3 MEREKA BENTUK DAN MEMBANGUNKAN LAMAN WEB BERKENAAN BAHAN BANTU MENGAJAR ... · 2008. 4. 30. ·...

24

Transcript of 3 MEREKA BENTUK DAN MEMBANGUNKAN LAMAN WEB BERKENAAN BAHAN BANTU MENGAJAR ... · 2008. 4. 30. ·...

Page 1: 3 MEREKA BENTUK DAN MEMBANGUNKAN LAMAN WEB BERKENAAN BAHAN BANTU MENGAJAR ... · 2008. 4. 30. · pengaplikasian Bahan Bantu Mengajar dalam pengajaran dan pembelajaran. Melalui idea-idea
Page 2: 3 MEREKA BENTUK DAN MEMBANGUNKAN LAMAN WEB BERKENAAN BAHAN BANTU MENGAJAR ... · 2008. 4. 30. · pengaplikasian Bahan Bantu Mengajar dalam pengajaran dan pembelajaran. Melalui idea-idea

2

Page 3: 3 MEREKA BENTUK DAN MEMBANGUNKAN LAMAN WEB BERKENAAN BAHAN BANTU MENGAJAR ... · 2008. 4. 30. · pengaplikasian Bahan Bantu Mengajar dalam pengajaran dan pembelajaran. Melalui idea-idea

3

MEREKA BENTUK DAN MEMBANGUNKAN LAMAN WEB BERKENAAN

BAHAN BANTU MENGAJAR BERORIENTASIKAN PBK UNTUK SUBJEK

MATEMATIK SEKOLAH MENENGAH

ZURAIDAH BINTI ABD.HAMID

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL, 2008

Page 4: 3 MEREKA BENTUK DAN MEMBANGUNKAN LAMAN WEB BERKENAAN BAHAN BANTU MENGAJAR ... · 2008. 4. 30. · pengaplikasian Bahan Bantu Mengajar dalam pengajaran dan pembelajaran. Melalui idea-idea
Page 5: 3 MEREKA BENTUK DAN MEMBANGUNKAN LAMAN WEB BERKENAAN BAHAN BANTU MENGAJAR ... · 2008. 4. 30. · pengaplikasian Bahan Bantu Mengajar dalam pengajaran dan pembelajaran. Melalui idea-idea

ii

DEDIKASI

Teristimewa buat...............

Ibuku (Martinah Binti Ahmad) dan Ayahku (Abd.Hamid Bin Daim) serta

keluargaku yang tercinta juga insan yang tersayang.

Anda semua adalah sumber inspirasiku......Terima kasih atas segalanya!

Page 6: 3 MEREKA BENTUK DAN MEMBANGUNKAN LAMAN WEB BERKENAAN BAHAN BANTU MENGAJAR ... · 2008. 4. 30. · pengaplikasian Bahan Bantu Mengajar dalam pengajaran dan pembelajaran. Melalui idea-idea

iii

PENGHARGAAN

Assalamualaikum w.b.t.

Bersyukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurnianya saya telah diberi

kekuatan untuk menyempurnakan Projek Sarjana Muda (PSM) ini dengan jayanya.

Setinggi-tinggi penghargaan ingin saya ucapkan khas buat En.Noraffandy bin

Yahaya selaku penyelia projek ini kerana telah memberi kepercayaan kepada saya

untuk melakukan projek ini di bawah bimbingan dan tunjuk ajar daripada beliau.

Jutaan terima kasih juga saya rakamkan kepada ibu bapa serta teman-teman

seperjuangan yang banyak membantu serta mereka yang terlibat secara langsung atau

pun tidak di atas kerjasama yang diberikan di dalam penghasilan projek ini. Jasa

kalian amat dihargai.

Wassalam.

Page 7: 3 MEREKA BENTUK DAN MEMBANGUNKAN LAMAN WEB BERKENAAN BAHAN BANTU MENGAJAR ... · 2008. 4. 30. · pengaplikasian Bahan Bantu Mengajar dalam pengajaran dan pembelajaran. Melalui idea-idea

iv

ABSTRAK

Matematik seringkali dikatakan matapelajaran yang sukar difahami oleh

pelajar. Hal ini menyebabkan kegagalan pelajar untuk mendapat keputusan yang

baik. Keadaan ini juga mungkin berkaitan dengan teknik pengajaran dan

pembelajaran matematik yang masih menggunakan kaedah konvensional

menyebabkan pelajar menjadi kurang berminat untuk mempelajarinya. Oleh itu,

meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran matematik sentiasa menjadi

kerisauan utama para pembangun kurikulum matematik. Justeru, pembangun

mendapat inisiatif daripada keadaan semasa ini dengan membangunkan satu laman

web berkenaan Bahan Bantu Mengajar yang berorientasikan Pembelajaran

Berasaskan Komputer (PBK) untuk subjek matematik dan sasaran pengguna laman

web ini adalah kepada guru-guru matematik sekolah menengah. Laman web ini

dibangunkan berasaskan Teori Pembelajaran Tertentu (L.S Vygotsky;1981) yang

menekankan aspek komunikasi. Oleh itu para guru dari pelbagai tempat dapat

berkomunikasi serta berkongsi idea dan maklumat dengan lebih mudah berkenaan

pengaplikasian Bahan Bantu Mengajar dalam pengajaran dan pembelajaran. Melalui

idea-idea yang diperolehi itu diharap dapat membantu para guru mewujudkan

suasana pengajaran yang lebih menarik. Maka dengan adanya suatu bahan

pengajaran yang menggunakan teknologi terkini ini, diharap ianya dapat mengubah

pandangan pelajar terhadap matapelajaran ini.

Page 8: 3 MEREKA BENTUK DAN MEMBANGUNKAN LAMAN WEB BERKENAAN BAHAN BANTU MENGAJAR ... · 2008. 4. 30. · pengaplikasian Bahan Bantu Mengajar dalam pengajaran dan pembelajaran. Melalui idea-idea

v

ABSTRACT

Mathematics is often said to be a subject whom is difficult to understand for

students. It caused students failed to get a good result in this subject. Teaching and

learning mathematics technique that were still using a conventional method caused

students having low enthusiasm to learn this subject. Therefore, improving the

quality of teaching and learning of mathematics has always been a major concern of

mathematics curriculum developers. Exactly, the developers found an initiative from

this situation to develop a webpage regarding the matter Teaching Aids that oriented

by Teaching Base Computer for mathematics subject. The user’s targets are

secondary school mathematics’ teacher. This webpage were developing based on

Situated Learning Theory (L.S.Vygotsky; 1981) and this theory emphasizes

communication aspect. Therefore, it is easier for teacher from various places to

communicate and share their idea and information about the related topic. Infringe

by the idea, it can help teacher create more interesting teaching atmosphere.

Hopefully, with existence of new teaching aids technology, it can change the

students’ perception about this subject.

Page 9: 3 MEREKA BENTUK DAN MEMBANGUNKAN LAMAN WEB BERKENAAN BAHAN BANTU MENGAJAR ... · 2008. 4. 30. · pengaplikasian Bahan Bantu Mengajar dalam pengajaran dan pembelajaran. Melalui idea-idea

vi

KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

PENGESAHAN TESIS

PENGAKUAN PENYELIA

JUDUL i

PENGAKUAN PELAJAR i

DEDIKASI ii

PENGHARGAAN iii

ABSTRAK iv

ABSTRACT v

KANDUNGAN vi

SENARAI RAJAH x

SENARAI JADUAL xi

SENARAI LAMPIRAN xii

1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 4

1.3 Penyataan Masalah 7

1.4 Objektif Projek 8

1.5 Rasional Projek 9

1.5.1 Guru 9

1.5.2 Pelajar 10

1.5.3 Sekolah 10

1.5.4 Ibu Bapa Dan Masyarakat 10

1.6 Kepentingan Projek 11

1.7 Skop Dan Batasan Projek 11

Page 10: 3 MEREKA BENTUK DAN MEMBANGUNKAN LAMAN WEB BERKENAAN BAHAN BANTU MENGAJAR ... · 2008. 4. 30. · pengaplikasian Bahan Bantu Mengajar dalam pengajaran dan pembelajaran. Melalui idea-idea

vii

1.8 Definisi Istilah 12

1.8.1 e-Learning 12

1.8.2 Bahan Bantu mengajar 13

1.8.3 PBK(Pengajaran Berbantukan Komputer) 13

1.8.4 Pengajaran 13

1.8.5 Pembelajaran 14

1.8.6 Matematik 14

1.9 Rumusan 14

2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pendahuluan 16

2.2 Kajian-Kajian Berkaitan e-Learning 16

2.2.1 Aplikasi e-Learning Dalam

Pengajaran Dan Pembelajaran

Di Sekolah-Sekolah Malaysia:Cadangan

Perlaksanaan Pada Senario Masa Kini 17

2.2.2 e-Pembelajaran: Satu Pendekatan

Inovatif Dalam Instruksi 18

2.2.3 WEBCD:Media Alternatif dalam

Pembelajaran Elektronik 20

2.3 Kajian-Kajian Berkaitan Pembelajaran Berbantukan

Komputer (PBK) Sebagai Bahan Bantu Mengajar 21

2.3.1 Buku Teks atau Komputer?:Isu dan

Keberkesanannya di Bilik Darjah 21

2.3.2 Multimedia Pendidikan Dalam P&P Sekolah

Bestari 22

2.3.3 Keberkesanan Penggunaan Bahan

Pengajaran Multimedia Interaktif (BPMI)

dalam Pengajaran. 24

2.4 Kajian-Kajian Berkaitan Bahan Bantu Mengajar

Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik 25

2.4.1 Satu Kajian Mengenai Penggunaan Bahan

Bantu Mengajar dalam Pengajaran

Page 11: 3 MEREKA BENTUK DAN MEMBANGUNKAN LAMAN WEB BERKENAAN BAHAN BANTU MENGAJAR ... · 2008. 4. 30. · pengaplikasian Bahan Bantu Mengajar dalam pengajaran dan pembelajaran. Melalui idea-idea

viii

Pembelajaran Matematik di Sekolah Rendah 25

2.5 Model ADDIE 27

2.6 Teori Pembelajaran 28

2.6.1 Teori Pembelajaran Tertentu 28

3 REKA BENTUK PEMBANGUNAN LAMAN WEB

3.1 Pengenalan 30

3.2 Model Reka bentuk Pengajaran Laman Web 31

3.2.1 Fasa Analisis 32

3.2.1.1 Objektif Pembelajaran 32

3.2.1.2 Pengguna Sasaran 33

3.2.1.3 Topik 33

3.2.1.4 Strategi 33

3.2.2 Fasa Rekabentuk 34

3.2.2.1 Reka Bentuk Pembangunan Laman Web 34

3.2.2.2 Reka Bentuk Informasi 35

3.2.2.3 Reka Bentuk Interaksi 36

3.2.2.4 Reka Bentuk Antaramuka 37

3.2.3 Fasa Pembangunan 38

3.2.2.1 Carta Alir Pembangunan Laman Web 40

3.2.3.2 Carta Alir Laman Web 41

3.2.4 Fasa Perlaksanaan 42

3.2.5 Fasa Penilaian 43

3.3 Pemilihan Perisian Untuk Membangunkan Laman Web 43

3.3.1 Perisian Pengarangan 44

3.3.1.1 Kelebihan Perisian Joomla 44

3.3.2 Perisian Teks 45

3.3.3 Perisian Grafik 45

3.3.4 Perisian Video 46

3.3.5 Perisian Tutorial 46

3.4 Perkakasan Pembangunan Laman Web 46

Page 12: 3 MEREKA BENTUK DAN MEMBANGUNKAN LAMAN WEB BERKENAAN BAHAN BANTU MENGAJAR ... · 2008. 4. 30. · pengaplikasian Bahan Bantu Mengajar dalam pengajaran dan pembelajaran. Melalui idea-idea

ix

3.5 Penutup 48

4 HASIL REKA BENTUK LAMAN WEB

4.1 Pendahuluan 49

4.2 Ruangan-Ruangan Laman Web 49

4.2.1 Ruangan Menu Utama 51

4.2.2 Ruangan Forum 56

4.2.3 Ruangan Muat Turun/Muat Naik 58

4.2.4 Ruangan Bual Bicara 60

4.2.5 Ruangan Rehat Minda 62

4.2.6 Ruangan Kalendar 64

4.2.7 Ruangan Video 66

4.2.8 Ruangan Artikel 68

4.3 Penilaian Laman Web dan Kesesuaiannya 69

4.4 Kesimpulan 70

5 PERBINCANGAN, CADANGAN DAN KESIMPULAN

5.1 Perbincangan 71

5.2 Masalah Yang Dihadapi 73

5.4.1 Masalah Instalasi 74

5.4.2 Capaian Internet 74

5.4.3 Masa dan Kos 75

5.4.4 Kemahiran 75

5.3 Kelebihan Laman web 76

5.4 Kekurangan Laman Web 77

5.5 Cadangan Untuk Projek Akan Datang 77

5.6 Kesimpulan 78

RUJUKAN 79

LAMPIRAN 84

Page 13: 3 MEREKA BENTUK DAN MEMBANGUNKAN LAMAN WEB BERKENAAN BAHAN BANTU MENGAJAR ... · 2008. 4. 30. · pengaplikasian Bahan Bantu Mengajar dalam pengajaran dan pembelajaran. Melalui idea-idea

x

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK HALAMAN

3.1 Carta Alir Model ADDIE 31

3.2. Pergerakan Mata Pengguna Semasa Mempelajari

Isi Kandungan Dalam Skrin 38

3.3 Carta Alir Pembangunan Laman Web 40

3.6 Carta Alir Laman Web 42

4.1 Paparan Menu Utama 51

4.2 Jam Digital 53

4.3 Haribulan 53

4.4 Menu Utama 53

4.5 Borang Daftar 54

4.6 Pilihan Template 54

4.7 Bancian 54

4.8 Kotak Cadangan 55

4.9 Pilihan Artikel 55

4.10 Komen Terkini 55

4.11 Sapaan 55

4.12 Paparan Forum 56

4.13 Paparan Balasan Forum 57

4.14 Paparan Muat Turun/Muat Naik 58

4.15 Paparan Untuk Topik Bahan Bantu Mengajar 59

4.16 Paparan Bual Bicara 60

4.17 Paparan Untuk Pilihan Ruangan Bual Bicara 61

4.18 Paparan Rehat Minda 62

4.19 Paparan Permainan Sudoku 63

4.20 Paparan Kalendar 64

Page 14: 3 MEREKA BENTUK DAN MEMBANGUNKAN LAMAN WEB BERKENAAN BAHAN BANTU MENGAJAR ... · 2008. 4. 30. · pengaplikasian Bahan Bantu Mengajar dalam pengajaran dan pembelajaran. Melalui idea-idea

xi

4.21 Paparan Untuk ruangan Memasukkan Peristiwa 65

4.22 Paparan Video 66

4.23 Paparan Untuk Memainkan Video 67

4.24 Paparan Artikel 68

4.25 Paparan Komen 69

Page 15: 3 MEREKA BENTUK DAN MEMBANGUNKAN LAMAN WEB BERKENAAN BAHAN BANTU MENGAJAR ... · 2008. 4. 30. · pengaplikasian Bahan Bantu Mengajar dalam pengajaran dan pembelajaran. Melalui idea-idea

xii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK HALAMAN 3.4.1 Perkakasan Pembangunan 47

3.4.2 Perkakasan Pembangunan Minimum 47

Page 16: 3 MEREKA BENTUK DAN MEMBANGUNKAN LAMAN WEB BERKENAAN BAHAN BANTU MENGAJAR ... · 2008. 4. 30. · pengaplikasian Bahan Bantu Mengajar dalam pengajaran dan pembelajaran. Melalui idea-idea

xiii

SENARAI LAMPIRAN

NO. LAMPIRAN TAJUK HALAMAN A Rajah 3.4:Paparan Wamp5 84

B Rajah 3.5:Paparan Pentadbiran Localhost 85

Rajah 3.6:Paparan Maklumat dan Kod Pangkalan Data 85

Page 17: 3 MEREKA BENTUK DAN MEMBANGUNKAN LAMAN WEB BERKENAAN BAHAN BANTU MENGAJAR ... · 2008. 4. 30. · pengaplikasian Bahan Bantu Mengajar dalam pengajaran dan pembelajaran. Melalui idea-idea

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Memandangkan dunia kini melangkaui era dunia tanpa sempadan, maka

penggunaan Teknologi Komunikasi dan Maklumat atau juga dikenali sebagai ICT

menjadi sangat penting dan telah mula ditekankan dari segenap sudut. Untuk itu,

kewujudan e-Learning yang membawa maksud pembelajaran secara elektronik

merupakan satu lagi contoh penggunaan ICT di dalam dunia pendidikan pada masa

kini terutamanya dari sudut pendidikan dan ianya merupakan salah satu kaedah

pembelajaran terkini yang telah dipelopori oleh universiti-universiti di luar negara

pada awalnya sehinggalah revolusinya merentasi sempadan dan bertapak di negara

kita Malaysia.

Sebagai sebuah negara yang dikenali sebagai negara membangun, reformasi

pendidikan ini dapat menyumbang ke arah membantu meningkatkan taraf negara

menuju ke arah negara maju. Antara perbezaan yang terdapat diantara pembelajaran

melalui e-Learning dengan pembelajaran secara konvensional ialah untuk

pembelajaran melalui e-Learning fokus pembelajaran adalah tertumpu kepada pelajar

dan guru hanya berperanan sebagai fasilitator sahaja manakala pembelajaran secara

konvensional menjadikan guru sebagai sumber maklumat dan pelajar sebagai

penerima maklumat. Selain daripada itu, pembelajaran jarak jauh akan dapat

dilaksanakan menerusi pembelajaran secara e-Learning dan ianya memberikan

Page 18: 3 MEREKA BENTUK DAN MEMBANGUNKAN LAMAN WEB BERKENAAN BAHAN BANTU MENGAJAR ... · 2008. 4. 30. · pengaplikasian Bahan Bantu Mengajar dalam pengajaran dan pembelajaran. Melalui idea-idea

15

beberapa kebaikan seperti menjimatkan kos, memudahkan proses pembelajaran serta

pembelajaran juga dapat berlangsung pada bila-bila masa.

Menyentuh mengenai mata pelajaran Matematik, ianya merupakan salah satu

matapelajaran sangat penting yang diajar di sekolah sama ada di sekolah menengah.

Matematik atau Ilmu Hisab Moden mula diajar di beberapa buah sekolah menengah

rendah sejak tahun 1970 dan mata pelajaran ini diajar di semua sekolah menengah di

tingkatan satu pada tahun 1975. Menjelang tahun 1978 semua murid di peringkat

menengah rendah mempelajari mata pelajaran ini (Laporan Kabinet, 1979).

Berdasarkan kepada Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan

Dasar Pelajaran (1979), rancangan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) mula

dilaksanakan di semua sekolah rendah seluruh negara mulai tahun 1983, diikuti

dengan rancangan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) yang mula

diperkenalkan di semua sekolah menengah pada tahun 1989. Pengubahsuaian

sukatan pelajaran matematik sekolah menengah di Malaysia yang terkini

dilaksanakan berdasarkan satu matlamat iaitu bertujuan untuk memperkembangkan

pemikiran mantik, analitis, bersistem dan kritis, kemahiran penyelesaian masalah

serta kebolehan menggunakan ilmu pengetahuan matematik dalam kehidupan

seharian dengan lebih berkesan dan bertanggungjawab disamping menghargai

kepentingan dan keindahan yang terdapat dalam subjek matematik.

Seiring dengan perubahan ini, kerajaan turut memberi perhatian kepada aspek

penting seperti persediaan masyarakat guru, amalan pedagogi, latihan perguruan,

bahan bantu mengajar, prasarana serta alat-alatan yang boleh membantu

meningkatkan keberkesanan Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) untuk semua

lapisan pelajar. Bakal-bakal guru juga turut dilatih bukan sahaja dalam menguasai isi

kandungan matematik itu sahaja malahan dapat menguasai kemahiran pedagogi

dalam melaksanakan pengajaran yang berpusatkan kepada bahan, pelajar dan aktiviti.

Ini kerana mereka perlu memahami bahawa menjadikan pengajaran dan

pembelajaran matematik itu menarik dan berkesan adalah satu seni. Seseorang guru

perlu sentiasa bersifat dan berpemikiran kreatif semasa berhadapan dengan

pelajarnya dan kedua-duanya ini boleh dibina melalui pengalaman yang luas. Suatu

Page 19: 3 MEREKA BENTUK DAN MEMBANGUNKAN LAMAN WEB BERKENAAN BAHAN BANTU MENGAJAR ... · 2008. 4. 30. · pengaplikasian Bahan Bantu Mengajar dalam pengajaran dan pembelajaran. Melalui idea-idea

16

perkara yang perlu kita ingat ialah pengajaran dan pembelajaran matematik akan

menjadi lebih berkesan jika kita menggunakan pendekatan yang berpusatkan pelajar

dan unsur-unsur kreatif harus diterapkan dalam prinsip pengajaran dan pembelajaran

yang melibatkan guru, persekitaran dan kaedah pengajaran.

Selain itu, seorang guru juga perlu berilmu, berinisiatif dan memahami apa

dan bagaimana harus dia mengajar serta mengapa dan bagaimana harus pelajar

mempelajari matematik. Persekitaran yang ceria dan kondusif akan merangsang

pelajar dalam proses pembelajarannya. Manakala aktiviti yang dijalankan semasa

proses pengajaran dan pembelajaran berdasarkan pengalaman sebenar pelajar dengan

penggunaan bahan bantu belajar dapat menarik minat pelajar melibatkan diri secara

aktif. Disamping itu, guru juga perlu sentiasa berusaha untuk mempelbagaikan

kaedah pengajarannya contohnya seperti menggunakan teknik perbincangan,

menyiasat, permainan, sumbangsaran, dan bercerita daripada hanya bergantung

kepada kaedah tradisional iaitu kaedah ‘chalk and talk’ yang nyata sangat

membosankan. Razali Ismail (2002) berpendapat bahawa pengajaran secara

tradisional memberi penekanan kepada mengingati konsep-konsep dan istilah-istilah

saintifik atau matematik secara terasing yang mana akhirnya akan dilupai. Proses

pembelajaran matematik sepatutnya dapat menghasilkan seorang pelajar yang

mampu menterjemahkan bentuk keadaan fizikal kepada model matematik serta

mampu memahami dan membaca keadaan fizikal daripada model matematik seperti

graf, carta, pelan dan sebagainya.

Di sinilah perlunya kebijaksanaan dan pertimbangan seorang guru dalam

mempertimbangkan untuk mempelbagaikan pendekatan pembelajaran dengan

mengaplikasikan penggunaan bahan bantu mengajar dalam pengajaran matematik

sama ada dengan menggunakan teknologi terkini seperti kalkulator grafik, perisian

Geometer's Sketch Pad, power point atau CD matapelajaran dari Kementerian

Pelajaran Malaysia dan sebagainya yang walaupun tidak menguji kemahiran

aritmetik pelajar tetapi ianya dapat membantu menjadikan proses pengajaran dan

pembelajaran itu lebih menyeronokkan serta dapat menarik minat pelajar untuk

menguasai konsep, pola dan perhubungan dalam matematik serta menjimatkan masa

Page 20: 3 MEREKA BENTUK DAN MEMBANGUNKAN LAMAN WEB BERKENAAN BAHAN BANTU MENGAJAR ... · 2008. 4. 30. · pengaplikasian Bahan Bantu Mengajar dalam pengajaran dan pembelajaran. Melalui idea-idea

17

yang membolehkan pelajar menggunakan masa tersebut untuk penguasaan intipati

matematik yang lebih penting.

Tahun-tahun kebelakangan ini menampakkan usaha yang bersepadu kearah

memperkasakan lagi proses pengajaran dan pembelajaran Matematik di sekolah-

sekolah menengah di Malaysia. Antara usaha tersebut ialah pendedahan penggunaan

alatan bahan bantu mengajar menggunakan teknologi komputer serta bahan

berteknologi yang mutakhir kerana ianya bertepatan dengan pandangan Greenberg

(1974) yang menyatakan bahawa sebagai guru kita perlu mengajar matematik kerana

kita berhutang pendedahan mengenai prinsip dan idea matematik kepada kanak-

kanak yang kebanyakannya akan memerintah didunia ini.

Rasionalnya, melalui penulisan di atas dapat dirungkaikan bahawa laman web

berkenaan bahan bantu mengajar berorientasikan PBK untuk subjek Matematik

sekolah menengah yang bakal direkabentuk dan dibangunkan dapat membuat tafsiran

terhadap tahap penggunaan komputer sebagai satu media pengajaran disamping

dapat membincangkan keberkesanan penggunaan media tersebut dalam proses

pengajaran dan pembelajaran terutamanya untuk subjek matematik kerana ianya

merupakan satu subjek yang sukar dan kurang diminati. Oleh itu, pembangunan

perisian ini akan dapat dijadikan sebagai platform dalam usaha menjadikan

pembelajaran matematik lebih menarik dan menyeronokkan. Selain daripada itu,

perisian ini adalah lebih efektif sekiranya dilaksanakan dengan menjadikan e-

Learning sebagai mod pembelajarannya kerana dapat melibatkan sasaran pengguna

yang lebih luas.

1.2 Latar Belakang Masalah

Kepesatan teknologi maklumat yang melanda di negara ini memungkinkan

bahawa dalam beberapa tahun yang akan datang, semua sekolah menengah di

Malaysia akan dijadikan sebagai sekolah bestari. Sekolah Bestari merupakan sebuah

institusi pembelajaran yang bersistematik dalam bidang pembelajaran dan pengajaran

Page 21: 3 MEREKA BENTUK DAN MEMBANGUNKAN LAMAN WEB BERKENAAN BAHAN BANTU MENGAJAR ... · 2008. 4. 30. · pengaplikasian Bahan Bantu Mengajar dalam pengajaran dan pembelajaran. Melalui idea-idea

18

secara praktikal dan pengurusan dalam usaha untuk menyediakan pelajar

menghadapi era Teknologi Maklumat di mana sekolah ini akan dilengkapi dengan

pelbagai sumber pelajaran dan bahan bantu mengajar yang merangkumi pelbagai

media.

Oleh itu, guru-guru perlu bersedia menghadapi cabaran dan perubahan yang

dijangkakan dari segi amalan pengurusan pembelajaran di bilik darjah khususnya

dalam menguasai kemahiran menggunakan dan mengaplikasikan bahan bantu

mengajar terutamanya yang berorientasikan pembelajaran berbantukan komputer

dengan berkesan. Guru juga perlu mengubah pemikiran mereka dalam melihat dan

menilai kepentingan dan peranan bahan bantu mengajar dalam pengajaran dan

pembelajaran matematik dan guru perlu memahami bahawa mereka bukan sekadar

menyampaikan ilmu tetapi perlu merancang untuk menyampaikan ilmu itu dengan

berkesan dan sistematik memandangkan dunia kini berada dalam globalisasi yang

pelbagai termasuklah globalisasi sosial, budaya dan yang paling utama pembelajaran.

Ini kerana dunia bergerak cepat untuk menjadi ‘global village’, dalam mana semua

bahagian dunia dijaring dan diglobalisasikan melalui internet dan pelbagai jenis

teknologi maklumat, komunikasi dan pengangkutan. (Albrow, 1990; Naisbitt dan

Aburdence, 1991).

Proses pengajaran mungkin akan menjadi hambar dan kosong sekiranya

kegagalan guru dan murid berinteraksi dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Faktor itu sangat berkait rapat hubungannya dalam proses mengajar dan belajar.

Untuk itu, guru perlu mengubah pendekatan pengajarannya di mana pendekatan

pengajaran itu tidak lagi hanya berpusatkan kepada guru yang hanya menggunakan

komunikasi sehala tetapi pendekatan itu perlulah berpusatkan kepada pelajar yang

akan membentuk komunikasi dua hala. Ini kerana Makros dan Russel (1986) telah

membuktikan bahawa teknik dan bahan pengajaran yang menggunakan kaedah lama

seperti ‘chalk and talk’ yang hanya mengaplikasikan komunikasi sehala adalah tidak

begitu berkesan.

Satu perkara yang perlu dititikberatkan disini apabila menggunakan

pendekatan berpusatkan pelajar ialah kualiti sesuatu pembelajaran yang berpusatkan

Page 22: 3 MEREKA BENTUK DAN MEMBANGUNKAN LAMAN WEB BERKENAAN BAHAN BANTU MENGAJAR ... · 2008. 4. 30. · pengaplikasian Bahan Bantu Mengajar dalam pengajaran dan pembelajaran. Melalui idea-idea

19

pelajar sangat bergantung kepada keberkesanan guru memilih dan menggunakan

bahan bantu mengajar yang bersesuaian. Ini kerana penggunaan media sebagai

bahan bantu mengajar memainkan peranan yang penting dalam proses pengajaran

dan pembelajaran. Dale (1946) telah mengemukakan pendapatnya dalam teori

pembelajaran manusia yang disebut sebagai ‘Cone of Experience’, Dale

memperjelaskan bahawa penggunaan kesan media yang berlainan dalam proses

pengajaran dan pembelajaran dapat membantu mengubah kefahaman seseorang

pelajar daripada tahap yang sukar kepada yang lebih mudah. Konsep Dale ini turut

disokong oleh Heinich et al (1989). Kewujudan teori Dale ini telah berjaya

mengubah persepsi ahli pendidikan seluruh dunia tentang pentingnya penggunaan

media sebagai bahan bantu mengajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Sesebuah sekolah yang mempunyai pusat sumber yang dilengkapi bahan

bahan mengajar tidak dapat membantu pelajar dalam pembelajarannya sekiranya

guru itu sendiri tidak mahir menggunakan bahan itu dengan berkesan. Perlu diakui

bahawa kebanyakan guru di sekolah menengah masih lemah dalam menggunakan

komputer apalagi mengaplikasikan penggunaan teknologi maklumat dalam

pengajarannya. Keadaan seperti inilah yang akan menjadi kekangan dalam

mengubah pendekatan pengajaran seorang guru daripada bentuk tradisional kepada

yang moden. Maka, tidak hairanlah sekiranya kita dapati bahawa pengaplikasian

bahan bantu mengajar menggunakan teknologi maklumat dalam pengajaran dan

pembelajaran matematik di sekolah menengah kurang mendapat perhatian daripada

para guru terutamanya guru-guru senior dan ini merupakan satu kerugian yang besar

kepada negara memandangkan teknologi maklumat dapat membantu

mempercepatkan proses pemantauan, penilaian, serta maklum balas dengan cara

yang cekap dan cepat (Embretson dan Hersberger, 1999).

Daripada perbincangan yang dinyatakan di atas, kita dapat melihat betapa

pentingnya penggunaan komputer sebagai bahan bantu mengajar sempena menyahut

seruan kerajaan ke arah menyediakan sistem pendidikan di Malaysia dengan

teknologi maklumat. Tetapi malangnya, sangat kurang laman web yang dapat

membantu para guru dalam menggunakan bahan bantu mengajar yang

berorientasikan PBK untuk subjek matematik dalam bahasa Melayu dibangunkan.

Page 23: 3 MEREKA BENTUK DAN MEMBANGUNKAN LAMAN WEB BERKENAAN BAHAN BANTU MENGAJAR ... · 2008. 4. 30. · pengaplikasian Bahan Bantu Mengajar dalam pengajaran dan pembelajaran. Melalui idea-idea

20

Bukan itu sahaja, pada masa kini juga sangat kurang pendekatan dari segi galakan

yang sesuai dalam penggunaan bahan bantu mengajar terutama yang difokuskan

kepada PBK dan subjek matematik diwujudkan. Oleh itu, laman web yang

dibangunkan ini adalah merupakan salah satu cara untuk mengatasi masalah diatas

dan impak dari pembangunan laman web ini, ianya akan dapat mempengaruhi

bilangan pengguna yang akan melayari laman web yang akan dibina memandangkan

laman web ini akan memberikan maklumat-maklumat penting dan membantu

pengguna mengatasi masalah-masalah yang dihadapi semasa mengaplikasikan bahan

bantu mengajar berasaskan PBK dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang

difokuskan kepada subjek matematik sekolah menengah. Perbincangan di dalam

laman web ini juga akan sentiasa berterusan dengan pelbagai isu baru dibangkitkan

memandangkan sistem teknologi maklumat akan sentiasa mengalami perubahan

yang pesat dengan pelbagai komponen baru diperkenalkan.

1.3 Pernyataan Masalah

Pengaplikasian bahan bantu mengajar berasaskan PBK dalam pengajaran dan

pembelajaran matematik di sekolah menengah kurang mendapat sambutan dari para

guru itu sendiri disebabkan mempunyai kepakaran yang kurang dalam membina dan

mengendalikan media ataupun bahan yang digunakan. Situasi ini mendatangkan

kerugian dalam bidang pendidikan kerana sekiranya kita dapat menggabungkan

pengalaman dan pengetahuan yang dimiliki oleh guru-guru senior dengan

penggunaan komputer sebagai media bahan bantu mengajar, ianya akan dapat

memberi sumbangan dan impak yang besar dalam membantu pelajar untuk

cemerlang dalam mata pelajaran matematik seperti apa yang disampaikan oleh

Johnson (1967) yang menyatakan bahawa gambaran fizikal yang berkaitan dengan

idea-idea matematik akan memudahkan pelajar lebih memahami idea matematik

tersebut.

Situasi ini masih belum dapat diatasi disebabkan kurangnya pembangunan

laman web yang dapat membantu dan memberikan panduan kepada guru dalam

Page 24: 3 MEREKA BENTUK DAN MEMBANGUNKAN LAMAN WEB BERKENAAN BAHAN BANTU MENGAJAR ... · 2008. 4. 30. · pengaplikasian Bahan Bantu Mengajar dalam pengajaran dan pembelajaran. Melalui idea-idea

21

menggunakan bahan bantu mengajar yang berorientasikan PBK dalam bahasa

Melayu amnya dan untuk subjek matematik sekolah menengah khususnya. Jikalau

ada pun laman web yang diwujudkan, kebanyakannya menggunakan bahasa Inggeris

yang menyebabkan sesetengah guru yang kurang mahir berkomunikasi dalam bahasa

Inggeris menjadi kurang berminat untuk melayarinya. Walaupun pihak Kementerian

telah menyediakan kursus-kursus berkaitan komputer kepada para guru, tetapi ianya

merupakan hanya satu platform untuk guru-guru tersebut mengetahui asas-asas

komputer kerana tidak banyak yang dapat diajar dan dipelajari dalam masa yang

singkat berbanding jika adanya satu laman web berkenaan perkara ini, para guru

mempunyai masa yang lebih panjang untuk memahami dan mempelajari komputer.

Bukan itu sahaja, pendekatan bersesuaian dari segi galakan untuk para guru

berkenaan perkara ini juga kurang diwujudkan.

Untuk itu, satu projek pembangunan laman web dilaksanakan oleh penyelidik

bertujuan menyediakan dan menampung kekurangan dan masalah yang wujud ini.