3 WALKABOUT NewsEdisi 03-03r.pdf · kesejahteraan hidup rakyat ... mengetuai bacaan Ikrar Integriti...

20
Terbitan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam Bil. 03/2017 Selamatkan pokok, kurangkan penggunaan kertas! Muat turun dan baca SWCorp News ini secara atas talian di www.swcorp.my/swcorpnews ANUGERAH KURSI TAN SRI DR. ALI HAMSA DIPERERAT MILIK UPM UKHWAH & SILATULRAHIM TAN SRI NOH OMAR • Perhimpunan Bulanan KPKT Menteri pertama mengetuai lafaz Ikrar Bebas Rasuah > 3 6 4 9 772289 898005 ISSN 2289-8980 WALKABOUT #ASINGKAN SISA PEPEJAL DEMI MASA DEPAN ANAK-ANAK KITA #ASINGKAN SISA PEPEJAL DEMI MASA DEPAN ANAK-ANAK KITA #ASINGKAN SISA PEPEJAL DEMI MASA DEPAN ANAK-ANAK KITA #ASINGKAN SISA PEPEJAL DEMI MASA DEPAN ANAK-ANAK KITA #ASINGKAN SISA PEPEJAL DEMI MASA DEPAN ANAK-ANAK KITA #ASINGKAN SISA PEPEJAL DEMI MASA DEPAN ANAK-ANAK KITA #ASINGKAN SISA PEPEJAL DEMI MASA DEPAN ANAK-ANAK KITA #ASINGKAN SISA PEPEJAL DEMI MASA DEPAN ANAK-ANAK KITA SETAHUN BERKHIDMAT, NOH OMAR SELESAIKAN BANYAK MASALAH 2

Transcript of 3 WALKABOUT NewsEdisi 03-03r.pdf · kesejahteraan hidup rakyat ... mengetuai bacaan Ikrar Integriti...

Page 1: 3 WALKABOUT NewsEdisi 03-03r.pdf · kesejahteraan hidup rakyat ... mengetuai bacaan Ikrar Integriti Rasuah kepada semua warga KPKT. ... Pembentukan Negara Bersih, Indah dan

Terbitan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam Bil. 03/2017

Selamatkan pokok, kurangkan penggunaan kertas! Muat turun dan baca SWCorp News ini secara atas talian di www.swcorp.my/swcorpnews

ANUGERAH KURSI TAN SRI DR. ALI HAMSA

DIPERERAT

MILIK UPM

UKHWAH & SILATULRAHIM

TAN SRI NOH OMAR • Perhimpunan Bulanan KPKT

Menteri pertama mengetuai lafaz Ikrar Bebas Rasuah>3

6

4

9 772289 898005

ISSN 2289-8980

WALKABOUT

#ASINGKAN SISA PEPEJAL DEMI MASA DEPAN ANAK-ANAK KITA#ASINGKAN SISA PEPEJAL DEMI MASA DEPAN ANAK-ANAK KITA#ASINGKAN SISA PEPEJAL DEMI MASA DEPAN ANAK-ANAK KITA#ASINGKAN SISA PEPEJAL DEMI MASA DEPAN ANAK-ANAK KITA#ASINGKAN SISA PEPEJAL DEMI MASA DEPAN ANAK-ANAK KITA#ASINGKAN SISA PEPEJAL DEMI MASA DEPAN ANAK-ANAK KITA#ASINGKAN SISA PEPEJAL DEMI MASA DEPAN ANAK-ANAK KITA#ASINGKAN SISA PEPEJAL DEMI MASA DEPAN ANAK-ANAK KITA

SETAHUN BERKHIDMAT, NOH OMAR SELESAIKAN BANYAK MASALAH 2

Page 2: 3 WALKABOUT NewsEdisi 03-03r.pdf · kesejahteraan hidup rakyat ... mengetuai bacaan Ikrar Integriti Rasuah kepada semua warga KPKT. ... Pembentukan Negara Bersih, Indah dan

▶ KUALA LUMPUR

Walaupun baru setahun dilantik menjadi Menteri

Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), namun menterinya, Tan Sri Noh Omar telah membuktikan beliau amat serius dalam menangani masalah yang dihadapi penduduk bandar, terutamanya mereka yang menghuni rumah kos rendah. Terkini dalam salah satu program walkabout yang diadakan, beliau telah turun padang melihat sendiri pelbagai masalah yang membelenggu penghuni di tiga pangsapuri kos rendah di kawasan Pandan, Selangor. Dalam lawatan beliau, beberapa masalah dihadapi penduduk di tiga pangsapuri berkenaan telah dikenalpasti. Antaranya bumbung rosak, tangki air tidak terurus, sampah merata-rata, longkang tersumbat, lif rosak dan pelbagai lagi aduan yang diterima.

Bagi mengatasinya, Noh telah telah meluluskan hampir RM6 juta untuk baikpulih dan mengatasi masalah berkenaan. Ini penting bagi memastikan penduduk di kawasan terbabit dapat menikmati kehidupan yang lebih sejahtera. Dalam lawatan berkenaan juga, isu kebersihan turut mendapat perhatian banyak pihak. KPKT yang merupakan Kementerian yang bertanggungjawab terhadap isu pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam melalui SWCorp telah membuktikan rakyat di negeri-negeri yang menerimapakai Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) telah menikmati perkhidmatan pengurusan sisa pepejal yang lebih sempurna. Dalam hal ini, isu kebersihan tidak boleh dipandang remeh memandangkan ia berkait rapat dengan risiko kesihatan. Selain itu, mentaliti masyarakat juga harus diubah

untuk bersama-sama menjaga kebersihan. Usaha berterusan dilakukan di pihak SWCorp dengan menjalankan program-program kesedaran secara berterusan bagi negeri yang menggunapakai Akta 672. Dalam pada itu, SWCorp juga turut menghargai sokongan dan keperhatinan Noh selama genap setahun beliau menerajui KPKT. Dalam tempoh yang masih singkat ini juga beliau tidak pernah mengabaikan mana-mana negeri dalam soal meningkatkan kualiti dan kesejahteraan hidup rakyat serta telah menyelesaikan masalah kemiskinan bandar termasuklah masalah perumahan kos rendah. S W C o r p mengucapkan tahniah kepada beliau atas kecemerlangan dan sikap prihatin yang ditunjukkan.

Setahun berkhidmat, Noh Omar selesaikan banyak masalah

|||MENTERI

Ms.2

Inisiatif yang telah dijalankan untuk menggalakkan rakyat Malaysia mengasingkan sisa pepejal bagi tempoh 1 Januari 2016 sehingga 30 Jun 2017.

Noh memilih untuk turun padang dan mendengar sendiri permasalahan setempat

566 program telah dilaksanakan dengan jumlah kutipan keseluruhan barangan kitar semula sebanyak 507,182.55 kg.

02 Bank Kitar Semula(Tadika)01Ceramah

dan Pameran

975 sesi ceramah dan 443 pameran telah dilaksanakan.

07Program 3R di Industri

258 program telah dijalankan yang bertujuan untuk menggalakkan penglibatan sektor industri dan meningkatkan kesedaran kepada pekerja dan majikan.

03 Program Kitar Semuladi Sekolah

1,388 program telah dilaksanakan dengan jumlah kutipan keseluruhan barangan kitar semula sebanyak 2,941,262.82 kg.

1,455 program telah dilaksanakan dengan jumlah kutipan keseluruhan barangan kitar semula sebanyak 728,039 kg.

04 Program 3R di Kawasan Kediaman

681 program telah dijalankan di pelbagai agensi yang melibatkan 3,134,378.67 kg barangan kitar semula.

05 Program 3R di Jabatan Kerajaan

06Program 3R di IPT

113 program telah dilaksanakan berbentuk penyampaian informasi berkenaan amalan 3R melibatkan institusi awam dan swasta.

Page 3: 3 WALKABOUT NewsEdisi 03-03r.pdf · kesejahteraan hidup rakyat ... mengetuai bacaan Ikrar Integriti Rasuah kepada semua warga KPKT. ... Pembentukan Negara Bersih, Indah dan

Warga KPKT lafazIkrar Integriti Rasuah

Ms.3

▶ PUTRAJAYA

Perhimpunan Bulanan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan

Kerajaan Tempatan (KPKT) pada 16 Mei lalu telah menyaksikan satu lagi peristiwa penting apabila Menteri KPKT, Tan Sri Noh Omar mengetuai bacaan Ikrar Integriti Rasuah kepada semua warga KPKT. Ikrar Bebas Rasuah merupakan inisiatif baharu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang memberi penekanan kepada ikrar serta janji oleh mereka yang diamanahkan tanggungjawab agar menghindari diri daripada terlibat dalam sebarang gejala rasuah dan salah guna kuasa sepanjang melaksanakan tugas. Pelaksanaan lafaz Ikrar Bebas Rasuah oleh seluruh warga KPKT pada perhimpunan berkenaan jelas menyatakan bahawa Kementerian tidak akan berkompromi terhadap mana-mana warga KPKT yang terlibat dengan perbuatan rasuah. KPKT melalui SWCorp juga turut menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara SWCorp dan SPRM di mana kandungan perjanjian yang ditermeterai merangkumi aspek-aspek khidmat nasihat

dan rundingan; sistem dan tatacara kerja; jalinan kerjasama; perkongsian dan penyebaran maklumat tentang budaya kebersihan; serta perlakuan jenayah rasuah kepada semua pegawai kedua-dua agensi. Selain itu, kerjasama di antara SPRM dengan KPKT ini secara tidak langsung telah menyahut seruan kerajaan melalui Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) untuk memantapkan lagi

perkhidmatan sektor kerajaan. SWCorp yang dipilih menjadi hos perhimpunan bulanan berkenaan turut mengatur pelbagai aktiviti. Antaranya ceramah integriti bertajuk “Integriti dan Rasuah : Antara Mencari Nikmat atau Menempah Laknat”. Ia disampaikan oleh Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM, Dato’ Abdul Samat Kasah. Semasa majlis perhimpunan bulanan ini juga, seramai 35 orang anggota penguatkuasa SWCorp Wilayah Persekutuan juga telah membuat persembahan Battle Cry dengan tema Awareness of Integrity. Persembahan dibuat di hadapan dif kehormat dan para tetamu yang hadir. Inisiatif ini mampu meningkatkan rasa tanggungjawab penjawat awam dalam melaksanakan tugas serta menghindari amalan rasuah. Harapan agar semua jabatan di bawah KPKT dapat melaksanakan tadbir urus yang terbaik dalam menyampaikan perkhidmatan secara cekap dan berkesan, mematuhi undang-undang, mengamalkan sikap jujur, akauntabiliti, integriti dan telus dalam perkongsian maklumat.

|||KPKT

Ikrar Bebas Rasuah merupakan inisiatif

baharu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah

Malaysia (SPRM) yang memberi penekanan

kepada ikrar serta janji oleh mereka

yang diamanahkan tanggungjawab

agar menghindari diri daripada terlibat

dalam sebarang gejala rasuah

dan salah guna kuasa sepanjang

melaksanakan tugas.

Menteri KPKT mengetuai bacaan Ikrar Integriti Rasuah sambil diikuti oleh warga KPKT

Menteri KPKT dan dif-dif kehormat sempat bergambar bersama warga kerja KPKT

Persembahan Battle Cry berjaya mencuri perhatian para tetamu

SWCorp Band turut berjaya memukau tetamu dengan persembahan dari barangan terpakai

Page 4: 3 WALKABOUT NewsEdisi 03-03r.pdf · kesejahteraan hidup rakyat ... mengetuai bacaan Ikrar Integriti Rasuah kepada semua warga KPKT. ... Pembentukan Negara Bersih, Indah dan

▶ SERDANG

Buat julung kalinya Anugerah Kursi Tan Sri Dr. Ali Hamsa diwujudkan bagi mengiktiraf

Institusi Pendidikan Tinggi Awam di Malaysia yang mengungguli aspek kelestarian alam sekitar khususnya berkaitan pengurusan sisa pepejal. Anugerah ini diyakini dapat mewujudkan persaingan positif di kalangan universiti awam berkaitan tahap pengamalan budaya 3R (Reduce, Reuse, Recycle) dan pengurusan sisa pepejal di samping mengenalpasti universiti awam yang boleh membantu SWCorp meningkatkan keberkesanan pengurusan sisa pepejal melalui hasil penyelidikan atau teknologi. Ia juga akan menggalakkan universiti awam menjadikan SWCorp

sebagai rakan strategik dalam aspek kajian pengurusan sisa pepejal serta mewujudkan integrasi penyelidikan supaya teknologi dan kepakaran dapat dikongsi bersama. Bagi anugerah ini, kriteria pemilihan dibuat berdasarkan program dan penyelidikan yang telah mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa, hasil penyelidikan dan teknologi berkaitan pengurusan sisa pepejal yang digunapakai dan memberi impak positif kepada masyarakat di samping mempunyai kolaborasi dengan agensi antarabangsa dalam bidang penyelidikan, teknologi dan kemahiran pengurusan sisa pepejal. Untuk tahun ini universiti awam yang dipilih untuk menerima anugerah ini ialah Universiti Putra Malaysia (UPM) yang melayakkannya

menerima sijil dan wang tunai berjumlah RM300,000 yang akan disalurkan dalam tempoh tiga tahun.

Pengiktirafan Kampus Hijau Selain Anugerah Kursi Tan Sri Dr. Ali Hamsa, pengiktirafan Kampus Hijau turut diberikan kepada universiti awam yang mengamalkan inisiatif kelestarian di dalam kampus iaitu pembudayaan amalan 3R, sistem pengangkutan mesra alam, penjimatan penggunaan tenaga dan air serta penyelidikan dalam bidang alam sekitar. Objektif pengiktirafan adalah untuk memperkasakan program kerjasama bersama universiti awam melalui program-program bersama warga kampus secara ilmiah dan interaktif di samping menggalakkan

UPM raih Anugerah Kursi Tan Sri Dr. Ali Hamsa■ Konvensyen Kelestarian Kampus Hijau buka dimensi baharu penjagaan alam sekitar

Ms.4

Ketua Setiausaha Negara menyerahkan hadiah kemenangan kepada Naib Canselor UPM

Kita harus meneliti kemampanan sumber alam sekitar. Dengan peningkatan jumlah penduduk dunia yang telah mencecah hampir 7.5 billion, sumber-sumber alam pada hari ini menjadi semakin terhad disebabkan aktiviti perindustrian dan

aktiviti-aktiviti lain dalam meningkatkan tahap ekonomi negara-negara dunia". Tan Sri Dr. Ali HamsaKetua Setiausaha Negara

Page 5: 3 WALKABOUT NewsEdisi 03-03r.pdf · kesejahteraan hidup rakyat ... mengetuai bacaan Ikrar Integriti Rasuah kepada semua warga KPKT. ... Pembentukan Negara Bersih, Indah dan

program penyelidikan bersama universiti awam berkaitan 3R dan pengurusan sisa pepejal. Untuk pengiktirafan ini, lima universiti telah dipilih iaitu Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Malaysia Sabah, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Sains Malaysia dan Universiti Malaya. Mereka menerima Sijil Pengiktirafan Khas dan wang tunai berjumlah RM20,000 sebagai sumbangan dalam meningkatkan mutu kelestarian Kampus Hijau. Majlis penganugerahan ini dibuat bersempena Konvensyen Kelestarian Kampus Hijau yang diadakan pada 25 Mei lalu di Dewan Besar, Universiti Putra Malaysia. Ia dihadiri oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa; Ketua Setiausaha Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Datuk Mohammad Mentek; Naib Canselor, UPM, Profesor Datin Paduka Dr. Aini Ideris; Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan), Kementerian Pendidikan Tinggi, Datuk Nik Ali Mat Yunus; serta Ketua Pegawai Eksekutif SWCorp, Dato’ Dr. Zulkapli Mohamed. Hadir sama memeriahkan program ialah lebih 3,000 peserta yang terdiri daripada wakil-wakil Kementerian, Agensi Kerajaan, pegawai

kanan UPM, wakil-wakil daripada pelbagai industri, Badan Bukan Kerajaan dan mahasiswa. Selain anugerah, program sehari ini turut dipenuhkan dengan pelbagai aktiviti lain. Antaranya, Forum Kelestarian Kampus Hijau yang bertajuk “Pembentukan Minda dan Budaya Ke Arah Menghargai Kebersihan”. Turut diadakan program Green Talk yang menyaksikan pelancaran Mobile Apps Negaraku Bersih, pelancaran 3R Sculpture Competition 2017 dan pelancaran PutraBakti@Green. Mahasiswa dan hadirin yang hadir juga berkesempatan mendengar Green Talk yang menyentuh mengenai Peranan Mahasiswa Ke Arah Pembentukan Negara Bersih, Indah dan Sejahtera.

Negara perlu berpandangan jauh Ali Hamsa dalam ucapan perasmiannya mengucapkan syabas kepada KPKT menerusi SWCorp di atas usaha dan persiapan untuk menganjurkan konvensyen berkenaan. Katanya, kita harus meneliti kemampanan sumber alam sekitar. Dengan peningkatan jumlah penduduk dunia yang telah mencecah hampir 7.5 bilion, sumber-sumber alam pada hari ini menjadi semakin terhad disebabkan aktiviti perindustrian dan aktiviti-aktiviti lain dalam meningkatkan tahap

ekonomi negara-negara dunia. “Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) pada tahun 2011, penyumbang pencemaran kedua terbesar adalah pembebasan gas rumah hijau yang disebabkan oleh proses penguraian dan pembebasan gas metana dari pengurusan tapak pelupusan sisa pepejal yang kurang efisien. “Di samping itu, fenomena ini turut menjadi punca perubahan iklim yang boleh menyebabkan bencana alam seperti el Nino dan la Nina. Selain pengurusan sisa pepejal yang tidak sempurna turut mengundang risiko kepada manusia melalui penularan penyakit berbahaya seperti kencing tikus, denggi, taun dan lain-lain serta pencemaran sumber air,” katanya. Justeru katanya, negara perlu berpandangan jauh untuk memikirkan strategi dan pendekatan yang komprehensif bagi memastikan kelestarian alam sekitar demi kelangsungan kehidupan generasi akan datang.

Fakta nombor

Universiti awam dinilai untuk Anugerah Kursi Tan Sri Dr. Ali Hamsa

bagi setiap penerima pengiktirafan Kampus Hijau

penerima Anugerah Kursi Tan Sri Dr. Ali Hamsa - UPM

peserta hadir Konvensyen Kelestarian Kampus Hijau

Universiti awam menerima pengiktirafan Kampus Hijau - USM, UKM, UMS, UTM & UM

18

RM20,000

RM300,000

3,000

5

Konvensyen Kelestarian Kampus Hijau diisi dengan pelbagai aktiviti menarik

Page 6: 3 WALKABOUT NewsEdisi 03-03r.pdf · kesejahteraan hidup rakyat ... mengetuai bacaan Ikrar Integriti Rasuah kepada semua warga KPKT. ... Pembentukan Negara Bersih, Indah dan

Ramadanyang penuh dengan aktiviti dan kemeriahan

Kempen "Value Food No Waste" terus diperkasa

▶ CYBERJAYA

Seramai 300 warga kerja SWCorp dan tetamu telah dirai dalam satu majlis

berbuka puasa yang diadakan di Dewan Lestari, di Ibu Pejabat SWCorp pada 15 Jun lalu. Majlis yang dihadiri oleh Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Datuk Halimah Mohamed Sadique ini turut dihadiri oleh Ketua Setiausaha KPKT, Datuk Mohammad Mentek, Ahli Lembaga Pengarah SWCorp, Ketua Pengarah agensi di bawah KPKT, syarikat konsesi, persatuan kontraktor dan warga kerja SWCorp. Majlis dimulakan dengan bacaan ayat suci al-Quran dan diikuti ceramah agama oleh Ustaz Haslin Baharim. Majlis berbuka puasa ini diadakan bertujuan membina ukhwah dan silaturrahim dalam satu majlis ilmu dan jamuan makan berbuka puasa. Di samping penyampaian sumbangan Ihya’ Ramadan kepada Bantuan Kemanusian Puspanita KPKT berbentuk wang dan barang keperluan harian. Turut diadakan ialah majlis penyampaian sumbangan

oleh warga kerja SWCorp, syarikat konsesi, Bank Rakyat, PERKON Johor, PERKON Pahang, PERKON Negeri Sembilan dan PERKON Kuala Lumpur. Program yang sederhana ini ternyata dapat menghayati erti kasih sayang dan kekeluargaan; mensyukuri nikmat pemberian Allah S.W.T; menghargai golongan yang kurang bernasib baik; dan menghayati sunnah Rasulullah S.A.W pada bulan Ramadan yang penuh barakah. Sementara itu, di beberapa negeri lain turut diadakan pelbagai aktiviti antaranya program Penguatkuasaan Bersepadu SWCorp Negeri Kedah bersama Majlis Bandaraya Alor Setar di bazaar Ramadan. P r o g r a m penguatkuasaan ke atas peniaga gerai bazaar Ramadan berkaitan penjagaan kebersihan gerai dan kawasan sekitar gerai ini lanjutan daripada teguran dan program kesedaran yang dilaksanakan oleh penguatkuasa SWCorp di lokasi yang sama pada 4 Jun 2017. Di Negeri Sembilan diadakan Kempen Kesedaran Awam 2017. Kempen ini menekankan elemen menghargai makanan dan mengelakkan pembaziran. Kempen kesedaran ini dijalankan di bazaar-bazaar

Ramadan terpilih bagi mendidik masyarakat untuk membudayakan amalan bersederhana dan tidak melakukan pembaziran. Di Pahang pula diadakan program lawatan ke pasar Ramadan Rompin anjuran Majlis Daerah Rompin merupakan program tahunan yang melibatkan beberapa agensi lain bagi bersama-sama memantau kebersihan pasar Ramadan serta menyampaikan mesej kepada peniaga dan masyarakat berkaitan penjagaan kebersihan di bulan Ramadan dan syawal yang akan menjelang tiba. Program ini yang diketuai sendiri oleh Pegawai Daerah Rompin, Dato’ Mohd Zulkifli Hashim secara langsung memberi peluang kepada SWCorp dan agensi yang terlibat mendekati orang awam yang berkunjung di pasar Ramadan ini. Di Perak diadakan majlis berbuka puasa pertubuhan Rumah Anak-Anak Lelaki Maahad Tahfiz Al-Taufiqiah, Taiping pada 5 Jun lalu. Manakala di Kuala Lumpur diadakan program Singgah Sahur@KL. Di Terengganu diadakan program kebersihan dan kempen “Value Food No Waste”. Ia membabitkan Bazaar Ramadan Batu Buruk, Taman

Shahbandar dan Flat PPR Hiliran Kuala Terengganu. SWCorp Johor juga telah mengadakan satu program tahunan iaitu Majlis Khatam Al-

Quran dan Iftar Peringkat Negeri Johor yang telah diadakan di ibu pejabat SWCorp Johor dengan dihadiri oleh seramai 124 orang anggota dan tetamu jemputan.

▶ KANGAR

Pembelian tidak terkawal yang akhirnya mengundang ke arah

pembaziran makanan sering terjadi di sepanjang bulan Ramadan. Membeli juadah berbuka puasa di bazaar Ramadan juga sudah menjadi sebahagian daripada aktiviti keluarga. Nafsu ketika membeli ada kalanya sukar dibendung dek kerana aneka juadah yang dilihat begitu enak dijual.

Menyedari hakikat itu, usaha-usaha ke arah menggalakkan masyarakat untuk tidak melakukan pembaziran makanan telah diteruskan oleh SWCorp Negeri Perlis sempena Ramadan lalu. Kempen yang telah diadakan dua tahun berturut-turut mulai tahun 2015 ini mendapat sokongan padu daripada DYTM Tuanku Raja Muda Perlis yang berkenan mencemar duli untuk turun padang bersama-sama bagi menjalankan Kempen “Value

Food No Waste”. Kempen ini turut mempromosikan amalan penggunaan mangkuk tingkat, khususnya di kalangan rakyat Negeri Perlis semasa membeli juadah berbuka puasa bersempena program “Gerak Prihatin MAIPS@Ramadan Al-Kareem 1438H Bersama SWCorp”. Selain itu, kempen Bazaar Bersih 2017 turut dijalankan dengan mengedarkan risalah bagi menyampaikan mesej kebersihan kepada

peniaga bagi memastikan sisa-sisa jualan dikumpul dan diikat dengan kemas sebelum dikutip oleh kontraktor pembersihan. Semasa program ini, baginda turut bertitah supaya rakyat di negeri Perlis membawa sendiri bekas makanan seperti mangkuk tingkat semasa membeli juadah. Dengan cara ini, rakyat dapat mengawal perbelanjaan dengan membeli apa yang patut sahaja, mengelakkan pembaziran makanan, mengurangkan janaan sampah

plastik dan menjaga kebersihan persekitaran. Tabiat ini juga merupakan antara ciri-ciri masyarakat yang bermentaliti kelas pertama. SWCorp turut mengambil inisiatif dengan mempromosikan penggunaan mangkuk tingkat kepada para pengunjung bazaar agar dapat mengawal perbelanjaan dengan membeli juadah yang perlu sahaja di samping penggunaan mangkuk tingkat dapat mengurangkan penggunaan beg plastik serta polisterina.

Halimah Mohamed Sadique, Timbalan Menteri KPKT turut meluangkan masa ke majlis berbuka puasa SWCorp

|||DALAM NEGERI

Penyampaian sumbangan kepada PUSPANITA KPKT disaksikan oleh Timbalan Menteri dan Ketua Setiausaha KPKT

Ustaz Haslin Baharim menyampaikan ceramah agama berkisar tentang fadhilat Ramadan

Ms.6

Page 7: 3 WALKABOUT NewsEdisi 03-03r.pdf · kesejahteraan hidup rakyat ... mengetuai bacaan Ikrar Integriti Rasuah kepada semua warga KPKT. ... Pembentukan Negara Bersih, Indah dan

▶ CYBERJAYA

Tarikh 1 Jun pastinya memberi makna yang sangat istimewa bagi

semua warga kerja SWCorp. Ini kerana tarikh itulah SWCorp ditubuhkan di bawah Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Tahun ini SWCorp meraikan ulang tahunnya yang ke-sembilan dengan penuh rasa kesyukuran dan kecintaan yang tidak berbelah bahagi untuk memastikan rakyat di negara ini dapat hidup dalam suasana persekitaran yang terpelihara dan lestari. Sambutan yang dibuat secara serentak membabitkan lebih 1,500 kakitangan termasuk masyarakat setempat ini melibatkan pejabat SWCorp di 10 negeri iaitu Perlis, Kedah, Perak, Terengganu, Kelantan, Pahang, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor. Majlis dimulai dengan majlis bacaan yasin dan diikuti dengan majlis berbuka puasa.

Sambutan sederhana tapi meriah itu ternyata dapat membina ukhwah dan silaturrahim di kalangan warga kerja SWCorp dan masyarakat setempat di samping terus berusaha melaksanakan segala tugas yang dipertanggungjawabkan dengan baik dalam usaha menjadikan Malaysia sebuah negara yang bersih dan sejahtera. Pada majlis berkenaan juga tetamu yang hadir turut mendoakan agar SWCorp dapat terus memperkasakan kualiti perkhidmatan demi kebersihan alam sekitar dan kesejahteraan bersama. Sepanjang sembilan tahun beroperasi, SWCorp telah berupaya memperkemas aspek pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam di negara ini. SWCorp juga telah membuktikan mereka berjaya melakukan penambahbaikan dalam aspek perkhidmatan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam di negara ini.

SWCorp sambut ulang tahun serentak di 10 negeri

|||DALAM NEGERI

■ Majlis dimulai dengan majlis bacaan yassin diikuti majlis berbuka puasa

Sambutan Ulang Tahun SWCorp Yang Ke-sembilan disambut dengan majlis kesyukuran dan bacaan yasin di seluruh negara

Ms.7

Page 8: 3 WALKABOUT NewsEdisi 03-03r.pdf · kesejahteraan hidup rakyat ... mengetuai bacaan Ikrar Integriti Rasuah kepada semua warga KPKT. ... Pembentukan Negara Bersih, Indah dan

Pesalah didenda RM10,000.00 atau penjara 5 bulan

PORT DICKSON, NEGERI SEMBILAN

Pesalah didenda RM25,000.00 atau penjara 10 bulan

TAMPIN, NEGERI SEMBILAN

Pesalah didenda RM15,000.00 atau penjara 4 bulan

JELEBU, NEGERI SEMBILAN

Pesalah didenda RM10,000 seorang atau penjara 6 bulan

JINGJANG, SELATAN TAMBAHAN, KL

Pesalah didenda RM12,000.00

RASAH, NEGERI SEMBILAN

Pesalah didenda RM12,000.00

SEREMBAN,NEGERI SEMBILAN

Pesalah didenda RM15,000.00 atau 5 bulan penjara

TEMERLOH, PAHANG

Pesalah didenda RM17,500.00

KUANTAN, PAHANG

Pengarah SWCorp Negeri Johor turun padang bersama menjayakan Ops Sampah Haram

|||DALAM NEGERI

Ops Sampah Haram

agresif di Johor▶ JOHOR BAHRU

Usaha membasmi kewujudan lokasi sampah haram di negeri Johor

telah dilakukan secara agresif apabila pasukan penguatkuasa SWCorp negeri itu menjalankan Ops Sampah Haram pada Mei lalu. Dengan diketuai oleh Pengarah SWCorp Johor, Asri Amat, operasi ini melibatkan 130 anggota penguatkuasa dari 11 cawangan. Ops Sampah Haram ini melibatkan 15 kawasan pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan di negeri Johor termasuk Johor Bahru, Johor Bahru Tengah, Kulai, Pasir Gudang, Pontian, Kota Tinggi, Mersing, Kluang, Simpang Renggam, Batu Pahat, Yong Peng, Segamat, Labis, Muar dan Tangkak.

Dalam operasi ini, pasukan Ops Sampah Haram telah berjaya mengenalpasti lori-lori yang sering membuang sampah secara haram dan menahan lori serta individu yang terlibat. Ia membabitkan lokasi di Bandar Selesa Jaya; Taman Johor Jaya; Taman Bukit Indah; Taman Tan Sri Yaacob; Jalan Nenas Utama, Pasir Gudang; Kg. Bukit Pulai, Pasir Gudang; dan Jalan Kulai - Kota Tinggi. Operasi besar-besaran ini juga telah mendapat liputan media RTM. Hasil daripada pelaksanaan operasi ini, SWCorp Johor kini sedang dalam proses menyiapkan kertas siasatan bagi tujuh tangkapan yang dibuat. Bagi mengawal lokasi sampah haram dari terus wujud, pihak SWCorp juga telah membuat pemasangan papan

tanda, barrier tape, meletakkan batu konkrit serta mengorek laluan masuk bagi mengelakkan kenderaan masuk ke kawasan yang dikenalpasti sebagai lokasi sampah haram. SWCorp turut mengingatkan orang awam bahawa membuang sampah secara haram adalah satu kesalahan di bawah Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) dan mereka yang disabitkan kesalahan boleh didenda tidak kurang RM10,000.00 dan tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak kurang daripada enam bulan dan tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

■ Melibatkan 15 kawasan pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan di negeri Johor termasuk Johor Bahru, Johor Bahru Tengah, Kulai, Pasir Gudang, Pontian, Kota Tinggi, Mersing, Kluang, Simpang Renggam, Batu Pahat, Yong Peng, Segamat, Labis, Muar dan Tangkak.

SWCorp perhebat dakwa pesalah sampah haram

▶ SEREMBAN

Dua orang awam telah dijatuhkan hukuman sebanyak RM10,000

setiap seorang atas kesalahan menyebabkan longgokkan sisa pepejal terkawal iaitu sisa pepejal pukal dan sisa pepejal binaan tanpa kebenaran sebagaimana yang dinyatakan di bawah tafsiran Seksyen 2 Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672). Pada 12 Mei lalu, satu lagi kes yang melanggar peruntukan Akta 672 di bawah Seksyen 71 (1) telah disebut di Mahkamah Sesyen Seremban. Berdasarkan fakta kes, individu yang terlibat didapati melonggokkan sisa pepejal terkawal iaitu sisa pepejal domestik di tempat yang tidak dibenarkan di

dua lokasi berasingan iaitu di Persiaran Lavender Height Senawang dan Taman Rasah Jaya Fasa 2 pada tahun 2014. Seperti yang termaktub, Seksyen 71 (8) memperuntukkan mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) atau (5) melakukan suatu kesalahan boleh disabitkan denda tidak kurang daripada RM10,000 dan tidak melebihi RM100,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak kurang daripada enam bulan dan tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya. Satu lagi pertuduhan ke atas syarikat PNCL Venture Sdn. Bhd. telah disabitkan kesalahan kerana telah membenarkan sisa pepejal terkawal disimpan di Lot Tanah 5146, Mukim Kuala Kuantan, Daerah Kuantan. Kesalahan telah

dibaca dihadapan Hakim Mahkamah Sesyen Kuantan pada 18 Julai 2017 jam 09.00 pagi. Untuk rekod, sehingga 31 Julai 2017, sebanyak lapan kes berkaitan kesalahan membuang sampah secara haram telah disabitkan kesalahan. Orang awam diingatkan bahawa SWCorp sangat komited dalam usaha memerangi pembuangan atau longgokkan sampah haram secara habis-habisan. Jika anda ada sebarang maklumat mengenai aktiviti pembuangan sampah yang menyalahi peraturan, boleh disalurkan ke SWCorp melalui talian bebas tol INDAHKAN MALAYSIA 1-800-88-7472.

Ms.8

Fakta Kes

Dato' Jalaluddin Alias, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Negeri Sembilan melihat kes yang disebut di mahkamah berhubung kesalahan membuang sampah haram.

Page 9: 3 WALKABOUT NewsEdisi 03-03r.pdf · kesejahteraan hidup rakyat ... mengetuai bacaan Ikrar Integriti Rasuah kepada semua warga KPKT. ... Pembentukan Negara Bersih, Indah dan

Ms.9

|||DALAM NEGERI

▶ BANGI

Masyarakat di negara ini sememangnya telah lama digalakkan untuk

mencintai bumi menerusi pelaksanaan kempen-kempen kebersihan dan kitar semula bagi memastikan bumi ini selamat dan tidak dibelenggu masalah pencemaran alam sekitar. Inisiatif ini telah dizahirkan oleh mahasiswa dari Kolej Ungku Omar, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menerusi penganjuran Karnival Gempak Varia-C Kolej Ungku Omar yang berlangsung pada 21 April dan berakhir pada 23 April lalu. Program yang dianjurkan secara tahunan ini diisi dengan pelbagai aktiviti yang memberi manfaat seperti seminar untuk menjadi usahawan berjaya dan bimbingan mendapatkan bantuan pinjaman kewangan atau geran perniagaan. Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang tiga hari karnival ini berlangsung termasuklah program keusahawanan, pameran dan

jualan, perkongsian ilmu oleh selebriti, persembahan artis serta pelbagai lagi pengisian menarik. SWCorp juga tidak terkecuali dalam menyokong usaha ini yang mana para pengunjung akan berpeluang mendengar taklimat bertajuk “Green Talk” yang disampaikan oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Teknikal), SWCorp, Dr. Mohd Pauze Mohamad Taha. Majlis Perasmian Karnival Gempak Varia-C ini disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif, SWCorp, Dato’ Dr. Zulkapli Mohamed. Hadir sama ialah Timbalan Naib Canselor UKM, Profesor Dato’ Dr. Imran Ho Abdullah. Zulkapli dalam ucapannya berkata, aspek keusahawanan merupakan suatu bidang yang luas dan masih banyak peluang boleh diterokai untuk menghasilkan sumber ekonomi yang lumayan. “Salah satunya adalah berkaitan industri kitar semula yang memproses semula barangan yang terpakai. Proses ini secara tidak langsung akan

mewujudkan sekular ekonomi yang mana bahan-bahan terpakai dijadikan suatu produk baharu dengan memasukkan elemen-elemen tambah nilai, seterusnya akan mewujudkan kelangsungan ekonomi dan membuka peluang-peluang pekerjaan baharu,” ujarnya. Sementara itu, Imran ketika berucap memaklumkan penglibatan UKM dalam melaksanakan program Sisa Sifar UKM dengan kolaborasi Ekorelawan UKM dan Team UKM Zero Waste Campus. Katanya, sikap masyarakat yang kurang peka

dan prihatin dalam aspek kebersihan serta meletakkan tanggungjawab untuk menjaga kebersihan persekitaran hanya ke atas bahu pihak berkuasa sahaja mendorong UKM untuk mencetuskan program seperti ini. “Karnival Gempak Varia-C ini memberikan banyak impak yang sangat positif kepada pelajar dari sudut tingkah laku, keperibadian dan penerapan kemahiran-kemahiran yang sukar didapati sewaktu sesi pembelajaran dalam kuliah,” tegasnya.

Karnival Gempak Varia-CSalah satunya adalah berkaitan industri kitar semula yang memproses semula barangan yang terpakai. Proses ini secara tidak langsung akan mewujudkan sekular ekonomi yang mana bahan-bahan terpakai dijadikan suatu produk baharu dengan memasukkan elemen-elemen tambah nilai, seterusnya akan mewujudkan kelangsungan ekonomi dan membuka peluang-peluang pekerjaan baharu".

Dato’ Dr. Zulkapli MohamedKetua Pegawai Eksekutif, SWCorp

Majlis Perasmian Karnival Gempak Varia-C meriah dengan pelbagai aktiviti menarik.

Page 10: 3 WALKABOUT NewsEdisi 03-03r.pdf · kesejahteraan hidup rakyat ... mengetuai bacaan Ikrar Integriti Rasuah kepada semua warga KPKT. ... Pembentukan Negara Bersih, Indah dan
Page 11: 3 WALKABOUT NewsEdisi 03-03r.pdf · kesejahteraan hidup rakyat ... mengetuai bacaan Ikrar Integriti Rasuah kepada semua warga KPKT. ... Pembentukan Negara Bersih, Indah dan
Page 12: 3 WALKABOUT NewsEdisi 03-03r.pdf · kesejahteraan hidup rakyat ... mengetuai bacaan Ikrar Integriti Rasuah kepada semua warga KPKT. ... Pembentukan Negara Bersih, Indah dan

▶ IPOH

Perak Corp Nature Foundation (PCNF) dan SWCorp Perak

menjalinkan usahasama menerusi Pelancaran Kelab Kitar Semula dan Taman Herba Sekolah Kebangsaan Jati. Program yang membabitkan 435 murid dan 35 guru ini bertujuan menerapkan nilai-nilai menghargai alam sekitar yang bersih dan indah serta mentransformasikan minda khususnya murid sekolah tentang kepentingan menjaga alam sekitar. SWCorp juga turut berusaha memupuk kesedaran tentang betapa pentingnya amalan 3R dalam kehidupan seharian dan memberi pendedahan bahawa sumber alam yang telah digunakan boleh di kitar semula. Antara aktiviti yang diadakan ialah taklimat pengenalan PCNF dan taklimat oleh SWCorp Perak. Turut diadakan penghasilan produk kraftangan oleh murid Sekolah Kebangsaan Jati dan gimik pelancaran Kelab Kitar Semula dengan pemakaian baju Kelab Kitar Semula kepada lima orang murid yang berjaya mengumpul jumlah barangan kitar semula yang tertinggi. Adalah diharapkan program ini dapat menghasilkan modal insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial melalui penyertaan dalam permainan interaktif; dan memupuk semangat di kalangan pelajar untuk menghasilkan lebih banyak produk kraf dengan menggunakan barangan kitar semula serta mewujudkan pemikiran lebih kreatif dan inovatif. Dalam satu program lain pula, telah diadakan Hari Terbuka Armada TLDM 2017 Sempena Sambutan Ulang Tahun TLDM Ke-83. Diadakan di Pengkalan TLDM Lumut, Perak, ia dihadiri kira-

kira 2,500 orang. Tujuan hari terbuka ini diadakan ialah memberi pendedahan berkaitan peranan dan tugas tentera dan agensi lain selain memberi peluang kepada orang ramai untuk merasai pengalaman sebagai seorang anggota tentera laut. Orang ramai juga boleh melihat dan bergambar dengan pelbagai peralatan persenjataan termasuk kapal-kapal TLDM yang dipamerkan sepanjang program berlangsung. Program yang diadakan pada 28 April lalu ini turut memberi peluang SWCorp untuk menerapkan amalan 3R (Reduce, Reuse, Recycle) di kalangan masyarakat; mengurangkan penjanaan sisa pepejal dengan mengelakkan barangan kitar semula dilupuskan di tapak pelupusan; mempamer program-program 3R yang dijalankan oleh SWCorp melibatkan pelajar sekolah, komuniti dan agensi; dan berkongsi kaedah pengurusan sisa pepejal secara sistematik kepada pengunjung di pengkalan TLDM. Apa pasti pengunjung yang hadir mula menyedari kepentingan menjaga alam sekitar untuk generasi akan datang dan penganjuran berjaya memberi maklumat dan pendedahan kepada pengunjung supaya mengamalkan budaya 3R di mana-mana sahaja.

Royal Wheels & Cuci-cucibersama IPD Brickfield

Pertandingan hasilkan tong kitar semula

Taman Herba beri kesedaran hargai

alam sekitar

|||DALAM NEGERI

Ms.12

▶ KUALA LUMPUR

Kerjasama erat SWCorp Wilayah Persekutuan dengan Polis Di Raja

Malaysia (PDRM) diterjemahkan dalam aktiviti pembersihan bagi memastikan warga kota dalam hidup dengan keceriaan dan sejahtera. Program Royal Whells & Cuci-cuci bersama PDRM yang turut melibatkan Alam Flora Sdn. Bhd. dan Universiti Malaya ini diadakan pada 19 Mei lalu. Memilih Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfield sebagai lokasi dan tumpuan utama, program membersihkan persekitaran, bangunan dan keseluruhan

kawasan ini melibatkan seramai 109 peserta yang terdiri daripada kakitangan IPD sendiri. Turut terlibat ialah peserta Royal Wheels dan Jawatankuasa Royal Wheels. Universiti Malaya pula diwakili oleh Suksis Universiti Malaya dan Kolej Kediaman Raja Dr. Nazrin Shah (KK12). Program dirasmikan oleh Ketua Polis Daerah Brickfield, ACP Sharul Othman Mansor. Matlamat utama program ini ialah untuk memupuk semangat berpasukan yang terzahir dalam pelbagai tugas-tugas pembersihan yang diadakan secara gotong-royong tanpa mengira pangkat dan

kedudukan. Ia juga dapat mengeratkan hubungan dengan agensi lain di samping menyemarakkan semangat kerjasama, menghormati dan menanamkan nilai-nilai murni melalui aktiviti yang dijalankan bersama-sama. Lebih menarik apabila sepanjang program ini juga turut diselitkan pelbagai info menarik terutamanya apabila mahasiswa daripada Universiti Malaya ini diberi pendedahan dan gambaran tugas-tugas semasa yang dipertangggungjawabkan kepada pihak PDRM di samping pendedahan mengenai tugas-tugas yang dijalankan oleh SWCorp.

▶ DUNGUN

Satu pertandingan tong kitar semula Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin

(PSMZA) telah diadakan hasil usahasama SWCorp Terengganu dengan politeknik berkenaan. Pertandingan diadakan bertujuan menjaga alam sekitar dan aspek kesihatan yang amat penting untuk mewujudkan persekitaran sihat serta selamat. Ketua Jawatankuasa Promosi Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) PSMZA, Mohd Amran Che Mood berkata, sebanyak 15 zon menyertai pertandingan tersebut dengan kreativiti masing-masing menghasilkan tong kitar semula. Pertandingan ini julung kali diadakan dan sambutan agak menggalakkan. “Ia membabitkan kakitangan PSMZA menerusi zon-zon dan ada juga penyertaan individu. Objektif utamanya

adalah untuk memberi pendedahan kepada warga PSMZA mengenai kepentingan kitar semula,” katanya yang dipetik dari akhbar Sinar Harian. Beliau berkata, menerusi program itu diyakini dapat meningkatkan kesedaran kepada warga PSMZA dan masyarakat tentang pentingnya menjaga alam sekitar. “Para pemenang akan diumumkan pada perhimpunan bulanan PSMZA Jun ini. Diharapkan juga aktiviti sebegini dapat memupuk semangat kerjasama untuk menyediakan tong kitar semula di antara ahli zon. Selain di PSMZA, pertandingan sebegini turut

dilaksanakan di beberapa jabatan kerajaan di Negeri Terengganu selaras dengan program pemerkasaan amalan 3R (Reduce, Reuse, Recycle) di pejabat yang telah dilancarkan pelaksanaannya di Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Terengganu pada 9 Mei lalu juga dijangka akan dilaksanakan di Pejabat SUK, Wisma Darul Iman dan kemudiannya diikuti oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Terengganu dan beberapa jabatan yang lain.

Program yang membabitkan 435 murid dan 35 guru ini bertujuan menerapkan nilai-nilai menghargai alam sekitar yang bersih dan indah serta mentransformasikan minda khususnya murid sekolah tentang kepentingan menjaga alam sekitar.

Objektif utamanya adalah untuk memberi pendedahan kepada warga PSMZA mengenai kepentingan kitar semula

Program Royal Wheel & Cuci-cuci merupakan simbolik kepada budaya kebersihan di kalangan masyarakat di negara ini

Page 13: 3 WALKABOUT NewsEdisi 03-03r.pdf · kesejahteraan hidup rakyat ... mengetuai bacaan Ikrar Integriti Rasuah kepada semua warga KPKT. ... Pembentukan Negara Bersih, Indah dan

Ms.13

|||DALAM NEGERI

▶ KEDAH

Sebanyak empat lokasi dipilih untuk aktiviti walkabout di negeri Kedah

bagi memastikan masyarakat terus peka dengan kempen dan usaha menjaga alam sekitar yang dijalankan secara bersama oleh kerajaan negeri dan SWCorp. Program walkabout dimulakan pada 2 April dengan memilih Pasar Taman Nuri, Alor Setar sebagai lokasi pertama. Dalam program walkabout oleh Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Diraja Ahmad Bashah Md Hanipah itu, ia dihadiri kira-kira 150 orang. Turut hadir ialah Datuk Bandar Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS), wakil jabatan kerajaan, penduduk dan peniaga Taman Nuri. Dianjurkan oleh MBAS, walkabout ini bertujuan sebagai

penggerak kepada penjagaan kebersihan dan amalan 3R, di samping mewujudkan orang awam yang bertanggungjawab dan tahu menjaga kebersihan. Selepas Taman Nuri, walkabout diadakan di Pekan Kuala Nerang, pada 27 April lalu. Program Clean and Clear di Daerah Padang Terap dihadiri kira-kira 100 orang. Ia juga disertai pegawai-pegawai dari Majlis Daerah Padang Terap dan Environment Idaman Sdn. Bhd. Dengan objektif yang sama, antara aktiviti yang dijalankan ialah untuk memastikan tahap kebersihan di sekitar daerah Padang Terap dalam keadaan memuaskan dan terkawal. Turut diadakan ialah program walkabout dan penyerahan Sangkar Kitar Semula di Pejabat Daerah Padang Terap dan Pekan Kuala

Nerang pada 11 Mei lalu. Dengan penyertaan kira-kira 150 orang, program ini dihadiri oleh Yang DiPertua Majlis Daerah Padang Terap, Fathullah Suhaimi Ismail dan Pengarah SWCorp Negeri Kedah, Hazahar Hashim. Hadir sama ialah Setiausaha Majlis Daerah Padang Terap, warga kerja SWCorp Negeri Kedah dan Environment Idaman Sdn. Bhd. Program walkabout di sini dimulakan dengan penyerahan Sangkar Kitar Semula di Pejabat Daerah Padang Terap dan Pekan Kuala Nerang sebelum semua agensi

yang terlibat turun padang di sekitar Padang Terap bagi melihat dengan lebih dekat mengenai tahap kebersihan di kawasan tersebut. Kemuncak program ialah kempen Pengasingan Sisa Pepejal Di Punca sempena program walkabout Menteri Besar Kedah pada 15 Mei lalu. Program anjuran Majlis Perbandaran Kulim ini dihadiri kira-kira 600 orang. Sebahagian daripada aktiviti yang dijalankan bertemu rakyat dan menjalankan kempen Pengasingan Sisa Pepejal Di Punca bersama peniaga dan edaran plastik berinformasi

kepada peniaga Pasar Pagi Padang Serai, Kulim. Kesemua program ini dibuat selaras dengan usaha murni untuk menterjemah dan merealisasikan agenda perdana kerajaan negeri Kedah, iaitu Transformasi Kedah Baharu ke arah Zero Waste menerusi tema “Kedah Negeriku Bersih Serata–Rata".

Walkabout berjaya terjemah tema “Kedah Negeriku Bersih Serata-Rata"

Menteri Besar Kedah melihat plastik berinformasi yang diedarkan kepada peniaga Pasar Pagi Padang Serai

■ Sebanyak empat lokasi dipilih untuk aktiviti walkabout di negeri Kedah bagi memastikan masyarakat terus peka dengan kempen dan usaha menjaga alam sekitar yang dijalankan secara bersama oleh kerajaan negeri dan SWCorp

Page 14: 3 WALKABOUT NewsEdisi 03-03r.pdf · kesejahteraan hidup rakyat ... mengetuai bacaan Ikrar Integriti Rasuah kepada semua warga KPKT. ... Pembentukan Negara Bersih, Indah dan

|||DALAM NEGERI

EPU lawat SWCorp

Lawatan UMW Corporation buahkan hasil!

▶ CYBERJAYA

Pada 15 Jun lalu seramai 22 orang peserta dari Unit Perancang Ekonomi

(EPU), Jabatan Perdana Menteri telah mengadakan lawatan ke ibu pejabat SWCorp di Cyberjaya. Lawatan berkenaan dipengerusikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif, SWCorp, Dato’ Dr. Zulkapli Mohamed. Dalam lawatan itu telah diadakan taklimat mengenai teknologi di dalam pengurusan sisa pepejal di

Malaysia dan amalan 3R (Reduce, Reuse, Recycle) yang disampaikan oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Teknikal), SWCorp, Dr. Mohd Pauze Mohamad Taha. Objektif lawatan ialah untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai latar belakang dan peranan SWCorp; memberi pendedahan kepada peserta tentang teknologi terkini yang digunakan dalam menguruskan sisa pepejal; dan memberi panduan kepada peserta dalam mengamalkan 3R.

Taklimat yang disampaikan turut menyentuh aspek pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam; penggunaan teknologi pengurusan sisa pepejal; penjanaan dan komposisi sisa pepejal di Malaysia; kadar kitar semula; cabaran dan halatuju pembentukan budaya 3R; dan inisiatif-inisiatif yang sedang dijalankan.

▶ CYBERJAYA

Seramai lapan pegawai dari pihak pengurusan UMW Corporation

Sdn. Bhd. telah mengadakan lawatan ke ibu pejabat SWCorp untuk mengetahui lebih lanjut mengenai amalan 3R (Reduce, Reuse dan Recycle). Lawatan yang adakan pada 30 Mei lalu antara lainnya menyalurkan maklumat berguna menerusi taklimat bertajuk “Amalan 3R di Pejabat Kerajaan” yang disampaikan oleh Penolong Pengarah, Bahagian Pendidikan Masyarakat SWCorp, Muhammad Zahir Ab Aziz. Peserta juga diberi panduan terperinci mengenai beberapa aspek penting dalam amalan berkenaan yang antara lainnya menyentuh mengenai elemen pengurusan sisa

pepejal di pejabat; komposisi sisa pepejal di pejabat; jenis-jenis sisa pepejal di pejabat selain turut menekankan aspek pendidikan dan promosi. Bagi pihak UMW Corporation Sdn. Bhd. pula, objektif lawatan adalah untuk mendapatkan informasi berhubung pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam di negara ini dengan memberi pengkhususan berhubung aspek amalan 3R yang kemudiannya akan diamalkan di pejabat dan dalam kehidupan seharian. Lawatan berkenaan juga mampu menyemai semangat cintakan alam sekitar melalui pengurusan sisa pepejal yang berkesan apabila mereka menyedari bahawa tanggungjawab menjaga kebersihan persekitaran adalah tanggungjawab yang

harus dipikul secara bersama. Selain itu, peserta juga tahu dengan lebih lanjut peranan SWCorp dan program-progam yang dijalankan di samping memberi gambaran yang jelas tentang bagaimana menguruskan sisa pepejal secara berhemah dilakukan setelah mereka dibawa melihat sudut kitar semula, cafe pejabat yang bercirikan amalan 3R, tong-tong kitar semula yang dicipta daripada barang terbuang dan sculpture 3R yang dipertandingkan. Lebih mengujakan lagi apabila lawatan yang singkat ini dapat memupuk semangat cintakan alam sekitar di kalangan kakitangan syarikat swasta melalui penyertaan pertandingan sculpture.

Warga EPU sempat bergambar kenangan di perkarangan lobi SWCorp

Peserta lawatan UMW Corporation yang hadir ke SWCorp baru-baru ini

Ms.14

Page 15: 3 WALKABOUT NewsEdisi 03-03r.pdf · kesejahteraan hidup rakyat ... mengetuai bacaan Ikrar Integriti Rasuah kepada semua warga KPKT. ... Pembentukan Negara Bersih, Indah dan

SWCorp terus jalankan kempen kebersihan di Terengganu

|||DALAM NEGERI

▶ HULU TERENGGANU

Walaupun Terengganu tidak menggunapakai Akta Pengurusan

Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672), namun kehadiran SWCorp di negeri berkenaan telah berjaya menjalinkan kerjasama dengan pihak Kerajaan Negeri dalam melaksanakan pelbagai aktiviti dan kempen yang berkaitan pembudayaaan dan penjagaan kebersihan di negeri berkenaan. Terbaharu ialah Program Kebersihan dan Kempen Kitar Semula bersempena Sambutan Hari Belia Negara Terengganu 2017 yang telah dilaksanakan dengan jayanya di Padang Bola Sepak Kg. Kuala Menjing, Hulu

Terengganu pada 19 Mei lalu. P r o g r a m disempurnakan oleh Menteri Besar Terengganu, Dato’ Sri Ahmad Razif Abd. Rahman, itu diadakan pada 19 dan 20 Mei 2017 bermula dari 8 pagi hingga 6 petang. Sepanjang program berlangsung, antara pengisian menarik ialah edaran plastik pengasingan sisa pepejal dan risalah ke setiap premis jualan makanan (25 lokasi). Sebanyak 200 unit plastik telah diedarkan. Turut diadakan kempen kitar semula, litter picking dan pertandingan Gerai Terbersih. Sebanyak 25 kilogram barangan kitar semula berjaya dikumpul yang terdiri daripada botol-botol plastik dan kotak. Selain itu, turut

diadakan aktiviti di booth (Like Facebook SWCorp, mencanting batik celup, kuiz 3R dan pertukaran hadiah barangan kitar semula kepada pengunjung). Sementara itu satu lagi program kebersihan juga diadakan di Pantai Teluk Ketapang, bersempena Karnival Program World Ocean Week 2017. Program yang dinamakan Beach Clean Up ini merupakan program dengan kerjasama Universiti Malaysia Terengganu dan agensi-agensi

kerajaan negeri Terengganu. Pada program itu diadakan gimik Menandatangani Ikrar Menjaga Kebersihan Pantai yang telah disempurnakan oleh Naib Canselor Universiti Malaysia Terengganu, Profesor Dato’ Dr. Nor Aieni Mokhtar bersama Pengarah SWCorp Terengganu, Sharudin Hamid serta wakil Majlis Bandaraya Kuala Terengganu. Pelbagai aktiviti lain diadakan seperti sukan rakyat, bola sepak pantai, pertandingan mewarna, membina istana pasir

dan booth pameran. Sejumlah 902.87 kilogram sampah juga berjaya dipungut oleh peserta hasil dari aktiviti Beach Clean Up kali ini selain aktiviti pengumpulan barangan kitar semula yang terdiri daripada kategori plastik, surat khabar, botol dan lain-lain dengan berat 211.47 kilogram barangan kitar semula telah berjaya dikutip.

902.87 kilogram sampah juga berjaya dipungut oleh peserta hasil dari aktiviti Beach CleanUp di Pantai Teluk Ketapang

▶ PENGKALAN CHEPA

Bertempat di Regimen 506 Askar Wataniah, Kem Pengkalan Chepa, seramai

17 anggota penguatkuasa SWCorp dan empat jurulatih kawad Askar Wataniah tamat latihan kawad kaki penguatkuasa SWCorp bagi negeri Kelantan. Majlis penutup yang diadakan pada 20 April lalu telah disempurnakan oleh Penolong Pegawai Pemerintah, Batalion Pertama, Rej. 506 Askar Wataniah, Kem Pengkalan Chepa yang mewakili Timbalan Komander, Mejar Ruziham Mahmud. Selain beliau, hadir sama ialah Pengarah SWCorp Negeri Kelantan, Dato’ Sri Afandi Hamzah. Program latihan kawad berkenaan diadakan dengan objektif memupuk semangat kerjasama, daya juang yang berterusan serta disiplin yang tinggi di kalangan anggota. Sepanjang program ini peserta dilatih dengan ilmu kawad kaki sekaligus membentuk ciri-ciri disiplin, kepimpinan yang mantap,

berketerampilan, pekerti yang mulia dan memiliki daya tahan yang tinggi. Apa yang diharapkan ialah kesemua peserta yang telah tamat latihan ini dapat meningkatkan disiplin anggota seperti yang diterapkan oleh anggota tentera dalam berkawad. Mereka juga diharapkan akan sentiasa patuh pada arahan ketua dan masa yang ditetapkan selain mampu meningkatkan tahap kawad kaki kepada yang lebih baik. Sementara itu, program melukis mural yang bertemakan “Jom Kitar Semula” juga telah diadakan dengan kerjasama pihak Universiti Sains Malaysia dan pihak sekolah. Program yang diadakan di dua lokasi berbeza iaitu di Sekolah Kebangsaan Chabang Empat, pada 24 hingga 25 Mac lalu dan Sekolah Kebangsaan Bunut Susu (14 April lalu), disertai oleh warga kerja SWCorp Kelantan, Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) dan pihak USM.

▶ KUANTAN

Penglibatan pelajar dalam usaha memelihara alam sekitar terus mendapat

sambutan. Salah satunya ialah menerusi program kolaborasi antara Sekolah Kebangsaan Assunta Convent, Kuantan dan SWCorp Pahang dalam menjayakan Pertandingan Video Dokumentari Sekolah Berprestasi Tinggi Tahun 2017. Program yang diadakan pada 3 Mei lalu itu merupakan anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia dengan membawa tema “Sisa Makanan Kantin Lestari”. Program dokumentari video ini telah diadakan di Dewan Ibu Pejabat SWCorp Pahang. Seramai 30 pelajar bersama tujuh guru pengiring hadir untuk tujuan berkenaan. Sekolah tersebut telah memilih Pengkomposan

Takakura Home Method sebagai bahan untuk penyediaan video dokumentari berkenaan. Bagi memastikan dokumentari berkenaan tepat, pihak SWCorp yang diwakili Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran, Nurul Nabilah Mat Nasir telah menunjukkan cara dan penerangan dalam penghasilan pengkomposan ini. Hasil daripada tunjuk ajar berkenaan mereka telah melakukannya sendiri dengan kaedah hands on dan turut dibantu oleh guru-guru yang hadir. Aktiviti hands on ini kemudiannya dirakam oleh guru penyelaras untuk dipertandingkan. Sekolah Kebangsaan Assunta Convent memilih aktiviti pengkomposan sisa makanan dalam pertandingan ini bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar tentang kaedah dan proses melestarikan sisa makanan

di sekolah khususnya dari kantin sekolah. Manakala bagi meneruskan kempen kitar semula, satu majlis pelancaran program 4R iaitu Reunite To Reduce and Reuse Towards Recycling telah diadakan pada 14 Mei lalu bagi peringkat negeri Pahang. Turut diadakan ialah Perasmian Ramah Mesra Jiranita di kawasan Bera, yang kedua-duanya disempurnakan oleh DYAM Tengku Arif Temenggong Pahang, selaku pengasas Sultan Haji Ahmad Shah Environment Trust. Majlis turut dihadiri oleh Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob. Seramai 500 penduduk daripada pelbagai lapisan menyertai majlis ini yang antara lainnya turut diselitkan dengan pelbagai aktiviti menarik termasuk pameran dari SWCorp.

17 anggota penguatkuasa tamat latihan kawad

“Sisa Makanan Kantin Lestari” jadi tema pertandingan video

Ms.15

Page 16: 3 WALKABOUT NewsEdisi 03-03r.pdf · kesejahteraan hidup rakyat ... mengetuai bacaan Ikrar Integriti Rasuah kepada semua warga KPKT. ... Pembentukan Negara Bersih, Indah dan

▶ JOHOR BAHRU

Seramai 29 mahasiswa tahun tiga dari program Sarjana Muda Sains Fizik

bersama dua pensyarah dari Universiti Teknologi Malaysia telah mengadakan lawatan sambil belajar ke ibu pejabat SWCorp Johor. Lawatan yang diadakan pada 18 Mei lalu itu bertujuan untuk mendapatkan informasi tepat mengenai peranan SWCorp dan informasi berkenaan teknologi yang digunakan dalam pengurusan sisa pepejal serta memberi pengalaman baharu kepada mahasiswa untuk mengetahui dengan lebih dekat tentang penggunaan teknologi dan aplikasi fizik dalam pengurusan sisa pepejal. Peserta yang mengikuti lawatan ini juga diberi taklimat yang merangkumi penguatkuasaan Pengasingan Sisa Pepejal Di Punca dan

teknologi dalam operasi di tapak pelupusan dan 3R (Reduce, Reuse, Recycle). Sesi soal jawab turut merungkai persoalan dari peserta yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai teknologi yang digunakan bagi memerangkap dan menukarkan gas yang dilepaskan oleh sisa pepejal di tapak pelupusan menjadi sumber elektrik. Hasil lawatan berkenaan, satu lawatan akademik ke tapak pelupusan bagi melihat teknologi di tapak pelupusan turut dirancang. Dalam satu perkembangan lain pula, telah diadakan ekspedisi mendaki Gunung Pulai yang membabitkan 21 anggota cawangan SWCorp Johor Bahru pada 8 April lalu. Tujuan ekspedisi ialah untuk meningkatkan stamina di kalangan anggota di samping melihat lebih

dekat keindahan alam dan kebersihan yang terjaga di Gunung Pulai. Program anjuran Kelab Sukan dan Kebajikan Penguatkuasa Cawangan Johor Bahru ini turut memberi peluang pendaki mengenali flora dan fauna yang terdapat di hutan lipur berkenaan di samping mengeratkan silaturrahim dan mengurangkan tekanan dari kesibukkan kerja seharian. Tidak hanya mendaki, peserta juga turut memungut sampah yang dijumpai di sepanjang laluan pendakian dan memastikan sampah yang terhasil daripada makanan yang dibawa tidak ditinggalkan atau dibuang di gunung berkenaan.

▶ ROMPIN

Usaha mengindahkan pantai melalui Program Indahkan Pantai diteruskan lagi. Kali

ini melibatkan Kelab Kitar Semula Sekolah Menengah Agama Rompin dan lokasi pilihan ialah Pantai Hiburan, Rompin. Untuk program ini seramai 350 pelajar telah melibatkan diri. Program yang berbentuk khidmat masyarakat ini bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar dan masyarakat akan kepentingan menjaga pusat peranginan terutama di Pantai Hiburan, Rompin Pahang. Aktiviti membersihkan pantai ini sebenarnya telah menjadi acara tahunan bagi Kelab Kitar Semula ini sejak ia ditubuhkan pada tahun 2015. Selain aktiviti membersihkan pantai, peserta turut didedahkan dengan pelaksanaan pengasingan sisa pepejal bagi sisa pepejal yang terdapat di pantai seperti botol plastik, tin aluminium, tetrapak dan pelbagai lagi. Hasil dari aktiviti membersihkan pantai ini, sebanyak 126.50 kilogram sisa pepejal berjaya dibersihkan yang sebahagian besarnya terdiri daripada pembungkus makanan, bekas minuman, polisterina dan sisa makanan.

Dalam satu program berasingan pula, telah diadakan lawatan sambil belajar ke Pusat Kitar Semula Bandar Maran (Drive thru) dan Tapak Pelupusan Jengka 10 oleh pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Cedung Jaya pada 2 Mei lalu. Pelajar dan guru terlibat diberi pendedahan berkenaan program Pengasingan Sisa Pepejal Di Punca. Penerangan mengenai kaedah untuk melaksanakannya sama ada di sekolah mahupun di rumah juga dibuat di samping menunjukkan cara membuat pengasingan sisa pepejal di Pusat Kitar Semula. Semasa lawatan di Tapak Pelupusan Jengka 10, peserta juga didedahkan dengan fungsi dan kategori tapak pelupusan. Penerangan ringkas mengenai Tapak Pelupusan Jengka 10 juga diberikan. Peserta untuk program ini terdiri daripada empat orang wakil dari SWCorp Pahang, tiga guru dan 20 pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Cedung Jaya.

Lawatan sambil belajar UTM & pendakian Gunung Pulai

Indahkan pantai & lawatan ke drive thru berguna untuk pelajar

|||DALAM NEGERI

PERTUBUHAN Warisan Alam Sekitar Malaysia (WASM) merupakan

pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang dianggotai oleh sukarelawan dan profesional yang terlibat dalam kerja berkaitan pengurusan alam sekitar di Malaysia. Diketuai oleh Puan Sri Dato’ Dr. Aishah Salleh, WASM ditubuhkan dengan tujuan menjalin kerjasama dengan badan-badan korporat yang mempunyai projek kemasyarakatan dan tanggungjawab sosial korporat yang berkaitan dengan penjagaan alam sekitar. Rasa tanggungjawab yang tidak berbelah bahagi telah membentuk satu pasukan

kerja yang begitu tersusun dan komited untuk merangka aktiviti dengan kemas demi generasi akan datang. Menetapkan visi untuk membantu usaha murni kerajaan bagi membina minda dan penghayatan setiap warganegara dalam memastikan muka bumi sebagai tempat tinggal yang terpelihara dan dijaga dengan selamat, WASM turut mempunyai misi yang jelas. Setiap ahlinya sedia mencurahkan khidmat bakti dan memberikan pendidikan serta kesedaran kepada orang ramai untuk pemuliharaan alam sekitar dengan penuh semangat kecintaan. Pertubuhan ini juga turut berusaha memajukan

perkhidmatan pembangunan rakyat Malaysia khususnya dalam pembangunan minda anak-anak dan keluarga. Untuk mencapai tujuan tersebut, WASM telah menggariskan beberapa matlamat iaitu menyokong dan mengaplikasi teknologi baharu yang mesra alam dengan mempertingkatkan kaedah pencegahan terhadap pencemaran; menubuhkan Skuad Alam sebagai pencinta alam, penggerak dan pengawas alam sekitar sama ada di darat, udara dan lautan; menyertai dan terlibat dalam seminar, forum, persidangan, dialog, kempen, penerbitan media; dan aktiviti lain bagi meningkatkan kesedaran dan kefahaman masyarakat mengenai

pentingnya penjagaan alam sekitar. WASM juga terlibat secara aktif dalam program amal dengan badan-badan korporat yang mempunyai projek kemasyarakatan dan tanggungjawab sosial korporat. SWCorp sendiri telah memeterai Perjanjian Persefahaman (MoU) dengan pertubuhan ini pada 6 Mac lalu. MoU itu meliputi pelaksanaan program dan inisiatif ke arah pengurusan alam sekitar yang mampan khususnya dalam aspek pengurusan sisa pepejal yang holistik dan efektif.

WASM meterai perjanjian dengan SWCorp pelihara alam sekitar

Bagi anda yang ingin mengenali lebih dekat atau ingin

menjalinkan kerjasama dengan WASM, bolehlah melayari laman sesawang WASM di http://www.

wasm.org.my/page/2/.

Info

Pelajar UTM bersama warga kerja SWCorp Johor bergambar selepas selesai sesi taklimat

Ms.16

Page 17: 3 WALKABOUT NewsEdisi 03-03r.pdf · kesejahteraan hidup rakyat ... mengetuai bacaan Ikrar Integriti Rasuah kepada semua warga KPKT. ... Pembentukan Negara Bersih, Indah dan

SWCorp amat menghargai sokongan anda semua yang bersama-sama berkongsi menyampaikan mesej kesedaran kepada orang awam melalui media sosial. Semoga dengan keperihatinan ini akan menjadi penyuntik semangat buat seluruh masyarakat untuk menghargai kebersihan alam sekitar.

#JAGAKEBERSIHAN #KEBERSIHANTANGGUNGJAWABBERSAMA

#ASINGKAN

PENAUNG DATO' DR. ZULKAPLI MOHAMED

PENASIHAT DR. MOHD PAUZE MOHAMAD TAHA HJ MOHAMMAD DIAH HJ WAHARI

EDITOR FADZILAH HASAN

WARTAWAN ZAITUN ABDUL RASHIP

JURU FOTO MUHAMMAD SHAZWAN ABD RAZAK

PROMOSI DAN EDARAN NURUL SHAFIEKA MOHD PAUZI

Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp)

Alamat: Blok J, Bangunan MKN Embassy Techzone, Jalan Teknokrat 2, 63000 Cyberjaya, Selangor D.E. No. Tel: Faks: Facebook: 03-8312 4000 03-8312 4003 www.fb.com/swcorpMY

SIDANG EDITOR

Page 18: 3 WALKABOUT NewsEdisi 03-03r.pdf · kesejahteraan hidup rakyat ... mengetuai bacaan Ikrar Integriti Rasuah kepada semua warga KPKT. ... Pembentukan Negara Bersih, Indah dan

TAHUKAH anda bila anda akan dicabut nyawa? Akan dipanggil menghadap sang Pencipta? Akan mati dan dihitung dosa dan

pahala? Tidak siapa boleh menafikan tentang kematian. Namun kita boleh memahami tentangnya. Sebelum diambil nyawa, manusia terlebih dahulu merasakan sakaratul maut. Sakaratul maut adalah proses kematian yang

sangat menyakitkan. Kesakitannya amat luar biasa kerana ketika inilah roh dalam proses terlepas dari jasad. Itulah yang selalu kita fahami tentang kematian. Namun, bagaimanakah dahsyatnya rasa sakit ketika kematian akan menjemput? Rasulullah S.A.W pernah bersabda bahawasanya rasa sakit sakaratul maut itu kadarnya seperti tiga ratus pukulan pedang.

Berdepan malaikat mautDalam sebuah hadis, Rasulullah S.A.W menjelaskan bahawa kesakitan ketika hampir mati itu seperti dipukul 100 kali dengan pedang tajam atau seperti dikoyak kulitnya dari daging ketika masih hidup. Tentu sakit bukan? Namun tidak semua orang merasai sakit ini. Beruntung sekali jika kita tergolong dalam golongan khusnul khatimah. Iaitu kematian “mengundang” manusia secara perlahan-lahan atau bertahap mulai dari jasad, ujung kaki kemudian ke paha.

Sakaratul maut orang yang bertaqwaSebaliknya Imam Ghazali mengatakan bahawa orang beriman akan melihat rupa Malaikat Maut sebagai pemuda tampan, berpakaian indah dan menyebarkan wangi yang sangat harum. Dan saat terakhir sakaratul mautnya, malaikat pun akan menunjukkan syurga yang akan menjadi rumahnya kelak di akhirat dan berkata padanya, “Bergembiralah, wahai sahabat Allah, itulah rumahmu kelak, bergembiralah dalam masa-masa menunggumu”.

Sakaratul maut orang yang zalimDi akhir sakaratul maut, seorang manusia akan diperlihatkan padanya wajah dua Malaikat Pencatat Amal. Kepada orang zalim, si malaikat akan berkata, “Semoga Allah tidak memberimu balasan yang baik, engkaulah yang membuat kami terpaksa hadir di tengah-tengah perbuatan kejimu dan membuat kami hadir menyaksikan perbuatan burukmu, memaksa kami mendengar ucapan-ucapan burukmu. Semoga Allah tidak memberimu balasan yang baik!". Ketika itulah orang yang sakaratul itu menatap lesu ke arah kedua malaikat itu. Dan inilah ucapan malaikat ketika menunjukkan rumah akhirat seorang zalim di neraka, “Wahai musuh Allah, itulah rumahmu kelak, bersiaplah engkau merasakan siksa neraka”.

PUNDI hempedu merupakan organ badan yang terdiri daripada karung

kecil berbentuk buah pear yang terletak di bawah bahagian kanan hati. Ia berfungsi sebagai tempat untuk menyimpan hempedu yang dihasilkan oleh hati. Hempedu penting untuk penyerapan dan pencernaan lemak. Apabila makanan yang sedang dicerna melalui bahagian atas usus kecil (duodenum), hormon yang dipanggil cholecystokinin dilepaskan bagi merangsang pembebasan hempedu. Hempedu mengandungi air, kolesterol, lemak, garam hempedu, protein dan bilirubin. Bilirubin merupakan satu produk akhir sel darah merah. Kolesterol, garam hempedu dan bilirubin adalah tiga komponen utama yang menentukan pembentukkan batu karang hempedu. Meskipun bahagian ini jarang diberi perhatian, namun kegagalan pundi hempedu berfungsi sebaiknya akan

menyebabkan kemudaratan yang cukup berbahaya.

Punca batu karang hempeduPenyakit batu karang hempedu adalah masalah yang sering dihadapi penduduk Malaysia. Ia dikaitkan dengan peningkatan pengambilan makanan berlemak. Perkhidmatan radiologi yang semakin maju membolehkan lebih ramai pesakit didiagnos dengan penyakit ini. Penyakit ini agak unik kerana ia melibatkan tiga organ badan iaitu hati, pundi hempedu dan pankreas. Tanda dan gejala klinikal penyakit ini berbeza-beza bergantung kepada aliran hempedu yang terhalang. Pembedahan laparoskopi dapat memulihkan pesakit dengan lebih cepat dan membolehkan pesakit melakukan aktiviti seharian. Batu karang hempedu adalah formasi seperti batu yang terbentuk di dalam pundi hempedu dan ditemui dalam pelbagai bentuk, warna

dan ketekalan. Ia terbentuk apabila salah satu daripada tiga komponen utama dalam hempedu (kolesterol, garam hempedu dan bilirubin) wujud secara berlebihan menyebabkan ketidakseimbangan cecair. Lama-kelamaan batu karang hempedu ini menjadi bertambah besar atau semakin banyak. Batu karang hempedu dikelaskan berdasarkan komponen kimia dalam batu kolesterol, batu pigmen dan batu bercampur. Majoriti batu karang hempedu adalah batu bercampur.

AJAL… Tidak terlambat walau sesaat

Jangan pandang ringan batu karang hempedu!

|||ROHANI & KESIHATAN

Ms.18

Gambar hiasan

Gambar hiasan

Page 19: 3 WALKABOUT NewsEdisi 03-03r.pdf · kesejahteraan hidup rakyat ... mengetuai bacaan Ikrar Integriti Rasuah kepada semua warga KPKT. ... Pembentukan Negara Bersih, Indah dan
Page 20: 3 WALKABOUT NewsEdisi 03-03r.pdf · kesejahteraan hidup rakyat ... mengetuai bacaan Ikrar Integriti Rasuah kepada semua warga KPKT. ... Pembentukan Negara Bersih, Indah dan

Kira-kira 90 tan selipar dikatakan terdampar di sepanjang pantai di

rantau Afrika Timur dalam tempoh setahun dan lambakan itu memberi ancaman besar kepada kelangsungan hidupan laut. Anggota kumpulan pemuliharaan dan kitar semula Ocean Sole, Erin Smith berkata, majoriti besar sampah yang terdampar di Pantai Kenya adalah datang dari Asia, India dan China berpunca daripada arus laut yang tersebar di sepanjang pesisir pantai rantau Afrika Timur. “Kami sebenarnya adalah penerima utama sejumlah besar pencemaran marin daripada negara-negara membangun. “Dan sebahagian besar pencemaran di sepanjang pesisir pantai rantau Afrika Timur adalah selipar terbuang yang dianggarkan seberat 90 tan setahun,” kata Smith.

Smith berkata, pengasas kumpulan itu, Julie Church pernah menyaksikan kegagalan penyu untuk bertelur di pesisir pantai hanya kerana lambakan selipar terbuang terbabit. Katanya, pencemaran mula membunuh tumbuhan termasuk ketam di pantai dan menjadikan pantai sepi walaupun dahulunya ia menjadi pilihan tempat tinggal penduduk untuk menangkap ikan. “Kini keseluruhan ekosistem kita terjejas akibat peningkatan besar-besaran pencemaran marin ini,” katanya. Sementara itu, Smith berkata Ocean Sole telah melatih satu pasukan terdiri daripada 40 orang untuk mereka membentuk arca daripada selipar untuk dijadikan sebagai sumber pendapatan di sebuah bengkel yang diwujudkan di Nairobi.

Ocean Sole akan mengimport selipar terbuang ini daripada syarikat kitar semula di sepanjang pantai timur sehingga Zanzibar dan menghasilkan semula produk daripada 800,000 selipar terbuang dalam tempoh setahun. Sementara ini, sebuah syarikat kitar semula Kenya mengambil inisiatif mengumpul selipar terpakai di sekitar perairan pantai timur Afrika bagi menghasilkan pelbagai produk kitar semula yang menarik. Syarikat itu, Kenya's Ocean Sole turut berperanan membersihkan beberapa kawasan pantai di timur Afrika dan mengumpul barangan terpakai untuk dikitar semula terutamanya selipar getah. Menurut Julie, matlamat pihaknya adalah untuk menghasilkan beberapa produk yang bernilai yang boleh dijual semula dan

pekerja di syarikat itu akan menghasilkan 100 jenis produk berbeza daripada selipar getah yang dikitar semula. P r o d u k - p r o d u k menarik yang dihasilkan ialah replika buatan tangan seperti zirafah, gajah dan babi hutan. Pada 2008, syarikat tersebut telah menghantar sebuah replika zirafah setinggi 5.4 meter ke Rom, Itali untuk dipamerkan pada satu acara fesyen. Katanya, pekerja akan membasuh selipar getah yang dikutip dan membaiki barang lusuh tersebut. Selipar yang pelbagai warna itu kemudian digam, diukir dan diproses mengikut bentuk yang dikehendaki dan dibasuh sekali lagi sebelum diproses menjadi pelbagai barangan termasuk permainan kanak-kanak.

|||TRIVIA

Ms.20

SELIPAR YANG MEMBUNUHboleh hasilkan produk menarik…

Arca yang dihasilkan daripada selipar-selipar yang terbuang di lautan

Gambar hiasan