SELASA, 30 OGOS 2016 (27 ZULKAEDAH 1437) tembikar

1
EHARYANI ISMAIL [email protected] USAH dilihat seni tembikar se- bagai satu jenis kesenian ibarat arca dan seni pemasangan yang berdiri gah tetapi tidak berfungsi. Sebaliknya, anggaplah tembikar itu sebagai kerja tangan yang memba- wa erti, boleh digunakan dan berhar- ga bagi perjalanan hidup harian. Inilah teras yang ingin disampai- kan pakar tembikar tersohor Singapu- ra, Dr Iskandar Jalil, 77 tahun, di am- bang pembukaan pameran terkini- nya, Iskandar Jalil: Kembara Tanah Liat, anjuran Galeri Nasional Singapu- ra, lusa. Pameran hingga 28 Februari tahun depan itu mengetengahkan perjalan- an menyeluruh kerja tangan tembikar pemenang Pingat Budaya itu dari tahun 1960-an hinggalah ke hari ini dengan 180 karya tembikar dikete- ngahkan. Antaranya ialah mangkuk tingkat, teko dan dua tembikar batu yang diberi nama persis dua anaknya, En- cik Edzra dan Cik Elena. Tajuk ‘kembara’ itu melambang- kan satu penerokaan dan penemuan manakala ‘tanah liat’ pula mencermin- kan dialog sepanjang hayat Dr Iskan- dar dengan bahan yang menjadi un- sur eksperimennya. Di sesi pratonton media yang ber- langsung di Galeri Concourse Ngee Ann Kongsi, Galeri Nasional Singapu- ra semalam, Dr Iskandar dan barisan kurator pameran itu membawa pihak media meninjau perjalanan me- realisasikannya. Selain ruang arkib yang mengete- ngahkan antara karya pertamanya pa- da tahun 1960-an, ruang pameran ter- bahagi kepada enam tema iaitu An- choring Home (Tambatan Kediaman); From The Region (Dari Rantau Ini); Beauty of Imperfection (Keindahan Dalam Ketidaksempurnaan); Model- ling Architecture (Mencorak Seni Bi- na), Communicating With Clay (Berkomunikasi Dengan Tanah Liat) dan Travelling To Know Who I Am (Mengembara Bagi Mengenali Siapa Diri Saya). Di galeri kedua ruang Concourse juga kelihatan struktur seperti rumah orang Melayu yang terbahagi kepada ruang tamu, dapur dan laman dengan setiap satu mengandungi karya tem- bikar yang bersesuaian dengan fungsi ruang itu. Mengulas pameran tersebut, Dr Is- kandar berkata: “Sebenarnya, banyak perkara ber- laku serentak tahun ini, menuntut masa dan tumpuan saya sehingga saya dapat rasakan tekanannya. Se- dang saya berjuang dengan penyakit barah, ada dua pameran yang memer- lukan perhatian saya iaitu pameran di Galeri Nasional Singapura ini dan Galeri Seni Institut Pendidikan Na- sional (NIE). Saya juga diberikan ijazah kehormat Julai lalu. “Bagaimanapun, jika anda berkun- jung ke kededua pameran di NIE dan Galeri Nasional Singapura ini, anda dapat rasakan perbezaannya. Saya terharu apabila membaca catatan seo- rang pengunjung ke pameran di NIE di mana beliau dapat menghirup udara kerja tangan tembikar ini apabi- la menyatakan beliau berada di luar, tidak kesunyian walau seorang diri tetapi ditemani karya ‘insan-insan baik’ berupa karya tembikar saya. “Di Galeri Nasional pula, ada be- berapa karya yang awalnya saya tidak mahu ketengahkan tetapi dilihat menarik oleh pihak kurator seperti karya Alamak Netball Again. “Ia merupakan karya porselin yang dipasang sebagai hiasan tembok dan diusahakan bersama isteri saya, Saleha. Beliau menyiapkan kerja seni fabrik yang disatukan bersama porse- lin yang saya corakkan. Ingatkan dah nak buang tetapi pihak Galeri Nasion- al Singapura berminat pula mem- pamerkannya.” Bagi Dr Iskandar yang juga pe- menang Anugerah Jauhari Berita Ha- rian, tiada yang lebih menarik daripa- da mengikuti perjalanan seni yang kurang diterokai ramai sebagaimana yang dipesan kepada pelajarnya. “Saya selalu menasihati mereka agar mengembara sepuasnya dan se- luas dunia ini tetapi jangan melaku- kannya seperti pelancong. “Ambil jalan yang kurang direnta- si orang, harungi laluan yang berliku dan tidak pernah dicuba ramai, ambil masa lebih lama dan selami pelbagai budaya tembikar berbeza. “Interaksi sebegini akan memba- wa mereka membangun karya de- ngan glis (salutan tembikar) lebih me- narik serta bentuk karya baru lagi buat orang tertanya-tanya mengenai- nya,” jelasnya lagi. Kurator bagi pameran percuma di Besmen 1, Galeri Nasional Singapura ini ialah kurator kanan, Encik Seng Yu Jin, dan penolong kurator, Syed Muhammad Hafiz. Kembara tembikar 50 tahun kenali diri Iskandar Iskandar Jalil: Kembara Tanah Liat Bila: Mulai Khamis ini hingga 28 Februari tahun depan Di mana: Galeri Concourse dan Galeri Concourse 2 Ngee Ann Kongsi, Besmen 1, Galeri Nasional Singapura Memaparkan: 180 karya tembikar Dr Iskandar dari tahun 1960-an hingga kini yang menceritakan perjalanan seninya Keterangan lanjut: www.nationalgallery.sg Tiada bayaran dikenakan PAMERAN

Transcript of SELASA, 30 OGOS 2016 (27 ZULKAEDAH 1437) tembikar

Page 1: SELASA, 30 OGOS 2016 (27 ZULKAEDAH 1437) tembikar

EFARAH MOHD REZAL

[email protected]

SEMALAM, Masjid Sul-tan berjaya meraih pensijilan IS0 9001, menjadikannya masjid pertama di Singapura mendapat penganugerahan tersebut.

Dengan pensijilan itu, mu-tu perkhidmatan dan pengu-rusan masjid tersebut akan dapat terus dipertingkat.

Demikian menurut Penge-rusi Lembaga Pentadbir Masjid Sultan, Encik Moha-med Patail, ketika bercakap di majlis pensijilan yang di-adakan di masjid tersebut di Muscat Street.

“Ia juga membolehkan generasi pemimpin muda dan baru masjid ini mengikuti Prosedur Operasi Standard (SOP) pada masa hadapan, apabila masjid ini berada di bawah naungan mereka,” ka-tanya.

Namun begitu, beliau akui bukan mudah mendapatkan pensijilan tersebut, terutama-nya dengan memberikan pe-mahaman kepada kakitangan masjid itu.

“Mereka sangkakan de-ngan pensijilan ini, kesilapan mereka akan dilihat secara peka dan daripada itu mereka agak ragu-ragu mahu meneruskan pen-sijilan tersebut.

“Walau begitu, kami telah memberikan mereka pemahaman sebe-nar pensijilan ini dan kepentingannya,” kata Encik Patail.

Beliau berkata mereka yang datang beribadah di masjid itu menja-di keutamaan dan tidak ada gunanya jika masjid yang dikatakan ikon-ik tidak dapat memberikan khidmat yang cemerlang.

Naib Pengerusi Lembaga Pentadbir Masjid Sultan, Encik Rosli Ridzwan, pula berkata khidmat bagi jemaah masjid tersebut sangat penting bagi mereka.

“Apabila pengunjung melungsuri Internet untuk mendapatkan maklumat tentang Singapura, maklumat mengenai Masjid Sultan akan muncul bagi pencarian itu.

“Pensijilan ini merupakan peluang baik bagi masjid ini terus meng-harumkan namanya sebagai bangunan bersejarah di Singapura,” ka-tanya.

Beliau juga menambah: “Pada pendapat saya, memang baik jika se-tiap masjid mempunyai pensijilan ISO ini agar generasi seterusnya mempunyai struktur dan rangka kerja yang dapat mereka ikuti.

“Kami tidak boleh bergantung kepada satu individu sahaja untuk menyusun perihal sebuah masjid tetapi ia harus melibatkan kesemua kakitangan secara berkesan.”

PAMERAN Pusaka: Warisan dan Budaya Jawa Singa-pura di Taman Warisan Melayu (TWM) melabuhkan tirai-nya hujung minggu lalu dengan persembahan gah Rama-yana.

Persembahan itu disampaikan penari dari Sanggar Tari Soerya Soemirat Istana Mangkunegaran dari Istana Dira-ja Solo di Jawa Tengah.

Mereka turut diiringi dua kumpulan gamelan setempat iaitu Gamelan Asmaradana dan Gamelan Singa Nglaras untuk mempersembah seni Jawa yang unik dalam bentuk gamelan, tarian beksa tradisional dan wayang kulit.

Orang ramai yang datang menonton persembahan itu dihiburkan dengan gerak tari yang penuh bersemangat dan halus serta alunan muzik yang mengasyikkan sambil bersantai di bawah langit malam selama sekitar tiga jam.

Pameran yang berlangsung dari 29 Mei hingga 28 Ogos itu dianjurkan TWM bersama Persatuan Jawa Si-ngapura (JAS).

EHARYANI [email protected]

USAH dilihat seni tembikar se-bagai satu jenis kesenian ibarat arca dan seni pemasangan yang berdiri gah tetapi tidak berfungsi.

Sebaliknya, anggaplah tembikar itu sebagai kerja tangan yang memba-wa erti, boleh digunakan dan berhar-ga bagi perjalanan hidup harian.

Inilah teras yang ingin disampai-kan pakar tembikar tersohor Singapu-ra, Dr Iskandar Jalil, 77 tahun, di am-bang pembukaan pameran terkini-nya, Iskandar Jalil: Kembara Tanah Liat, anjuran Galeri Nasional Singapu-ra, lusa.

Pameran hingga 28 Februari tahun depan itu mengetengahkan perjalan-an menyeluruh kerja tangan tembikar pemenang Pingat Budaya itu dari tahun 1960-an hinggalah ke hari ini dengan 180 karya tembikar dikete-ngahkan.

Antaranya ialah mangkuk tingkat, teko dan dua tembikar batu yang diberi nama persis dua anaknya, En-cik Edzra dan Cik Elena.

Tajuk ‘kembara’ itu melambang-kan satu penerokaan dan penemuan manakala ‘tanah liat’ pula mencermin-kan dialog sepanjang hayat Dr Iskan-dar dengan bahan yang menjadi un-sur eksperimennya.

Di sesi pratonton media yang ber-langsung di Galeri Concourse Ngee Ann Kongsi, Galeri Nasional Singapu-ra semalam, Dr Iskandar dan barisan kurator pameran itu membawa pihak media meninjau perjalanan me-realisasikannya.

Selain ruang arkib yang mengete-ngahkan antara karya pertamanya pa-da tahun 1960-an, ruang pameran ter-bahagi kepada enam tema iaitu An-choring Home (Tambatan Kediaman); From The Region (Dari Rantau Ini); Beauty of Imperfection (Keindahan Dalam Ketidaksempurnaan); Model-ling Architecture (Mencorak Seni Bi-na), Communicating With Clay (Berkomunikasi Dengan Tanah Liat) dan Travelling To Know Who I Am (Mengembara Bagi Mengenali Siapa Diri Saya).

Di galeri kedua ruang Concourse juga kelihatan struktur seperti rumah orang Melayu yang terbahagi kepada ruang tamu, dapur dan laman dengan setiap satu mengandungi karya tem-bikar yang bersesuaian dengan fungsi ruang itu.

Mengulas pameran tersebut, Dr Is-kandar berkata:

“Sebenarnya, banyak perkara ber-laku serentak tahun ini, menuntut masa dan tumpuan saya sehingga saya dapat rasakan tekanannya. Se-dang saya berjuang dengan penyakit barah, ada dua pameran yang memer-lukan perhatian saya iaitu pameran di Galeri Nasional Singapura ini dan Galeri Seni Institut Pendidikan Na-

sional (NIE). Saya juga diberikan ijazah kehormat Julai lalu.

“Bagaimanapun, jika anda berkun-jung ke kededua pameran di NIE dan Galeri Nasional Singapura ini, anda dapat rasakan perbezaannya. Saya terharu apabila membaca catatan seo-rang pengunjung ke pameran di NIE di mana beliau dapat menghirup udara kerja tangan tembikar ini apabi-la menyatakan beliau berada di luar, tidak kesunyian walau seorang diri tetapi ditemani karya ‘insan-insan baik’ berupa karya tembikar saya.

“Di Galeri Nasional pula, ada be-berapa karya yang awalnya saya tidak mahu ketengahkan tetapi dilihat menarik oleh pihak kurator seperti karya Alamak Netball Again.

“Ia merupakan karya porselin yang dipasang sebagai hiasan tembok dan diusahakan bersama isteri saya, Saleha. Beliau menyiapkan kerja seni fabrik yang disatukan bersama porse-lin yang saya corakkan. Ingatkan dah nak buang tetapi pihak Galeri Nasion-al Singapura berminat pula mem-pamerkannya.”

Bagi Dr Iskandar yang juga pe-menang Anugerah Jauhari Berita Ha-rian, tiada yang lebih menarik daripa-da mengikuti perjalanan seni yang kurang diterokai ramai sebagaimana yang dipesan kepada pelajarnya.

“Saya selalu menasihati mereka agar mengembara sepuasnya dan se-luas dunia ini tetapi jangan melaku-kannya seperti pelancong.

“Ambil jalan yang kurang direnta-si orang, harungi laluan yang berliku dan tidak pernah dicuba ramai, ambil masa lebih lama dan selami pelbagai budaya tembikar berbeza.

“Interaksi sebegini akan memba-wa mereka membangun karya de-ngan glis (salutan tembikar) lebih me-narik serta bentuk karya baru lagi buat orang tertanya-tanya mengenai-nya,” jelasnya lagi.

Kurator bagi pameran percuma di Besmen 1, Galeri Nasional Singapura ini ialah kurator kanan, Encik Seng Yu Jin, dan penolong kurator, Syed Muhammad Hafiz.

Persembahan gah Ramayana akhiri pameran warisan,

budaya Jawa

Kembara tembikar 50 tahun

kenali diri Iskandar

Masjid Sultan jadi masjid pertama Singapura raih pensijilan ISO 9001

RAMAYANA DI TAMAN WARISAN MELAYU: Penari dari Jawa Tengah menjayakan persembahan Ramayana dalam satu acara kemuncak sempena pameran ‘Pusaka: Warisan dan Budaya Jawa Singapura’ yang melabuhkan tirainya hujung minggu lalu. – Foto M.O. SALLEH

Berita HarianSingapura

@BeritaHarianSG

IKUTI KAMI DI

Iskandar Jalil: Kembara Tanah Liat

Bila: Mulai Khamis ini hingga 28 Februari tahun depan

Di mana: Galeri Concourse dan Galeri Concourse 2 Ngee Ann Kongsi, Besmen 1, Galeri Nasional Singapura

Memaparkan: 180 karya tembikar Dr Iskandar dari tahun 1960-an hingga kini yang menceritakan perjalanan seninya

Keterangan lanjut: www.nationalgallery.sgTiada bayaran dikenakan

PENSIJILAN ISO 9001: Pengerusi Lembaga Pentadbir Masjid Sultan, Encik Mohamed Patail (kiri), menerima sijil ISO 9001 daripada Ketua Pensijilan ISO, Encik Zakaria Fadzil, di Masjid Sultan, yang merupakan masjid pertama di Singapura mendapatkan pengiktirafan tersebut. – Foto-foto TUKIMAN WARJI

18SELASA, 30 OGOS 2016 (27 ZULKAEDAH 1437)

PAMERAN

MATLAMAT PENSIJILAN: Masjid Sultan yang ikonik ini akan dapat terus mempertingkat mutu perkhidmatan dan pengurusannya dengan penerimaan sijil ISO 9001.

Diterbitkan dan dicetak oleh Singapore Press Holdings Limited. Co. Regn. No. 198402868E. Anggota Pengedaran Biro Audit Singapura. Perkhidmatan Pengguna (Pengedaran): 6388-3838, [email protected], Faks: 6746-1925.

hoyy
Highlight
hoyy
Highlight