24700161 Sejarah Seni Ukiran Melayu

download 24700161 Sejarah Seni Ukiran Melayu

of 4

Transcript of 24700161 Sejarah Seni Ukiran Melayu

  • 7/29/2019 24700161 Sejarah Seni Ukiran Melayu

    1/4

    A. Pengenalan

    1. Zaman Prasejarah

    Catatan sejarah dari penemuan batu di zaman neolitik di Asia Tenggara merupakan tanda awal terdapatnyatukang, pandai ukir atau pengukir di alam Melayu. Ini terbukti dengan penemuan belanga, gelang, kendi,pinggan mangkuk dan sebagainya berhiaskan ukiran yang sederhana. Menurut R. O. Winsted; their chiefinterest lies in their divesity of from simple incised pattern.Selain dari itu, terdapatnya ukiran motif bungateratai pada tembikar yang di jumpai di Sungai Johor, Kota. (Mustafa Mohammed,1982: 87). Penemuan artifak-artifak yang diperbuat dari batu dan tanah menyokong keberadaan seni ukiran telah wujud di alam Melayu.Kegiatan harian masyarakat melayu berkonsepkan hidup untuk hari ini. Penggunaan alat keperluan harian sepertikapak, beliung, kuku kambing, kukuran, tugal dan perahu yang dihiasi dengan motif ukiran adalah bukti yangkuat tentang kewujudan seni ukir. Di samping menjadikan alat tersebut sebagai senjata dan keperluan harianmereka, perkakas tersebut juga di percayai mempunyai kuasa-kuasa ghaib dan motif-motif binatang memberikanlambang dan makna dalam kepercayaan. (Siti Zainon Ismali, 1985: 31).Bukti lain seperti tembikar di Gua Chadi Kelantan dan Bukit Tengku Lembu di Perlis, merupakan bukti sejarah terhadap keahlian para tukang Melayudalam menggabungkan kehidupan lahiriah dan batiniah. Walaupun pada awalnya hanya untuk kegunaan hariansemata tanpa kedua aspek tersebut, namun keindahan dalam rekabentuk dan ragam hias serta coraknyamenggambarkan ianya berkembangan selaras dengan fungsi gunaan.Kepercayaan animisme dan dinamisme yangmasih diamalkan dengan sangkaan bahawa setiap benda mempunya jiwa roh dan tenaga. Kedua-dua

    kepercayaan ini sukar dibezakan kerana ianya terjadi serentak. (Mahayuddin Yahaya, 1998: 108). Oleh yangdemikian, bentuk-bentuk motif dan corak sangat mempengaruhi ukiran mereka. Motif yang berasaskan unsur-unsur binatang bernyawa adalah merupakan ciri-ciri ukiran awal di alam Melayu. (Zulkifli Hanafi, 2000: 2).Unsur pemujaan terhadap roh dan kuasa ghaib atau juga kepercayaan kepada setiap benda yang mempunyaikuasa sakti merupakan gambaran terhadap hasil ciptaan karya masyarakat zaman ini. Banyak sifat-sifatpenyembahan menjadi amalan dalam kehidupan mereka. (Wojowarsito, R., 1954: 40). Dari bukti diatas jelasmemberikan gambaran kepada kita tentang keberadaan dankewujudan ukiran telah lama berkembangan sebagaisatu kegiatan masyarakat zaman dahulu.

    2. Zaman Hindu-Buddha

    Pengaruh Hindu-Buddha yang tersebar dialam Melayu merupakan dampak yang kuat mempengaruhi adat resammasyarakat Melayu. Bermula dari abad pertama hingga abad ke-14. Sebelum kedatangan Islam, masyarakat

    tempatan banyak dipengaruhi oleh kebudayaan Hindu-Budha (1-10 AD. Kerajaan Langkasuka), Sri Vijaya,Sumatera (5-14 AD), Majapahit (13-15 AD) dan Melaka (15-16 AD) yang telah bertapak di KepulauanNusantara meresapi kebudayaan tempatan. (Sarah Arney, 1987: 22-23). Hasil pertembungan dua budaya ini,berlakulah proses asimilasi dan berlakulah penyesuaian budaya dalam masyarakat setempat. Banyakkepercayaan Hindu-Budha digunakan dalam masyarakat Melayu, misalnya dalam bahasa, adat istiadat,perbomohan, seni bina dan yang sangat menonjol adalah dalam seni ukiran kayu Melayu. Perkembangan lainmempengaruhi kesenian dan kebudayaan di zaman ini adalah dalam bidang kesusasteraan Melayu. MisalnyaHikayat Sri Rama, Hikayat Pendawa Lima, Panji Semirang dan lain-lain yang disadur dari pengaruh Hindu-Budha. Kesan pengaruh kebudayaan Hindu-Budha yang telah bertapak dan berada dialam Melayu sejak abadke tujuh lagi. Lembah Bujang di Kedah, adalah bukti awal terdapatnya kerajaan Melayu lama yang tertua diSemanjung Tanah Melayu dan juga agama Hindu-Budha pernah menjadi agama rasmi di alam Melayu. KerajaanSri Wijaya, Kerajaan Temasik Lama, Gangga Negara di Perak. Semua kerajaan Hindu-Buddha tersebut telahmempengaruhi dan memberi kesannya terhadap senibina rumah tradisional Melayu awal yang sangatdipengaruhi oleh senibina candi. (Abdul Halim Nasir dan Wan Hasyim, 1997: 33). Pengaruh Hindu-Budha

    mengamalkan konsep dewaraja yang mana raja dikaitkan dengan keturunan dewa atau kayangan. Rajamempunyai kedudukan yang mulia dan dianggap tidak berdosa walaupun sebaliknya. Pengaruh ini memberikesan kepada hasil karya seni masyarakat Melayu yang biasanya diciptakan untuk memenuhi manifestasispiritual dengan tujuan persembahan dan pengabdian kepada raja atau dewa mereka. Motif flora dan fauna jugabanyak dijelmakan dalam ukiran di zaman ini. Motif bunga tanjung dan teratai dikatakan sebagai lambangketuhanan dan kealaman hasil dari pengaruh India-Purba semasa pemerintahan Hindu di Ligor ( Ligar ) danLangkasuka.[i] Motif binatang bernyawa juga digunakan sebagai perantaraan tuhan dan manusia dalam ukiran kayuMelayu. Ada juga di anggap penyambung kasih bagi orang India dan Arab dengan jelmaan motif ikan. (SitiZainon Ismail, 1995: 26). Pengaruh dan pertembungan pengaruh ini masih lagi wujud dan diamalkan dalammasyarakat Melayu tradisional hingga sekarang. Misalnya dalam perkembagan motif kosmos, haiwan, tumbuh-tumbuhan ( flora ) yang merupakan kewujudan yang masih kuat mempengaruhi perkembangan seni ukkiran padahari ini. Motif-motif ini akan distilasikan sesuai dengan ajaran dan anutan pada zaman Islam.

    3. Zaman Islam

  • 7/29/2019 24700161 Sejarah Seni Ukiran Melayu

    2/4

    Pertentangan pendapat masih berlaku antara sejarawan timur dan barat tentang tarikh sebenar kemasukkan dankedatangan Islam di Nusantara. Setengah memperkirakan sekitar abad pertama lagi semasa Nabi SAW masihhidup, ada juga abad ketujuh, begitu juga pendapat yang mengatakan bermula dari abad kelapan dan sembilanlagi. Namun banyak sejarawan bersetuju dengan pendapat yang mengatakan kedatangan Islam ke alam Melayudibawa dan disebarkan dari India oleh pedagang Arab, Gujerat dan Malabar. Kenyataan ini dibuat oleh Pijnapel,profesor dari Universiti Leiden, Belanda. (Dr. Ismail Hamid, 1985: 17). Bukti kedatangan Islam ini diperkuat

    dengan penemuan batu nisan Maulana Malik Ibrahim di Gresik (Jawa Timur) bertarikh 1424 oleh J.P. Moquettepada tahun 1921. Batu nisan ini mempunyai persamaan dengan batu nisan yang dikeluarkan di Cambay, Gejerat.Pendapat ini digunakan juga oleh sejarawan lain misalnya G.H. Bousquet, B.H.M. Vlekke dan J. Gonda danbeberapa sejarawan barat dalam meneliti teori kedatangan Islam di alam Melayu. (S.Q.Fatimi, 1963:32).Penemuan yang berupa artifak-artifak oleh ahli arkeologi di beberapa kawasan di Tanah Melayu merupakanbukti kesan tinggalan sejarah yang dapat penyokong pengaruh Islam di dalam seni ukiran Melayu. Kewujudannegeri terawal menerima pengaruh ini dapat di buktikan menerusi artifak, batu nisan dan batu bersurat sertacatatan sejarah pengembara Cina, Arab dan Portugis.[ii] Batu Bersurat di tebing Sungai Tersat, Kuala Brang, Terengganu yang bertarikh awal kurun ke-14, dan batunisan Acheh yang ditemui di beberapa tempat, misalnya di negeri Perak, Pahang, Terengganu, Johor, Kedah,Perlis dan Selangor yang berukir dengan bentuk tulisan khat unik yang sangat menarik juga menjadi buktitentang seni ukiran di alam Melayu. Selepas kedatangan dan bertapaknya Islam di alam Melayu, membawa saturupa baru dalam pandangan dan penerimaan kepada penganut agama tersebut. Pandangan Sidi Gazalba dalammenggariskan beberapa kesenian yang menerima pengaruh Islam antaranya :

    a. Kesenian ;1. Seni Tari: disampaikan melalui mimik, pantomin dan gaya2. Seni Drama : unsur-unsur Islam di terapkan3. Seni Suara / Nyanyian: termasuk suara dan kata-kata indah4. Deklmasi : kata-kata yang diucapkan dengan tidak berlagu5. Seni Masakan6. Seni kecantikan : bahan-bahan kosmetik

    b. Seni Tampak ( Visual )1. Seni Lukis : dalam bentuk garisan, ruang dan warna2. Seni Arca ( Seni Ukir ): di hasilkan di atas logan, batu dan kayu3. Seni bina : bangunan dan bentuk

    4. Seni Hias : perhiasan dan dandanan.

    Oleh kerana agama Islam yang telah mendapat tempat dalam budaya dan masyarakat Melayu, nilai-nilai danagama mula digabungkan ke dalam kehidupan seni mereka. Seni ukiran juga telah mendapat perhatian. Kesandan unsur ajaran yang bertentangan atau bercanggah dengan ajaran dan adat resam Melayu telah mula dilenyapkan. Dalam ukiran Melayu, motif yang berunsurkan binatang ( fauna) mula disamarkan dan sedikit-sedikitmula dihilangkan dalam karya seni ukiran mereka. Islam juga melarang umatnya membentuk, membuat danmeniru motif yang bernyawa atau makhluk hidup dalam sebarang motif atau ukiran mereka. Misalnya motif itikpulang petang, naga, badak mudik, ayam berlaga dan lain-lain yang telah diubah dan disesuaikan agar ianyatidak bertentangan dengan ajaran agama Islam.Adalah tidak wajar jika tidak disentuh tentang kewujudan seniKhat ( Kaligrafi ) apabila kita membicarakan kegemilangan dan pengaruh Islam di alam Melayu. Seni Khatmerupakan kesan yang kuat dalam pengaruh kesenian Islam. Perkembangan ini jelas di gambarkan pada hiasanukiran-ukiran di dinding serta bangunan tempat kediaman khususnya memperlihatkan ciri-ciri tamadun Islam dialam Melayu. Tulisan dan kalimah dengan diukir atau ditulis dengan tulisan khat menghiasi penjuru dan tempattertentu sebagai memuji kebesaran Allah SWT. Kalimah-kalimah syahadat Allah., Muhammad, Basmallah danpetikan surah ayat-ayat dari Al-Quran dijelmakan dalam pelbagai bentuk tulisan khat seperti Kufi, Farsi,Daiwani ( Diwani ), Tuluth, Naskhi ( Nashk ), Andalusia, Qairawani dan sebagainya. Namun begitu, tulisan khatDiwani dan tuluth merupakan yang sangat popular dalam masyarakat Melayu. Di samping tulisan dankesusasteraan, ukiran juga dikembangkan dengan gabungan motif flora dan kaligrafi. Agama Islam memberikanpengajaran yang baik dalam kehidupan harian dengan ajaran TauhidNya berpandukan Al-Quran dan Hadis sertaSunnah.Maka masyarakat melayu mula memberikan perhatian kepada fungsi hiasan motif gabungan tersebut dalamusaha mentauhidkan Allah dengan memenuhi sarana peribadatan mereka. Tidak hairanlah ukiran kaligrafi dalampelbagai jenis menghiasi masjid dan rumah-rumah mereka serta istana raja-raja Melayu waktu itu yangsenibinanya dari bahan utamanya kayu.Untuk itu hampir keseluruhan senibina awal banyak dihiasi dengantulisan khat. Masjid-masjid dan rumah kediaman masyarakat Melayu Islam tidak ketinggalan menerimapengaruh ini. Kaligrafi ini diukir atau ditulis pada pintu, jendela dan tempat-tempat tertentu yang memberi kesan

    kepada penganutnya tentang keEsaan Allah SWT. Ukiran Khat samada digabungkan dengan motif flora ataupuntulisan kaligrafi itu sendiri dapat dilihat, misalnya Mimbar Masjid Kampung Laut Kelantan, Istana Balai Besar,Kelantan, Komlpek Makam Banggul, Kelantan. Mimbar Masjid Lama Paloh, Ipoh, Mimbar Masjid Sebatu

  • 7/29/2019 24700161 Sejarah Seni Ukiran Melayu

    3/4

    Melaka. Begitu juga dengan beberapa istana raja Melayu lama, seperti Istana Sri Menanti, Istana Kenangan,Perak, dan rumah tempat kediaman di Semenanjung Malaysia.Kesultanan Melayu Melaka.maka Bendahara dan Temenggong pun membangunkan istana tujuh belasruangan, maka diperbuatnya istananya bertingkat tujuh terlalu indah-indah, Hang Tuah berbuat dua tingkat,

    Hang Jebat, Hang Kasturi mengukir dua, dan Tun Mamat, Tun Lekiu dan Tun Lekir, Hang Kamari keranaorang tujuh itulah yang bijak mengukir. ( Hikayat Hang Tuah ) sulur dan batangnya merah berukiran

    setangkai awan.. ( Hikayat Hang Tuah ).Petikan di atas menjelaskan tentang seni ukir yang telah lama menetap dan bertapak di alam Melayu.

    Kedatangan Islam pada abad ke-14 memberikan kesan yang amat dalam kepada perkembangan seni ukiranMelayu. Istana Hawa Nafsu atau Mahligai Hawa Nafsu yang menjadi singgahsana Sultan Mansur Shah (1459-1477) sebagai pemerintah kerajaan Melayu Melaka seperti mana di tulis dalam Sejarah Melayu ( Sulatus Salintin) oleh Tun Seri Lanang pada abad ke-17. Istana ini di jelaskan dalam catatan Sejarah Melayu; Sekaliannya itudiukir dan bersangkuap. Pada antara pengkuap itu diperbuat berlalang bersagi: sekaliannya dicat dengan airemas. Terlalu indah pembuatan istana itu, sebuah pun istana raja yang di bawah angin ini tiada seperti zamanitu ( Sejarah Melayu ). tersebut sebuah istana yang besarnya 17 ruang, bersayap layang-layang berukir,diukir jenang pintu itu dan empat puluh banyak pintunya selain dicat dibubuh air emas ( Sejarah Melayu )Istana ini juga merupakan sejarah awal dalam seni bina Melayu yang menggunakan bahan-bahan dari China.Walaupun jelas mendapat pengaruh dari luar dalam penggunaan bahan seperti atap dari tembaga dan timahdisisipkan dan berdindingkan cermin berwarna dan cat air yang dimport dari China, ianya merupakan istanayang sangat lengkap dibina oleh tukang tempatan. Hal ini sangat sesuai fungsi berganda istana pada zaman

    dahulu disamping sebagai tempat bersemayam raja-raja atau sultan Melayu, ianya juga dijadikan sebagai pusatpentadbiran. Sebagai sebuah istana, senibinanya berasal dari rumah Melayu yang telah diubah suai bagimemenuhi dua fungsi diatas. Oleh itu, tukang-tukang atau pandai kayu dengan kemahirannya, berperananmengubah struktur bangunan istana-istana raja Melayu. Tukang-tukang tempatan berjaya mengadaptasikanbeberapa bahgian dalam struktur bangunan istana dengan mewujukan beberapa balai. Misalnya Balairung Seri( Balai Besar), Balai Mengadap, balai menunggu, balai penghadapan (tempat rakyat menghadap sultan/raja)balai singahsana, bilik beradu raja, balai santapan, bilik putera-puteri, bilik dayang-dayang, bilik pengawal istanadan bilik pembantu istana. Dalam Hikayat Misa Melayu, istana Sultan Iskandar Zulkarnain (1756-1780) yangterletak di Pulau Indera Sakti di kuala Sungai Kinta Perak, adalah bukti tentang seni ukir dan keindahannya.Dalam hikayat ini jelas menunjukkan keindahan bentuk istana dengan hiasan-hiasan ukiran melayu. Penemuanyang berupa artifak-artifak oleh ahli arkeologi merupakan bukti kesan tinggalan sejarah yang dapat penyokongpengaruh Islam di dalam seni ukiran Melayu. Batu Bersurat di tebing Sungai Tersat, Kuala Brang, Terengganuyang bertarikh awal kurun ke-14, dan Batu Nisan Acheh yang di temui di beberapa tempat di negeri Perak,

    Pahang, Terengganu, Johor, Kedah, Perlis dan Selangor yang berukir dengan bentuk tulisan khat unik yangsangat menarik juga menjadi bukti tentang seni ukiran di alam Melayu. Catatan sejarah dari perjumpaan padazaman batu neolitik di Asia Tenggara merupakan tanda awal terdapatnya tukang, pandai ukir atau pengukirdialam Melayu. Ini terbukti dengan penemuan belanga, gelang, kendi, pinggan mangkuk dan sebagainya. Adapendapat mengatakan seni ukir didatangkan dari selatan Negeri Thai iaitu Pattani. Buktinya, Negeri Kelantan,Terengganu, Pahang, Kedah di bawah pengaruh Siam berdasarkan corak ukiran masjid, wakaf, istana danrumah-rumah lama mempunyai banyak persamaan dengan seni ukir Siam.Ada juga yang berpendapat seni ukir didatangkan dari Acheh, Jawa dan Sumatera. Di Perak Tengah mempunyaigaya seni ukiran Acheh dan Jawa. Hal ini berlaku kerana penduduk selatan Negeri Perak merupakan orangMelayu yang sebahagian besarnya berketurunan dari beberapa suku Melayu dari Sumatera iaitu Mendailing,Batak, Rawa, Kerinci, Kampar dan Jambi.Ukiran kayu yang terdapat di negeri Selangor, Negeri Sembilan,Melaka dan Johor dipengaruhi oleh seni ukiran rantau asal keturunan. Umpamanya orang Melayu di NegeriSembilan dan Selangor sebahagian besarnya berasal dari Jawa, Bugis, Banjar dan sebagainya.Bukti lain yangdapat dijadikan sebagai kajian tentang keberadaan seni ukir dialam Melayu misalnya Istana Seri Menanti Negerisembilan. Istana ini di ketakan sebagai sebuah istana tertua di Negeri ini malah sangat istimewa dengan bentukstruktur bangunan yang penuh berukir. Pada abad ke-20, istana ini merupakan tempat bersemayamnya YangDipertuan Besar Negeri sembillan (Yam Tuan Muhammad ). Ianya dibina pada zaman pemerintahan kerajaanInggeris di Tanah Melayu dan merupakan sebuah istana kayu berukir yang terbesar di dunia. Sehingga sekarangianya dijadikan sebagai Muzium Diraja Negeri Sembilan.Penemuan yang lain seperti tembikar di Gua Cha diKelantan dan Bukit Tengku Lembu di Perlis, merupakan bukti sejarah terhadap keahlian para tukang Melayudalam menggabungkan kehidupan lahiriah dan batiniah. Seni ukir tidak hanya sekadar hiasan pada bentuk senirupa yang di cipta, tetapi juga memperlihatkan taraf kemahiran dan pencapaian teknik serta pemikiran orangMelayu. Karya ukiran Melayu yang dihasilkan banyak mendedahkan nilai dan falsafah dalam pemikiran orangMelayu yang dalam masyarakatnya penuh dengan pernyataan simbolik apabila mereka mencipta sesuatu motif,corak dan bentuk dalam sesuatu karya ukiran.

  • 7/29/2019 24700161 Sejarah Seni Ukiran Melayu

    4/4

    [i]Mustafa Mohammed,1982,Perkembangan Seni Ukir, Warisan Kelantan, hal:94[ii] Mahayuddin Yahaya,1998,Islam Di Alam Melayu, DBP, Kuala Lumpur, hal: 15.

    http://myguru2.upsi.edu.my/CourseModule/ListContent.php?case=normal&funcfor=course&funcmod=information&courseid=SSS2152&refid=9212&ccshowid=9212http://myguru2.upsi.edu.my/CourseModule/ListContent.php?case=normal&funcfor=course&funcmod=information&courseid=SSS2152&refid=9212&ccshowid=9212http://myguru2.upsi.edu.my/CourseModule/ListContent.php?case=normal&funcfor=course&funcmod=information&courseid=SSS2152&refid=9212&ccshowid=9212http://myguru2.upsi.edu.my/CourseModule/ListContent.php?case=normal&funcfor=course&funcmod=information&courseid=SSS2152&refid=9212&ccshowid=9212http://myguru2.upsi.edu.my/CourseModule/ListContent.php?case=normal&funcfor=course&funcmod=information&courseid=SSS2152&refid=9212&ccshowid=9212