3.-KERTAS-CADANGAN-KABADDI.docx

16
INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KAMPUS PERLIS, JALAN BEHOR PULAI, 01000 KANGAR, PERLIS. KERTAS KERJA PENGANJURAN AMALI PERMAINAN TRADISIONAL (PERMAINAN KABADDI) PJM3123 (PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN) TARIKH: 7 MAC 2015 TEMPAT: ASTAKA INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS MASA: 8.00 PAGI 1.00 PETANG ANJURAN: GURU PELATIH PENDIDIKAN JASMANI PISMP SEMESTER 5

description

kertas

Transcript of 3.-KERTAS-CADANGAN-KABADDI.docx

Program Bacaan Ekstensif Bahasa Cina

INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KAMPUS PERLIS,JALAN BEHOR PULAI,01000 KANGAR, PERLIS.

KERTAS KERJAPENGANJURAN AMALI PERMAINAN TRADISIONAL(PERMAINAN KABADDI)PJM3123(PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN)

TARIKH:7 MAC 2015

TEMPAT:ASTAKA INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS

MASA:8.00 PAGI 1.00 PETANG

ANJURAN:GURU PELATIH PENDIDIKAN JASMANI PISMP SEMESTER 5

1.0 BUTIRAN PROJEKNama projek:Karnival Permainan TradisionalPengajur:PISMP Pendidikan Jasmani Semester 5Tarikh:7 Mac 2015Masa:8.00 Pagi 1.00 PetangTempat: Astaka, IPG Kampus PerlisPenyertaan:Guru Pelatih PPISMP Pendidikan Jasmani Semester 2 & PISMP Pendidikan Jasmani dan TESL Semester 3 2.0 PENGENALANPermainan tradisional ialah permainan yang diwarisi sejak zaman nenek moyang kita. Namun setelah arus pemodenan mengubah zaman, permainan tradisional semakin dilupakan terutamanya oleh generasi muda kini.Mereka lebih berminat dengan permainan-permainan moden dan menganggap permainan tradisional sebagai ketinggalan zaman dan bersifat kekampungan. Di dalam Negara Malaysia yang mempunyai pelbagai kaum ini, banyak permainan tradisional yang diwarisi oleh nenek moyang kita. Antara permainan tradisional yang terkenal ialah sepak raga, serak lidi, ketinting, galah panjang, kabadi dan sebagainya. Walau bagaimanapun,permainan-permainan ini semakin dilupakan olehgenerasi muda terutamanya yang tinggal di bandar.Dalam usaha untuk memartabatkan semula permainan tradisional yang menjadi warisan nenek moyang kita kepada generasi muda. Sebagai selaku bakal pendidik, wajar untuk kami mengetahui dan berusaha untuk mengekalkan warisan ini supaya tidak reput dek hujan, tidak lekang dek panas dan memperkenalkan kepada anak didik khususnya generasi muda akan permainan tradisional ini. Maka, karnival ini dijadikan batu loncatan kepada bakal pendidik untuk mengenali dengan lebih mendalam permainan-permainan tradisional di negara kita. Di samping itu, aktiviti ini dapat mewujudkan nilai-nilai murni seperti kerjasama, bertanggungjawab, memupuk semangat internasional antara pelbagai kaum, dan melahirkan generasi yang aktif.3.0 RASIONAL PERTANDINGAN3.1 Penganjuran karnival permainan tradisional merupakan aktiviti wajib yang terkandung dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan untuk guru-guru pelatih Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Semester 5, Ambilan Januari 2013.3.2 Penganjuran karnival ini, diharap dapat memberikan pendedahan, pengetahuan dan pengalaman mengenai perancangan, persediaan dan pengelolaan sesuatu pertandingan.3.3 Selain itu, nilai-nilai murni seperti kerjasama, tolong-menolong, toleransi dan perpaduan juga dapat dipupuk dalam kalangan ahli jawatankuasa dalam usaha untuk menjayakan karnival ini.3.5 Kecerdasan dan kesihatan memainkan peranan yang penting dalam meyediakan para guru yang benar-benar proaktif dalam bidang keguruan. Sebagai satu alternatif ke arah melahirkan insan guru yang mantap dari segi rohani, jasmani, emosi dan sosial, sukan mampu menjana jiwa guru yang matang dan sedia menghadapi cabaran pada masa hadapan. Daya ketahanan fizikal dan mental teruji melalui aktiviti sukan seperti pertandingan permainan tradisional ini yang memerlukan persediaan fizikal dan mental.3.5 Selain itu, karnival ini juga diharapkan dapat membantu usaha untuk menyemai kembali rasa cinta terhadap permainan tradisional yang menjadi warisan budaya di kalangan seluruh masyarakat malaysia sejak sekian lamanya.4.0MATLAMATPermainan tradisional Kabaddi ini diwujudkan adalah untuk memenuhi syarat-syarat ujian amali PJM 3123 Pengurusan Dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani Dan Sukan. Permainan ini dapat meningkatkan kemahiran pergerakan asas individu. Selain itu, permainan ini dapat meningkat kemahiran psikomotor, kognitif dan efektif individu. Permainan ini juga dapat meningkatkan kecergasan tubuh badan dengan melakukan beberapa pergerakan asas yang merangkumi pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor.Justeru, seseorang individu dapat mempraktiskan aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS) yang selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).

5.0 OBJEKTIFPermainan tradisional diadakan di sekolah bertujuan untuk membantu murid-murid mencapai perkembangan yang menyeluruh menerusi kegiatan jasmani yang tersusun. Terdapat tiga objektif terhadap dominan perkembangan iaitu psikomotor, kognitif dan efektif.5.1Bidang Psikomotor Dapat menghasilkan kertas kerja untuk mengelola sekurang-kurangnya satu permainan tradisional kategori serangan. Dapat melibatkan koordinasi otot-saraf, kelajuan, imbangan, kelenturan dan daya tahan secara maksimum. Dapat mengadakan permainan tradisional yang bersesuaian dengan tahap kecerdasan pelbagai pelajar. Dapat mengaplikasi pergerakan-pergerakan asas yang dipelajari. Dapat mempertingkatkan dan mengaplikasi pemahaman terhadap tahap kecergasan seperti kepantasan, ketangkasan dan kekuatan.5.2 Bidang Kognitif Dapat belajar dan menghasilkan satu kertas kerja yang bermutu. Dapat menyelesaikan dan menyatakan langkah-langkah permainan serta peraturan permainan dengan jelas dan teratur. Dapat membanding perbezaan permainan tradisional yang dilakukan dengan permainan kecil. Dapat mengadakan satu set permainan tradisional yang menarik dan mencabar.5.3 Bidang Efektif Dapat memupuk sikap berkerjasama antara ahli kumpulan dalam permainan. Dapat belajar cara untuk membahagikan tugasan bagi memastikan kerja dapat diselesaikan tepat pada masanya. Dapat menerapkan nilai-nilai murni seperti semangat kesukanan, semangat berkerjasama, kebolehan menyesuaikan diri dan kebolehan memimpin pasukan dalam diri pelajar. Dapat membina keyakinan dan komitmen pelajar terhadap tugasan yang diberi.

6.0TARIKH, WAKTU DAN LOKASITarikh:7 Mac 2015Waktu:8.00 pagi 1.00 petangLokasi:Astaka, IPG Kampus Perlis7.0PENYERTAANKumpulan sasaran bagi penyertaan karnival ini seperti berikut : Guru Pelatih PPISMP Pendidikan Jasmani Semester 2 Guru Pelatih PISMP Pendidikan Jasmani dan TESL Semester 3

8.0JAWATANKUASA INDUK PERMAINAN TRADISONAL* Rujuk LAMPIRAN 1

9.0 ATURCARA/TENTATIF PROGRAM*Rujuk LAMPIRAN 210.0PERMAINAN TRADISIONAL KABADDI10.1 Sejarah PermainanPermainan Kabaddi merupakan permainan tradisional yang berasal dari Negara India. Menurut Bahasa Hindi, perkataan kabaddi bermaksud menahan nafas yang juga merupakan sebahagian dari permainan tersebut. Permainan Kabaddi juga dikenali dengan nama Hadudu dikalangan orang Bangladesh.Pada awalnya Kabaddi dimainkan oleh penduduk yang tinggal di desa-desa India, ia merupakan permainan rakyat jelata. Permainan kabaddi ini memainkan peranan yang penting sebagai alat perpaduan antara rakyat. Kabaddi merupakan suatu permainan yang diperkenalkan sejak 4000 tahun dahulu bagi menolong askar-askar India memperkembangkan skil mempertahankan diri. Ia merupakan satu sukan team contact yang bermula di Tamil Nadu, India. Permainan ini sangat popular di selatan Asia dan mula berkembang di Asia Tenggara, Jepun dan Iran. Kabaddi juga merupakan salah satu permainan yang dipertandingkan di Sukan Asia. Kabaddi didedahkan kepada dunia antarabangsa pada tahun 1936 di Sukan Olimpik Berlin. Ia didemonstrasikan oleh Hanuman Vyayam Prasarak Mandal, Amaravati dan Maharashtra. Pada tahun 1938 pula, Kabaddi diperkenalkan di Sukan Olimpik India, Calcutta.Kabaddi pertama kali diperkenalkan dalam Sukan Asia Beijing, 1990. Pencapaian India cemerlang dengan mencapai pingat emas dalam Sukan Asia 2006 di Doha. Pada tahun 2010 pula, Kabaddi telah menjadi sukan demonstrasi di Sukan Komanwel di New Delhi.

10.2 Tapak

Gambar rajah 1.0: Pelan tapak permainan Kabaddi

10.3 PegawaiTujuh pegawai diperlukan dalam menyelia permainan Kabaddi, seorang referee, dua orang hakim, dua penjaga garisan, seorang menjaga masa dan seorang pencatat markah. - Senarai nama pegawai sila rujuk Lampiran 4.

10.4 PemainLima orang dalam satu kumpulan. Permainan ini dimainkan secara berkumpulan.- Senarai nama peserta sila rujuk Lampiran 5

10.5 Tempoh Masa PermainanDurasi permainan adalah selama 14 minit untuk dua sesi dengan tambahan 3 minit untuk pertukaran dua sesi tersebut.

10.6 Peraturan Pertandingan a) Penyerang akan berusaha untuk menyentuh/menjatuhkan ahli pasukan lawan dan kembali ke gelanggang pasukan dalam tempoh satu nafas.b) Mana-mana pemain yang keluar secara sengaja atau mana-mana bahagian badannya menyentuh kawasan luar dari garisan gelanggang semasa sesi permainan berlangsung, pemain tersebut secara automatiknya akan dikira terkeluar daripermainan kecuali jika tindakan itu berlaku atas struggle.c) Pasukan yang menang ditentukan menggunakan kaedah best-of-three di mana pasukan tersebut dikehendaki mengeluarkan semua pemain dalam pasukan pihak lawannya dalam masa sesi permainan dua kali berturut-turut.d) Sebarang perubahan peraturan pertandingan tertakluk kepada pihak penganjur mengikut keadaan semasa.

10.7 Syarat Pertandingana) Setiap pasukan terdiri daripada 5 orang pemain.b) Semua peserta hendaklah mempunyai tubuh badan yang sihat dan tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan.c) Seorang pemain hanya boleh mewakili 1 pasukan sahaja.d) Semua pemain mestilah memakai pakaian yang sesuai.e) Permainan dijalankan menggunakan sistem kalah mati. Keputusan pengadil adalah muktamad.

10.8 Cara-cara Bermain:a) Pasukanpenyerangakanmenghantarseorang penyerang yang akan memasuki kawasan pihak lawan.b) Penyerang tersebut akan berusaha untuk menyentuh atau menjatuhkan mana-mana pemain dari pasukan pihak lawan.Sepanjang proses ini, wakil pasukan penyerang tersebut perlu menahan nafas. Untuk memastikan beliau tidak menipu dengan menarik nafasyang lain, beliau dikehendaki menyebut kabaddi secara berterusan.c) Jikapenyerang dapat menyentuhatau menjatuhkan mana-mana pemain semasa beliau masih lagi menahan nafas, pemain tersebut akan terkeluar dari permainan. Penyerang tersebut kemudiannya akan kembali semula kegelanggangnya.d) Namun,apabilapenyerangsudahberjaya mengeluarkan seorang pemain, keseluruhan pasukan pihak lawan akan cubamenahannya daripada kembali semula ke gelanggang pasukan penyerang. Jika penyerang tersebut mengambil nafas lain sebelum berjaya kembali, beliau juga turut terkeluar.e) Kedua-duapasukan bertukar posisi sebagai penyerang dan pihak lawan secara bergilir-gilir sehingga sesi permainan tamat.

11.0JADUAL PERTANDINGAN- LELAKIBILKUMPULANMASAKEPUTUSAN

1.Kumpulan A A1 vs A29.00 - 9.17 pagi

2.Kumpulan BB1 vs B210.00 -10.17 pagi

REHAT

3.Johan kumpulan A vs Johan kumpulan B11.30 11.47 pagi

- PEREMPUANBILKUMPULANMASAKEPUTUSAN

1.Kumpulan XX1 vs X29.30 - 9.47 pagi

2.Kumpulan YY1 vs Y210.30 -10.47 pagi

REHAT

3.Johan kumpulan X vs Johan kumpulan Y12.00 12.17 t. hari

12.0ANGGARAN KEWANGAN*Rujuk Lampiran 3

13.0 PERALATAN DAN KEMUDAHANDipinjam dari IPG Kampus Perlis

BILPERKARAKUANTITI

1Portable microphone1

2Healer1

3Extension Cable1

4Speaker1

5Papan Markah1

6Pen marker3

7Pen (urusetia)3

8Kertas A41

14.0PENUTUPDengan terlaksananya Karnival Permainan Tradisional yang dianjurkan oleh pelajar PISMP Semester 5 Ambilan Januari 2013 diharapkan pelajar dapat mengeratkan hubungan silaturrahim dan muhibbah di kalangan pelajar-pelajar. Selain itu pelajar juga dapat mewujudkan persefahaman dan semangat kerja berpasukan sekaligus dapat mencapai objektif pendidikan jasmani dalam mencapai kesan yang optima dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelak dan sosial (JERIS).Akhirsekali,diharapagarKarnival Permainan Tradisional ini akan mendapat penyertaan yang menyeluruh daripada para pelajar dalam usaha mengangkat martabat khazanah warisan kesenian negara disamping penerapan nilai-nilai murni kepada para peserta. Semoga penganjuran kejohanan kali ini akan berjalan dengan lancar dan menjadi acara tahunan yang sangat menarik.

Disediakan oleh,

( VINCENT KUA WEI SYN ) Guru Pelatih,PISMP PISMP PJ/BC/PK SEMESTER 5 ,IPG Kampus Perlis..

Disediakan oleh,

( WONG HUANG SOON ) Guru Pelatih,PISMP PISMP PJ/BC/PK SEMESTER 5 ,IPG Kampus Perlis.

LAMPIRAN 1

SENARAI JAWATANKUASA KERJAKARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL KABADDI

PENGERUSI:WONG HUANG SOONNAIB PENGERUSI:LEE PHUI LINGSETIAUSAHA:LEE YAN SIANGBENDAHARI:WONG SOON HENG

AHLI JAWATANKUSABIRO AKTIVITI, : HEW CHOO YEEPERHUBUNGAN, CHIAM SHIN YINGPENDAFTARAN & HWAN CHING YINGPERTANDINGAN WONG SIEW SIEW TEE FUI SUNBIRO PERALATAN, PERSIAPAN : ANNY TAN SIEW UNG TEMPAT & KESELAMATAN HAN MING HUIBIRO HADIAH & : WONG SIEW JIUNBUKU PROGRAM LOW JIA YANBIRO DOKUMENTASI & : LIM XIN RUSIARAYA CHOO WAN HWABIRO PUBLISITI: WONG SOON HENG LEE PHUI LINGBIRO KESELAMATAN & MAKANAN: SHARON LAI SIN YEEBIRO PROTOKOL : VINCENT KUA WEI SYN

LAMPIRAN 2

TENTATIF PROGRAMKARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL KABADDI

Tarikh/ HariMasaAktiviti

07/03/2016(SABTU)8.00 PagiPendaftaran peserta

8.30 PagiSenamrobik

9.00 PagiPermulaan pertandingan permainan tradisional Kabaddi

11.00 PagiRehat

11.30 Pagi Meneruskan pertandingan tradisional Kabaddi

12.30 Tengah HariMajlis Penutup dan penyampaian hadiah

1.00 PetangBersurai

LAMPIRAN 3

ANGGARAN PERBELANJAANKARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL KABADDIBUTIRANANGGARAN KOS

Alatan1.Tepung gandum

2.Tali Rapia

Minuman1.Minuman pemain

Hadiah

RM3.00/sebungkusBilangan tepung 2 bungkus=RM3.00 x 2=RM6.00

RM 5/segulungBilangan tali rapia 2 gulung=RM5.00 x 2=RM10.00

RM1.00 /seorang pesertaBilangan peserta 40 orang=RM1.00 x 40 orang=RM40.00

RM20.00/sehamperBilangan Hamper 2 bungkus=RM20.00 x 2 bungkus=RM 40

Jumlah PerbelanjaanRM 96.00

LAMPIRAN 4

SENARAI NAMA PEGAWAI

NoNamaJantinaNo. K/PKelasNo. TelefonBimbit

1ANNY TANG SIEW UNGP931210-13-5700PJ(C)017-8025801

2CHOO WAN HWAP930409-08-5750PJ(C)0165602758

3CHIAM SHIN YINGP930112-13-6318PJ(C)016-5846318

4HEW CHOO YEEP910808-08-5004PJ(C)016-5157319

5VINCENT KUA WEI SYNL930925-13-5259PJ(C)014-6821544

6WONG SIEW JIUNP920529-13-5602PJ(C)016-5220536

SENARAI NAMA PESERTA LAMPIRAN 5