat berlakunya kepincangan ,dan membawa kesukaran ,di mana adanya golongan yang melampaui batas lalu membatutkan hudud,mengabaikan keadaan (hak),menggalakkan orang-orang yang suka melakukan maksiat berani melakukannya ,menjadikan hukum syariat terhad hingga tidak boleh membawa maslahat kepada hamba Allah dan menjadikan hokum syariat itu berhajat kepada yang lain. Orang-orang Yahudi di zaman Rasulullah (saw) telah berusaha untuk melepaskan diri daripada hukum hudud kerana tidak sesuai dengan diri mereka.Secara kebetulan hudud yang terdapat di dalam Al-Quran sama dengan apa yang terdapat di

dalam kitab taurat,lalu Rasulullah menjatuhkan hukuman dengan apa yang terdapat di dalam kitab taurat.Hujjah ini menjadi alasan kepada para ulama untuk menyerahkan kepada orang bukan Islam supaya menggunakan undang-undang mereka. Mazhab Maliki telah menyebutkan secara mutlak 11 hukum had,inilah yang dinamakan siasah syariyyah. Allah berfirman kepada orang-orang Yahudi: . Diserahkan kepada penganut agamanya menurut Imam Malik dan orang Islam dijatuhkan

42)) 42

Janganlah kamu mencampuradukkan kebenaran dan kebatilan dalam keadaaan kamu menyembunyikan kebenaran padahal kamu mengetahuinya. (surah Al-Baqarah ayat 42) Firman Allah lagi :

44

Maksudnya ; Barang siapa yang tidak menghukum munurut apa yang diturunkan Allah ,itulah orang-orang yang kafir. ( surah Al-Maidah ayat 44). HUDUD DAN SIASAH SYARIYYAH Perkataan siasah syariyyah daripada bahasa Arab iaitu masdar daripada perkataan (. ),,Maksudnya mentadbir atau memimpin. Menurut istilahnya pula ialah urusan mentadbir negara,memrintah dan memimpinnya ,manakla dalam bahasa sekarang ini disebut politik . Di sini jelas menunjukkan politik asalah sebahagian daripada Isalm menurut nas AlQuran, hadis-hadis Rasulullah dan ijma para ulama. Justeru itu ia menjadi sebahagian daripada ilmu fiqh Dalam hubungan ini perlu ada garis-garis khusus dalam membezakan teori ciptaan manusia dengan siasah Islamiyyah yang hakiki.Ibnu Qayyim , Ibnu Al-Jauriyyah r.a menegaskan dalam kitabnya Al-sarq hakimiyyah Al-sarq Alhakamiyyah Fi siasah Al Syariyyah :

11

284-?, 4 -?

.

: . , , : , Berkata seorang ulama dalam mazhab Syafei tiada siasah melainkan apa yang menepati syara. Ibnu Aqil menegaskan : Siasah itu ialah apa sahaja perbuatan yang mana manusia yang bersamanya lebih hampir kepada kebaikan dan menjauhkan mereka daripada kefasadan .Sekalipun Rasulullah tidak menyatakannya, dan wahyu berhubung dengan nya tidak diturunkan . Jika engkau bermaksud dari perkataan : melainkan apa yang menepati syara.Itu: tidak menyalahi apa yang diucapkan oleh syara . Maka katakata itu benar .Dan jika engkau bermaksud :tidalah siasah itu melainkan apa apa yang diucapkan oleh syara maka kata-kata-itu salah dan menyalahkan para sahabat yakni dalam beberapa tindakan mereka. Sesungguhnya maqasid Islam itu adalah istiqra dari nas-nas syara bagi mentahqiqkan kemaslahatan hambanya dan menolak kerosakan dan kemudharatan yang berlaku sebagai satu proses kesejahteraan dan kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat.Konsep suci ini telah banyak dikupas oleh ulama-ulama agung Islam antaranya Al-Imam Al-Iz Ibnu Abd As-Salam : "12"" : Menurut Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah:13

Salah seorang anak muridnya yang masyhur iaitu Al-Imam Ibnu Al-Qayyim AlJauziyyah menyatakan:: 14

Dibentangkan Oleh : Al Fadhil Ustaz Sis Mahmud Tarikh Tempat Anjuran : Oktober 24, 1995 : Dewan Kamsis Iskandariah : Unit Pengetahuan DPMI 94/95

HAK CIPTA TERPELIHARA TIDAK DIBENARKAN MENERBITKAN SEMULA BAHAN INI DALAM APA JUA BENTUK SEKALIPUN, MELAINKAN SETELAH MENDAPAT KEIZINAN MANHAL PMRAM. HARGAILAH PENGORBANAN ORANG LAIN YANG BERTUNGKUS LUMUS MENYIAPKANNYA. MENCETAK SEMULA DAN MENERBITKANNYA DALAM APA JUA BENTUK SEKALIPUN DIANGGAP SEBAGAI JENAYAH DAN DIKIRA BERCANGGAH DENGAN SYARIAH ISLAM. MANHAL PMRAM 2000