3 Pengenalan (Autosaved)

12
PJM3063E: ANATOMI DAN FISIOLOGI 1.0 Pengenalan Buku skrap ialah dokumen yang dihasilkan melalui proses menampalkan maklumat-maklumat yang dikehendaki di atas kertas. Walaubagaimanapun, buku skrap juga merupakan hasil kreativiti kerja tangan pelajar. Buku skrap boleh di anggap sebagai salah satu sumber alternatif dan pengayaan di dalam sesuatu pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Pengajarannya boleh diaplikasikan dalam mata pelajaran yang di ajar. Keratan akhbar, majalah, foto, sumber ICT adalah antara salah satu koleksi bersiri yang berperanan sebagai pembina dan penjana idea-idea kreatif murid yang mempunyai nilai Kemahiran Berfikir Aras Tinggi yang diperlukan dalam pengajaran dan pembelajaran. Bahan pembelajaran merangkumi pelbagai bahan yang digunakan dalam pembelajaran seperti glosari, buku latihan, bahan bantu mengajar seperti gambar, objek hidup atau mati, model atau spesimen, radio, poster, gambar rajah, patung, carta atau peta dan kad-kad perkataan serta alat bantu mengajar.Antara bentuk bahan pembelajaran ialah buku teks yang bermaksud bahan bercetak, menurut sukatan tertentu bagi sesuatu mata pelajaran dan untuk masa tertentu (Abdullah,1996). Ia merupakan satu bahan penting dalam pembelajaran kerana ia menjimatkan masa dan tenaga para guru selain dapat menyeragamkan pembelajaran serta aktiviti. Walaupun begitu, beberapa orang sarjana berpendapat bahawa buku teks hanyalah satu cara untuk mencapai matlamat pembelajaran. Oleh itu, pembelajaran tidak perlu terhad kepada kandungan yang terdapat dalam buku teks sahaja. Malah, Dornyei (2001) menyatakan bahawa penggunaan buku teks yang paling baik sekalipun tidak akan dapat memenuhi kehendak dan matlamat setiap pelajar. Oleh itu, buku teks perlu dikaitkan dengan pengalaman seharian dan latar belakang pelajar. cikrogayahmahalek 1

description

:P

Transcript of 3 Pengenalan (Autosaved)

PJM3063E: ANATOMI DAN FISIOLOGI

PJM3063E: ANATOMI DAN FISIOLOGI

1.0 PengenalanBuku skrap ialah dokumen yang dihasilkan melalui proses menampalkan maklumat-maklumat yang dikehendaki di atas kertas. Walaubagaimanapun, buku skrap juga merupakan hasil kreativiti kerja tangan pelajar. Buku skrap boleh di anggap sebagai salah satu sumber alternatif dan pengayaan di dalam sesuatu pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Pengajarannya boleh diaplikasikan dalam mata pelajaran yang di ajar. Keratan akhbar, majalah, foto, sumber ICT adalah antara salah satu koleksi bersiri yang berperanan sebagai pembina dan penjana idea-idea kreatif murid yang mempunyai nilai Kemahiran Berfikir Aras Tinggi yang diperlukan dalam pengajaran dan pembelajaran. Bahan pembelajaran merangkumi pelbagai bahan yang digunakan dalam pembelajaran seperti glosari, buku latihan, bahan bantu mengajar seperti gambar, objek hidup atau mati, model atau spesimen, radio, poster, gambar rajah, patung, carta atau peta dan kad-kad perkataan serta alat bantu mengajar.Antara bentuk bahan pembelajaran ialah buku teks yang bermaksud bahan bercetak, menurut sukatan tertentu bagi sesuatu mata pelajaran dan untuk masa tertentu (Abdullah,1996). Ia merupakan satu bahan penting dalam pembelajaran kerana ia menjimatkan masa dan tenaga para guru selain dapat menyeragamkan pembelajaran serta aktiviti. Walaupun begitu, beberapa orang sarjana berpendapat bahawa buku teks hanyalah satu cara untuk mencapai matlamat pembelajaran. Oleh itu, pembelajaran tidak perlu terhad kepada kandungan yang terdapat dalam buku teks sahaja. Malah, Dornyei (2001) menyatakan bahawa penggunaan buku teks yang paling baik sekalipun tidak akan dapat memenuhi kehendak dan matlamat setiap pelajar. Oleh itu, buku teks perlu dikaitkan dengan pengalaman seharian dan latar belakang pelajar.Hill dan Tomlinson (2007) menekankan penggunaan bahan-bahan hidup seperti guru kelas lain, pelajar-pelajar daripada tahap yang lebih tinggi, ataupun pakar luar yang dipanggil untuk memberikan ucapan dalam bidang yang dikuasainya serta tidak terikat dengan bahan pembelajaran rasmi di dalam kelas sahaja. Hill dan Tomlinson (2007) juga menyatakan bahawa selalu sahaja pelajar diperdengarkan dengan monolog atau percakapan seseorang mengenai hobi dan pekerjaannya, sedangkan dalam kehidupan sebenar, jarang sekali pelajar mempunyai peluang atau berhadapan dengan keadaan seseorang yang bercakap mengenai hal peribadi. Oleh itu, input kemahiran lisan perlu menunjukkan aspek-aspek yang menjadi topik perbualan seharian penutur asal bahasa tersebut.

2.0 Banding Beza Penggunaan Buku Skrap Pada Zaman SekarangMalaysia ke arah Pendidikan Bertaraf Dunia yang diilhamkan oleh Y.A.B Abdullah Ahmad Badawi, mantan Perdana Menteri Malaysia di siding kemuncak Pendidikan 2004. Beliau menyatakan Membangun Sistem Pendidikan Bertaraf Dunia merupakan agenda kerajaan saya Pendidikan merupakan alat terpenting dalam pembangunan sumber manusia kea rah pencapaian matlamat negara. Sejajar dengan perkembangan teknologi sekarang, dunia pendidikan telah menyarankan guru-guru dalam melakukan inovasi yang mana buku skrap yang berbentuk elektronik. Kehebatan perkembangan teknologi animasi membolehkan proses interaksi dilakukan dalam bentuk yang lebih efisen, ekfektif dan interatif. Bukan lagi pengajaran dan pembelajaran secara hafalan yang masih diamalkan secara meluas di negara ini boleh membantutkan kreativiti dan perkembangan minda murid kerana mereka tidak diberi peluang menjelaskan atau mebincangakan pendapat mereka mengenai sesuatu pengetahuan. Contohnya, seorang murid dimarahi gurunya kerana menhasilkan lukisan daun berwarna merah sedangkan murid tersebut mendapat aspirasi berbuat demikian setelah melihat pokok puding diluar kelasnyaBuku skrap zaman sekarang diaplikasikan dalam bentuk elektronik, tetapi fokus utamanya adalah sama iaitu memastikan murid-murid dapat melihat sesuatu teori. Sekarang, penggunaan animasi dalam menyampaikan maklumat menepati pendekatan belajar melalui deria penglihatan. Ia menggabungkan grafik dan teks yang mampu mengukuhkan ingatan pelajar. Sedikit berbeza dengan buku skrap yang menggambungkan gambar dan teks Cuma dalam bentuk berbeza.Proses memahami sesuatu konsep sukar akan dapat dipermudahkan dengan bantuan animasi. Ia bertindak sebagai peranti ingatan untuk membantu proses mengingat sesuatu prinsip, sistem atau teori. Dengan mengaplikasikan dalam pembelajaran yang lebih menarik dan memberansangkan.Apa yang jelas, teknologi yang ada pada hari ini dapat membantu pengajaran dan pedagogi, animasi turut digunakan untuk menghasilkan ilustrasi bagi topic-topik tertentu.Ianya berperana memperkukuhkan lahgi proses pengajaran di mana pensel dan kertas tidak mampu memberikan kesan yang sama. Animasi juga boleh digunkan untuk menghasilkan visual tertentu terutamanya memperkenalkan konsep baru.

3.0 Keberkesanan Penggunaan Buku Skrap Di Sekolah Rendah

Penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) sememangnya akan memberikan impak yang positif terhadap murid sekiranya guru telah membuat persediaan rapi untuk setiap langkah pengajaran yang ingin disampaikan dalam objektif pembelajaran. Menarik minat dan perhatian, membina suasana belajar, menghilangkan kebosanan, melibatkan diri secara aktif.

Buku skrap sebagai bahan bantu mengajar, tidak kiralah ianya disediakn oleh guru ataupun pelajar. Aktiviti penghasilan buku skrap meningkatkan daya kreativiti murid-murid. Penggunaan warna warni dalam buku skrap bukan sahaja menarik minat murid tetapi ia juga dapat menghilangkan rasa bosan jika kaedah atau teknik yang sama dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran. Merujuk teori Jean Piaget, bahawa umur 6-9 tahun perlukan benda maujud ataupun iliustrasi agar Contohnya semasa melaksanakan aktiviti menggunakan BBM ini guru akan memberi peluang kepada semua murid untuk pergi ke hadapan dan mengeja perkataan yang terdapat pada papan carta pusing yang telah disediakan. Ini akan menambahkan perbendaharaan kata murid sekaligus mereka akan mendapat pengetahuan baru.Jika dilihat dari segi interaksi pula, penggunaan BBM yang berpusatkan murid ini akan menggalakan interaksi yang lebih berkesan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Murid tidak akan berasa takut dan malu dengan murid sebaliknya mencuba segala aktiviti yang diadakan berdasarkan kepada panduan yang telah diberikan oleh guru. Murid akan bertanya kepada guru sekiranya mereka kurang jelas tentang isi pelajaran yang diajar. Menghubungkaitkan dengan pengetahuan sedia ada dengan pengetahuan baru.

Penggunaan buku skrap adalah sangat sesuai dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Ciri-ciri buku skrap sendiri mestilah mempunyai pelbagai maklumat yang diberikan dalam melengkapkannya. Terdapat maklumat-maklumat baru yang tidak ditekankan di dalam kelas dapat dimasukkan ke dalam buku skrap. Dengan penggunaan buku skrap, pelajar dapat menambah pengetahuan baru dan menghubungkaikan dengan pengetahuan yang sedia ada. Contohnya, tajuk buku skrap yang kumpulan kami akan buat ialah Calf Stretch yang mana pergerakan ini melibatkan otot betis yang dikenali sebagai gastrocnemius. Maklumat ini kami perincikan dengan lebih lagi dengan penggunaan bahasa sains. Di sekolah, murid akan mengaplikasikan dengan belajar menyebut dan akan diterapkan penyebutan otot yang terlibat ketika membuat pergerakan regangan tersebut.

Menyampaikan konsep dengan jelas, memudahkan pemahaman dan meluaskan pengalaman.

Melalui buku skrap juga, perkara atau isi-isi dapat disampaikan dengan lebih jelas lagi dengan persembahan-persembahan yang menarik. Penerangan di dalam buku skrap bukan sahaja terperinci malah ia memudahkan pemahaman tentang sesuautu perkara. Merujuk teori Kognitif Jean Piaget, bahawa umur 7-12 tahun adalah diperingkat operasi konkrit iaitu boleh menyelesaikan masalah, boleh memahami konsep pemuliharaan dan boleh membuat pengkelesan atau pun pengkategorian. Keberkesanan penggunaan buku skrap di kalangan murid sekolah rendah, dapat dilihat melalui sikap dan tingkah laku murid. Contohnya, daripada maklumat-maklumat yang ada dalam buku skrap tersebut dapat disampaikan dengan jelas epada pembacanya. Justeru itu, peranan buku skrap itu dapat memudahkan pemahaman dan meluaskan pengalaman melalui penerokaan mencari maklumat dari pelbagai sumber, bewarna mahupun tidak, artikal ataupun ataupun di sudut info.

Menggerakkan murid untuk berfikir dan merangsangkan dan merangsang pelbagai deria.

Merujuk kepada ciri-ciri buku skrap, adanya ilustrasi gambar ataupun gambar sebenar dalam menerangkan sesuatu tajuk. Kanak-kanak memerlukan ransangan tidak kiralah melalui penglihatan iaitu pembacaan dan pemahaman malah,dengan adanya gamba-gambar yang ada di dalam buku skrap.Contohnya, di dalam buku skrap tersebut akan ada soalan-soalan kuiz yang menggalakkan mereka berfikir setelah mendapat info. Pelbagai cara kuiz diadakan dengan melalui pendengaran, sentuhan dan sebagainya. Aktiviti ini ialah aktiviti sampingan bagi meransang murid-murid dalam memahami dan mengingat info dan menguji minda dan pemikiran.

Menjana idea dan menjimatkan masa.Dalam menghasilkan sebuah buku skrap perlunya pembacaan yang lebih untuk mendalami lebih lanjut sebelum memulakan proses penghasilan buku skrap. Aktiviti yang selalunya diberikan kepada murid-murid sekolah rendah diberikan secara berkumpulan atau lebih dikenali sebagai pembelajaran koperatif yang mana, murid dibahagikan secara berkumpulan, mengikut tajuk-tajuk tertentu. Contohnya pakaian tradisional kaum-kaum di Malaysia. Kerjasama sangat diperlukan dalam menghasilkan buku skrap. Belajar secara berkumpulan dalam bilik darjah memerlukan kerjasama yang tinggi di kalangan ahli kerana ianya akan memberikan impak yang besar terhadap suasana pembelajaran. Semua murid memainkan peranan penting dalam menjaga disiplin diri dan perlu peka terhadap pengajaran yang diajar oleh guru di semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan melakukan pembelajaran koperatif, murid dapat menjana pemikiran, idea-idea baru dalam menghasilkan buku skrap yang baik. Ianya juga membolehkan murid bertukar-tukar idea serta pandangan bersama murid-murid dalam kumpulannya. Selain itu, melalui aktiviti ini guru dan murid dapat menjimatkan masa untuk meneroka satu-satu perkara. Kumpulan lain di dalam sesuatu kelas tersebut mencari maklumat berkenaan makanan tradisional kaum-kaum di Malaysia dan lain-lain lagi di bawah kelolaan guru tersebut. Secara tidak langsung ianya telah menjimatkan masa kedua-dua belah pihak setelah guru membahagikan tajuk-tajuk tertentu untuk membuat buku skrap. Contohnya, di dalam kelas saya, penghasilan buku skrap Pendidikan Jasmani iaitu aktiviti regangan. Setiap kumpulan memilih satu aktiviti regangan sahaja dan menghuraikan secara terperinci otot,tulang, sendi dan aksi pergerakan yang terlibat dalam regangan tersebut. Kumpulan-kumpulan lain hanya akan merujuk maklumat-maklumat yang telah diberikan untuk regangan lain. Penjanaan dan pertukaran idea serta penjimatan masa dapat dilihat dalam menjalankan aktiviti menghasilkan buku skrap. Mendorong keinginan untuk menjalankan aktiviti lanjutan.

Dengan menggunakan bahan bantu mengajar dalam bentuk semula jadi dan menarik ianya dapat mempertingkatkan minat murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta mewujudkan keghairahan belajar dan perasaan ingin tahu murid. Mengimbas kenangan ketika menduduki bangku sekolah rendah, selain perlaksanaan aktiviti menyanyi, permainan, kuiz pastinya sebagai murid akan berasa seronok dan tidak merasa bosanDalam masa yang sama, apabila minat dalam diri murid-murid dapat dipupuk secara tidak langsung murid dapat memahami dengan lebih mendalam dan realistic tentang tajuk yang diajar sekaligus dapat mengekalkan ingatan yang lebih lama terhadap isi pembelajaran tersebut. Contohnya, pengalaman semasa sendiri dalam menjalankan aktiviti penghasilan buku skrap, pada mulanya saya tidak menyukai proses penghasilan buku skrap walaubagaimanapun, dalam proses pencarian maklumat mengenai calf stretch, saya terdetik perasaan ingin tahu daripada mencari otot, tulang, sendi dan aksi pergerakan pencarian saya menular kepada aktiviti-aktiviti yang sesuai dalam regangan berkenaan dan kecederaan bahagian-bahagian tertentu jika tidak melakukan regangan yang betul.

Menghasilkan pembelajaran lebih kekal dalam jangka masa yang lama.

Bahan bantu mengajar dalam bentuk buku skrap ini penting untuk memberi kefahaman yang terperinci, terutamanya untuk murid-murid sekolah rendah supaya perkara yang akan disampaikan masih kurang jelas pengetahuannya. Buku skrap mempunyai fokus utamanya adalah sama iaitu memastikan murid-murid dapat melihat sesuatu teori. Penggunaan gambar-gambar dalam menyampaikan maklumat menepati pendekatan belajar melalui deria penglihatan. Ia menggabungkan grafik dan teks yang mampu mengukuhkan ingatan pelajar. Sedikit berbeza dengan buku skrap yang menggambungkan gambar dan teks cuma dalam bentuk berbeza.Proses memahami sesuatu konsep sukar akan dapat dipermudahkan dengan bantuan animasi. Ia bertindak sebagai peranti ingatan untuk membantu proses mengingat sesuatu prinsip, sistem atau teori. Dengan mengaplikasikan dalam pembelajaran yang lebih menarik dan memberansangkan.

4.0 PenutupWalaupun senarai peralatan baru bagi teknologi pendidikan semakin bertambah dari semasa ke semasa yang didasari oleh konsep Penyelidikan dan Pembangunan. Justeru guru perlu memanfaatkan apa jua peralatan teknologi pendidikan, termasuk teknologi sistem audio demi penambahbaikan proses pengajaran dan pembelajaran. Pengajaran yang berasaskan teknologi pendidikan, baik yang berupa audio atau visual, dapat memaksimumkan fakta pengajaran yang dipelajari oleh pelajar. Ini kerana pendengaran dan penglihatan adalah dua saluran utama kemasukan maklumat kepada pelajar. Di samping itu juga, teknologi pendidikan, termasuk pita rakaman audio dapat memberi nilai tambah kepada proses pengajaran dan pembelajaran serta dapat mengelak pelajar daripada cepat merasa bosan.Guru perlu menguasai konsep pengajaran berbantukan komputer agar pemahaman yang mantap terhadap konsep tersebut dapat memberi kesan kepada mutu pengajaran guru. Ini disebabkan terdapat pelbagai pemahaman terhadap konsep yang diberikan oleh guru. Oleh itu, aspek latihan dalam perkhidmatan, penyediaan bahan pembelajaran interaktif, menggalakkan penggunaan internet dalam pengajaran serta penyediaan teknologi yang sesuai dengan keperluan semasa perlu diberikan perhatian. Penggunaan buku skrap dalam proses pengajaran dan pembelajaran dilihat mampu memberi kesan yang positif baik kepada murid dan guru sama ada dari segi perubahan sikap dan tingkah laku mahupun peningkatan dalam akademik dan amalan dalam ikhtisas perguruan.

cikrogayahmahalek 2