31 Solawat Sultan Al-Auliya 'Abdul Qadir Al-jilani

download 31 Solawat Sultan Al-Auliya 'Abdul Qadir Al-jilani

of 1

Transcript of 31 Solawat Sultan Al-Auliya 'Abdul Qadir Al-jilani

  • 7/31/2019 31 Solawat Sultan Al-Auliya 'Abdul Qadir Al-jilani

    1/1

    www.alraufi.blogspot.com

    1

    KeKeKeKetiga Puluhtiga Puluhtiga Puluhtiga Puluh SatuSatuSatuSatu

    SolawatSolawatSolawatSolawat Sultan AlSultan AlSultan AlSultan Al----AAAAuuuulllliya 'Abdul Qadir Aliya 'Abdul Qadir Aliya 'Abdul Qadir Aliya 'Abdul Qadir Al----JilaniJilaniJilaniJilani

    .Wahai Allah! Limpahkanlah rahmat ke atas penghulu kami Muhammad, yang cahayanya telah

    mendahului segala makhluk, dan penzahirannya merupakan satu rahmat bagi sekalian alam.

    Dengan bilangan sebanyak makhlukMu yang telah lalu dan yang akan datang, dan yang

    berbahagia daripada mereka serta juga yang celaka. Solawat yang merangkumi setiap bilangan

    dan meliputi setiap kiraan. Solawat yang tiada penghabisan untuknya, dan tiada juga penamat

    serta tiada juga penghujung. Solawat yang berkekalan bersama kekekalanMu. Dan ke atas

    keluarganya serta para sahabatnya, dan kesejahteraan yang seumpama itu.

    Komentar oleh Asy-Syeikh Yusuf Ismail An-Nabhani :

    [ S S [ ] b \ S

    ] Q ][ ] S a ^ S b.

    P Zb P @\ _ ]

    a P ^ _aa .

    Telah disebutkan oleh para pemberi komentar Ad-Dalail bahawa penghulu kita Abdul Qadir Al-

    Jilani telah menamatkan hizibnya dengan solawat ini. Dan telah dikutip daripada As-Sakhawi

    bahawa beliau telah berkata, "Sesetengah daripada guru-guru kami telah menambahkan penjelasan

    bahawa baginya (solawat di atas) ada satu kisah yang menarik, dan adalah satu kali (membaca)darinya menyamai sepuluh ribu (bacaan) solawat (yang lain)."

    Dan telah berkata Asy-Syaikh di dalam komentarnya bahawa telah berkata Al-Imam Muhyiddin

    yang dikenali sebagai Junaid Al-Yaman , bahawa sesiapa yang bersolawat dengan solawat ini sepuluh

    kali pada waktu pagi dan (sepuluk kali) pada waktu petang, wajiblah baginya menerima keredhaan

    Allah yang terbesar dan keamanan daripada kemurkaanNya, dan akan diturunkan ke atasnya rahmat

    serta pemeliharan ketuhanan daripada segala kejahatan, dan akan dimudahkan baginya segala urusan.

    (Sumber daripada kitab karangan Asy-Syeikh Yusuf ibn Ismail An-Nabhani)