2N-Jun (2).doc

12
BAHASA MELAYU JUN MENENGAH: 2 NORMAL MASA: 1½ JAM BAHAGIAN A (60 markah) SOALAN A1 (10 markah) Arahan: Pilih jawapan yang tepat untuk mengisi tempat-tempat kosong dalam ayat- ayat berikut. 1 Sebagai doktor saya dapat ___________ kepada masyarakat menerusi kerjaya saya. A bertugas B bekerja C berbakti D berkhidmatan ( ) 2 Saya suka menganggap segala masalah yang timbul sebagai satu cabaran dalam hidup saya. A menyangka B menjadikan C membuat D memandang ( ) 3 Sehingga kini peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam novel itu masih segar _____________ dalam khayalan saya. A ternampak-nampak B terbayang-bayang C tergambar-gambar D tertimbul-timbul ( ) 4 Saya melihat Masuri S N sebagai lambang seorang manusia gigih dalam bidang penulisan. A kuat B gagah C tegap D tekun ( ) 5 Di padang pasir yang kering-kontang itu dia berharap akan mendapat se ___________air. A teguk B gelas 1

Transcript of 2N-Jun (2).doc

Page 1: 2N-Jun (2).doc

BAHASA MELAYUJUNMENENGAH: 2 NORMAL MASA: 1½ JAM

BAHAGIAN A (60 markah)

SOALAN A1 (10 markah)

Arahan: Pilih jawapan yang tepat untuk mengisi tempat-tempat kosong dalam ayat-ayat berikut.

1 Sebagai doktor saya dapat ___________ kepada masyarakat menerusi kerjaya saya.

A bertugas B bekerjaC berbakti D berkhidmatan ( )

2 Saya suka menganggap segala masalah yang timbul sebagai satu cabaran dalam hidup saya.

A menyangka B menjadikanC membuat D memandang ( )

3 Sehingga kini peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam novel itu masih segar _____________ dalam khayalan saya.

A ternampak-nampak B terbayang-bayangC tergambar-gambar D tertimbul-timbul ( )

4 Saya melihat Masuri S N sebagai lambang seorang manusia gigih dalam bidang penulisan.

A kuat B gagahC tegap D tekun ( )

5 Di padang pasir yang kering-kontang itu dia berharap akan mendapat se ___________air.

A teguk B gelasC titis D titik ( )

SOALAN A2 (10 markah)

Arahan: Gantikan frasa atau perkataan yang bergaris bawah dalam tiap-tiap ayat berikut dengan perkataan atau frasa yang disediakan dalam kurungan. Kemudian, tulis jawapan pilihan kamu itu di tempat kosong yang disediakan.

1

Page 2: 2N-Jun (2).doc

6 Kelakuan abangku yang berlainan daripada biasa pada petang itu membuat ibuku menjadi resah.

(lucu, ajaib, lazim, aneh)

7 Bahagian yang dimainkan oleh ibu bapa dalam membentuk akhlak anak-anak merupakan satu kewajipan yang berat.

(peranan, teladan, tenaga, kuasa)

8 Kegemaran membaca di kalangan pelajar harus dipupuk sejak mereka kecil lagi.

(ditanam dan disiram, disemai dan disiram, disemai dan dikembangkan, dibaja dan ditanam)

9 Setelah bersara, Cikgu Haji Alias sering ke masjid untuk memberi khidmat sukarela.

(dilakukan berkali-kali, dibuat sedikit demi sedikit, dikerjakan apabila berkelapangan, diusahakan sehari suntuk)

10 Pelajar-pelajar yang melanggar disiplin sekolah selalunya kurang diberi perhatian oleh ibu bapa di rumah.

(nasihat, keterangan, bimbingan, layanan)

SOALAN A3 (10 markah)

Arahan: Pilih lima kata penghubung yang sesuai daripada sepuluh kata penghubung yang di bawah ini dan isikan di tempat-tempat yang bergaris.

apabila semenjak atau tetapi dan

lalu ketika serta kerana walaupun

[11]_______ kematian ayahnya, Rahmah sentiasa duduk bermenung sahaja. Ia tidak

lagi menumpukan perhatiannya pada pelajaran, [12] ____________ peperiksaan akan

menjelang tiba. Ibunya berasa bimbang [13] _____________ duka melihat

kelakuannya itu, [14] _____________ ia tidak tergamak untuk menegurnya,

[15]___________ ia takut akan menyentuh perasaannya.

2

Page 3: 2N-Jun (2).doc

SOALAN A4 (20 markah)

Arahan: Pilih peribahasa yang sesuai daripada senarai yang diberi di bawah. Lengkapkan tempat-tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai.

berhakim kepada beruk bagaimana bunyi gendang begitulah tarinyaterang tanah di mana bumi dipijak di situlah langit dijunjungbuka tembelang ganti tikartakut titik lalu tumpah hidung belang

16 Sungguhpun Pak Ali sangat berhati-hati kerana takut rugi sedikit tetapi malangnya perniagaannya menjadi muflis kerana kegawatan ekonomi ibarat _____________.

17 Cikgu Hamdan selalu berpesan, “Seandainya kamu berada di negeri orang patuhilah undang-undang negeri tersebut, amalkanlah sikap _________________.

18 Ketika waktu ________________ pengedar suratkhabar itu telah menjalankan tugasnya; iaitu pada awal pagi lagi sebelum matahari terbit.

19 Kata orang Encik Maniam __________________ kerana mengahwini adik iparnya selepas isterinya meninggal dunia.

20 Pihak polis menggandakan rondaan kerana mendapat aduan yang ramai pemuda ______________ sering mengganggu pelajar-pelajar perempuan yang lalu di situ.

SOALAN A5 (10 markah)

Arahan: Isikan tempat-tempat kosong di dalam potongan karangan di bawah ini dengan perkataan yang sesuai bagi melengkapkan potongan karangan tersebut.

Pulau Manukan memang indah dan tenang. Barisan pohon ru yang

[21]___________ di tepian pantai melambai-lambai kedatangan [22] ______________

pelancong. Laut yang biru dan [23] ________________ yang bertiup lembut begitu

mendamaikan. [24] _______________ ombak yang memukul pantai pula

[25]_____________ suatu irama yang merdu ke telinga para pengunjung. Dari tepi

pantai kita dapat melihat anak-anak ikan yang cantik dan beraneka jenis bermain-

main, kerana air laut di tepian pantai Pulau Manukan sangat jernih.

3

Page 4: 2N-Jun (2).doc

SOALAN A6 (10 markah)

Arahan: Isikan tempat-tempat kosong dengan penjodoh bilangan yang sesuai di dalam ayat-ayat berikut. Kemudian tuliskan jawapan yang betul di ruangan yang disediakan.

26 Pak Ali sering membawa se __________ senapang ketika berburu di hutan.

27 Pada hari itu kami merentangkan tiga ___________ jaring baru di muara sungai.

28 Di majlis pertunangan kakak saya wakil pengantin lelaki telah menyarungkan se ____________ cincin berlian di jari manis kakak.

29 Pada Hari Raya yang lalu ibu telah menyediakan lima ratus __________ sate untuk kami sekeluarga.

30 Berapakah harga se ____________ majalah Dewan Pelajar sekarang?

BAHAGIAN B (16 markah)

Arahan: Baca petikan karangan di bawah ini dengan cermat dan jawab semua soalan yang mengikutinya.

Di antara Tahun masihi 1850 dan 1910, negeri Brazil telah menjadi pengeluar getah yang utama di dunia. Kemudian selepas tahun 1910, kemasyhurannya sebagai pengeluar getah yang utama telah merosot. Punca utamanya ialah kerana satu usaha yang dijalankan oleh seorang Inggeris bernama Hendry Wickham. Pada tahun 1876 beliau telah dihantar oleh kerajaan Inggeris ke Brazil untuk mengumpulkan dan membawa balik sebanyak 70,000 getah ke England. Biji-biji getah itu telah ditanam di Taman Bunga Di Raja Kew, England. Dalam tahun 1877 anak getah dan bijinya telah dihantar ke Sri Lanka dan Singapura. Hanya sebanyak 22 batang anak getah sahaja yang terselamat sampai di Singapura. Sebahagian besar daripadanya telah dibawa pulang ke Kuala Kangsar, Perak dan ditanam di kawasan perkarangan rumah Residen Sir Hugh Low. Beliau seorang pakar ilmu tumbuh-tumbuhan dan sangat mengambil berat tentang kemungkinan menanam getah di sini.

Pada peringkat permulaan usaha ini tidak berjaya, kerana pada masa itu perusahaan kopi dan gula sedang giat dijalankan. Hingga tahun 1900 pokok getah telah tumbuh sebagai pokok liar.

Pada tahun 1888 H.N.Ridley, Pengarah Kebun Bunga Singapura telah menanam banyak pokok getah sebagai percubaan. Beliau telah mendapati pokok getah itu telah mengeluarkan susu getah apabila batangnya ditoreh. Beliau telah menggalakkan orang ramai dan kerajaan menanam pokok getah, tetapi usahanya gagal.

4

Page 5: 2N-Jun (2).doc

Arahan: Berdasarkan petikan karangan di atas, pilih jawapan yang sesuai bagi tiap-tiap item berikut. Kemudian tulis huruf jawapan pilihan kamu itu di Kertas Jawapan yang disediakan.

31 Pokok getah berasal dari _____________.

A Sri LankaB SingapuraC BrazilD Kuala Kangsar ( )

32 Selepas tahun 1910 Brazil tidak lagi menjadi sebagai negeri pengeluar getah yang utama kerana ______________.

A banyak pokok getahnya telah tuaB suatu usaha menanam pokok getah di luar negeri Brazil telah dijalankan oleh

Hendry WickhamC sebanyak 70,000 biji getah telah dibawa ke England oleh Hendry WickhamD kerajaan Inggeris telah menghantar Hendry ke Brazil ( )

33 Pada tahun 1877 anak-anak getah telah ditanam di Kebun Bunga Singapura dan di Kuala Kangsar, sebagai _______________.

A satu perusahaan menanam getah secara besar-besaranB satu percubaan menanam getah di siniC satu usaha mengeluarkan anak getah di siniD satu langkah untuk mendapatkan hasil getah ( )

34 Anak getah ditanam di kawasan perkarangan rumah Sir Hugh Low kerana

A tanahnya amat sesuai untuk tanaman pokok getahB Sir Hugh Low seorang Residen Inggeris di sanaC Hawa di kawasan itu amat sesuai dengan tanaman pokok getahD Sir Hugh Low pakar tumbuh-tumbuhan dan orang yang mengambil berat

tentang penanaman pokok getah ( )

35 Pada peringkat permulaan usaha menanam pokok getah di sini telah gagal kerana ____________.

A anak-anak getah telah mati dalam perjalanannya ke SingapuraB perusahaan kopi dan gula sedang giat dijalankan di siniC kekurangan para pekerja yang menjalankan kerja-kerja menanam getahD pokok getah telah tumbuh sebagai pokok liar ( )

36 Pada tahun 1900 pokok-pokok getah di sini telah _____________.

A mengeluarkan hasil yang banyakB ditanam secara besar-besaranC tumbuh sebagai pokok liar yang terbiarD mula mengeluarkan susu getah ( )

5

Page 6: 2N-Jun (2).doc

37 Pokok-pokok getah ditanam kerana ______________.

A bunganya banyak mendatangkan hasilB bijinya boleh dijadikan bahan makananC ia mengeluarkan susu getah sebagai hasilnyaD batangnya boleh dibuat kayu api ( )

38 H. N. Ridley ialah _______________.

A seorang Inggeris yang telah dihantar ke BrazilB Residen Inggeris yang tinggal di Kuala KangsarC seorang Pengarah Kebun Bunga Singapura pada tahun 1888D seorang Pengarah Taman Bunga Di Raja, Kew, England ( )

BAHAGIAN C (24 markah)

Arahan: Baca petikan karangan di bawah ini dengan teliti dan jawab semua soalan yang mengikutinya.

Tiba-tiba kedengaran suara Ismail menjerit, “Harimau! Harimau!” Apabila kami terdengar suara itu, kami pun berlari dengan sekuat-kuat hati dan meninggalkan barang-barang dan alat-alat ukur yang kami bawa. Ketika kami berlari untuk menyelamatkan diri, kami terdengar harimau itu mengaum dan ini menyebabkan kami takut. “Lari! Lari!” Kedengaran Ismail bertempik dari belakang. Kami terus berlari dengan sedaya upaya kami. Pada ketika itu terbayanglah kepada saya wajah isteri dan anak kecil saya menangis serta jenazah saya sedang diusung menuju ke tanah perkuburan.

Setelah kami berlari lebih kurang satu setengah kilometer jauhnya dari tempat harimau itu, kami pun berhenti sekejap untuk berehat. Semua buruh saya tadi telah berdiri berdekatan dengan saya. Seorang daripadanya itu sedang mengipas-ngipaskan saya dengan topinya. Pada fikiran saya itulah larian yang paling pantas yang pernah saya lakukan.

Akhirnya kami pun terselamatlah daripada harimau yang buas itu. Di hadapan saya kelihatan Ismail dengan muka pucat kerana ketakutan. Ali sedang membalut lukanya, manakala Karim pula sedang menyapu peluh di mukanya dengan sehelai sapu tangannya. Sekarang timbullah satu masalah pula; iaitu bagaimana kami hendak mengambil alat-alat ukur dan barang-barang yang tertinggal tadi.

Arahan: Berdasarkan potongan karangan di atas, jawab soalan-soalan berikut dengan menggunakan ayat-ayat kamu sendiri. Kemudian tulis jawapan kamu di tempat yang kosong di Kertas Jawapan.

39 Mengapakah penulis dan pekerja-pekerjanya lari meninggalkan alat-alat ukur dan barang-barangnya?

40 Apakah penulis bayangkan dalam fikirannya ketika ia berlari?______________________________________________________________

6

Page 7: 2N-Jun (2).doc

41 Pada pendapat kamu apakah tujuan penulis dan pekerja-pekerjanya pergi ke hutan?______________________________________________________________

42 Apakah masalah yang dihadapi oleh penulis dan bagaimana masalah itu dapat diatasi?______________________________________________________________

2N-Jun

7