260394621 faktor-penyerahan-sabah-srwk

7
SEJARAH SABAH DAN SARAWAK [SJH3053] ROSDIANAH@DYAN 3.0 FAKTOR PENYERTAAN SABAH DAN SARAWAK DALAM GAGASAN MALAYSIA Pada setiap 16hb September, merupakan hari yang penting bagi negeri Sabah dan Sarawak ini kerana ianya merupakan tarikh di mana Sabah dan Sarawak menyertai Malaysia. Pada tahun ini saja genaplah penyertaan Sabah dan Sarawak selama 51 tahun dalam negara Malaysia. Jubli emas sambutan Hari Malaysia pada tahun ini lalu akan dikenang sebagai hari yang amat bersejarah bagi penyatuan bangsa Malaysia walaupun ianya dipisahkan oleh Laut China Selatan. Menyusuri sejarah pembentukan Malaysia yang mana Semenanjung Tanah Melayu telahpun diberikan kemerdekaannya oleh British pada 31hb Ogos 1957. Ianya diberi nama Persekutuan Tanah Melayu. Namun gagasan pembentukan Malaysia yang pada asalnya meliputi Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sabah, Sarawak dan Brunei akhirnya tidak menjadi kenyataan. Ini kerana pemberontakan di Brunei yang menghalang gagasan ini. Sebenarnya gagasan ini pada awalnya dinamakan sebagai Melayu Raya tetapi diubah kepada Malaysia. Akhirnya pada 16hb September 1963, maka lahirlah penggabungan antara Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak yang dinamakan Malaysia. Namun dalam tahun 1965, Singapura telah mengisytiharkan negara republik dan keluar dari Malaysia. Dengan penggabungan ini, maka Sabah, Sarawak dan Semenanjung Tanah Melayu telah bergerak seiring berpandukan syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh penduduk-penduduk Sabah dan Sarawak sendiri. Syarat- syarat ini dikenali sebagai Perkara 20 yang menjadi asas kepada penyertaan kedua-kedua negeri tersebut dalam Malaysia . Sebelum menyertai Gagasan Malaysia Sabah dan Sarawak telah mengkaji dan membuat beberapa usul serta tuntutan bagi menjaga kepentingan mereka terutamanya bagi Bumiputra kedua-dua negeri. Usul-usul ini disediakan dalam bentuk memorandum dan setelah melalui 11

Transcript of 260394621 faktor-penyerahan-sabah-srwk

Page 1: 260394621 faktor-penyerahan-sabah-srwk

SEJARAH SABAH DAN SARAWAK [SJH3053] ROSDIANAH@DYAN

3.0 FAKTOR PENYERTAAN SABAH DAN SARAWAK DALAM GAGASAN MALAYSIA

Pada setiap 16hb September, merupakan hari yang penting bagi negeri Sabah dan Sarawak

ini kerana ianya merupakan tarikh di mana Sabah dan Sarawak menyertai Malaysia. Pada

tahun ini saja genaplah penyertaan Sabah dan Sarawak selama 51 tahun dalam negara

Malaysia. Jubli emas sambutan Hari Malaysia pada tahun ini lalu akan dikenang sebagai

hari yang amat bersejarah bagi penyatuan bangsa Malaysia walaupun ianya dipisahkan oleh

Laut China Selatan.

Menyusuri sejarah pembentukan Malaysia yang mana Semenanjung Tanah Melayu

telahpun diberikan kemerdekaannya oleh British pada 31hb Ogos 1957. Ianya diberi nama

Persekutuan Tanah Melayu. Namun gagasan pembentukan Malaysia yang pada asalnya

meliputi Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sabah, Sarawak dan Brunei akhirnya tidak

menjadi kenyataan. Ini kerana pemberontakan di Brunei yang menghalang gagasan ini.

Sebenarnya gagasan ini pada awalnya dinamakan sebagai Melayu Raya tetapi diubah

kepada Malaysia.

Akhirnya pada 16hb September 1963, maka lahirlah penggabungan antara

Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak yang dinamakan Malaysia.

Namun dalam tahun 1965, Singapura telah mengisytiharkan negara republik dan keluar dari

Malaysia. Dengan penggabungan ini, maka Sabah, Sarawak dan Semenanjung Tanah

Melayu telah bergerak seiring berpandukan syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh

penduduk-penduduk Sabah dan Sarawak sendiri. Syarat-syarat ini dikenali sebagai Perkara

20 yang menjadi asas kepada penyertaan kedua-kedua negeri tersebut dalam Malaysia.

Sebelum menyertai Gagasan Malaysia Sabah dan Sarawak telah mengkaji dan

membuat beberapa usul serta tuntutan bagi menjaga kepentingan mereka terutamanya bagi

Bumiputra kedua-dua negeri. Usul-usul ini disediakan dalam bentuk memorandum dan

setelah melalui perbincangan dalaman oleh parti-parti politik seperti USNO, UNKO United

Party, Demokratik Parti dan United Pasok Momogun Organisation.  Ianya berkisar kepada

hal-hal kebebasan Agama, bahasa-bahasa lain selain dari bahasa Melayu, migrasi dan lain-

lain kepentingan khas Bumiputra.

Pada 29hb Ogos 1962, Sabah membuat 20 usul dan manakala Sarawak 18 usul.

Setelah membuat penyesuaian dan beberapa pindaan, maka lahirlah apa yang dinamakan

sebagai Perkara 20 sebagai syarat penyertaan Sabah dan Sarawak dalam pembentukan

Malaysia. Maka pada 9hb Julai 1963, telah ditandatangani perjanjian yang dikenali

sebagai Perjanjian Malaysia 1963.  Pada 28hb Ogos 1963, satu pindaan dibuat untuk

11

Page 2: 260394621 faktor-penyerahan-sabah-srwk

SEJARAH SABAH DAN SARAWAK [SJH3053] ROSDIANAH@DYAN

menentukan tarikh penubuhan Malaysia di mana penyertaan Sabah dan Sarawak ketika itu

iaitu pada 16hb September 1963.

Penyertaan Sabah dan Sarawak ke dalam gagasan Malaysia setelah dianalisis

adalah disebabkan oleh beberapa faktor yang dilihat mampu untuk membantu dan

meningkatkan taraf hidup serta perpaduan kaum yang di bahagikan kepada tiga sudut iaitu

factor Politik, Ekonomi dan Sosial.

3.1 Faktor Politik

Penubuhan Persekutuan Malaysia ini dilihat sebagai batu loncatan kepada Negara-

negara tertentu seperti Singapura, Sarawak, Sabah dan Brunei untuk mendapatkan

kemerdekaan. Sekiranya ditinjau, Singapura berstatus koloni British. Sementara,

Sabah dan Sarawak adalah di bawah naungan atau tanah Jajahan British. Dalam

akhbar the People, Singapore People Alliance melaporkan bahawa cara terbaik

untuk merdeka ialah melalui penyertaan dalam Malaysia. Sokongan dari British juga

jelas menunjukkan persetujuan mereka terhadap penubuhan Malaysia dan secara

tidak langsung mudah bagi Singapura, Sabah dan Sarawak untuk mendapatkan

kemerdekaan. Buktinya akhbar The Times, 11 Februari 1988 menyebut “a tidy solution of British responsibility…” iaitu melaui penubuhan Malaysia, penyelesaian

yang cukup kemas dapat dilakukan terhadap tanggungjawab British di kawasan itu.

Penyertaan Sarawak dalam gagasan Malaysia adalah disebabkan oleh ancaman

komunis yang berleluasa di Sarawak. Pengaruh komunis turut berkembang dan

mengancam keadaan politik di Sarawak. Di harap melaui penubuhan Malaysia,

kestabilan politik yang diperolehi dapat menentang ancaman komunis. Selain itu,

ancaman dari Indonesia dan Filipina merupakan salah satu faktor yang menyebabkan

Sabah dan Sarawak mahu menganggotai Persekutuan Malaysia. Penduduk Sabah

dan Sarawak berasa bimbang, ekoran perluasan kuasa oleh Indonesia terhadap Irian

Barat. Setelah menakluk Irian Barat, Indonesia dijangka akan beralih pula kepada

negeri-negeri di Borneo. Keadaan semakin merumitkan apabila Indonesia memberi

sokongan padu terhadap pemberontakan Brunei yang dicetuskan oleh A. M. Azahari.

Beliau berharap dapat membawa Indonesia dan Filipina menyertai konsep Melayu

Raya yang berpuasat di Brunei. Oleh itu penyertaan Sarawak dalam Persekutuan

Malaysia menjadi titik tolak kepada pemimpin Sarawak mengubah pendirian mereka

untuk menyertai Persekutuan Malaysia.

Manakala negeri Sabah pula diancam oleh Filipina. Filipina mendakwa Sabah

adalah sebahagian daripada Filipina berdasarkan sejarah Kesultanan Sulu. Menurut

12

Page 3: 260394621 faktor-penyerahan-sabah-srwk

SEJARAH SABAH DAN SARAWAK [SJH3053] ROSDIANAH@DYAN

Filipina, asal pemindahan wilayah Borneo Utara dari Kesultanan Sulu 1978 (sekarang

sebahagian daripada Filipina) adalah dalam bentuk pajak dan bukan jualan. Ini nyata

dibuktikan dengan adanya pembayaran tahunan secara tetap oleh Compony kepada

Sultan Sulu. Kini sudah sampai masanya, mereka mahu mengambil kembali Sabah.

Namun, tuntutan ini ditolak oleh British. Menurut British, dokumen-dokumen dahulu

menyatakan Sultan Sulu menyerahkan Sabah buat selama-lamanya kepada British.

Oleh itu, Filipina tidak mempunyai hak terhadap Sabah. Walaubagaimanapun, Filipina

tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut dan terus mengancam Sabah. Hal ini

juga masih berpanjangan sehingga sekarang di mana jika kita lihat pergolakkan yang

terjadi baru-baru ini di Tanduo, Lahad datu yang mana orang-orang Kesultanan Sulu

masih menuntut Sabah yang dikatakan sebagai Hak mereka. Jadi dapat disimpulkan

di sini bahawa penyertaan Sabah dalam Persekutuan Malaysia sedikit sebanyak dapat

melindungi negeri daripada ancaman Filipina.

Bukan itu saja, kemunduran Sabah dan Sarawak juga mejadi salah satu penyebab

penyertaan mereka dalam Malaysia. Semasa pemerintahan British, masyarakat

peribuminya dalam kemunduran walaupun British sedia ada telah membuat pelbagai

perubahan. Walau bagaimanapun, perubahan itu sebenarnya bukanlah untuk

masyarakat setempat tetapi hanya semata-mata untuk kepentingan ekonomi British.

British dilihat lebih memberi layanan istimewa kepada orang luar. Orang luar lebih

mendapat tempat dalam sektor pentadbiran dan pendidikan. Sementara masyarakat

setempat terus dalam kemunduran dan tidak berpendidikan. Jesteru itu, adalah perlu

untuk memasukkan kedua-dua negeri tersebut dalam persekutuan Malaysia. Hal ini

kerana, kebarangkalian mendapat layanan yang baik kepada bumiputera Sabah dan

Sarawak adalah lebih besar kerana Malaysia, Sabah dan Sarawak adalah dalam

rumpun yang sama.

3.2 Faktor Ekonomi

Perkembangan ekonomi yang tidak seimbang dalam wilayah-wilayah Borneo, dan

Tanah Melayu. Ekonomi Sabah dan Sarawak masih mundur sedangkan

perkembangan ekonomi Tanah Melayu, Singapura dan Brunei sangat memuaskan.

Pembentukan Malaysia dapat memberikan faedah ekonomi bersama bagi negeri-

negeri anggota Malaysia. Berdasarkan negeri-negeri anggotanya, masing-masing

mempunyai potensi sendiri. Misalnya Sabah dan Sarawak dengan hasil hutannya

sementara Tanah Melayu dengan hasil galian dan pertaniannya. Dengan kekayaan

yang dimiliki ini maka sumber-sumber tersebut boleh dikembangkan untuk keuntungan

negeri dan juga kerajaan pusat.

13

Page 4: 260394621 faktor-penyerahan-sabah-srwk

SEJARAH SABAH DAN SARAWAK [SJH3053] ROSDIANAH@DYAN

Dengan menyertai Malaysia, Sabah dan Sarawak akan dapat menyelesaikan

beberapa masalah terutamanya masalah ekonomi. Sebagai contoh, tenaga pakar

yang sama dapat dimanfaatkan dengan tujuan meningkatkan hasil pengeluaran

kerana Sabah dan Sarawak mempunyai sumber-sumber ekonomi yang sama dengan

Tanah Melayu seperti hasil pertanian, kayu balak dan galian. Dengan itu projek-projek

pembangunan dapat dipesatkan. Seterusnya kegiatan ekonomi di Sabah dan Sarawak

serta Semenanjung akan berkembang di mana import dan eksport akan terus

meningkat. 

Tambahan pula rakyat Sabah dan Sarawak telah jauh ketinggalan daripada segi

pembangunan kerana terbiar di bawah penjajahan British. Golongan Bumiputera di

Sabah dan Sarawak telah tidak mendapat kedudukan yang istimewa dari kerajaan

British. Oleh yang demikian kaum-kaum pendatang dan orang-orang asing yang

datang ke Sabah dan Sarawak yang lebih tinggi pencapaian pelajaran mereka, telah

dapat membolot sebahagian besar daripada jawatan-jawatan penting di Sabah dan

Sarawak. Sungguhpun jawatan yang terkanan sekali di pegang oleh pegawai-pegawai

British, tetapi selain daripada pegawai-pegawai, jawatan-jawatan yang agak kanan

boleh dikatakan hampir semua dipegang oleh kaum-kaum pendatang. Golongan

Bumiputera sangat sedikit yang mempunyai pelajaran tinggi dan memegang jawatan-

jawatan tersebut. Adalah difikirkan bahawa kalaulah Sabah dan Sarawak dimasukkan

ke dalam Malaysia maka kemungkinan memberi layanan istimewa kepada Bumiputera

Sabah dan Sarawak adalah lebih besar di mana kedudukan istimewa sememangnya

telah pun dilaksanakan di Persekutuan Tanah Melayu.

3.3 Faktor Sosial

Apa yang dikatakan keseimbangan kaum itu adalah Tanah Melayu ingin

mengimbangkan etnik Melayu dengan bumiputera Sabah dan Sarawak agar wujud

kestabilan. Di Singapura didapati majoriti penduduknya ialah Cina. Menurut dikatakan

80% penduduknya bukan Melayu. Hal ini dilihat sebagai satu ancaman ketika

penubuhan Malaysia nanti. Tambahan lagi, pemerhati politik telah mengesan

tentangan rasmi terhadap Malaysia. Tentangan itu dilakukan oleh pihak pelampau

yang bimbang akan sikap Kuala Lumpur yang anti-komunis. Oleh itu sekiranya berlaku

sesuatu yang tidak diduga, peribumi Sabah dan Sarawak akan memihak kepada

orang Melayu. Kenyatan ini diperkukuhkan lagi dengan kata-kata Simanjuntak

bahawa “Sekiranya terjadi perbalahan perkauman yang tegang, penduduk peribumi

Borneo berkemungkinan memilih untuk bersekutu dengan orang Melayu yang lebih

rapat dari segi keturunan berbanding dengan orang Cina”.

14

Page 5: 260394621 faktor-penyerahan-sabah-srwk

SEJARAH SABAH DAN SARAWAK [SJH3053] ROSDIANAH@DYAN

Selain itu, penduduk di Sabah dan Sarawak kebanyakkannya terdiri daripada

golongan Bumiputera. Jika digabungkan maka kedudukan orang Melayu dan

Bumiputera di dalam gabungan yang lebih meluas lagi. Ini akan lebih menjaminkan

masa depan orang-orang Melayu dan juga Bumiputera. Dalam gabungan yang disertai

oleh Sabah dan Sarawak, jumlah Bumiputera adalah melebihi daripada jumlah bukan

Bumiputera. Tambahan pula, rakyat Sabah dan Sarawak adalah daripada satu

rumpun yang sama dengan orang-orang di Tanah Melayu. Mereka bertutur bahasa

Melayu dan mengamalkan kebudayaan yang hampir sama dengan penduduk Tanah

Melayu. Fenomena itu akan memudahkan lagi integrasi nasional bagi wilayah-wilayah

yang bergabung membentuk Malaysia.

Kesimpulannya terdapat pelbagai faktor yang menjadi asas kepada penyertaan Sabah dan

Sarawak dalam gagasan Malaysia. Penubuhan Malaysia ini dilihat sebagai lubuk untuk

merealisasikan kepentingan orang-orang tertentu. Kepentingan ini merangkumi faktor politik,

sosial dan ekonomi. Walaupun, ia dikatakan untuk kepentingan sesetengah pihak, tetapi

kalau dilihat ia juga turut memberi faedah kepada yang terlibat. Tindakan menubuhkan

gagasan Malaysia ini juga menjadi isu kontrovesi dan mendapat tentangan yang kuat dari

dalam dan luar negeri dan salah satunya Konfrontasi Indonesia 1964. Halangan-halangan

yang timbul ini telah memberi motivasi dalam merealisasikan pembentukan Persekutuan

Malaysia dengan usaha yang berterusan. Akhirnya pada September 1963, Persekutuan

Malaysia telah direalisasikan.

15