2.Manual Numerasi Lisan Sksjk s2 t1 2014

10
MNLSK/SJKC/SJKT LINUS2.0 © Hak Cipta Kerajaan Malaysia 2014 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA NKRA - PENDIDIKAN MANUAL INSTRUMEN NUMERASI LISAN SARINGAN 2 (SK/SJKC/SJKT) TAHUN 1 SEPTEMBER 2014

description

asas

Transcript of 2.Manual Numerasi Lisan Sksjk s2 t1 2014

  • MNLSK/SJKC/SJKT

    LINUS2.0 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 2014

    KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

    NKRA - PENDIDIKAN

    MANUAL

    INSTRUMEN NUMERASI LISAN

    SARINGAN 2 (SK/SJKC/SJKT)

    TAHUN 1

    SEPTEMBER 2014

  • MNLSK/SJKC/SJKT

    Manual Numerasi Lisan

    Saringan 2 (SK/SJKC/SJKT)

    Tahun 1 (2014)

    LINUS2.0 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 2014

    2

    KAEDAH PELAKSANAAN

    Instrumen ini hendaklah ditadbir pada 1 30 September 2014

    Semua murid Tahun 1 (2014) mesti menduduki saringan ini

    Ditadbir oleh guru Matematik / LINUS / Pemulihan mengikut waktu

    mata pelajaran Matematik menggunakan bahasa pengantar di sekolah

    Ditadbir secara individu atau kumpulan kecil (bilangan murid dalam

    kumpulan kecil tidak lebih daripada 3 orang)

    Ditadbir mengikut urutan item / konstruk

    Jika kesemua konstruk telah ditaksir, guru boleh mentaksir semula

    mengikut urutan, konstruk yang belum dikuasai oleh murid

    (Pengulangan konstruk tidak lebih daripada dua (2) kali)

    Guru Matematik / LINUS / Pemulihan disarankan berada dengan murid

    ketika saringan dilaksanakan

    Ditadbir tanpa dipengaruhi oleh sebarang sentimen perkauman dan

    tahap kecerdasan murid

    Murid disaring secara telus dan jujur

    Guru Matematik / LINUS / Pemulihan mesti mencatat pencapaian

    murid menggunakan Borang Pelaporan Penguasaan Individu

    (NUMERASI) seperti yang dilampirkan pada halaman belakang Manual

    Am LINUS2.0

    Murid menguasai sesuatu konstruk jika dapat menjawab betul

    kedua-dua item yang mengukur konstruk tersebut

  • MNLSK/SJKC/SJKT

    Manual Numerasi Lisan

    Saringan 2 (SK/SJKC/SJKT)

    Tahun 1 (2014)

    LINUS2.0 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 2014

    3

    TINDAKAN HASIL PROSES SARINGAN

    Selepas Saringan 2 dijalankan, murid-murid akan ditempatkan

    mengikut penguasaan konstruk berdasarkan jadual di bawah:

    Saringan 2

    Tidak menguasai Konstruk 1 Konstruk 2

    (dibimbing oleh Guru Pemulihan Khas) Program LINUS2.0

    Tidak menguasai mana-mana Konstruk 3 Konstruk 12

    (Guru LINUS / Matematik / Pemulihan)

    Menguasai Konstruk 1 hingga Konstruk 12

    Kelas Arus Perdana

  • MNLSK/SJKC/SJKT

    Manual Numerasi Lisan

    Saringan 2 (SK/SJKC/SJKT)

    Tahun 1 (2014)

    LINUS2.0 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 2014

    4

    Item 1

    Konstruk 1 : Keupayaan pra nombor dan mengenal angka

    Guru menunjukkan angka 3, 7 dan 9 seperti di dalam instrumen

    Guru minta murid menyebut angka-angka tersebut

    Murid menguasai tugasan ini jika menyebut 3, 7 dan 9 / bahasa

    pengantar di sekolah

    Item 2

    Konstruk 1 : Keupayaan pra nombor dan mengenal angka

    Guru menyediakan kad angka 0 hingga 9

    Guru minta murid meletakkan angka yang tertinggal di dalam petak

    kosong pada lampiran

    Murid menguasai tugasan ini j ika meletakkan kad angka 4 dan 5

    pada petak kosong yang betul

    Item 3

    Konstruk 2 : Keupayaan membilang

    Guru menyediakan 20 kayu ais krim

    Guru menyusun kayu ais krim sebaris di atas meja

    Guru minta murid bilang dan tunjukkan kayu ais krim yang ke 16

    Murid menguasai tugasan ini jika menunjukkan kayu ais krim yang

    ke 16

    Catatan

    1. Guru boleh menggantikan kayu ais krim dengan objek yang lain

    2. Guru boleh meminta murid menyatakan bilangan kayu ais krim

    mengikut kesesuaian dalam lingkungan nombor 11 hingga 20 sama

    ada dari kiri atau kanan

    Item 4

    Konstruk 2 : Keupayaan membilang

    Guru menunjukkan gambar

    Guru minta murid membilang kek cawan

    Murid menguasai tugasan ini jika menyatakan 28 / bahasa

    pengantar di sekolah

  • MNLSK/SJKC/SJKT

    Manual Numerasi Lisan

    Saringan 2 (SK/SJKC/SJKT)

    Tahun 1 (2014)

    LINUS2.0 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 2014

    5

    Item 5

    Konstruk 3 : Keupayaan memahami nilai nombor

    Guru menyediakan kad gambar sudu dan kad nombor

    pada lampiran

    Guru menunjukkan kad gambar dan kad nombor

    Guru minta murid memadankan kad gambar dengan kad nombor

    Murid menguasai tugasan ini jika memadankan kad gambar dengan

    kad nombor yang betul

    Item 6

    Konstruk 3 : Keupayaan memahami nilai nombor

    Guru menyediakan 30 pensel yang diikat sepuluh sepuluh

    Guru minta murid mengambil 10 pensel

    Murid menguasai tugasan ini jika mengambil 10 pensel

    Catatan

    1. Jika murid gagal mengambil 10 pensel, guru boleh mengulang

    semula dengan nilai lain

    2. Guru boleh menggantikan pensel dengan objek lain yang sesuai

    Item 7

    Konstruk 4 : Keupayaan membuat seriasi

    Guru menunjukkan gambar seperti lampiran

    Guru minta murid pilih dan tunjukkan gambar ikan mengikut turutan

    kecil ke besar

    Murid menguasai tugasan ini jika memilih dan menunjukkan gambar

    ikan mengikut turutan kecil ke besar

    Item 8

    Konstruk 4 : Keupayaan membuat seriasi

    Guru menyediakan tiga ikat pen yang berbeza bilangan

    Guru minta murid menyusun pen mengikut turutan banyak ke

    sedikit

    Murid menguasai tugasan ini j ika menyusun pen mengikut turutan

    banyak ke sedikit

    Catatan

    1. Guru boleh menggantikan pen dengan objek lain

    yang sesuai

  • MNLSK/SJKC/SJKT

    Manual Numerasi Lisan

    Saringan 2 (SK/SJKC/SJKT)

    Tahun 1 (2014)

    LINUS2.0 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 2014

    6

    Item 9

    Konstruk 5 : Keupayaan mengenal mata wang Malaysia

    Guru minta murid tunjukkan mata wang Malaysia

    Murid menguasai tugasan ini jika menunjukkan mata wang Malaysia

    Catatan

    1. Guru diminta menyediakan wang sebenar (1 mata wang Malaysia

    dan 2 mata wang asing)

    Item 10

    Konstruk 5 : Keupayaan mengenal mata wang Malaysia

    Guru menyediakan wang syiling 20 sen, 50 sen dan beberapa wang

    syiling negara luar

    Guru minta murid mengambil dua wang syiling Malaysia

    Murid menguasai tugasan ini jika mengambil dua wang

    syiling Malaysia

    Item 11

    Konstruk 6 : Keupayaan menyatakan waktu

    Guru menunjukkan gambar seperti lampiran

    Guru minta murid menunjukkan gambar aktiviti yang dilakukan pada

    waktu siang

    Murid menguasai tugasan ini jika menunjukkan gambar yang betul

    Catatan

    1. Guru boleh menukar arahan sebaliknya berpandukan lampiran

    Item 12

    Konstruk 6 : Keupayaan menyatakan waktu

    Guru minta murid menyatakan hari selepas hari Isnin

    Murid menguasai tugasan ini jika menyatakan Selasa / bahasa

    pengantar di sekolah

    Catatan

    1. Guru boleh menukarkan hari mengikut kesesuaian

  • MNLSK/SJKC/SJKT

    Manual Numerasi Lisan

    Saringan 2 (SK/SJKC/SJKT)

    Tahun 1 (2014)

    LINUS2.0 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 2014

    7

    Item 13

    Konstruk 7 : Keupayaan mengendalikan operasi asas

    Guru menyediakan dua kumpulan pemadam 12 dan 5 serta

    kad simbol

    Guru minta murid mengira setiap kumpulan pemadam

    Guru minta murid gabungkan kumpulan pemadam

    Guru minta murid menyatakan sama ada bilangan pemadam

    bertambah atau berkurang

    Guru minta murid memilih kad simbol

    Murid menguasai tugasan ini jika menyatakan bertambah / bahasa

    pengantar di sekolah dan memilih kad simbol (+)

    Catatan

    1. Guru boleh menggantikan pemadam dengan objek yang lain

    Item 14

    Konstruk 7 : Keupayaan mengendalikan operasi asas

    Berdasarkan Item 13

    Guru minta murid mengira jumlah pemadam

    Murid menguasai tugasan ini jika menyatakan 17 / bahasa

    pengantar di sekolah

    Item 15

    Konstruk 8 : Keupayaan mengendalikan operasi asas melibatkan mata

    wang Malaysia

    Guru menyediakan wang syiling 10 sen dan 50 sen

    Guru menyebut jumlah nilai wang syil ing

    Guru minta murid mengambil wang syiling 10 sen

    Guru minta murid menyebut nilai wang syiling yang tinggal

    Murid menguasai tugasan ini jika menyebut 50 sen / bahasa

    pengantar di sekolah

    Item 16

    Konstruk 8 : Keupayaan mengendalikan operasi asas melibatkan mata

    wang Malaysia

    Guru menyediakan dua keping wang kertas RM1, dua keping wang

    kertas RM5 dan dua keping wang kertas RM10

    Guru minta murid mengambil semua RM 5

    Guru minta murid menyatakan jumlah nilai wang tersebut

    Murid menguasai tugasan ini jika menyebut RM10 / bahasa

    pengantar di sekolah

  • MNLSK/SJKC/SJKT

    Manual Numerasi Lisan

    Saringan 2 (SK/SJKC/SJKT)

    Tahun 1 (2014)

    LINUS2.0 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 2014

    8

    Item 17

    Konstruk 9 : Keupayaan mengukur panjang objek, jisim objek dan isi padu

    Guru menyediakan gambar seperti lampiran

    Guru minta murid menunjukkan gambar yang lebih panjang

    Murid menguasai tugasan ini jika menunjukkan gambar bulu ayam

    Item 18

    Konstruk 9 : Keupayaan mengukur panjang objek, jisim objek dan isi padu

    Guru menyediakan satu buku teks Matematik dan satu buku latihan

    murid

    Minta murid mengangkat dan bandingkan buku tersebut

    Minta murid memilih buku yang lebih ringan

    Murid menguasai tugasan ini jika memilih buku latihan murid

    Catatan

    1. Guru boleh menukar buku dengan objek lain

    Item 19

    Konstruk 10 : Keupayaan menterjemah ayat biasa kepada ayat matematik

    dan sebaliknya

    Guru menyediakan tujuh pembaris

    Guru minta murid mengira pembaris tersebut

    Guru minta murid ambil empat pembaris

    Guru minta murid mengira pembaris yang tinggal

    Guru minta murid memilih ayat matematik yang betul

    Murid menguasai tugasan ini jika memilih 7 4 = 3

    Catatan

    1. Guru boleh menukar pembaris dengan objek lain yang sesuai

  • MNLSK/SJKC/SJKT

    Manual Numerasi Lisan

    Saringan 2 (SK/SJKC/SJKT)

    Tahun 1 (2014)

    LINUS2.0 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 2014

    9

    Item 20

    Konstruk 10 : Keupayaan menterjemah ayat biasa kepada ayat matematik

    dan sebaliknya

    Guru menyediakan dua butang merah, enam butang putih dan

    sebuah bekas

    Guru minta murid mengira butang merah dan putih

    Guru minta murid memasukkan butang merah dan putih ke dalam

    bekas

    Guru minta murid menyatakan jumlah semua butang

    Guru minta murid memilih ayat matematik yang betul

    Murid menguasai tugasan ini jika memilih 2 + 6 = 8

    Catatan

    1. Guru boleh menukar objek mengikut kesesuaian

    Item 21

    Konstruk 11 : Keupayaan mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran

    dalam kehidupan harian terhad kepada nombor bulat

    dan sebaliknya

    Guru membacakan situasi

    Guru minta murid menyatakan jawapan

    Murid menguasai tugasan ini jika menyatakan 19 / bahasa

    pengantar di sekolah

    Item 22

    Konstruk 11 : Keupayaan mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran

    dalam kehidupan harian terhad kepada nombor bulat

    dan sebaliknya

    Guru membacakan situasi

    Guru minta murid menyatakan jawapan

    Murid menguasai tugasan ini jika menyatakan 15 / bahasa

    pengantar di sekolah

    Item 23

    Konstruk 12 : Keupayaan mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran

    dalam kehidupan harian melibatkan mata wang, masa dan

    ukuran panjang

    Guru membacakan situasi

    Guru minta murid menyatakan jawapan

    Murid menguasai tugasan ini j ika menyatakan 5 / bahasa pengantar

    di sekolah

  • MNLSK/SJKC/SJKT

    Manual Numerasi Lisan

    Saringan 2 (SK/SJKC/SJKT)

    Tahun 1 (2014)

    LINUS2.0 Hak Cipta Kerajaan Malaysia 2014

    10

    Item 24

    Konstruk 12 : Keupayaan mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran

    dalam kehidupan harian melibatkan mata wang, masa dan

    ukuran panjang

    Guru membacakan situasi

    Guru minta murid menyatakan jawapan

    Murid menguasai tugasan ini j ika menyatakan RM7 / bahasa

    pengantar di sekolah