3. Pertandingan Ping Pong

download 3. Pertandingan Ping Pong

of 5

Transcript of 3. Pertandingan Ping Pong

  • 7/27/2019 3. Pertandingan Ping Pong

    1/5

    1

    PESTA SUKAN DAN KEBUDAYAANBELIA MALAYSIA KALI KE-3

    PERATURAN PERTANDINGAN PING PONG

    1.0 PERATURAN AM

    1.1 Selain daripada peraturan-peraturan yang terkandung,pertandingan ini akan dijalankan mengikut Undang-undangPersekutuan Ping Pong Antarabangsaan (ITTF) yang terkini.

    1.2 Sekiranya timbul sebarang perselisihan dari segipentafsirannya, undang-undang dalam Bahasa Inggeris yangterkini akan dipatuhi.

    1.3 Kejadian di luar dugaan dan tidak dinyatakan di dalam

    peraturan berkenaan akan diputuskan seperti berikut :-

    1.3.1 Semua kejadian am akan diputus berasaskan kepadaPERATURAN AM PESTA SUKAN DAN KEBUDAYAANBELIA MALAYSIA III, 2012.

    1.3.2 Sebarang perselisihan teknikal akan diputusberasaskan kepada Undang-undang Persekutuan PingPong Antarabangsaan (ITTF).

    1.4 Semua keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa

    Pertandingan dan Teknikal Ping Pong PESTA SUKAN DANKEBUDAYAAN BELIA MALAYSIA III, 2012 adalahMUKTAMAD.

    2.0 TARIKH PERTANDINGAN

    22 hingga 25 November 20123.0 TEMPAT PERTANDINGAN

    Institut Pendidikan Guru, Kampus Raja Melewar, Seremban, NegeriSembilan.

    4.0 PENYERTAAN4.1 Penyertaan adalah terbuka kepada semua Persatuan

    Belia/Badan Gabungan Majlis Belia Malaysia. Penyertaanhendaklah dibuat melalui Persatuan/Badan Gabunganmasing-masing.

  • 7/27/2019 3. Pertandingan Ping Pong

    2/5

    2

    4.2 Setiap kontinjen hanya boleh mendaftarkan 1 pasukan yangterdiri daripada :-

    Pengurus/Jurulatih

    Pasukan

    1 orang

    Atlet Lelaki 5 orang

    Atlet Wanita 2 orang

    JUMLAH 8 orang

    5.0 KELAYAKAN PESERTA

    5.1 Hanya peserta yang lahir pada tahun antara 1 Januari 1972dan ke atas sahaja layak didaftarkan oleh sesuatu pasukan.

    5.2 Semua pasukan hendaklah mengemukakan dua (2) salinankad pengenalan bagi setiap peserta bersama dengan borangpendaftaran peserta.

    5.3 Hanya pasukan yang didaftarkan dengan wang penyertaanacara RM 50.00 mengikut Peraturan Am Perkara 7.2, PESTASUKAN DAN KEBUDAYAAN BELIA MALAYSIA III, 2012 sahaja

    yang layak menyertai pertandingan ini.

    5.4 Kelayakan atlet negeri atau kebangsaan adalah merujukkepada Peraturan Am Perkara 4.6, PESTA SUKAN DAN

    KEBUDAYAAN BELIA MALAYSIA III, 2012.

    5.5 Bagi persatuan atau pertubuhan yang tidak mempunyai ahliwanita atau lelaki adalah merujuk kepada Peraturan AmPerkara 4.8, PESTA SUKAN DAN KEBUDAYAAN BELIAMALAYSIA III, 2012.

    6.0 TAKLIMAT PENGURUS PASUKAN

    6.1 Taklimat Pengurus Pasukan akan diadakan satu (1) harisebelum pertandingan pertama dijalankan iaitu pada 22

    November 2012. Masa dan tempat akan dimaklumkan olehJawatankuasa Penganjur.

    6.2 Pengurus-pengurus pasukan dikehendaki mengemukakansenarai nama peserta bersama dengan kad pengenalan, danborang pertandingan yang asal untuk disahkan. Tambahankepada bilangan peserta yang telah didaftarkan tidakdibenarkan

    6.3 Senarai peserta yang disahkan semasa taklimat penguruspasukan adalah muktamad.

  • 7/27/2019 3. Pertandingan Ping Pong

    3/5

    3

    7.0 SISTEM PERTANDINGAN

    7.1. Pertandingan ini akan dijalankan mengikut sistem kalahkeluar dan mengandungi maksima 5 permainan terbaikdengan sistem kiraan 11 mata setiap permainan.

    7.2 Mana-mana pasukan yang telah mencapai kemenanganmajoriti dalam sesuatu perlawanan tidak dibenarkanmemberikan kemenangan percuma permainan seterusnyakepada pihak lawan.

    7.3 Susunan Perlawanan (Order of Play)

    Perseorangan Lelaki Bergu Lelaki Bergu Campuran

    7.4 Borang kandungan pemain pasukan mestilah disampaikankepada Referi pertandingan 15 minit sebelum perlawanandimulakan.

    7.5 Bola jenis Nittaku 3 Star 40 mm berwarna oren akandigunakan dalam pertandingan ini.

    9.0. KELEWATAN

    9.1 Lima belas (15) minit akan diberikan kepada pasukan-pasukan. Jika selepas masa itu sesuatu pasukan tidak dapat

    hadir dengan sekurang-kurangnya lima (5) orang pemain,maka pasukan berkenaan dikira menarik diri daripadapertandingan.

    11.0 PAKAIAN PESERTA

    11.1 Tiap-tiap pasukan dikehendaki mematuhi peraturan pakaianyang dibenarkan atau sesuai dengan permainan ini. Baju ataupakaian berwarna oren atau kuning tidak dibenarkan.

    11.2 Pemain-pemain dalam setiap pasukan dikehendaki berpakaianseragam.

    12.0 MENARIK DIRI

    12.1 Menarik diri tidak dibenarkan. Jika ianya berlaku, pasukanberkenaan dianggap menarik diri daripada keseluruhanpertandingan dan pasukan berkenaan tidak dibenarkan lagimenyertai perlawanan seterusnya.

    12.3 Tindakan disiplin terhadap pasukan yang menarik diri akandiambil oleh Jawatankuasa Pertandingan dan TeknikalPersatuan Ping Pong Malaysia.

  • 7/27/2019 3. Pertandingan Ping Pong

    4/5

    4

    13.0 PENANGGUHAN

    13.1 Sekiranya memerlukan penangguhan atau hendaklah

    merujuk Perkara 12, Peraturan Am PESTA SUKAN DANKEBUDAYAAN BELIA MALAYSIA III, 2012.

    14.0 PEGAWAI-PEGAWAI TEKNIKAL PERTANDINGAN

    14.1 Majlis Belia akan melantik Ketua Delegat Teknikal, delegat-delegat teknikal dan pegawai-pegawai teknikal tertaklukkepada Perkara 15, Peraturan Am PESTA SUKAN DANKEBUDAYAAN BELIA MALAYSIA III, 2012.

    15.0 BANTAHAN DAN RAYUAN

    15.1 Semua bantahan atau rayuan hendaklah merujuk kepadaPerkara 18, Peraturan Am PESTA SUKAN DANKEBUDAYAAN BELIA MALAYSIA KALI KE III, 2010.

    16.0 TINDAKAN TATATERTIB

    16.1 Tindakan Tatatertib yang akan diambil ialah mengikutUndang-undang Persekutuan Ping Pong Antarabangsaan(ITTF).

    17.0 JURI RAYUAN

    17.1 Juri Rayuan terdiri daripada lima (5) orang yang dilantik olehJawatankuasa pengelola iaitu :-

    1. Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Ping Pong

    2. Ketua Delegat Teknikal

    3. Tiga (3) orang Pengurus Pasukan yang tidak terlibat

    17.2 Juri Rayuan akan bersidang dalam masa dua (2) jam setelah

    menerima bantahan atau rayuan dan akan menyampaikankeputusan kepada Jawatankuasa Pertandingan untukdiumumkan.

    17.3 Keputusan Juri Rayuan adalah muktamad.18.0 JAWATANKUASA TATATERTIB

    18.1 Jawatankuasa Tatatertib terdiri daripada lima (5) orang yangdilantik oleh Persatuan Ping Pong Malaysia iaitu :-

    18.1.1 Presiden Persatuan Ping Pong Malaysia atau

    wakilnya.18.1.2 Pengerusi Jawatankuasa Pengelola.

  • 7/27/2019 3. Pertandingan Ping Pong

    5/5

    5

    18.1.3 Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan/TeknikalKebangsaan.

    18.1.4 Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib Kebangsaan.18.1.5 Ketua Delegat Teknikal/Pengarah Pertandingan/

    Pengurus Pertandingan.

    18.2 Jawatankuasa Tatatertib akan bersidang dalam masa dua (2)jam setelah menerima laporan daripada PengarahPertandingan/Pengurus Pertandingan dan Pengadil sertamembuat keputusan jika tindakan tatatertib perlu diambilberlebihan daripada Para 17.1 di atas.

    18.3 Jawatankuasa Tatatertib berhak mendapatkan sebarangmaklumat lanjut daripada mana-mana pihak yang berkaitandengan perkara yang dibincangkan itu untuk membuatkeputusan.

    18.4 Semua keputusan Jawatankuasa Tatatertib adalah muktamaddan tidak tertakluk kepada rayuan, baik di mahkamahmahupun dengan cara lain.

    19.0 HADIAH-HADIAH

    19.1 Pingat-pingat kemenangan akan disediakan seperti berikut :-

    EMAS PERAK GANGSA

    1(8) 1(8) 1(8)