30 CARA KURUS DALAM SEMINGGU - fatburner...

24

Transcript of 30 CARA KURUS DALAM SEMINGGU - fatburner...

Page 1: 30 CARA KURUS DALAM SEMINGGU - fatburner …fatburner-malaysia.com/wp-content/uploads/2015/11/30-CARA-KURUS... · paling berkesan untuk mengekalkan ... meningkatkan prestasi minda,
Page 2: 30 CARA KURUS DALAM SEMINGGU - fatburner …fatburner-malaysia.com/wp-content/uploads/2015/11/30-CARA-KURUS... · paling berkesan untuk mengekalkan ... meningkatkan prestasi minda,

30 CARA KURUS DALAM SEMINGGU 1. Elakkan tidur di waktu siang

Kebiasaannya, berat badan manusia akan mudah meningkat apabila kita kerap tidur di siang hari. Tidur

di siang hari itu tidak menjadi kesalahan tetapi waktu dan masa anda tidur itu menjadi masalah. Waktu

terbaik untuk melelapkan mata adalah antara pukul 12.00

tengah hari ke 1.00 petang dan tempohnya adalah antara 15 ke

20 minit. Itu sudah memadai kerana tujuannya sekadar

merehatkan badan dan minda.

Sekiranya anda tidur berlebihan di waktu siang, ia akan

menyebabkan badan anda berasa lesu dan memberikan kesan

yang boleh mengakibatkan minda menjadi lembab. Melalui pemerhatian dan pengalaman sendiri, berat

badan akan naik dengan sekelip mata apabila kita tidur di siang hari secara berlebihan selama beberapa

hari.

2. Banyakkan meminum air putih (air kosong) suam

Banyakkan meminum air suam atau paling kurang air kosong pada suhu bilik. Elakkan air sejuk atau

air manis. Anda boleh makan sekerap mana yang anda

suka tapi mesti disusuli dengan air suam supaya

makanan yang anda makan mudah dihadam. Apabila

makanan mudah dihadam, sisa-sisa makanan itu mudah

untuk dicernakan dan tidak akan melekat pada usus kita

yang boleh menyebabkan perut buncit. Air juga

penting dalam sistem

perkumuhan manusia. Jadi, minum banyak air supaya kita tidak terhidrat ketika proses perkumuhan itu

berlaku dan memastikan proses itu berjalan dengan lancar.

Page 3: 30 CARA KURUS DALAM SEMINGGU - fatburner …fatburner-malaysia.com/wp-content/uploads/2015/11/30-CARA-KURUS... · paling berkesan untuk mengekalkan ... meningkatkan prestasi minda,

3. Banyak berjalan.

Ini adalah senaman yang paling

simple yang anda boleh lakukan.

Jika anda tiada masa untuk

berjoging atau “brisk walk”,

pergilah ke pusat beli belah atau

shopping mall. Jika anda

seorang yang berkerjaya, sekali

sekala pilihlah tangga untuk

naik atau turun daripada pejabat

berbanding menggunakan lif.

Dengan melakukan senaman

ringan ini, anda boleh membakar kalori yang ada di dalam badan. Selain itu, ia juga membantu

kecergasan diri anda untuk berasa lebih sihat. Daki 200 anak tangga sehari. Amalkan cara ini kerana ia

paling berkesan untuk mengekalkan berat badan. Jika kerja anda memerlukan anda mengadap komputer

sahaja, dan duduk di dalam ‘air cond’, anda wajib melakukan perkara ini untuk membuatkan badan

anda sentiasa aktif.

4. Membuat kerja rumah.

Ini adalah cara paling bagus untuk mengekalkan berat badan. Cara ini sesuai untuk suri rumah tangga

sepenuh masa. Selain daripada rumah kelihatan lebih kemas, anda juga boleh mengeluarkan peluh.

Persekitaran yang bersih mampu membuatkan kita

berasa lebih positif dan sentiasa

bermotivasi untuk kekal kurus. Rajinkan diri untuk

melakukan aktiviti mengemas rumah setiap hari. Ini

akan membantu anda untuk kekal kurus dan

ramping. Ketika anda melakukan kerja-kerja rumah

tersebut, kalori yang ada di dalam badan anda turut terbakar. Jadi berat badan anda akan kekal walaupun

anda tak buat senaman berat.

Page 4: 30 CARA KURUS DALAM SEMINGGU - fatburner …fatburner-malaysia.com/wp-content/uploads/2015/11/30-CARA-KURUS... · paling berkesan untuk mengekalkan ... meningkatkan prestasi minda,

5. Jangan baring selepas makan.

Tidak kira anda baring-baring sahaja, bergolek-golek atau terus tidur melelapkan mata, amalan ini

sangat buruk dan paling bahaya. Wajib elakkan

perkara ini, selepas makan, berehat dulu 1 jam ke 1

jam setengah sebelum baring. Ini bagi memberi

peluang makanan dihadam terlebih dahulu dan

mengelakkan makanan daripada terkumpul di dalam

usus. Makanan yang tidak dihadam akan

menyebabkan makanan tersebut terkumpul di usus

dan mengakibatkan perut menjadi buncit.

6. Ubah cara hidup kita.

Cara hidup yang dimaksudkan apa yang kita selalu buat setiap hari. Jika kita suka makan nasi lemak

dua pinggan setiap hari untuk sarapan, ubah kepada

sepinggan sahaja. Kenapa perlu ubah? Sudah terbukti

cara hidup yang anda lakukan sekarang menyebabkan

berat badan anda bertambah. Anda mesti tahu cara hidup

anda

bagaimana, jadi ubah cara hidup atau ‘lifestyle’ itu

kepada cara hidup sihat. Mungkin akan mengambil masa

tapi ubah perlahan-lahan.

7. Kawal makan di luar.

Andai kata sebelum ini anda makan diluar setiap hari untuk makan malam, cuba memasak di rumah.

Ini kerana, jika kita makan diluar, pelbagai menu yang

mengiurkan ada untuk dipesan. Jadi ini akan menyebabkan

selera makan anda bertambah dan anda akan makan secara

berlebihan. Jika anda memasak dirumah, anda boleh pilih

untuk memasak satu jenis menu sahaja. Ini akan dapat

mengehadkan selera anda disamping boleh menjimatkan

duit. Boleh cuba resepi ‘GST’ Datuk Ahmad Bin Maslan :P

Page 5: 30 CARA KURUS DALAM SEMINGGU - fatburner …fatburner-malaysia.com/wp-content/uploads/2015/11/30-CARA-KURUS... · paling berkesan untuk mengekalkan ... meningkatkan prestasi minda,

8. Kurangkan makanan masin.

Masin yang dimaksudkan disini adalah makanan-makanan

ringan yang mengandungi bahan perasa seperti sodium seperti

snek, jajan dan sebagainya. Makanan ringan ini terbukti tidak

sihat dan tidak mengenyangkan. Ini akan menyebabkan anda

makan dengan kerap dan dalam kuantiti yang bayak. Garam

juga akan menyebabkan badan anda cepat terhidrat. Ini akan

menjadikan badan anda letih dan lesu untuk melakukan

aktiviti sihat.

9. Sarapan.

Sarapan adalah perkara wajib dalam rutin pemakanan harian. Sarapan tidak boleh ditinggalkan atau

‘skip’. Ini akan menyebabkan anda makan secara

berlebihan ketika waktu tengah hari. Sarapan adalah

sumber tenaga daripada pagi sehingga petang.

Kebaikkan sarapan pagi yang perlu anda amalkan

adalah kerana ia dapat membantu dalam mengurangkan

berat badan, meningkatkan prestasi minda,

meningkatkan mood anda ketika melakukan aktiviti,

memberi tenaga, mengurangkan risiko penyakit

merbahaya, dan juga meningkatkan metabolisma badan.

10. Berlari.

Jika anda mempunyai masa di waktu petang, lakukan larian atau berjogging selama 20 minit. Lakukan

sekurang-kurangnya 3 kali seminggu untuk menampakkan kesan. Mungkin boleh dilakukan setiap

petang hari bekerja ataupun setiap pagi di hari minggu.

11. Kurangkan gula dalam makanan.

Page 6: 30 CARA KURUS DALAM SEMINGGU - fatburner …fatburner-malaysia.com/wp-content/uploads/2015/11/30-CARA-KURUS... · paling berkesan untuk mengekalkan ... meningkatkan prestasi minda,

Jauhkan makanan yang mengandungi kandungan gula yang tinggi kerana seperti kek dan manisan. Jika

anda mengambil gula secara berlebihan, sumber tenaga

untuk badan telah menjadi berlebihan dan akan

menyebabkan diet yang dilakukan tidak menjadi.

Lemak yang terkumpul didalam badan tidak digunakan

sebagai tenaga kerana telah mendapat sumber tenaga

daripada gula yang anda ambil. Yang penting ialah

mengawal keseimbangan jumlah kalori yang diperlukan oleh badan.

12. Hadkan makanan tinggi karbohidrat.

Elakkan terlebih memakan nasi atau pun makanan yang mengandungi sumber karbohidrat yang tinggi.

Namun, jangan langsung tinggalkan makanan

karbohidrat kerana badan kita masih

perlukannya sebagai sumber tenaga.

13. Makan banyak buah-buahan.

Amalkan makan buah-buahan sebelum makan

terutamanya buah-buahan seperti epal, betik,

dan belimbing. Buah-buahan dapat membantu proses pencernaan dan mengelakkan sembelit. Perut

buncit juga terjadi akibat daripada sembelit yang berlarutan dan tidak lawas. Ini menyebabkan sisa

makanan yang tidak dapat dicernakan terkumpul didalam perut dan boleh mengakibatkan pelbagai

penyakit.

14. Kurangkan buah manis.

Cuba kurangkan makan buahbuahan yang tinggi kadar

fruktosanya seperti pisang, tembikai, anggur dan mangga.

Fruktosa yang tinggi akan bertukar menjadi glukosa dalam

darah.

15. Pilih menu makanan yang betul.

Pastikan menu makanan kita pelbagai. Masukkan sayuran dan buah-buahan kerana ia cepat

mengenyangkan kita.

Page 7: 30 CARA KURUS DALAM SEMINGGU - fatburner …fatburner-malaysia.com/wp-content/uploads/2015/11/30-CARA-KURUS... · paling berkesan untuk mengekalkan ... meningkatkan prestasi minda,

16. Makan sedikit tetapi kerap.

Ini dapat meningkatkan metabolism. Analoginya begini, anda diberi tugas untuk memecahkan 2 jenis

batu, yang pertama seketul batu besar dan yang kedua beberapa

ketul batu kecil. Anda diberi batu super besar, saiz 40-50 kali

ganda dari batu kecik setiap 3-5 jam dan batu kecil setiap satu

jam. Yang senang dipecahkan adalah batu kecil. Begitu juga

dengan system penghadaman kita, jika saiz setiap hidangan itu

kecil, lebih mudah makanan itu dicernakan berbanding saiz

hidangan yang besar.

17. Elakkan minuman berkarbonat.

Kandungan gula didalam segelas minuman berkarbonat adalah 4 kali ganda berbanding minuman lain.

Hal ini memberi kalori yang berlebihan kepada tubuh

dan antara salah satu punca obesity. Selain itu,

minuman berkarbonat ini

juga menyebabkan perut menjadi buncit.

18. Selepas bersenam, jangan minum air 100plus atau minuman tenaga lain.

Page 8: 30 CARA KURUS DALAM SEMINGGU - fatburner …fatburner-malaysia.com/wp-content/uploads/2015/11/30-CARA-KURUS... · paling berkesan untuk mengekalkan ... meningkatkan prestasi minda,

Jangan meminum air 100plus atau minuman tenaga, cukup dengan air putih (mineral). Hal ini kerana,

selepas anda bersenam, anda telah mengguna tenaga yang ada didalam badan, selepas tenaga itu habis

digunakan, badan kita secara automatik akan menggunakan sumber tenaga daripada lemak.

Jadi jika anda meminum air seperti 100plus, Revive dan sebagainya, badan kita ada sumber tenaga lain

dan tidak akan menggunakan lemak dan akhirnya lemak itu tetap ada. Cuma sesuai untuk orang yang

sudah kurus.

19. Berpuasa

Seperti yang kita tahu, berpuasa boleh membantu

dalam proses menurunkan berat badan. Anda wajib

bersahur, kerana sahur itu menggantikan sarapan.

20. Kunyah makanan lebih lama dari biasa.

Ini akan membuatkan anda berasa cepat kenyang lantas akan

mengurangkan pengambilan makanan. Selain itu, ia akan

mempercepatkan proses penghadaman dan perut tidak berangin.

21. Jangan makan lewat malam.

Jika anda tergolong dalam golongan ini, kurangkan pengambilan sedikit demi sedikit dan makan

selewat-lewatnya 3 jam sebelum masuk tidur.

Page 9: 30 CARA KURUS DALAM SEMINGGU - fatburner …fatburner-malaysia.com/wp-content/uploads/2015/11/30-CARA-KURUS... · paling berkesan untuk mengekalkan ... meningkatkan prestasi minda,

22. Jangan ‘skip’ makan malam.

Jangan terlepas atau sengaja melepaskan waktu makan anda dengan tujuan

untuk menurunkan berat badan. Anda hanya akan berjaya menurunkan

metabolisme badan sahaja dengan cara ini. Langkah terbaik adalah makan 5-7

hidangan sederhana sehari.

23. Kawal nafsu makan anda,

Ia akan membuatkan anda makan lebih dari yang

sepatutnya. Inilah sebabnya anda perlu makan 5-7 kali

hidangan sehari demi untuk mengawal nafsu makan anda.

24. Buat senaman 'sit up' dan 'push up'.

Setiap kali bangun tidur pada waktu pagi dan pada waktu

petang selepas balik kerja. Lakukan sebanyak 20 kali

setiap set. Tambah jumlah 'sit up' dan 'push up' dari hari

ke hari sehingga mampu untuk membuat 100 kali setiap

set. Dengan cara ini, anda bukan sahaja boleh

menurunkan berat badan dengan cepat, malah berpotensi

untuk mendapat abs yang cantik berketul-ketul.

25. Membuang Air Kecil.

Fungsi utama buah pinggang ialah untuk membuang kekotoran daripada aliran darah. Dengan

meminum air yang banyak setiap hari membantu buah pinggang anda menjalankan fungsinya dengan

mudah. Warna air kencing anda boleh memberikan anda petunjuk samada anda minum sejumlah air

yang badan anda perlukan. Jika warna air kencing anda jelas atau hanya mempunyai sedikit warna

kuning, maka itu adalah satu petanda yang baik. Jika ia berwarna kuning pekat dan mempunyai bau

yang kurang menyenangkan, maka anda perlu minum lebih banyak.

26. Membuang Air Besar.

Page 10: 30 CARA KURUS DALAM SEMINGGU - fatburner …fatburner-malaysia.com/wp-content/uploads/2015/11/30-CARA-KURUS... · paling berkesan untuk mengekalkan ... meningkatkan prestasi minda,

Buang air besar sekurang-kurangnya sekali atau dua kali sehari. Ini merupakan salah satu cara yang

terbaik untuk membuang segala kekotoran dalam badan. Bagi sesetengah individu, untuk ke bilik air

sekali sehari juga menjadi masalah, dan jika anda mengalami masalah susah membuang air besar,

digalakkan mengambil makanan yang mengandungi serat. Serat membantu mencuci kolon dan

membantu membuang air besar degan mudah.

27. Bernafas.

Bernafas dengan betul merupakan antara perkara

asas yang penting untuk badan, tetapi ramai yang

mengambil ringan tentang perkara ini. Setiap kali

kita bernafas, kita menyedut oksigen ke dalam

badan kita. Paru-paru kita berperanan menapis

segala kekotoran seperti allergen. Bantu paruparu

anda dengan bernafas dengan lebih baik dengan

mengamalkan senaman pernafasan. Cara yang paling mudah ialah mula dengan menarik nafas pendek

selama lima minit sehari. Yoga dan meditasi juga dapat membantu kita bernafas dengan betul dan sihat.

28. Memakan Lebih Sayuran

Sayur- sayuran adalah makanan sihat yang kaya dengan

serat. Ia dapat membantu anda berasa kenyang dan

membantu mengawal tahap kalori darah. Jadikan rutin

harian anda dengan mengambil lebih sayuran untuk

memastikan perkembangan yang sistematik. Ia juga

akan membantu membakar lemak yang terkumpul di

dalam badan. Sayuran dan buah-buahan beku juga adalah

sangat baik. Ia mempunyai konsentrasi nutrisi yang

sangat tinggi berbanding dengan yang segar. Ini adalah kerana, ia disimpan di dalam peti sejuk sebelum

disediakan.

29. Mengambil Yogurt.

Page 11: 30 CARA KURUS DALAM SEMINGGU - fatburner …fatburner-malaysia.com/wp-content/uploads/2015/11/30-CARA-KURUS... · paling berkesan untuk mengekalkan ... meningkatkan prestasi minda,

Mengambil yogurt dapat membantu mengurangkan berat badan dan

mengekalkan otot tanpa lemak. Satu kajian yang telah dijalankan

melibatkan sekumpulan obese diberikan yogurt setiap hari selam 12

hari berturut- turut dapat mengurangkan sebanyak 22 peratus daripada

berat badan mereka. 61 peratus dan 81 peratus lemak di dalam badan

dan perut, masing- masing mengambil kalori yang sama tetapi tidak

mengandungi produk tenusu. Elakkan daripada mengambil yogurt

yang mengandungi kandungan gula. Menambah buah-buhan segar ke

dalam yogurt juga adalah digalakkan. Ia dapat mengekalkan bekalan

protein kepada badan anda. Kesimpulannya, dengan mengamalkan tip-

tip di atas anda akan berpuas hati melihat betapa cepatnya anda

mendapatkan otot tanpa lemak. Mengamalkan diet yang sihat juga membatu anda mencapai objektif

anda.

30. Tidur yang cukup.

Tahukah anda? Tidur yang cukup mampu membakar kalori di dalam tubuh anda. Tidur yang cukup

mampu mengembalikan kesegaran tubuh dan organ di

dalam badan. Ini akan memberikan badan dan organ kita

berfungsi dengan lebih baik dan seterusnya membakar

kalori di dalam badan. Ia juga dapat meningkatkan imun

anda untuk melawan penyakit. Oleh itu, dapatkan tidur

yang cukup dan berkualiti tetapi jangan berlebihan.

Kebiasaan orang dewasa memerlukan 7 ke 8 jam waktu

tidur.

MANUSIA MEMANG SUSAH NAK IKUT PERATURAN…SETUJU??? Saya tahu sebagai

seorang manusia, memang susah nak ikut setiap cara yang diberikan. Jadi jika anda boleh praktikkan

minimum 5 cara pun dah cukup bagus.

Ehhh. Kejap….Tunggu dulu…..Nak Tips paling mudah tak?? Ada lagi Tips yang

terakhir!!…. Jika anda seorang yang sangat susah mengikut peraturan, langkah terakhir adalah

dengan menggunakan Fat Burner Mega 2.0.

Fat Burner Mega 2.0 Yang Mempunyai 4 Khasiat Yang Berlainan pertama di Malaysia:- ✔ Ultimate

Fat Burner ✔ Power Detox ✔ Collagen ✔ Triple Energy Booster

Page 12: 30 CARA KURUS DALAM SEMINGGU - fatburner …fatburner-malaysia.com/wp-content/uploads/2015/11/30-CARA-KURUS... · paling berkesan untuk mengekalkan ... meningkatkan prestasi minda,

Fat Burner Mega 2.0 sangat best kerana:-

✔ Berat Badan Cepat Turun Walaupun Takde Masa Nak Bersenam & Diet

✔ Kulit Lebih Cerah, Bersinar & Masalah Jerawat Berkurang

✔ 'Membuang' Lebih Mudah. Tak Perlu Lepak Lama2 Dlm Toilet

✔ Daya Tahan Penyakit (Sistem Imun) Meningkat.

✔ Badan Sentiasa Bertenaga, Tidak Cepat Lesu & Letih.

✔ Selera Makan Terkawal.

✔ Harga Terlajak Murah Dengan pelbagai khasiat.

Page 13: 30 CARA KURUS DALAM SEMINGGU - fatburner …fatburner-malaysia.com/wp-content/uploads/2015/11/30-CARA-KURUS... · paling berkesan untuk mengekalkan ... meningkatkan prestasi minda,

Inilah Hasilnya!!

Page 14: 30 CARA KURUS DALAM SEMINGGU - fatburner …fatburner-malaysia.com/wp-content/uploads/2015/11/30-CARA-KURUS... · paling berkesan untuk mengekalkan ... meningkatkan prestasi minda,
Page 15: 30 CARA KURUS DALAM SEMINGGU - fatburner …fatburner-malaysia.com/wp-content/uploads/2015/11/30-CARA-KURUS... · paling berkesan untuk mengekalkan ... meningkatkan prestasi minda,
Page 16: 30 CARA KURUS DALAM SEMINGGU - fatburner …fatburner-malaysia.com/wp-content/uploads/2015/11/30-CARA-KURUS... · paling berkesan untuk mengekalkan ... meningkatkan prestasi minda,
Page 17: 30 CARA KURUS DALAM SEMINGGU - fatburner …fatburner-malaysia.com/wp-content/uploads/2015/11/30-CARA-KURUS... · paling berkesan untuk mengekalkan ... meningkatkan prestasi minda,
Page 18: 30 CARA KURUS DALAM SEMINGGU - fatburner …fatburner-malaysia.com/wp-content/uploads/2015/11/30-CARA-KURUS... · paling berkesan untuk mengekalkan ... meningkatkan prestasi minda,
Page 19: 30 CARA KURUS DALAM SEMINGGU - fatburner …fatburner-malaysia.com/wp-content/uploads/2015/11/30-CARA-KURUS... · paling berkesan untuk mengekalkan ... meningkatkan prestasi minda,
Page 20: 30 CARA KURUS DALAM SEMINGGU - fatburner …fatburner-malaysia.com/wp-content/uploads/2015/11/30-CARA-KURUS... · paling berkesan untuk mengekalkan ... meningkatkan prestasi minda,
Page 21: 30 CARA KURUS DALAM SEMINGGU - fatburner …fatburner-malaysia.com/wp-content/uploads/2015/11/30-CARA-KURUS... · paling berkesan untuk mengekalkan ... meningkatkan prestasi minda,
Page 22: 30 CARA KURUS DALAM SEMINGGU - fatburner …fatburner-malaysia.com/wp-content/uploads/2015/11/30-CARA-KURUS... · paling berkesan untuk mengekalkan ... meningkatkan prestasi minda,
Page 23: 30 CARA KURUS DALAM SEMINGGU - fatburner …fatburner-malaysia.com/wp-content/uploads/2015/11/30-CARA-KURUS... · paling berkesan untuk mengekalkan ... meningkatkan prestasi minda,
Page 24: 30 CARA KURUS DALAM SEMINGGU - fatburner …fatburner-malaysia.com/wp-content/uploads/2015/11/30-CARA-KURUS... · paling berkesan untuk mengekalkan ... meningkatkan prestasi minda,