2nd DIVISIONAL MEETING AND SEMINAR ON … Newsletter/Newsletter Issue 1...tan Meteorologi Malaysia....
Transcript of 2nd DIVISIONAL MEETING AND SEMINAR ON … Newsletter/Newsletter Issue 1...tan Meteorologi Malaysia....
1
2nd DIVISIONAL MEETING AND SEMINAR ON GEOGRAPHICAL NAMES UNITED NATIONS
GROUP OF EXPERTS ON GEOGRAPHICAL NAMES ASIA SOUTH EAST (UNGEGN ASE) PADA
1-2 APRIL 2014 DI THE GRAND ROYAL PANGHEGAR HOTEL AND CONVENTION, BANDUNG,
INDONESIA.
U NGEGN telah diwujudkan oleh Setiausaha Agong Pertu-
buhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) selaras dengan resolusi
715 A (XXVII) bertarikh 23 April 1959 Majlis Ekonomi dan
Sosial (ECOSOC). Pakar-pakar UNGEGN telah dipertanggungjawab-
kan untuk bermesyuarat dan membuat cadangan teknikal berke-
naan penyeragaman nama-nama geografi di peringkat negara dan
antarabangsa. Dalam hubungan ini, Malaysia adalah merupakan ahli
tetap UNGEGN, dan pihak JUPEM telah mewakili Malaysia di dalam
mesyuarat-mesyuarat UNGEGN yang sebelum ini. Pusat Infrastruktur
Data Geospatial Negara (MaCGDI) merupakan Pengerusi bagi Kum-
pulan Kerja Pangkalan Data Nama Geografi dan Gazetir Kebang-
saan adalah bertanggungjawab dalam pembangunan Pangkalan
Data Nama Geografi serta web gazetir kebangsaan.
Malaysia juga merupakan Pengerusi dan Urus Setia bagi Ba-
hagian Asia South East (ASE) untuk tempoh 2010 hingga 2014 dan
jawatan tersebut disandang oleh Ketua Pengarah Ukur dan
Pemetaan Malaysia. Bahagian Asia South East (ASE) ini dianggotai
oleh 12 buah Negara iaitu Bhutan, Brunei Darussalam, Cambodia,
Indonesia, Lao People's Democratic Republic, Malaysia, Myanmar,
Philippines, Singapore, Sri Lanka, Thailand, Vietnam.
Sempena 2nd Divisional Meeting of UNGEGN, ASE, National
Team for Standardization of Topographical Names (Republic of Indo-
nesia) telah menganjurkan Seminar UNGEGN, ASE yang bertemakan
“The Power of Place Names in Economic Development, Disaster Re-
sponse and Global Media” pada 1 April 2014. Seminar berkenaan
telah dirasmikan oleh Dr. Asep Karsidi, Head of Geospatial Information
Agency (Badan Informasi Geospatial) Republic of Indonesia. Seminar
berkenaan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta
tempatan dan antarabangsa mengenai kepentingan nama-nama
geografi dalam pembangunan ekonomi, bantuan menyelamat
mangsa akibat daripada bencana yang menimpa serta peranannya
dalam media.
Mesyuarat Kedua UNGEGN Bahagian ASE telah diadakan pada
2 April 2014. Tujuan mesyuarat kali ini diadakan adalah untuk
mendengar laporan kamajuan aktiviti penamaan geografi negara-
negara ahli serta sebagai persediaan bagi 28th Session of UNGEGN
yang akan diadakan di New York pada 28 April – 2 Mei 2014. Mesyuarat
ini merupakan forum perbincangan di kalangan negara-negara ang-
gota ASE mengenai perkara-perkara yang telah dirangka di bawah
program UNGEGN seperti standardisasi nama-nama tempat dan fea-
tures, menggalakkan program latihan, mempromosi penggunaan na-
ma-nama standard di atas peta sesebuah negara, menerbitkan Gazetir
Kebangsaan serta menggalakkan kerjasama antara negara dalam
standardisasi nama dan features yang merentasi sempadan an-
tarabangsa. Mesyuarat bersetuju supaya Pengerusi bagi UNGEGN Ba-
hagian ASE dilantik untuk tempoh empat (4) tahun. Justeru itu,
mesyuarat bersetuju untuk melantik Filipina sebagai Pengerusi baru bagi
tempoh 2014 – 2018 menggantikan Malaysia.
Secara keseluruhannya Mesyuarat Kedua UNGEGN Bahagian
ASE ini telah berlangsung dengan jayanya. Penyelarasan serta kepu-
tusan-keputusan penting telah dapat dicapai di kalangan negara ang-
gota. Pembentangan laporan aktiviti telah memberi faedah kepada
semua delegasi untuk saling berkongsi pengalaman.
Penggunaan nama tempat yang betul akan memberi kesan
dan faedah di peringkat tempatan, kebangsaan dan antarabangsa
dalam pelbagai urusan termasuklah perdagangan, statistik,
perancangan pembangunan bandar dan desa, pengurusan alam
sekitar, bantuan menyelamat mangsa bencana alam termasuk operasi
mencari, penerbitan peta, pelancongan sehinggalah untuk tujuan
komunikasi.
BENGKEL PENYEDIAAN DAN PENERBITAN METADATA BIL 1/2014
M etadata adalah ‘data mengenai data’ atau ‘data
about data’. Ia adalah maklumat yang men-
erangkan mengenai data/maklumat/perkhidmatan sesuatu produk
serta informasi berkaitan geospatial. Melalui program MyGDI,
metadata dikenal pasti sebagai salah satu komponen utama dalam
mempromosikan perkongsian dan penyebaran maklumat geospatial.
Sehubungan itu, satu profil standard metadata telah dibangunkan
berasaskan MS ISO 19115:2003-Geographic Information-Metadata
dan dinamakan sebagai MyGDI Metadata Standard (MMS).
Justeru, MaCGDI telah mengambil inisiatif menerusi program
MyGDI dengan membangunkan dan menyediakan fasiliti kepada
semua pembekal maklumat geospatial, dalam menyediakan dan
menerbitkan metadata bermula pada tahun 2004. Hasil daripada
inisiatif ini MyGDI Explorer dibangunkan menggunakan GIS Portal
Toolkit (GPT) 9.3.1 yang mana salah satu bahagian penting di da-
lamnya adalah templat pengisian metadata berdasarkan profil MMS.
Profil ini terdiri daripada 17 elemen mandatori dan 19 kategori dataset
berdasarkan MS ISO 19115. Kaedah penulisan XML dokumen metada-
ta adalah berdasarkan skema MS ISO 19139.
Pada tahun 2011, MMS ditambahbaik bagi menyokong web
service, dengan itu profil MMS dibahagikan kepada dua (2) iaitu MMS
(Dataset) dan MMS (Web Service). Dokumen rujukan MMS (dataset)
berasaskan MS ISO 19115, manakala MMS (web service) merujuk pa-
da MS ISO 19119. Pembaharuan ini dilaksanakan sebagai usaha MaC-
GDI dalam mengalakkan pembekal data untuk menyediakan dan
menerbitkan metadata bagi agensi maisng-masing. Pada masa yang
sama, aplikasi penyediaan metadata secara offline yang dikenali
METAFOR telah dibangunkan dan dilaksanakan penggunaannya.
Aplikasi ini merupakan salah satu tool bagi memudahkan dan meng-
galakkan penyediaan metadata bagi setiap agensi di Malaysia, teru-
tamanya bagi agensi yang menggunakan perisian GIS tanpa kemu-
dahan suntingan metadata.
Di samping itu metadata juga berperanan sebagai alat
(tools) bagi memudahkan pembekal data merekod maklumat
mengenai data mereka dan juga bagi memudahkan pengguna
memperoleh data geospatial yang dikehendaki. Berdasarkan elemen
-elemen metadata, keberadaan dan ketersediaan data spatial
dapat diketahui secara meluas. Hal ini sesuai dengan misi MaCGDI
dalam menjamin kesediaan data spatial untuk mendukung pem-
bangunan nasional.
Selaras dengan itu, pihak MaCGDI telah mengadakan satu
siri Bengkel Penyediaan dan Penerbitan Metadata Bil. 1/2014 bersa-
ma Agensi Pembekal Data (APD) di Pulau Langkawi bagi menghar-
gai usahasama daripada agensi persekutuan yang terlibat di dalam
Bengkel Pengemaskinian Metadata Bil. 2/2013 yang telah diadakan
pada 2 Mei 2013 yang lalu. Bengkel ini telah dihadiri oleh 18 peserta
daripada 5 agensi.
Objektif bengkel ini ialah:
Untuk memberi pendedahan kepada APD di dalam menye-
diakan dan menerbitkan metadata bagi produk di agensi mas-
ing-masing.
Membincangan isu-isu permasalahan yang dihadapi oleh APD
serta kesediaan dalam penyediaan dan penerbitan metadata
melalui MyGDI Explorer yang telah dibangunkan oleh pihak
MaCGDI. Hal ini bagi tujuan penambahbaikan ke atas aplikasi
MyGDI Explorer sekiranya perlu.
Antara pengisian lain sepanjang bengkel ini adalah sesi
pembentangan dari pihak MaCGDI berkaitan MyGDI Metadata
Standard (MMS) serta standard yang diguna pakai di dalam pem-
bangunan MMS. Para peserta juga diberi penerangan berkaitan
contoh pengisian metadata kaedah online dan offline.
Hasil daripada bengkel tersebut, sebanyak 502 metadata
telah berjaya diterbitkan di dalam MyGDI Explorer, dimana ianya
melebihi sasaran asal sebanyak 300 metadata. Agensi yang terlibat
di dalam bengkel ini adalah Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia
(JUPEM), Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM), Jabatan Perhutanan
Semenanjung Malaysia (JPSM), Pusat Hidrografi Nasional (PHN) dan
Perbadanan Putrajaya (PPj). Pihak agensi berpuas hati di atas
bengkel yang dijalankan dan dicadangkan bengkel ini diadakan
berterusan untuk agensi-agensi lain.
Bermula pada tahun 2013 hingga kini, pihak MaCGDI se-
dang bergerak ke arah menyediakan templat metadata bagi data
raster (imagery & Gridded Data) untuk kegunaan semua agensi
yang mempunyai dan mengguna pakai data raster. Penyediaan
templat ini melibatkan beberapa agensi pengeluar dan pengguna
data raster. Dokumen rujukan dalam penyediaan templat ini adalah
MS ISO 19115-2:2011 –Geographic Information-Metadata-Part 2:
Extentions for Imagery and Gridded Data.
2
Bagi Anugerah Kecemerlangan Geospatial, tiga (3) agensi
terpilih memenangi kategori ini adalah Jabatan Meteorologi Malaysia
melalui projek Fire Danger Rating System (FDRS) dan anugerah telah
diterima oleh Y.Bhg. Dato’ Che Gayah Ismail, Ketua Pengarah Jaba-
tan Meteorologi Malaysia. Pemenang seterusnya adalah Jabatan Ukur
dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) melalui projek e-Kadaster dan anu-
gerah telah diterima oleh Y. Bhg. Datuk Prof. Sr. Dr. Abdul Kadir bin
Taib, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan dan Telekom Malaysia me-
lalui projek SMARTMAP dan anugerah telah diterima oleh Y. Bhg. Dato’
Khairul Annuar Mohamed Zamzam, Executive Vice President Telekom
Malaysia.
Anugerah ini merupakan satu inisiatif bagi mengiktiraf agensi-
agensi yang bergiat aktif dan inovatif dalam bidang geospatial. Anu-
gerah ini diperkenalkan bagi merangsang penggunaan teknologi
geospatial yang seterusnya meningkatkan inovasi dalam bidang geo-
spatial yang menjurus kepada pembangunan negara. Anugerah ini
juga adalah bagi menyuntik kesedaran dan mencetuskan gelombang
perubahan di kalangan organisasi/agensi dalam memperkasa aktiviti-
aktiviti geospatial pada masa kini dan akan datang. Setinggi penghar-
gaan kepada semua agensi yang telah menghantar penyertaan dan
sekalung tahniah kepada para pemenang.
S imposium Maklumat Geospatial Kebangsaan Ke-6
dikenali juga sebagai ‘6th National Geospatial Infor-
mation Symposium’ yang bertemakan ‘Geospatial Pemacu Wawasan
Negara’ atau ‘Geospatial Drives National Vision’ telah diadakan pada
17 dan 18 Mac 2014 bertempat di Pusat Antarabangsa Konvensyen
Putrajaya (PICC).
Dalam hubungan ini dan bagi menghargai serta mengiktiraf
agensi-agensi yang bergiat aktif dan inovatif dalam bidang geospatial,
Jawatankuasa Induk Simposium Maklumat Geospatial Kebangsaan Ke-
6 buat julung kalinya telah memperkenalkan Anugerah Geospatial
Kebangsaan (AGK 2014). Anugerah Geospatial Kebangsaan 2014 (AGK
2014) telah diperkenalkan dalam penganjuran NGIS ke-6 ini. AGK 2014
terdiri daripada dua (2) kategori iaitu Anugerah Kecemerlangan Geo-
spatial (Umum) dan Anugerah MyGDI Kebangsaan (Agensi Kerajaan).
Anugerah MyGDI Kebangsaan dibuka kepada agensi-agensi
yang terlibat dalam menjayakan pembangunan Infrastruktur Data Geo-
spatial Negara (MyGDI) dari aspek perkongsian maklumat geospatial,
penggunaan standard dan garis panduan pelaksanaan MyGDI.
Sebanyak 16 pencalonan telah diterima bagi kategori ini. Penerima
Anugerah MyGDI Kebangsaan terdiri daripada tiga agensi iaitu agensi
Persekutuan, Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan. Setiap pemenang
menerima sebuah trofi, wang tunai dan Sijil. Manakala Anugerah
Kecemerlangan Geospatial dibuka kepada semua agensi kerajaan,
swasta dan IPT untuk menghargai inisiatif-inisiatif pembangunan geo-
spatial yang bersifat holistik secara umum. Sebanyak 23 pencalonan
telah diterima bagi kategori ini. Pemenang anugerah terdiri daripada 3
agensi terpilih yang juga menerima sebuah trofi, wang tunai dan Sijil.
Bagi penerima Anugerah MyGDI Kebangsaan, pemenang bagi
kategori Agensi Persekutuan adalah Jabatan Kerja Raya melalui projek
Sistem Pengurusan Cerun Bersepadu dan anugerah telah diterima oleh
Y.Bhg. Dato’ Ir Dr. Hasnul bin Mohamad Salleh, Pengarah Kanan Ca-
wangan Kejuruteraan Senggara, JKR. Pemenang Anugerah MyGDI
Kebangsaan bagi kategori Agensi Negeri pula adalah Pejabat Se-
tiausaha Kerajaan Pulau Pinang melalui projek Pembangunan dan
Perlaksanaan Program Maklumat Geospatial Negeri Pulau Pinang dan
anugerah telah diterima oleh Y.Berhormat Dato’ Farisan bin Darus, SUK
Pulau Pinang manakala pemenang Anugerah MyGDI Kebangsaan
bagi kategori Pihak Berkuasa Tempatan adalah Perbadanan Putrajaya
melalui projek Perbadanan Putrajaya Geographical Information System
(PutraGeoInfo) dan anugerah telah diterima oleh Y.Bhg. Datuk Mu-
hamad Haitamin bin Ishak, Naib Presiden Kanan PPj.
ANUGERAH GEOSPATIAL KEBANGSAAN (AGK
2014) SEMPENA SIMPOSIUM MAKLUMAT GEO-
SPATIAL KEBANGSAAN KE-6 (NGIS KE-6)
Penerima Anugerah MyGDI Kebangsaan (Agensi Kerajaan)
Jabatan Meteorologi Malaysia
Penerima Anugerah Kecemerlangan Geospatial (Umum)
JKR PPj
Pejabat SUK Pulau Pinang
3
Bagi menentukan kecekapan dan
keberkesanan dalam pengurusan
infrastruktur ini, penekanan perlu diberi
kepada akauntabiliti agensi pembekal
data dalam memastikan kepentingan
kerajaan terpelihara dan maklumat
peribadi serta kerahsiaan terjamin dan
sentiasa dilindungi. Ini boleh dilakukan
melalui kaedah custodianship. Untuk
tujuan ini, MaCGDI telah mengeluar-
kan Surat Pekeliling Pelaksanaan Infra-
struktur Data Geospatial Negara
(MyGDI) Bilangan 1 Tahun 2008 iaitu
Garis Panduan Custodianship Bagi
Data Geospatial.
Custodianship adalah satu kaedah untuk memastikan akaunt-
abiliti terhadap pengurusan dan penyelenggaraan data geospatial
sektor awam. Custodianship tidak bertujuan untuk memberi maksud
pemilikan mutlak tetapi sebagai sebagai pemegang amanah
mengenai data bagi pihak Kerajaan.
Pembekal utama data geospatial dikenali custodian. Mereka
terdiri daripada agensi-agensi yang dikenal pasti oleh MaCGDI dan
diperakukan oleh Kerajaan berpandukan kriteria tertentu yang
mempunyai tanggungjawab dan hak-hak tertentu.
BENGKEL PEMANTAPAN DOKUMEN RUJUKAN MyGDI NEGERI PERLIS
Bengkel Pemantapan Dokumen Rujukan MyGDI Negeri Perlis yang telah diadakan pada 9 April 2014 bertempat di Kompleks DUN, Neger i
Perlis. Peserta bengkel adalah seramai 20 orang yang terdiri dari pelbagai agensi di negeri Perlis. Bengkel ini diadakan lanjutan daripada bengkel-
bengkel yang telah diadakan sebelum ini iaitu:
i. Bengkel Penyediaan Dokumen Rujukan MyGDI Bil. 1/2012 bertarikh 26 -28 Jun 2012 bertempat di MyHotel, Kuah,Langkawi.
ii. Bengkel Penyediaan Dokumen Rujukan MyGDI Bil. 1/2013 bertarikh 18 – 19 Jun 2013 bertempat di Hotel Concorde Inn, Sepang, Kuala Lum-
pur.
Tujuan Bengkel ini adalah untuk menyemak draf Dokumen Rujukan MyGDI Negeri Perlis yang telah disediakan meliputi penyelarasan
tanggungjawab berkaitan Pembangunan MyGDI di negeri Perlis iaitu MaCGDI , UPEN, Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat, JPBD Negeri Perlis
dan agensi – agensi lain yang terlibat dan Penetapan Struktur Data Geospatial Negeri dan Standard Operating Procedure (SOP) pengemaskinian
data geospatial negeri Perlis (SGDC).
Hasil dari perbincangan yang telah diadakan, draf Dokumen Rujukan MyGDI Negeri Perlis yang telah disediakan dan disusun mengikut jilid-
jilid yang telah dicadangkan oleh pihak MaCGDI seperti berikut :
a. Jilid 1 : Maklumat Tadbir Urus MyGDI Negeri Perlis.
b. Jilid 2 : Maklumat Infrastruktur Clearinghouse MyGDI Negeri Perlis.
c. Jilid 3 : Maklumat Data Geospatial Negeri Perlis.
d. Jilid 4 : Maklumat Polisi dan Standard.
Prinsip Custodianship adalah seperti berikut:
Prinsip 1 : Custodian sebagai pemegang amanah bagi pihak
Kerajaan
Prinsip 2 : Custodian bertanggungjawab memastikan data dan
metadata di bawah jagaannya memenuhi standard yang
ditetapkan
Prinsip 3 : Custodian hendaklah merancang dan mengurus data
dengan mengambil kira keperluan MyGDI dalam
pembangunan Pusat Geospatial Data (GDC)
Prinsip 4 : Custodian adalah pembekal data berwibawa
Prinsip 5 : Custodian bertanggunjawab sepenuhnya terhadap
integriti data di bawah jagaan mereka
Prinsip 6 : Custodian hendaklah memastikan capaian yang
berterusan kepada semua pengguna untuk data di
bawah kawalan mereka
* Nashkah Surat Pekeliling ini boleh didapatkan secara percuma di MaCGDI atau layari website
www.mygeoportal.gov.my bagi versi digital
Custodianship
Diterbitkan oleh:
PUSAT INFRASTRUKTUR DATA GEOSPATIAL
NEGARA (MaCGDI)
ARAS 7 & 8, WISMA SUMBER ASLI,
NO. 25 PERSIARAN PERDANA, PRESINT 4,
62574 PUTRAJAYA
NO TEL: 0388861111: NO FAKS: 0388894851
4