Bulletin Jun-Dis 2012

13
Unit Sistem Unit Latihan Unit Pembangunan Bahan Unit Penyelidikan, Inovasi & Pengkomersilan buletin PUSAT I-LEARN Bil 6 / 2012 Blended Learning (BL) Mode Online Registration Program & Aktiviti Pusat I-Learn (Julai – Dis 2012) PROJEK SME - Subject Matter Expert Projek / Kerjasama dengan pihak luar Pembayaran Honorarium SME Projek Rakaman Video Penyelidikan, Penerbitan dan e- Penerbitan Lawatan & Jaringan Akademik- Industri THE 4th INTERNATIONAL CONFERENCE ON E-LEARNING (ICeL 2013) UNIVERSITY CARNIVAL ON E- LEARNING (UCeL 2013)

Transcript of Bulletin Jun-Dis 2012

Page 1: Bulletin Jun-Dis 2012

Unit Sistem Unit LatihanUnit PembangunanBahan

Unit Penyelidikan, Inovasi & Pengkomersilan

buletinPUSAT I-LEARN

Bil 6 / 2012

Blended Learning (BL) Mode Online Registration

Program & Aktiviti Pusat I-Learn (Julai – Dis 2012)

PROJEK SME - Subject Matter Expert

Projek / Kerjasama dengan pihak luar

Pembayaran Honorarium SME

Projek Rakaman Video

Penyelidikan, Penerbitan dan e-Penerbitan

Lawatan & Jaringan Akademik-Industri

THE 4th INTERNATIONAL CONFERENCE ON E-LEARNING (ICeL 2013)

UNIVERSITY CARNIVAL ON E-LEARNING (UCeL 2013)

Page 2: Bulletin Jun-Dis 2012

2

KandunganWarkah Pengarah ms 3

Unit Pentadbiran ms 4

Unit Sistem ms 5

Unit Pembangunan Bahan ms 6 - 7

Unit Latihan ms 8 - 9

Unit Penyelidikan, Inovasi & ms 10 - 12Pengkomersilan

Page 3: Bulletin Jun-Dis 2012

3

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah syukur kehadrat Ilahi kerana dengan izinnya , Buletin i-Learn berjaya diterbitkan buat ke 6 kalinya. Insya Allah kandungannya lebih jitu dan memberi manfaat kepada pembaca kalian. Tahun 2012 merupakan tahun yang agak sibuk bagi Pusat i-Learn dari segi pertambahan sesi latihan berkenaan e-pembelajaran, pembangunan modul baru latihan

e-pembelajaran, pengurusan dua projek POC (Proof of Concept) untuk pembangunan e-kandungan serta permulaan fasa IV pembangunan e-kandungan standard (standardized e-content). Lebih 10,000 pelajar dan 1800 pensyarah dilatih antara bulan Februari hingga Disember tahun lepas. Saya bersyukur kerana staf i-learn sentiasa giat bekerja untuk memastikan agenda Pusat i-Learn berlangsung. Tahun 2012 juga merupakan tahun yang agak mencabar buat Pusat i-Learn dalam usaha menggerakkan pembelajaran teradun/ blended learning (BL). Rata-rata masih ada warga UiTM yang kurang informed atau tidak yakin dengan kaedah pengajaran ini. Tahun 2013 menjanjikan rentak yang berbeza, malah lebih mengujakan kerana blended learning kini diterima senat sebagai salah satu mod penyampaian yang pada hemat saya, akan menjadi satu kelaziman dalam beberapa tahun akan datang. Justeru itu, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada pengurusan tertinggi UiTM kerana memberi mandat dan kepercayaan kepada saya dan warga Pusat i-Learn untuk terus mengusahakan transformasi pembelajaran dan pengajaran melalui kaedah blended ini. UiTM memang beruntung kerana mempunyai ramai champion e-pembelajaran dan BL termasuk Dato’ Sri Naib Canselor sendiri yang sentiasa menggalakkan wadah P & P ini. Kami juga bersyukur kerana Prof TNCAA dan pihak UHEK tidak putus-putus memberi sokongan dan bekerjasama supaya BL dapat dilaksanakan. Dengan penglibatan lebih ramai pensyarah (dianggarkan 30% kursus akan diajar secara BL September 2013) , Pusat i-Learn akan melipatganda usaha untuk memberi sokongan dalam bentuk (1) penerangan dan taklimat mengenai BL, (2) bengkel BL, (3) kursus-kursus berkaitan yang menyokong blended learning seperti Web 2.0, (4) penghasilan pakej-pakej e-content yang lebih mudah dan ringkas dan pembangunan dan penambaikan modul sistem seperti BL registration online dan BL tracking.

InsyaAllah, tahun 2013 akan lebih bermakna dan menyaksikan penglibatan Pusat i-Learn dalam pelbagai aktiviti e-pembelajaran. Pusat i-Learn akan mengadakan kolaborasi dalaman untuk menjayakan Karnival e-pembelajaran serta kolaborasi dengan universiti luar bagi merealisaikan konferens ICEL 2013. Beberapa projek perundingan juga dijangka akan bermula tahun ini.

Di kesempatan ini juga, saya merakamkan ucapan terima kasih kepada semua warga Pusat i-Learn yang dedikasi dan setia berkhidmat kea rah kejayaan Pusat iLearn. Saya berazam menjadikan Pusat i-Learn pusat sokongan bersepadu e-pembelajaram universiti serta rujukan tempatan dan antarabangsa dalam tahun-tahun yang mendatang. Semoga semua usaha bersama kearah pengajaran e 3- efficient, effective & engaging dirahmati.

Sekian , wassalam.

Prof Madya Dr Nor Aziah Hj Alias

Warkah Pengarah...

Page 4: Bulletin Jun-Dis 2012

4

Selamat datang diucapkan kepada Puan Yushita Binti Yusof yang merupakan seorang Juruteknik Kanan dari ILQAM. Beliau sudah berkerja selama hampir 15 tahun dan kini beliau dipindahkan ke i-Learn untuk menguruskan hal-hal berkaitan studio bersama Juruteknik Audio Visual, En. Jefri bin Dahlan.

Tahniah juga diucapkan kepada Puan Nor Hanizah Binti Mohd Nazeri kerana telah melahirkan seorang bayi perempuan seberat 2.85kg pada 17 Disember 2012 bersamaan 2 Safar 1434H. Bayi tersebut diberi nama Nur Amni Binti Amir Amirul. Semoga ibu dan anak sihat sentiasa...

Tahniah diucapkan kepada Penolong Pendaftar Kanan iaitu En. Alias Bin Burok serta isteri beliau kerana telah selamat menunaikan haji di Mekah pada bulan Oktober 2012. Kami warga Pusat i-Learn mendoakan agar beliau dan isteri mendapat haji yang mabrur, AMIN...TAKBIR!!!

Kedatangan Staf Baru dari iLQAM

TAHNIAH!!

Menunaikan Haji

Unit Pentadbiran

Page 5: Bulletin Jun-Dis 2012

5

Inisiatif mod pengajaran dan pembelajaran secara blended telah mula diperkenalkan oleh HEA yang membawa maksud kombinasi pengajaran dan pembelajaran secara bersemuka dan atas talian. Kaedah ini diperkenalkan bagi mengatasi masalah ruang pembelajaran yang semakin kritikal disamping dapat menggalakkan pelajar dan pensyarah berkomunikasi dalam pelbagai cara.

Sistem ini telah dibangunkan bagi memenuhi keperluan universiti dalam menggalakkan dan memudahkan pensyarah mendaftar sebagai Blended Learning Instructor. Usaha murni ini telah disokong dan dipersetujui sepenuhnya oleh Timb. Naib Canselor (Akademik). Pensyarah hanya perlu melayari laman web Portal i-Learn (http://i-learn.uitm.edu.my) bagi mengakses sistem ini.

Blended Learning (BL) Mode Online Registration

Sistem ini dibuka kepada semua pensyarah tanpa mengambil kira subjek. Pensyarah hanya perlu melengkapkan segala butiran yang diperlukan semasa proses pendaftaran.

Surat kelulusan dari TNCA akan dijana secara automatik setelah pensyarah berjaya mendaftar sebagai Blended Learning Instructor. Melalui kaedah ini, segala urusan pendaftaran menjadi lebih mudah dan pensyarah boleh terus melaksanakan blended learning mod pada bila-bila masa.

Ketua Unit : Mohd Ali Mohd IsaUnit Sistem

Page 6: Bulletin Jun-Dis 2012

6

Projek SME Fasa 4 telah dimulakan dengan bermulanya taklimat pada 17 - 18 Julai 2012 bertempat di Makmal Komputer Perpustakaan Tun Abdul Razak 1 (PTAR 1)

Taklimat kedua telah diadakan pada 26 -27 September 2012 bertempat di Makmal Komputer Pusat i-Learn UiTM Shah Alam.

Bersesuaian dengan objektif Pusat i-Learn bagi memperkasa pembelajaran secara atas talian, beberapa projek kerjasama telah dijalankan dengan beberapa syarikat luar, diantaranya : 1. Kerjasama di antara UiTM dan UniCliq SDN BHD - Menggalakkan pensyarah menggunakan perisian Lecture Maker dalam membuat bahan pengajaran yang lebih interaktif

2. Kerjasama di antara UiTM dan Panopto (M) SDN BHD - Menggalakkan penggunaan video sebagai medium pengajaran.

Pada bulan Disember 2012, Pusat i-Learn telah membuat bayaran honorarium kepada pensyarah yang telah berjaya menyiapkan papan cerita bagi projek SME.

PROJEK SME - Subject Matter Expert

Projek / Kerjasama dengan pihak luar

Pembayaran Honorarium SME

Sehubungan dengan itu, Pusat i-Learn masih lagi mencari pensyarah yang berkelayakan dan mempunyai komitmen yang tinggi bagi mengisi salah satu pakej pembangunan bahan kursus seperti berikut: Pakej 1 : Pensyarah hanya membangunkan papan cerita / stoyboard. Pihak Pusat i-Learn akan membangunkan bahan pengajaran tersebut ke dalam bentuk multimedia. Insentif berupa wang tunai RM1000 akan diberikan.

Pakej 2 : Pensyarah akan membangunkan papan cerita / stoyboard. Pihak Pusat i-Learn akan memberikan template multimedia untuk dibangunkan oleh pensyarah tersebut. Pensyarah terbabit dikehendaki menyiapkan kod kursus tersebut ke dalam bentuk multimedia. Insentif berupa wang tunai RM2000 akan diberikan.

Pakej 3: Pensyarah akan membangunkan papan cerita dan template multimedia secara menyeluruh dan menyiapkan kod kursus tersebut ke dalam bentuk multimedia mengikut kemahiran dan kepakaran masing-masing.Insentif berupa wang tunai RM3000 akan diberikan.

Ketua Unit : Azlan Abdul AzizUnit Pembangunan Bahan

Page 7: Bulletin Jun-Dis 2012

7

Pusat i-Learn juga turut menyediakan perkhidmatan rakaman video bagi mana-mana pensyarah yang berminat untuk merakamkan syarahan mereka. Rakaman tersebut akan dimuatnaik ke portal i-learn dan salinannya akan diserahkan kepada pensyarah terbabit. Pensyarah yang berminat bolehlah membuat permohonan dengan menghubungi En Jefri Dahlan di talian 03-5543 5773 atau emelkan ke [email protected]

Ketua Unit : Azlan Abdul AzizUnit Pembangunan Bahan

PROJEK Rakaman

Page 8: Bulletin Jun-Dis 2012

8

PROGRAM & AKTIVITI PUSAT i-LEARN (JULAI – DISEMBER 2012)

NAMA PROGRAM LOKASI PESERTA

Adobe Acrobat Professional Makmal Komputer Pusat i-Learn Pensyarah for e-Learning Online Pedagogy 1:(Making Sense of Online Learning) Makmal Komputer Pusat i-Learn Pensyarah Online Pedagogy 2:(Online Learning Design & Assessment) Makmal Komputer Pusat i-Learn Pensyarah Microsoft Office Word for e-Learning Makmal Komputer Pusat i-Learn Pensyarah Adobe Flash for e-Learning Makmal Komputer Pusat i-Learn Pensyarah Microsoft Office PowerPoint Makmal Komputer Pusat i-Learn Pensyarahfor e-Learning Fakulti Kejuruteraan Kimia Pensyarah Lecture Maker for e-Learning Makmal Komputer Pusat i-Learn Pensyarah UiTM Kampus Kota, Johor Bahru Pensyarah Hands-On Blended Learning Makmal Komputer Pusat i-Learn Fakulti Kejuruteraan Kimia Fakulti Perakaunan Fakulti Sains Sukan & Rekreasi Pensyarah Makmal Komputer ILQaM Fakulti Kejuruteraan Mekanikal UiTM Pulau Pinang UiTM Perak UiTM Sarawak Rasch Model for Educational Assessment Makmal Komputer Pusat i-Learn Pensyarah Mesyuarat Jawatankuasa i-Learn Bilik Mesyuarat Pusat i-Learn Ketua Unit i-Learn Peringkat Fakulti Fakulti Program Go! i-Learn Day Foyer Pusat i-Learn Fakulti Seni Lukis & Seni Reka Fakulti FSPU Pelajar Fakulti Kejuruteraan Mekanikal UiTM Pulau Pinang UiTM Sarawak Mesyuarat Projek Blended Learning UiTM Perak AJK i-Learn Perak Projek Lecture Maker - UniCliq Makmal Komputer Pusat i-Learn Pensyarah Bengkel Pembangunan e-Bahan Makmal Komputer Pusat i-Learn Pensyarah (Audio Capture) Taklimat Raptivity Presenter Software Bilik Mesyuarat Pusat i-Learn Trainer i-Learn Web 2.0 Tools in Education Makmal Komputer Pusat i-Learn Pensyarah Smart Sharing Session Bilik Mesyuarat Pusat i-Learn Trainer i-Learn Certified Course for Ketua Unit i-Learn University e-Learning Gold Coast Morib Fakulti Trainers Level 1 (CUeLT 1) Ketua Unit i-Learn Cawangan Trainer i-LearnUniversity e-Learning Trainers Gold Coast Morib Trainer i-Learn (Level 1)- CUeLT 1 Sharing Session Bilik Mesyuarat Pusat i-Learn Trainer i-Learn

Ketua Unit : Mohd Nor Hajar Hasrol JonoUnit Latihan

Page 9: Bulletin Jun-Dis 2012

9

STATISTIK PELAKSANAAN AKTIVITI & LATIHAN PUSAT i-LEARN (JULAI – DISEMBER 2012)

Ketua Unit : Mohd Nor Hajar Hasrol JonoUnit Latihan

Page 10: Bulletin Jun-Dis 2012

10

Pusat i-Learn sentiasa dari masa ke semasa menjalankan penyelidikan dan pembangunan berkaitan e-pembelajaran, termasuklah menjalankan penyelidikan secara kolaborasi dengan fakulti dan universiti luar. Anta-ra penyelidikan yang sedang dalam progres termasuklah keberkesanan LMS iLearn dan sistem-sistem sokongan terhadap pencapaian pelajar, pembangunan Virtual iLearn, pengintegrasian LMS dan sistem SMS serta pembangunan beberapa aplikasi mobil untuk e-pembelajaran. Kompilasi kertas kerja penyelidikan telah diterbitkan sebagai buku untuk edisi per-tama dan siri berikutnya dalam bentuk elektronik iaitu Inside e-Learning Online. Sehingga Disember 2012, penerbitan yang dihasilkan oleh Pusat iLearn ialah sebuah buku kompilasi bertajuk Inside eLearning: Collected Works on Principles and Practices. Ia merupakan kompilasi artikel yang pernah dibentangkan di beberapa konferens terpilih, dalam dan luar negara oleh pensyarah-pensyarah pakar e-learning Universiti berkisar tentang konsep, aplikasi, cabaran, pengalaman serta isu-isu umum dan teknikal untuk perkongsian dan rujukan bersama. Antara artikel pilihan termasuklah cabaran pendidikan elektronik (e-education), perkongsian pengalaman pembangunan sistem pengurusan pembelajaran (LMS) di

UiTM serta pembangunan beberapa sistem sokongan untuk LMS, kajian-kajian kes keberkesanan e-pem-belaran dan lain-lain.

Selain itu, penerbitan Jurnal berindeks PROCEDIA Bil 56/2012 telah dihasilkan dengan 67 kertas kerja ter-pilih daripada International Conference on eLearning 2011, di Bandung. Jurnal ini diterbitkan oleh Elsevier Ltd.

Ketua Unit : Prof Madya Dr Mohd Nor MamatUnit Penyelidikan, Inovasi & Pengkomersilan

Penyelidikan, Penerbitan dan e-Penerbitan

Lawatan & Jaringan Akademik-Industri

Beberapa siri lawatan oleh institusi luar untuk tujuan perkongsian kepakaran dan rujukan berkaitan e-learn-ing yang menghasilkan jaringan kerjasama dan konsultansi pembangunan inovasi komersil, antaranya:

Beberapa siri pertemuan dengan Unit Learning & Talent Development @ Human Resources De-partment, Sime Darby Plantation dan Jabatan Teknologi Maklumat, Pusat Perubatan Universiti Ma-laya telah menghasilkan dua proposal pembangunan sistem pengurusan pembelajaran (LMS) ele-ktronik dan kini di peringkat akhir kelulusan pengurusan tertinggi kedua-dua institusi berkenaan.

Page 11: Bulletin Jun-Dis 2012

11

Ketua Unit : Prof Madya Dr Mohd Nor MamatUnit Penyelidikan, Inovasi & Pengkomersilan

THE 4th INTERNATIONAL CONFERENCE ON E-LEARNING (ICeL 2013)

Tarikh: 8-10 Julai 2013 :: Tempat: VSB-Technical University of Ostrava, Republik Czech url: http://sdiwc.net/conferences/2013/icel2013

Konferensi Antarabangsa e-Learning (ICeL) adalah aktiviti yang dianjurkan oleh Pusat iLearn, Universiti Teknologi Mara dengan kerjasama Akademi Kepimpinan IPTA dan MEIPTA secara dwi tahunan dan kini telah memasuki siri ke empat. Sehingga kini, ia telah berjaya mencapai objektif yang disasarkan iaitu seb-agai medan perkongsian global berkaitan ‘e-learning’, ‘online learning’ dan ‘mobile learning’ di mana penyertaan adalah dari pelbagai institusi seluruh dunia; akademik dan industri. Ia juga menjadi medan latihan serta perkongsian idea di kalangan cen-dikiawan dan pakar industri dalam e-learning dan m-learning, terutamanya untuk warga UiTM di peringkat antarabangsa.

Pada dua siri pertama, ia diadakan di Malaysia manakala siri ketiga, Pusat i-Learn telah melebarkan jaringan kolaborasi an-tarabangsa di mana konferensi ini dianjurkan secara bersama dengan SEAMOLEC dan Institut Teknologi Bandung di Bandung pada 23-24 November 2011. Untuk siri keempat, ICEL 2013 akan dianjurkan dengan kolaborasi The Society of Digital Information and Wireless Communication (SDIWC) dan Universiti Teknikal Ostrava, Czech pada 8-10 Julai 2013 bertempat di Republic Czech. Tema konferensi kali ini masih men-jurus kepada isu ‘online learning’ dan ‘mobile learning’ dengan lebih meluas kepada pengurusan ilmu dan sistem jaringan teknologi dalam ‘e-learning’. Penyertaan kertas kerja adalah amat dialu-alukan untuk pembentangan dan penerbitan prosiding. Kertas kerja terpilih juga akan diterbitkan dalam jurnal berindeks Procedia, International Journal of New Computer Architecture and their Applications, The International Journal of Digital Information and Wireless Communi-cations, International Journal of Cyber-Security and Digital Forensics, e-Entrepreneurship and Innovation Journal dan International Journal of Cyber Ethics in Education.

Page 12: Bulletin Jun-Dis 2012

12

Ketua Unit : Prof Madya Dr Mohd Nor MamatUnit Penyelidikan, Inovasi & Pengkomersilan

Pada masa yang sama, di peringkat dalaman, Universiti bercadang melaksanakan satu University Carnival on eLearning (UCeL2013) yang menfokuskan kepada ekspo dan jualan berkaitan e-learning

dan ICT, pameran pencapaian/ praktis terbaik elearning di peringkat fakulti dan kampus, penyampaian Anugerah eLearning Universiti 2012, show case elearning dan ICT serta pertandingan-pertandingan inovasi dan rekacipta produk seperti pro-

gram, objek

UNIVERSITY CARNIVAL ON E-LEARNING (UCeL 2013)

Tarikh: 21-22 Mei 2013 :: Tempat: DSB dan Anjung Nur Zahirah, UiTM Shah Alam

Page 13: Bulletin Jun-Dis 2012

Pusat i-LearnBahagian Hal Ehwal Akademik

Universiti Teknologi MARA40450 Shah Alam

Selangor Darul Ehsanhttp://i-learn.uitm.edu.my

Tel : 03-5544 2609 Faks : 03-55435779