28 Modul TP T6 5.2.6

5
Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR tahun 6 167 TAJUK 5.0 Teknologi Pertanian MASA 60 minit ( 2 waktu) STANDARD KANDUNGAN 5.2 Menanam Secara Hidroponik STANDARD PEMBELAJARAN 5.2.6 Mengubah anak benih ke dalam raga tanaman mengikut prosedur. OBJEKTIF PEMBELAJARAN Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid boleh mengubah anak benih ke dalam raga tanaman dengan betul. RINGKASAN Murid mengenal pasti ciri-ciri anak benih yang sihat serta melakukan kerja mengubah anak benih dari dulang semaian ke raga tanaman pada takung. KEMAHIRAN Mengenal pasti ciri-ciri anak benih yang sihat dan melakukan aktiviti mengubah anak benih dari dulang semaian ke raga tanaman. ELEMEN MERENTAS KURIKULUM 1. Keusahawanan: EK 3 - Berupaya mengumpul maklumat dan melaksana projek mengikut prosedur. 2. Kreativiti dan inovasi - Berupaya menjana idea mengikut keperluan semasa. 3. Nilai murni - Tekun, sabar dan bersungguh-sungguh. BAHAN BANTU MENGAJAR Bahan: Anak benih yang sedia untuk diubah. Alatan: Set hidroponik takung.

description

modul untuk projek RBT tahun 6 KSSR Pertanian

Transcript of 28 Modul TP T6 5.2.6

  • Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR tahun 6

    167

    TAJUK

    5.0 Teknologi Pertanian

    MASA

    60 minit ( 2 waktu)

    STANDARD KANDUNGAN

    5.2 Menanam Secara Hidroponik

    STANDARD PEMBELAJARAN

    5.2.6 Mengubah anak benih ke dalam raga tanaman mengikut prosedur.

    OBJEKTIF PEMBELAJARAN

    Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid boleh mengubah anak benih ke dalam raga tanaman dengan betul.

    RINGKASAN

    Murid mengenal pasti ciri-ciri anak benih yang sihat serta melakukan kerja mengubah anak benih dari dulang semaian ke raga tanaman pada takung.

    KEMAHIRAN

    Mengenal pasti ciri-ciri anak benih yang sihat dan melakukan aktiviti mengubah anak benih dari dulang semaian ke raga tanaman.

    ELEMEN MERENTAS KURIKULUM

    1. Keusahawanan: EK 3 - Berupaya mengumpul maklumat dan melaksana projek mengikut prosedur. 2. Kreativiti dan inovasi - Berupaya menjana idea mengikut keperluan semasa. 3. Nilai murni -

    Tekun, sabar dan bersungguh-sungguh.

    BAHAN BANTU MENGAJAR

    Bahan: Anak benih yang sedia untuk diubah. Alatan: Set hidroponik takung.

  • Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR tahun 6

    168

    AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

    Set Induksi 1. Guru menunjukkan contoh set hidroponik yang telah siap

    ditanam. 2. Guru menunjukkan anak-anak benih yang telah disemai. 3. Murid diminta memberi pendapat bagaimana untuk mengubah

    anak benih dari dulang semaian ke raga tanaman. Langkah 1 Murid dan guru membincangkan ciri-ciri memilih anak benih yang sihat dan sesuai untuk diubah. (Rujuk Lampiran 1)(KBAT) Langkah 2 1. Guru melakukan tunjuk cara mengubah anak benih dari dulang

    semaian ke takung hidroponik. (Rujuk Lampiran 2) 2. Murid melakukan aktiviti mengubah anak benih dengan

    bimbingan guru. Penutup Guru membuat rumusan tentang topik pengajaran dan pembelajaran pada hari ini.

    PENILAIAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

    Guru mengemukakan beberapa soalan secara lisan seperti dalam Lampiran 3

    PENGETAHUAN SEDIA ADA

    Murid telah melakukan kerja menyemai biji benih. Murid pernah melakukan kerja menyediakan larutan nutrien dalam takung hidroponik.

    REFLEKSI

    Maklumat Tambahan Guru Kaedah mengubah anak benih dari dulang semaian ke takung hidroponik. Langkah mengubah anak benih.

  • Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR tahun 6

    169

    Lampiran 1

    Ciri Anak Benih Yang Sihat 1. Tidak diserang serangga 2. Tiada penyakit 3. Tidak cedera/patah 4. Tidak terbantut

    Daun anak benih berpenyakit

    Anak benih terbantut (perlu ditakai)

    Anak-anak benih yang sihat dengan pertumbuhan yang sekata

    (sesuai untuk diubah)

    Anak-anak benih yang tidak sihat

    Anak benih subur

    Daun anak benih sihat

  • Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR tahun 6

    170

    Lampiran 2

    Cara Mengubah Anak Benih

    Bil. Aktiviti Huraian

    1

    Pilih anak benih yang sihat Mengeluarkan anak benih dari dulang semaian dengan cermat dan dilakukan satu persatu.

    3

    Masukkan anak benih yang telah disisipkan pada medium ke dalam raga. Letakkan raga tanaman anak benih yang telah bercambah pada lubang penutup takung. Letakkan penutup takung pada takung yang telah diisi dengan larutan nutrien.

    2

  • Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR tahun 6

    171

    Lampiran 3

    Soalan Lisan

    No. Soalan Antara jawapan yang boleh diterima

    1

    Berikan dua medium penanaman yang boleh digunakan dalam hidroponik.

    Span Reja benang

    2

    Berapakah anak benih boleh disisipkan ke dalam medium penanaman?

    Satu sahaja

    3

    Berikan 2 aktiviti penjagaan hidroponik.

    Mengacau larutan hidroponik sekali dalam seminggu. Mengawal makhluk perosak tanaman.