30 Ogos 1957

download 30 Ogos 1957

of 3

description

kemerdekaan 1957

Transcript of 30 Ogos 1957

30 Ogos 1957: Tunku Abdul Rahman menyambut sorakan daripada orang ramai dalam rali Perikatan di Padang Selangor, Kuala Lumpur ketika jam menunjukkan waktu tengah malam iaitu bermulanya era baru untuk Malaya, sebagai negara yang bebas.

29 Mei 1957: Wakil Malaya, Datuk Abdul Razak Hussein (depan) dan V T Sambanthan mempunyai alasan munasabah untuk tersenyum dan mengangkat tangan dengan genggaman di udara ketika mereka turun daripada pesawat. Mereka baru saja tiba di Kuala Lumpur selepas menghadiri perbincangan susulan dengan Kerajaan British di London. Di belakang mereka seorang lagi ahli pasukan perbincangan itu, Samsuddin Naim.31 Ogos 1957: Lahirnya sebuah negara baru, merdeka dan berdaulat yang dikenali Persekutuan Malaya.31 Ogos 1957: Tunku Abdul Rahman mengisytiharkan kemerdekaan untuk Malaya di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur, selepas membacakan pengisytiharan itu.