26 Modul TP T6 5.2.3

5
Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 6 154 TAJUK 5.0 Teknologi Pertanian MASA 60 minit (2 waktu) STANDARD KANDUNGAN 5.2 Menanam Secara Hidroponik STANDARD PEMBELAJARAN 5.2.3 Menyemai biji benih dengan kaedah yang betul. OBJEKTIF PEMBELAJARAN Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat melakukan kerja menyemai biji benih mengikut kaedah yang betul. RINGKASAN Murid boleh menyemai biji benih dengan kaedah yang betul. KEMAHIRAN 1. Memotong span mengikut saiz yang sesuai. 2. Membuat lubang semaian pada span. 3. Melakukan penyemaian biji benih pada span. ELEMEN MERENTAS KURIKULUM 1. Keusahawanan: EK 4 - Pengetahuan tentang teknologi pertanian. 2. Kreativiti dan inovasi - Penjanaan idea baru. 3. Nilai murni - Tekun, sabar dan bersungguh-sungguh. BAHAN BANTU MENGAJAR Bahan 1. Span atau reja benang 2. Biji benih sayuran daun. Alatan 1. Gunting atau pisau 2. Dulang semaian.

description

modul untuk projek RBT tahun 6 KSSR Pertanian

Transcript of 26 Modul TP T6 5.2.3

  • Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 6

    154

    TAJUK

    5.0 Teknologi Pertanian

    MASA

    60 minit (2 waktu)

    STANDARD KANDUNGAN

    5.2 Menanam Secara Hidroponik

    STANDARD PEMBELAJARAN

    5.2.3 Menyemai biji benih dengan kaedah yang betul.

    OBJEKTIF PEMBELAJARAN

    Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat melakukan kerja menyemai biji benih mengikut kaedah yang betul.

    RINGKASAN

    Murid boleh menyemai biji benih dengan kaedah yang betul.

    KEMAHIRAN

    1. Memotong span mengikut saiz yang sesuai. 2. Membuat lubang semaian pada span. 3. Melakukan penyemaian biji benih pada span.

    ELEMEN MERENTAS KURIKULUM

    1. Keusahawanan:

    EK 4 - Pengetahuan tentang teknologi pertanian. 2. Kreativiti dan inovasi - Penjanaan idea baru. 3. Nilai murni - Tekun, sabar dan bersungguh-sungguh.

    BAHAN BANTU MENGAJAR

    Bahan 1. Span atau reja benang 2. Biji benih sayuran daun.

    Alatan

    1. Gunting atau pisau 2. Dulang semaian.

  • Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 6

    155

    AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

    Set Induksi Guru menunjukkan alatan dan bahan penanaman secara hidroponik takung Langkah 1: 1. Murid menamakan alatan dan bahan hidroponik takung secara

    lisan. 2. Murid melihat tunjuk cara tentang penyemaian biji benih secara

    hidroponik takung. (Rujuk Lampiran 1) Langkah 2: 1. Murid melakukan aktiviti penyemaian biji benih dengan kaedah yang betul. 2. Murid meletakkan semaian yang telah siap di tempat yang sesuai iaitu terlindung daripada hujan serta matahari terik. (KBAT) Penutup: Guru membuat rumusan tentang pengajaran dan pembelajaran serta mengingatkan murid tentang kerja-kerja penjagaan semaian. (Rujuk Lampiran 2)

    PENILAIAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

    Murid menyatakan cara-cara menyemai biji benih secara hidroponik takung. (Rujuk Lampiran 3).

    PENGETAHUAN SEDIA ADA

    Pengalaman melakukan kerja menyemai semasa di Tahun 5.

    REFLEKSI

  • Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 6

    156

    Cara-Cara Menyemai Biji Benih Sayuran Dalam Dulang Semaian:

    a) Ukur, tanda dan potong span mengikut saiz yang dikehendaki.

    b) Gunting atau potong span di bahagian tengah untuk membuat lubang semaian.

    c) Letakkan span tersebut ke dalam dulang semaian.

    d) Rendam span sehingga lembap.

    e) Letakkan satu atau dua biji benih sayuran daun ke dalam lubang semaian sedalam 0.5cm.

    Lampiran 1

  • Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 6

    157

    Lampiran 2

    Kerja Penjagaan Semaian Biji Benih

    a) Menyiram untuk memastikan span sentiasa lembap.

    b) Mendedahkan anak benih kepada cahaya matahari selepas bercambah.

    c) Memastikan anak benih tidak diserang perosak dan penyakit dengan cara pemerhatian.

    d) Kutip perosak dengan tangan.

  • Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 6

    158

    Lampiran 3

    Soalan Lisan 1. Bagaimanakah cara-cara penyemaian biji benih sayuran daun dilakukan bagi penanaman secara hidroponik takung?

    Jawapan a) Ukur, tanda dan potong span mengikut saiz yang dikehendaki.

    b) Gunting atau potong span di bahagian tengah untuk membuat lubang semaian.

    c) Letakkan span tersebut ke dalam dulang semaian. d) Rendam dan ramas span sehingga lembap.

    e) Letakkan satu atau dua biji benih sayuran daun ke dalam lubang semaian sedalam 0.5cm.