3. 10LangkahTentukanMatlamatHidup.

5
4.0 SEPULUH LANGKAH MEWUJUDKAN MATLAMAT HIDUP Matlamat secara ringkasnya bermaksud sesuatu yang ingin anda capai. Lazimnya, matlamat akan melibatkan penggunaan masa dan usaha yang bersungguh-sungguh. Langkah pertama dalam penetapan matlamat ialah memupuk kemahuan yang berkobar-kobar. Semakin besar kemahuan kita, semakin bersemangat hendak mencapai sesuatu perkara, semakin tinggi kebarangkalian untuk mencapai matlamat tersebut. Kemahuan yang berkobar-kobar mampu menyemarakkan lagi kekuatan untuk kita terus mara ke depan, mengatasi sebarang bentuk masalah, resahan, kegagalan dan penghalang. Kemahuan ini hendaklah berbentuk peribadi. Setiap kali kita terfikir tentang menetap matlamat hidup, tidak kira apa matlamat sekalipun; matlamat tersebut perlulah milik kita sepenuhnya. Hal ini boleh memotivasikan diri kita dan bukan menjadi ikutan daripada permintaan orang lain. Pendek kata, kita perlulah jujur dengan diri sendiri. Kedua, membina keyakinan diri. Setiap kejadian dunia di luar adalah suatu bayangan dunia dalaman kita, dan dunia dalaman kita adalah terbina daripada hal-hal yang kita yakin. Manakala, kepercayaan pula bermaksud hal yang paling kita yakin dalam jiwa raga. Kita perlu memastikan diri kita mampu mencapai matlamat hidup yang telah ditetapkan. Kita perlu percaya secara menyeluruh tentang keupayaan kita untuk memerolehinya. Mulakan dengan matlamat yang kecil dan capai matlamat tersebut. Seterusnya

description

ll

Transcript of 3. 10LangkahTentukanMatlamatHidup.

Page 1: 3. 10LangkahTentukanMatlamatHidup.

4.0 SEPULUH LANGKAH MEWUJUDKAN MATLAMAT HIDUP

Matlamat secara ringkasnya bermaksud sesuatu yang ingin anda capai. Lazimnya,

matlamat akan melibatkan penggunaan masa dan usaha yang bersungguh-sungguh. Langkah

pertama dalam penetapan matlamat ialah memupuk kemahuan yang berkobar-kobar. Semakin

besar kemahuan kita, semakin bersemangat hendak mencapai sesuatu perkara, semakin tinggi

kebarangkalian untuk mencapai matlamat tersebut. Kemahuan yang berkobar-kobar mampu

menyemarakkan lagi kekuatan untuk kita terus mara ke depan, mengatasi sebarang bentuk

masalah, resahan, kegagalan dan penghalang. Kemahuan ini hendaklah berbentuk peribadi.

Setiap kali kita terfikir tentang menetap matlamat hidup, tidak kira apa matlamat sekalipun;

matlamat tersebut perlulah milik kita sepenuhnya. Hal ini boleh memotivasikan diri kita dan

bukan menjadi ikutan daripada permintaan orang lain. Pendek kata, kita perlulah jujur dengan

diri sendiri.

Kedua, membina keyakinan diri. Setiap kejadian dunia di luar adalah suatu bayangan

dunia dalaman kita, dan dunia dalaman kita adalah terbina daripada hal-hal yang kita yakin.

Manakala, kepercayaan pula bermaksud hal yang paling kita yakin dalam jiwa raga. Kita perlu

memastikan diri kita mampu mencapai matlamat hidup yang telah ditetapkan. Kita perlu percaya

secara menyeluruh tentang keupayaan kita untuk memerolehinya. Mulakan dengan matlamat

yang kecil dan capai matlamat tersebut. Seterusnya mengejar matlamat hidup ke tahap yang lebih

besar. Justeru, kita akan lebih yakin dan mempercayai diri sendiri dalam mencapai matlamat

hidup yang telah kita tetapkan.

Langkah ketiga, tuliskan matlamat hidup pada kertas atau bahan lain yang boleh nampak

untuk dibaca. Jika matlamat tersebut ditulis dengan jelas, kita dapat mencorakkan rancangan

secara teliti dan terperinci untuk ke peringkat seterusnya. Apabila matlamat hidup ini menjadi

jelas, matlamat akan menjadi suatu gambaran yang menyeluruh. Minda separa sedar akan mula

terjaga dan berkata, “wow, nampaknya ini suatu yang benar.” Kita tidak akan lari daripada janji

untuk mengejar matlamat hidup tersebut.

Page 2: 3. 10LangkahTentukanMatlamatHidup.

Langkah keempat, tanya diri sendiri satu soalan, “Mengapa kita hendak melakukannya?”

Soalan ini membawa dua tujuan, yang pertama, “ia memastikan matlamat hidup ini sebagai

matlamat hidup kita. Tujuan kedua, soalan ini akan menguatkan azam kita untuk mengecapi

matlamat hidup tersebut. Semakin banyak sebab disebalik tindakan kita, azam untuk mencapai

matlamat hidup menjadi semakin kuat, keupayaan kita juga akan meningkat.

Langkah ke lima, fahami dan analisis tahap kedudukan kita sekarang. Bila kita tahu dan

sedar akan cara memulakan tindakan, maka langkah seterusnya menjadi lebih mudah. Untuk

mengetahui kedudukan kita sekarang, kita perlu mengkaji kekuatan dan kelemahan diri,

seterusnya senaraikan bidang yang perlu kita pelajari. Apa yang dapat saya perkatakan daripada

pengajaran lalu, satu daripada kelemahan seseorang individu dalam membina matlamat hidup

ialah terlalu gopoh mengatur strategi tindakan tanpa menilai terlebih dahulu landasan yang

mereka miliki.

Langkah keenam ialah mendirikan tarikh pencapaian yang dihasratkan. Matlamat hidup

yang tidak mempunyai tarikh akhir tidak dikenali sebagai suatu matlamat. Selain itu, kita perlu

menetapkan satu tarikh pencapaian mini. Hal ini bermaksud jika kita membentuk matlamat

tahunan, kita juga perlu mendirikan matlamat bulanan, dua matlamat setengah tahun dan empat

matlamat suku tahun. Kita juga perlu mendirikan sistem penghargaan diri untuk menguatkan

kemahuan dan mencetuskan kesungguhan yang berkobar-kobar.

Langkah ketujuh ialah mengenalpasti semua penghalang yang membantutkan

perkembangan matlamat kita. Makna kejayaan juga berlandaskan penghalang. Tidak ada

kejayaan yang tidak terbina oleh penghalang. Sepanjang masa kita berjuang menuju matlamat,

setiap penghalang yang kita temui adalah untuk membantu diri kita mencapai matlamat. Maka,

amatlah penting untuk mengenal dan menyenaraikan semua penghalang dan kemudian

aturkannya mengikut keutamaan. Penghalang yang terpenting hendaklah diselesaikan dahulu

dengan bersungguh-sungguh. Hal ini disebabkan penghalang yang terbesar merupakan batu

besar yang bakal menghalang perjalanan kita.

Page 3: 3. 10LangkahTentukanMatlamatHidup.

Langkah kelapan ialah mengenalpasti ilmu dan kepakaran yang perlu kita miliki. Kita

hidup dalam dunia yang berlandaskan ilmu pengetahuan. Tidak kira apa matlamat hidup yang

dihajatkan, kita pasti memerlukan banyak ilmu pengetahuan untuk mendokong perlaksanaannya.

Hal yang perlu diingat ialah kita haruslah terus memajukan diri dengan membaca buku,

mengikut seminar dan menerapkan lebih banyak ilmu pengetahun untuk mencapai matlamat kita.

Terlebih dahulu, kita perlu tahu dan peka akan bidang ilmu yang kita mahukan. Seterusnya,

aturkan bidang ilmu yang perlu dicari mengikut keutamaan. Tambahan lagi, kita perlu

mengunakan teknik bertanya untuk mencapai kejayaan anda. Sentiasa bertanya pada orang lain

merupakan pendekatan penting dalam kejayaan kita.

Langkah kesembilan ialah menjadikan matlamat hidup sebagai suatu gambaran minda.

Teknik gambaran ini jauh lebih penting dari semua langkah sebelum ini. Teknik ini meminta kita

menjadikan matlamat hidup sebagai suatu turutan bersiri dalam minda dan bayangkan akibat

yang bakal dikecapi. Lihat diri kita pada tahap bahawa kita telah berjaya. Terus bayangkan siri

gambaran ini dalam layar minda dan terus lakukan bayangan ini sehingga minda kita menerima

kenyataan tersebut. Terus lakukan dengan bersungguh-sungguh bagi mendirikan imej minda

yang nyata. Kita juga perlu mengulangi proses yang sama pada setiap ketika untuk mengingatkan

pencapaian matlamat tersebut. Imej ini pasti akan melekat dengan kuat dalam Minda Separa

Sedar.

Langkah kesepuluh, gunakan kecekalan yang kukuh menyusuri matlamat kita sehingga

berjaya. Kejayaan kita berlandaskan keupayaan untuk meneruskan perjuangan lebih lama

daripada orang lain. Aabila setiap perkara di sekitar kita telah kecundang, satu pilihan yang

perlu ditegakkan ialah meneruskan usaha dan tidak mengalah. Hal ini bermaksud kecekalan

membuahkan hasil yang dihasratkan. President Britain, Winston Churchil diminta

menyampaikan suatu ceramah yang pendek dalam suatu persidangan universti. Beliau diminta

menjelaskan sebab dan cara beliau berjaya. Dalam ucapannya, beliau hanya menggunakan enam

perkataan untuk menggambarkan sebab kejayaan dirinya, iaitu, “ jangan sekali anda melepaskan

tangan”.

(862 patah perkataan)